Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"bukan aku ingin melukakan hatimu tapi kerana kasih seorang ibu, aku berkorban"
Bukan aku ingin menghampakan perasaan umi apatah lagi ingin menjadi anak derhaka, tapi hati ini seakan tidak mampu untuk berkompromi dengan permintaannya kali ini. Ya, apatah lagi dengan melibatkan percaturan masa depanku ini. Ain Fatihah. Bagaimana harus ku khabarkan berita ini pada dirinya. Kuatkah dia untuk menghadapi perkhabaran ini. Gadis itu terlalu baik untuk aku sakitkan hatinya. Ain, maaafkan mir kerana tak mampu untuk mempertahankan hubungan kita. Selama ini aku membayangkan dia yang menjadi suri hidupku, ibu kepada anak-anakku . tapi kini impian itu seakan sudah menjadi debu yang di terbangkan angin..kenapa? kerana hari ini aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan kepada seorang gadis yang tidak aku fikirkan kewujudannya. Semuanya kerana wasiat abah yang tidak pernah aku tahu. Semuanya kerana desakan umi. Ah, ingin sahaja aku menjerit, meluahkan segala yang terbuku di hatiku saat ini tapi mana mungkin ianya dapat menyelesaikan segala masalah. Tapi pada siapa harus aku mengadu? Umi? Mana mungkin sedangkan dia yang memulakan segala-galanya. Sememangnya aku berjauh hati dengan sikap umi.Masyaallah, cepat-cepat aku beristighfar menyedari keterlanjuranku itu. Apa-apapun, dia insan yang perlu berada di tempat pertama di hatimu, Amir Faiz. Dan kerana itu jugalah aku bersetuju dengan pertunangan ini. Telefonku yang berdering membuatkan aku tersentak. Ain. Aku semakin gelisah melihat nama pemanggil yang tertera. Aku membiarkannya tanpa menjawab. Entahlah, aku masih tak bersedia untuk berhadapan dengan dirinya. Amir, sampai bila kau nak lari dari masalah. Aku mengeluh lagi yang entah ke berapa kali. Dan di bawah rasa sedarku, aku mendail nombor milik ain. Bila ku tersedar, sudah terdengar suara lunak ain di sebelah sana. "ain, kita jumpa. Hm, di tempat biasa,"ya allah, berikan aku kekuatan untuk berterus-terang pada dirinya "pukul 5 nanti ye, ain pun ada perkara yang nak di bincangkan," ada nada sendu pada suaranya. Dia tahukah? Aku mengerling sekilas jam di tangan. Pukul 4. 1 jam lagi untuk pertemuan itu. Terakhir mungkin bagi kami sebagai pasangan kekasih. Aku mencapai kunci kereta. Tidak mahu terlambat. Sebaik menuruni tangga, aku terserempak dengan umi. Umi ku lihat agak ceria. Gembira dengan pertunangan anak kesayangannya. Ya, itulah yang sering di ucapkan oleh adik-beradikku yang lain, yang aku adalah anak kesayangan umi. "mir nak ke mana ni?" tegur umi melihat aku yang sedikit tergesa-gesa. "amir nak jumpa kawan, umi. Mir keluar dulu, ye,"aku tersenyum tapi aku tahu senyuman itu kaku. Biarlah aku berpura-pura di depan umi dan menanggung kesedihan ini sendirian asalkan umi bahagia. Itu juga kebahagiaanku melihat umi tersenyum gembira.
-----------------------
Sudah hampir sebulan aku bertunang dan sebulan jugalah aku tidak bertemu Ain Fatihah. Rindu memang rindu tapi apalah dayaku, ini yang terbaik untuk kami seperti kata Ain, antara kami hanya di takdirkan untuk bercinta bukan untuk bersama. Dalam tempoh itu jugalah, kehidupanku hanya di tumpukan pada kerja. Keluar awal pagi dan pulang lewat malam. Aku tahu umi risaukan aku tapi entahlah hanya itu yang mampu aku lakukan untuk melupakan segala kemelut yang melanda dalam kehidupanku ini. Semuanya bagaikan mimpi. Aku sendiri merasa penat dengan kehidupan yang aku lalui sekarang. Masih terbayang pertemuan terakhirku dengan ain waktu itu. Aku di sambut dengan senyuman manis Ain tapi masih terpamer riak kesedihan pada wajahnya. Itulah Ain Fatihah yang kukenal, sentiasa cuba untuk melindungi kesedihannya pada diriku. "mir, tahniah atas pertunangan mir," aku tersentak. Belum sempat aku mengatakan apa-apa, tahniah sudah di ucapkan. Ku tatap wajahnya. Ain, hatiku semakin pilu. "Ain, maafkan mir. Mir...," aku menjadi kelu untuk berbicara. Tidak tahu apa yang harus aku katakan untuk menenangkan hatinya dan juga diriku sendiri. "Ain faham, mir. Tak baik hampakan perasaan orang tua. Ini wasiat arwah abah mir, harus mir tunaikan. Aizad dah ceritakan semuanya. Jangan salahkan dia. Ain yang paksa dia untuk berterus-terang. Kebelakangan ini, amir asyik muram, itu sebabnya ain cari aizad. Ain pasrah , mir. Ain tumpang bahagia. Sudah tertulis antara kita tiada jodoh, kita boleh bersahabatkan, mir," sekali lagi aku tergamam, tidak aku jangka ini reaksinya apabila mengetahui kebenarannya. Hatiku menjadi pedih. Aku lebih rela dia memarahiku, memaki hamunku, menuduh aku mempermainkan cintanya. Aku lebih rela dia bertindak begitu. "mir lebih rela ain bencikan mir, marahkan mir,"akhirnya terluah juga kata hatiku sebentar tadi. Kali ini, bergenang air matanya, walaupun begitu dia masih tersenyum. saat itu, terasa aku begitu kejam kerana menyakitkan hatinya, gadis sebaik dia. Beruntung lelaki yang memiliki dirimu dan aku bukanlah insan bertuah itu. Ingin menyapu air matanya tapi aku tiada hak untuk berbuat begitu. Sepanjang hubungan kami, ain begitu menjaga batasan pergaulan. Ketukan di pintu membuatkan lamunanku terhenti. Terpacul wajah umi di muka pintu. "boleh umi masuk?"dia menghampiriku "dah masuk, baru umi nak tanya," jawabku bergurau. Umi tersenyum, terlalu mengerti anaknya yang seorang ni suka mengusik. Ah, aku memang nakal sedari kecil lagi berbanding yang lain. Dan yang menjadi mangsa, biasanya adik perempuanku, Athirah. Terasa rindu pula pada rajuk manjanya apabila aku mengusik. Kalau dia di sini, tentu dia akan menjadi tempat aku meluahkan perasaan. Tapi dia jauh, di seberang laut. "mir,umi minta maaf ye, sayang," aku menatap wajah umi kurang mengerti maksudnya. "kenapa ni, umi?mir ada buat perkara yang umi sedih?" hatiku paling tidak senang jika ada air mata yang mengalir di pipinya kerana diriku. Umi menggelengkan kepala. "mir anak yang baik. Umi yang salah memaksa mir. Mir tak sukakan pertunangan ni. Anak umi dah banyak berubah sekarang. Tak ceria macam dulu,"umi mengusap rambutku. Aku mengeluh dan mencapai tangan umi. "umi jangan cakap macam tu. Mir yakin ini yang terbaik untuk mir. Umikan selalu berikan yang terbaik untuk anak kesayangan umi ni,"aku cuba untuk menceriakan hati umi. Ah, salah diriku kerana membuatkan umi bersedih. "tapi berikan masa untuk mir terima semua ni, ya umi. Mir dengan diakan tak pernah kenal," pujukku lagi. " mir ni, tunang mir tu ada nama tau. Amani.,"aku tersenyum senang. Tahu umi kembali seperti biasa kerana sudah mampu untuk meleteri aku. Amani, jadi itulah nama tunanganku itu. Manis, adakah orangnya semanis nama itu. Aduh, amir sudah jatuh hatikah kau pada nama itu. Bukan kali ini kali pertama umi menyebut nama itu tapi selama ini aku bersikap endah tak endah, malah tidak pernah mahu untuk tahu. Desakan umi untuk bertemu dengan tunanganku itu juga tidak pernah aku ambil peduli. Benar kata irfan. Aku terlalu degil. Aku sendiri tidak menyedari sekeras itu hatiku. Apa tanggapan tunangku itu agaknya? Adakala terfikir samada ’amani’ itu setuju atau tidak dengan ikatan ini.. ataupun sepertiku. Rela dalam keterpaksaan. Bagaimana jika dia sudah mempunyai kekasih hati seperti aku yang mempunyai Ain Fatihah. Bagaimana? Mampu bertahankah hubungan ini seperti keluarga kami inginkan? Ya Allah, mengapa hari ini, terlalu banyak yang aku fikirkan tentang dia..sudah terbukakah hatiku untuk menerimanya?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
first scanned i can't wait to read next chapter