Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah seminggu aku putus cinta dengan seorang jejaka yang dahulunya amat kucintai dan kusayangi dengan sepenuh hati aku.Pada masa itu tertutup sudah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki lain.Kali ini aku akan berwaspada pada mana-mana lelaki yang ingin berkenalan denganku.Berbagai-bagai cara aku lakukan untuk mengubat hatiku yang pedih dan terluka bagai"Dicucuk Sembilu". Aku menyibukkan diriku dengan pelbagai kerja di pejabat. "Lia,kenapa hari ini kau macam orang sakit saja?"Tanya Zakiah "Tiada apa-apalah Kiah.Aku cuma letih saja".Aku menjawab dengan tenang. "Hari ini apa kata aku belanja kau makan tengah hari.Apa macam?" " O.k.Tapi jangan pula kau suruh aku bayar pula." Kami ketawa serentak seperti pejabat itu kami yang punya.Nasib baik bos kami tiada di pejabat. Pada waktu malam apabila aku hendak tidur ,pasti akan ku teringat peristiwa pahit manis aku bersama dengan jejaka yang pernah menghampakan aku Zamani.Aku masih ingat disaat bibik-bibik cinta kami bersemi.Aku bertemu dengannya sewaktu aku terlanggar dia di tempat letak kereta di salah sebuah pasar raya berhampiran rumahku.Aku tidak menduga bahawa kejadian sebegini rupa terjadi lagi apabila aku terserempak dengannya sewaktu aku hendak makan tengah hari.Aku tidak sengaja terlanggar dia lalu tertumpah air dibajunya. "Maafkan saya.Saya tidak sengaja terlanggar saudara tadi". "Tidak mengapa.Salah saya tadi cuai langsung tidak pandang hadapan apabila berjalan". "Eh,saudara ini macam saya kenal.Saudaralah yang saya langgar tempoh hari.Belum sempat saya meminta maaf saudara sudahpun menghilangkan diri macam halimunan". "Saudari ini, masih cam saya lagi?" "Tidak mengapa.Saya tidak kisah.Nama saya Zamani.Panggil Zam". Tanpa segan silunya dia menghulurkan tangannya kepadaku untuk berkenalan. "Saya NorAlia.Panggil Lia". "Cantik nama itu semanis rupa saudari".Dia memuji aku.
Sejak peristiwa itu,aku dan Zamani semakin rapat.Kami selalunya keluar bersama.Hubungan kami sudahpun dibau oleh ahli keluarga kami.Aku membawa Zamani pergi kerumah untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan ahli keluargaku.Pada mulanya aku takut kerana ibu bapaku dan saudaraku tidak akan menerima Zamani .Namun tanggapanku silap.Ahli keluargaku menerima Zamani dengan tangan terbuka dan merestui hubungan kami ini. Pada suatu hari, dengan tidak disengajakan aku ternampak Zamani bersama seorang wanita.Aku amat cemburu namun, kutanamkan dalam hati dan mengatakan bahawa wanita itu adalah staff dipejabatnya.Pada malam itu aku menelefon Zamani untuk mendapatkan kepastian. "Hello bang". "Hai,Lia.Apa khabar?". Aku masih gembira kerana dia masih mengenali suaraku. "Abang sudah makan?".Aku menanya seperti biasa. "Abang baru sahaja makan dengan kawan".Zam menjawab dengan selamba. "Abang,boleh Lia tanya sesuatu pada abang?". "Apa dia sayang?.Tanyalah seberapa banyak yang ayang hendak tanya abang. Abang tidak kisah". Tanpa rasa curiga dan was-was aku menanyakan siapa wanita yang aku nampak bersamanya pada siang hari tadi. "Abang,siapa wanita yang Lia nampak bersama abang siang tadi?". "Oh!,mana Lia tahu ini?.Lia intip abangke?". "Siang tadi ayang keluar makan dengan rakan sepejabat dan ternampak abang dengan seorang wanita. Siapa itu bang?".Aku menanya dengan perasaan hati berdebar-debar. "Oh!,itu staff abanglah. Kenapa, Lia cemburu?". "Mana ada. Lia cuba ingin dapatkan kepastian pada abang sahaja. Maaf bang jika pertanyaaan Lia tadi menguris perasaan abang". "Tidak mengapa,lagipun memang patut Lia tanya abang. Abang takut pula kalau Lia datang serang abang". Ketawa kami memecahkan kesunyiaan dimalam hari.
Kusangkakan langit akan cerah sepanjang hari,namun hujan ditengahari.Hubungan kami semakin renggang apabila masing-masing sibuk dengan urusan.Zamani tidak seperti dahulu.Dia sudah banyak berubah.Dahulu walaupun dia sibuk pasti dia akan menelefon aku untuk menanyakan keadaan aku.Tetapi,dia tidak lagi menghiraukan aku. Kadang-kadang aku menelefon dipejabatnya namun, semuanya hampa. Aku datang sendiri kepejabatnya, dia tiada. Hubungan kami ini sudah berlarutan selama sebulan.Aku tidak tahan lagi dengan sikapnya.Aku cuba menelefonnya pada waktu malam kerana pada waktu itulah Zamani pasti ada dirumah. "Hello!" "Hello!.Lia ada apa telefon abang malam-malam buta ini.Kalau tiada hal penting kita cakap esoklah.Abang penat ini". "Tapi bang,Lia hendak bincang sesuatu dengan abang". "Bincang pasal apa?.Abang betul-betul keletihan". Belum sempat aku cakap,dia memutuskan talian telefon.Aku menangis memikirkan apakah hubungan kami ini akan berakhir dengan kebahagiaan ataupun dengan penderitaan.
Siang dan malam aku berdoa agar hubungan kami akan pulih seperti dahulu.Namun semuanya hampa.Aku mendapat berita bahawa Zamani ialah tunangan orang.Aku bagaikan halilintar yang disambar api.Aku tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ahli keluarganya.Dahulu dia kata ibu bapanya tiada lagi.Namun dia membohongi aku.Aku kecewa dengan sikapnya.
Namun dengan keazaman dan ketabahan aku.Aku berjumpa dengan adik Zamani. "Assalamualaikum". Seseorang datang merapati aku dan aku menyahut salamnya. "Waalaikummussalam". "Boleh saya duduk disebelah akak?". Gadis yang kecil molek itu terus melabuhkan punggungnya disebelah aku.Aku tahu dia adalah adik Zamani. "Adik ini?". Belum sempat aku meneka, dia memperkenalkan dirinya sebagai Zaza. "Oh!,terima kasih kerana sudi datang berjumpa akak". "Tidak mengapa,lagipun memang Zaza sendiri hendak berjumpa dengan kakak.Zaza berasa bersalah kerana dari dahulu Zaza tidak memberitahu bahawa siapa diri abang Zamani sebenarnya. Abang Zamani bukannya seperti apa yang akak sangkakan. Dia memang tunangan orang.Namun dia masih merahsiakan ini semua kerana ingin membalas dendam pada seorang wanita yang dahulunya dia pernah dipermainkan oleh seorang wanita.Kejadian ini terjadi 3 tahun yang lepas sehingga hadirnya tunangan abang yang datang membantu abang dan menasihatinya.Hidup abang berubah dan menyayangi tunangnya Nizawati." Aku terkejut lalu bercucuran air mataku membasahi pipiku. "Cukuplah adik.Akak tidak berupaya dan tidak sanggup mendengar lagi.Apa- pun terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan akak dengan menjelaskan perkara sebenarnya". "Sama-sama.Ini adalah kad jemputan yang saya berikan pada akak.Terpulanglah akak hendak menghadiri majlis ini ataupun tidak.Itu hak akak.Saya minta izin pulang dahulu.Assalamualaikum". "Waalaikummussalam".
Hari yang dinantikan sudahpun tiba.Aku menghadiri majlis ini untuk menatap wajah kekasih gelapku buat kali terakhir. "Assalamualaikum" "Waalaikumssalam.Eh,akak!.Bila akak sampai?" "Baru sahaja Zaza.Majlis sudah bermulakah?" Belum sempat aku menghabiskan pertanyaan aku,Zaza menunjukkan pelamin persandingan Zamani.Aku hanya mampu menahan air mataku untuk melihat kekasih gelapku bersanding diatas pelamin.Aku menghampiri pelamin itu. "Selamat pengantin baru kepadamu Zamani". Zamani terkejut dan dia sendiri tidak menyangka bahawa aku adalah orang yang akan merenjis airmawar kepadanya. Lamunan aku terhenti apabila aku terdengar lagu Goodman Brother di hari persandinganmu yang diputarkan oleh salah seorang dj radio ternama di Malaysia.Aku menghayati bait-bait lagu itu yang menyentuh perasaanku .
" Di Hari Persandingan Mu Tak tertahan rasa hati Melihat engkau bersanding ?Penuh dendam berahi Dikau di atas pelamin
Sebaknya rasa didada Tetapi memendam rasa Kasihku yang tak sampai Tak dapat hidup bersama Namun aku tahu Ini bukan kerelaanmu Terseksa batinku Dihari persandinganmu...
Pabila mata bertentang Engkau menangis hiba Kerna engkau terkenang Cukup mesra cinta kita Sudah nasib untung badan Kekasih menjadi milik orang
Namun ku tetap berdoa Semoga engkau bahagia Hidupmu sentosa Aman damai berumahtangga Biarku membawa diri Bersama luka dihati Meskipun kurasakan Tak tertanggung siksa ini Berpisah akhirnya kita Duhai kasihku erimalah ucapan selamat pengantin baru Berakhir sudah cintaku Dihari persandinganmu Tinggallah kenang-kenangan Segala janji manismu..."
Sejak peristiwa itu,aku tidak lagi bertemu dan bersua dengannya.Aku hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa agar memberi kekuatan dan ketabahan kepada diriku agar aku dapat meneruskan kehidupan aku.Baru kusedari bahawa apa yang terjadi adalah kebetulan yang maha Esa tentukan .Aku yakin pasti ada hikmah disebalik kejadiaan yang menimpa diriku ini. "Ya Allah,berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada diriku ini agar aku dapat menghadapi hari-hari muka yang telah ditentukan olehmu Ya Allah"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
boring....