Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
21 Mac, awak masih ingat lagi? Mesti awak dah lupa kan? Mana taknya, saya tak pernah jadi special awak. Tarikh ni banyak merubah hidup saya. Syazana yang semalam sudah hilang dan mati.. Awak, itulah tarikh pertunangan saya dan awak. Sesungguhnya, itulah titik bermulanya kegelapan dalam hidup saya. Kita tak pernah mengenali apatahlagi mencintai. Penyatuan kita di rancang oleh keluarga. Awak, untuk bertunang dengan awak saya terpaksa meninggalkan kekasih hati saya. Awak tahu bertapa luluhnya hati saya? Kami bercinta 5 tahun.. 5 tahun bukan masa yang singkat. Sementara menunggu keluarga awak sampai, saya tak henti-henti menangis mengenagkan peristiwa yang lalu. Masa tu, saya masih Syazana yang manja, nakal dan suka ketawa. Awak tahu, satu hari saya dipanggil pulang ke villa mama dan papa. Mama dan papa menyatakan hasrat mereka untuk menyatukan awak dengan saya. Saya bantah dengan sekeras-kerasnya. Awak tahu kenapa? Sebabnya saya sudah mencintai orang lain. Hazherizal, dialah kekasih saya. Saya cintakan dia sangat-sangat. Saya tak mahu gadaikan masa depan saya dengan awak. Awak tahu? Mama menghina Hazherizal kerana awak!! Saya sedih dan menangis tak henti-henti. Namun, air mata saya tak dapat mencairkan hati dan keinginan mama dan papa. Tiga hari saya berendam air mata. Tak makan dan tak minum. Saya kecewa awak. Teramat kecewa.
Akhirnya, saya berhasrat untuk lari ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Hazherizal. Padanya saya ceritakan segala-galanya. Awak tahu, dia hanya tersenyum dan menasihatkan saya menerima pinagan keluarga awak. Seminggu saya berperang dengan Hazherizal kerana menyangka yang dia tidak mengerti dan menyayangi saya. Sepanjang masa itu saya amat menderita. Suatu hari, Hazherizal datang ke rumah saya. Melihat dia saya merasakan dunia ini amat suram dan kelam. Tiba-tiba Hazherizal menarik tangan saya dan menyorongkan badan saya ke dalam kereta Honda miliknya. Saya hanya menurut kerana saya begitu rindu kepadanya. Hazherizal membawa saya ke sebuah taman rekreasi di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Awak tahu, dia menyatakan betapa dia cinta pada saya dan tidak sanggup melihat saya tersiksa. Saya mencadangkan supaya kami kahwin lari, tetapi Hazherizal menolak mentah-mentah cadangan saya. Saya menangis. Dia juga mnangis. Dia mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Dia mengatakan tentang derhaka, pahala dan dosa. Saya insaf awak. Dia memang pandai memujuk. Dia juga mengingatkan saya yang cinta itu tidak beerti memiliki. Dia menyatakan bahawa saya tetap ratu hatinya walaupun kami tidak ke junjung perkahwinan di akhirnya. Sebelum pulang, dia membawa saya ke masjid negara. Katanya, saya dan dia masing-masing perlukan bantuan dan ketenangan daripada Allah. Jadi dia mengarahkan saya pergi bersujud kepada-Nya dan memohon kebahagiaan dan ketenangan. Dia juga ada menyatakan bahawa dia akan mendoakan kebahagiaan untuk saya dan awak. Dia baik kan awak? Dia tabah. Sangat tabah.
Berbekalkan semangat dan nasihat Hazherizal. Saya menuruti kemahuan mama dan papa. Mama bertanyakan sebabnya saya menerima awak tanpa syarat dan saya tidak menyembunyikan perkara sebenar, Saya ceritakan segalanya kepada mama. Mama hanya diam dan papa pula menyampuk bahawa saya harus cuba mencintai awak dan perkahwinan tanpa cinta pada awalnya tidak semestinya tidak mendatangkan kebahagiaan yang berpanjangan di akhirnya. Saya hanya membeku dan menangis. Mama mengesat air mata saya dan terus keluar tanpa sebarang kata. Begitu juga papa. Memang begitu kehidupan orang berharta kan awak? Orang yang tak setanding dengan kita, tak secocok dengan kita. Ah!! Singkatnya pemikiran diaorang. Awak, pada saya cinta itu suci. Cinta pada harta itu tamak namanya. Saya benar-benar mencintai dia. Benar-benar kecewa dan sedih dengan takdir ini. Dan sehinggalah ke hari pertunangan kita, jiwa saya kosong, hilang!!!
Semasa ibu awak menyarungkan cincin yang bertakhtakan belian di jari saya, saya masih lagi menangis. Mama menyiku saya meminta saya berhenti menangis. Saya tidak memperdulikannya dan terus menangis. Mama.. anak mama in terluka.
Malam selepas kita ditunangkan, Hazherizal menalefon saya. Awak tahu, dia mengucapkan tahiah dan mengirim salam kepada awak. Dia juga berpesan supaya saya tabah dan bahagia kerana kebahagiaannya ialah kebahagiaan saya. Dia minta saya berhenti bersedih dan cuba mencintai awak sedalam saya mencintainya. Dia meminta saya ketawa dan tersenyum seperti dahulu. Dia juga meminta kebenaran saya untuk terus mencintai saya. Awak tahu apa perasaan saya masa itu? Uh......
Keesokannya, apabila saya pergi menjalankan tugas seperti biasa, saya di gemparkan dengan berita pertukaran Hazherizal ke London untuk menguruskan cawangan di sana. Awak tahu betapa sedih dan pilunya saya? Dia pergi tanpa sebarang kata. Hilangnya dia tanpa jejak. Tiga bulan saya merana. Cinta sejati saya hilang begitu sahaja. Awak?? Sudah tiga bulan kita bertunang namun tidak pernah sekalipun kita bersua. Bagaimana cinta mahu berputik?
Suatu hari saya menerima panggilan daripada Hazherizal. Sepanjang perbualan saya di temani air mata. Sesungguhnya cinta ini masih menjadi miliknya. Dia menuntut janji saya untuk kembali bahagia. Katanya, kerana seya selalu bersedih maka dia juga turut bersedih kerana kebahagiaan saya ialah kebahagiaannya. Apabila dia bertanyakan tentang awak, baru saya teringat akan kewujudan tunang tergantung saya. Dia menasihatkan saya untuk cuba mencari kebahagiaan dan menciptanya bersama awak. Katanya, yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang, begitu juga dengan cinta dan kebahagiaan. Saya perlu mencarinya untuk masa depan yang cerah.
Berbekalkan sedikit kekuatan, saya mulakan hidup baru. Bertunang tapi seperti tidak. Saya lemas dalam keadaan yang seperti ini. Saya minta nombor telefon awak dari mama. Awak tahu tak bertapa tebalnya muka saya? Mama nampak terkejut tapi tidak mengomen apa-apa. Kalau Hazherizal.. Entahla apa yang mama akan kata.. Tapi awak? Oh terlupa, awakkan menantu pilihan. Tapi Hazherizal? Awak tahu bertapa seksanya hati ini bila mengenangkan kekasih lama?
Pertama kali kita berjumpa. Awak lewat setengah jam. Awak tahu apa perasaan saya? Hati tak tenang dan betul-betul nak marah. Hazherizal tak pernah begini! Alasan awak, awak banyak kerja. Awak ingat saya tak ada kerja ke? Rasa macam nak menjerit macam tu aja kat telinga awak. Tapi saya senyap aja .Pertemuan pertama pun awak dah buat hal. Hubungan kita beku dan dingin. Tapi saya tak pernah ambil kira. Biarlah kita dengan cara hidup kita yang tersendiri.
Saya jalani hidup yang baru bersama awak. Dengan awak, saya lebih matang. Saya mula menjalani kehidupan Syazana yang baru. Awak banyak mengajar saya erti hidup dan berdikari sebab awak tak pernah memanjakan saya.. Awak tahu, Hazwanie Hazwin? Dia rakan baik saya. Setiap kali melihat dia bertemu janji dengan Daniel, saya betul-betul cemburu. Kenapa kita tak macam tu? Ada satu hari Hazwanie Hazwin menangis-nangis dan mengadu pada saya yang keluarga Daniel tak merestui ikatan mereka. Daniel di hantar ke Jepun untuk menguruskan perniagaan keluargannya. Mereka dipisahkan. Awak tahu masa tu saya teringat sangat kat Hazherizal, terfikirkan pertunangan kita dan masa depan saya. Saya menangis teresak-esak sambil memandang cincin berlian yang tersemat indah di jari saya. Cantik., tapi mengapa tak seindah pertunangan kita?
Tak sangka, saya yang kalah dahulu dalam pertempuran perasaan ini. Awak tahu? Saya mula jatuh cinta pada awak apabila kita sama-sama menghadiri family day bersama keluarga awak di Korea. Di hadapan famili awak, awak melayan saya dengan baik sekali. Di hadapan mereka, saya dimanjakan. Masa tu saya rasa awak special sangat. Masa tu jugak saya mula belajar mencintai awak secara serius. Setiap kali awak tersenyum pada saya, saya rasa tenang sangat. Awak nampak ikhlas. Layanan dan cara awak buat saya semakin sayang pada awak. Masa tu, saya ingat awak dah berubah dan mencintai saya. Jadi saya serahkan hati saya bulat-bulat pada awak kerana kita akan bersatu tidak lama lagi. Saat itulah saat paling indah bersama awak.. Pada masa itu saya betul-betul yakin yang kita boleh bahagia andai kita berusaha untuk bahagaia... jangan bilang tidak awak... kita mampu sebenarnya.
JANGAN BILANG TIDAK ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
jangan bilang tidak bila kita belum mencoba siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan cinta kita kan abadi.....
Perkahwinan kita semakin hampir, namun semuanya hanya saya yang uruskan. Awak nampak tidak berminat dan tidak mahu pun. Selepas pulang dari Korea, awak kembali ke keadaan yang asal. bukan saya tak pernah tanya, saya tanya.... tapi alasan awak, macam biasa..... banyak kerja. Kerana sayang, saya hanya mendiamkan diri.
Awak ingat tak baju kahwin kita? Masa tu, saya ajak awak pergi beli, tapi awak kata awak sibuk dan tak ada masa. Awak hanya minta saya pilih dan awak akan setuju sahaja. Saya menangis, saya tahu awak tahu keadaan saya masa tu tapi awak hanya membiarkan saya begitu dan terus mematikan talian. Kerana mengenagkan sayang.. saya pergi seorang diri.. Awak tahu betapa seksanya perasaan saya bila melihat pasangan lain dengan bahagia memilih pakaian untuk hari bahagia mereka. Masa tu, baru saya sedar yang kita sebenarnya jauh dan dingin. Kerana tak tahan, saya cepat-cepat memilih pakaian. Awak tahu, setiap kali saya melihat perkakas kahwin yang bewarna pink dan coklat saya mesti teringat pada Hazherizal. Kami pernah bercadang untuk menggunakan warna ini sebagai warna tema perkahwinan kami. Namun, tidak kesampaian. Selepas pulang dari membeli pakaian pengantin kita saya berjalan-jalan sekitar Sogo. Masa tu, saya ternampak awak dengan seorang wanita. Cantik, tinggi lampai dan bergaya. Saya cepat-cepat menyembunyikan diri. Awak nampak bahagia dan sering ketawa di samping wanita itu. Hancur hati saya. Saya menangis teresak-esak. Seksanya... Saya kecewa tapi hanya mendiamkan diri kerana sayang. Mesti awak fikir saya bodohkan? Saya memang macam ini apabila di lamun cinta. Saya suka memendam perasaan kerana bimbang awak kecewa.
Seminggu sebelum perkahwinan kita, Kita ada berjumpa. Saya ada tanya mengapa awak mengahwini saya. Tapi awak hanya tersenyum hambar dan katakan itu sudah jodoh. Apabila saya tanya pasal kekasih hati, awak diam dan terus mengajak saya pulang. Saya hanya menurut walaupun rasa ingin tahu ini membuak-buak. Di dalam kereta., saya bercerita mengenai masa depan kita. Awak hanya diam dan menjawab hum dan ok untuk semua soalan saya walaupun macam tak logik aja hum dan ok awak tu. Saya terasa hati dan terus senyap. Saya membuka radio dengan kuat, awak hanya memandang dan saya buat-buat tak nampak. Awak, saya terluka sangat masa tu. Saya marah, tapi tak bisa meluahkan hanya kerna sayang.. Ah serabut!! Tabahlah hati, sabarlah perasaan.
Menjelang tibanya hari perkahwinan kita, saya berdebar-debar. Beraneka rasa datang menjelama. Malam pertama, perkongsian hidup dan harta, maruah, anak-anak, tanggungjawab dan kebahagiaan. Walaubagaimanapun, saya tetap bahagia untuk dinobatkan sebagai suri hidup awak. Banyak mimpi yang saya anyam, dan kebahagiaan yang saya congak. Hazherizal? Masa banyak membantu saya melupakannya. Memang sukar, sampai kadang-kadang saya menangis keseksaan kerana teramat merinduinya. Memandangkan, saya bakal berkongsi hidup bersama awak, nama kekasih itu sedikit-sebanyak mula saya hakis. Namun, tabiat saya yang selalu membandingkan kalian masih belum bisa di hakis. Saya berjanji akan mengubahnya sedikit demi sedikit selepas kita berkahwin. Walaupun awak tidak merasakan cinta ini, tapi awak tahu betapa saya menyenanginya? Cinta ini tersemat kukuh buat awak. Setiap waktu saya berdoa agar kita ketemu bahagia bersama-sama. Saya cuba bersungguh-sungguh demi awak. Demi awak, Muhammad Saiful Ilham...
Ramai yang memuji kejelitaan dan keayuan saya semasa hari perkahwinan kita. Hari itu sungguh bahagia. Cuaca cerah bagaikan merestui ikatan kita. Semasa keluarga awak sampai, saya tersenyum senang akhirnya awak tiba, Namun, wajah awak agak muram. Mengapa ya? Perasaan ingin tahu saya membuak-buak. Tetapi walau macam-mana pun awak, awak tetap nampak kacak dan sesuai dengan baju melayu yang bewarna putih itu. Baut pertama kalinya memakai pakaian yang sedondon dengan awak, saya bahagia dan bangga awak. Dalam diam saya mengakui yang kita secocok sebenarnya. Saya bercadang untuk sentiasa memakai pakaian yang sedondon dengan awak selepas kahwin nanti. Macam ni, kita nampak lebih sepadan dan macam couple bahagia gitu. Ah... jauhnya saya berkhayal.... Awak memandang dan merenung saya. Lama.. saya bahagia tetapi amat malu. Ini juga kali pertama awak merenung saya. Saya sentiasa tersenyum. Masa anak mata kita berlaga, ada perasaan aneh yang mengalir dalam badan saya. Saya tertunduk malu dan tersenyum. Tapi awak hanya terus merenung saya. Saya mengagkat muka dan tiba-tiba....... saya terlihat itu.. air mata awak, awak menangis? Padam terus senyuman saya. Awak tiba-tiba berdiri dan memandang sekilas kepada saya dan terus keluar. Saya betul-betul terkejut dan belari keluar mengejar awak. Suasana masa itu kecoh sangat. Pengantin sudah lari. Namun, saya tak hiraukan mereka. Mama menjerit memanggil saya tapi saya pekakkan telinga,
Saya menjerit memanggil nama awak, tapi awak tak menghiraukan saya. Saya berlari semakin laju, dan menarik tangan awak. Awak berhenti, dan saya peluk belakang awak. Lama kita begitu. Kita sama-sama menangis. Lepas awak menghuraikan pelukan kita, awak menyatakan yang awak tak mampu menikahi saya kerana menyayangi orang lain. Awak tak sanggup melukai saya. Awak tahu tak saya rasa macam nak mati aja bila dengar awak cakap macam tu.. Tak sayang? Sukar betul saya menerima hakikat tu sebab saya memang betul-betul sayang awak. Honestly, saya mencintai awak lebih daripada Hazherizal walaupun awak tak buat apa-apa pun untuk saya. Awak tahu.. cinta buat saya amat pelik. Saya memujuk awak supaya jangan pergi walaupun saya memang terluka apabila mengetahui awak tak pernah mencintai saya walaupun sekelumit. Saya tak pernah meragui awak walaupun saya patut dan mempunyai bukti untuk lakukan yang sedemikian. Melihat awak bersama wanita lain, dingin apabila bersama saya, dan yang paling kecewa apabila awak tak pernah mahu terlibat dalam persiapan perkahwinan kita Saya duduk melutut tapi, awak tetap pergi. Saya menangis tak henti-henti sambil terduduk. Saya memang bodoh. Betul tak ? Saya kecewa hanya kerana awak tak mahu meneruskan perkahwinan ini.... Mama datang menghampiri saya. Memeluk dan menenangkan saya. Mama bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku tetapi saya tak mampu nak meluahkan apa-apa kepada mama. Hanya Allah yang tahu bertapa sedih dan terlukanya saya. Papa menarik saya berdiri dan memapah saya masuk ke dalam rumah. Semua tetamu memandang ke arah saya. Awak tahu betapa malunya saya? Tapi saya tak salahkan mereka. Mereka berhak memandang curiga dan mempunyai rasa ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Awak berdiri dan keluar tanpa sebarang isyarat dah la tu, depan tok kadi pula. Masa tu awak memang dah hilang akal ke?? Saya pula keluar dan berlari mengejar awak tanpa memakai kasut dan memakai baju kebaya putih yang berkain ketat apatah lagi apabila saya berlari dengan laju sekali. Memang macam filem hindustan!!
KETENTUAN Tak semudah kau sangka melepaskan kau pergi Hati yang meronta, hampa kecewa Ku tekad sembunyikannya dari pandangan mu Aku rela begini... Berakhirnya disini Dari bersamamu terus berpura setelah cinta tiada lagi di hatimu
Ku hapuskan air mata dari mengiringi Kesengsaran mengharung perpisahan ini Ku pujuk jiwa nestapa pendamkanlah duka Pasrah pada lara kententuan ini
Tak semudah kau rasa melepaskan kau pergi Hati yang terluka dikunjung jua Kerinduan yang tidak tertanggung terhadap mu
Sesungguhnya ku tahu betapa sukar untuk ku Menempuh hidup walau sehari tanpa mu Ku terseksa...........
Saya tak pernah sangka ini akan berlaku kepada saya. Saya tak pernah menduga saya akan semalang ini. Ditinggalakn semasa di majlis perkahwinan sendiri. Inilah saat hitam yang tak akan pernah saya lupakan dalam menjalani hidup seorang Intan Damya Syazana. Saya pasti memori ini akan melekat terus dalam ingatan saya sehingga ke akhir hayat. Awak tahu? Saya pernah terfikir untuk tidak berkahwin lagi. Dasyatkan? Pada saya, perkahwinan itu mimpi ngeri. Tiap kali memandang inai yang masih merah pada jari saya, saya rasa teruk sangat, terseksa. Malang! Saya pernah dengar yang kalau semakin merah inai di jari pengantin, maknanya semakin sayang lah lelaki itu kepada kita. Ah, baru saya sedar yang ini semua dusta. Awak. Kenapa nasib saya malang setiap kali bertemu cinta? Tak layak kah cinta untuk saya? Tapi awak, saya jujur dengan cinta saya. Saya ikhlas. Tapi beginikah balasannya?
Mama sentiasa minta maaf dari saya. Dan setiap kali itulah saya terdiam. Bergunakah maaf? Sebulan saya hilang semangat, Sebulan saya tak makan dan minumm dengan baik. Sebulan saya menangis kerinduan. Sebulan saya termimpikan awak dalam lena saya. Susut benar badan saya masa tu. Cengkung dan tak bermaya macam mayat hidup. Ah cinta!! Saya memang betul-betul angau. Sejak tu, keluarga dan jiran-jiran mula memandang serong terhadap saya. Mana taknya satu pun tidak saya jelaskan. Tetapi cuba awak fikir, macam mana saya hendak jelaskan andainya saya sendiripun masih hilang punca dan tertanya-tanya apa sebabnya. Mengapa awak? Mengapa awak bertunang dengan saya seandainya awak pun tidak cintakan saya? Kenapa awak tinggalkan saya semasa majlis perkahwinan kita? Kenapa tidak awal lagi daripada itu? Saya malu awak.. bukan saya sahaja, keluarga kita juga menanggung malu. Ini semua kerana awak. KERANA AWAK!!!
Selepas puas saya berendam air mata, saya mula menyedari sesuatu, biarlah banyak mana pun saya menangis, ianya tak akan mengubah apa-apa. Awak tetap pergi semasa majlis perkahwinan kita dahulu. Saya tetap ditinggalkan. Tak ada apa-apa yang berubah. Berendamakan air mata dendam, saya menulis surat ini kepada awak. Biarlah awak mengerti semua perasaan saya yang tak terluah selama ini. Walaupun perit saya ingin awak tahu yang saya mencintai awak sehingga kini. Harap awak bahagia dengan sesiapapun selepas ini. Saya harap, biarlah hanya saya yang merasai keperitan ini. Saya pohon awak, jangan sakiti kaum saya. Cukuplah sekali. Saya akan belajar menerima kenyataan dan melupakan awak. Saya akan pergi mencari cinta saya yang lain, cinta yang sejati. Akhir kata, saya harap awak bahagia dan hidup dengan selesa. Padamkan segala kenangan kita, tetapi izinkan saya terus menyimpan memori ini sebagai panduan hidup saya. Maafkan segala kesilapan saya. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana memberi kelukaan ini. Ilham, sehingga kini, saya masih mencintai awak....... sesungguhnya awak tiada ganti.
NEVER BE REPLACE Baby I love you and i\'ll never let you go But if I have to boy I think that you should know All the love we make can never be erase And i promise you that you will never be replaced I love you yes i do I\'ll be with you as long as you want me too Until the end of time From the day I met you I know we\'ve be together And now I know I wanna be with you forever I wanna marry you and i wanna have your kids Thinking never compare to feel enough to kisses I can say i\'m truly happy to the same You\'ve made me think I\'ll die and live my life hesitate There\'s never been no doubt in my mind That i\'ll regret ever having you by my side But if the day come that i\'ll have to let you go I think that something I should probably let you know With everything that i spent with you Then i will miss you coz i\'m happy that I have you at all I feel for you yes i do I\'ll be with you as long as you want me to until the end of time.... Intan Damya Syazana
Ilham meraut rambutnya beberapa kali. Bukan kali pertama surat ini dibaca, malah sejak tiga tahun yang lalu ianya menjadi bacaan harian Ilham namun air mata lelakinya tetap tumpah setiap kali membaca coretan Syazana .Ah.. cinta!! "Sayang, maafkan Ilham.. Ilham buta dalam menilai cinta" entah untuk yang keberapa kalinya dia menyebut perkataan itu. Sudah lama dia cuba menjejaki Syazana, tetapi dia hilang punca, kekasih hatinya itu hilang tanpa jejak. Kepada Aunty Nabihah sudah dirayunya beberapa kali namun, wanita itu masih tidak mahu memberitahu di mana Syazana sebenarnya. Dia tahu Syazana tidak berada di Malaysia. Tapi di mana?? Ibunya? Ah, wanita itu sudah malas mencampuri urusannya. Katanya tidak mahu lagi kecewa dengan tindakannya. Memang! Memang dia yang bersalah
I NEED YOU I don’t know why Why I did those things to you What went through my mind And I don’t know why Why I broke your heart in two Guess that I was blind Baby how I wish you could forgive me one more time
And I swear I’ll be there Anytime you want me to I’ll be true here for you Don’t leave lonely cause I need you
I’ve been a fool now I see the price to pay I can’t run and hide Cause I’m losing you And my chances slipped away With each time I lied Baby how I wish you could forgive me One more time
Baby living without you Will tear me apart When I know how it could have been But I don’t care what it leads to Let’s make a new start And give love a chance to win cause Baby I swear
Entahlah tuah apa yang datang, Ilham terserempak dengan Syazana di kedai buku MPH. Syazana nampak terkejut namun tidak sempat melarikan diri. Ilham mengambil kesempatan tesebut menarik tangan halus milik Syazana keluar dari kedai buku tersebut. Buku yang berada ditangan Syazana diletakkan di tempat asal. Wanita hanya mengekorinya. Mereka akhirnya memilih tempat duduk yang agak tersorok disebuah restoran Pizza Hut yang berdekatan. Syazana diam, ‘ah... macam mana la boleh terserempak ni’ bebelnya di dalam hati. Ilham merenung Syazana, wanita itu nampak sedikit tinggi dan kurus. Semakin cantik dan ayu. "Damya apa khabar?" tanya Ilham memulakan perbualan, "Awak tarik saya sebab nak cakap pasal itu sahaja?" "Nope. Saya nak minta....." "maaf? Sorry perbuatan awak saya masih belum mampu lupakannya." "Damya" "Awak, cukuplah.... cukuplah kelukaan yang dahulu. Luka yang awak tinggalkan masih bernanah. Walapun dah mula reda, parutnya masih ada." "Damya... saya pohon awak maafkan saya." "Semudah itu? Tidak Ilham.. sekarang saya tanya awak dan awak jawab dengan jujur. Mengapa awak bertunang dengan saya?" "Damya" "Stop calling my name and answer my question" Syazana hilang sabar "Nenek, ini semua wasiat nenek." "So, you are planning to marry me just because of you grandmother?" "Yes." "how dare you" "Intan Damya Syazana, listen to me, saya dipaksa untuk hidup bersama awak. Pada mulanya saya menentang kerana saya menyintai seseorang, Hanna, wanita ni la yang awak jumpa masa dekat Sogo dulu. Saya sedikit sebanyak mula mencintai awak. Saya rasa bersalah sangat dan sebab itulah saya berkelakuan agak dingin terhadap awak. Saya ikhlas dengan cinta saya. Saya tak sanggup mengahwini awak kerana dalam hati saya hanya ada dia. Damya, saya bersalah kerana meninggalkan awak. Amat bersalah. Tetapi selepas awak pergi saya dapati saya silap menilai kaca dan permata. Hanna tidak ikhlas dalam menjalani ikatan antara kami. Dia ditangkap basah dengan seorang yang saya kenal. Rupa-rupanya dia hanya memandang kepada harta saya. Dalam diam, dia bermain kayu tiga dengan teman rapat saya sendiri. Mungkin ini akibatnya atas perbuatan saya terhadap awak. Maafkan saya. Maafkan saya kerana kelukaan ini. Damya, saya pohon mari kita mulakan dari mula. Mari kita pulihkan apa dah terjadi di antara kita." "Nope. Sorry Ilham, Cukuplah sekali. Saya serik. Biarlah saya mencari kebahagiaan yang lain. Untuk memulakan sekali lagi dengan awak, saya sudah tidak sanggup dan tidak mampu. Memang cinta itu masih berbekas. Tetapi saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukupla setakat ini sahaja cinta kita. Saya doakan awak bahagia. Saya bukan untuk awak Ilham." Lantas Syazana berdiri dan meninggalkan Ilham. Dia sudah tidak mampu bertahan, takut tembok egonya pecah ranap.
Ilham meraup mukanya dan menginsafi diri. Benar sayang, cinta tak beerti memiliki. Aku lepaskanmu. Semoga kau bahagia. Damya, aku bukan untukmu. Jika ini takdirnya, aku pasrah. Selamat tinggal sayang. Tetapi ingatlah, awak tak ada gantinya.
My baby I love you so much forever you and I I love you oh I love you so much forever you and I My baby I love you so much forever you and I I love you oh I love you so much forever you and I
erm...sy rase..if this is a real case..x buleh ke kalu kite kasi second chance kat laki tu..everybody makes mistake..lagipun mmg nmpk die dah insaf..shouldnt we? -syira-
ok mg menarik cerita ni lebih realiti dari fantasi.selalunya perempuan ni akan forgive but will not forget.sbb tu tak dpt terima ilham but maybe can give second chance to her first love.
ske watak hazriezal... baik, dan berfikiran positif... x mudah dpt laki cam 2... pada watak ilham, nikahi syzana... kerana bercinta slps kahwin lg best... wasiat x selalunya salah... -kiara dania-
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sgt best...puas ati sy damya wt cm2...br ilhm tau...jht btl...-suzee-