BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Mei 17, 2008
Cerpen : Garisan Cinta
RENhalus
renhalus@gmail.com

HATI merasa bengkak. Segalanya membakar hati dan tak kena pada pandangan mata. Aku menyalahkan sendiri yang biang mahu mengikut pasangan ‘tak serasi bersama’ itu keluar menyambut tahun baru.

Tapi..aku hanya tak mahu dibungkus kebosanan tinggal di rumah yang tiada penghuni. Itu tak salah, cuma aku silap membuat perkiraan sahaja. Buat kali keberapa entah. Aku sendiri tak mengerti.

Aku selalu menepis kata-kata orang yang bertanya tak bosan ke keseorangan tanpa teman bermanja.

"Sorry, I’m alone but not lonely okay?,"tegasku setiap kali.

Joanna yang bermata kucing dan tinggi lampai itu adalah sahabat dan anak keluarga angkatku. Kami sangat rapat lebih-lebih lagi nama kami membawa maksud yang sama. Syurga!

Namun, walaupun aku muda dua bulan dari Joanna, sebagai anak angkat aku selalu beralah dalam apa jua hal sekali pun. Bahu aku inilah tempat dia menumpang untuk basahkan dengan air hangat setiap kali peperangan dia dan lelaki bangsat berambut oren seperti singa itu tercetus.

Aku yang tak pernah meneguk nikmat cinta, sentiasa merasa simpati melihat Joanna berwajah muram duduk meminggir.

***

KENING Joanna bertaut dan dahinya berkerut. Aku tahu Joanna hampir menangis lagi. Belum sempat aku melangkah menuju Joanna, lelaki itu pantas mendahuluiku. Aku dapat mendengar Joanna dipujuk dengan kata-kata manis bergula namun cepat ditepis Joanna.

Aduh! Sampai bila nak tamat drama bersiri ini? Kalau buat cerekarama mahu di bakar penerbitnya. Aku membulatkan tekad dan melangkah menuju pasangan kucing dan singa itu.

"Owh, come on korang! Takkan nak terus masam muka? Kita datang nak enjoykan?,"soalku kuat bagi mengurangkan tahap kurang dengar kedua mereka akibat ditelan suara-suara orang yang ramai macam semut itu.

"Diamlah kau!,"tempik si singa itu.

"Diam? Aku tahulah kau tak sukakan aku kan?"

"Memang!,"balasnya sinis.

"Yes! Kau anggap aku ni kacau daun. Kalau aku tak ada senanglah kau nak pegang-pegang, peluk-peluk si Joanna nikan? Dasar lelaki!"

"So what? Kami tiada apa-apa garisan untuk menghalang kami dari melakukan perkara macam tu. Lebih pun tak pe, kau tau?..", kata-kata itu benar-benar menampar aku dan menjelaskan dengan terang jurang antara kami.

"Kalau dah mengandung, tak nak pulak bertanggungjawab!,"aku berlari menarik tangan Joanna menjauh, menutup kesilapan sendiri. Sementara Micheal memandang aku dengan menyinga.

Jika aku menggelarkan Joanna dan Micheal pasangan singa dan kucing, aku dan Micheal pula mendapat gelaran dari semua teman sebagai anjing dan kucing. Kami tak pernah dapat berkomunikasi dengan baik sebagaimana hubungan baik aku dan teman wanitanya sendiri.

Aku memang bencikan lelaki. Kerana lelaki, aku terpaksa memegang gelaran yang menyakitkan ini. Aku sering merasakan kehadiran Micheal bagai melukut di tepi gantang. Tak diperlukan langsung.
Joanna berkenalan dengan Micheal, pelajar undang-undang itu selama tujuh tahun. Mereka bagaikan ditakdirkan untuk bersama. Namun, aku tetap merasakan mereka tidak serasi. Malah, aku rasa Micheal bukan lelaki yang baik. Dia tak setanding langsung untuk berdiri disamping Joanna, gadis kacukan Eropah- Cina Sabah itu.

Setiap kali bertemu, Joanna pasti akan memeluk aku dan menangis sampai bengkak-bengkak mata. Aku jarang nampak Joanna tersenyum dengan senyuman yang benar-benar senyum setelah tiga bulan perhubungan antara kedua mereka terjalin.

Joanna terlalu cemburu. Aku rasa nak tergelak bila Joanna meluahkan rasa curiga kalau-kalau ada yang mahu mencuri singanya itu. Siapalah mahukan Micheal tu, wahai Joanna melainkan kau, ibarat rabun tak mahu berkaca mata.

Micheal, tak hensem langsung. Dia lebih rendah beberapa inci dari Joanna dan aku sendiri. Namun, dia lelaki yang tinggi bagi perempuan lain. Aku dan Joanna adalah spesis model tingginya. Mata Micheal kelihatan garang dan anak matanya bewarna coklat. Hidungnya mancung dan bibirnya nipis namun kemerahan. Tak macho langsung! Kulitnya sawo matang tak sesuai dengan Joanna yang putih melepak itu. Rambutnya agak ikal dan dipotong seperti askar.

Aku tak pasti apa yang membuatkan Joanna masih terhegeh-hegeh melafaz kata-kata cinta-setia terhadap singa itu. Namun, aku tahu Joanna terlalu manja, mengada-ngada. Kadang-kala, benda yang secubit dijadikan sebesar senduk. Suara ditinggi sikit, bergelen air matanya.
Namun aku tetap jua menunding jariku ke muka Micheal. Ah, lelaki memang menyusahkan!

***

HARI ini tarikh kelahiran Joanna. Aku merancang bersama teman-teman untuk membuat kejutan untuknya di sebuah Pub terkenal ibu negara. Ada kek keju kegemarannya yang menjadi kek ‘yaarkh’ bagiku. Dan ada air minuman favourite Joanna yang menjadi air setan dalam agamaku. Aku yang beria-ia merancang mahu Joanna rasa gembira. Gembira ke dia kalau dia tahu???

Aku nampak Joanna. Semua orang, termasuk pengunjung Pub yang mungkin peminat setia Joanna, peragawati terkenal Asia itu menjerit ‘Surprise!’.

Joanna tidak terkejut. Tapi, wajahnya merah. Dia berjalan pantas.

"Kau memang perempuan tak malu!" tangan Joanna pantas menjatuhkan semua makanan di atas meja hingga mengenai aku yang duduk berhadapannya. Aku bingkas bangun.

"Joanna!," rakan-rakan memintas.

"Shut up! Ini hal aku dengan Jannah! Aku tak sangka kau ni jalang!"

"Nanti dulu..apa benda sebenarnya ni?," soalku tak jujur.

"Ini! Ini..dan ini..kenapa? Kau ni memang tak laku sangat ke sampai kena rebut aku punya?," Joanna menyuakan telefon bimbit kepunyaan Micheal sebelum mencampaknya ke lantai. Berkecai telefon bimbit itu mungkin sebagaimana berkecainya hati Joanna tika itu.

"Kau salah faham, Joanna.."

"Tutup mulut kau! Jangan nak pura-pura baik lagilah..Sampai bila kau nak tipu aku? Kau ni memang.." kata-kata Joanna terhenti.

"Ei, kau ingat kau ni bagus sangatlah? Sedarlah siapa kau! Kau ingat kau boleh rampas Micheal dari aku? Kau silaplah! Dia tak pandang perempuan macam kau… kau ni nothing..dahlah parasit! Perempuan macam kau ni berlambak. Kau ingat aku tak tahu siapa kau? Hah? Memang kuah takkan tumpah ke lain kalau tak ke nasik! Dasar anak sundal,"sambungnya bertubi-tubi.

Wo! Tak sangka Joanna juga tak sejujur mana. Aku tahu dari mana dia mendapat peluru-peluru najis itu untuk dilemparkan pada muka aku. Joanna baca diari aku! Tak guna!

Namun, aku masih terdiam. Aku tak pasti macamana kisah aku menjadi kekasih gelap ini terbongkar. Kerana aku tak cukup berani mahu mencoretkannya di diariku sendiri. Siapa?

Ketika aku masih berteka-teki sambil Joanna yang terus bercakap dengan lantang, menelanjangkan setiap urat benang yang menutup semua kisah silamku itu di hadapan semua orang, Micheal datang buru-buru. Peluhnya menitik di tempat yang berhawa sangat dingin ini. Nafasnya tersesak-sesak.

"Joanna! Joanna!,"jerit Micheal keras.

"You diam! Kenapa? You terluka dengar apa yang I cakapkan ni?"soalnya.

Aku hanya membisu. Langsung tak mendengar apa yang Joanna telah ceritakan dengan bangga tentang kisah silamku tadi. Entahkan tipu, entahkan ditambah-tambah saja. Biarlah. Aku tak mahu hiraukan apa pun tanggapan orang. Mereka tak penting dalam kehidupan aku. Tidak walau sekelumit pun.

Aku akan lemparkan peluru lebih besar hingga Joanna tak dapat bangun pun setelah dia mematahkan kakiku untuk berjalan.

"Joanna!" jerit lagi Micheal.

Ya, inilah peluru aku. Peluru yang akan membunuh terus Joanna. Micheal menarik tangan aku dihadapan semua orang. Semua teman masih menjadi penonton setia. Jika tadi aku dipandang dengan simpati, kini penonton mula mengadili aku sebagai pihak yang bersalah. Pihak yang jalang. Aku bagai patung, hanya biar diri ditarik oleh Micheal. Hanya biar diri diadili dengan zalim.

Tapi, yang pasti aku sukakan sinar pudar dari wajah Joanna. Sangat suka. Dan, dengan wajah yang seolah-olah ‘tak mengerti’ aku itu, yang naļf...tersembunyi senyuman puas melangsai hutang atas mulut celupar Joanna tadi yang merobek penghormatan mereka-mereka terhadap aku - Pengacara Tv yang sangat bersih imej dan nama selama ini. Juga melangsaikan hutang kerana ketidakjujurannya membaca tulisan yang digelar sebagai hak peribadi.

Tapi, aku ditimpa-timpa pula dengan segala macam kebaikan yang dicurahkan bagai air dari Joanna untuk aku selama ini. Semuanya berarak bagai perarakan maha besar dan berlegar-legar di kotak fikiran sepanjang perjalananku bersama Micheal.

Aku yang menjadi aku seperti hari ini. Bukan lagi aku yang berwajah pusam, berbaju usang dan dilingkari kehimpitan hidup. Aku yang dulunya hanya jalan keseorangan, memeluk tubuh kesejukan kerana terlalu kurus. Aku yang berfungus dan dihinggap kudis yang menjeluakkan. 26 tahun yang singkat ini banyak merubah aku. Aku menjadi lain.

Micheal? Cinta? Ya! Aku memang cintakan dia..cintakan Micheal..namun, aku tak merasa cinta boleh menjadikan aku seperti hari ini. Ada, iaitu cinta antara sahabat. Seperti cintanya aku terhadap Joanna kerana budi baiknya terhadap aku selama ini. Persahabatan yang terjalin kerana cinta-kasihnya pada aku hinggakan tiada yang dapat membezakan kami walaupun bezanya agama.

Kenapa aku berubah? Berubah setelah kehadiran Micheal..bukan! Setelah Micheal kata yang dia cintakan aku, aku rasa aku tak mahukan sesiapa lagi selain dia. Aku tak kisah lagi jika tak mempunyai sahabat pun. Aku hanya mahukan dia! Hanya Micheal!

Lagipun, Micheal dah tak cintakan Joanna dah lama. Lama dulu. Cuma, Joanna yang tak mahu lepaskan tangannya dari terus memegang tangan Micheal walhal Joanna tahu kebenaran itu. Aku tak bersalah, kan? Micheal juga kata dia sebenarnya cintakan aku, tapi Joanna terlebih dulu meluahkan kata-kata cinta sedangkan tika itu dia sendiri ragu-ragu mahu meluahkan perasaannya padaku.

Bimbang aku salah faham dan menganggap dirinya lelaki bangsat pula. Kerana itu dia lebih senang menjadikan aku musuh ketatnya. Bimbang tak mampu mengawal perasaan.

Malah, bagi Micheal, itu juga salah satu cara agar dia dan aku takkan terputus hubungan. Agar aku selalu mengingati dirinya. Walaupun sebagai orang yang paling dibenci.

Adakah kata-kata Micheal itu hanya dusta? Adakah itu hanya kata-kata gula-gula seorang arjuna? Sesiapa tolong beritahu aku! Adakah dia akan tinggalkan aku setelah memiliki aku? Adakah dia akan katakan perkara yang sama pada perempuan lain setelah hatinya tawar pada aku? Adakah aku akan mengalami perkara yang sama seperti Joanna? Adakah aku akan menangis sendirian dan mengalami luka yang sangat dalam seperti yang dirasakan oleh Joanna? Adakah Micheal benar-benar cintakan aku? Takkan tinggalkan aku ke?

Macamana kalau aku kena tipu macam orang yang melahirkan aku? Macamana kalau kata-kata Joanna adalah betul? Kuah akan hanya tumpah ke nasi..maknanya aku juga akan menjadi seperti orang yang melahirkan aku, yang mati kesepian dan meninggalkan aku melihat dunia, menjadi manusia jalang dan takkan diterima selama tujuh keturunan. Menjadikan aku bukanlah calon isteri yang baik.

Adakah aku juga akan ditipu oleh lelaki? Siapa yang berjaya dengan cinta pertama mereka? Adakah aku dan Micheal akan berjaya? Sedangkan dia adalah yang pertama mencuri hatiku..bagaimana kalau dia lelaki yang salah? Berhenti! Berhenti! Cukuplah sampai sini.

"Awak gila ke?," aku merentap tangan daripada Micheal namun gagal.

"Hari ni harijadi dia, awak tak ingat ke?,"soalku mencerlang anak mata Micheal.

"Saya tak tahu.."lemah jawapan Micheal setelah termanggu agak lama.

"Tapi, saya ada benda penting nak bagi tau awak, Jannah! Dan awak harus dengar!"sambung Micheal dengan wajah bercahaya.

"Kau ni lelaki tak guna!", pintasku pula.

"Awak tanya saya sama ada saya boleh betul-betul sukakan awak atau tidak, kan? Saya minta sebulan untuk jawab..tapi, tak perlu lagi..sekarang saya ada jawapannya." Aku segera lari setelah merentap kuat tanganku daripada tangan kekasih gelapku itu.

Dan kembali ke parti hari jadi Joanna tadi. Joanna masih berdiri. Wajahnya tiada reaksi. Joanna tak menangis seperti selalu.

"Aku tak nak dialah! Kalau takut sangat, kau ikat je dia! Kalau aku tau kau ni macam ni, sejak awal lagi aku takkan tegur kau!" aku terus lari.

Lari dan lari. Namun, aku tak dapat membuang sekilas pandangan aku sebentar tadi. Di mata Joanna, aku ternampak manik-manik mutiara mula turun. Jatuh entah kemana. Tidak lagi ke bahuku. Dan mata-mata juri tak bertauliah itu mula menunding kesalahan di muka Joanna pula. Kerana dalam pemikiran mereka pula kini, Joanna adalah perempuan yang kaki cemburu dan terburu-buru membuang nilai persahabatan yang tercipta antara kami.

Hati aku bagai diramas rasa bersalah. Aku mula dikurung dengan rasa pedih-sakit. Aku dah berbohong. Aku meletakkan kesalahan seluruhnya kepada Joanna. Kesalahan seolah-olah Joanna cemburu buta sekali lagi dan aku mangsa terbarunya. Aku iaitu kawan paling rapat dan sahabat baiknya sendiri. Di mata aku juga terlihat wajah biru-keruh Micheal. Aku juga menipu. Menipu diri sendiri.

Aku sendiri tak mengerti kenapa semua ini terjadi. Aku juga tak kenal diri sendiri kini. Semuanya sejak bermula aku mendapat mesej dari nombor yang tak dikenali. Aku sebelumnya tak pernah kisah jika ada nombor-nombor sesat menghantar mesej atau tersalah dail ke nomborku. Tapi, mesej kali ini amat melekat dihatiku. Ianya bagai aku yang menghantar kepada diri sendiri.

"Menuju ke tangga-tangga syurga."

Hati aku meronta-ronta mahu megetahui siapa pemilik nombor 0123456789 itu. Dan pertama kalinya aku telah membalas mesej dari orang yang tak dikenali. Dan hubungan itu kian erat bilamana aku turut meluahkan segala yang terbuku di hati aku selama ini. Aku terasa ringan dari segala cengkaman masalah. Kehadiran mesej-mesejnya menjadikan aku lebih tenang dan belajar untuk tersenyum dengan ikhlas.

Sampailah tarikh sialan itu. Ketika itu, aku berkumpul bersama rakan-rakan sekelasku kerana teman sebilikku terikat dengan komitmen peperiksaan. Kami yang hanya akan menduduki peperiksaan dua hari lagi mencari idea membuang tension belajar.

Sara, kawanku yang berbadan chubby dan berambut ikal itu mencadangkan kami menelefon senior-senior lelaki dan mengusik mereka. Kami menyamar dan keadaan sangat meriah sehinggalah aku terfikir untuk mendail nombor 0123456789 itu di telefon Dayang. Hati aku terasa berhenti berdenyut.

Micheal? Kenapa mesti dia? Soalku apabila nama Micheal keluar di skrin. Aku matikan telefon dan terus meluru keluar dan mencari lelaki singa itu.

"Ini kau? Rupa-rupanya kau? Kenapa nak permainkan aku? Kau ingat aku ni apa? Kau nak malukan aku ke? Mesti rasa meluat kalau dengar masalah orang. Mesti kau rasa bosan, kan? Aku tak nak lagi cerita apa-apa..ish,macam budak-budak aku ni..kau kata kau tak kenal aku..kenapa tipu..penipu!" aku sendiri tak faham apa yang aku cakap tika itu.

"Kenapa malu? Takkan kau lebih percayakan orang yang kau tak michealali daripada aku? Kau suka kalau orang yang tahu semua kisah hidup kau adalah orang yang kau tak kenal? Macam tu?" aku lihat wajah Micheal sangat lain hari itu. Wajahnya sangat lembut merenung aku. Kenapa?

"Diam! Diam! Aku kata diam! Kau tak tahu apa-apa pun.. aku benci kau.."aku tak keruan langsung dan tak dapat menahan kekeliruan.

"Jangan cakap macam bodoh..kau cerita dan aku akan dengar dengan baik.."tenang suara Micheal. Tenang. Dan aku tak pernah dengar dan lihat dia begitu ketika berhadapan dengan aku.

Aku rasa macam nak menangis. Dan entah sejak bila aku mula bersama Micheal. Kami masih seperti dulu. Kami masih mencebik, menjadi kucing dan anjing bila berhadapan namun sangat selesa menerusi mesej. Aku pun tak faham. Aku tak khabarkan perkara ini pada sesiapa pun termasuk Joanna.

Aku rasa dia tak perlu tahu. Bukannya aku menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya pun. Persahabatan rahsia kami terus terjalin indah.

Hinggalah hari itu. Selang seminggu menjelang hari lahir Joanna. Tatkala Micheal meluahkan rahsia hatinya. Dia cintakan aku! Dan aku merasa bimbang yang teramat sangat. Bukan kerana marah tapi kerana hati aku bagaikan berbunga-bunga pula bila mendengarnya.

Aku tiba-tiba merasakan Micheal sangat kacak. Aku macam terlihat lesung pipitnya dipipi kiri walhal dia tak tersenyum pun. Aku tiba-tiba merasakan dia lelaki yang sangat istimewa. Aku tersedar betapa Joanna mencintai lelaki yang betul-betul berharga. Betapa tak rugi jatuh cinta pada lelaki itu.

Apa dah jadi pada aku? Aku biarkan Joanna yang bengkak hati dan berbuih-buih mulut mengomel akan Micheal yang kian berubah, tidak lagi menelefonnya. Sedangkan aku tersenyum lebar ke telinga membaca hasil taipan Micheal yang manis itu.

Jahat ke aku? Kan cinta itu buta? Micheal dah janji akan memeluk Islam bagi membuktikan cintanya padaku.
Micheal mengaku dia sudah lama mendalami Islam namun belum terbuka hati. Dan menemui aku, dia rasa lebih yakin dan mempunyai arah tujuan terhadap kehidupannya yang dulunya penuh dengan warna-warna kelabu kusam dan noda-noda. Entahlah! Tapi, aku rasa betul-betul hidup bila dia bersama aku.

***

AKU menyuap bubur nasi yang masih panas. Sesekali menghirup kopi tak cukup gula yang berasap-asap. Sejak meludah cinta Micheal, aku berkurung dalam bilik suram ini. Bilik yang sekian lama aku tinggalkan. Berselimut tebal ditemani lilin yang kian pendek membakar diri.

Gossip yang sebenarnya kisah benar itu tersebar dengan pantas menjadi berita paling hangat tahun ini. Di dada-dada akhbar, Jannah Abdullah dilabel sebagai perampas cinta hati selama tujuh tahun kepunyaan Joanna, anak hartawan Malaysia antara terkaya yang tersenarai.

Juga, aku manusia yang tak kenang dek untung atas jasa baik keluarga angkatku iaitu ibubapa Joanna sendiri. Juga berita, aku merupakan anak haram hasil kejadian rogol beramai-ramai seorang pelacur yang kemudiannya mati membunuh diri setelah melahirkan aku.

Aku biarkan sahaja. Biarkan walaupun banyak yang dikaburi bagi menyedapkan rasa cerita yang dibaca. Malas aku mahu menafikan dan meneruskan pembohongan menjadi manusia yang dilahirkan sempurna. Menjadi puteri raja di istana kaca.

Aku juga tak bertemu lagi akan Joanna. Biarkan. Bukankah dia sudah dewasa. Dia tak perlulah selalu menangis. Gedik! Hanya kerana dia kaya, kenapa mesti mengada-ngada mahukan perhatian? Tapi..

"Jannah!". Suara itu..aku kenal suara itu.

"Aku minta maaf." Joanna. Wajahnya sembab. Dia menangis ke? Kenapa Joanna minta maaf? Aku yang bersalah.

Namun, aku tak mahu peduli. Dan ego aku tiba-tiba memuncak. Perasaan sakit hati tentang cerita-cerita tentang aku yang dicanang-canang di dada akhbar itu mula aku tebarkan pada Joanna.

"Aku cintakan dia, aku salah ke? Dia dah tak cintakan kau lagi! Kau taukan? Kenapa tak nak lepaskan dia?

Kenapa kau masih nak bercinta padahal kau tahu yang kau takkan hidup lama? Kenapa tak biarkan aku yang sihat ini membahagiakan Micheal?," aku makin berani melontar kata-kata.

Joanna terpana dengan keceluparan aku. Aku ketawa. Dan menarik nafas panjang-panjang.

"Tapi, macamana pun..kau adalah kau! Aku takkan dapat tandingi diri kau..bukankah aku ni manusia yang tak layak untuk hidup pun..apatah lagi untuk bercinta.. aku hidup pun nasib baik ada kau, keluarga kau..kan?"

Aku lihat Joanna menggeleng beberapa kali. Dia kelihatan sangat pilu.

"Jangan cakap macam tu..bukan salah kau..tapi, salah aku.." Joanna membalas. Joanna perlahan-lahan merapati aku.

Hairan! Joanna yang selalu mahu menang ini pandai pula mengaku salah. Meminta maaf. Bukankah dia manusia batu hatinya? Terutama pada aku yang umpama pokok duit-duit ini. Tapi, aku juga tak mahu peduli! Aku bagaikan kaku untuk berlembut. Tidak seperti dulu. Tidak lagi.

"Memang semuanya sebab kau! Selama ni aku hanya dengar semua kesedihan kau..hanya kau yang boleh menangis. Aku ni bukan manusia..aku tak layak untuk berasa sedih pun..".

Pantas Joanna memeluk aku sebaik mendengar kata-kata pedasku itu. Segera jua aku menolak Joanna. Joanna berkeras. Setelah beberapa kali meronta, aku tak kuasa lagi. Membiarkan saja diri dipeluk Joanna erat dan menangis seperti anak-anak.

"Aku kata dia lelaki paling tak guna sekali hari tu. Aku dah tersalah cakap. Aku cintakan dia..Tapi, kalau dia cintakan aku..dia pasti akan kembalikan? Dia akan kembalikan? Dan masa tu..kau akan restui hubungan kamikan? Restukan tak? Tolong Joanna.." tuturku perlahan sambil merenung wajah Joanna dengan mata berkaca. Tersekat-sekat dan penuh kepedihan.

"Micheal..dia takkan kembali pada kau.." ayat yang keluar dengan suara keras Joanna itu sudah cukup untuk buat tangis aku terhenti. Dan aku umpama bertukar menjadi binatang yang tercedera parah.

"Kau ni kenapa? Kau baru minta maaf pada aku kan? Kenapa sakitkan hati aku?",keras aku menolak Joanna hinggakan dia jatuh tersembam melanggar meja.

"Dia dah pergi ke syurga..."lemah suara Joanna. Air mata Joanna pula meluru-luru keluar.

"Aku minta maaf Jannah! Aku pun sayangkan dia..aku tau, aku yang salah! Betul kata kau..aku ni sakit..penyakit aku ni tak boleh dirawat.. sepatutnya aku yang kena langgar..sepatutnya aku yang mati..bukan dia.."

Aku diam. Membiarkan Joanna menangis tertunduk-tunduk sendirian. Aku tak pedulikan siapa-siapa lagi.

"Tapi, dia kata ada benda nak bagitahu aku..apa dia? Aku tak dengar.. kenapa aku tak nak dengar hari tu? Kenapa?" soalku bertubi-tubi pada diri sendiri.


***
AKU dan Joanna tak mungkin dapat tidur sebantal, makan bersuap seperti dulu. Kerana di dalam hati masing-masing masih ada sezarah kecil kebencian atas kesilapan yang tak mungkin bisa dimaafi. Aku dan dia hanya manusia biasa.

Namun, aku tetap bersyukur. Semua yang berlaku menyebabkan aku kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam. Meninggalkan daki-daki kehidupan dahulu tentang kenikmatan dunia.

Micheal sudah memeluk Islam. Micheal sudah menjadi Mikhail. Aku tahu itu kerana berlaku salah faham ketika upacara pengkebumian Micheal. Air mata aku sangat murah apabila mendengar dari mulut Pengawai Agama Islam yang menyatakan Micheal sudah memeluk Islam pada hari jadi Joanna.

Itulah yang mahu diberitahu kepadaku hari itu. Hari terakhir aku menikmati wajahnya. Aku merasa kesal kerana tidak sudi mendengar pengakuan cintanya ketika kali akhir bertemu dengannya.

Tapi, aku percaya bahawa Micheal benar-benar cintakan aku. Benar-benar. Dialah lelaki betul aku. Namun, dia dah pergi.. pergi selama-lamanya. Membawa cinta dunia. Cinta yang penuh dengan kebodohan manusia.
posted by BLOGGER @ 2:50 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 17/5/08 11:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bravo...

    -penceritaan yang berkesan..
    -bahasa yang kaya dengan 'kosa kata' dan 'klausa' yang mengkagumkan.
    -jalan cerita yang di susun dengan kemas.
    -nilai moral yang tinggi, cuma (cadangan anda tidak tegaskan sifat awatak utama terhadap agamanya-adakah dia sesal atau dia tak kisah terhadap Islam)
    -tahniah... p/s kalau ada masa baca cerpen, cinta untuk gadisku..

     

  • At 18/5/08 9:02 PTG, Blogger Mawar Berduri said…

    oh..
    gud story....

     

  • At 29/11/08 3:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BORING

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group