BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mei 30, 2008
Cerpen : Cinta Origami
misseurydice
misseurydice@yahoo.com

Bunyi jam dari telefon bimbit mengejutkan aku dari lena. Segera ku capai dan ku matikan dengan mata yang masih terpejam. Tak lama kemudian telefonku berbunyi lagi. Kali ini mesej pula yang masuk. Dengan malas aku menekan butang telefon bimbit dan membaca.

'Dan, jangan lupa janji kita okey!' Sender Airina. Aku check pula inbox. Ada tiga mesej yang belum dibuka dari Airina. Dalam keadaan mamai, aku membaca satu persatu mesej Airina. Mesej Airina yang mengingatkan aku tentang kelas kami pada pagi ini. Mesej Airina yang menyuruhku membawa buku-buku rujukan untuk menyiapkan tugasan kami selepas kelas tamat nanti. Mesej Airina yang mengingatkan aku tempat pertemuan kami selepas kelas kami berakhir nanti.

Aku menepuk dahi. Alamak...! Macam mana aku boleh lupa ni? Kembali teringat janji yang telah ku buat dengan Airina semalam. Dan kelas pagi yang aku dah ter'tuang'... Jam di meja ku kerling. Pukul 11.30 pagi. Bermakna sudah lebih sejam Airina menungguku di kafe. Aku melompat turun dari katil. Terus mencapai tuala untuk mandi.

----------------------------------------------------

Dari jauh aku sudah nampak Airina. Mukanya nampak seperti dia sedang kebosanan. Matanya asyik melilau. Mungkin mencari aku di celah-celah orang ramai yang mengunjungi kafe tersebut. Dan jari-jemarinya seperti biasa lincah melipat kertas-kertas kecil berwarna-warni yang sering dibawanya. Membentuknya menjadi objek. Sebaik sahaja terpandangkan aku, dia tersenyum lebar.

"Dik! Bagi akak teh tarik satu! Tarik panjang-panjang sikit ek! Pastu bagi roti canai kosong dua..." Jeritnya. Seperti biasa, Airina selalu tahu apa yang ku inginkan. Teh tarik dan roti kosong memang menjadi favouriteku jika berkunjung ke kedai mamak ini.

Senyuman Airina melegakan hatiku yang gundah. Gundah akan dimarahi oleh Airina akibat kelewatanku. Ahh... Airina tak kan marah padaku. Kalo dia marah pun, aku tahu bagaimana mahu memujuknya. Aku membalas senyuman Airina dan duduk di hadapannya.

"Dah lama sampai?"

Tanyaku sekadar berbahasa untuk memulakan perbualan pada pagi ini. Walhal aku tahu sudah lebih sejam Airina menungguku di situ. Airina jarang tidak menepati masa dan janji yang dibuatnya. Airina tersenyum manis. Jarang dia memasamkan mukanya di hadapanku. Jari-jemarinya menyudahkan lipatan origami burung jenjang yang terakhir. Mungkin dia baru sahaja belajar membuat origami burung jenjang ni. Cantik juga hasilnya! Kemudian kesemua origami burung jenjang itu dihulurkan kepadaku. Memang kebiasaannya begitu. Katanya dia sudah tidak punya tempat untuk menyimpan lipatan origami yang dibuatnya. Dan kini, origami buatan Airina mula membanjiri bilikku di kolej pula. Di celah buku-buku, di dalam laci, di rak buku, di bawah katil...

"Tak adalah... Saya baru aje sampai." Kata Airina tanpa memandangku. Aku tahu Airina berbohong untuk menenangkan hatiku yang rawan. Lipatan burung jenjang pelbagai warna yang aku sambut tadi ku kira. Sepuluh semuanya. Air Horlicksnya pun sudah tinggal separuh gelas. Aku tersengih. Kau masih belum boleh membohongiku, Airina...

"Sorry! Saya tertidur. Overslept... Malam tadi saya buat assignment Puan Raudah sampai pukul empat pagi..." Giliran aku pula berbohong. Walhal aku bergayut di telefon dengan Wardah sampai jam empat pagi tadi. Kebetulan Wardah tak ada kelas hari ni jadi dia rancak berbual itu ini denganku. Aku yang tak sedar diri ada kelas pagi ni, syok aje melayan dia. Sedar-sedar dah pukul empat pagi. Selepas solat Subuh barulah aku dapat melelapkan mata. Pastu aku tido mati. Sampai ter'tuang' kelas Prof. Omar pukul 8 pagi tadi. Adoi... Perbualan kami terhenti seketika apabila pekerja kedai mamak itu menghidangkan makanan yang ditempah tadi.

"It's okey! Saya faham. Asssignment tu punya due date pun dekatkan... Don't worry! Saya dah sainkan attendance awak tadi. Jom kita makan dulu." Fuh! Lega... Ni yang buat aku semakin sayang dengan Airina ni... Dan hari itu hariku berjalan seperti biasa dengan kehadiran Airina di sisiku. Ceria dan menenangkan. Penuh dengan gelak ketawa Airina dan usikanku. Tak dapat aku bayangkan duniaku tanpa Airina. Tentu tidak menarik dan membosankan.

----------------------------------------------

Pertemuan pertama antara aku dan Airina berlaku kira-kira 3 tahun lepas. Di kafe berhampiran dengan fakulti kami. Aku masih ingat lagi, suasana di kafe begitu sesak sekali pada hari itu...

Aku kerling jam tangan. 12.30 tengah hari. Masa makan tengah hari. Pelajar-pelajar berebut-rebut membeli makanan di kafe yang berhampiran dengan bangunan fakulti. Mengisi perut sebelum memulakan pembelajaran sesi petang pula. Aku turut tidak ketinggalan. Namun aku tidak seghairah mereka memandangkan kelas sesi petangku bermula pada jam 4 petang, seperti yang diberitahu oleh kakitangan di bahagian pentadbiran tadi. Ah... Kenapa lah suka sangat buat kelas waktu petang? Mengantuk...!

Di celah-celah orang ramai itu, aku ternampak satu wajah yang benar-benar mencuri tumpuanku. Dia nampak begitu berbeza daripada pelajar-pelajar lain. Gadis itu berbaju kurung dan mengenakan tudung dengan warna yang sedondon dengan bajunya. Kulitnya putih bersih dan gayanya penuh dengan kelembutan. Betul-betul seperti bidadari yang ku impikan... Diakah gadis yang ku cari-cari selama ini? Keasyikanku memandangnya membuatkan aku alpa dan terlanggar seorang gadis.

"Woi! Buta ke apa?"

Terkulat-kulat aku memandang gadis yang ku langgar tanpa sengaja sebentar tadi. Gadis itu sibuk mengelap-ngelap muka dan bajunya yang basah dengan tisu. Dengan mata yang mencerlang, dia merenungku. Sebaik saja aku memandang wajahnya, aku terus tergamam. Cantik! Secantik gadis yang sudah hilang dari pandangan mataku kini. Cuma gadis di hadapanku kini tidak bertudung. Rambutnya yang di'highlight' dengan warna perang dan dibiarkan terbang bebas. Dan seperti pelajar-pelajar lain, dia mengenakan jeans dan blaus ketat. Make-up di wajahnya nipis sahaja. Kalo dia berpakaian sopan tentu manis seperti gadis bertudung tadi tu... Agaknya dia berasal dari bandar yang rata-rata penduduknya telah hilang ciri-ciri ketimurannya. Tapi... Don't judge the book from it's cover! Ada gak yang orang kampung yang dah lupa daratan.

"Hello!" Dia memetik jarinya beberapa kali di hadapan mukaku. Mungkin dia geram melihatku yang langsung tiada reaksi. Aku malu sendirian. Pasti gadis di hadapanku ini sudah perasan yang aku asyik memerhatikannya dari atas sampai bawah sejak dari tadi.

"Can you at least say you're sorry? You dah langgar I sampai I dah mandi air Coke, sekarang you tak nak cakap apa-apa? You ni tak ada adab atau bisu?" Soalnya lantang. Suaranya menarik perhatian beberapa orang pelajar di situ. Dua orang rakannya yang berdiri di belakangnya mula berbisik sesama sendiri.

"Oo… I'm really sorry! Saya tak perasan tadi. Awak nak saya ganti balik air Coke awak? Or… Can I get you something else?" Gadis itu menjeling. Tanda marah. Mukanya masam. Dia berpaling pada rakannya apabila terasa lengannya dicuit.

"Apa?" Soalnya kasar.

"Ai, dia tak sengaja tu! Let's forgive and forget okey?" ujar salah seorang dari rakannya. Gadis itu pada mulanya ingin memprotes. Tidak bersetuju dengan pendapat rakannya. Namun apabila rakan-rakannya memujuk, barulah gadis itu menganguk dan dia kembali mengalihkan pandangannya padaku.

"It's okey! Saya maafkan awak. Lagipun awak tak sengaja. TAPI lain kali letak mata kat depan okey. Bukannya kat belakang atau kat lutut!"

Aku tersengih seraya mengangguk. Dan gadis itu terus berlalu apabila lengannya ditarik oleh rakan-rakannya. Mungkin rakannya takut gadis itu akan bertindak di luar dugaan memandangkan suaranya begitu lantang sewaktu menerima maaf dariku tadi.

"Garangnya pompuan kat sini. Harap-harap gadis berbaju kurung tadi tu tak macam tu…" Kataku sendirian.

----------------------------------------

"Okey, saya nak tamatkan kelas setakat ini sahaja!" Kata-kata Prof. Muhaimin membuatkan aku manarik nafas lega. Seperti aku sudah terlepas dari hukuman gantung. Mahunya tidak, aku dah tak sanggup menahan mengantuk sejak mula-mula dia melangkah masuk ke dalam kelas dua jam lepas. Tersengguk-sengguk aku kat belakang kelas. Entah dia perasan entahkah tidak. Yang pastinya bukan aku aje yang buat kilang tahi mata. Ada tiga empat orang lagi yang se'geng' dengan aku. Nasib baik gadis yang aku suka tu ada dalam kelas ni. Dapat gak aku cuci mata. Melihat keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Kalo tak, dah lama aku cabut balik. Tidur kat bilik lagi bagus. Aku pantas mengemaskan buku di atas meja.

"Tak sangka kita satu kelas!" Aku angkat kepala. Memandang seorang gadis yang berdiri di tepi meja. Macam pernah tengok aje pompuan ni... Aku mula menyelongkar kotak memoriku. Samar-samar. Tiada gambaran yang jelas tentang gadis di hadapanku ini.

"Awak ni..." Aku memejamkan mata seketika. Kononnya tengah cuba mengingatlah. Kerat jari kelingking, aku memang tak ingat kat mana aku pernah jumpa pompuan ni... Dia hanya tersenyum. Manis. Nasib aku tak ada penyakt kencing manis.

"Minggu lepas. Di kafe. Awak langgar saya. Air Coke tumpah. Awak 'mandikan' saya dengan air Coke… Remember?"

Perlahan-lahan ingatanku terhadapnya kembali. Aku pandang wajahnya. Lain benar. Hari tu gadis ni garang macam singa. Hari ni dah macam kucing aje...

"Hah! Ya… Baru saya teringat. Awaklah yang saya langgar hari tu, kan? Napa? Awak tak puas hati lagi ke? Kalo awak tak puas hati lagi, saya boleh belikan awak air Coke yang baru. Jangan kata satu tin, satu dozen pun saya sanggup belikan..."

"No... No...! Bukan macam tu! Sebenarnya saya pun nak minta maaf. I wasn't myself on that day. Itu yang saya angin semacam. Harap-harap awak tak simpan dendam pada saya…"

"Sudah tentu tidak. Saya yang bersalah. Sekali lagi saya minta maaf. Memang salah saya sebab berangan masa berjalan." Kami berbalas senyuman.

"Nama saya Nurul Airina. But you can call me Ai @ Airin @ Airina or whatever. But not 'woi', 'pompuan' or what-so-ever yang tak sedap didengarlah…" Airina menghulurkan salam. Nak sambut ke tak, fikirku. Kalo sambut dosa. Bukan muhrim. Tapi kalo tak sambut, malu pulak minah ni. Ramai gak student yang masih belum keluar dari kelas dan curi-curi pandang ke arah kami.

"Nama saya Daniel Naim. Awak boleh panggil saya Dan..." Tangan Airina aku sambut juga akhirnya.

"Tak sangka awak pun amik Kejuruteraan Awam. Tapi yang peliknya, saya tak pernah tengok pun awak sebelum ni dalam kelas saya..."

"Actually, saya baru dapat tukar kampus. Sebelum ni saya belajar kat Sarawak. Baru sekarang saya dapat tukar ke sini..."

"Ooo... No wonder lah saya tak pernah tengok awak. Well, kalo awak perlukan bantuan apa-apa such as notes, awak boleh minta pada saya..."

"Sure... Thanks a lot! Susah gak belajar tanpa nota! Macam orang buta tanpa tongkat aje..."

Airina ketawa dengan perumpamaan yang aku buat. Persahabatan antara aku dan Airina bermula sejak hari tu. Ternyata berbaloi aku mengenali Airina. Airina seperti 'kembar'ku. Saling melengkapi antara satu sama lain.

-------------------------------------

"Dia tu satu course dan sekelas dengan kita ke?" Tanyaku pada suatu pagi. Ketika itu kami baru sahaja tamat kelas pertama untuk hari itu.

"Sapa?" Tanya Airina padaku semula. Aku memandangnya kemudian memandang ke arah gadis bertudung itu. Dia asyik berbual dengan kawan-kawannya. Mungkin membincangkan tajuk assignment yang baru sahaja diberikan oleh Puan Kamariah sebentar tadi. Airina melemparkan pandangan ke arah yang sama. Mencari-cari subjek yang ku maksudkan. Seketika kemudian dia memandangku semula.

"Maksud awak budak yang pakai tudung kuning tu ke?" Aku segera mengangguk. Airina tersenyum.

"Ooo... Wardah! Dia memang satu course dan satu kelas dengan kita. Napa? Berkenan ke?"

Aku diam. Cuma tersenyum sahaja mendengar serkap jarang dari Airina. Airina memang suka wat serkap jarang. Tapi biasanya serkap jarang Airina kena sasarannya. Sama seperti kali ini. Airina merenungku. Mengharapkan jawapan dariku. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Airina ketawa kecil. Kegembiraan kerana tekaannya tepat. Tiba-tiba Airina bangun dari kerusinya.

"Wardah! Daniel minat kat ko la...!" Jerit Airina. Satu kelas pandang Airina dan kemudian aku. Termasuklah si Wardah. Ya Allah! Malunya aku... Giler betullah budak Airina ni. Suka bertindak di luar jangkaanku. Pantas aku tarik lengannya sehingga dia terduduk.

"Woi! Tak payah lah wat announcement! Buatnya dia tu ada balak ke apa…" Bisikku marah. Airina tersengih aje. Nasib minah ni cun walaupun tersengih-sengih macam tu...

Wardah ku lihat tertunduk malu dan segera beredar dari situ bersama kawan-kawannya. Mungkin dia ada kelas lain yang perlu dihadiri. Atau mungkin dia malu setelah mendengar kata-kata Airina tadi. Tak pun dia meluat tengok aku... Melepas aku!

"Relaks, Dan! Wardah tu single and available lagi… Aku gerenti punya!" Kata Airina sambil mengenyitkan mata. Kalo ikut hati nak aje aku plaster mulut kecik minah ni! Macam mulut tempayan…

"Ko ni betul-betul dah malukan aku! Mana aku nak letak muka ni?" Airina angkat bahu.

"Dalam poket, dalam beg atau ko tak payah bawak muka ko datang kelas terus!" Ketawa Airina yang galak menambahkan kebenganganku. Dia dah malukan aku, pastu nak wat lawak tak jadi plak... Aku garu kepala yang tak gatal. Sengal betullah minah ni... Malu aku nak datang kelas macam ni.

"Patutnya ko berterima kasih kat aku. Bukan senang tau nak tarik perhatian minah kampung tu! Dari sem satu lagi abang-abang senior dan budak-budak fakulti kita try usha dia. Tapi satu pun tak jalan. Tapi ko beruntung... Sebab ada aku!"

"Apa untungnya ada ko?" Soal aku pelik. Selain dari membantu aku dari segi pelajaran dan membantu aku untuk memalukan diriku sendiri, aku tak nampak pun kelebihan aku berbanding budak lain dengan adanya Airina di sampingku.

"Wardah tu satu kolej dengan aku. Dia dok selang tiga bilik aje dari bilik aku..." Kata Airina sambil tersenyum-senyum.

Berkerut dahi aku memikirkan kaitan antara kolej budak Airina ni dengan Wardah dan minat aku untuk mengenali Wardah. Airina yang tadinya tersenyum penuh makna jadi bengang bila aku masih belum dapat menangkap butir bicaranya. Dicapainya test pad aku kat atas meja dan... Peek! Kepala aku diketuknya.

"Woi! Sakitlah! Jangan main kepala boleh tak?" jeritku. Aku raba kepala. Habis rambut 'still standing' aku. Dah jadi 'still melepet' plak dah!

"Dah ko 'lampi' a.k.a lambat pick-up sangat! Tu yang aku ketuk. Biar cepat sikit tangkap apa yang aku cakap."

"Maksudnya apa?" Soalku bodoh. Aku tersengih bila Airina jengilkan mata. Mungkin geram sebab aku masih tak faham kata-katanya.

"Maksudnya... Aku bolehlah kenenkan ko dengan dia. Itupun kalo ko nak la kat dia..."

"Nak! Nak! Nak!" Jawabku pantas. Orang dah offer...

"Amboi gelojohnya! Berapa 'pengeras' @ upah ko nak bagi kat aku? Kalo aku minta ko belanja makan hari-hari, sanggup ke?"

"Sanggup! Ko pun bukan makan banyak mana. Maklumlah, orang kuat diet... Tapi... Mahu ke Wardah tu kat aku ni?"

Timbul keraguan di situ. Yelah... Sapalah aku ni kan... Hensem tu tak lah... Berbanding dengan dia yang cun dan digilai ramai. Sekali dia tak sudi nak berkawan dengan aku. Alahai... Malunya! Dah la hari-hari kena mengadap muka dia. Kami kan sekelas...

"In that case, aku tak bolehlah nak paksa dia! Ini negara demokrasi..."

Airina mengenyit mata kepadaku. Aku terpinga-pinga sendirian. Dia mencapai barang-barangnya dan terus keluar dari kelas.

"Belum cuba belum tahu..." Bisik hatiku. Mana tau Wardah boleh sangkut kat aku ni... Aku menyakinkan diri dan menguatkan semangatku. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

----------------------------------------

Airina masih belum puas me'lecture' aku. Aku melemparkan pandangan ke arah tasik. Tenang. Mendamaikan. Ku perhatikan pula kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan berhampiran. Ceria dan penuh gelak ketawa. Bila terasa ada tamparan di lengan, barulah aku mengalihkan pandangan. Memandang Airina yang sudah merah mukanya menahan marah.

"Dan, saya tak larang kalo awak nak bercinta sakan dengan Wardah in fact saya yang bantu awak dapatkan dia tapi please... Awak tak boleh ponteng kelas lagi. Awak dah banyak kali sangat ponteng! Lecturers dah mula suspek saya yang selalu tandatangankan untuk awak... Kalo kantoi, KO la kita berdua!"

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Aku faham mesej yang cuba disampaikan oleh Airina. Memang wajar aku berterima kasih kepada Airina kerana bersusah-payah 'menyatukan' aku dan Wardah. Dan aku akui memang aku agak lalai menjalankan tanggungjawabku sebagai pelajar universiti sejak kebelakangan ini. Aku banyak menghabiskan masa ber'dating' dan bergayut dengan Wardah. Aku terlalu kepinginkan cinta dari Wardah. Hasilnya, hati Wardah berjaya ku perolehi. Ungkapan cinta dari Wardah telah ku perolehi beberapa minggu lepas. Ungkapan yang ku tunggu-tunggu setelah hampir dua tahun berkawan dengannya. Dan ungkapan itu membuatkanku tidak tidur lena semalam. Ungkapan cinta Wardah membuatkan aku tersenyum sendirian seperti orang gila. Ahh... Aku benar-benar telah dilamun cinta bersamanya.

Masa-masa yang dahulunya banyak ku habiskan bersama Airina dan kawan-kawanku yang lain, tiada lagi. Aku mula menyalahgunakan kebaikan Airina. Airina ku gunakan untuk menutup segala 'kekacauan' yang aku lakukan. Aku kerahnya menyiapkan assignment-assignmentku, menandatangan kehadiranku, memberiku meniru kertas jawapannya ketika ujian dan macam-macam lagi. Aku tahu, ia tidak adil bagi Airina but what are friends for, right? Aku juga pernah membantunya dahulu. Menghiburkan hatinya ketika ditinggalkan oleh Aizat suatu ketika dahulu. Membantunya ketika tayar keretanya pancit. Malah pernah menjadi teman lelaki palsunya semata-mata untuk membuatkan Aizat cemburu. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia pula membantuku.

"Awak tak macam ni dulu! Sepatutnya cinta membuatkan semangat awak semakin berkobar-kobar untuk belajar... Tapi apa yang saya lihat sebaliknya pula berlaku!"

"Airina, apa yang saya usahakan selama ini dah berhasil! Cinta Wardah milik saya juga akhirnya. Setahun selepas kita graduate, saya akan melamar dia menjadi isteri saya yang sah. Itu janji saya..."

Riak wajah Airina berubah menjadi keruh. Tiada senyuman di bibirnya. Dia seperti kecewa. Aku menjangkakan dia akan mengucapkan tahniah kepadaku kerana dia sendiri menyaksikan betapa aku bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan cinta Wardah yang satu. Mengapa ya...?

"Airina..." Panggilku apabila ku lihat Airina seperti mengelamun. Airina terkejut lalu memandangku. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menepuk-nepuk bahuku. Dia tersenyum tawar kepadaku.

"Tahniah! Saya gembira mendengarnya. Jangan lupa jemput saya makan nasi minyak nanti, ya!" Aku tersenyum lebar mendengar kata-katanya. Mana mungkin aku tidak mengajaknya. Dia kan match-maker kami. Malah aku berhasrat untuk menjadikannya pengapit sewaktu hari persandinganku nanti.

"Awak mesti datang. Tak lengkap majlis kahwin saya tanpa awak..."

Airina tersenyum. Aku membetulkan dudukku. Betul-betul mengadap Airina.

"Saya janji, lepas ni saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya tak kan ponteng kelas lagi. Saya tak kan suruh awak buat assignmet saya lagi. Saya tak kan buat perangai lagi..."

"Kalo awak mungkir?" Duganya.

"Awak boleh sumpah saya jadi batu!"

"Tak nak lah! Saya nak sumpah awak jadi kereta Honda! Tak payah saya beli lagi...!" Ujarnya sambil berseloroh. Kami ketawa keriangan. Sudah lama aku tidak melihat Airina ketawa begini.

------------------------------------------------

"Boleh tak Wardah tengok assignment awak, Dan... Wardah tak tau macam mana nak buat la..." Suara Wardah kedengaran manja di telingaku. Ahh... Orang kalo dah suka, yang pahit pun jadi manis. Yang busuk pun jadi wangi. Mungkin itulah situasi aku sekarang.

"Boleh, apa salahnya! Nanti saya bawa esok."

"Okey! Terima kasih. Wardah kena letak phone sebab Wardah belum solat lagi. Jangan lupa bawa esok, okey!"

"Okey! Bye..." Aku menekan butang merah di handphone. Serentak dengan itu aku terlihat Airina berjalan laju ke arahku. Hmm... Tepat pada masanya!

"Saya nak cakap something dengan awak..."

Itulah ayat yang pertama diungkapkan oleh Airina pada awal pertemuan kami kali ini. Muka Airina aku pandang. Mukanya serius. Sesekali berkerut-kerut. Seperti ada masalah berat yang dihadapinya. Aku mula meneka-neka perkara yang ingin dikatakannya.

"Apa dia?"

"Berkenaan dengan Wardah..."

Jantungku berdegup kencang apabila nama Wardah meluncur dari bibir Airina. Kenapa pula dengan Wardah? Baru sebentar tadi kami berbual.

"Napa pula dengan Wardah?" Pantas aku bertanya.

"Saya nampak dia keluar dengan Rahimi semalam. Mereka berpegangan tangan dan masuk dalam hotel. Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya terserempak dengan mereka..."

Aku pantas menutup telinga. Tidak sanggup mendengar Airina memburuk-burukkan Wardah. Ini merupakan kali ketiga aku mendengar cerita memburukkan Wardah dari mulut Airina. Dua kali kami bergaduh besar gara-gara Airina mengatakan yang bukan-bukan tentang Wardah. Mustahil Wardah sanggup melakukan perkara tidak bermoral. Wardah gadis terpelajar yang tinggi ilmu agamanya. Airina masih meneruskan cerita karutnya tentang Wardah.

"Airina!" Jeritku. Airina tersentak. Kata-katanya terhenti.

"Jangan burukkan Wardah lagi! Dia gadis baik. Tuduhan awak terhadapnya terlalu berat."

"Tapi saya tak bohong! Najwa, roommate saya boleh jadi saksi. Ini bukan kali pertama kami lihat mereka bersama, Daniel! Cuma baru kali ini saya berani berterus terang dengan awak tentang segala-galanya!"

"Saya tahu awak sengaja memburuk-burukkan Wardah! Awak cemburu sebab saya banyak habiskan masa dengan Wardah!"

"Demi Allah, Dan! Tak pernah terlintas di hati saya untuk memburukkan Wardah dan saya tak pernah cemburukan perhubungan awak dan dia!"

"Sudah! Saya tak mahu dengar lagi awak memburukkan Wardah. Dia bakal isteri dan ibu kepada anak-anak saya!"

"Daniel! Dengarlah kata-kata saya... Sekali pun awak tidak mempercayainya tapi sekurang-kurangnya ambillah tahu. Siasatlah, Dan! Buka mata hati dan minda awak. Nilailah semula Wardah awak tu..."

"Saya tak tahu apa yang dah merasuk fikiran awak sehingga awak sanggup memburuk-burukkan Wardah. Kalo awak tak boleh Wardah, okey! Fine... Saya rasa sampai sini sahaja persahabatan kita sebab kita dah tak sefahaman lagi..."

Aku meninggalkan Airina yang masih berdiri di situ. Hatiku terasa pedih kerana terpaksa memilih antara Airina dan Wardah. Namun aku nekad. Aku tidak akan percaya kata-kata Airina yang berunsurkan cemburu itu. Jeritan Airina tidak ku hiraukan. Aku lebih risaukan keadaan Wardah sekiranya dia mendengar cerita-cerita yang tidak baik mengenainya.

-----------------------------------------------

Perhubungan aku dengan Wardah sudah berlangsung hampir empat tahun. Kini kami sudah tamat pengajian dan mula memburu pekerjaan di ibu kota. Alhamdulillah... Rezekiku murah. Tak sampai tiga bulan aku menganggur, aku diterima bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Wardah pula sudah dua kali bertukar pekerjaan kerana dia masih belum dapat pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan yang kami ambil.

Airina? Aku tidak tahu perkembangan terbaru Airina. Aku tidak lagi berhubungan dengan Airina setelah peristiwa petang itu. Aku yang memutuskan hubungan dengannya. Airina ada menghantar mesej dan menelefonku namun tidak pernah aku tak angkat. Bila bertemu aku cepat-cepat melarikan diri. Setelah pelbagai cara dilakukan, Airina mengalah dan mula menjauhkan diri dariku. Tamat pengajian, Airina hilang begitu sahaja dari hidupku. Aku tidak mencarinya lagi. Aku tidak boleh menerima penghinaan yang dilemparkan oleh Airina berkenaan Wardah.

Wardah gadis kampung. Dididik dengan ajaran agama yang sempurna. Bapanya merupakan imam di kampung. Wardah tahu menjaga auratnya. Wardah bertudung, menutup auratnya dari dilihat orang lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya. Wardah juga tidak pernah tinggal kewajipan solat lima waktunya. Bicaranya bagai mutiara-mutiara kata. Penuh kelembutan dan sopan-santun. Bagiku, Wardahlah yang paling layak menjadi permaisuriku.

Airina berbeza sekali dengan Wardah. Airina dilahirkan dan dibesarkan di bandar. Didikan agamanya hanya setakat di sekolah rendah dan menengah. Solat lima waktunya adakalanya terabai. Airina kurang bijak menjaga auratnya. Airina senang mengenakan t-shirt ketat dan jeans ke mana-mana. Rambutnya yang panjang dan lurus, diwarnakan dan dibiarkan bebas dilihat oleh sesiapapun.

Bukanlah aku ingin membezakan Wardah dan Airina. Tetapi bagiku, Wardah lebih sesuai dijadikan isteri memandangkan asas agamanya kukuh boleh menambah saham dan potensiku untuk menuju ke pintu syurga. Wardah juga mudah dididik memandangkan dia tidak pernah membantah terutama dalam perkara-perkara berkaitan hukum agama. Wardah bijak membataskan pergaulannya dengan lelaki-lelaki bukan muhrimnya termasuklah aku. Tidak pernah sekalipun kami bersentuhan secara sengaja. Keperibadiannya menyebabkan aku tekad untuk menamatkan pencarian teman hidupku.

----------------------------------------

Aku bergegas keluar dari rumah. Pintu rumah segera ku kunci. Sebaik sahaja pintu kereta ku buka, telefon bimbitku berbunyi. Wardah...

"Wardah, abang baru nak..."

"Abang! Wardah tak dapat tengok wayang dengan abang hari ni! Wardah kena kerja. Ada tender baru masuk!" Ujar Wardah lembut namun kedengaran agak tergesa-gesa. Aku menutup kembali pintu kereta.

"Hari ni kan hari Sabtu. Tak kan lah kena kerja pulak..." Setahu aku, pejabat Wardah cuma beroperasi lima hari seminggu.

"Ada tender baru masuk. Wardah budak baru, tak berani lah nak bantah..." Aku segera mengerti bicara Wardah. Wardah baru sahaja bekerja di sebuah syarikat pembinaan di ibu kota. Sudah pasti prestasi kerjanya sedang dinilai dan diperhatikan. Namun tuntutan tugas Wardah kebelakangan ini sering benar mengganggu janji temu kami pada setiap hujung minggu. Pada hari lain jarang-jarang sekali kami dapat bertemu memandang waktu kerjaku sering tidak menentu selesainya.

"Okey lah kalo macam tu. Kita jumpa lain kali aje. Take care okey..."

"Okey. Sayang abang. Bye!" Talian dimatikan. Aku tersenyum sendirian. Wardah tidak pernah gagal mengucapkan sayangnya padaku. Kasihku padanya juga semakin menggunung. Tiada siapa yang dapat menandinginya dalam hatiku.

Aku mengeluarkan tiket wayang dari poket seluarku. Memandangnya sejenak dan berkira-kira apa yang harus aku lakukan dengan tiket tersebut.

"Nampaknya aku sorang ajelah yang tengok cerita ni. Tiket lagi satu ni wat frame ajelah..." Kataku sendirian. Pintu kereta ku kunci. Lebih baik naik kenderaan awam. Hujung minggu biasanya jalan di Kuala Lumpur penuh sesak. Jika bersama Wardah, aku tidak kisah jika terperangkap dalam kesesakan sebegitu kerana masa-masa bersamanya lah yang selalu ku nanti-nantikan. Aku tak ingin Wardah berpanas, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan awam maka tahun pertama aku bekerja aku terus membeli kereta secara ansuran. Demi Wardah...

-----------------------------------------

Seperti yang kujangkakan, LRT sarat membawa penumpang. Aku segera menyelit di celah-celah orang ramai. Yes! Aku berjaya meloloskan diri... Aku mengelap peluh dengan sapu tangan. Panas. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu dan keadaan LRT yang penuh sesak, sudah cukup untuk membuatkanku 'terbakar'. Aku perhatikan manusia yang pelbagai ragam di dalam LRT. Pelbagai bangsa. Pelbagai gaya dan ragam.

Aku tertarik untuk meneliti sepasang kekasih yang berdiri di suatu sudut LRT. Itupun setelah makcik-makcik yang berdiri di sebelahku mula mencemuh pasangan tersebut. Penumpang-penumpang dalam LRT itu juga mula memberikan pandangan kurang senang ke arah pasangan tersebut. Sungguh menjijikkan dan memualkan. Mereka bukan setakat berpegang tangan. Tangan si lelaki sudah mula berjalan ke tempat yang tidak sepatutnya. Sesekali si gadis menghadiahkan ciuman di pipi lelaki tersebut. Mereka seolah-olah tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Langsung tidak mengendahkan pandangan orang di sekeliling mereka. Apa yang menyedihkan aku, si gadis memakai tudung. Perbuatannya akan membusukkan imej wanita bertudung di mata masyarakat. Perlukah pasangan bercinta meluahkan rasa cintanya dengan cara 'terlarang' sebegitu? Kenapa tidak kahwin sahaja?

Aku cuba membandingkan pasangan tersebut dengan Wardah dan aku. Aku dan Wardah juga bercinta, tetapi tak lah sampai begitu perlakuan kami. Aku cukup menghormati Wardah dan imejnya yang bertudung. Tidak pernah sekali pun aku menyentuhnya sekalipun memegang tangannya. Apatah lagi meragut kesuciannya... Aku menatang Wardah seperti minyak yang penuh. Aku mahu menjaga Wardah dan maruahnya sehinggalah masanya sudah tiba untuk aku berbuat lebih daripada sepatutnya. Bagiku, percintaan sebegitu adalah lebih manis dan akan bertambah manis setelah kami berkahwin kelak...

Sebaik sahaja pengumuman mengatakan LRT yang kami naiki sudah tiba di destinasinya, barulah pasangan tersebut meleraikan pelukan dan bersedia untuk turun. Aku mengamati wajah pasangan tersebut. Wajah gadis bertudung dan pasangannya yang sudah jelas kelihatan di kaca mataku membuatkan lutut aku menjadi lemah. Berkali-kali aku menggosokkan mata. Tak percaya... Tanpa sedar, aku mengikut pasangan itu dari belakang.

"Wardah!" Jeritku lantang. Aku berdoa agar gadis di hadapanku tidak menoleh. Sekaligus menidakkan apa ku lihat sebentar tadi. Gadis itu menoleh. Sah! Itu memang Wardah. Di sebelahnya, Rahimi, senior kami ketika di UiTM. Muka Wardah pucat. Rahimi memandangku dengan tenang.

"Abang... Wardah..."

"Abang tak sangka Wardah sanggup tipu abang. Dan yang paling abang tak sangka Wardah sanggup melakukan perkara terkutuk di khalayak ramai!"

"Abang! Dengar dulu penjelasan Wardah..." Wardah menghampiriku dan cuba memegang tanganku. Aku pantas mengelak. Jijik untuk bersentuhan dengannya walhal itulah yang selalu aku impikan. Aku cuma melemparkan senyuman tawar apabila Wardah cuba juga menegakkan benang yang basah. Menafikan segala-gala yang ku lihat tadi. Wardah mula menggunakan air matanya untuk meraih simpatiku. Maaf Wardah, aku tak kan tertipu lagi...

"Ternyata Wardah bukanlah bidadari yang abang impikan selama ini. Hubungan kita setakat ini sahaja, Wardah! Selamat tinggal..."

Aku terus berlalu. Meninggalkan Wardah yang meraung memanggil namaku sambil ditenangkan oleh Rahimi. Hatiku bagai dirobek. Aku tahan air mataku dari mengalir. Aku lelaki. Tak seharusnya seorang lelaki menangis semata-mata kerana seorang gadis. Gadis yang entahkan ada entahkan tidak gadisnya lagi...

----------------------------------

Dah lebih tiga jam aku berjalan tanpa arah tujuan. Cuma mengikut sahaja ke mana arah kaki membawa jasadku ini. Bila terasa letih, aku akan duduk seketika. Memerhatikan keadaan sekeliling yang padaku semuanya nampak suram. Tidak bermaya. Seperti yang ku rasakan kini. Tenggelam matahari barulah aku balik ke rumah. Farhan rakan serumahku tak berani menegurku apabila melihat mukaku yang masam. Mereka membiarkan sahaja aku berlalu masuk ke dalam bilik.

Tin Coke yang sudah tinggal separuh ku campak ke meja. Habis jatuh dan pecah semua barang di atas meja. Biar segalanya hancur! Air Coke tumpah di merata-rata tempat. Tiba-tiba pandanganku jatuh pada botol kaca yang berkecai di bawah meja. Botol kaca berbentuk bintang pemberian Airina ketika hari lahirku dulu. Origami berbentuk bintang bertaburan. Ada juga yang sudah dibasahi air Coke.

"If you need me, I'll always be there for you…"

Tiba-tiba ingatan terhadap Airina menerpa. Airina… Maafkan aku Airina... Betapa bodohnya aku kerana enggan mempercayai kata-katamu. Mataku dibutakan oleh kebaikan, kelembutan dan tudung yang dipakai oleh Wardah. Selama ini aku menyangkakan semua wanita bertudung itu baik, taat pada perintah Allah. Dan wanita yang tidak bertudung itu jahat, tidak berakhlak. Ternyata aku silap menilai keperibadian Wardah dan Airina.

Aku mula merindui Airina. Airina gadis lincah yang sudah lama tidak ku temui. Airina teman yang terbaik yang pernah aku ada. Sentiasa sabar dengan kerenahku, kelewatanku, kelalaianku, kekuranganku. Airina tetap sabar dan tersenyum. Airina selalu prihatin dengan keperluanku. Bersama Airina, aku menjadi diriku. Aku tidak perlu kelihatan sempurna dalam segala hal kerana Airina sendiri tidak malu-malu menunjukkan kelemahannya. Kami masing-masing ada kelemahan dan kami saling melengkapi untuk menutup kelemahan-kelemahan kami. Airina... Di mana kau sekarang?

Bintang-bintang yang bertaburan aku kutip satu persatu. Salah satu bintang yang sudah basah terkena air Coke dan sudah hilang bentuknya menarik perhatianku. Terkerut mukaku melihat kesan dakwat pen yang terdapat di bintang itu. Dengan cermat ku buka lipatannya. Terkejut aku dengan apa yang ku lihat. Aku pantas menyelongkar buku-buku di rak. Satu kotak yang penuh dengan hadiah pemberian Airina dan origami yang pelbagai bentuk turut ku keluarkan dari bawah katil. Origami pelbagai bentuk ku buka satu persatu. Hampir setiap satunya ada tulisan tangan Airina…

"Pertemuan pertama dengan Daniel, 12 April 2003."

"Daniel is my superman. He always there for me…"

"Daniel is funny. He really light up my days."

"Aku mula mendalami ilmu agama kerana keperibadian Daniel."

"Aku berjanji memperkenalkan Dan dengan Wardah."

"Usaha aku berhasil! Aku senang melihat senyuman Dan."

"Daniel dan Wardah bertambah rapat. Aku betul-betul rindukan saat-saat bersama Daniel."

"Aku bukan gadis idaman Daniel-bertudung, beriman, sopan, lemah-lembut. Wardah gadis terbaik buat Daniel..."

"Kenapa aku cemburu melihat Daniel dan Wardah?"

"Aku rasa aku sudah jatuh cinta pada Daniel."

"Daniel, tidak layakkah aku menyintaimu?"

"Aku tak kan sesekali menyatakan cintaku kepadanya. Aku takut akan kehilangan Daniel buat selamanya."

"Andai Daniel tau 'muka' sebenar Wardah, apakah reaksinya?"

Ya Allah! Selama ini Airina mencintaiku? Mengapa baru kini aku mengetahui isi hatinya? Kenapa aku terlalu buta menilai layanan dan pengorbanan Airina selama ini? Mengapa aku terlalu bodoh menafsirkan bahasa cinta Airina? Mungkin bidadari yang selama ini ku cari bukan Wardah tetapi Airina... Mungkin bidadari yang ku cari selama ini berada di hadapan mataku... Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemunya lagi...

---------------------------

Dua jam menunggu di hadapan pejabat Airina aku rasakan seperti dua tahun lamanya. Sekejap-sekejap aku duduk dalam kereta, sekejap-sekejap aku berdiri di sisi kereta. Bila terasa lenguh, aku mundar-mandir pula di situ. Orang yang lalu lalang mula pandang aku semacam. Aahh... Lantak mereka lah! Dalam kepala aku sibuk merangka-rangka ayat yang ingin aku tuturkan kepada Airina sebentar nanti.

Mahukah Airina memaafkan aku atas segala keterlanjuran kata-kataku? Atas segala perbuatan aku terhadapnya? Sudikah Airina menyambut huluran cinta dariku? Bagaimana jika aku sudah terlambat dan Airina sudah menjadi milik orang lain? Ahh... Kacau!

Tepat jam lima petang, aku lihat seorang demi seorang pekerja mula meninggalkan bangunan tersebut. Aku mencari-cari Airina. Tiada. Betul ke alamat yang si Najwa ni bagi? Entah-entah dia kelentong aku hidup-hidup tak?

Aku perhatikan lagi pekerja-pekerja yang keluar dari situ. Tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh seseorang. Berkali-kali aku menggosok mata. Demi Allah, jika tak kerana lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang kelihatan ketika dia ketawa bersama rakannya, tak mungkin aku dapat mengecam Airina. Airina kini sudah bertudung. Dia tidak lagi mengenakan baju dan seluar ketat sebaliknya kelihatan anggun berbaju kurung.Aku segera mengejar Airina dan rakannya yang semakin menjauh.

"Airina! Ai! Airina!" Jeritku lantang. Langkah Airina dan rakannya terhenti. Airina menoleh. Dia kelihatan terkejut apabila menyedari kehadiranku di situ. Rakannya mula menjauh. Memberi sedikit privasi untuk kami berbual.

"Daniel..." Ucapnya perlahan.

"Airina, saya nak minta maaf! Saya silap menilai Wardah. Ternyata dia bukan seperti yang saya bayangkan... Maafkan saya kerana tidak percaya kata-kata awak. Maafkan saya kerana gagal menghargai awak selama ini. Maafkan saya!" Airina tersenyum melihat wajahku yang bersungguh-sungguh mengucapkan maaf.

"Saya dah lama maafkan awak. Semua orang melakukan kesilapan termasuklah saya dan awak, Daniel..."

"Terima kasih, Airina..."

Aku mengeluarkan kotak baldu merah dari poket seluar. Aku buka kotak itu dan aku melutut di hadapan Airina. Airina tergamam. Drama sebabak yang kami lakonkan mula menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ.

"Airina, saya nak tamatkan kisah cinta origami kita ni... Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Airina terdiam seribu bahasa. Kebisuan Airina membuatkan hatiku gundah. Aku lihat dia membuka tas tangannya dan mengeluarkan sesuatu. Origami berbentuk hati. Dihulurkan padaku. Aku menyambutnya dengan seribu pertanyaan. Aku buka lipatan demi lipatannya. Di situ tertulis tiga patah perkataan yang sebelum ini aku anggap sudah tidak menjadi milikku lagi. Wajah Airina aku tatap. Kami berbalas senyuman. Terima kasih, Ya Allah... Terima kasih kerana memberi kesempatan kedua ini! Aku berjanji tidak akan mensia-siakannya lagi...

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini. Maaf andai jalan cerita ini seperti memberi imej buruk kepada wanita bertudung. Namun pada saya dalam setandan pisang tentu ada yang rosaknya. Semoga kita di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk serta hidayahNya. Jika ada kelapangan, sudi-sudikanlah diri membaca karya saya yang lain; novel Cinta Kau dan Aku, cerpen Cinta Kau dan Aku, dan cerpen Setia Menanti... ~miss eurydice~
posted by BLOGGER @ 1:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
22 Comments:
  • At 30/5/08 2:00 PG, Blogger fizaohfiza said…

    it's a really go0d + interesting story!

    go0d j0b!

    =)

     

  • At 30/5/08 9:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    congrate... nnice story.. byk gak pengajran kite leh amik dari citer ni...

     

  • At 30/5/08 10:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni best!

     

  • At 30/5/08 2:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mulianya hati airina...
    mmg betul, setandan pisang tak semuanya bagus...so diharapkan kita semua berada dalam kelompok yang bagus tu la yek...
    gud work!!! congrats!

     

  • At 30/5/08 5:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen ni best..ada 'feel' bile baca..tulis lagi lpas ni...syabas bete =)

     

  • At 30/5/08 6:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story..nice ending..
    good work..keep working..novel cinta kau dan aku pun best..da bace! :)
    *thumbs up*

     

  • At 30/5/08 9:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye..teruskan usaha..cerita yg sgt menarik....

     

  • At 1/6/08 12:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam alaik..sy betul2 terharu dgn kisah ni..xsangka ada yg menulis kisah sy..wat ever pun,ALLAH sentiasa bersama pihak yg benar :)

     

  • At 3/6/08 3:58 PTG, Blogger zue_amin said…

    waaa..nice story...happy ending...i like it...
    i lak memang minat origami...nnt nak tiru la...hakhakhak...nak bg kat tersayang camtue...hehehe...nak suruh die simpan byk2 til the 'DAY'...huhuhu...
    anyway...congrat'...nice working!!!... (O_~V) ~zue~

     

  • At 7/6/08 8:44 PTG, Blogger .*. said…

    bez la cite ni.
    betol 2,
    skrg macam2 ley jd.

    airina gile romantic
    wat origami lagi.

    tapi name hero ni daniel
    tak best ah
    ahahahha

     

  • At 8/6/08 7:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni.. tahniah!!lain daripada yg lain.. =)

     

  • At 23/6/08 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cita nie.....dont judge book by it's cover...kan?..

     

  • At 3/7/08 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SYABAS! cerita nya bagus bangat. Jln cerita sungguh memikat hati pembaca. I love all your Novels very interesting. Kalau boleh pse write more ok pasti I baca nya.

     

  • At 9/7/08 2:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    don't judge a bokk by it's cover...

    pandangan pertama hanyalah 50% selebihnya setelah mengenali baru tahu jawapannya...

     

  • At 3/8/08 8:32 PG, Blogger s.c.h.u.l.t said…

    nice story..tp ade sikit loose kat 1 part tu..part yg diorg gune 'ko-aku' tp len2 diorg gune 'saya-awak' =)

     

  • At 5/8/08 1:02 PTG, Blogger eury said…

    thanks 4 the comments... i insyaAllah sy akan lebih berhati-hati akn dtg...

     

  • At 7/10/08 9:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST LAR... SUKA...SUKANYE

     

  • At 2/12/08 3:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la jalan citer nie.good job.
    apa lagi citer yg awak buat ye?

     

  • At 12/3/09 2:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    oh...is rly a nice story..
    btl la ape yg u kate...
    ssetandan pisang tentu ada yang rosaknya..
    yup2 n btl ape yg u kate...
    eventho i ni b'tudung tp byk je kwn2 i ade yg mcm tu....
    so i agak ske ngan cerpen u ni..
    care olahan pn menarik..
    good job ^^.

     

  • At 31/10/09 11:40 PG, Anonymous ika said…

    nak tulis diary lam origami jugak la..

     

  • At 21/11/09 11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    goor job to the writer... semua citer best... layan abis... thumb up...
    setuju x semua yg bertudun baik dalaman nye... huhuhuhuuu

     

  • At 30/5/12 2:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story..i dlu ad gak member bertudung litup..tp blakang org cam hampeh jew..dpn kite asyik bg tazkirah manjang tp blakang die lah setan... bukan sume jahat...bak pepatah krn nila setitik rusak susu sebelanga

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group