BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, April 14, 2008
Cerpen : Kehilangan Buat Kali Kedua
Mimie
alya_mimi87@yahoo.com

Dahulu kehidupan ku bahagia, ceria dan gembira. Hari-hari yang ku lalui semuanya indah. Bila berada di dalam sebuah keluarga yang penuh dengan keceriaan dan gurau senda membuatkan aku adalah orang yang paling bertuah di dalam dunia ini kerana mempunyai keluarga yang begitu sempurna bagiku. Ibuku seorang yang penyayang, lemah-lembut, pandai menguruskan hal-hal dalam rumah tangga dan begitu penyabar. Satu sifat ibuku yang membuatkan ibu adalah idolaku dalam hidup ini adalah sifat penyabarnya. Walau dalam situasi apa pun ibuku akan sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapi segala permasalahan yang dihadapinya. Kelembutan wajah ibuku amat sesuai dengan sifatnya yang sabar itu. Mungkin inilah yang membuatkan ayahku tertarik dengan ibu suatu ketika dahulu dan sampai sekarang kasih ayah terhadap ibu tidak pernah berubah malah makin menyayangi ibu. Seperti ayah aku juga terlalu menyayangi ibu kerana ibulah aku dilahirkan di dunia ini dan berada di dalam keluarga yang cukup sempurna ini."Alya bila besar nanti nak jadi apa" Tanya ibu satu ketika dahulu."Ibu Alya nak jadi jururawat tau bu, Alya nak tolong orang sakit kalau boleh kan Alya nak tolong semua orang." kataku dengan semangat. Sebaik sahaja habis bicaraku tentang cita-citaku itu ibuku terus memelukku dengan linangan air mata dan ini membuatku rasa sikit terkejut dengan kelakuan ibuku itu. "Ibu kenapa ibu menangis? " Tanyaku. Ibu hanya menggelengkan kepala dan sambil tersenyum ibu terus memelukku dan ini membuatkan aku berasa kasih seorang ibu yang amat menyayangi diriku. Sebenarnya aku adalah satu-satunya anak kepada ibu dan ayah, ini menjadikan aku lebih disayangi di dalam keluarga ini. Pada waktu ini usiaku adalah berumur enam tahun dan aku juga mengharapkan suatu hari nanti aku akan mempunyai adik kerana kadang-kadang aku juga merasa kesepian. Aku juga seorang yang lincah pada usia kecilku. Kadangkala perbuatanku ini membuatkan ibuku keletihan untuk melayan keranahku. Pernah suatu ketika itu aku bertanya dengan ibuku soalan tentang keinginanku untuk mempunyai adik. "Bu, kalau Alya nak adik boleh tak bu? Alya rasa bosanlah selalu main sorang-sorang ni. Tapi kan bu macam mana ya nak dapat adik tu,pelikkan bu?" . Ibu hanya tersenyum mendengarkan kata-kataku itu.

Suatu hari semasa ayah di tempat kerja, sedang ibu sibuk mengemas rumah tiba-tiba ibuku pengsan di ruang temu. Aku yang ketika itu sedang leka bermain-main di ruang tamu berasa terkejut dengan kejadian tersebut lalu pergi mendekati ibuku. Aku berasa takut dan bimbang lantas pergi ke rumah jiran memberitahu kejadian yang menimpa ibuku itu. Dalam masa 15 minit kami telah sampai ke hospital dan dalam masa yang sama ayah juga telah berada di hospital. Mungkin jiranku telah menghubungi ayahku terlebih dahulu dan memberitahu hal yang menimpa ibu. Ayah kelihatan sangat bimbang dan takut. Aku tahu ayah takut akan ada sesuatu yang akan menimpa ibu. Di suatu sudut hospital ayah sedang berbicara dengan jiranku dan kemudian menoleh ke arahku. "Alya mari kita balik nak, biarlah ayahmu di sini menemani ibumu" kata Makcik Izah jiranku. "Ibu kenapa makcik? Lya nak jumpa ibu, Lya nak temankan ibu di sini ya ayah bolehkan? Kataku sambil memandang ayah. "Alya ibu hari ini kena tinggal kat hospital ayah temankan ibu, Alya tinggal dulu dengan Makcik Izah ya. Alya budak baik kan mesti dengar kata ayah ya" kata ayah lembut. Aku hanya mengangguk dan kemudian menuruti langkah Makcik Izah.

"Encik suami kepada Puan Nazirah kah" seorang jururawat bertanya kepada ayah. "Iya saya suaminya dan kenapa dengan isteri saya cik?, Tanya ayah kepada jururawat tersebut. "Sila ikut saya pergi ke bilik doktor sekarang kerana beliau ingin berjumpa dengan encik sekarang ini". Tanpa menjawab pertanyaan jururawat tersebut ayah terus mengekorinya untuk pergi berjumpa dengan doktor yang merawat ibu. Sebaik sahaja memasuki bilik doktor ayah terus bertanya tentang keadaan ibu. "Isteri encik sebenarnya tidak ada apa-apa cuma mungkin kerana isteri encik terlalu letih membuat kerja menyebabkan beliau pengsan kerana keletihan. Encik jangan bimbang, sebaik sahaja isteri encik telah sedar nanti encik boleh membawa pulang isteri dan ada satu berita baik yang saya nak beritahu encik. Tahniah sebenarnya isteri encik telah hamil dan sekarang sudah masuk dua bulan." Kata-kata doktor tersebut umpama satu kalimah yang membuatkan ayah berasa sungguh gembira. Sempat ayah memanjat kesyukuran di atas kurniaan Ilahi ini. "Encik kena pastikan isteri encik berada di dalam stabil dan tidak terlalu penat. Elakkan daripada membuat kerja terlalu banyak kerana isteri encik mesti banyakkan rehat ini untuk memastikan isteri dan anak yang dikandung berada dalam keadaan yang baik." Ayah berasa gembira dengan berita kehamilan ibu kerana selama ini ayah mengharapkan seorang anak lagi terutamanya anak lelaki. Kini mungkin impian ayah akan menjadi suatu kenyataan. Di bilik wad kelihatan ibu terbaring lesu dan sebaik saja ayah masuk ke bilik tersebut ibu terus menghadiahkan senyuman manis buat ayah. Ayah menggengam erat tangan ibu dan mengucup mesra dahi ibu tanda kasih ayah terhadap ibu. Dan kemudian sebaik sahaja selesai segala urusan di hospital ayah membawa ibu pulang ke rumah.

Aku yang sedang bermain di halaman rumah berasa gembira apabila terlihat kereta ayah memasuki perkarangan rumah dan sebaik sahaja kereta ayah berhenti kelihatan wajah ibu yang lesu turun dari kereta dan terus memelukku. "Ibu sihat? Alya rindukan ibu." Sambil memandang ayah dengan tersenyum ibu berkata,"Alya selepas ini Alya akan jadi kakak tau, jadi Alya tidak boleh nakal-nakal lagi dan Lya juga tak akan keseorangan kerana tak lama lagi Alya akan ada adik." Aku kurang faham dengan kata-kata ibu tetapi aku merasa gembira bila ibu menyebut perkataan ‘adik’ dan senyuman ayah juga membuatkan aku seakan memahaminya. Pada hujung minggu sanak saudara ayah telah datang ke rumah untuk melawat ibu dan ramai di antara mereka mengatakan selepas ini aku tidak boleh bermanja dengan ibu lagi. Ini membuatkan aku berasa jauh hati dan merajuk dengan kata-kata mereka itu walhal mereka sebenarnya hanya bergurau dengan aku. ‘Betulkah aku tidak boleh bermanja dengan kehadiran adik nanti’ bisikku dalam hati. Aku merasa gembira bila terlihat perut ibuku semakin hari semakin membesar dan aku cuba membayangkan wajah adikku nanti, mesti comel seperti aku juga. "Ibu adik Alya nantikan perempuan ke lelaki ibu?" "Ibu pun tidak tahu Alya perempuan atau lelaki kerana semua itu ketentuan Ilahi, nanti Alya akan tahu bila adik sudah keluar ya." Setiap hari ku lihat ayah sungguh ceria dan bahagia, dan setiap kali balik dari tempat kerja ayah akan membeli barang persediaan untuk adik. Terdapat bilik khas yang disediakan oleh ayah untuk adik. Cantik bilik itu setelah dihiasi oleh ayah penuh dengan peralatan permainan bayi, dan ada sebuah katil yang dihiasi dengan indah. Kadang-kadang aku merasa cemburu pula dengan bakal kehadiran adik ini kerana ayah dan ibu sibuk menguruskan persedian untuk menyambut kelahiran adik.

Pada suatu petang aku bermain-main bola di halaman rumah, ketika itu ibuku sedang menyiram pokok-pokok bunga di tapi-tapi rumah berdekatan dengan halaman rumah. Ayahku ketika itu sedang mencuci kereta, dan aku leka menendang bola mengikut arah yang aku suka. "Alya main bola tu hati-hati sikit nanti terkena ibu pula," ayah dari jauh kelihatan risau kerana ibu ketika itu berhampiran dengan tempatku bermain. Tiba-tiba aku terlihat seekor burung menghinggapi dahan pokok bunga di halaman rumah dan aku terus melontar bola yang ada di tanganku ke arah burung tersebut. Ibu yang ketika itu sedang tekun menyiram pokok bunga berasa terkejut kerana bola yang ku lontar tersebut telah mengenai ibuku. Ibu terkejut dan dengan pelahan mengurut dada sambil undur ke belakang. Aku juga berasa terkejut akan hal itu kerana aku tidak perasaan akan kehadiran ibu di pokok bunga yang sama di mana burung tadi berada. Aku lihat ibu semakin berundur ke belakang, tiba-tiba mata ku terarah satu longkang kecil yang berada di belakang ibuku. "Ibu jangan undur lagi, kat belakang ibu ada longkang" jeritku. Dan jeritanku itu telah didengari oleh ayahku dan ayah terus berlari cuba mendapatkan ibu. "Ya Allah" terdengar jeritan ibuku. "Ibu" aku menjerit bila ibuku terjatuh kerana kaki ibu sebelahnya telah termasuk di dalam longkang kecil itu. Akibat daripada jatuh itu ku lihat banyak darah telah keluar dan membasahi kain ibuku. Ayahku mendapatkan ibuku dan mendukung ibu lalu membawa ibu masuk ke dalam kereta. Mungkin ayah ingin membawa ibu ke hospital melihat keadaan ibu itu. Lalu aku juga membuka pintu kereta belakang kerana ingin ikut ayah ke hospital. Melihat kelakuan ku tiba-tiba ayah memandangku dengan rasa marah. "Alya kau keluar dari kereta ini, jangan ikut ayah kerana kaulah ibu jadi begini," nada ayah sangat tinggi dan hampir sahaja ku menangis ketika itu. Aku tetap juga duduk di bangku kereta tanpa mempedulikan amaran ayahku sedangkan dalam hati aku berasa takut dengan sikap ayah tersebut. Ayah kemudian membuka pintu kereta belakang dan menyuruh aku turun dari kereta, melihat kedegilanku ayah bertindak kasar dengan menarik tanganku untuk keluar dari kereta. Aku menangis kerana perbuatan ayah menyakiti tubuh kecilku. "Ayah sudah memberi amaran tadi main bola hati-hati dan tengok sekarang bagaimana keadaan ibumu, kalau ada apa-apa yang menimpa ibu ayah tak akan maafkan Alya," amaran ayah lalu pergi meninggalkan aku di hadapan rumah. Aku menangis semahunya pada masa itu, ‘Ibu maafkan Alya bu tak pernah dalam hati Alya terniat untuk menyakiti ibu’ bisikku dalam hati. Aku berdoa semoga ibu dan adikku selamat pulang kedua-duanya. Pada hari itu aku tidur di rumah berseorangan tanpa teman dalam keadaan kegelapan dan menanti kepulangan ayah dan ibu di bangku luar rumah. Masih bermain-main lagi kata-kata ayah kepadaku pada petang tadi ‘kalau ada apa-apa yang menimpa ibumu ayah tak akan maafkan Alya,’ aku kembali menangis dan aku sendiri tidak menyedari bila aku terlena.

Di hospital ibu telah dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Di satu sudut hospital ayah mundar-mandir dengan wajah yang risau dan tidak lama kemudian beberapa keluarga ayah dan ibu tiba di hospital. "Izam kenapa boleh jadi begini? Kenapa Nazirah boleh terjatuh pula ni?" Tanya Makcik Tania kakak kepada ayahku. Ayah hanya mendiamkan diri tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan kerana kerisauan ayah terhadap ibu. Dengan tiba-tiba pintu bilik kecemasan di buka dan seorang doktor yang merawat ibu keluar, ayah terus mendapatkan doktor dan bertanya tentang keadaan ibu. "Saya minta maaf, saya akan sedia upaya untuk menyelamatkan isteri dan anak encik. Isteri cncik terlalu mengalami pendarahan yang teruk dan hal ini amat membimbangkan saya untuk menyelamatkan keduanya, encik banyak-banyak berdoa dan bersabar ya" kata doktor lalu masuk semula ke dalam bilik kecemasan tersebut. Kata-kata doktor tersebut amat mencemaskan ayah dalam hati ayah sentiasa berdoa semoga ibu dan adik kedua-duanya selamat. "Izam bawa banyak-banyak bersabar ya, kita semua berdoa supaya isteri dan anak kamu selamat," kata Pak Ngah kepada ayah. Hampir dua jam ibu masih dirawat di dalam bilik itu, ini membuatkan ayah semakin resah. Seorang jururawat dengan cemas tiba-tiba keluar dari bilik kecemasan tersebut. "Siapa suami pesakit?" Tanya jururawat tersebut. "Saya kenapa dengan isteri saya cik, tolonglah selamatkan isteri saya cik," kata ayah kepada jururawat tersebut. "Isteri encik sekarang berada dalam keadaan kritikal dan ini amat membimbang dan doktor hanya mempunyai satu pilihan sahaja samaada menyelamatkan isteri atau anak encik. Jadi sekarang kami meminta keizinan encik untuk membuat pilihan samaada menyelamatkan isteri atau anak encik," Semua sanak saudara mengatakan nyawa ibu lebih penting dan mungkin sudah takdir ayah belum ada rezeki untuk memiliki zuriat lagi. Akhirnya ayah meminta untuk menyelamatkan nyawa ibu kerana ayah sangat menyayangi ibu. Selang beberapa minit kemudian kedengaran suara bayi menangis dan hal ini amat mengejutkan ayah. Kemudian ayah di minta masuk untuk melaungkan azan kepada bayi tersebut. Seorang bayi comel berada di pangkuan salah seorang jururawat yang bertugas dan ayah mendukung bayi tersebut dengan penuh kesyukuran ayah panjatkan kepada Ilahi kerana menyelamatkan ibu dan adik. Kelihatan wajah lesu ibu di katil memandang ayah dengan senyuman. Ayah menghampiri ibu sambil mendukung adik yang baru sahaja lahir. "Zirah tengok kita dapat bayi lelaki, terima kasih ya di atas pengorbanan Zirah kepada abang syukurlah Zirah dan bayi kita selamat," "Abang jaga anak-anak kita baik-baik ya, andai Zirah tiada nanti berilah mereka kasih sayang dengan adil kerana hanya mereka sahajalah zuriat yang mampu Zirah berikan untuk abang dan bila jumpa Alya nanti katakan kepadanya Zirah sayang Alya dengan adik dan jaga adik baik-baik ya," Ayah berasa sedih mendengarkan kata-kata ibu lalu memeluk ibu dan mengenggam erat tangan ibu dengan linangan air mata. "Zirah kenapa bercakap seperti itu, kita akan bersama-sama membesarkan mereka dan abang tidak sanggup kehilangan Zirah," Badan ibu semakin lemah dan gengaman tangan ibu semakin longgar. Tiba-tiba doktor yang merawat ibu tadi meminta ayah keluar dan sebelum itu doktor meminta keizinan dari ayah untuk melakukan pembedahan ke atas ibu. Ayah semakin panik melihat keadaan ibu dan memberi persetujuan dari atas sekeping kertas dan alangkah terkejutnya ayah apabila di atas kertas tersebut menyatakan bahawa ibu menghidap penyakit barah otak. ‘Ya Allah betapa besarnya ujian yang Engkau berikan kepadaku dan isteriku’ bisik hati kecil ayah. Terasa setiap langkah ayah begitu berat meninggalkan bilik kecemasan itu.

Di luar bilik kelihatan keluarga ayah dan ibu menunggu ayah untuk mengetahui perkembangan tentang ibu dengan wajah yang bimbang. Ayah terus memeluk Pak Ngah dengan linangan air mata dan semua yang berasa di situ berasa hairan melihat kelakuan ayah sebegitu. "Izam kenapa ni? Bagaimana dengan isteri dan anakmu?" Tanya Pak Ngah. "Anak kami selamat tapi Zirah sekarang masih di dalam bilik kerana doktor ingin melakukan pembedahan ke atas Zirah. Zirah terpaksa menjalani pembedahan sebab... Sebab..." kata-kata ayah mati di situ. "Izam kenapa dengan Zirah? Kenapa doktor ingin melakukan pembedahan ke atas Zirah?" Tok Wan ayah kepada ibu bertanya kepada ayah. "Zirah menghidap penyakit barah otak," setelah berkata begitu ayah terduduk dan menitiskan air mata kerana keadaan yang menimpa ibu dan hal yang paling ayah takutkan adalah kehilangan ibu. Semua yang berada di situ merasa sungguh terkejut dan bersedih dengan kejadian yang menimpa ibu. Mereka juga berasa terkejut kerana tidak menyangka bahawa ibu menghidap penyakit yang serius walhal selama ini ibu kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda sedikit pun berkaitan dengan penyakit yang ibu hadapi sekarang. Pintu bilik dibuka dan doktor terus melangkah menghampiri ayah. "Encik saya minta maaf kami sudah sedia upaya untuk menyelamatkan isteri encik dan saya harap encik dapat menerima semua ini dengan hati yang redha kita berserah hanya kepadaNya," kata-kata doktor umpama duri yang tajam menusuk hati yang pedihnya amat terasa bagi ayah. Ayah masuk ke dalam bilik dan menemui ibu lalu terus mendakap ibu. "Zirah jangan tinggalkan abang, abang tidak sanggup kehilangan Zirah abang nak Zirah berasa di sisi abang bersama anak-anak kita sayang." Air mata ayah kian menitis. "Abang maafkan Zirah halalkan makan dan minum Zirah selama ini, jaga anak-anak kita baik-baik ya bang." Sebelum menutup mata ibu menghadiahkan senyuman yang sangat manis buat ayah untuk kali terakhir dan pautan tangan ibu ke atas ayah semakin longgar dan akhirnya terlerai. "Zirah…. Zirah jangan tinggalkan abang sayang." Dan akhirnya ibu telah meninggalkan semuanya bukan untuk sementara tapi untuk selamanya. Dan kenyataan ini sukar untuk diterima oleh ayah. Doktor dan semua jururawat yang bertugas ketika itu turut bersedih dengan pemergian ibu. "Encik maafkan saya, penyakit yang dihadapi oleh isteri encik telah mencapai tahap yang sukar untuk dirawati dan kami tidak dapat menyelamatkan isteri encik saya harap encik banyak bersabar dan menerima semua sebagai ketentuan Ilahi." Adalah sangat sukar untuk ayah menerima kenyataan pemergian ibu ini dan semua ahli keluarga yang berada di hospital pada masa itu berasa sangat sedih dengan pemergian ibu."Izam kau banyak-banyak bersabar ya kita semua menyayangi Nazirah tapi Allah lebih menyayanginya redhalah menerima ketentuan ilahi ini, Angah nak balik dulu Alya keseorangan dan Angah nak temankan Alya malam ni," Pak Ngah turut berasa sedih dengan pemergian ibu.
Terasa sejuk tubuhku, bila mataku terbuka ku pandang sekeliling gelap gelita menyebabkan aku berasa takut. Tiba-tiba satu cahaya muncul didepanku rupanya pancaran cahaya dari sebuah kereta dan turun seseorang dari perut kereta itu. ‘Pak Ngah’ bisik kecilku. "Alya kenapa tidur di luar ini? Mari masuk sejuk kat luar ini." aku mengikut Pak Ngah masuk ke dalam rumah. "Pak Ngah ayah dan ibu mana? Sejak petang tadi ayah dan ibu tidak balik-balik lagi, ibu tidak apa-apa kan Pak Ngah?" mendengarkan pertanyaanku itu membuatkan Pak Ngah serba salah untuk menjawabnya. "Alya tidurlah dulu, Alya sudah dapat adik tau, adik lelaki nanti jaga adik baik-baik ya. Pak Ngah akan turut jaga Alya dan adik dengan kasih sayang walaupun ibu Alya sekarang berada di suatu tempat yang jauh dari kita tapi Alya kena ingat ibu Alya tetap di hati kita untuk selamanya." Sebaik sahaja menghabiskan kata-kata Pak Ngah terus menitiskan air mata. ‘Alya dan adiknya cukup kecil untuk merasa kehilangan seorang ibu dalam seusia ini. Ya Allah ujian apa yang Engkau berikan kepada mereka ini’ bisik kata hati Pak Ngah. "Pak Ngah kenapa Pak Ngah nangis?" aku merasa hairan dengan kelakuan Pak Ngah. "Tiada apa Alya tidurlah, besok adik Alya boleh pulang rumah jadi Alya kena tidur awal ya sebab nak jumpa dengan adik besok," Dan akhirnya aku terlena didakapan Pak Ngah.

Tiba-tiba aku terjaga.. ‘Ei di mana aku berada sekarang? Kenapa semuanya gelap, Pak Ngah tak pasang lampu ke tadi?’ Sedangku mencari jalan keluar dari kegelapan itu tiba-tiba muncul satu cahaya dan seorang wanita juga turut menjelma menuruti cahaya tersebut. ‘Ah ibu’ jeritku. Wanita itu adalah ibuku dan ketika itu ibu memandang tepat ke arahkku dengan senyuman yang sangat manis, aku terus berlari mendapatkan ibuku lalu memeluk erat tubuh ibuku. Ibu juga membalas pelukkanku dan memberikan ciuman manja yang penuh dengan kasih sayang dari seorang ibu. Namun pelukkan ibu semakin lama semakin longgar dan akhirnya pelukkan ibu terlerai dan melangkah pergi pelahan demi pelahan dan akhirnya meninggalkan aku berkeseorangan. ‘Ibu jangan tinggalkan Alya.. Ibu…ibu’ dan aku tersedar, apabila ku buka mata ketika itu Pak Ngah sedang lena disebelahku. Rupanya aku sedang bermimpi dan bila ku kesat mataku aku berasa pelik seperti aku baru sahaja selepas menangis. Betapa aku merindui ibuku, tidak ku sabar menunggu siang menjelma menanti kepulangan ibu dan adik di hadapan rumah.
Pusara ibu aku tinggalkan pelahan demi pelahan, mulanya tadi tanah perkuburan di penuhi dengan orang ramai, kini kian mula ditinggalkan. Sayup-sayup kedengaran suara ayah membaca surah Yassin buat ibu dan begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Sama sekali tidak ku menduga penantianku pada pagi itu membawa dua berita gembira dan sedih. Gembiranya apabila bertemu dengan adik pada masa itu dan satu berita yang sangat pedih untuk ku terima apabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu akan pergi bukan untuk sementara tapi untuk selamanya. Masa terimbau pagi yang duka pada masa itu, "Pak Ngah ayah dah balik, ayah ada bawa adik," jeritku apabila kereta ayah mula masuk ke perkarangan rumah. ‘Ei mana ibu, kenapa ayah tidak bersama ibu,’ aku berasa pelik kerana hanya ada ayah dan Makcik Tania yang berada di dalam kereta. Tiada kegembiran dan keceriaan terpancar di raut wajah ayah, malah wajah ayah nampak lesu dan sedih. Tidak lama kemudian datang sebuah van lalu berhenti di depan perkarangan rumah, dan ku perhatikan beberapa orang mengusung seseorang dan alangkah terkejutnya apabila ku lihat ibu terbaring kaku. Aku kian menghampiri ibu ku. "Ibu.. Ibu bukalah mata ibu Alya rindukan ibu," tiada reaksi dari ibu. "Alya ibu akan pergi di suatu tempat yang jauh dari kita semua dan ingatlah bahawa ibu tetap menyayangi kita walaupun ibu telah meninggalkan kita buat selamanya." Makcik Tania memelukku dengan erat apabila aku kian cuba untuk membangunkan ibu yang pada sangkaanku ibu sedang lena. Sanak saudara semakin memenuhi ruang tamu rumahku dan kedengaran bacaan ayat-ayat Al-Quran dan Yassin di legar ruang tamu. Walaupun usiaku masih kecil namun situasi pada masa itu aku mengerti apa yang telah berlaku. Ibu telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya dan apabila tubuh ibu di balut dengan kain kapan putih aku berlari mendapatkan ibu. "Ibu jangan tinggalkan Alya, Alya sayangkan ibu Alya tak nak ibu pergi ibu tak sayangkan Alya kah ibu?," ku peluk ibu sambil menangis semahu-mahunya. Beberapa orang sanak saudara ku cuba untuk meleraikan pelukan ku dari ibu ternyata pelukanku semakin erat. Aku menangis sambil memeluk tubuh kaku ibu dan semua yang ada pada masa itu berasa sangat sedih melihat tingkah lakuku. Tiba-tiba muncul ayah di hadapanku dengan wajah yang marah. "Alya pergi dari sini, kau adalah penyebab kematian ibu." Aku berasa sangat terkejut dengan tuduhan ayah tadi. Kenapa ayah merasakan aku adalah penyebab kepada pemergian ibu? Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata ayah suatu ketika dahulu. ‘Kalau ada apa-apa yang menimpa ibu ayah tak maafkan Alya’ "Izam bawa mengucap, tiada siapa-siapa penyebab kematian Nazirah semua ini sudah ketentuan ilahi ajal maut itu semua kerja Allah." Tok Wan berasa marah apabila mendengarkan tuduhan ayah yang tidak berasas kepadaku. Dan ternyata sejak pemergian ibu, ayah membenciku dan bagi ayah aku adalah penyebab kepada kematian ibu. Sampailah kini kenyataan pemergian ibu tidak dapat diterima oleh ayah. Dan sejak itu juga aku tidak merasa lagi kasih sayang seorang insan yang bernama ayah kerana ayah tetap merasakan aku adalah penyebab kepada kematian ibu.

"Alya kenapa awak menangis? Awak ada masalahkah?" Isha kawan sebilikku telah mematikan lamunanku. Betapa lamanya sudah peristiwa perit ini berlalu, kini sudah hampir lima belas tahun lalu namun ia masih segar di ingatanku. ‘Ayah bilahkah ayah akan maafkanku, berilah ruang di hatimu walau sedikit untuk ku merasakan kasih sayangmu. Andai kasihmu mampu dibeli dengan wang ringgit sanggupku perhambakan diri ini untuk mencari selautan wang untuk mendapatkan secebis kasihmu.’ Bisikku dalam hati. "Tiada apa-apa Isha, nie ah mungkin ada habuk tadi masuk ke dalam mata aku ni." Ku cuba untuk menyembunyikan sedihku dari pengetahuan Isha. Kini aku telah dewasa dan telah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital kerajaan di ibu kota. ‘Ibu hasrat Alya tercapai akhirnya bu,’ akhirnya air mata yang ku tahan tadi menitis juga. Tiba-tiba ku teringat pada seorang insan yang sangat ku rindui, ku ambil telefon bimbit dan mendail satu nombor. "Assalamualikum Asraf kat mana ni? Akak nak ajak gi makan sekarang ini boleh? Nanti tunggu akak di tempat biasa ya" aku menghubungi adikku Asraf. Terasa sedih bila mengenangkan adikku, dia tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ibu dan bagi Asraf akulah ibu dan aku jugalah kakak. Namun ayah tetap menyayangi adik dengan sepenuhnya dan walaupun dulu aku tinggal serumah dengan ayah dan adik tetapi bagi ayah kewujudanku di rumah itu seolah-olah tiada. Walaupun begitu dalam hatiku aku tetap berdoa semoga suatu hari nanti kasih ayah akan tetapku rasai sebelum ku memejam mata untuk selamanya.

Pada hujung minggu aku telah pulang ke rumah ayah untuk menjenguk ayah dan adik. Ketibaanku disambut gembira oleh adik lalu peluk erat tubuh tubuhnya. Terasa kerinduan di hatiku terhadap adik. Kemudian aku melihat kelibat ayah di kerusi laman depan rumahku. Aku melangkah mendekati ayah, "ayah apa khabar?" tanya ku lalu menghulurkan tangan tanda ingin berjabat salam dengan ayah. Tanpa menoleh ke arahku ayah bangun lalu beredar dari situ dan sebelum itu ayah sempat berkata, "kau tidak payah nak tahu pasal aku!" terasa air mata mengalir deras di wajahku. "Ayah sampai bila ayah terus membenci diriku?" Begitu seksanya hidup di dunia ini bila ada orang membenci diri kita apatah lagi orang itu adalah mereka yang amat disayangi. Adik yang melihat kejadian itu terus meluru ke arahku. "Akak maafkan ayah ya kak, Asraf faham perasaan akak dan Asraf juga harap satu hari nanti ayah akan terbuka hati untuk menerima akak dan memaafkan akak," . Terasa peningnya kepala aku secara tiba-tiba ketika itu. Pandangan ku mula berputar ku pegang kepalaku terasa berat dan sakit ntah macam mana aku jatuh pengsan ke lantai. "Akak kenapa dengan akak? Ayah akak pengsan,"laung Asraf. Laungan adik didengari ayah namun ayah tidak mempedulikan keadaan aku ketika itu. "Ayah akak pengsan ni, kita bawa akak pergi hospital ayah,"laung adik lagi. Namun ayah tidak juga mengambil kisah tentang kejadian itu. Adik memapahku masuk ke dalam rumah dan membawaku ke bilik. Dalam beberapa jam aku telah tertidur dan bila aku terjaga kelihatan adik ada di sebelah katilku. "Akak kenapa dengan akak?kenapa akak boleh pengsan akak penat ya?" Asraf mula mengajukan persoalan apabila aku mula tersedar dari tidur. "Akak tiada apa-apa dik, akak selalu juga pening kepala tapi tidak pernah pula sampai pengsan begini, jawabku sambil memberikan senyuman pada adik. Mungkin dia berasa risau dengan keadaanku ketika ini. "Tadi adik minta ayah bawa akak pergi hospital tapi ayah tak kata apa-apa pun, kalau adik pandai bawa kereta tidak payah adik minta tolong dengan ayah biar adik sendiri yang bawa akak pergi hospital." Kata-kata adik membuatkan hatiku berasa sedih, ‘sampai hati ayah langsung tidak mempedulikan aku’ bisikku.

Pada hari itu aku tidur di rumah ayah, namun ayah langsung tidak ingin berbicara apatah lagi memandang aku. Malam itu juadah makanan malam aku yang masak tapi ayah sedikitpun tidak menyentuh makanan yang di masak olehku. Kadang-kadang aku begitu terasa dengan sikap ayah ini. Betapa dalamnya diri ayah membenci diriku. Tetapi aku tidak pernah berhenti berdoa agar satu hari nanti aku sempat merasai kembali kasih ayah sebelum aku terlena untuk selamanya. Semakin hari sakit kepalaku semakin menjadi kalau dulu aku cuma berasa pening kepala dan selepas makan ubat aku akan berasa kembali sihat, namun kini ada kalanya aku akan tiba-tiba jatuh pengsan tidak kira semasa aku bekerja atau berehat. Tapi bagi aku ini semuanya adalah pekara biasa yang sangkaanku mungkin aku terlalu penat bekerja. Dan semakin hari aku semakin kerap untuk menjenguk adik dan ayah di rumah walaupun kehadiranku tidak di sambut baik oleh ayah.
Pada suatu pagi, selepas sahaja aku selesai solat subuh aku terus melangkah ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk aku dan juga Isha kawan sebilikku. Semasa hendak menuruni anak tangga kepalaku kembali terasa berat dan pening menyebabkan langkahku semasa menuruni tangga dalam keadaan tidak stabil dan secara tidak aku sedari aku telah terjatuh dan selepas itu aku langsung tidak menyedari apa-apa lagi. Sebaik sahaja aku membuka mata aku telah berada di atas katil dan ketika itu baru aku menyedari bahawa aku berada di hospital. Pintu bilik tiba-tiba terbuka dan ku lihat kelibat adik memasuki bilik dengan wajah yang sungul dan terus memelukku. Aku berasa hairan namun aku tidak dapat membalas pelukan adik kerana terasa badanku sangat lemah. "Kak, jangan tinggalkan adik ya, akaklah satu-satunya insan yang rapat dengan adik dan adik tak nak kehilangan akak." Dalam pelukkan adik menangis tetapi aku berasa pelik kenapa adik sedih sangat dengan keadaanku. "Adik kenapa ni? Akak sihatlah dik cuma pening sikit saja, adik jangan risau ya." Aku cuba menyedapkan perasaan adik. "Akak kenapa akak rahsiakan dengan adik tentang penyakit akak? Kenapa akak sembunyikan semua ini dengan adik?" aku tidak faham kenapa adik berkata begitu dan aku terkejut bila adik menyebut tentang penyakit. ‘penyakit apa yang aku hidapi?’ bisikku dalam hati. "Adik akak betul-betul tidak faham, apa yang adik tahu tentang akak? Akak betul-betul tidak faham dan akak langsung tidak tahu kenapa dengan akak dik?" Adik memandangku dengan wajah kehairanan.

Setelah diberi penjelasan oleh pihak hospital baru aku mengetahui bahawa aku sedang menghidap penyakit barah otak yang akan memungkinkan aku hanya bertahan untuk hidup dalam tempoh selama dua bulan sahaja lagi. Berita itu aku terima dengan hati yang redha, sedangkan dalam hati aku sangat sedih akan hal ini. Kini kesihatanku semakin susut, perubahan mendadak berlaku pada diriku. Tidakku menyangka penyakit yang meragut nyawa ibu satu ketika dulu kini aku pula yang mengalaminya. Mungkin dalam suratan takdir sudah tertulis akan semua ini dan satu hal yang menjadi harapan ku kini adalah mendapat kasih ayah sebelum aku pergi untuk selamanya. Adikku Asraf kini hampir setiap hari akan datang menjengukku, kadang-kadang apabila aku ditahan di hospital adik akan menemaniku malah sanggup tidur dihospital untuk menjagaku. ‘Adik maafkan akak dik, mungkin selepas ini akak akan pergi meninggalkan adik, ayah dan semua yang ada di dunia ini’, bisikku dalam hati. Namun satu hal yang teramat menyedihkan bagiku iaitu sampai kini ayah langsung tidak mempedulikan diriku walaupun ayah tahu akan hal yang menimpa aku. ‘Ya Allah Engkau bukakanlah pintu hati ayahku untuk menerima aku dan mendapat kasih ayah sebelum aku memejam mata untuk selamanya’ doaku dan doa inilah yang selalu ku baca sebelumku terlena.
Keadaanku kini semakin tenat, kalau sebelum ni aku masih mampu untuk bekerja namun sekarang aku terpaksa berhenti kerja dan hanya terbaring di atas katil. Rambutku juga mulai gugur dan ternyata aku tidak lagi selincah dahulu. Sanak saudara juga sering melawatku dan memberikan kata-kata semangat untukku, tetapi aku masih mengharap agar ayah akan datang menjengukku walaupun ia satu penantian yang aku sendiri tidak pasti. Ahli keluarga begitu marah sebenarnya dengan sikap ayah. Bagi mereka ayah amat keterlaluan sehinggalah suatu hari Pak Ngah pergi menemui ayah. "Izam kau tak kesian ke dengan anak kau sekarang ini? Kau jangan menyesal kemudian hari, keadaan Alya sekarang semakin teruk jangan bila kau dah kehilangan dia baru kau terasa pula. Kau kena fikir Izam ajal tu semua ditangan Tuhan tiada sesiapa yang menjadi penyebab kematian seseorang termasuk arwah Nazirah dahulu. Terimalah bahawa kematian isterimu disebabkan oleh penyakit yang dihadapi oleh Alya sekarang ini dan sedarlah anakmu kini sedang melawan penyakitnya sekarang". Kata-kata Pak Ngah membuatkan ayah sedar bahawa kini dia telah banyak mengabaikan diriku disebabkan peristiwa yang lalu.
Di hospital ramai sanak saudara menjengukku, keadaan aku sekarang semakin tenat dan aku menerima semua ini dengan hati yang redha. Sejak beberapa hari sudahku lihat adik menangis disisiku. "Adik akak harap pemergian akak nanti adik jangan tangisi ya, bila akak dah tak ada nanti jaga diri baik-baik ya dan satu pesan akak tolong jaga ayah ya dik dan kalau akak tidak sempat cakap dengan ayah bahawa akak sayangkan ayah tolong sampaikan dengan ayah ya dik," aku sendiri tidak dapat menahan kesedihan ini apatah sampai kini ayah masih belum lagi ku temui. Adik memelukku dengan erat dan sanak saudara yang berada di bilik itu juga turut bersedih melihat keadaan ini. Mungkin saat aku akan pergi hanya tinggal beberapa detik sahaja namun dalam hati sehingga saat aku akan memejam mata aku tetap akan menanti kehadiran ayah. Tiba-tiba pintu bilikku dibuka dan seseorang telah masuk, aku seperti bermimpi apabila ayah menghampiri katilku. "Alya maafkan ayah, maafkan kerana selama ini ayah abaikan Alya, ayah sayangkan Alya cuma ayah kalah dengan ego ayah selama ini," ayah mendakap tubuhku dengan begitu erat sekali. Aku terasa seperti mimpi dan bersyukur kerana sempat untuk memeluk ayah sebelum aku pergi dan begitu aku dambakan kasih sayang dari insan yang bergelar ayah. "Ayah terima kasih dan Alya dah maafkan ayah dari dahulu lagi Alya juga sayangkan ayah dan sekarang Alya ingin jumpa ibu restuilah pemergian Alya ayah," aku memeluk erat tubuh ayah dan kini aku mampu pergi dengan ketenangan kerana pergi dalam dakapan ayah seperti pemergian ibu juga suatu ketika dahulu. ‘Alya maafkan ayah pemergian Alya kali ini adalah kehilangan buat kali kedua bagi ayah dan semoga Alya tenang dan damai di sana bersama dengan ibu’. Bisik hati ayah dan air mata ayah makin deras mengalir. Semoga roh Alya dan ibu dicucuri rahmat. Amin.
posted by BLOGGER @ 8:27 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 15/4/08 9:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gile cte ni...
    sdih yg t'amat2...
    nk m'nangs bc cerpen ni..

     

  • At 15/4/08 12:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduh nangis ke? ambik tisu tandas ni.. lap air mata.. hehe.. sedih kan..

     

  • At 15/4/08 4:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih ar..crita nih... da meleleh air mata...da la bce kat ofis..

     

  • At 16/4/08 12:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sangat2..waa...waa..

     

  • At 17/4/08 7:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best da story.. congras pda y karang cite ni...
    meleleh air mata ni...

     

  • At 2/7/08 1:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdih sgt bc crpen nie...
    smpy keluar air mata....

     

  • At 15/12/10 5:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sangat....
    sampai meleleh air mata....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group