Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelihatan seorang gadis, Zulaika berusia 22 tahun memasuki ke kelas. Dia mengikat rambut tocang kuda. Tingginya sederhana tinggi dan berkulit sawo matang. Zulaika memakai baju kurung hijau daun pisang (warna kegemarannya) berserta dengan sneaker lusuh berwaran biru muda.
Kelihatan juga beberapa orang pelajar perempuan yang berpakaian ala selebriti terkenal (mungkin perasan glamour) menjeling-jeling ke arahnya. Mereka juga berbisik-bisik di antara satu sama lain sebaik sahaja Zulaika melangkah masuk ke kelas. Zulaika sudah mengagak.
"Sneaker akulah tu. Lantak kau oranglah. Bukan aku pakai duit kau orang pun beli kasut ni", bebel Zulaika dalam hati.
Hendak cakap depan-depan mereka, minta maaflah para pembaca sekalian. Zulaika ni penakut orangnya. Lagipun "selebriti palsu" tu semua bukan faham pun betapa selesanya dia memakai kasut sneakernya yang lusuh itu.
Mereka ketawa melihat Zulaika. Zulaika pandang ke arah mereka. Mereka pandang semula ke arah Zulaika. Zulaika tak mampu nak berbuat apa-apa. Dia lalu mengambil tempat duduk di bahagian belakang kelas.
Puan Rosliyah, 36 tahun seorang pensyarah yang gemar memakai baju yang berwarna terang masuk ke dalam kelas. Hari ini dia memakai baju kebaya kuning bunga matahari yang semestinya menyakitkan mata para pelajar seperti panahan sinaran matahari. Semua kelas senyap. Mereka rasa mungkin ada perkara penting yang ingin disampaikannya.
"Saya ada perkara penting yang ingin disampaikan kepada semua pelajar kesayangan saya sekalian", Puan Rosliyah mula membuka kata.
"Pelajarku, saya mahu ingatkan kepada anda sekali lagi bahawa lusa adalah majlis anjuran fakulti kita. Berpakaian formal. Wajib hadir jika tidak mahu markah akhir dipotong. Itu saja. Boleh bersurai", sambung Puan Rosliyah sambil menepuk-nepuk tangannya dengan kuat (itu adalah tanda yang menyatakan bahawa semua pelajar boleh bersurai).
Pusat membeli-belah...
Zulaika berlegar-legar di sekitar pusat membeli-belah mencari sepasang kasut tumit tinggi untuk majlis tersebut. Sambil itu dia berfikir-fikir bagaimana dia mahu berjalan dengan "normal" sambil memakai kasut itu nanti.
Dia berhenti di hadapan sebuah kedai kasut selepas mundar-mandir kerana tidak berjumpa lagi kedai kasut yang menawarkan harga yang murah.
"Kedai kasut ni okaylah kot", bisik Zulaika dalam hati.
Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, seorang jurujual di sana telah meluru ke arahnya.
"Cik, sila masuk. Mahu pilih kasut yang macam mana?", tanya jurujual itu sambil menguntumkan sebuah senyuman yang separuh ikhlas kepadanya.
"Err..., saya nak cari kasut tumit tinggi tapi ada tak yang harganya bawah dari RM 20.00. Tak kisahlah warna apa. Ada tak?", tanya Zulaika balik dengan gagap.
"Tak adalah cik. Yang paling murah pun harganya RM 39.90", jawab jurujual itu dengan senyum sinisnya.
Zulaika mula berfikir sejenak. Dia memikirkan apa akibatnya jika dia tidak membeli kasut tumit tinggi. Mungkin kerana kasut itu, dia akan gagal subjek Puan Rosliyah. Dia lalu memeriksa dompetnya.
"Erm..., bolehlah. Bagi saiz 7 ye", Zulaika akhirnya membuat keputusan.
Dengan rasa serba-salahnya, Zulaika mengeluarkan not RM 50. Selepas melihat baki duitnya yang tinggal dia pun berlalu dari kedai itu dengan lemah longlai. Jika divisualkan keadaan Zulaika, memang sangat kasihan.
Rumah sewa Zulaika...
Zulaika menyuap mi segera bulan lepas sambil membaca komik \"Detektif Conan\". Di sebelahnya terdapat bungkusan kasut tumit tinggi yang masih belum dicubanya. Dia memandang ke arah bungkusan tersebut. Perasaan menyampahnya meluap-luap menusuk ke kalbunya. Kemudian, dia berpaling pula ke arah kasut sneakernya yang terletak di tepi pintu rumah. Dia mengeluh.
Perhentian bas pada waktu petang...
Kelihatan Zulaika menunggu bas bersama-sama dengan beberapa orang lain. Dia memakai baju kurung, selendang dan yang paling penting kasut tumit tinggi yang dibelinya kelmarin. Zulaika tidak selesa dengan kasutnya. Kakinya terasa menekan-nekan dan sakit. Bas tiba. Ramai pula yang berebut-rebut untuk menaiki bas. Zulaika ditolak. Dia hampir terjatuh. Tumit kasutnya tercabut. Dia terlepas bas.
Perhentian bas pada waktu senja...
Zulaika masih berada di perhentian bas. Keseorangan. Dia termenung panjang. Fikirannya hanya tertumpu dengan apa yang bakal berlaku dengan markah akhirnya. Dia juga berkira-kira bagaimana dia mahu mencari duit untuk mengisi perutnya selama satu minggu akan datang. Segala wangnya telah diserahkan untuk kasut tumit tinggi itu. Zulaika pulang. Kali ini dia pulang dengan berkaki ayam. Dia berjalan dengan "normal".
Kasut tumit tingginya yang berharga RM 39.90 itu sudah selamat tercampak di dalam tong sampah. Tak kuasa lagi dia mahu membaikinya. Dia lebih rela memakai kasut sneakernya yang berharga RM 19.90 itu. Yang nyata, kasut itu tidak membuatnya menjadi "palsu". Zulaika adalah Zulaika.
Bila difikirkan semula, mungkin kasut itu juga tidak mahu dipakai oleh orang yang tidak mahu menghargainya. Mungkin kerana Zulaika bersikap menyampah terhadap kasut itu menyebabkan kasut itu merajuk.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pape ntah nyer..but nice..ok laa..tahniah kpd penulis...keep up good work k..yuhuu..sepatu...sepatu..