Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu tetap sama dengan malam sebelumnya. Selesai sahaja menolong ibu mengemas meja makan, dia terus berlalu ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Perlahan-lahan buku Pengajian Am dibuka namun akal tetap melarang keras supaya melupakan sahaja niat untuk mengulangkaji pada malam itu. Perlahan-lahan dia menarik laci dan mengeluarkan album yang berbalut cantik, hadiah daripada teman sekelas sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-17 tahun pada tahun lepas. Dibeleknya perlahan-lahan album tersebut dan bibirnya menguntum senyuman nakal apabila terlihat gambar bersama-sama teman seperjuangan yang mencuit hati. Pantas benar masa berlalu, bagaikan tidak terdaya untuk mengejarnya. Benarlah kata pepatah, masa itu ibarat emas. Ia terlalu berharga lebih-lebih lagi untuk insan sepertinya yang sentiasa memburu waktu untuk mempersiapkan diri menghadapi STPM tahun hadapan.
"Ala Qis, buat apa nak sakitkan kepala belajar rajin-rajin. STPM kan tahun depan? Otak kita ni bukan komputer tau! dia nak rehat jugak. SPM baru je berlalu beberapa bulan lepas. Minah buku betul lah kau ni"
Marah Hani, teman sekelas yang paling kecoh dikalangan teman-temannya yang lain apabila dia menegur Hani yang asyik bercakap dan ketawa kuat disebelahnya. Malas untuk memanjangkan cerita, dia hanya tersenyum mendengar omelan si teman. Kata-kata yang terluah daripada bibir Hani dianggap sebagai gurauan semata-mata. Dia tidak pernah mengambil hati apatah lagi berdendam. Dalam asyik melayan perasaan, matanya tiba-tiba terpaku pada satu potret. Agak lama matanya terpaku disitu. Tangannya mengusap perlahan pada satu wajah yang ketawa ceria disampingnya itu. Lisa! Nama itu bergema disegenap urat sarafnya. Setelah hampir sepuluh tahun tidak berjumpa...Akhirnya kau pulang jua...Ayah memberikan perkhabaran menggembirakan buat dirinya apabila sepupu yang telah lama berhijrah ke bandar Norway, negara yang dikenali sebagai bandar termahal di dunia telah mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air...Negara Malaysia yang menyimpan banyak kenangan manis antara mereka berdua. Masih segar dalam ingatan tatkala dia dan Lisa bersama-sama berkejaran dipetak sawah kepunyaan atuk untuk mengejar burung yang galak berterbangan. Segalanya terasa baru semalam dia menangis ketakutan apabila pacat sawah dengan enak menghisap darahnya sambil diketawakan oleh Lisa. Bibirnya mengukir segaris senyuman apabila kembali teringat bagaimana mereka berdua menangis kesakitan apabila dipiat oleh atuk akibat terjatuh dalam lopak sawah bersama dengan baju sekolah yang baru dipakai. Ah...Segala-galanya terlalu indah! Andai masa dapat diputarkan kembali...Ingin sekali dibisikkan pada kenangan bahawa peristiwa bersama-sama Lisa tiada gantinya. Lisa...aku merinduimu... Tanpa sedar air mata kegembiraan mengalir membasahi pipinya. Bagaimana rupa Lisa agaknya? Adakah comot macam dulu? Atau rambutnya masih kontot persis lelaki? Pertanyaan-pertanyaan tentang Lisa berserabut dalam kepalanya dan malam itu mimpinya indah bersama bayangan Lisa..
--------------------------------------------
Sudah seminggu Lisa berada di rumahnya dan selama itulah dia memendam rasa, menjeruk perasaan dengan sikap dan karenah Lisa. Dia mengeluh perlahan...Itu bukan Lisa! itu orang lain! Hatinya menjerit, menggegarkan segala urat saraf. Kenapa dengan Lisa? Hebat sangatkah kota Norway sehingga berjaya membentuk keperibadian Lisa sebegitu rupa? Apa tujuan mak ngah dan pak ngah membawa Lisa pulang ke sini jika hatinya dan jasadnya masih di sana ...Bandar Norway yang amat dibanggakan oleh Lisa! Masih terasa pedih telinganya mendengar kata-kata sindiran yang terluah dari mulut Lisa apabila kakinya melangkah keluar dari kereta Proton Saga milik ayah.
" Balqis, aku akan tinggal kat kampung ni ke? "
" Kenapa? ada masalah ke, ini kan kampung kau jugak.. "
Dengan pelik dia bertanya sambil matanya tidak lepas dari memandang imej baru yang dibawa oleh sepupu tersayang. Berbaju t-shirt sendat dipadankan dengan skirt paras lutut dan kepalanya terletak comel topi yang berwarna putih...Lisa benar-benar nampak lain! Itu belum lagi apabila Lisa membuang topinya memperlihatkan rambutnya yang panjang itu diwarnakan dengan warna oren kemerahan. Demi tuhan, hatinya terluka apabila tangan yang dihulurkan untuk bersalam dibiarkan begitu sahaja... Jika ikutkan hati amarah ingin sahaja dia mencemuh Lisa dihari pertama kedatanganya tetapi mujurlah akal cepat bertindak dengan waras. Dia tetap ingat pesan ayah..
" Balqis, perasaan amarah adalah kawan syaitan. Sebagai orang islam, kita tidak sepatutnya membiarkan perasaan amarah menguasai diri kita... "
Terima kasih ayah! terima kasih dengan peringatan itu...
" Hoi!! "
Dia tersentak, bahunya ditampar seseorang dari arah belakang. Belum sempat dia ingin menoleh, wajah Hani dengan sengihan melebar sudah berada di hadapanya.
" Sejak bila pulak kau suka buang masa kat sini? eh...sepupu minah saleh celup kau tu tak ikut ke? "
Dia hanya menggeleng. Bukan tidak pernah mempelawa malah mulutnya sudah berbuih bertanya sekiranya Lisa ingin mengikutnya ke sawah dan berteduh di bawah pondok usang arwah datuk mereka. Namun, segalanya bagai dibiarkan sepi bersama angin lalu....
" Lisa, jon ikut aku pergi permatang! dapat tengok padi atuk yang sudah menguning "
Dia tersenyum apabila terkenangkan segala perit jerih atuk selama ini dengan menghambakan diri pada sawah tidak sia-sia. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, padi atuk pasti membuahkan hasil.
" Apa? kau ajak aku pergi sawah yang penuh ngan lumpur tu? kau ingat baju aku ni beli kat pasar malam? "
" Aku tahu baju-baju kau semuanya mahal tapi takkan kau nak duduk terperap kat bilik ni aje? sesekali kau perlu gak ambik angin kat luar tu "
" Balqis, kau ni tak faham bahasa ke? kalau nak pergi tu, pergi aje la.. tak payah menyusahkan aku!! "
Pintu bilik dihempas kuat sebaik sahaja Lisa selesai menuturkan ayat yang menyakitkan hati tersebut. Sabar Balqis! suara hati bergema untuk yang sekian kalinya. Dengan langkah yang berat, digagahi jua kakinya untuk melangkah ke sawah. Diharapkan lambaian pokok padi yang membuai ditiup angin itu bisa mengubat hatinya yang luka.
" Eh Balqis! aku cakap ngan pokok padi ke? "
Bahunya ditampar. Dia terkesima seketika. Secara perlahan, bibirnya menguntum senyum apabila menyedari kesilapan sendiri.
" Sorry...aku tak ingat yang kau ada kat sini "
Dia menjawab perlahan. Suara terasa terlekat di kerongkong.
" Apsal ngan kau Qis? aku tengok sejak sepupu kau yang perasan lawa tu balik sini, kau macam tak happy je! "
Mulut! dia tersenyum lagi...benarlah kata orang, kerana mulut badan binasa dan rasanya perumpamaan tersebut memang tidak sesuai untuk diberikan kepada Hani yang sentiasa bercakap ikut sedap mulut tanpa mengira perasaan orang yang mendengarnya.
" Aku okey, kau jangan risaulah Hani "
Dia menghela keluhan berat. Entah apa yang menyesakkan fikirannya, dia sendiri tidak mahu memikirkanya lagi. Walau bagaimana kecewa perasaan yang dirasa, dia tidak patut membiarkan Hani termangu sendirian disebelahnya.
" Emm...lupa nak tanya, kenapa kau datang cari aku? ada hal penting ke? "
" Amboi..salah ke aku datang sini?kau ni macam tak biasa ngan aku, aku kan biasa lepak-lepak kat sini. Eh, esok teman aku beli buku rujukan ekonomi, boleh? "
Ya Allah...selamatkanlah mulut kawan aku yang sorang ni...amin...dia tersenyum, walaupun kata-kata Hani kadang kala menyakitkan telinga tetapi dia tahu bahawa temannya itu mempunyai sekeping hati yang baik.
" Boleh, tapi dengan syarat jangan lama-lama sangat tau...aku ada perjumpaan kelab majalah sekolah petang esok, kalau tak datang apa pulak kata budak-budak lain "
" aku faham...maklumlah, ketua pengarang sekolah la katakan... "
--------------------------------------
Dia meletakkan kembali buku Pengajian Am di atas meja. Matanya terpaku pada seraut wajah yang baru memasuki pintu kelasnya dari arah belakang. Dari gerak gaya, Lisa seakan mahu memberitahu sesuatu kepadanya. Apa pula kali ini?akalnya cepat menyoal...dari jauh kelihatan Hani tersenyum sinis, tidak suka benar Hani pada sepupunya itu.
" Petang ni aku balik lambat sikit, tak payah tunggu aku...kalau nak makan, kau makan aje dulu "
" Kau nak pergi mana? "
" Ikut suka aku lah nak pergi mana, kau tak payah sibuk-sibuk nak ambik tahu! jaga tepi kain sendiri - "
" Disebabkan kain kau la kitaorang nak ambik peduli, kalau kain kitaorang sendiri kitaorang tak perlu jaga sebab dah memang baik!! "
Entah dari mana suara Hani keras memarahi Lisa. Dia terkaku di situ, tidak tahu untuk berkata-kata. Muka Lisa kelihatan merah menahan marah, belum sempat untuk dia kembali bersuara Lisa sudah mengorak langkah meninggalkan kelasnya. Semakin keruh nampaknya ikatan antara dia dan Lisa...Ya Allah, kau tabahkan hati hambamu ini...doanya dalam hati.
" Kau ni kenapa Qis?mana sifat tegas kau selama ni? kenapa tak jawab je apa yang sepupu kau bebelkan tu? kat umah dia masih kutuk-kutuk kau ke? masih tak boleh terima lagi keadaan pekan kita ni? "
Marah benar nampaknya Hani. Dia hanya diam, orang marah kita tak boleh lawan dengan perasaan marah juga nanti makin panjang pula jadinya. Cara yang paling tepat untuk meredakan keadaan ialah dengan berdiam diri dan menyambung semula pembacaanya yang terbantut tadi. Hani masih lagi berada disebelahnya, seakan tidak mahu berganjak dari situ.
" Balqis, dengar apa yang aku nak cakap dengan kau...aku tahu Lisa tu sepupu kesayangan kau tapi itu tak bermakna dia boleh buat apa sahaja yang dia suka kat kau, aku rasa kau dah banyak bersabar...sampai bila Balqis? sampai dia pijak-pijak kepala kau? "
" Sampai dia jadi Nur Lisa yang aku kenal dulu...sepupu yang paling aku sayang, aku terluka Hani, hati aku sakit tapi aku perlu fikir fositif...dia tak boleh berubah dalam masa sebulan untuk jadi macam dulu sedangkan bandar Norway dah ubah dia sepuluh tahun yang lalu, kau faham kan? "
" Aku tahu Qis, aku cukup faham tapi aku tak boleh terima bila dia masih kutuk-kutuk pekan kita ni, aku rasa dia ada otak untuk membandingkan Norway ngan pekan kita ni...lagipun, ini tanah kelahiran dia. Tak patut dia bersikap macam tu, kau sepupu dia Qis "
Dia hanya mengangguk, membenarkan apa sahaja kata yang terluah dibibir si teman. Memang benar kata Hani, ini tempat kelahiran Lisa...selama manapun Lisa berada di bandar Norway , sejarah tetap tidak dapat diubah. Hatinya menangis...dia benar-benar rindukan Lisa yang dulu, tidak tahu sampai bila harus menanti tetapi dia tetap percaya pada janji allah. Orang yang bersabar pasti akan mendapat ganjaran yang baik satu hari nanti. Aku yakin...
" Kita berserah aje Hani, kita tengok sejauh mana dia mampu bertahan kat pekan ni "
" Bukan dia yang mampu bertahan tapi kau Qis! aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan ngan perangai minah celup tu "
Aku akan bertahan selagi aku termampu Hani...aku akan buktikan pada kau yang sepupu aku tu masih ada darah keluarga atuk, masih mempunyai rasa kecintaan pada pekan Kuala Berang yang kita sayang ni. Dia akan berusaha mengubah Lisa sedikit demi sedikit. Sepupunya itu sudah tersasar terlalu jauh tetapi dia amat yakin yang dia masih mampu untuk mengejarnya. Lisa sekarang bukan sahaja berubah dari segi penampilan dan sikap tetapi sudah jauh benar dari allah...selama sebulan mereka tinggal bersama dalam satu bilik, belum pernah dia melihat Lisa mengenakan telekung sembahyang untuk sembahyang bersamanya. Saat dia melagukan ayat-ayat suci al-quran, Lisa lebih senang membelek majalah hiburan luar negara. Tika subuh memanggil, Lisa lebih enak melayan mimpi-mimpi indah... Kalaulah ayah tahu Lisa belum pernah bersembahyang walaupun sekali, pasti sepupunya itu sudah dibebel teruk. Itu belum masuk syarahan agama dari mak lagi...apa yang pasti sikap Lisa mengheret sama dia ke lembah dosa. Itu bersubahat Balqis! dia tahu tapi dia memang tidak berdaya untuk menegur. Dia masih belum diberikan kekuatan untuk membalas segala hujah-hujah yang diberikan Lisa. Apa yang termampu sekarang hanyalah berdoa agar allah membukakan pintu hati sepupunya itu.
-------------------------------
" Qis, aku nak tanya kat kau pasal seseorang, boleh? "
" Pasal siapa? "
Dia hairan dengan pertanyaan Lisa. Aik...sejak bila pulak sepupunya itu akan minta kebenaran sebelum bertanya, sebelum ni main redah je..bahasa yang diguna pun kasar, bukan macam sekarang...lembut!
" Pasal budak kelas kau, Shamir...kau tengok dia ok tak? maksud aku, dia hensem tak bagi pandangan mata kau? "
Shamir? jantungnya seakan berhenti berdengup. Matanya terpaku pada wajah Lisa yang memandangnya penuh mengharap, seakan menanti jawapan darinya. Ujian lagikah ini ya tuhan? sepayah mungkin dia cuba mengukir senyum pada Lisa...
" Jujur aku bagitau kat kau, dia seorang lelaki yang paling baik yang pernah aku jumpa sebelum ni. Dia tak hensem tapi manis...kau pernah dengar tak, Dr. Hm Tuah pernah cakap, lelaki yang hensem dan kacak biasanya bermulut manis dan buaya! "
Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri, Lisa mengukir senyuman buatnya. Dia terpaku melihatnya! senyuman yang dia rindukan sebelum ini. Terima kasih Ya Allah...Shamir memang baik, lelaki itu terlalu jujur selama mereka berkawan sejak dari tingkatan tiga lagi. Aku rela Ya Allah, melepaskan Shamir sekiranya dapat kau kembalikan Lisa yang dulu kepadaku. Aku yakin dengan janjimu Ya Allah, pasti Shamir bukan yang terbaik untukku...
" Betul Qis? happynya aku...kau tahu, aku rasa aku dah jatuh cinta kat Shamir lah! kau boleh tolong aku tak? tolonglah jadi orang tengah antara kami, boleh? "
Lisa mengukir senyuman mengharap. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Serentak dengan itu Lisa memeluknya erat tanda terima kasih. Sesungguhnya tiada yang paling indah selain dapat melihat senyuman dari bibir Lisa yang ikhlas itu...Lisa nampak cantik!
" Kita macammana Qis? sampai bila Sham nak tunggu jawapan dari awak ni? "
" Sham...awak kan tahu yang kita ni masih belajar, tahun ni SPM. Berapa kali kita nak bincangkan soal ni? kita tetap kawan macam biasa. Ini prinsip saya, tidak ada istilah cinta sebelum saya dapat genggam segulung ijazah. Impian saya terlalu jauh untuk saya gapai Sham, dan saya amat berharap yang awaklah orang yang akan bersama-sama saya untuk mencapai impian tu "
" Sham tahu Qis...Sham cukup faham, tapi Sham takut... "
" Apa yang awak takutkan? "
" Sham takut kehilangan awak! "
Demi tuhan, pengakuan itu dirasakan amat berharga sekali. Dunia remaja dirasakan amat manis untuk dilalui. Tetapi akal cepat bertindak mengatakan itu semua hanyalah khayalan semata-mata. Kau ada prinsip Balqis! jangan cepat mengalah pada desakan perasaan. Ingat pengorbanan ayah...terlalu muda untuk dia dan Shamir melangkah lebih jauh, tidak mahu hanyut dibuai perasaan yang tidak menentu ini. SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan dia tidak mahu segala usaha yang telah dilakukan tidak membuahkan hasil. Aku juga tidak mahu kehilangan teman sebaik kau Sham....ayat itu bergema tetapi hanya dihatinya sahaja. Sham tidak perlu tahu bagaimana perasaan dia sebenarnya, biarlah mereka sama-sama mengejar cita-cita namun ikatan ini masih utuh seperti sebelumnya. Untuk mengejar kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit lebih-lebih lagi melibatkan perasaan. Ini semua dugaan, aku harus kuat untuk tempuhinya.
" oi......!! berangan sakan! "
Dia tersentak dengan sergahan Lisa. Alamak, jauh benar aku mengelamun....hilang sudah segala kenangan bersama Shamir pada tahun lepas.
--------------------------
Hari-hari yang dilalui semakin mendewasakan dirinya. Dia bersyukur dilahirkan menjadi dirinya sendiri. Lisa tetap begitu namun dia tahu, sedikit waktu lagi sepupunya itu pasti berubah. Itu doanya! Shamir marah benar pada dirinya kerana tidak berterus terang pada Lisa tentang hubungan mereka. Apa yang hendak diterangkan? antara dia dan Shamir hanya terikat dengan satu ikatan yang tidak pasti, tanpa janji-janji yang perlu dipegang. Tanpa perasaan sayang yang terlalu mendalam, cinta? emm...jauh sekali untuk itu. Hani juga marahkanya kerana mendesak Shamir agar menerima Lisa, sepupu yang masih tidak dapat menerima keadaan pekan kecil ini dengan sepenuhnya lagi. Sampai bila Ya Allah? sampai bila aku harus menanti?
" Boleh Sham cakap ngan awak sekejap? "
" Apa dia? "
Dia memandang sekeliling kelas, takut kalau-kalau Lisa secara tiba-tiba memasuki kelas mereka. Biasanya pada waktu rehat begini, Lisa akan mengajak Shamir untuk makan di kantin sekolah. Matanya dialihkan pada seraut wajah yang nampak tidak bercahaya di hadapanya itu.
" Kenapa awak paksa saya untuk berkawan ngan sepupu awak tu? "
Shamir mengeluh kasar.
" Saya dah terangkan pada awak kan ? apa lagi yang awak tak faham ni? Lisa sayangkan awak! saya nak awak jaga dia betul-betul, jangan sakitkan hati dia "
" Senangnya awak bercakap, hati Lisa je yang kena jaga? hati saya ni awak buat macam patung! awak ingat saya tak ada perasaan? awak pentingkan diri sendiri, hipokrit, awak tahu tak tindakan awak ni betul-betul melukakan hati saya? patutlah selama ni awak banyak buat alasan bila saya ajak serius, rupa-rupanya awak ada udang di sebalik batu. Awak langsung tak menghargai kehadiran saya selama ini kan ? "
" Awak...... "
" Sudah lah Balqis, Sham dah betul-betul penat nak melayan semua permintaan awak "
Selesai sahaja menuturkan ayat tersebut, Shamir terus berlalu menuju ke kelas Lisa. Maafkan aku Sham! air mata dirasakan mahu menitik tetapi dipujuk hati agar tetap tabah. Ini keputusan yang diambilnya sendiri dan dia harus redha. Ya Allah, jangan hilangkan ketabahan dan kekuatan dalam diri hambamu ini.
" Dah puas hati tengok insan lain menderita kerana kau? "
Suara Hani sinis disebelahnya. Dia memendang wajah Hani tajam, seakan mahu ditelan tubuh kecil molek itu hidup-hidup! enak benar berkata tanpa memikirkan perasaan dirinya. Biarlah semua orang menyalahkanya.......dia rela asalkan Lisa kembali macam dulu.
" Aku bercakap dengan patung ke Qis? apa kau pun dah nak jadi bodoh sombong cam minah celup tu?! "
" Hani...kau tak faham. Malah semua orang tak akan faham apa yang aku lakukan sekarang ni. Aku memang sayangkan Shamir tapi aku lebih sayangkan Lisa. Salah ke kalau aku suruh Shamin berkawan dengan Lisa? "
" Memang salah! sampai hati kau Qis.......aku tak sangka yang kau betul-betul berhati busuk. Patutlah Shamir macam terpaksa berkawan dengan aku, rupa-rupanya kau yang paksa dia! aku betul-betul tak sangka Qis, aku benci kau!! "
Dia tersentak! pandanganya beralih pada Lisa yang berada disebelahnya. Bila masa pulak sepupunya itu memasuki kelas mereka? dia betul-betul buntu. Fikiranya kosong, mendengar amarah Lisa sahaja sudah cukup membuatkan dirinya seperti mahu dijatuhi hukuman gantung serta merta! Dia nampak air mata Lisa jatuh, demi tuhan hatinya amat luka tika ini...
" Maafkan aku Lisa, aku tak sekejam yang kau sangkakan. Dengar dulu penjelasan aku sebelum kau jatuhkan hukuman sesuka hati kau "
" Dah la Balqis, tak payah nak buat drama air mata depan aku. Aku tak sangka yang selama ni kau pura-pura baik depan aku. Aku ada maruah Qis! macammana aku nak berhadapan ngan Shamir selepas ni? kau kejam Qis! aku betul-betul benci kau "
Lisa berlari menuju ke arah pintu pagar sekolah. Dia benar-benar tertekan, entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia mengejar tubuh Lisa. Pandangan pelajar lain yang menyaksikan adegan tersebut tidak dihiraukan. Apa yang ada dalam kepalanya sekarang adalah untuk menerangkan semula kepada Lisa keadaan yang sebenarnya. Dia meluru menuju ke arah pintu pagar sekolah.......
Ganggggggggggg!!!
" Balqis!! "
Pandanganya kelam...semakin lama semakin gelap. Ya Allah, andai sudah sampai ajalku......aku redha...
----------------------------
Dia mengukir segaris senyuman apabila terlihatkan Lisa melambai-lambai kearahnya. Burung-burung yang bertebangan seakan mengerti hati dan perasaanya tika ini. Dialihkan tongkat di kaki kirinya untuk memberi laluan kepada Lisa duduk disebelahnya. Tangan Lisa digenggam erat, wajah sepupunya itu ditatap lama. Cantik benar Lisa dalam busana islam itu, rambutnya yang merah sudah ditutupi dengan tudung. Tidak ada lagi pakaian yang ketat untuk digayakan, semuanya sudah digantikan dengan blaus longgar dan sesekali Lisa mengenakan baju kurung. Bibirnya juga sudah basah dengan zikir malah sudah mampu untuk menjadi imam solat berjemaah mereka. Tutur katanya tidak lagi kasar seperti dulu, tingkah lakunya sudah berubah menjadi sopan. Apa yang paling penting, Lisa yang berdiri disebelahnya kini adalah Lisa yang dirindukanya dulu....
" Tidak habis-habis dengan berangan..... "
Lisa mencebik, dia hanya tersenyum.
" Qis, aku nak mintak maaf ngan kau. Aku tahu yang aku dah banyak lukakan hati dan perasaan kau sepanjang aku ada kat sini. Betul kata abah, aku perlu pulang ke sini untuk mencari semula identiti aku yang telah lama hilang di kota Norway . Aku bersyukur Qis, yang aku masih belum terlambat "
Lisa menunduk. Seakan berfikir yang dirinya sudah terlalu jauh hanyut. Dia melebarkan pandangan pada sawah atuk yang menguning, indah benar ciptaan tuhan....terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk sama-sama duduk di sini bertemankan Lisa. Terima kasih juga kerana masih memanjangkan usia aku untuk terus mengejar impian-impian yang masih jauh untuk aku gapai...walaupun kemalangan tersebut hampir meragut nyawanya tetapi hikmah disebalik kejadian tersebut amat besar sekali. Allah telah mengembalikan semula Lisa kepadanya.
" Lisa, pekan ni tak menjanjikan keseronokan dunia....tidak ada pusat hiburan untuk kau pergi, tidak ada pasaraya besar untuk kau lepak. Semua keseronokkan remaja tidak ada di sini tapi aku bahagia, kerana pekan inilah yang menyatukan kita sikit waktu dulu. Kenangan kanak-kanak kita tetap utuh di sini "
Lisa mengangguk.
" Qis, ada satu perkara yang penting untuk membezakan Norway dan pekan ni, kau nak tahu apa? "
" Apa dia? "
" Pekan ni mendekatkan aku dengan Allah........ "
Dia tersenyum bahagia mendengar ungkapan tersebut. Doanya telah dimakbulkan......
bagus cerita nih...terutama kpd mereka yang dah lupa atau buat2 lupa akan asal-usul, adat timur kita. berpeganglah pada kata pepatah di mana bumi di pijak di situ langit di junjung...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bagus cerita nih...terutama kpd mereka yang dah lupa atau buat2 lupa akan asal-usul, adat timur kita. berpeganglah pada kata pepatah di mana bumi di pijak di situ langit di junjung...