Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hai Elly .. bleh bknln? Aik? Sape plak yang hantar message nak berkenalan ni? Dah la salah hantar message. Kalau nak kenal dengan aku, tak apalah. Ini tak … Nak berkenalan dengan Elly? Elly mana pun aku tak tau. Aku geleng-gelengkan kepala. Apa aku nak buat sekarang ek? Time cuti sekolah ni boring gila. Nak keluar dengan kawan-kawan, semua balik kampung. Aku yang tak ada kampung ni selalu tertinggal sorang-sorang. Cian kat aku, kan … Maaf ye awk .. awk silap no ni .. sye bkn elly .. Dua minit lepas tu, aku dapat reply. Elly jgn la tpu .. klu x sudi, ckp je, sy x ksh .. Eh budak ni … Dah salah nombor nak kata aku tipu pulak. Aku gigit baru tau. Hisy, ape main gigit-gigit ni? Ikan jerung ke apa aku ni? Cmni la awk .. Awk check dl btul ke x no elly awk 2 sbb sye ni mmg bkn elly. Sye x knl die pun .. Lepas aku hantar message tu, dia tak balas. Aku dengan malasnya pun pergi ke ruang tamu. Daripada aku layan orang yang aku tak kenal, baik aku tengok CSI. Boleh jugak aku layan feeling tengok my hero … Siapa lagi kalau bukan Horatio Caine? Memang la H dah tua tapi aku suka sikap dia. Caring betul. Dengan mata kuyu dia tu, alahai … Lemah semangat aku dibuatnya. He he. Kalau mama tau aku admire H, mesti mama gelakkan aku. Mama selalu kutuk H. Mama kata H dah tua. Eleh, macam la mama tu tak tua. Tapi kalau aku cakap macam tu, mesti mak cakap, tua-tua pun maintain ayu. Wekk! Aku jahat, kan? Pukul 12 tengah malam barulah aku masuk bilik. Mama dan papa dah dua hari tak balik. Mama ikut Papa outstation kat JB. Aku nak ikut, mama tak bagi. Mama kat bagi chance dia nak honeymoon dengan papa. Alaa, kalau aku ikut pun, bukan aku nak tidur satu bilik dengan depe. Aku tidur la bilik sorang-sorang. Macam la aku ni budak kecik. Huh! Tau la apa aku nak buat bila mama dan papa balik. Masa depe nak bertolak, aku dah bagi list barang yang aku nak. Terbeliak mata mama tengok. Padan muka! Sapa suruh tinggalkan anak manja dia ni sorang-sorang? Actually bukan la sorang-sorang pun. Mak Lia ada temankan aku tapi kerja Mak Lia pun setakat kemas rumah, masak untuk aku. Lagipun malam ni Mak Lia tak sihat. Lepas Isyak je dia dah tidur. Takkanlah aku nak kacau, kan? Aku check handphone. Ada message. Oops sowie awk .. Sy mmg slh no. Hi2. Jgn mare ye awk .. So sbgai tnde minte maaf, ape kate awk bknln dgn sy? He2. Sewel apa budak ni? Dia yang salah, aku yang kena berkenalan dengan dia. Apahal pulak? Ni aku tak puas hati ni! Eh2, nape sye yg kene knl ngn awk lak? Tak sampai seminit, dia balas message aku. Mak aihh … Cepatnya taip message. Ala, bleh la wk .. ape slhnye bknln, kn? Sdgkn de hadis yg srh kite bknln tau? X tau? Meh sy bgtau .. He2. Eleh, klaka sgt la 2 .. Awk org mne? Dan lepas tu aku message la dengan budak yang tak bernama ni. Entah macam mana aku boleh lupa nak Tanya nama dia pun tak tau. Pukul empat pagi bila mata aku ni dah tak tahan nak terbuka, barulah aku stop message. Itu pun bila bangun, tiga message dia hantar. So, macam tu lah perkenalan aku dengan Al-Hafiz. Dia orang Perak. Umur sebaya dengan aku. Dia kelakar orangnya. Actually lawak-lawak bodoh yang dia selalu bagi tu tak la kelakar sangat tapi aku ni pun gile-gile remaja, so aku selalu gelak. Selalu jugak dia sound bila aku gelak. Dia kata aku gelak macam pontianak. Cis, kurang asam! Dia selalu pesan aku supaya gelak cara ayu. Camne la gelak cara ayu tu ek? Yang tutup-tutup mulut bila gelak ke ek? Ahh! Lecehlah! Al-Hafiz layan je apa yang aku cakap, tu yang best tu. Bila time aku nak menggedik dengan dia, dia layan je. Bila aku sedih, bad mood atau frust, dia akan Tanya satu soalan je."Nak sye tmnkn ke?" Kalau aku cakap tak nak, dia akan cakap"Ina rehat la. Klu bleh, jgn pk sgt. Klu x ok lg, ingt ALLAH k.." Kalau aku nak dia temankan, teka apa dia buat? Call terus! And he makes me happy! Sweet tak dia? He he. "Papa dan mama akan bawa Ina holiday cuti ni. Tapi tak jauh. Kita pergi Pulau Pangkor." Aku yang dinner ngan papa dan mama kat Pan Pacific Hotel sikit lagi nak tersedak. Apa mimpi nak bawa aku holiday ni? Oo .. ni mesti kes menyesal sebab tak bawak aku pergi JB. Mesti dia tak nak menyesal sebab kena beli banyak souvenir untuk aku. Berjaya jugak ek taktik aku tu? Wait a minute … Holiday kat mana tadi? Pangkor? Pangkor dekat dengan Pantai Remis, kan? Boleh tangkap remis, lepas tu kita panggang, kan? Bukanlah! Isy, kalut betul aku ni! Yang penting, Pangkor dekat dengan Pantai Remis, kan? So … dekat la dengan rumah Al-Hafiz, kan? Kan? Al-Hafiz tak tau pun aku holiday kat Pangkor. Aku pun tak tau kenapa aku tak bagitau. Maybe sebab aku takut nak jumpa dengan dia walaupun Al-Hafiz ni baik. Kadang-kadang bila aku jalan-jalan kat pantai, aku terbayang kalau Al-Hafiz terjumpa aku kat sini. Tapi kalau fikir logic, tak mungkin dia akan jumpa sebab dia tak pernah tengok aku pun. Yup, aku tak pernah mms gambar aku. Dia pun tak pernah nak mintak. Tapi dua hari sebelum aku balik, aku bagitau Al-Hafiz yang aku ada kat Pangkor. Mula-mula dia tak percaya tapi bila aku cakap tak tipu, dia terus call! "Sampai hati Ina tak bagitau saya! Kenapa tak bagitau saya awal-awal?" Aku rasa Al-Hafiz marah sebab bila aku jawap je phone call dia, aku terpaksa jarakkan handphone Nokia N93 aku dari telinga. Nak pecah telinga aku! Ade ke menjerit dalam phone? "Sory la awak. Saya tak sure …" "Ina kat mana? Saya datang sekarang!" Al-Hafiz mendesak. Budak ni … nak paksa aku pulak. "Fiz …" "Ina, please … Bila lagi kita nak jumpa?" Setengah jam kemudiannya aku pun terpacak la kat tepi pantai. Berdebar-debar aku jadinya. Aku pandang kiri kanan, tercari-cari mana Al-Hafiz. Masa tu, aku terasa macam semua budak lelaki yang ada kat situ Al-Hafiz. "Ina pakai baju apa?" Al-Hafiz call aku. "Blouse pink, slack cream. Awak kat mana ni?" "Yang pakai tudung pink bunga-bunga ek?" Eh! Suara ni bukan dari phone. Oh no … jangan-jangan dia kat belakang? Aku pun pusing la dengan slow motionnya pun pusing ke belakang. Al-Hafiz ke depan aku ni? Cutenya dia!! Sekali pandang, macam Won Bin pun ada! Aku nak describe dia pun aku tak reti … Chinese-look, tinggi, kurus, hidung mancung, kening tebal, rambut terpacak … pe lagi ek? Yang penting, bagi aku, dia cute! "Dah round habis ke Pangkor ni?" Aku ni pun satu. Terkedu sampai tak boleh nak cakap. Aku just geleng. Yang aku tau, setengah jam lepas tu, aku ikut dia pergi jumpa mak dia. Percaya tak? Ripleys believe or not? Believe it. He he. Seriously. Aku pun tak tau macam mana dengan senangnya aku boleh ikut dia. Entah apa yang dia fikir pasal aku, kan? Mesti dia fikir aku ni senang ikut lelaki, kan? Tapi bukan macam tu … Aku percayakan Al-Hafiz. Lebih dari percaya … Agaknya sebab aku dah sayangkan Al-Hafiz. Bukan lepas aku jumpa dia tapi sebelum tu lagi. Cara dia yang caring, yang baik tu lah buat aku sayang sangat dengan dia. Dulu aku pernah ada kawan macam Al-Hafiz. Masa tu aku form 2. Nama dia … Khuzairy. Aku dengan dia rapat sangat sampai kena gossip yang aku couple dengan dia. Tapi aku bukan couple dengan dia walaupun Khuzairy macam Al-Hafiz jugak. Tapi satu hari, Khuzairy tinggalkan aku macam tu je. Aku ulang … macam tu je. He doesn’t say a single word! Dari kawan dia, aku dapat tau yang Khuzairy dah ada awek. Perasaan aku? Bengang, frust, dikhianati? Macam-macam ada … Cuma sebab perempuan yang baru dia kenal seminggu dua, dia tinggalkan aku macam tu je? Aku setengah mati fikir apa salah aku kat dia sampai dia buat macam tu. Lama jugak la aku frust. Aku sayang sangat dengan Khuzairy. Tapi Khuzairy dah ajar aku. Jangan sesekali rapat dengan lelaki yang sukakan perempuan lain. Sama la macam Al-Hafiz. Tak kira macam mana rapatnya aku kat dia, tak kira macam mana sayangnya aku kat dia, kalau dia dah ada awek, aku akan tinggalkan dia. Aku tak rela jadi macam dulu lagi. Aku tak rela kena tinggal macam tu je. Aku bahagia sangat kenal dengan Al-Hafiz sampai aku tak sedar yang one day aku kena berpisah jugak dengan dia. Ina ingt x cmne kte knl dl? Ingt. Fiz slh msg, kn? Fiz nk ngort som1 ni tp slh no .. Die dh trime fiz! Die? Sape? Girl yg fiz nk ngort tu la .. elly nme die .. Mksdnye .. fiz couple ngn die ke? A ah. Bhgienye!! Time aku baca message Al-Hafiz, aku tak tau kenapa air mata aku mengalir. Aku jadi blurr, tak tau macam mana nak balas message dia. Mood aku yang baik time tu sebab papa janji nak belikan kereta kalau aku dapat masuk U terus hilang. Tapi aku sedar apa yang aku kena buat. Aku kena tinggalkan Al-Hafiz. I’m hepy 4 u, fiz. Fiz jge die elok2 tau. Dh pnt2 ngort, jgn nk men2kn prsaan die tau. Ina doakn fiz hepy ngn die. Fiz, ngntk la. Ina msk tdo dl ek. Nite. Ina syg fiz. Askum. Itu la message last aku untuk Al-Hafiz. Sebenarnya dia merajuk bila aku cakap nak tidur. Tapi aku tak balas. Aku tak pernah balas message Al-Hafiz. Semua phone call dia aku tak pernah jawap. Banyak message yang dia hantar tapi aku buat bodo je. He he. Aku bukan buat bodo sebenarnya .. Tiap kali dia hantar message, aku mesti menangis. Aku rindukan dia … Rindu sangat … Tapi dia dah ada orang lain … Aku tak nak satu hari nanti dia tinggalkan aku sebab dia dah tak perlukan aku … Tuhan, kuatkan hatiku! Lepas sebulan, aku buang nombor handphone lama aku. Aku dah tak sanggup dapat message dari Al-Hafiz. Tiap-tiap hari dia akan hantar message, tanya kenapa aku buat dia macam tu. Pernah jugak dia cakap yang walaupun dia couple, aku tetap kawan dia. Dia cakap dia takkan tinggalkan aku. Tapi tu bukan masalahnya. Aku yang tak boleh nak kawan dengan dia. Aku takut nak kawan dengan dia lagi. Aku takut dia akan buat macam apa yang Khuzairy buat kat aku. Puas aku menangis bila Al-Hafiz cakap macam tu tapi aku tak boleh. Al-Hafiz bukan milik aku, walaupun sebagai kawan. Almost tiap malam aku mesti menangis. Aku rindu Al-Hafiz. Rindu nak dengar suara dia, rindu nak message dengan dia, rindu nak ketawa dengan dia, aku rindu semua pasal dia! Walaupun cuma sekali jumpa, tapi aku sedar feeling aku yang sebenarnya. Aku dah jatuh cinta sebelum aku jumpa Al-Hafiz lagi. Tapi Al-Hafiz tak cintakan aku. Dia tak pernah rasa apa yang aku rasakan. Hidup aku rasa kosong sangat lepas aku tinggalkan dia. Bila aku happy, aku tak boleh nak bagitau sapa-sapa. Bila aku sedih, aku tak ada tempat nak mengadu. Dulu pernah Al-Hafiz buat-buat merajuk dengan aku. Alaa .. asyk ina je yg majuk. Kali ni fiz nk majuk, ina pjk. Sng je. Fiz amek gule2 ni, jgn majuk lg ye bucuk … Fiz x ske gule2, nnt skt gg. Ala comelnye die. Cm bdk umo 3 thn lk. Hehe. Jgn la mjuk .. Klu comel, fiz nk mjuk lg la.. Eh x .. buruk btul org tue mjuk tau. Nnt xde girl yg nk ngn fiz. Bjg la fiz smpi ke tue. Biar la xde org nk pn. Nnt fiz pinang la ina, kwin ngn ina je. Sape nk kwin ngn fiz? Prsn! Tau la kite x encem, spe la yg nk, kn .. xpe la, majuk lg la .. Dh la syg .. jgn majuk lg ek? Pleaseeee ... Syg? He2, tgode fiz dgr ina pggl syg.. Gtl! Ni fiz nk mjuk lg ni.. Majuk la sorg2. Ina mls nk lyn, ngntk. Btul xnk pjk? Nite syg .. Ina? Tersengih sorang-sorang bila aku ingat time tu. Al-Hafiz yang kena pujuk aku balik! Punyalah susah dia nak pujuk. Dia kata kalau aku jadi awek dia, kena belajar sastera sebab nak kena meng’ayat’ aku dulu. Ha ha. Aku memang manja orangnya. Nasib dialah kenal dengan aku. Tapi semua tu dah berlalu. Aku akan tetap kenang Al-Hafiz walaupun dia mungkin akan lupakan aku. Dan aku tetap sayangkan Al-Hafiz walaupun mungkin aku takkan jumpa dia lagi. Air mata, kenapalah kau mengalir?
Phew! Tahniah untuk diri aku sendiri! Pandai jugak aku ni sampai dapat masuk UTM. Hehe. Selamat la aku sempat tersedar sebelum SPM dulu. Kalau tak, agaknya aku mesti tengah tolong ayah kerja jadi buruh binaan. Tak pun aku kena jadi nelayan macam yang aku selalu buat time cuti sekolah dulu. Tu la, dulu mak cakap jangan sibuk bercinta sangat sampai tertinggal study, aku degil. Sibuk sangat fikir pasal awek sampai failed trial SPM. Masa tu, semua cikgu terkejut. Ye la, pelajar harapan sekolah (perasan la pulak aku) failed SPM, siapa yang tak terkejut? Semua ni sebab Ina … Budak perempuan yang aku kenal bila aku nak ngorat awek aku, Elly. Lepas SPM aku putus dengan Elly. Aku pun tak tau kenapa aku tinggalkan dia padahal Elly tak buat apa-apa salah pun dengan aku. Dia tak macam Ina yang kuat merajuk, lepas tu susah nak pujuk. Elly tak macam tu. Jarang dia nak merajuk and senang je nak pujuk dia. Elly tak macam Ina yang gelak macam pontianak. Dia sopan. Bila bercakap pun, lemah lembut je. Elly tak macam Ina yang … jap, Ina comel jugak tapi Elly lagi cantik. Sedap mata memandang, sedap telinga mendengar, sejuk hati aku jumpa dengan dia. Elly baik sangat. Tapi aku tinggalkan dia. Aku ingat lagi dia menangis bila aku nak tinggalkan dia. Aku rasa aku jahat sangat. Tak patut aku buat dia macam tu. Tapi aku tak nak tipu dia lagi. Aku tak pernah jaga perasaan Elly. Semuanya sebab Ina yang aku cuma pernah jumpa sekali je. Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni. Lepas aku couple dengan Elly, Ina tinggalkan aku. Dia pergi macam tu je. Aku tak tau kenapa! Aku message dia hari-hari, call dia hari-hari tapi dia tak pernah jawap. Sebulan lepas tu, aku langsung tak boleh contact dia. Aku pernah terfikir maybe handphone dia hilang, tapi aku still boleh contact dia sampai sebulan. Kalau hilang, paling lama pun lima hari, mesti battery dah mampus, kan? Lagi pun, kalau handphone dia hilang, takkan dia tak cuba nak contact aku? Takkan dia tak ingat nombor phone aku? Ke aku ni tak penting untuk dia sebab tu dia tak pernah ingat nombor aku? Entah la. Yang aku tahu … Ina pergi macam tu je. "Kenapa kau buat Elly macam tu, Fiz? Tak kesian ke dengan dia?" Pernah sorang member aku yang suka menyibuk ni tanya. Aku terdiam. Aku bukan tak kesian dengan Elly. Aku sedih tengok dia menangis tapi aku lagi sedih kalau aku terus tipu perasaan dia, terus main-mainkan perasaan dia. Aku tau aku kejam tapi aku yakin Elly akan jumpa lelaki yang lebih baik dari aku. Bila aku dah masuk UTM ni, dah dekat setahun aku lost contact dengan Ina. Setahun tu lama tapi aku tak pernah lupakan dia. Bila aku keluar dengan kawan-kawan, memang aku akan lupakan dia tapi bila aku duduk sorang-sorang kat tepi pantai, kat dalam bilik … Aku mesti rindukan dia. Aku dah cuba yang terbaik untuk lupakan dia tapi aku tak boleh. Apa-apa je yang aku buat mesti aku kaitkan dengan dia. Katakan aku tengah dengar radio lepas tu dengar lagu 3 Malam Tanpa Bintang, mesti aku teringat kat dia. Sebab dulu aku pernah nyanyi lagu tu untuk dia. Ina gelak kuat bila aku nyanyi. Dia kata suara aku tak sedap tapi dia suka dengar. Bangga aku, hehe. Tak pun kalau aku makan kat luar, kalau aku nampak menu kuetiow goreng, mesti aku teringat kat dia sebab Ina suka makan kuetiow goreng. Aku ingat lagi masa dia datang rumah aku, mak aku kebetulannya tengah masak kuetiow. Suka betul dia. Mak pun rindukan Ina. Sebelum Ina balik, mak aku punyalah berpeluk, cium pipi Ina macam la dia dah kenal Ina lama. Aku tak tau kenapa aku happy sangat dapat bawak Ina jumpa mak. Bila mak kata dia suka Ina, aku lagi la happy. Mak macam dah setuju aku dengan Ina, hehehe. Mak selalu kirim salam kat Ina tapi aku tak dapat tunaikan lepas Ina tinggalkan aku. Aku terpaksa tipu mak yang Ina sihat, yang Ina rindukan mak, yang Ina kirim salam. Aku nak mak happy. Maafkan Hafiz, mak … Anak mak ni dah kena tinggal dengan Ina … Minggu terakhir kuliah sebelum final betul-betul buat aku sesak nafas. Mana dengan test, mana dengan assignment yang belum siap, mana dengan final exam yang tinggal seminggu lagi. Sakit kepala aku dibuatnya. Itulah, sapa suruh sibuk sangat chatting dalam system elearning? Kat UTM ada system chatting untuk student. Sebenarnya chatroom tu bukan untuk chatting tapi biasalah kalau kita salah guna benda tu, kan? Lagipun apa salahnya berkenal-kenalan dengan student UTM gak? Manalah tau boleh bincang untuk study, kan? Hehehe. Aku hantar message kat sorang budak ni. Dah lama gak aku chatting dengan dia tapi aku tak pernah kenal dia. Bila aku mintak nombor phone, dia tak nak bagi. Dia kata dia dah serik nak message handphone dengan lelaki. Bila aku tanya kisah di sebalik serik dia tu, dia tak nak bagitau. Aku geram betul dengan minah sorang ni tapi sixth sense aku kata, aku nak sangat kenal dengan dia. Dia selalu wat bodo dengan aku. Aku punyalah excited nak message dengan dia, tapi dia just balas, ok, ntah la .. agaknya .. Boring tau tak?? Tapi aku ni pun satu. Dah tau dia boring, aku tunggu jugak dia ni. Aku degil, kan? Sama macam pasal Ina. Ina dah tinggalkan aku tapi aku tunggu jugak dia.
Nape awk xnk kwn rpt ngn laki? Klu sye gtau pn bkn awk fhm .. Awk ni kn .. blum gtau tp dh ckp cm2. kcik ati sy tau x? Xtau pn. Slame ni ati awk bsr ke? Hehehe. Tgk .. org serius die men2 lak .. gtau la sy .. Cte sy ni pjg la wk .. mls nk cte .. Pendekkn la .. alaa rjn2 kn la .. bkn wt pe pn .. taip je .. Sy dh prnh kne tggl ngn kwn sy sblm nie .. Pjgnye cte awk 2 .. A ah. 2 je la ctenye. D end. Mrh ke? Sory la wk .. tp xkn 2 je sbbnye? Sbb 2 sy ckp awk x fhm. Dh la, mls la. Tkr topic je. Xnk. Sy nk ckp gk. Ckp la sorg2. I don’t care. Sy pn prnh kne tggl. Die x ckp pe2 pn kt sy sblm die prgi. Smpi ari ni sy t’tnye2 nape die buat sy cm2. Die msti ade sbb yg kuat utk buat mcm 2. X kire ape pn sbbnye, sy kne tau gk .. Mgkn die dh prnh kne tggl sblm ni, sbb 2 die tgglkn awk. Awk prnh tgglkn sape2 ke? Prnh … Nape awk tgglkn die? Sbb sye xnk die tgglkn sye. Whatt?? Alaa klu sye tgglkn die pn, sye tau die bhgie .. Mane awk tau sdgkn awk tgglkn die? Sye tgglkn die bile die dah ade someone slen sye. Die xkn rase ape2. Mane awk tau die x rase ape2? Awk kejam tau x? Kenapa plak?? Awk jadikn cerita lama awk sbgai sbb utk awk lukakan org len. Awk pendendam! Sye dh agk yg awk xkn fhm. Buang mse je sye ckp ngn awk. Bye!
Itulah first time aku bergaduh dengan orang yang aku tak kenal. Tapi aku still nak kawan dengan dia. Aku hantar message kat dia tiap-tiap hari sampai la satu hari dia balas. Dia mintak maaf. Dia kata dia tak boleh nak terima apa yang aku cakap tapi bila dah fikir masak-masak, ada betulnya apa yang aku cakap ni. Mungkin betul dia pendendam, dia cakap. Tapi aku faham. Dia bukan pendendam. Dia Cuma tak nak perkara yang sama berlaku dua kali kat dia. Kalau aku pun mungkin aku akan buat macam dia. Aku pun tak tau kenapa tapi lepas dia bagitau sebab dia tinggalkan kawan dia tu, aku terasa mungkin itulah sebab Ina tinggalkan aku. Mungkin sebab masa tu aku dah ada Elly jadi dia rasa dia dah tak diperlukan. Tapi bukan macam tu. Walaupun aku ada Elly, aku still nak jadi kawan dia, aku nak dia jadi kawan yang aku boleh share segalanya. Dengan Elly, aku jadi terbatas. Aku tak dapat nak bagitau dia semua perkara sebab aku takut dia pandang aku lain macam. Aku nak Ina yang boleh memahami aku. Aku nak Ina … Aku cintakan dia ... Tapi sekarang aku nak sangat kenal dengan budak yang nama Sarina ni. Yang aku tau dia student civil engineering. Aku dah tanya kawan kepada kawan aku pasal budak ni. Dia kata Sarina ni cun jugak orangnya. Awal-awal masuk dulu, budak section dia cuba nak mengorat tapi dia tak terima. Dalam kelas dia pendiam tapi kalau dah kenal dia, memang dia ok je. Satu hari yang indah tu, aku dengan rajinnya pun pergi library. Kononnya nak cari maklumat pasal assignment padahal first thing aku bukak, mesti la e-learning. Lepas tu … Huh! Sarina online! Nasib aku baik betul hari tu. Tak banyak student tengah ada kat lab. Aku pun pergi kat kaunter. Kat situ ada banyak kad matrix student tapi tak ada nama yang nama Sarina.
Hai awk .. online kt ne 2? Hai … kat lab klj … awk?
Lima minit kemudiannya aku ada kat dalam lab kolej. Aku duduk kat computer yang paling belakang. Boleh aku usya orang yang tengah online. Kat belakang aku ada sorang budak perempuan tapi dia duduk membelakangkan aku and dia tak bukak elearning. Macam cun je awek ni? Hehe. Bila aku duduk je, aku terbau perfume budak perempuan tu. Wanginya dia … Dia pakai perfume Poison ni … macam bau … Ina … Adoi aku ni .. Tension la wehh … Semuanya pasal Ina! Ina, Ina, Ina! Tak letih ke aku ni?? Tapi aku ingat lagi Ina pakai perfume ni sebab aku pernah tanya dia dulu. Aku online balik tapi Sarina dah offline. Lima minit aku tunggu tapi Sarina tak online lagi. Dengan perasaan bengang, aku pun dah ready nak keluar tapi tiba-tiba handphone budak perempuan kat belakang aku bunyi. Lagu 3 Malam Tanpa Bintang! "Assalamualaikum. Ya ma …" Budak perempuan tu bersuara. Eh, suara ni … Macam kenal … Hati aku berdebar kuat. Suara nilah yang aku rindu selama ni. Tiba-tiba je aku terasa macam nak menangis. Control weh, control macho! Ape barang lelaki nak menangis? "Minggu ni … Ina tak sure lagi la ma. Kawan kata nak siapkan assignment minggu ni." Ina?? Aku pusing belakang. Budak perempuan tu tengah cakap dalam phone. Aku tengok web page yang dia tengah buka kat computer. E-learning! Eh, itu gambar Shin Chan aku! Kat sebelah Shin Chan tu kan gambar teddy bear Sarina? Ina …? Sarina …? Jantung aku rasa macam nak tercabut bila aku cuba tengok muka perempuan tu. Mungkin ke orang yang selama ni aku tunggu sebenarnya ada depan mata aku sekarang ni? Mungkin ke dia orang yang aku fikirkan selama ni? Aku dah bercakap dengan orang yang aku rindukan selama ni? Ya ALLAH! "Ina?"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm best cite ni...sayala ina tu..huhu