Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Hah! Awak dengan dia ke sekarang ni?" teriak sepupuku. Aku separuh terkejut mendengarnya. Apa pulak dia ni. Tiba-tiba je. " Pesal lak ni.Cuba cakap elok-elok. Ni terus-terus je nak marah". Sambungku. " Awak cakap betul-betul dengan Kak Ngah. Awak sekarang couple dengan Man kan?" soal sepupuku yang mesra dengan panggilan Kak Ngah.Dari kecil lagi hubungan kami melebihi dari persaudaraan. Kami sudah diibaratkan seperti adik beradik. Membesar bersama-sama. Dia sudah seperti kakak kandungku. Tempatku bermanja. Aiseh man. Macamana la pulak dia boleh tahu ni. Mati aku. Aku menggaru kepalaku yang sejujurnya tidak gatal. "Hmm..macamana Kak Ngah tahu ni..Hmm..bukan saya saja-saja tak nak cerita dengan Kak Ngah tapi Kak Ngah dengan Abg Jimmy kan macam tak suka dengan Man. Sebabtu saya takut nak bagitahu". Laju saja aku berbicara membela diri. "Dah tahu Kak Ngah tak suka Man tu, kenapa awak couple dengan dia jugak? Dah lah,terpulanglah pada awak, itu hak awak. Awak bukan budak-budak, pandai nak memikirkan masa depan awak. Kak Ngah tak nak campur urusan awak tapi Kak Ngah taknak adik Kak Ngah terluka. Kak Ngah kenal sangat Man tu. Bertahun Kak Ngah kenal dia. Dah masak sangat dengan perangai dia". Kata Kak Ngah seraya berlalu ke dalam biliknya. Gu lp! Marah betul minah sorang ni. Pesal la dia reject boyfriend aku. Selama ni aku tak pernah pun reject boyfriend dia malah kawan-kawan dia turut menjadi sahabatku.
Khairul Azman Nasir atau lebih mesra dengan panggilan Man. Salah seorang rakan Kak Ngah ku. Bertugas sebagai Executive Pemasaran di sebuah syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Dia mempunyai paras fizikal yang sangat sempurna.Kalau nak diikutkan, aku ni kira beruntung jugak sebab Man pilih aku untuk menjadi kekasihnya sedangkan aku takdelah lawa sangat, kerjaku memanglah Executive juga sama seperti dia, tapi gaji dia boleh kali lima gaji aku. Mana tak nya, dia kerja dengan well-known company,aku pula di sebuah syarikat swasta bumiputera yang terlalu banyak politik dalam kepimpinan syarikat.Golongan bawahan ditindas untuk menaikkan lagi golongan atasan.
Cerita pasal Man, dia ni agak 'nakal' dikalangan 'member-member' die. Sebagai Executive Pemasaran, sifat sosial dia boleh dikategorikan di gred pertama. Aku memahami kerjayanya walaupun kadangkala aku bosan dengan tabiat sosial nya yang melampau. Mungkin kerana keterujaan aku memilikinya membuatku alpa dengan sifat sosialnya yang semakin hari semakin menjadi-jadi.Itulah sebabnya Kak Ngah dan Abg Jimmy iaitu abang angkatku yang juga adik angkat Kak Ngah, tidak berapa gemar dengan Azman. Azman memang hebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan sepejabatnya. Sifatnya yang 'kaki perempuan' membuatkan dia merasa hebat. Tambahan, rakan-rakan perempuannya ramai dikalangan pramugari-pramugari yang betubuh langsing lagi menggiurkan. Namun, percaya atau tidak, aku tidak pernah menyalahkan dia apabila dia bermalam bersama mana-mana wanita itu dan aku merelakan dia melakukan perbuatan terkutuk itu bersama wanita lain. Aku sangat bersyukur kerana Man tidak pernah meminta apatah lagi berkeras memaksaku untuk menyerahkan 'mahkotaku'.
" B taknak D bagi kat B semua yang D ada sebab B taknak D jadi sama macam perempuan-perempuan lain yang ada dalam hidup B. D lain. D special. B nak D jadi isteri B. So, yang tu kita simpan bila kita dah sah jadi suami isteri ye sayang. Lagi satu, B sebenarnya dah bosan hidup macamni. B pun ada agama, ada pegangan gak walaupun dah lama sangat terpesong. D, kalau satu hari B berubah jadi lagi baik dari sekarang, D nak terima B tak? B banyak dosa, D. Tapi B janji, B akan berubah. D tolonglah bimbing B. Please sayang. B love D sampai bila-bila". Bila teringatkan janji dia untuk berubah, aku tabahkan hati. Aku percaya dia akan berubah. Itulah doa ku setiap kali aku bersujud di dalam solatku. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Hanya ALLAH S.W.T yang tahu betapa sayangnya aku padanya.
D. Itulah panggilan manjaku ketika bersamanya. " D is stand for Darling. And B is stand for Hubby. Comel tak sayang?" katanya saat aku menjawab persoalan dia untuk memiliki hatiku 2 bulan yang lalu. " Nape D? Nape tak Darl ke Ling ke?" soalku. " Sebab Darl and Ling tu dah common sangat la sayang. U kan special. So, sbb tu I nak something different, something unique, and something special for my special one".jawabnya sambil tersenyum padaku. Senyumannya itu mampu merobohkan tembok hati mana-mana perempuan di dunia ini. Aku berani cabar mana-mana perempuan yang tidak cair pada senyuman manisnya itu. " Iyelah sayang. Mana-manalah". Jawabku dan terus tunduk malu. "Sayang, lama I tunggu U tau.Dari last year lagi. Masa kita baru-baru kenal dulu U punyalah sombong. Selalunya perempuan tergedik-gedik bila I kenyit mata. At least pon ada lah senyum ke ape ke. U tak. Boleh plak U tanya mata I sakit ke. Masa tu bukan mata I yang sakit, hati I yang macam nak pecah tahan marah campur malu. Heee..malu nya kalau ingat-ingat balik. Geram sangat I dengan U sayang. Tapi tu lah sebabnya keinginan I kuat untuk memiliki U. My heart dah pilih U. So, tahniahlah sebab hati saya nak pilih awak yer Cik Ira. Hahahahaha...." ketawanya. "Perasan la U. Dah sah-sah masa tu I dah ada boyfriend. Takkan I nak tergedik-gedik lak kat U.Takde sebab la nak tergedik-gedik dengan orang yang I baru kenal and gatal pulak tu". " Eleh, gatal-gatal i pun ada gak orang nak tau. Wek !" " Siapa yang nak?" soalku. " My D". jawabnya bersahaja.
Nakal. Kau memang nakal sayang. Tapi kenakalan itulah yang berjaya membuka pintu hatiku sayang. Walaupun ramai yang pernah bertakhta di dalam hati ini, namun aku tak tahu kenapa apabila dengan kau aku rasa lain. Lain sekali. Sangat berbeza. Kau berbeza B.
" Adik !! Apa ni? Kenapa buat macamni? Adik tau abang dan Kak Ngah sayang sangat kat adik. Kita dah janji jadi adik beradik sampai bila-bilakan? Tapi kenapa adik buat macamni?? Jawab la Adik kenapa diam?" soal Abg Jimmy bertalu-talu. " Abang tak peduli bos Adik nak marah ke apa ke, Abang datang sekarang gak office Adik. Kita keluar lunch harini and U owe me an explanation!" Eii.. tak sempat aku nak jawab apa-apa. Dia dah letak. Mampus aku hari ni. Jadi 'itik gantung' la aku. Kak Ngah lak tak nak cover aku la. Abg lak kalau dah mengamuk tak ingat dunia. Adoi! Mati aku ni. Tiba-tiba aku jadi takut untuk berhadapan dengan Abg Jimmy, bukan kerana takut boss tak mengizinkan aku keluar pada pukul 11.55 pagi ni, bos aku pun takde harini. Cuma aku takut sangat kalau dibuatnya Abg 'naik hantu', confirm tempah nesan aku hari ni. Kain kapan tak beli lagi ni. Adess! melalut la pulak aku ni.Superman help! Ayoyoyo..apa aku nak buat ni? Kak Ngah!
"Hello, Kak Ngah?" " Yup, Nape dik?" " Kak Ngah, Abg mengamuk ni. Macamana ni Kak Ngah? Adik cuak la. Buat nya dia jadi macam Padayyappa ke. Mati adik Kak Ngah ni". Kataku " Hahahaha..takde la dia jadi Padayyapa tapi jadi Sivaji je. Hehehehe. Okey. Macamni la. I will slow talk to him. Boleh tak my sis?" "Ok Kak Ngah.Thankx but ada benda yang saya nak tanya sangat,boleh tak kalau Kak Ngah bagi jawapan yang jujur?" "Yeah sure. Anything for U sis. What is it?" "Kenapa Kak Ngah and Abg Jimmy benci sangat Azman? Ape salah dia? Bukan ke korang dulu baik and rapat.Plus dia housemate Abg Jimmy lak masa korang study kat U.K sampai lah sekarang. Kenapa korang tak suka dia? Abg Johan yang tunang Kak Ngah pun suka dengan dia.Ok je diaorang." keluhku. Tunang Kak Ngah ku, Abg Johan tidak mempunyai sebarang masalah bila mengetahui aku ‘couple' dengan Azman, tetapi tunangnya iaitu Kak Ngah dan Abg Jimmy selaku abang angkatku yang marah malah langsung tidak mahu menyokong perhubungan kami.Letih la macamni……… "Kak Ngah taknak jawab soalan awak tu.Hmm..Oklah,boss panggil ni.Nanti kita sambung ek dik. Pasal Jimmy tu adik jangan risaulah. I'll talk to him. Ok. Cya sis. Take Care. Bye!" Huh! Boss panggil konon. Blah la. Pe la masalah korang ni hah. Sukahati aku la nak bercinta dengan siapa. Bukan mintak duit korang pun. Semak je la korang ni.Hish..Kalau la aku dapat luahkan apa yang terkandung diisi hatiku kat diaorang..........Adessss...
Ringtone lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain kedengaran menyedarkan aku dari kemarahan. Aku tersenyum melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitku. " M.Y.S". M.Y.S adalah singkatan untuk Mimpi Yang Sempurna. Bagiku, Khairul Azman adalah mimpi yang sempurna. Kehadirannya dalam hidupku telah melengkapkan segala-galanya. Hidupku kini lebih sempurna bila aku bersamanya. " Hello sayang". " Hi B. B kat mana?" " B kat office. D, ada benda B nak bagitahu D. Nanti balik kerja B ambil D ek. Tapi dalam pukul 6. Boleh tak?" "Hmm.. Okey jer. Hmm..B, harini Abg Jimmy ajak D lunch dengan dia. Dia dah tahu yang kita ‘couple'. Dia macam marah je. D takut la B. Macammana ni?" "Okey. D nak B join sekali?" "Tak payah la sampai macamtu. Nanti lagi tambah kemarahan dia. B macam tak kenal Abang tu. Kalau dia dah mengamuk tu dia bukan kira siapa ada. Takpelah, biar D try setel kan dengan dia dulu. Nanti D janji, D cerita apa jadi ek. Okey la B, ni ada call masuk ni dari Abang, D pergi dulu ye sayang. Nanti kita sambung ek. Bye. Love u so much.Muah!"
"Abg bukan nak marah Adik. Tapi Adik tahu kan Abg dah cakap dari awal lagi. Apa ni dik, dulu Abg tengok Adik macam menyampah je dengan dia. Tup tap Adik dah couple dengan dia. Dah berapa lama dengan dia??" " Baru 2 bulan". Jawabku lemah. "2 bulan??!! Hotak Adik la. Maknanya selama 2 bulan ni Adik tipu Abg and Kak Ngah. Adik rahsiakan hubungan Adik. Bila kitaorang tanya siapa nama boyfriend Adik, Adik taknak cakap pun. Kononnya biarlah rahsia la itu la..ini la..Rupa-rupanya Adik dengan Man. Adik tahu kan Abg and Kak Ngah tak suka Man tu, yang Adik nak gak couple dengan dia kenapa?? Adik tak sayang kat Abg and Kak Ngah ke?? Abang sanggup buat apa saja untuk Adik tapi ni ke balasan yang Adik bagi kat Abg?? Kenapa diam?? Jawablah!!!"
Terkejut aku kerana ditengking oleh Abg Jimmy. Lidah ku kelu. Aku tak mampu untuk menuturkan sebarang kata-kata. Tuhan, berikan aku kekuatan. Memang tak ku nafikan Abg banyak membantuku. Ada suatu masa dulu aku sering diganggu oleh seorang 'peminat misteri' yang tidak diketahui asal usul. Abg yang akan mengambil aku tiap hari apabila pulang bekerja. Abang yang membawa ku membuat laporan polis. Dan Abg juga lah yang mengangkat telefon setiap kali 'Peminat Misteri' itu mengangguku. Disebabkan itu, aku berasa sangat bersalah kerana menyintai dan menyayangi insan yang amat dibenci oleh kedua-dua insan yang aku sayang.
" Adik minta maaf!" hanya itu yang mampu aku lafazkan tatkala butir-butir mutiara jernih jatuh ke pipiku. Aku sayangkan Azman. Aku cintakan Azman. Ya ALLAH ya tuhanku. Kau tabahkanlah hatiku. " Abg bukan nak marah Adik tapi boleh tak kalau Adik putuskan hubungan dengan Man?" " Apa??" tergamam aku mendengar permintaan Abg. Jika benar dia menyayangi aku, tidakkah dia memikirkan perasaan aku. " Abang, Man berjanji nak berubah. Adik dah nampak sikit-sikit perubahan dalam diri Man. Tolonglah bang. Adik sayangkan Man. Kenapa Abg benci sangat dengan Man. Apa salah Man??" " Sudahlah Adik. Jangan menangis lagi. Jom kita pergi makan." " Adik nak Abang hantar Adik balik office sekarang juga!!!"
Setiba di pejabat, aku terus keluar dari pintu kereta Abg Jimmy. Aku tidak bercakap walau sepatah perkataan pun dengannya bahkan aku tidak menoleh sedikitpun pada nya. Aku terus berlari walaupun aku dapat mendengar Abg memanggil namaku. Bagiku, kehendak Abg supaya aku memutuskan hubungan dengan Man adalah sangat keterlaluan. Bagi aku dia tidak berhak untuk menentukan masa depanku. Adik beradik kandungku dan ahli keluargaku yang lain tidak mempunyai sebarang masalah dengan perhubungan aku. Abg Jimmy yang hanya sekadar abang angkat pula yang lebih- lebih. Aku sangat tidak berpuas hati kerana masih belum mendapat jawapan pada soalan yang ku tanyakan pada Kak Ngah dan Abg Jimmy. Tapi haruskah aku melemparkan perasaanku untuk mereka?Hatiku berbelah bahagi....
" Sayang, nape monyok je ni? Tak elok tau menghadap B tercinta dengan muka monyok macam tapai basi ni". " Hubby! Tapai basi pon ada orang nak gak tau. Hehehe". " Hmm..pe kata kita pergi minum dulu. Pastu kita berdua cerita masalah masing-masing. Amacam?" "D Okey jer" " Tapi boleh tak sebelum tu B nak tengok muka Princess B ni senyum dulu. Hodohla bila D monyok. Hahahahaha " ketawanya. "Hubby!!!!!" Terima kasih sayang sebab gembirakan hati D di masa-masa macam ni. Macamana D nak tinggalkan B. Beratnya hati D.
Setibanya dirumah selepas pertemuan dengan ‘cinta hatiku', airmataku deras mengalir. Aku tahu ini adalah saat yang sukar untuk Azman, tetapi aku pula menambahkan lagi kekusutan dia dengan cerita mengenai Kak Ngah dan Abg Jimmy. Aku teringat kembali butir bicara kami di Restoran Bora Ombak, Ampang.....
"Hmm..B la cerita dulu. D nak dengar cerita B dulu. Cepatlah sayang.." rengek ku. " Okey. Macamni. Hari ini adalah hari terakhir B kerja dekat tempat B kerja sekarang. Company tu bukak VSS. B rasa dah sampai masanya untuk B berhenti secara sukarela ni. Sekurang-kurangnya B dapat larikan diri dari kawan-kawan 'jahiliah' B sekarang. B betul-betul nak berubah. B nak jadi boyfriend yang baik untuk D. B nak tunaikan janji B pada D. So, sementara waktu ni B nganggur la dulu. Dapat duit VSS, B nak setelkan semua hutang-hutang, menganggur jap and pas tu baru cari kerja.D, B nak D tahu,B buat ni semua untuk D, B betul-betul nak berubah. B nak jadi mimpi yang sempurna untuk D". Katanya sambil mengusap lembut jari jemari ku.
Aku tak mampu untuk berbicara. Lidah ku kelu seribu bahasa. Ya ALLAH S.W.T. Ujian apakah yang kau berikan ini? Disaat aku cuba untuk membuang dirinya jauh dari hidupku, dia semakin menggenggam erat tanganku hingga aku tak mampu untuk melepaskan dirinya. Aku sayang dia......
" Abang, sorry kacau Abg malam-malam ni. Adik dah fikir masak-masak tentang apa yang kita bincangkan tadi. Maaf bang, Adik tak mampu untuk buangkan nama Khairul Azman dari hati Adik. Adik terlalu sayangkan dia. Sama macam Adik sayangkan Abg dan Kak ngah. Adik nekad. Walau apa pun yang terjadi,walaupun hubungan kami tak berkekalan, biarlah Adik tanggung sendiri semuanya. Adik harap sangat Abang dan K.Ngah faham. Maafkan Adik. Lagipun hari perkahwinan K.Ngah dengan Abg Johan dah dekat. Adik taknak disebabkan benda ni, hubungan Adik dengan Kak Ngah terjejas. Nanti apa pula cakap saudara mara. Adik selalu bersama dengan K.Ngah,so Adik tak nak kehilangan kakak yang Adik sayang, Adik tak nak hilang Abg dan Adik juga taknak hilang Khairul Azman. Maafkan Adik". " Adik memang degil!" Dia mematikan talian. Aku tergamam. Biarlah apa pun yang Abg nak cakap, itu keputusan Adik. Maafkan Adik...
Majlis gilang-gemilang itu menyaksikan persandingan antara dua merpati yang telah dituliskan untuk bersatu. Kak Ngah kelihatan sangat menawan dengan busana Rizalman dan dandanan Nurul Shukor. Abg Johan pun tak kurang segaknya. Mereka kelihatan sangat sedondon dengan warna tema iaitu merah hati. Semua ahli keluarga terdampar letih selepas majlis selesai. Azman juga kelihatan penat walaupun dia cuba sembunyikan disebalik senyumannya.Hmm.. sayang memang macamtu. Namun ada sedikit tanda tanya mengapa Abg Jimmy tidak datang menghadiri majlis ini. Sedangkan dia, Kak Ngah dan aku berjanji untuk menjadi 'adik-beradik' sampai bila-bila. Tak mungkin perkahwinan 'adik-beradik' sendiri dia tak datang. Aku menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Dia mematikan telefon bimbitnya. Azman menyuruhku agar banyakkan bersabar dan tabah. Marahkah Abg Jimmy padaku sehingga tidak mahu berjumpa denganku? Atau benci sangatkah dia pada Khairul Azman sehingga tidak mahu menghadiri majlis yang turut dihadiri oleh Azman? Apa salah dia?? Abang...Adik rindukan Abang.
Sedar tak sedar sudah hampir setengah tahun aku menjalin hubungan dengan Khairul Azman. Ini juga bermakna sudah 3 bulan aku tidak mendengar khabar berita dari Abg Jimmy. Dia lenyap begitu saja. Selepas majlis perkahwinan Kak Ngah, aku langsung tidak berjaya menghubungi Abg Jimmy. Aku mendapat tahu yang Abg jimmy telah menukar nombor handphonenya dari Amin, rakan karibnya. Aku meminta nombor terbaru Abg Jimmy tetapi Amin enggan memberikannya kerana sudah berjanji dengan Abg Jimmy untuk tidak memberikan nombor terbarunya pada sesiapa pun.
Selang 2 minggu, ada satu nombor mengganggu telefon bimbitku. 'Penggangu' itu sering menghantar sms rindu padaku. A ah...Ni mesti mangkuk hayun yang dulu yang selalu kacau aku ni. Muksibat betul la. Apa lagi la yang dia nak. Nak makan penampar ke apa ni. Tiba-tiba aku rindukan Abg jimmy. Selalunya bila saat-saat begini, dialah HERO yang akan menyelamatkan aku.Abang.. Abang..Mana Abang pergi ni? Adik rindu sangat-sangat kat abang.
"Hello. B kat mana tu? Napa dari tadi off phone?" " D. Nanti lah kita cakap. Ada hal sikit ni. Bye".
Eh, mana pula dia pergi ni. Tak menyempat-nyempat nak letak telefon. Dah 2 hari aku try call dia. Baru ni dapat dengar suara dia, terus-terus nak letak telefon. Kenapa B ni?
Lagu nyanyian Hujan bertajuk Aku Skandal berputar di telefonku menandakan ada nombor asing yang menghubungiku.Hish! malaslah nak angkat. Entah siapa je yang nak kacau aku ni. Lagu itu berputar lagi. Aik! Nak gak telefon.Eh, ntah-ntah supplier-supplier aku kot. Angkat je la Siti Nadzirah.
"Hello". "Assallammualaikum". Aik! Macam kenal suara ni. Macam biasa dengar je.Ya ampun! Abang Jimmy. "Adik, boleh tak kalau kita jumpa esok. Tapi Adik kena janji dengan Abg yang Adik takkan bagitahu Kak Ngah and Man. Janji Adik. Please". "Hmm..Okey. Nak jumpa kat mana?" " Tempat kita lepak masa Adik frust lepas putus dengan Qamarul dulu. Ingat lagi tak? Pukul 5 setengah petang. Boleh tak?" "Okey". "Esok kita jumpa ye dik. Abang sayang Adik. Assallammualaikum". Lor, dia letak telefon pulak. Tak sempat nak cakap apa-apa. Hish, apa aku nak buat ni wei. Bagitahu Kak Ngah. Ish, tak boleh. Lagipun sejak Kak Ngah kahwin ni dia sibuk dengan urusan rumah tangga dia tambah pula bapa mertua dia tak berapa sihat kebelakangan ni. Bagitahu Man. Mangkok hayun tu pulak entah kat mana. Punya susah nak contact dia sekarang. Tak ku nafikan sebulan kebelakangan ni, Man asyik sibuk dengan urusan 'top secret' dia sehinggakan aku cuma dapat berbicara dengan dia dalam telefon pon sekejap-sekejap je. Bila aku call, memanjang off phone. Nak jumpa pun haram. Susah betul la. Walaupun aku sedikit terkilan dengan sikapnya yang menghilang-menghilang tu, namun aku tetap masih setia menunggu dan menyayanginya. B, cinta dan sayang D untuk B tak pernah padam. B, pulanglah. Jadi la B yang dulu D kenal. B, D rindu B yang menyintai dan menyayangi D. Mana pergi ‘mimpi yang sempurna' D? Hubby........
Mana pula lah mamat ni. Tak sampai lagi ke. Dah la nak jumpa kat sini. Tempat sunyi sepi ni. Jangan-jangan dia nak buat.....Ish! Nadzirah. Kau tak patut fikir macamtu. Dia kan abang kau.
" Assallammualaikum Adik". " Waalaikummussalam. Abang!" teriakku. Aku terkejut melihat Abg Jimmy yang sudah botak licin. Apa jadi kat Abg ni? " Shh..Jangan la jerit-jerit. Kenapa macam nampak hantu ni?" " Nampak hantu botak. Hehehe". " Banyak la Adik. Handsome tak Abang botak? Ada macam Mawi tak?" " Sawi ada lah. Hahahaha". " Adik ! Abang ‘geget' kang". " Hmm.. Adik rindu Abang la". " Abang pun rindu Adik gak. Tapi Abang ada sebab kenapa Abang menyepikan diri. Firstly, Abang nak minta maaf sebab biarkan Adik merindui Abang kesayangan dia ni. Hehehehe ". " Tulah Abg. Tiba-tiba je menghilang. Pergi mana ke buat apa ke bukan nak cakap. Adik ingat Abg dah kena fire dengan Raksasa Belalang". " Raksasa Belalang? Aik, pe kena mengena lak ni?" " Iyelah. Adik ingat Abang busy pergi jadi Ultraman Gaya ke. Hehehehe". " Lor..Adik kalau tak kena kan Abg tak boleh ke? Meh sini pipi budak nakal ni Abg nak picit." " Aduh!!! Sakit la Abg". " Adik dengan Man macamana?" Ulp! Macamana nak jawab ni. Takkan nak bagitahu benda yang sebenarnya. " Biasa je. Macam dulu-dulu. Masih macam dulu-dulu". " Abang rasa Abg tak patut tanya Adik. Itu peribadi Adik kan. Abang Cuma nak tahu je. Dia kena ingat, setitik airmata Adik keluar disebabkan dia, setitik darah dia Abang tuntut. Tapi baguslah kalau Adik cakap dia dengan Adik masih macam dulu. Cuma Abang harap Adik tak tipu Abang. Abang kenal Adik abang ni. Jangan sembunyikan tangisan disebalik senyuman. Tu je pesan Abang." " Apa Abang cakap ni? Adik dengan Man okey je. Masih macam dulu. Thanks Abang sebab still ambil berat pasal Adik". " Sebenarnya Abang ada hal lain nak cerita kat Adik. Abang nak jawab semua soalan-soalan Adik selama ini. Jawapan kenapa Abang melarikan diri dari Adik. Mulanya Abang ingat Abang nak rahsiakan hal ini dari Adik tapi Abang tak sanggup biar Adik menunggu Abang. Jawapan kenapa Abang bencikan Man. Sebenarnya Abang tak bencikan dia. Kalau nak diikutkan, dia tak la jahat sangat. Perangai dia dengan perangai Abang sama je pun. Adik pun tahu kan masa kat U.K. Semua housemate Abang yang Melayu ke Islam ke, semua lupa diri. Termasuk Abang, Man, Hafifi, Syafiq and Amin. Islam dengan kafir dah jadi sama je. Macamnilah sebenarnya............"
Pertemuan selama lebih 3 jam itu di akhiri dengan linangan airmata yang deras. Subhanallah..
Kak Ngah tipu aku. Abang pun tipu aku. Man..Mana B pergi ni. Tolonglah. I really need U right now. Hubby, I miss you so much.
" Hello B. Please..I really wanna meet you. Please sayang". " Hmm..Okeylah.B datang ambil D sekarang. Kat rumah kan?" " Yup. D tunggu B. I love you sayang ". " Ok. See you". Dia tak reply pun I love you too. Kenapa B ni?Hmm..tak kisahlah. Asalkan dia dah setuju nak jumpa aku.
" Kenapa macam urgent sangat ni?" Ya ALLAH S.W.T. Ujian apa lagi yang kau duga aku kali ini. Kenapa Khairul Azman jadi macamni? Kenapa dia seperti tidak terurus? Dengan janggut yang panjang. Misai pun dah ada. Sebelum ni dia tak pernah pun bela misai. Dia kelihatan sangat tak terurus. Khairul Azman yang aku kenal tidak seperti ini. Dimanakah Khairul Azman ku? " B. Semalam D jumpa Abg Jimmy". " Hah? Jimmy dah muncul semula. Syabas!" katanya sambil menepuk tangan. " Kenapa U ni?"marahku. Macam orang tiada perasaan. " Apa dia cakap? Dia nak kita break? Find! Kalau U nak sangat ikut cakap Abang Jimmy U tu, I tak kisah!" " Hubby, Kenapa U cakap macamtu? Abang tak suruh kita break pun. Dia sendiri menghormati keputusan I untuk teruskan relationship kita. Dia pun tahu yang kita dah lama couple. Dia dah tak halang lagi". " Hmm..Dah tu. Apa lagi dia nak?" soalnya dengan nada yang lebih rendah. " Ada benda yang U sendiri tak cerita kat I. Pasal hubungan dia dengan Kak Ngah. U tak pernah pun bagitahu yang sebenarnya Kak Ngah curang dengan Abg Johan. Masa kat U.K, Kak Ngah duduk serumah dengan Abang Jimmy. Abg Johan setia tunggu dia kat Malaysia. Diaorang bukan tak suka U, cuma sebab U tahu semua rahsia diaorang. Dia sedih sebab dia ajak Kak Ngah kahwin tapi Kak Ngah berkeras nak kahwin dengan Abang Johan. Kak Ngah takut parents dia marah. Walaupun dia tidak cintakan Abg Johan tapi dia konon-konon nak jadi anak mithali yang mengikut jodoh yang ditentukan mak bapa lah! Dia tipu. Memanglah Abg Johan tu bukan pilihan hati dia tapi pilihan hati parents dia, tapi diaorang dah bertunang 2 tahun. Dia sendiri pernah cakap yang dia dah mula menyayangi Abg Johan. Diaorang boleh je jalan pegang-pegang tangan. Ikut lojik la, ada ke orang yang tak berperasaan nak jalan pegang-pegang? Setahun bertunang, dia pergi study kat U.K, terus- terus jatuh cinta dengan Abang Jimmy lah konon. Sama saja dua-dua tu. Diaorang tipu I. Diaorang tipu D, B...." titahku diiringi linangan airmata. " B dah lama tahu pasal benda ni. Hmm..My Darling..." ucap Man sambil meramas tanganku. Dia menarik aku ke dada nya. Aku memeluk Azman sambil menangis teresak-esak. Azman mententeramkan aku yang terlalu kecewa ditipu oleh kedua-dua insan yang aku sayang.
Thanks sayang, kerana masih bersama diriku. Thanks for being a shoulder for me to cry on. I love you so much Hubby….
" Hello sayang. How are you today?" " B. I'm fine. I dah okey dah. Thanks sebab haritu". " No mention sweetheart. I'm your hubby kan. So, anything yang U nak share dengan I, U bagitahu je la. Okay my darling?" " Okey sayang. I really love you". " I love you too my darling. Hmm..sorry I ada hal la. Nanti I call U malam ni. Promise. I'll call U. Bye sayang ". Eii..muncul kejap. Hilang balik. Apasal la mamat ni. Apalah masalah dia sebenarnya. Tak faham aku.
Malam ni aku taknak tidur. Aku nak tunggu Man call aku. Nanti kalau aku dah tidur, mesti dia taknak cakap dengan aku dan suruh aku pergi tidur semula. Banyak sangat benda yang aku nak tanya dia. Nak bincang dengan dia. Lebih-lebih fasal hubungan kita yang dah semakin tawar ni sayang. Kenapa U bersikap dingin je dgn I? Kenapa U macam nak tak nak je layan I lately ni. Kalau U muncul pun, sekejap sangat sayang. Apa masalah U? Kita share sama-sama. Kan U dah janji, takde rahsia antara kita. Bila U buat macamni, I rasa macam I tak wujud dalam hidup U. Sayang....
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku terjaga dari lenaku.Hubby ke? Tapi lagu ni bukan lagu B. Siapa lah pulak?Hah! Amin? Apa dia nak pagi-pagi ni? Ish..malas lah. Tapi buat nya ada hal penting.
" Hello". kataku sambil membetulkan suara serak baru bangun tidur. " Ira. Amin rasa ada benda yang Amin perlu cakap dengan Ira. Ini untuk kebaikan Ira. Amin tahu, Ira marahkan Jimmy. Biar Amin yang jelaskan apa yang tidak cukup jelas. Amin tahu semuanya Ira. Malah ada yang Ira sendiri tak tahu tapi Amin tahu.Ini bukan pasal Jimmy and Kak Ngah je, ni ada kene mengena juga dengan Man. Bila Ira free? Kita keluar and I'll explain everything to you. Boleh tak?" " Hmm..Okaylah. Nak jumpa kat mana?" " Coffee Bean Ampang la. Dekat sikit dengan rumah Ira. Pukul 2 petang. Amacam?" " Okay tapi dalam pukul 3 lebih boleh tak? Ira nak kene pergi KLCC dulu. Ada nak kena jumpa supplier ambil quotation. Boleh tak?". " Okay". Ish! Explanation apa pula ni. Ada kene mengena dengan Man? Kenapa pula ni? Pening la kepala kalau nak fikir semua ni. Takpelah. Biar je Amin yang explain semuanya.
Jumpa supplier sudah. Kejap lagi nak jumpa Amin pulak. La, baru pukul 2.45 petang. Lambat lagi nak jumpa Amin. Apa lagi, ronda-rondalah dulu. Dah lame tak shopping. Asyik sibuk je lately ni. Eh, afasal muka minah ni macam kenal. " Hoi Nina! Kau bershopping sakan sampai tak ingat dunia." Sergahku kepada rakan sekuliah ku semasa menuntut di kolej dulu. " Lor..Ira. Hamlau kau. Terkejut aku. Siut je. Wah semakin cun sekarang ek. Ala-ala wanita berkejaya gitu sekarang. Hari Sabtu pun bawak laptop pergi KLCC. Kau dari office ke?" " Tak la. Aku jumpa orang tadi. Urusan kerja la. Tu yang mengangkut benda alah ni kehulu kehilir. Kau sorang je ke? Lama tak jumpa. Last kita jumpa bila ek?" " Last year. Masa tu kau baru dapat kerja. Ingat tak? Kat kenduri kahwin Mila. Kau baru putus cinta. Aku ingat lagi bila aku tanya ' Mana boyfriend kau?' kau jawab kau tengah frust sebab baru putus.Kau ingat lagi tak?" " Hahahaha. Sampai ke situ kau ingat. Ish, malu aku.Hehehe. Tak sangka aku, kau ni 'pengingat' juga ek". " Ingat je aku. So kalau aku tanya sekarang soalan yang sama, apakah jawapannya wahai tuan puteri Nadzirah?" " Hehehehe. Okay sebab sekarang kau tanya, jawapannya adalah boyfriend aku busy. Dia jenis workaholic macam aku gak. So, dia ada kerja. Hmm..puas hati kau? Kau pula, mana tunang tersayang kau?" " Kesian kau. Elok lah tu laki bini busy je. Bila nak makan nasi minyak ni? Tunang aku outstation kat Sabah. So, aku keluar la dengan adik aku si Nori tu, sekali dengan boyfriend baru dia, Man. Entah apa lama sangat pilih baju sampai aku naik penat. Tu yang aku merayau dulu" Eh, nama boyfriend adik dia sama dengan nama boyfriend aku kan. Hmm..mana lah boyfriend aku ni. Senyap je. Dah berapa hari dah ni. " Tu hah adik aku dengan boyfriend dia". Sambung Nina. Astaghfirullahallazim. Bukan sahaja sama dari segi nama malah sama dari segi rupa atau lebih tepat, orang yang sememangnya sama.
Dia tergamam melihat aku. Nori adik Nina datang bersalaman denganku. Aku juga menghulur tanganku untuk berjabat tangan dengan 'boyfriend baru' Nori atau 'boyfriend' aku. Air muka dia terus berubah ketika menyambut huluran salamku. Terima kasih B. Aku berpura- pura seperti tidak mengenali Man. Sesungguhnya hati aku berperang dengan keadaan. Ya ALLAH S.W.T sesungguhnya aku tak mampu untuk terus diuji lagi. Ampunkanlah segala dosa-dosaku. Kau tabahkanlah hatiku.
Aku terus meminta diri kerana teringat janjiku pada Amin walhal sebenarnya aku tak mampu untuk terus berada disitu. Batin ku merintih , jiwa ku meronta. Hanya jasadku yang masih berdiri namun hakikatnya jiwa ragaku sudah lama menyembah bumi. Adakah itu benar-benar Khairul Azman Nasir yang ku sayang? Adakah itu 'mimpi yang sempurna' ku?
Sebaik tiba di Coffee Bean, aku lihat Amin sudah sedia menungguku. Dari tadi aku menahan airmata ku dari tumpah, akhirnya ia tak mampu di tahan lagi dan berguguranlah airmataku mengalir dipipi. Semuanya disebabkan orang-orang yang amat aku sayangi. Amin agak kaget melihat aku tiba-tiba menangis. Aku pula tidak mampu untuk berhenti dari menangis. Setelah ditenangkan Amin aku beransur tenang. Amin bertanya mengapa aku menangis? Haruskah aku memberitahunya perkara sebenar? Haruskah Amin tahu apa yang terselindung dilubuk sanubariku? Kalau dia bagitahu Abang Jimmy macamna?
" Abaikan dulu sebab Ira nangis ni. Apa yang Amin nak terangkan sebenarnya?" " Okay, but are you ready enough to hear all of it?" " Dah takde apa yang boleh mengejutkan Ira lagi. Semua kejutan-kejutan besar Ira dah tengok. Ira dah boleh terima. Just cakap je apa-apa pun. Ira dengar je." " Hmm..macamni sebenarnya Ira. Macam yang Ira tahu, Jimmy dengan Kak Ngah memang dah lama hidup macam suami isteri sepanjang mereka di U.K. Itu lah sebabnya Jimmy tak suka Ira couple dengan Man. Dia takut rahsia dia terbongkar. Dia memang sayangkan Kak Ngah dan ingin menikahi Kak Ngah, tapi Kak Ngah yang taknak. So, Jimmy selalu berharap yang Kak Ngah tak berjodoh dengan Johan. Tapi malangnya jodoh Kak Ngah sememangnya dengan Johan. Sebenarnya Johan sudah tahu semua rahsia antara Jimmy dengan Kak Ngah. Jimmy sendiri yang bagitahu Johan. Jimmy berdepan sendiri dengan Johan. Tapi Johan memang ikhlas menyintai dan menyayangi Kak Ngah seadanya dia, jadi Johan sendiri sanggup menerima Kak Ngah dan menganggap itu semua hanyalah kisah silam Kak Ngah. Dia memang mulia Ira. Itulah sebabnya Jimmy tak datang majlis perkahwinan Kak Ngah dan terus menyepi dari hidup korang semua. Jimmy sayangkan Ira. Dia memang sayangkan Ira. Dia tak mampu untuk hidup tanpa adik dia yang paling dia sayang ni. Amin bukan nak backing dia Ira, tapi memang itu hakikatnya. Masa kat U.K, apa sahaja yang dia beli, selain untuk Kak Ngah, mesti untuk Ira. Sebab itu tiap-tiap bulan Ira mesti dapat macam-macam dari dia kan?" "Hmm..tapi apa kene mengena dengan Man?" soalku. " Ada satu hari tu, kitaorang lepak kat mapley bawah rumah kitaorang, sekali kitaorang terserempak dengan Man masa nak naik lif rumah. Dia dengan salah seorang pramugari tempat dia kerja dulu atau lebih tepat lagi, tempat kitaorang kerja lah sebab Man dah berhenti kan. Minah tu memang duk kat kondominium sama dengan kitaorang. Dia menggelabah sebab dah kantoi. Lepas tu, dia tarik Jimmy and Amin. Dia menggugut Jimmy. Dia kata kalau Jimmy memberitahu Ira, semua rahsia dia dan Kak Ngah akan terbongkar dan masa tu dia akan kehilangan adik yang dia paling sayang. Dia juga cakap, dia nak Jimmy cakap kat Ira yang Jimmy dah setuju dengan perhubungan korang. Sebenarnya Amin dan Jimmy dah lama tahu kecurangan Man pada Ira. Jimmy memang marah tapi dia takut kehilangan adik yang dia sayang. Ira sendiri tahu yang adik kandung Jimmy meninggal dunia masa adik dia tu berumur 2 tahun kan? Jadi, dia memang tak sanggup sangat nak kehilangan lagi adik dia and for him U lah adik dia." Kata Amin dengan panjang lebar. Kemudian dia berhenti seketika, dia meneguk minumannya. " Then?" tanyaku kerana terlalu excited untuk mengetahu ending pementasan drama yang dibintangi oleh Jimmy, Kak Ngah dan Azman. " Masa hari perkahwinan Kak Ngah, Jimmy masih lagi menunggu Kak Ngah menghubungi dia dan bagitahu dia yang Kak Ngah tidak jadi berkahwin, tapi sayang, itu cuma impiannya sahaja. Keesokkan hari, dia memutuskan yang dia pasrah dan redha dengan takdir bahawa Kak Ngah bukan untuknya. Seminggu lepastu, dia pergi mengerjakan umrah untuk mendapat ketenangan hati. Sebabtu masa Ira jumpa dia, rambut dia dah takde. Dah botak. Bila dia buat keputusan untuk beritahu Ira segala-galanya, Amin tak cakap apa. Dia kata kalau Adik tak boleh terima dia lagi, dia redha. Tapi dia yakin Ira tetap akan sayangkan dia walaupun dia tahu Ira akan terluka.Dia kata, kalau dia kehilangan Ira, dia anggap itu sebagai balasan atas kesilapan dia dulu". " Hmm..Ira. Boleh tak Amin tanya something kat Ira?"sambung Amin lagi. " Apa dia? Tanyalah". " Kenapa Ira nangis tadi? "
Aku pun menceritakan perkara yang terjadi di KLCC tadi. Amin beristighfar panjang.
" Jujurnya Ira, dia berubah. Itu memang Amin tak nafikan. Masa mula-mula dengan Ira dulu, memang ada perubahan. Tapi sekejap saja. Rasanya bulan pertama je yang dia setia. Pastu, hampeh. Perangai lama dia datang balik. Senang cerita la Ira, lelaki ni kalau kaki perempuan tu memang susah nak taubat. Amin lelaki, Amin tahulah".
Ringtone lagu Ketulusan Hati berputar di telefonku menandakan ia panggilan dari Khairul Azman. Aku hanya memandang kosong telefon bimbitku lantas aku mematikan talian namun ia masih berbunyi hingga kali ke-4 aku mematikan terus telefon bimbitku.
" Man?" soal Amin. " A ah". Jawabku malas. " Terpulanglah pada Ira untuk menentukan hidup Ira. Amin rasa lega sangat sebab Amin dah beritahu semuanya kat Ira. So, Amin harap Ira tabah.Dah la Ira, ni dah dekat pukul 6 ni. Ira balik lah. Tenangkan fikiran. Nanti kita jumpa lagi. Lagi satu, Amin mintak sangat-sangat, bila Ira dah sampai rumah, Ira call Amin. Amin risaukan Ira. Amin nak Ira selamat sampai rumah". " Hmm..Okay. Ira balik dulu. Thanks Amin. Assallammualaikum".
Sebaik tiba di rumah aku menelefon Amin untuk memberitahunya yang aku selamat sampai. Tiba-tiba 6 message masuk ke peti masuk handphone ku. 4 daripadanya adalah untuk memberitahu panggilan-panggilan Man yang tidak ku jawab dan 2 lagi adalah dari Man.
‘ D, B mintak maaf sgt2..Bukan niat B nak lukakan D tp B rs B x lyk utk D. Tlg maafkan B. B still syg D mcm dulu..Plez call me when U rase U da maafkan I.'
‘ D..still x on fon.still marah kat B? sori D. sori sangat2.plez call me.urgent. i think we need to talk. Please princess…'
Apalagi la mangkuk hayun ni nak. Nak aku call dia bila aku dah maafkan dia? U wait forever lah jawabnya. Sampai mati aku takkan maafkan kau. Tapi dia panggil aku ‘princess'. Aku tak boleh dengar perkataan tu. Aku suka sangat bila dia panggil aku princess. B..kenapa B buat princess B macamni? Apa salah D? Mana pergi semua janji-janji B pada D? B janji nak berubah. Kenapa B tipu D? Dan airmataku tumpah lagi......
‘ B, I rs lebih baik kite jgn contact dulu.kt ber2 perlu ms utk diri sendiri.jgn kaco D lg buat ms s'rg ni.plez.'
Dalam tak sampai 2 minit dia sudah membalas messageku.
‘ Ok princess.kalo itu yg t'baik utk D,B ikutkan je.B still sygkan D.masih mcm dulu.tp kalo B rindu kat D macamne?'
Persoalan itu mengundang kemarahan dalam hatiku.
' Selama ni pon B bkn sentiasa ada dgn D.da brape lame b menghilang? Jgn nak ckp B rindu kat D.itu semua tipu.sudahlah B.D taknak ckp ape2 yg bole menambahkan marah D.bye.assallammualaikum.'
' Khairul Azman love Siti Nadzirah..still loving u..B akan tunggu D'
Tunggu konon. Aku kat depan mata pun kau boleh berskandal lagi. Inikan pula bila aku tak ada. Berambuslah kau Khairul Azman!!!!
Malam itu merupakan malam paling sunyi dalam hidupku. Lagu Mimpi Yang Sempurna nyanyian Peterpan aku putarkan dari I-Pod ku. Sudah lebih dari 5 kali lagu itu aku putarkan...
Mungkinkah..bila ku bertanya.. Pada bintang-bintang... Dan bila, ku mula merasa... Bahasa kesunyian.. Aku..dan semua..yang terluka karena kita.. Aku kan menghilang..dalam pekat malam.. Lepas ku melayang.. Biarlah ku bertanya.. Pada bintang-bintang.. Tentang arti kita.. Dalam mimpi yang sempurna...
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi tapi ringtone yang berbeza. Ringtone itu sudah ku set kan untuk ahli keluarga sahaja. Oh, panggilan dari Kak Ngah rupanya. Minah seekor ni pula....
" Adik..Kak Ngah tahu Adik marahkan Kak Ngah. Kak Ngah memang bersalah sangat pada Adik. Sorry, Kak Ngah tipu Adik. Kak Ngah tak kisah kalau Adik nak marah sangat dengan Kak Ngah. Kak Ngah salah. Cuma Kak Ngah harap sangat Adik tak beritahu hal ni pada semua ahli keluarga kita. Kak Ngah takut. Mati Kak Ngah nanti. Tolong lah Adik. Kak Ngah merayu kat Adik. Tolonglah. Abang Johan tahu yang Adik pun dah tahu pasal ni. Abang Johan yang suruh Kak Ngah minta maaf dari Adik. Tolonglah Adik. Maafkan Kak Ngah..." kata Kak Ngah dalam sedu sedannya.
3 bulan kemudian....
" Adik, Abang pergi dulu. Adik jaga diri Adik. Abang sayang Adik sampai bila-bila".
" Abang..Abang nak pergi mana? Abang!! Abang!!!!!!!!!" Astaghfirullahallazim..Mimpi rupanya aku. Masuk kali ni, dah 3 hari berturut-turut aku bermimpi pada mimpi yang sama. Ayat yang sama. Orang yang sama. Abang. Mungkinkah kerana aku terlalu rindukan Abang Jimmy? Apa susah-susah Ira, call je la dia.
" Assallammualaikum". " Waalaikummussalam. Hai Adik. Abang rindu sangat dengan Adik. Tak sangka pula Adik sudi lagi nak call Abang ". Kata Jimmy dengan cerianya. " Sudilah. Kenapa pula Adik tak sudi nak call Abang. Adikkan sayang Abang. Lagipun Adik tahu, Abang tak boleh hidup tanpa Adik yang disayanginya ini. Hehehe..." " Tau takpe. Hmm..Abang memang rindu sangat kat Adik ". " Adik pun sama. Entahlah, lately ni Adik asyik mimpi pasal Abang. Maybe sebab Adik rindu sangat kat Abang ". " Hmm..mimpi Abang ek. Bagus..Hehehe ". " Okeylah bang, Adik banyak kerja ni. Nanti kalau Adik free lagi Adik call ek. Take care. I love you Abang". Memang sudah menjadi kebiasaan aku berkata ' I Love you' pada Abang Jimmy kerna aku memang sangat menyayanginya sebagai abang. " Love u too.. So much..much..much..more.. Hehehe..Okey. Daaa.."
Sudah 3 bulan aku tidak menghubungi Azman. Apa khabar agaknya dia? Dia dah kerja ke? Kerja kat mana? Dia ingat lagi tak pada aku? Dia rindu aku lagi tak? Dia sayang aku lagi tak? Hmm...banyak betul soalan bersarang dihatiku. Aku akui bahawa aku masih menyintai dan menyayangi dia. Gila, memang gila. Aku boleh menipu satu dunia, tetapi aku tak mampu untuk menipu diri sendiri. Aku memang masih sayangkan dia bahkan gambar kami berdua masih lagi menghiasi meja kamarku, meja officeku dan di dalam friendster page ku. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami. Seperti kami masih lagi bersama sedangkan hakikat yang hakiki, cinta kami sendiri tergantung di tengah jalan. Aku tak bisa memafkan dia walaupun hatiku meronta untuk kembali ke pangkuannya. Aku cintakan dia. Sepenuh hatiku. Ya ALLAH S.W.T, kau berikanlah aku petunjuk, janganlah kau biarkan aku leka menyintainya sehingga lupa untuk menyintaimu Ya ALLAH ya tuhanku...
Hari ini hari Rabu, 2 haribulan September. 24 tahun yang lalu, seorang puteri comel telah dilahirkan pada tarikh ini dan diberi nama Siti Nadzirah Yusof manakala 26 tahun yang lalu, seorang putera telah dilahirkan juga pada tarikh yang sama dan diberi nama Khairul Azman Nasir. Ya, hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran aku dan Man. Kami berkongsi tarikh lahir.
Tepat pukul 12 tengah malam, Abang Jimmy menelefonku. Memang menjadi kebiasaan setiap tahun, Abang Jimmy merupakan orang yang pertama yg akan 'wish' aku. " Happy birthday Adikku sayang. Wish U all the best and may ALLAH S.W.T bless U Adik. Abang sayang Adik sangat-sangat. Abang janji akan sayang Adik sampai ke hembusan nafas Abang yang terakhir. I really love U, Adik". " Thanks Abang, I love U too..So, Adik dah 24 tahun, hadiah birthday Adik tahun ni mesti lagi best dari tahun lepas kan? Tiba-tiba teringat suprise party yang korang buat masa kat U.K dulu. Best sangat." " Abang janji, memang tahun ni hadiah Adik lagi best dari tahun lepas. Lagi mengejutkan. Confirm punya. Man pun dapat hadiah gak. Okeylah Adik, Abang nak call Man pula. Pastu baru Man boleh call Adik untuk wish girlfriend tersayang dia. Hehehe. Daaa".
Selamat Hari Lahir Hubby. Semoga B panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku hanya mampu melafazkannya di dalam hati namun bukan dibibir. Aku tidak mampu untuk itu. Aku tidak mampu untuk mendengar suaranya apatah lagi untuk menatap wajahnya. Dia..dia juga tidak mengucapkannya. Dia lupakah hari ini hari lahir aku dan dia? Atau dia terlalu sibuk menyambut hari lahirnya dengan wanita-wanita lain yang lebih penting dariku. Adakah kau betul-betul dah berubah atau masih dengan sikapmu yang dulu? Sayang, D rindu kat B...
" Ira, Ira kat mana? Office ke? Boleh lari kejap tak? Kita jumpa kat Hospital Gleneagles Intan. Jimmy, dia accident pagi tadi. Dia kat ICU".kata Amin. " Okey, Ira gerak sekarang ". Kataku cemas.
Abang...Kenapa dengan Abang? Tidak! Ini bukan hadiah hari lahir yang aku inginkan. Ya ALLAH S.W.T..KAU selamatkanlah dia.
Setibanya aku di depan wad ICU, aku melihat Amin menangis teresak-esak. Ibu dan ayah Jimmy juga menangis. Ramai rakan-rakannya turut menangis. Amin terus merangkulku. Dia memberitahuku bahawa Jimmy telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 minit yang lalu. Innalillahwainailahirrajiun...Abang Jimmy..Maafkan Adik kerana terlewat. Maafkan Adik.
Aku sempat menelefon mama dan papaku untuk memberitahu pemergian Abang buat selama-lamanya. Jenazah Abang dibawa ke sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah kedua ibu bapanya. Disitu, aku lihat ramai kenalan dan saudara mara Abang. Kak Ngah dan Abang Johan juga ada. Mama dan Papaku tidak ketinggalan untuk memberi penghormtan terakhir pada Allahyarham Mohd Juremi Azmi atau lebih dikenali sebagai Jimmy. Aku melihat titisan-titisan airmata yang sentiasa berjuraian dari pipi ibu dan ayah serta adik beradiknya. Dan aku juga dapat melihat manik-manik kaca dari mata salah seorang sahabatnya iaitu Khairul Azman.
Aku hanya tunduk menahan sedih tatkala jasad Abang Jimmy dikebumikan. Pergilah kau Abang..tenang disana. Adik takkan lupakan Abang sampai bila-bila. Manakan bisa Adik melupakan Abang. Abang pergi di kala Adik sepatutnya gembira menyambut hari lahir. Kenapa hadiah ini yang Abang beri pada hari lahir Adik tahun ini? Masih terngiang-ngiang di telinga Adik kata-kata terakhir Abang. Mimpi-mimpi Adik sebelum ni adalah benar. Mimpi Adik sudah awal lagi memberitahu bahawa Abang akan meninggalkan Adik. Manakan bisa Adik tak bersedih kiranya baru tadi Adik mendengar suara Abang, tetapi kini Abang telah berada di lahadmu. Namun Adik bangga, bangga kerana Abang mengotakan janji Abang untuk menyayangi Adik sehingga ke hembusan nafas Abang yang terakhir. Kenapa Abang tinggalkan Adik? Astaghfirullahalazim..Adakah aku menyalahi Qada' dan Qadar? Ya ALLAH ya tuhanku..Ampunkan aku wahai penciptaku. Sesungguhnya aku khayal pada hasutan syaitan. Kau berilah aku kekuatan agar aku bisa berdiri kukuh tanpa Abang yang sering menemaniku disisi. Kau tempatkanlah dia disisi Mu Ya ALLAH S.W.T......
Tiba-tiba, abang sulung kepada Abang Jimmy, yang biasa aku panggil Along, memanggilku.
" Adik, Along ada benda nak bagi Adik ni". Katanya sayu. Dia dan adik-beradiknya yang lain memanggilku dengan panggilan Adik selepas Jimmy mengenalkan aku pada ahli keluarganya kira-kira 4 tahun yang lalu. " Apa dia Along?" soalku dengan airmata yang masih berbaki. " Ini dia. Hadiah hari lahir yang Jimmy nak bagi kat Adik tapi tak sempat. Pihak polis terjumpa hadiah ini di dalam kereta yang dipandu Jimmy. Maaf, Along tak sempat nak bersihkan. Ada kesan darah Jimmy kat tepi kotak ni. Tapi Along nak Adik buang kotak ni bila Adik dah ambil isinya. Darah ni najis, jangan pula Adik simpan najis. Syaitan suka benda-benda macamni. Along taknak jadi apa-apa pula dengan Adik. Janji ya Adik?" " Okey Along, Adik janji. Terima kasih Along".
Termanggu aku melihat sebuah bingkai gambar yang dibuat sendiri oleh Abang Jimmy menggunakan pencungkil gigi. Hasilnya sangat indah. Tidak aku nafikan Abang Jimmy memang berbakat dalam kerja-kerja yang memerlukan kesenian kerana beliau sangat kreatif dengan idea-idea yang unik. Bingkai gambar yang berbentuk 2 hati itu aku tatap dengan linangan deras airmata membasahi pipi. Di dalamnya, Abang Jimmy meletakkan gambar aku dan dia yang kami rakamkan ketika aku melawat Kak Ngah di United Kingdom dulu. Masa itu kami semua sedang meraikan hari lahir aku dan Azman. Mereka membuat surprise party untukku dan Azman. Namun, tak ku sangka di ulang tahun kelahiranku ke-24, aku dan Man mendapat hadiah yang lebih besar dan mengejutkan. Betul kata Abang, hadiah hari lahirku pada tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang lepas. Inilah hadiah yang paling mengejutkan untuk aku dan Azman. Huh! Dia lagi. Tadi aku tak sempat menegur Man. Dia nampak susut. Dia tak sihatkah? Adakah dia rindukan aku sangat-sangat? Kenapa aku masih tak dapat lupakan dia? Hebat sangatkah perasaan cinta aku untuk dia? Hubby, honestly, i'm still in love with you...Please come back sayang....
' D..I miz u badly.. can U please give me a second chance??' Terkejut aku membaca SMS yang dihantar Azman. Adakah ini benar-benar terjadi atau hanyalah khayalan aku? Apakah benar perasaan dia padaku? Adakah dia akan berubah selepas aku menerimanya untuk kali kedua? Tiba-tiba hatiku menjadi sayu. Kalaulah Abang masih ada, aku mesti minta pendapat Abang Jimmy. Apa harus aku lakukan?
' I miz U too...' ringkas aku membalas message dia. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain bermain di udara. Aku serba salah untuk menjawab atau tidak panggilan dari Azman. Aku pejamkan mata dan hanya menurut kata hatiku.
" Assallammualaikum.." kataku " Waalaikummussalam..D, thanks because sudi lagi nak cakap dengan B".
Bermula dari perbualan itu, hubungan kami semakin akrab seperti dulu. Dia sekarang berkerja di sebuah syarikat swasta yang berdekatan dengan officeku. Oleh itu, kami kerap keluar bersama dan kadangkala Azman menjemputku pulang dari kerja. Kami juga selalu menghabiskan masa bersama dihujung minggu dengan menonton wayang, bermain bowling dan macam-macam lagi aktiviti yang sering dilakukan pasangan bercinta. Tidak aku nafikan. Perasaan sayang dan cintaku pada semakin bertambah lebih-lebih lagi Azman sering melafazkan ayat hikmah iaitu I Love You padaku walaupun aku tidak pernah menjawab ucapan itu. Haruskah aku menzahirkan perasaan cintaku yang seluas lautan itu padanya?
" Ira, Amin tahu siapalah Amin untuk menasihati Ira, tapi Amin tak rasa dengan memberi peluang kedua untuk Man ni dia akan berubah. Amin bukan nak mengapi-apikan Ira tapi Ira sendiri tengok, kenapa Man taknak letak gambar Ira kat page friendster dia? Dia tetap tulis status dia single. Kalau betullah dia nak balik semula dengan Ira, takkan dia buat macamtu. Ira hantar comment cantik-cantik tulis I MISS YOU tapi apa dia reply? Langsung haram dia tak reply apa-apa tapi tengok apa dia reply kat page perempuan-perempuan lain? Nampak sangat dia still nak jaga 'saham' dia. Macam ni ke orang nak couple semula? Setakat bawa Ira jalan-jalan, amik balik kerja, pergi breakfast sama-sama, kalau Ira balik malam dia datang office, semua tu tak menunjukkan cinta lah. Setakat cakap I Love You berkali-kali, tak semestinya dia betul-betul nak semula dengan Ira. Amin tanya ni Ira jangan marah ek, ada tak Man purpose Ira semula? I mean korang back together ni, declair ke tak? " tanya Amin. Sebenarnya aku ingin merahsiakan dari Amin yang aku dah 'berbaik semula' dengan Man tetapi 'terkantoi' dengan dia semasa aku dan Man sedang makan tengahari bersama di KLCC tempoh hari. Ketika itu Man sedang menyuapkan burger ke mulutku. Kira 'kantoi' besar-besaran juga lah sebab masa tu Amin dengan bekas rakan-rakan serumah Man sedang makan dimeja berhadapan meja aku dan Man. Rakan karib Man, Hafifi pun agak terkejut kerana tidak mengetahui perhubungan 'semula' kami. " Ira dah cukup matang untuk buat pilihan sendiri, tapi Amin rasa kalau arwah Jimmy tahu pun, dia mesti tak setuju dengan pilihan Ira ni. Okey, sebenarnya contoh yang Amin bagi tadi tak cukup kuat untuk buat Ira fikir dua kali untuk terima Man semula. Kalau betul Man nak kat Ira semula, konon nak berubah sangatlah kan, kenapa sehari sebelum Amin jumpa Ira dengan Man tu, Amin nampak Man berjalan dengan seorang perempuan yang Amin sendiri tak kenal, tapi siap peluk-peluk pinggang? Kalau betullah dia dah taubat, nak jadi seorang yang setia, kenapa dia still buat macam tu? Amin bukan nak racun fikiran Ira, kalau Ira tak percaya, Ira tanya Hafifi. Tak pun Ira tanya kawan-kawan yang lain. Ira tanya Apek ke, Syafiq ke. Diaorang semua belum buta lagi. Mata masing-masing masih boleh tengok dan kenal Khairul Azman tu. Bertahun kitaorang duduk serumah. Bau kentut pun kitaorang dah boleh hafal siapa tuannya ". " Betul ke Amin? Betul ke Hafifi?" tanyaku sambil memandang muka Hafifi, kawan terapat sekali dengan Man. Dari kecil lagi mereka hidup berjiran sehinggakan pada mulanya aku menyangka Hafifi adalah adik kepada Man lebih-lebih lagi rupa mereka yang seiras cuma bezanya Khairul Azmanku lebih kacak berbanding Hafifi. Huh! Khairul Azmanku? " Ira, Fifi bukan nak hasut Ira. Man tu dah macam abang kandung Fifi sendiri. Takkan Fifi nak burukkan dia? Tapi Fifi terlalu kesiankan Ira. Dah macam- macam yang Ira hadapi kebelakangan ni, Fifi tak sanggup tengok Ira menderita lagi. Ira pun Fifi dah anggap macam adik Fifi, sebab tu Fifi rasa, lebih baik Ira tahu keadaan yang sebenar. Fifi tahu, keadaan sebenar lebih menyeksakan dari lakonan Man. Tapi Ira kena terima hakikat ni. Lebih baik Ira tahu sekarang daripada bila Ira dah memang sayangkan dia bagai nak rak, pastu Ira tahu yang dia sebenarnya curang kat belakang Ira. Betul tak? Lagipun, Adik Man, si Ina ada cakap dengan Fifi yang Man ada bawa balik perempuan jumpa dengan mak dia. Ina cakap cantik sangat, pakai tudung. Mak dia memang dah berkenan sangat. Mak dia suruh diaorang bertunang hujung tahun ni. Ira, Fifi bukan nak mengapi-apikan Ira tapi, pernah tak Man bawa Ira balik kenalkan dengan mak ayah dia? Tak pernah kan?"
Ya ALLAH S.W.T, apakah benar apa yang dikatakan mereka? Aku serahkan segala-galanya padaMu ya ALLAH ya tuhanku. Kau tabahkan hatiku. Andai dia bukan untukku, KAU jauhkanlah dirinya dariku, KAU padamkanlah perasaan cinta dan rindu dalam hatiku untuknya. KAU berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup tanpanya. Andai benar dia untuk yang lain, KAU bukakanlah pintu hatinya untuk kembali ke jalanMU ya ALLAH. KAU bersihkanlah jiwa raganya agar menjadi hambaMU yang soleh. KAU jadikanlah dia lelaki yang setia. KAU janganlah biarkan wanita yang dia pilih itu menerima nasib yang sama denganku. KAU kekalkanlah hubungan mereka. KAU perkenankanlah permintaanku ini, sesungguhnya KAU Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
" B, boleh tak B buat something untuk D?" " Anything for my princess. Apa dia sayang?" kata Man masih meneruskan lakonannya. " Actually kita ni apa ek sayang? I mean, apa hubungan kita sebenarnya?" " Hmm..mmm..kita ni..Hmm..Okey. Macamnilah, B sayangkan D sangat-sangat. B akui B bukan yang terbaik untuk D tapi jujurnya B memang sayangkan D. I love you so much. More than everything. Tapi B sebenarnya tak bersedia untuk ada commitment lagi. D tengoklah, B pun baru dapat kerja. Tu pun tak confirm lagi sebab belum 3 bulan B kerja. Bila hidup B dah betul-betul stable, dah senang sikit, B janji, orang pertama yang B cari ialah D. D sorang je yang boleh jadi ratu kat hati B. Only you sayang. I promise. With all my heart. Tapi kalau sekarang D nak kita couple balik, memang B tak boleh nak tunaikan. B nak stablekan hidup B, supaya nanti bila kita couple balik, D dah senang. Masa tu, anytime B boleh masuk meminang D kan? Hehehe.." Ya ALLAH S.W.T.. KAU tabahkan hatiku...Man, berhentilah berlakon lagi! Aku dah tak boleh nak sabar dengan kau!!! " Betul B sayangkan D and nak D tunggu B?" " Yup. Betul sayang. Kenapa, D tak percayakan B ke?" " I trust U but kena la ada something untuk prove kan kasih sayang U tu. Betul tak?" " Something to prove? U nak I buat apa? " " Simple je. I nak U upload gambar kita berdua kat friendster U and U tukar status U jadi 'in a relationship' esok. I bagi U masa sampai pukul 5 petang. Kalau lepas pukul 5 petang I tengok kat page U still tak ada perubahan, then there's nothing between us anymore. I'm over it. I dah penat main dengan teka teki U. I dah penat sangat. U fikirlah sendiri. Kalau U serius nak kat I, U letak gambar kita tu,tapi kalau U tak letak gambar tu, maknanya U tak serius pun dengan our relationship. And lepas tu, anggap je kita takde apa-apa hubungan lagi. Jangan kacau hidup I and I pun takkan kacau hidup U. Biarlah I yang mengalah. I'm sick and tired dengan permainan tarik tali U ni. I dah penat menunggu U. Menunggu U insaf, menunggu U berubah, menunggu U setia, menunggu U jadi milik I sorang je.I dah penat menunggu B. U fikirlah masak- masak. U dah cukup matang untuk buat keputusan. I dah penat B..Penat sangat-sangat..."
Malam tu aku tak boleh nak lelapkan mata. Aku asyik terfikir apa akan jadi esok. Kalau betul dia upload gambar tu, maknanya dia memang nak serius dengan aku semula. Kalau dia betul pilih aku, akan aku setia seumur hidup dengan dia. Akan aku ubah segala yang tak betul tentang dirinya dan dalam masa yang sama, aku juga perlu berubah. Menjadi lebih baik lagi untuknya.
Pada keesokan hari....
Jam sudah menunjukkan pukul 4.50 petang. Dari tadi aku asyik refresh page Azman kerana masih berharap akan ada perubahan pada page dia. Namun harapan hanya tinggal impian apabila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, masih tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Aku nekad. Kali ini aku benar-benar nekad. Mungkin ini jalan terbaik untuk aku dan dia.Tiba- tiba handphone ku berbunyi, Along, abang sulung kepada Abang Jimmy yang menelefon. Dia menjemputku hadir ke rumah ibu bapanya untuk majlis tahlil untuk arwah kerana esok genaplah 100 hari Abang Jimmy pergi meninggalkan semua yang menyayanginya di dunia ini. Aku bersetuju dengan perlawaan Along itu dan berjanji akan menghadirkan diri esok dan aku baru tersedar ada message masuk di handphone ku. Message dari Khairul Azman. Ringkas sahaja messagenya.... ' Ira, i'm so sorry..I can't...'
Hancur luluh harapan, impian, hati dan perasaanku. Aku selalu mengharapkan kesudahan yang indah dalam hidupku seperti dalam novel, dalam filem dan dalam cerpen-cerpen. Tapi mungkinkah suatu hari aku akan mendapat kesudahan yang indah itu? Atau memang takdirku untuk mendapat kesudahan yang pudar? Bilakah aku akan mendapat mimpi yang sempurna?
Aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki. Sekarang, sudah lebih setahun aku menutup rapat pintu hatiku. Sejak aku kehilangan Abang Jimmy untuk selama-lamanya, dan aku kehilangan Khairul Azman yang kini sedang menghitung hari bahagia bersama insan yang menjadi pilihan hatinya, Syahirah, aku masih belum menemui lelaki yang berjaya membukanya semula. Wujudkah lelaki yang akan membuka pintu hatiku? Akankah ada kehadirannya? Atau mungkinkah semua lelaki sama, hanya datang mengetuk dan kemudian meninggalkanya sepi? Kisah ku lain dari yang lain. Sememangnya mimpi yang sempurna yang ku dambakan hanya akan tinggal mimpi, bukan realiti. Akhirnya Man benar-benar berubah, menjadi lelaki setia, doa ku akhirnya telah termakbul. Perubahan dia amat mengagumkan aku walaupun bukan aku yang berada disisinya untuk menyaksikan perubahan itu, namun aku berbangga dengannya. Dia mengotakan janjinya. Semoga B bahagia dengan si dia dan D disini terus mencari mimpi yang sempurna untuk D.....
best sangat-sangat jalan cerita cerpen ini..hampir-hampir seperti kisah saya sendiri...it touch me a lot..but i wish..the ending of my story are different...not that hurt...
Ya Allah, tabahkanlah hati ms bc cerpen nie... sm cm kes sy jgk.. bercinta ngan jejaka yg sngt kacak, digantung tak bertali... smpi skrg msh mencr..jika anda sm sperti 'adik' dlm crita.semoga kita ditabahkan hati dan ditemukan jodoh dengan jejaka yg benar2 jd 'mimpi yg sempurna' amin....
erm..cinta manusia mmg menyakitkn..Cinta kepada Allah la yg hakiki..Allah menyintai hambaNya yang menyintaiNya sepenuh hati dan cinta itu adalah abadi..so,fikir2 knlah..papepn congrates to da writer.i like ur story..
jika ada sesiapa yang meminta kasihmu... katakanlah ianya hanya pada Allah... jika ada sesiapa yang mminta cintamu.. katakanlah ianya pada Rasulullah.. jika ada sesiapa yang meminta kasih dan sayangmu.. katakanlah ianya pada ibu bapa... jika ada sesipa yang meminta untuk dihatimu.. maka... berikanlah inya pada yang benar2 mghargainya..
renung2knlah....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sangat-sangat jalan cerita cerpen ini..hampir-hampir seperti kisah saya sendiri...it touch me a lot..but i wish..the ending of my story are different...not that hurt...