Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hurmmm...manalah Si Hakim nih...Azan dah sepuluh minit berkumandang,kelibat dia pun tak nampak.Ntah-ntah dia pergi menyorok dalam reban ayam atuk aku tah...maklumlah,diakan anak orang kaya.....Anak datuk macam dia tuh...taukah jadi imam??Ntah-ntah sembahyang pun tak pernah.Tu la,galak sangat nak ikut aku balik kampung...kan dah kantoi!!!!Tapi bagus jugak atuk aku uji dia macam nih...hahahaha!Esok sure dia blah!!! "Manalah Si Hakim nih....Mirul!Hang pi panggil Abang Hakim hang tu cepat!!!,".Atuk aku dah tak sabar rasanya nak solat berimamkan Hakim.Atuk aku ni boleh tahan jugak kalau dia marah...jagalah kau Hakim oii!! "Baik tuk!!!,".Belum sempat Amirul bangun dari tikar sembahyang,Hakim datang dari arah dapur.Aik!!!Datang jugak bos aku nih...ingatkan dah cabut balik KL!! "Maaf tuk...lambat sket...,".Hakim mengambil tempatnya di hadapan kami semua.Huh!!!lambat sket konon...sepuluh minit macam nih...aku dah boleh melantak nasi dua pinggan tau!!! "Mirul...hang qamat!!!,".Mirul mengikut perintah atuk.. Solat Maghrib hari itu merupakan solat pertamaku berimamkan lelaki bernama Carl Hakim Ezairy...
Ya Allah!!!Berdosanya aku!!Aku mengucap panjang setelah selesai memberi salam terakhir.Aku tak pernah menyangka lelaki yang sosial macam Si Hakim nih boleh mengendalikan solat dengan begitu bagus.Jangkaanku melesat sama sekali pada Hakim.Bacaannya sungguh sedap dan betul-betul menyentuh hati aku.Terasa seperti mahu menangis aje.Hakim membaca doa...kami sebagai makmum hanya mengaminkan doa yang dibacanya. Bagus bacaannya...Sewaktu aku mencuri dengar perbualan Hakim dengan Atuk petang tadi,Hakim ada menyatakan yang dia hanya khattam Quran dua kali sahaja namun bacaannya agak baik...Agaknyalah,kalau masuk tilawah Al-Quran,mesti boleh dapat tempat ketiga!!!Baik punya!!! Aku melihat wajah Hakim yang sedang menadah tangannnya sambil membaca doa..Khusyuk dia membaca doa...Ntah-ntah dia reka sendiri kot doa tuh..lancar semacam!!!MasyaAllah...aku kutuk dia lagi..berdosa lagi aku.Huh!!Sah atuk aku berkenan kat budak Hakim ni...Kalau dia suruh aku kahwin dengan Si Hakim ni cam ner??Wadus!!Nggak bisa sik!!!Aku tak mau!!!!! "Qis!!!,". "Qis!!,".Hah??Aku menoleh wajahku ke arah nenek. "Hang sihat dak??,".Mak menyoalku.Aku sihat...nape pulak aku tak sihat??Tetiba aje tanya aku sihat tak sihat nih.. "Sihat..,".Aku mengangguk kecil.Pelik!!! "Oi Kak Qis...angau kat Abang Kim ka?????,".Aiman bercakap dengan akukah.Kenapa dia cakap aku angau kat Si Hakim monyet tu pulak...Aku mengerut dahiku.Mataku serta-merta terarah pada wajah Hakim yang turut melihatku.Dia senyum.Errr..meluat!!Atuk dan ayahku dah tersenyum..Kenapa ek?? "Kak Qis...orang dah habis baca doalah...Kak Qis baca doa tambahan ka??,".Aiman terus-terusan memerli aku.Apesal dengan...ALAMAK!!!Cepat-cepat aku menurunkan tanganku yang masih menadah doa.Malunya..Ya Allah..patutlah dorang tersengih dekat aku..rupanya aku sorang aje yang belum mengaminkan doa.Apesal pulak aku boleh mengelamun panjang macam nih!!!! "Kak Qis mintak doa nak kahwin cepat kot..Kan Abang Kim!!!,".MIRUL!!!Hatiku menjerit.Aku malu..Mesti Hakim tengah bersorak dalam hati.Huh!!Baru jadi imam solat Maghrib dah kembang...belum jadi imam solat terawih lagi tuh..Huh!!Pirah!!! "Mana ada…!!Mirul jangan nak tuduh...!!!,".Amirul pun turut tersengih seperti Hakim.Virus Hakim dah merebak kat adik-adik aku nampaknya...Aku sembur ubat nyamuk baru tau!!! "Qis...hang sabaq dulu neh...Kalau hang dah tak sabaq sangat...esok atuk pi minang Hakim!!,".ATUK!!!!!!!!!!!!!
---------------------
Fuhh!!Alhamdulillah.Leganya hati aku...Nasib baiklah Si Amirul dan Aiman tolong aku...kalau tidak...sure aku kena bom punyalah dengan atuk tuh..Petang tadi.selepas makan cok codok...aku termenung bawah pokok rambutan sebelah rumah Balqis,tetiba aje si Amirul datang bagi aku buku panduan solat...Macam tau-tau aje budak-budak nih yang aku tengah gabra..First time tu malulah jugak...Tapi,bila pikir-pikir balik...Aku lagi malu depan Balqis.Alah...lagipun,aku ni bukannya bodoh sangat sampai nak solat pun tak reti.Aku tak pernah tinggal solat ...Cuma solat Subuh aje aku liat sket...Kalau nak diikutkan,dulu aku memang malas nak solat tapi itu DULU..... Masa azan berkumandang...tetiba aje perut aku buat hal..Aku pun apa lagi...terpaksalah buang hajat dulu.Sure Si Balqis ingat aku takut...Hello Miss!!Hakim tak macam gitu rr...Pantang mengalah walau beribu dugaan melanda...Lagipun,aku tak buat semua itu semata-mata kerana Balqis...tapi kerana Allah juga...Aku ikhlas menjadi imam tadi kerana ia telah mengajarku untuk terus menjadi pemimpin yang bertanggunjawab kelak.Insyaallah!!
------------------
Selepas sarapan pagi bersama keluarga Balqis,aku ke tapak projek.Aku ingin menjalankan tugasan aku juga disamping menjalankan \'tugasan sambilan\' di kampung Balqis.Tugas nak tambat hati mertualah katakan!!!Aku hanya berada di sana selama dua jam aje..Lepas tu aku balik ke rumah semula.
"Sat ja hang pi…?,".Masuk sahaja dalam rumah,atuk menanyaku. "Ye tuk...tengok tapak aje sebelum kerja pembinaan bermula.Lusa baru pembinaan mula beroperasi tuk!!,". "Ha...baguih la lagu tuh..Jom ikut atuk pi bendang jom!!!,".Bendang??Macam best aje...Aku ni tak pernah lagi lepak kat sawah padi...apa salahnya kumpul pengalaman. "Boleh jugak tuk!!!,". "Hurm...hang pi bersiap...atuk tunggu kat luar.,".Aku mengangguk.
5 minit kemudian.... "La...hang tak bersiap lagi pasaipa??,". "Saya dah ready tuk!!,". "Hang nak pakai baju ni ka??? Aku mnganggukkan kepalaku.Atuk memandangku dari atas ke bawah. Err...Ada yang tak kena ke??Aku memandang t-shirt hitam jenama Converseku...Emm..ok!!Aku baru aje beli baju ni minggu lepas.Seluar jeans Levis yang aku pakai pun masih elok walaupun sudah berusia setahun.Kemudian,aku tengok kasut Pumaku.Tak ada yang koyak pun..Masih cun melecun walaupun orang yang hadiahkan bulan lepas sempena kepulanganku dari UK.Cermin mataku yang sentiasa melekat di kolar bajuku pun cantikkk!!Semuanya complete!!Apa yang lagi yang tuk tak puas hati tuk?? "Hang nak pi mana??,". "Nak pi bendang dengan atuk larr..,". "Laaa...tu ka??Ingat ka hang nak pi tengok wayang kat Aloq Setaq nuh!!!Lain kali cheq oi...pakai baju besa dah ah...tok sah dok melawa sangat!!!,".Huh!!!Suspen aku...Atuk tengok aku semacam sebab aku terlebih bergaya rupanye..hehehehe. "Ikut suka hati hang lah...jom!!,".Aku mengikut langkah atuk. "Beqenti sat...,".La...Ada yang tak kena lagi ke tuk?? "Meh sat spek mata hang ni...lawa la tuk tengok!!!!Nak try boleh???,".
--------------------------
Penat jugak aku hari nih.Maklumlah,dari pagi aku berjemur di tengah sawah dengan atuk.Petang tu juga, aku ke dusun buah-buahan atuk.Memang bestlah suasana kampung!!!Aku mengaku yang aku agak kaget dengan suasana kampung macam nih sebab aku ni memang dari kecil tinggal di bandar dengan kelengkapan yang serba mewah.Kampungku sendiri pun bukannya di kawasan kampung...di bandar juga...dan bukannya rumah papan,tetapi rumah batu,villa pulak tuh.Rasanya kampungku tidak patut dipanggil kampung.... Selesai solat Asar,aku mencari kelibat Balqis.Emm...mana dia ni ek..ingatkan bila tinggal serumah macam ni,aku dapat selalu berbual dengan dia ,tapi lain pulak jadinya. "Abang Kim!!!!!!,".Aiman memanggilku.Kepalaku terus mencari kelibat Aiman.Aik...mana ek??? Pok!!!!Adoi!!!!!Buah rambutan dari planet mana jatuh atas kepala aku nih!!!! "Kat ataslah Abang Kim!!!!!!,".Aku mendongakkan kepala.Oh!!Aiman bertenggek atas pokok rambutan rupanya.Bertuah punya budak. "Janganlah marah...Abang ipar!!!!,".Abang ipar????Aku tak silap dengar ke nih..?? "Ape...ulang balik!!!,". "Abang ipar!!!!!!!!,".Aku sudah dapat pengiktirafan dari adik Balqis.Alhamdullillah.Syukur…. "Baguslah Man nih...,". "Abang Kim cari Kak Qis ka???,".Tau tak per... "Dia dok kat tepi bendang...tadi Man nampak dia pi sana...dia dok berangan kot!!!!,". "Oh...ye ke???,".Aku mengatur langkahku ke sawah padi.
----------------------------
Telinga aku masih terngiang-ngiang lagi akan perbualan antara atuk,nenek,ayah dan mak tadi.. "Betulkah ayah??,".Mak menyoal atuk.Wajah atuk serius. Atuk mengangguk. "Ayah rasa,Qis tu dah patut kawen la Kiah ...Dah 24 taun pun dok bujang lagi.Nuh....anak Awang Koboi nuh,umur 22 dah kawen....Cucu Pak Meon Buntal nuh pun dah nak menikah bulah depan…..Si Siti Payung anak Pak Mat Toge nuh pun dah bertunang.Ayah bukannya apa...ayah nak tengok Qis tu kawen sebelom ayah pi nanti...Ayah nak dia bahagia.Dia tu dah banyak sangat berkhidmat kat keluarga kita nih...,".Atuk terbatuk kecil.Aku dapat merasakan yang atuk kurang sihat akhir-akhir nih... "Habeh tu…Qis tu tak dak calon lagi,nak buat macam mana yah??,".Makku masih ragu. "Ayah rasa…Si Hakim tu betoi-betoi mau kat dia…Ayah dah test budak tuh…Dia baguih!!,". "Tapi kita belum kenal mak bapak dia lagi yah...baru dua hari dia dok sini…hati budi dia kita tak tau…,".Ayahku turut berpendapat seperti makku. "Kita bagilah peluang kat depa dulu…Bagi Qis kenai budak tu….kalau Qis tak puas hati,baru kita cari orang lain…lagipun,ayah rasa dia pun ada hati kat budak Kim tuh!!,".Atuk!!pandai-pandai aje teka hati Qis!!!Qis bankang!!!! "Kalau ayah rasa tu yang terbaik,Kiah tak kesahlah ayah,asalkan dia pandai jaga maruah keluarga dah la….,".
Huhhhhhhhh!!!Aku mengeluh panjang. "Assalamualaikum….,". "Waalaikummussalam…,".Budak Hakim ni lagi.Loya tekak aku ni tengok muka sekupang dia… "Apa yang Qis menungkan tuh…rindu kat Kim ye??,”.Perasan betul dia nih… "Taklah….,".Aku terus mendiamkan diri. "Qis ada problem kew???Cuba cite kat Kim.…,". "Tak ada pun…..,".Hati aku jadi sayulah pulak… Kami berdua sama-sama membisu. "Qis…..,". "Emmm??,". "Qis masih tak percaya pada Kim ker??,". "Percaya??,”.Aku masih kabur maksud Hakim. "Pasal hubungan kita ni…Kalau boleh,Kim nak kita..…,". "Kim!!!,”.Aku memintas ayat percakapan Hakim. "Kenapa Qis tak boleh terima Kim???,".Suara haki serius.Tiada senyuman seperti selalu. Huhhh….Aku mengeluh lagi. "Qis tau tak kenapa Kim suka pada Qis….,". "Kenapa??,”.Persoalan yang turut menjadi pertanyaan dalam diriku.Sememangnya aku tidak faham dengan Hakim yang begitu mengharapkan aku;seorang gadis biasa. Hakim memandang tepat kedalam anak mataku.Aku kurang selesa dengan tindakannya itu lalu aku menjauhi diriku darinya.Tak manis jikalau dipandang orang kampung. "Sebab Qis tak hipokrit…..,".Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.Rasanya,petang ini akan menjadi penentu segalanya. "Bagi Kim,Qis tak macam gadis-gadis lain yang kim kenal.Qis tak macam gadis-gadis lain yang hanya memandang kedudukan Kim semata-mata padahal dorang langsung tak ikhlas…Qis berani menyuarakn ketidakpuasan hati Qis pada Kim..,".Hakim serius betul waktu itu. "Kim jatuh hati pada Qis waktu kita bertembung di KFC bulan lepas…Qis tengking Kim time tu,tapi Kim tak mampu nak melawan tengkingan Qis sebab Kim jadi blur..Kim tak tau nak cakap apa....Seolah-olah time tu bukan diri Kim yang sebenar…,".KFC???Jadi…Hakim nilah mamat yang langgar aku di KFC??Macam manalah aku tak boleh cam pulak nih…. "Rasanya,kalau orang lain yang Kim langgar hari tu….mesti dia takkan tengking Kim macam yang Qis buat……,".Aku pelik. "Kenapa pulak??,". "Sebab Kim hensem…..dia sure cairnyer lah…control ayulah katakan.Dah banyak perempuan yang Kim jumpa macam tu…Tapi Qis tak control ayu pun....tu yang Kim suka!!!!,".Aiseh….perasannya!!Tapi memang dia hensem pun..Walaupun dia memuji dirinya sendiri sebegitu,riak wajahnya masih serius.Biar betul mamat nih…. "Qis tak nak beri kim peluang ker?,".Gulp!!!! "Kenapa Qis sukar sangat nak terima Kim…Qis dah ada orang lain ker???,". "Qis…,".Aku tak dapat meneruskan kata. "Tapi setahu Kimlah,Ain pernah cakap yang Qis tak pernah bercinta sebelum nih??,". Aku hilang kata-kata.Ya Allah….. "Atau sebab Kim ni jenis lelaki yang tak layak untuk Qis???,". "Kim!!!Boleh tak Kim jangan paksa Qis???Kim ni terlalu mendesak Qis…Macam mana Qis nak beri peluang pada Kim sedangkan Kim yang tak pernah beri peluang pada Qis!!Kim ni terlalu terburu-buru!!,".Terluah akhirnya apa yang ku rasa tika itu.Hatiku jadi sebak.. "Kim tak paksa Qis!!!Cuma Kim mahukan jawapan Qis…kalau Qis betul-betul bencikan Kim,Qis patut beritahu Kim…Qis yang buat Kim jadi pendesak dengan perangai Qis…Selama perkenalan kita,Kim dapat rasakan yang Qis tak pernah layan Kim sebaiknya,ada saja hal yang Qis tak puas hati dengan Kim,kenapa Qis??,". "Qis tak bencikan Kim!!!Sungguh!!!,".Air mataku menitis jua….Ya Allah!!!Tabahkan haiku ini.
cte ni sgt2 la best..rugi sape y x bc tu..kpd penulis,,cpt smbg cte ni...dh xsbaq dh nii..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...cpt2 skit sambg cita ni yer!!