Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sayang ku Dave.. Ingat tak pada tarikh ni, first time kita bercakap. Walaupun kita satu office, tapi sebab kita berlainan department dan tingkat menyebabkan kita cuma mengenali rupa sahaja. Nama U pun I tak pernah tau. Kalau teserempak pun, kita buat-buat tak nampak. Ada sekali tu 'hari ramah' I, I senyum kat U tapi u buat 'muka ketat'. Benci tengok muka U macamtu. U pun jarang ada kat office kan, yelah, as a Site Surveyor, of course ar U memanjang ada kat site je kan. Takkan kat gelanggang basketball plak.
Tapi harini dah lain. Kita dah boleh bertegur sapa. Tu pun sebab office kita pindah bangunan and U kena join 'task force' ni. I plak dilantik jadi representative untuk department I. So, sebab tu la kita kena berhubungan baik because kalau kita tak baik, macamna I nak tau semua schedule-schedule pindah randah ni. Mesti bos I marah I kan? Dalam nak tak nak tu terpaksa la gak I yang start tegur U. Nak harap U yang tegur i? Haram. Nasib baik la I ni jenis yang suka sangat bercakap. Jadi terpaksalah tebalkan muka bercakap dengan orang 'muka ketat' macam U. Hahaha.
Dave my hubby. Start dari hari pertama kita bertegur, I tak sangka yang U ni tak lah sejahat mana. I ingat U sombong sebab U suka sangat wat muke ketat U tu. Tapi tak sangka lak yang U peramah kan. Betul lah kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Since I kenal U, I rasa selesa sangat. Tak tau r macamne nak describe perasaan tu, tapi memang selesa lah. So comfortable. Macam kelakar kan sayang?
1 Disember 2007
B, Hari ni pulak U join I dan kawan-kawan I lepak kat bilik Abang Din. Bilik tu dah kosong, perabot semue dah hantar ke bangunan baru, yang ada pun cuma kotak-kotak yang berisi document-document peribadi. I dengan Hazwan dan ade a few friend lagi tengah lepak-lepak. I tengah buat layout kedudukan staf-staff untuk office baru kat laptop, siap duduk atas lantai beralaskan suratkhabar. U datang and buat lawak. U cakap, "Mashaallah sudah bankrap ka?"
I gelak terbahak-bahak dengan kawan-kawan I. Tak sangka U pandai melawak and tak perasan lak yang kiteorang tengah duduk memang macam dalam office yang company dah bankrap. Pastu U ambil suratkhabar dan duduk kat sebelah I. U baca suratkhabar and I start tanya-tanya pasal diri U. " Azly, U orang mane ek?" " I orang Perak, kampung kat Grik. Tau tak Grik kat mane? Dah dekat dengan Siam. Senang nak beli periuk belanga." panjang jawapan U. " Ade ke Grik dekat dengan Siam? Bukan Siam dekat dengan Perlis and Kelantan je ke?" " Lor Iera, kau x pernah belajor Geografi ke mase sekolah dulu? Pe ke sengal kau ni..Hahahaha" si Hazwan menyampuk. Pastu semua kawan-kawan I gelakkan I. U pun same. Malunya I masa tu. Ntah macamne lak hari tu I macam ter'sengal' lak. I tak ingat apa-apa pasal peta Malaysia. Maybe sebab I tengah sibuk dengan layout-layout office baru, dalam masa yang sama I kelam kabut dengan project MPV yang tengah berlari laju sampai tak larat I nak kejar. Hehehe..Sayang, u tau tak. Malam tu habis satu rumah I geledah nak cari peta Malaysia semata-mata nak tengok Grik kat mane..
20 Disember 2007
U datang lagi department I. Nak confirmkan tarikh kiteorang boleh angkat barang. Ada adjustment here and there so, pemindahan barang-barang personal department I kenalah ditangguhkan. Mati la I. Ape lah I nak jawab kat my boss. Masa tu kan B, I cuak sangat. I tak tahu nak jawab apa kat boss I. Dah berapa kali kena tangguh ni. U pun satu, kenapalah tak push sikit kontraktor tu.
22 Disember 2007
U telefon I bagitahu yang pemindahan department I delay lagi. Tapi nasib baik disebabkan 'tembok berlin' yang boss I request. So, my boss takkan marah I. U dapat dengar yang I agak gusar masa bercakap dengan U. Bila I explain pasal ‘kepala angin' boss I, baru lah U faham kenapa I cuak bila U bagitahu pasal kelewatan pindah randah ni. U tahu tak, sebenarnya kan, bila I dapat luahkan kegusaran I tu, I rasa lega sangat. Thank U so much sayang sebab sudi mendengar luahan hati I. Kehadiran U dalam hidup I memang yang paling tak dirancang, tak diduga. Unintended.
1 Januari 2008
Hari ni I penat sangat. Angkut-angkut barang semua. I nampak U. Tapi U tak tegur I pon. Maybe U busy kan. Malam tu U message I. U cakap U nak mintak maaf sebab tak sempat nak tegur I. I terkejut sebenarnya. U ni boleh baca apa yang tersirat kat hati orang ke ape? U ada sixth sense ek? Hehehe..Tak kisahlah. Janji I happy sangat dapat message U.
Start dari tu, kita selalu main message. I sebenarnye ada masalah sikit bila nak main message ni. I tak suka. Kalau ada apa-apa, I prefer call je terus. Tapi U plak ada masalah nak calling-calling. U suka message. Kita memang berbeza. U orang kampung yang dibesarkan sepenunhya dengan cara tradisional. I pulak dilahirkan di bandar. Banyak benda pasal kampung yang I tak tahu. Tapi U sabar je kan. Everytime I cakap I tak tahu pasal benda yang U cerita, mesti U explain details sangat sampai lah I betul-betul faham. U dah banyak bersabarkan, sayang. I appreciate it so much.
16 Januari 2008
B, hari ni I dapat tahu yang I kene transfer. Orang first yang I bagitahu ialah U. Kalau nak ikutkan masa tu macam tak sengaja je pun. Kebetulan U yang in charge untuk siapkan meja baru I. Masa I nangis tu, U ingat I nangis sebab U marah I. Yelah asyik-asyik nak buat meja I. Tapi sebenarnya I nangis sebab benda lain. Sebab I diftnah sampai I di transferkan. U ada masa I tengah sedih. U gak lah yang dengar I mengarut-ngarut bila I tengah marah. U gak yang sabarkan I walaupun kita masa tu tak lah rapat sangat.
1 Februari 2008
I bagi U 'pumpkins'. U ingat kan sayang? I bagi U frame 'pumpkins' tu sebagai pertukaran cermin U yang I ambil. I suka sangat bila U letak gambar kita berdua dalam frame tu and U letak kat meja U. Sweetnyer..
18 Februari 2008
U ajak I keluar lunch kat Secret Recipe. U tahu tak? I nervous sangat U. Dah dekat setahun I tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Susah sangat nak gambarkan perasaan I masa tu. Dup dap dup dap jantung I. U, bila I fikir-fikir balik, rasa kelakar sangat. I had such a wonderfull time with you sayang. I rasa selesa sangat berbual-bual dengan U. I rasa macam dah lama kenal U. Banyak tentang U yang I tanya and U pulak tak lokek nak bagitahu. I suke sangat bile U bercerita tentang kampung halaman U. Muka U berseri-seri je. Excited sangat muke U.
Since haritu kan B, I rasa macam ada yang tak kene dengan I bile U takde. Bile satu hari tak message dengan U. Bile satu hari tak nampak muke U.I jadi tak keruan. I tak tahu kenapa. I takde jawapan. I yang dulu tak suke main message dah jadi orang yang gile bermessage. Honestly, masa tu, memang I message dengan U je. Takde orang lain. Tiap-tiap pagi U selalu message 'good morning' kat I. So, tiap-tiap pagi I tunggu message U. Bile U tak message I, I rs macam ada yang tak kene.
Kita dua- dua suke tengok movie 'Alvin and the Chipmunk'. U cakap muke salah satu chipmunk tu bulat macam muke I. Theodore. Itulah panggilan manja yang U bagi kat I. U suka panggil I, Theo. Paling I suke bile U panggil I ‘My Theo'. Disebabkan watak Theo tu manja and suke sangat bermanja dengan Dave(hero movie tu), I pun panggil la U Dave. B, I bahagia sangat walaupun I sedar yang kite hanyalah kawan biasa je. I tak tahulah U rase I ni kawan biase or kawan ‘luar biase'.
22 Februari 2008
Sayang, ingat tak tarikh ni, first time kita gaduh besar. U marah I sebab misunderstanding maksud ayat U. U marah betul. Masa I call U, U terus letak telefon. I terkejut B, terkejut sangat. I tau I salah. U dah la penat dengan kerja, I pulak tambahkan lagi dengan perangai I yang mengade-ngade ni. I tak salahkan U, B. I tahu U tak salah, sebab tu I x kacau U dah lepas tu. Hari-hari I tengok U lalu lalang depan I. U langsung x toleh pandang I. I sedih sangat B.
28 Februari 2008
I bagi U cupcakes banyak-banyak tulis I AM SO SORRY. Mula-mula U jual mahal. U tak bukak pon kotak cupcakes tu. Pastu, I message U. B, masa tu hanya tuhan je yang tahu ape yang I rase dalam hati ni. Bila dah petang baru U reply message I. U baru bukak kotak tu sebab dari tadi U busy and tak sempat nak buka. I dah tersalah anggap. I ingat U tak sudi. Maafkan I lagi sayang.
10 Mac 2008
Hubby, hari ni I ada submission tender. Semalaman I tak tidur sebab buat tender. Sebelum balik dari office, I jumpa U. I rindu sangat nak jumpa U. I panggil U sayang. Kan kita biasa dengan panggilan tu. Masa tu ada sorang kawan U dengan U. Tiba-tiba U suruh I balik rumah cepat. U macam tak nak layan I. Bila malam tu U message I, U cakap U tak suka I panggil U macamtu in front of public. U malu ke B? Kenapa U taknak orang tahu? B, I betul-betul terluka.
Lepas dari hari tu, I haramkan diri I panggil U 'sayang'. U know I will do anything for U. B, U tak dapat rasa ke perasaan I kat U? U takde perasaan yang same ke? Kenapa selalu dalam message U tak kesah I panggil U ‘sayang', ‘hubby', ‘dear'? Even U pun panggil I dengan panggilan-panggilan macam tu gak. Kenapa B? I ni syok sendiri ke?
19 Mac 2008
B, masa ni U tebus balik kesilapan U. U sanggup tunggu I habis kerja and U hantar I balik rumah. Sebelum balik, kita pergi makan kat Pha- Pha Tomyam. I happy sangat malam tu. Everytime dengan U, I rasa lain B. Satu perasaan yang I tak tahu macamne nak luahkan.
14 April 2008
I interkom tempat U. I luahkan perasaan I yang tak puas hati dengan sikap U yang nak merahsikan hubungan kita. I cakap I tak nak jadi macam perempuan simpanan U. U ingat lagi tak sayang? I tahu U marah tapi disebabkan I yang lebih marah saat tu, U simpan je semua nya. Petang tu U ajak I pergi Starbucks. Kita duduk situ berjam-jam untuk settlekan masalah kita. Lepas tu I masuk office balik sebab I ada kerja. Malam tu U call I. U sanggup ambil I balik kerja semata-mata nak I balik rumah dengan selamat. Sayang, maafkan I kalau I je yang syok sendiri. Tapi U tanya lah mana perempuan yang tak cair bila diperlakukan macamtu.
18 April 2008
U, hari ni I dah tak sanggup lagi. I dah tak sanggup digelar 'kekasih gelap'. Semua orang tahu keakraban kita. Tapi berulang kali U cakap kita tak ada apa-apa. Dimana kedudukan I dalam hati u, dalam hidup u? Kawan-kawan semua membuat pelbagai andaian tentang U. Sayang, I tak sanggup dengar dieorang kutuk U.
I beranikan diri. I tanya U sendiri. U tergamam. U tak sangka I seberani itu. Jawapan yang U bagi agak mengecewakan tapi dalam masa yang sama U masih memberi harapan dan I akan terus menunggu U sampai U betul-betul bersedia. Mungkin orang akan cakap perigi cari timba. Tapi I tak peduli apa orang nak cakap. I lebih senang jadi diri I sendiri. U tahu I kan. Kalau I tak puas hati or I tak dapat penjelasan penuh I akan beranikan diri bertanya terus.
U masih memberi I harapan. Bila U pergi site kat Johor, U tak pernah lupa 'punchcard' kat I. Walaupun I tak pernah suruh pun U memberitahu segala jadual U. Bila I merajuk, U mesti call untuk memujuk. Bila I demam, kena hujan, U mesti risau. Mesti panjang message U membebel suruh makan ubat la, jaga diri la dan macam-macam la. Bila I cakap U asyik busy sampai takde masa untuk I, U call I and kita gayut lama. Dengan cara tu, U dapat spent time dengan I sebab U dah jauh kat Johor.
Dave, cuba dave bagitahu Theo. Kalau Dave sendiri kat tempat Theo, apa lah agaknya yang Dave akan rasa? Apa yang Dave akan buat? Tapi kenapa Dave masih dengan ego Dave? Dave, don't U love me the way I do? Dave, I think I'm in love with U. Seriuosly. Dave tak rasa ke? Theo sorang je yang rasa ke? Dave…….
21 May 2008
I call U. Mulanya I rasa happy sangat lebih-lebih lagi bila U cakap I special sangat dalam hidup U. U kata, Cuma I je yang U ada. I sorang je. Tapi benarlah, saat yang terindah hanya sementara. Lepas tu U cakap, U tak sangka I suka dan cintakan U sebabnye selama ni U fikir I ni seorang yang gila-gila. Bila I panggil U dengan panggilan ‘hubby' or ‘sayang', U will reply it dengan panggilan-panggilan manja gak sebab nak layankan kepala gila-gila I. U kata U tak sedia nak bercinta dengan I sebab U tak pernah sangka yang I akan suka kat U or lebih tepat lagi U sendiri tak pernah sukakan I.What?? U tahu tak betapa hancurnya hati seorang perempuan bila orang yang paling die sayangi or cintai cakap macamtu kat die?? U tak pernah tahu semua tu. Masa tu I tenang je. Lepas abis cakap telefon dengan U, I nangis B. I sedih sangat. Kadang-kadang penipuan itu lebih indah dari kenyataan. U harap kita terus kekal macam biasa. Boleh ke I nak buat macam tu. U tak pernah suka kat I pun, macamane I nak teruskan hubungan kita macam yang U nak? U tak pernah fikir ke ape perasaan I?
Bila I dah tak layan U, U tak habis-habis cakap U rindu Theo yang dulu. Macamane I nak wujudkan Theo yang dulu? Theo yang macamane? Theo yang tak keruan bila Dave dia jauh, bila Dave tak message dia. Theo yang sentiasa akan adakan masa untuk Dave. Theo yang sentiasa menemani Dave bila Dave tengah tension dengan kerja. Theo yang dulu tak suka pakai baju kurung tapi sekarang dah suka pakai sebab Dave suka tengok Theo pakai baju kurung. Theo yang susah nak mintak maaf tapi sekarang dah terbiasa dengan kata maaf. Theo yang lebih bersopan sebab nak sentiasa menjaga hati Dave. Dan yang lebih sakit lagi, Theo yang sanggup berkorban untuk Dave, sanggup berubah untuk Dave, sanggup buat apa saja untuk Dave tetapi secalit perasaan sayang pun tiada dari Dave for his Theodore.....
3 Jun 2008
'My Theodore, I miss U so much'
I taknak reply message U. I malu sangat dengan U. I terluka sangat dengan U.
12 Jun 2008
Sayang, hari ni I kene hujan masa balik kerja. I demam. I sejuk sangat. I rindu nak dengar suara U. I rindu nak dengar U membebel marah I sebab lupa bawak payung pergi office. I rindu nak dengar U ajar I cara-cara nak hilangkan demam. I rindu nak dengar U suruh I makan ubat tiap kali masuk waktu makan ubat. I rindu U sayang. Rindu U sangat-sangat. I tidur dengan linangan airmata sebab terlalu rindukan U.
4 Julai 2008
U, I dapat tawaran kerja dengan company yang join venture dengan company kita tu. U tahu lokasi dia kat mana kan? Jauh. Agak jauh la. Tapi bagi I , ia tak cukup jauh untuk I bawa hari I yang hancur ni pergi dari U. I tahu yang U tahu I kena transfer ke situ sebab kawan baik U yang tanya I. Tak sangka berita ni sampai ke office kita yang cawangan Johor tu dengan cepat. U taknak telefon I ke? U taknak tanya I ke? Kenapa kawan baik U, Nazs je yang call? Ego U tak habis lagi ke?
2 Ogos 2008
" Dave.. Maybe mase U bace email ni, I dah takde kat M'sia lg. I tak tau macamne nak runtuhkan tembok ego U. I tak tahu macamne nak bina hidup yang lebih sempurna tanpa U. I tak tahu either I dapat ubat kelukaan hati I or tak. I tak tahu yang U akan rindu I bila I da takde kat sane lagi. I tak tahu....
U, kalau I ada wat salah i mintak maaf sangat2. Insyaallah kalau panjang umur kita jumpa lagi. I kat New York ni tak tahu sampai bila. So, memang tak tahu bile lagi kite akan jumpe kan. Maybe mase tu U da ade anak 2-3 orang da. Hehehe. K r my Ex Dave. Hope to hear from U soon. Take care.
Your Ex Theodore, Iera " 10 November 2008
U dah 3 bulan I tak dengar any news dari U. U sehat tak? Rindu I tak? Still ingat I lagi tak??
11 November 2008
U harini I terkejut bila dapat email dari Nazs, kawan baik U. Betul ke apa yang I bace. I tak fikir panjang dah. I terus jumpa boss I, Mr. Joseph. I minta dia pelepasan cuti untuk seminggu. Nasib baik dia memahami I. I terus amik flight and balik Malaysia. U tahu tak I buat untuk siapa? I buat untuk U. Sebab apa? Because I'm still in love with you..even U tak rasa benda yang sama dengan I.
12 November 2008
I jejak je kaki di bumi Malaysia, I terus naik teksi ke Hospital Gleneagles Intan. Even my family pun tak tahu yang I dah sampai kat Malaysia ni B. U je yang tahu. Only U. Sebab I masih cintakan U. Walaupun U tak berperasaan yang sama tapi I tetap akan menyintai U, my Dave.
U, mama and papa terkejut bila I bagitahu dieorang yang I kat Malaysia. Tapi bila I bagitahu berita tak sedap ni, dieorang boleh menerima sebab kenapa I tak bagitahu dieorang awal-awal. Kenapa dieorang boleh terima alasan ni? Sebab dieorang tahu yang I memang cintakan U. Gambar kita berdua pernah menjadi hiasan di atas side table katil I dan gambar tu sekarang sudah berada di New York pun. U faham tak maksud I, B? I tak pernah rahsiakan hubungan rapat kita pada sesiapa. I tak nampak menjadi kesalahan pun bila I bagitahu semua orang. Cuma U je yang selalu rasa takut untuk bagitahu orang lain.
15 November 2008
Sayang.. Masuk hari ni dah seminggu U koma akibat dari accident haritu. U taknak buka mata ke sayang? Buka lah mata U. I tak boleh lama kat sini. I kena balik New York. Tolonglah B, I merayu kat U. Bukalah mata U. Untuk I. Untuk theodore U. Please sweetheart...
U, I janji. Kalau U buka mata, I takkan kacau hidup U lagi. I akan pergi jauh lagi dari U. Kalau betul U takde perasaan kat I, I takkan paksa U terima I. I takkan panggil U Hubby, Sayang, Dave and semua panggilan-panggilan yang U tak suka. I janji U. Tolonglah buka mata U.
11 Disember 2008
Happy Birthday U. Kenapa U tak buka mata lagi? Kalau U dah buka mata, mesti I dah balik Malaysia lagi. Nak celebrate your birthday kan. Tapi U tak buka mata lagi. U, dah sebulan U. Bangunlah sayang. I tunggu U, mak abah and family U semua tunggu U. Kawan-kawan U pun tunggu U.
12 Disember 2008
Ada email masuk inbox I. I sempat membaca name penghantarnya. Nazs. Sayangnya I tak sempat buka email tu. I kelam kabut dengan kerja yang berlambak dan masalah-masalah di site Malaysia.
15 Disember 2008
I dipanggil balik ke company kita kerana ada masalah di site. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya I ada dekat dengan U kan sayang. Tapi I kat Malaysia dalam 2-3 bulan je U. Lepas tu I kena balik New York balik. Promise me that U will open up ur eyes. Please hubby….
Tak sabarnya nak sampai Malaysia. Nak tengok U. Nak pegang tangan U. Nak cakap kat U yang I tunggu U buka mata. Nak U sihat macam sebelum ni.
U tunggu ek. Sikit lagi nak sampai Malaysia ni.
16 Disember 2008
Mama dan papa jemput kat KLIA. I terlalu ngantuk dan tertidur dalam kereta. Bila I buka mata, I tengok keadaan keliling. Kenapa ni bukan jalan untuk balik ke rumah I? Kuala Kangsar? Kenapa I berada di pekan Kuala Kangsar? I tanya mama and papa. Dieorang tak nak jawab, B. Kenapa dieorang tak nak jawab? I dah rasa tak sedap hati. I dah mula menangis. B, apa dah jadi kat U?
I tanya U kat mana. Mama jawab U kat Grik. Terus kering airmata I. I happy sangat. U dah bangun. U dah boleh balik Grik. U selalu cerita pasal Felda Lawin Selatan. Hari ni I akan dapat tengok semua yang ada kat Lawin macam yang U cerita tu. Yang paling penting, I dapat tengok U. Mungkin inilah berita gembira yang ingin disampaikan Nazs dalam email die yang I tak sempat baca haritu.
Kiteorang hampir sesat sebab itu adalah pertama kali papa memandu kereta ke Lawin, Grik. Mujurlah Nazs tolong guide sampai la kat rumah U.
Bila sampai di perkarangan rumah U, I happy sangat. Mak U menyambut baik kedatangan kami.........................................
" Theodore my love,
Kalaulah I seberani U untuk meluahkan perasaan I kat U. Kalaulah I sehebat U untuk membawa diri jauh ke New York. Kalaulah I setabah U untuk mengharungi hidup setelah ditolak oleh orang yang paling I cintai. Kalaulah I macam U. Mesti sekarang kita bahagia bergelar pasangan kekasih.
Baby, bukan niat I nak menipu U. Percayalah, sesungguhnya I hilang arah lepas U tinggalkan I. Tapi I memang ego. Terlalu ego sampai I terpakse melukakan hati orang yang paling I cintai. Dan yang paling pedih ialah melukakan hati I sendiri.
Ye, memang I cintakan U. I cintakan U dari dulu, dari first time U tegur I. I love You. I love everything about U. I love only U. I rindukan masa-masa kita dulu. Since dari hari U tak reply message I, lepas tu U pergi New York, U tak bagitahu I yang U nak pergi tinggalkan I kan, I asyik rindukan U. I miz U so much. I rasa kehilangan something precious in my life.
Honey, mase I koma, I boleh dengar apa yang U cakap. U cakap U takkan kacau hidup I lagi bila I dah buka mata. Kalau nak ikutkan, I taknak buka mata lagi da sebab I nak U terus ada dalam hidup I. I taknak kehilangan U untuk kali kedua. Mak kata, my first word bila i sedar is ur name. I miz u. Balik lah sayang. I takut kita tak sempat berjumpa je ni. Even doctor kata keadaan I da stabil, tapi I still ada rasa takut. I nak jumpa U. I need U.
Sayang, I minta maaf kalau ada wat salah silap kat U. I banyak lukakan hati U. I banyak buat U derita. Maafkan I sayang. Oklah Honey, I ngundur diri dulu.
I will always love, miss, need and want u...Forever
Still ur Dave, Azly"
" Dia bangun-bangun je terus sebut nama Iera. Makcik cakap Iera kat New York. Dia cakap dia nak pergi New York nak jumpa Iera. Kami terpaksa tipu dia, makcik cakap yang nanti Iera akan balik Malaysia, tapi dia kena sihat dan keluar hospital dulu." " Maafkan makcik terpaksa guna nama Iera, nak. Tapi bila makcik cakap macamtu baru dia nak makan ubat. Sehari sebelum dia pergi tinggalkan semua, dia ada bagi makcik surat yang makcik bagi tadi tu. Dia suruh makcik bagi kat Iera. Dia kata die tak sempat jumpa Iera. Mula makcik hairan tapi naluri seorang mak dah boleh faham maksud ayat dia walaupun doktor kata dia dah sihat..." kata Mak Bob dalam sedu sedan.
Hubbyyy!! Kenapa U tak tunggu I? I boleh tunggu U lama-lama tapi kenapa U tak boleh tunggu I sayang?
15 Disember 2009
B, masuk harini dah setahun U tinggalkan I tapi sekali pun nama U tak pernah hilang dalam ingatan I, dalam doa I, dan dalam mimpi-mimpi I. I will always love U. Walaupun I cuma dapat merasakannya setelah U pergi tapi I bahagia B. U berjaya, berjaya meluahkannya walaupun ketika itu jasad dan roh U sudah terpisah. Walau apa pun terjadi I akan sentiasa menjadi Theodore untuk Davenya...I love U so much my Dave.....
hmmm.. syabas dengan penulisan anda.. sis kurang gemar dengan sad ending sebab the sda feeling akan melekat lama kat hati.. syabas.. teruskan berkarya..
kisah di atas nie lebih kepada luahan hati seseorang . syabas, berjaya buatkan pembaca bersedih... namun......... biarlah lah logik sikit kalo nk buat cerpen tue... taun 2008 pon tak habis lg tulis diari dah taun 2009 plak...
sedeynye cite nie. berkotak-kotak tisu sye jdi mangse air mte n hingus sye. sye arap sgt cite nie x sad ending coz sye plg bnci cite yg sad ending.... pape pown cite nie mmg besh.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seseorg yang bukan ditakdirkan menjadi milik ite..tetap tak akan menjadi milik kite..walau dgn apa care sekalipun..