Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku tatap permukaan kad itu lama, makin kejap jiwa aku merinduinya, namun aku abaikan saja sejak akhir-akhir ini. Bukan mudah hendak aku lalaikan perasaan ku tika ini, aku buat-buat sibuk dengan ‘research’ dan tugasan yang diberi oleh instruktor tempat aku belajar. Sungguh pilu tatkala aku kenang tarikh yang tertera di kad tersebut, wangiannya belum pudar lagi, masih segar seperti semalam, biarpun ia dah lama berlalu. Biarkan wangiannya kekal seperti kekalnya nama yang tertera pada kad tersebut.
"Iman!tak lama lagi engkau tu nak jadi milik orang, jangan pulak engkau lupa kami kat sini." Terngiang lagi gurauan rakan seuniversiti waktu konvokesyen ku dulu. Dari jauh aku lihat Hariz sibuk memilih bunga dikawasan parkir kereta tempat terletaknya gerai jualan sempena konvokesyen kali ini, kononnya mahu ‘surprise’ kan aku lah tu, tak apa lah walaupun dah nampak, buat-buat terkejut saja lah nanti kalau dia datang, niatku di dalam hati. "Assalamualaikum..mengelamun lagi Iman, jom keluar makan?" Sapaan Arul memeranjatkan aku, tak sempat nak dilap air mata yang bersisa, malu juga dilihat Arul aku menangis lagi. "Tak apa la Arul, awak pegilah makan dulu, petang nanti ada ‘gab’ saya curi-curi la makan." Helah ku sambil tersenyum kepada teman ‘discussion’ ku itu. "Iman! Jangan diingatkan sangat perkara yang dah berlaku, hidup perlu juga kita teruskan, perlu juga kita uruskan." Kata-kata tu memang dah sebati dipendengaran ku sejak akhir-akhir ini. Arul berlalu sambil menggelengkan kepala. Apa yang Arul tahu, dia bukan aku, dia tak merasa apa yang aku rasa.
"Sampai hati Ariz buat Iman macam ni tau." Rajuk aku tiba-tiba, maklumlah lama tak bersua, nak mengada-ngadalah sikit. "Yelah, yelah! Ariz salah, Ariz lupa yang hari ni hari lahir Iman." Tenang kata-katanya setenang raut wajahnya saat itu. Hariz lelaki yang bertakhta dihati setelah diperkenalkan oleh seorang rakan sekuliah ku suatu masa dulu sewaktu aku aktif dalam pasukan debat. Dia ‘senior’ aku, segala pertolongan dalam persatuan terpaksa aku rujuk melaluinya, awalnya malu memang tak tertahan lagi, tapi keramahan dan keikhlasan yang dipancarkan melalui sinar matanya cukup untuk aku katakan yang dia seorang pendebat yang berkaliber, biarpun kadang-kadang orang tak akan percaya dia seorang pendebat kerana terselindung di balik raut wajah yang diam dan tenang itu. Hubungan yang dijalin atas dasar sahabat bertukar arus menjadi sepasang kekasih, mungkin kerana persamaan atau sedikit perbezaan yang mengeratkan hubungan antara kami atau mungkin juga dah takdir dia adalah ‘Adam’ yang diciptakan untuk ku. Entah kemana dia nak bawa aku kali ni, sudahla hari lahir ‘girlfriend’ sendiri tak ingat, lepas tu ikut suka saja nak bawa aku keluar. Dari jauh aku lihat ‘sign board’ sebuah restoran, nak memujuk la tu. Setibanya direstoran tersebut Hariz mengiringi aku masuk kebahagian lapang restoran itu, tiba-tiba terdengar jeritan mengucapkan selamat hari lahir. Saat itu juga aku tatap wajah Hariz, dia cuma mengangguk sambil mengatakan ini sahaja yang mampu dia tunaikan untuk birthday aku yang ke-22. Dia menempah meja di restoran tersebut dan menjemput beberapa orang rakan sekuliah ku. Selepas memotong kek dan minum petang terdapat satu lagi kejutan, Hariz menujukan satu lagu buat aku. Lagu yang dipopularkan oleh Awie ‘Ratu ku’. Hati ni cukup kuat menyatakan cinta padanya, biarpun hanya sedikit sahaja yang terluah melalui bibir.
"Iman! Iman sudi tak jadi ratu Ariz?" Suaranya pada suatu petang sewaktu melawat aku di kampus. "Hah! Jadi ratu Ariz buat apa, Iman nak jadi raja, tak nak jadi ratu." Aku membalas katanya dalam nada bergurau. Mukanya tampak serius benar. "Ariz akan pegi merisik Iman dalam minggu ni. Ariz dah berbincang dengan ibu, ibu pun ikut saja. Ariz dah berusaha selama tiga tahun mengumpul sedikit duit untuk masuk meminang Iman, Ariz dah tawakal pada Allah dan petunjuknya, Iman adalah yang terbaik buat Ariz. Ariz harap ia berbaloi dengan jawapan yang Ariz akan terima nanti." Setiap baris kata yang dikeluarkan menggugat hati wanita ku, memang tak lama lagi aku akan tamat belajar dan aku bercadang untuk sambung ‘master’ kalau dimurahkan rezeki, nampaknya rezeki lain pula yang datang kali ini. Aku mendongak memandang wajah lelaki dihadapan ku ini, aku berkira-kira mahu bergurau lagi, tapi matanya yang redup tu membantutkan niatku. Lalu dengan selamba aku mengangguk. Nampak benar dia terkejut, selepas itu terdengar keluhan kalimah syukur kepada Yang Maha Kuasa dan bibirnya meruntum senyum sambil memandang ku dengan penuh makna.
Pertunangan kami dihadiri sanak saudara kedua-dua belah keluarga aku dan juga Hariz. Seminggu lagi akan berlangsung majlis konvokesyen dan dua hari selepas itu aku akan di ijab kabulkan dengan Hariz, dua berita gembira serentak aku terima kala itu. Kad perkahwinan telah diedarkan, persiapan hampir 90 peratus siap, cuma menunggu ‘hari jadi’ sahaja. Pakaian persalinan pengantin Hariz yang pilihkan, warna kegemaran kami sama iaitu biru jadi tiada masalah dalam memilih pakaian pengantin. Dua tiga hari kebelakangan ni kami jarang berjumpa, Hariz terpaksa mengikut arahan ketua tempat dia bekerja pergi outstation. Kami berhubung melalui telefon sahaja, meleraikan rindu yang berbuku, biarpun tak lama lagi kami akan bergelar raja sehari.
"Cuba betul kan ‘mattel’ tu sikit, ikut pakai aje Iman ni.!" Aku tersengih memandang Hariz sambil mencium haruman bunga ros merah yang diberinya sebagai tanda tahniah aku telah mendapat segulung ijazah. Suka sangat dia menegur walhal benda yang remeh saja, kadang-kadang aku tak ambil pusing teguran dia, suka juga dapat tengok ‘muka angin’ dia tu. Sibuk betul lensa kemera mengambil gambar kami, macam-macam mimik muka aku buat. Bila lagi nak berperangai budak-budak, dua hari lagi aku akan jadi ‘mak budak’ pula. Terdengar deringan telefon bimbit Hariz sewaktu aku berbual dengan bakal ibu mertua ku. "Ibu, Iman! Ariz kena balik pejabat la sebab ketua Ariz nak tengok laporan ‘post moterm’ yang program outstation hari tu. Maaf ya Iman sebab tak dapat nak berlama kat sini." Kata Hariz dengan nada kecewa, aku lepaskan saja pemergian dia dengan rasa sebal dihati. Sebal sebab ketua dia yang tak memahami, sedangkan waktu-waktu begini yang aku perlukan untuk dia berada disisi. Tak apalah lagipun bos dia akan bagi cuti dua bulan sebagai bonus perkahwinan kami. Pujuk hati ku sendiri.
Sejam selepas Hariz balik, aku dengan kawan-kawan makan tengah hari di kafeteria. Bercerita tentang kehidupan yang akan datang, kawan-kawan lebih banyak yang mengenakan aku, maklum sajalah selepas dapat ijazah terus kahwin. Itu kan rezeki aku, hanya itu yang mampu aku sangkal setelah puas mereka mengenakan aku. Waktu tengah makan itulah telefon aku berbunyi, panggilan dari Hospital Ampang Putri. Aku cuba beri tumpuan pada bicara seorang perempuan ditalian kerana fikiranku berserabut memikirkan apa yang hendak disampaikannya. Waktu berita yang disampaikan menjamah cuping telinga ku, aku rasa kafeteria tersebut macam terbalik. Sayup-sayup terdengar nama aku dipanggil.
"Ariz!!Ariz!! aku melaung bagai nak gila selepas tersedar dari pitam, kawan-kawan mengusung aku ke dispensari, semuanya dalam keadaan bingung melihat keadaan aku waktu itu, yang hanya keluar dari mulut aku, Hariz dah tak ada.....Hariz dah tak ada. Kawan-kawan cuba tenangkan aku dan beri aku minum air, aku memeluk salah seorang rakan ku sambil menangis semahu-mahunya.
Kaki aku kali ini bagai dipaku ke lantai, tak mampu aku nak jejak bilik itu. Kalau boleh aku mahu Hariz keluar dari bilik tersebut sambil tersenyum dan mengatakan "Maaf Iman sebab buat Iman risau." Tapi semuanya angan-angan yang tak akan menjadi kenyataan. Dari apa yang aku dengar, ibu dan Hariz terlibat dalam kemalangan sewaktu Hariz membelok untuk memasuki persimpangan Dataran Ukay, lori dari arah bertentangan memandu laju dan melanggar bahagian tepi kereta sehingga kereta yang dinaiki Hariz merempuh ‘divider’ jalan. Hariz hanya sempat menunduk dan menahan tubuh ibu disebelah manakala dirinya dihimpit bumbung kereta, tidak dapat aku bayangkan keadaan Hariz waktu itu dan aku tak sanggup nak membayangkannya Genggaman tangan mama aku kejapkan, hanya pada Allah aku serahkan untuk kuatkan hati ini. Aku menolak perlahan daun pintu dan terpandang sekujur tubuh dikatil, mahu sahaja aku menggongcang sekujur tubuh itu. Ya Allah, berat dugaan Mu saat ini. Raut wajah yang tenang itu aku pandang sepuasnya sementara diberi keizinan masa yang sekejap ini. Seboleh-bolehnya aku mahu mengikut Hariz saat itu juga, tapi aku tahu bukan itu permintaan terakhirnya untuk ratu hatinya nan satu ini. Aku sentuh pelipisnya yang tercalar, aku belai rambutnya yang separuh botak akibat pembedahan, biarlah sentuhan ini untuk kali terakhir. "Ariz! Iman tetapkan sehingga akhir hayat cinta hati Iman untuk Ariz." Air mata aku laju mengalir sambil tidak berhenti-henti aku menghadiahkan kepada arwah al-Fatihah.
Setelah jenazah arwah disempurnakan, aku di pimpin ibu Hariz, bakal mertua ku itu yang hanya cedera ringan di kaki kuat semangatnya kehilangan anak lelaki yang bakal memberinya seorang menantu, tapi hajat tersebut tidak kesampaian. "Ibu, walau apa yang berlaku sekalipun saya tetap akan jadi anak ibu." Hanya itu yang dapat aku luahkan dan kami menangis sambil berpelukan. Sepatutnya hari ini hari yang bersejarah buat aku dan Hariz tapi dengan keizinanNya, majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis talkin. Sebak dan pilu didada hanya Allah yang tahu, aku cuba tersenyum tatkala terpandang teman-teman arwah yang datang menziarah dan memandang aku sebagai ratu sehari yang hilang pengantinnya. Aku tertidur didalam bilik yang terhias indah. "Cadar warna krim sesuai dengan katil kita yang ala ‘Country’ tu, nanti ‘ratu’ Ariz nak beradu pun mesti lena punyalah." Aku belai cadar pilihan Hariz, lenjun sarung bantal dek air mata ku. Tidak lama selepas itu, terdengar ketukan di pintu. Dengan lemah aku membuka pintu itu, terjonggol ibu dengan bungkusan di tangan, katanya itu milik Hariz dan amanah terakhir sebelum meninggal supaya memberi bungkusan tersebut pada aku.
Aku duduk dibirai katil sambil memandang bungkusan tersebut, perlahan-lahan aku buka pembalutnya. Terdapat sebuah diari biru berkulit baldu dan berbentuk hati di tengah. Di dalamnya tercoret ungkapan daripada Hariz, aku tidak tahu bila dia membeli diari yang cantik sebegitu, mungkin sewaktu outstation dulu. Aku beri tumpuan pada isi dalamnya pula,
"Assalamualaikum ratu hati abang. Diari ni hadiah abang buat Iman, coretkan segala yang indah berlaku dalam diri Iman, luahkanlah apa yang Iman nak luahkan, diari ini ibarat diri abang yang sentiasa ingin bersama dengan Iman. Maafkan abang andai abang tidak mampu membahagiakan diri Iman, tapi abang cuba memahami hati Iman dan abang cuba jadi yang terbaik buat diri Iman. Ingin abang cipta detik-detik hidup bersama Iman, ingin abang bimbing Iman seperti yang diwajarkan dalam Islam dan ingin abang bina sebuah keluarga Islam yang berjaya bersama Iman. Abang tahu Iman boleh jadi isteri yang baik kepada seorang lelaki, isteri yang mampu memberi kedamaian dihati lelaki dan isteri yang menjadi rakan kepada lelaki. Abang mahu jadi ‘lelaki’ itu Iman. Itu impian abang. Andai jodoh kita hanya separuh jalan, ingatlah bahawa cinta abang kepada Iman hingga ke akhir hayat abangi...."
Yang menyintai mu , Mohd Hariz Zairi.
Iman rindukan Ariz, air mata ku gugur lagi untuk kesekian kalinya.
Hampir sebulan pemergian arwah, kehidupan ku sebagai pelajar master telah pun bermula tapi Hariz sentiasa bermain di fikiran aku tiap masa dan ketika. Cinta aku terhadapnya tetap utuh hingga ke mati, hanya itu yang mampu ku beri. Aku cuba damaikan hati yang kian lama berkocak merinduinya agar perasaan sedih aku ini tidak nampak di luar. Segala usikan, gurauan antara aku dan Hariz sentiasa tergambar di ruang mata dan bagaikan semalam ianya terjadi. Masih ku ingat kata-katanya sebelum berlaku kemalangan, "Iman, nanti masa bersanding kita ambil gambar Iman cium tangan Ariz pastu Ariz cium dahi Iman, mesti romantik gambar tu nanti." Semangat kata-katanya sambil menunjukkan aksi sekali. "Tengoklah nanti kalau Iman nak cium tangan Ariz tu, ntah-ntah bau sambal belacan ke apa ke, hilang selera Iman masa nak makan beradat nanti." Kataku dengan muka mencemik, Hariz tergelak sakan, bahagianya aku waktu itu melihat senyumannya. Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan.
"Di pusara ini ku sedia berdiri bersama doa-doa tak putus kuhulurkan itulah tanda kasih kasih yang sebenar wajah dan senyum mu sentiasa ku angankan aduhai sayang.."
Aku hayati lirik lagu yang dinyanyikan Azie ‘Kau Tetap Dalam Anganku’ air mata aku mengalir lagi. Sehingga kini aku tidak pernah lupa untuk menjejak Hariz di Tanah Perkuburan Islam Hasanah selepas pulang dari kuliah. Itu sahaja cara untuk aku hilangkan rasa rindu dihati, biarpun tidak dapat memandang alis wajah yang tenang memadai cuma dapat menemani dan berbual dengannya disini.....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnya cerita ni........