BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, April 16, 2008
Cerpen : Kasihku Untukmu
Sirrul Asrar
hamimmm@yahoo.com

"Saya mengaku Yang Arif. Saya yang membunuh mereka berdua."

Semua mata tertumpu pada sekujur tubuh yang berada di dalam kandang tertuduh. Suasana di dalam mahkamah agak bising setelah lelaki itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Perhatian, sila menjaga adab anda ketika berada di dalam mahkamah...!"

Hakim yang berusia hampir seabad itu memberi peringatan. Akhirnya dua orang pegawai polis menghampiri tertuduh dan ingin membawanya beredar dari situ.

" Ahmad Danial bin Mohd Abdullah, adakah awak yakin dengan kenyataan yang awak katakan sebentar tadi?"

Pertanyataan Hakim itu tidak berjawab.

"Jantan tak guna..!! Kau bunuh anak aku...!!"

Tiba-tiba seorang perempuan tua berusia dalam lingkungan 40-an menerpa ke arah lelaki tersebut sambil melemparkan kasutnya ke arah lelaki itu. Sekali lagi mahkamah menjadi kecoh dan huru-hara.

Beberapa orang pegawai polis wanita cuba mententeramkan wanita itu yang merupakan ibu kepada salah seorang mangsa yang terbunuh.

"Sekali lagi, Ahmad Danial bin Mohd Abdullah, adakah awak benar-benar mengakui kesalahan tersebut, iaitu awak dipercayai telah melakukan pembunuhan pada 27 Januari 2008, pada jam 5.30 petang hari Ahad di sebuah rumah yang beralamat, No. 21, Jalan Setia Jaya, 34570 Kuala Lumpur. Dalam kejadian tersebut, mangsa, Farah Adila binti Hassan dan Muhammad Syakir bin Abu Ali telah terbunuh."

"Saya mengaku. Dan saya tidak mahu dibicarakan. Saya terima hukuman yang akan dikenakan pada saya."

Ucap lelaki itu. Sekilas matanya memandang wajah ibu tersayang yang sayu. Tidak sanggup dia menatap wajah tua itu. Menyesal kini sudah tidak berguna. Kalaulah tidak diturutkan nafsunya, tentu semua ini takkan berlaku. Kejadian itu kembali berlegar diruang matanya.

---------------------------------------------------

"EH, abang rasa baju ni pun cantik jugak."

Danial menunjukkan sepasang baju pengantin berwarna krim bercampur biru lembut kepada tunang tersayang.

"Taknaklah abang. Yang tu lagi cantik."

Adila menolak pilihan Danial. Sebaliknya dia memilih baju berwarna kuning langsat yang bersulam labuci di hujung lengan.

"Nak yang ni ke?"

Tanya Danial seakan tidak percaya. Adila mengangguk tanpa melihat wajahnya. Setahunya, warna kegemaran tunangnya itu biru. Mengapa pulak nak pilih baju pengantin warna kuning. Tetapi diturutkan sahaja permintaan tersebut. Biarlah, mungkin Adila inginkan kelainan.


"DANIAL.........."

Bayangan wajah tunangnya diganti dengan wajah tua milik ibunya. Wanita itu berlari ke arahnya dan mendakap tubuhnya erat. Tidak tertahan mata yang melihat. Mata ibu tua itu bagai empangan air yang pecah. Air mata Danial juga turut mengalir. Sedih mengenangkan ibunya. Sudahlah dia kehilangan ayah sejak kecil, kini dia pula yang akan pergi meninggalkan ibunya.

"Danial, jangan tinggalkan ibu........."

Serak suara ibunya meruntunkan lagi hati kecil Danial. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Sempat dia mengucup pipi ibunya sebelum dua orang pegawai polis wanita datang untuk memisahkan ibunya yang enggan melepaskan dia. Saat itu juga datang dua orang pegawai polis lelaki pula. Mereka cuba memisahkan pautan dia dan ibunya. Air matanya tidak dapat dibendung. Ibunya sudah jatuh pengsan. Lututnya terasa lemah. Dia sebagai anak tidak dapat hendak memangku ibunya saat wanita itu rebah. Danial terduduk. Kakinya seolah-olah tidak berpijak di bumi.

"AHMAD DANIAl, ini adalah sel terakhir. Saya nak tanya awak sekali lagi, betul ke awak tak mahu membuat rayuan ataupun dibicarakan?"

Pertanyaan pegawai penjara itu dijawab hanya dengan gelengan. Dia melangkah masuk ke bilik yang hanya bertilamkan simen, bertiraikan besi. Semalam dia bersama teman-teman dan ibunya, hari ini dia keseorangan. Semalam lenanya dialas bantal empuk, hari ini tidurnya berbantalkan lengan.

Danial termenung. Bayangan itu datang lagi.

"ABANG, Dila mintak maaf."

"Apa yang Dila dah buat ni? Sampai hati buat abang macam ni. Abang sendiri tak pernah sentuh Dila. Tapi kenapa Dila senang-senang je buat macam ni?"

Danial tergamam. Tidak disangka wanita yang dipuja selama ini sanggup berlaku curang dengannya. Lebih menyedihkan lagi, wanita itu bakal menjadi isterinya beberapa hari sahaja lagi. Wajah lelaki disebelah tunangnya itu direnung tajam. Tangannya mengepal penumbuk. Satu tumbukan singgah di wajah lelaki itu yang hanya bertuala dan bersinglet.

Adila hanya memandang. Tidak sanggup Danial menatap wajah tunangnya yang hanya memakai baju separas lutut ketika itu. Walau sesiapa pun yang melihat situasi ini, pasti dapat mengagak apa yang berlaku.

"Kenapa Dila tak cakap dekat abang kalau Dila tak nak kita teruskan hubungan ni? Kenapa mesti buat abang macam ni? Kenapa?"

Mereka saling berpandangan. Tiba-tiba Danial dihadiahkan tumbukan oleh lelaki yang berada bersama tunangnya itu. Lelaki itu adalah kekasih lama Adila. Danial tersandar di penjuru katil. Danial bangun dan membalas kembali serangan lelaki itu. Mereka bergelut.

"Jangan dekat..! Kalau kau dekat, aku bunuh kau!!"

Lelaki itu mencapai gunting yang berada di atas meja solek dan mengacukannya ke arah Danial. Adila yang melihat perkara tersebut benar-benar terkejut. Tidak disangka teman lelakinya akan bertindak sebegitu. Danial berundur setapak ke belakang.

Tiba-tiba lelaki itu menyerangnya dan menghunuskan gunting keperutnya.

"Jangan............!"

Saat itu juga Adila menerpa dan menghalang tindakan teman lelakinya itu. Danial melihat darah memancut keluar daripada perut Adila.

"Dila, maafkan Syakir. Syakir tak sengaja. ''

Lelaki itu menghampiri tubuh Adila. Gunting yang berdarah masih berada ditangannya. Adila mencapai perlahan gunting ditangan teman lelakinya itu. Danial memangku Adila. Kasihnya pada wanita itu tidak pernah berubah walaupun sudah bertahun lamanya.

Setelah gunting itu berada ditangan Adila, dan ketika dia ingin membuang gunting itu jauh-jauh, saat itu juga teman lelakinya merampas kembali gunting tersebut dan telah menikam dirinya sendiri. Danial terkedu dan tidak sempat berbuat apa-apa.

"Abang, maafkan Dila. Maafkan Dila bang......"

Suara lunak itu tersekat-sekat.

"Abang maafkan.........."

Selepas kata-kata itu diucapkan, Adila terus memejamkan matanya.

"Dila.......Dila.........Dila.........buka mata Dila."

Danial memanggilnya berkali-kali. Tiada jawapan. Matanya melirik pula pada tubuh lelaki yang terkujur di hujung katil. Darah merah membasahi ruang lantai rumah teres dua tingkat itu.


"JANGAN bergerak!!"

Laungan suara itu tidak diendahkan. Saat tangannya digari, Danial hanya merelakan. Tubuh Adila dan juga teman lelakinya ditutup dengan plastik hitam. Beberapa orang pegawai polis menghampiri untuk melihat dengan lebih dekat tubuh yang sudah pun kaku itu.

Rumah teres dua tingkat itu ditinggalkan dengan penuh tragis. Danial kecewa dan sedih. Beberapa hari sahaja lagi akan berlangsungnya pernikahan mereka, tapi pengakhirannya pula begini. Dia mendapat tahu bahawa Adila menjalin semula hubungan dengan bekas kekasihnya. Tetapi masih dipendamkan dan dia masih boleh bersabar.

Tetapi hari ini Allah telah menunjukkan kepadanya siapa sebenarnya Adila. Selama setahun menjalin hubungan dan bertunang, tidak pernah sekali pun dia menyentuh Adila. Hari inilah buat pertama kali dan terakhirnya dia menyentuh wanita itu. Tidak disangka, wanita yang dipuja, dan bakal menjadi isterinya tidaklah sebaik yang dinginkan. Tetapi kerana sayangnya dia pada Adila, biarlah dia yang mengaku melakukan pembunuhan ini. Sudahlah mereka berdua berada dalam aib, tidak sanggup rasanya dia menambah aib mereka itu.

Biarlah apapun pandangan masyarakat padanya. Lagipun tiada erti lagi hidupnya didunia ini kerana orang yang tersayang sudah tiada.

"AHMAD DANIAL, walaupun awak tidak mahu membuat rayuan, dan ingin menerima hukuman yang bakal dijatuhkan kepada awak, tetapi awak perlulah menunggu sehingga kes ini selesai disiasat."

Danial mengangguk menandakan dia faham. Selepas bertemu pegawai penjara tersebut, dia dimasukkan semula ke dalam sel. Rasa seperti sudah bertahun dia berada di sini, padahal baru dua hari dia berada di sini.

"Nombor 2541, Ahmad Danial bin Mohd Abdullah."

Terdengar namanya dipanggil. Ini adalah kali kedua namanya dipanggil.

"Awak ada pelawat. Sila ikut saya."

Danial hanya menuruti pegawai penjara tersebut sambil diiringi dua orang pegawai polis walaupun tangannya masih bergari. Dia di bawa ke bilik pelawat.

Wajah itu lagi. Wajah yang memberikan ketenangan padanya. Terasa ringan bahunya walaupun beban yang dipikul kini teramat berat. Gagang telefon diangkat.

"Danial........."

Mata ibunya sudah berair. Perlahan-lahan air itu jatuh menuruni pipi tua milik ibunya itu.

"Ya ibu.. Ibu sihat?"

Tanyanya tersekat-sekat. Danial mencuba untuk tidak mempamerkan kesedihannya.

"Alhamdulillah. Danial macam mana? Ibu ada bawakkan makanan kegemaran Danial. Pegawai tu tak bagi, tapi...........lain kali ibu bawak lagi. Hari ni tak dapat kita makan sama. ''

Ibunya sudah teresak-esak.

"Ibu, makanan kat sini pun dah cukup baik untuk Danial bu. Ibu dah makan? Kalau belum, ibu makanlah makanan yang ibu masakkan untuk Danial tu. Kalau ibu makan, Danial pun rasa macam dah makan. Ibu jangan sedih."

"Ibu dapat rasa, bukan Danial yang buat semua ni. Kenapa tak nak merayu dan tak nak dibicarakan? Kita cari peguam ya..."

Hatinya bagai tersayat mendengar pujukan ibunya itu.

''Ibu, ni salah Danial. Biarlah Danial yang tanggung bu. Danial mintak maaf . Danial mintak ibu halalkan setiap titik air susu yang ibu dah bagi pada Danial."

Jari jemari mereka bertemu disebalik cermin kaca itu.

"Ahmad Danial, awak ada masa lagi lima minit."

Peringatan daripada pegawai penjara itu menyedarkan Danial.

"Ibu, maafkan danial ya bu. Jaga diri ibu baik-baik. Danial pergi dulu."

Ucapnya sebelum berlalu. Air mata lelakinya gugur lagi. Sedikit pun dia tidak menoleh. Dia tidak mahu ibunya melihat dia bersedih.

---------------------------------------------

SELESAI menunaikan solat Isyak, Danial meminta senaskah Yassin daripada seorang pegawai penjara yang berusia lewat 30-an apabila dia melihat lelaki itu memegang naskah tersebut. Sayu suaranya mengalunkan bacaan perlahan-lahan. Dia membacanya untuk arwah Adila dan juga Syakir. Malam sebelumnya dia bermimpikan mereka berdua. Bacaan Yassin itu disedekahkan agar dapat meringankan azab kubur orang yang telah mati.

Setelah selesai bertafakur, tiba-tiba Danial merasakan perutnya bagai dicucuk-cucuk. Pedihnya menusuk sehingga ke ulu hati. Dia menekan-nekan perutnya yang sakit. Seingatnya, dia tidak ada menghidap penyakit yang serius. Tetapi kali ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dia saat ini.


"PESAKIT ni perlu dibedah segera. Kalau tidak, bahaya. Apendiksnya sudah teruk."

Doktor yang berusia lingkungan 50-an itu memberitahu. Danial disorong masuk ke bilik bedah. Empat orang pegawai polis dan tiga orang pegawai penjara hanya menanti diluar.

Sejam kemudian doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Danial keluar dari bilik bedah.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi buat masa ni, pesakit perlu ditempatkan dihospital buat sementara waktu."

Terang doktor tersebut. Pegawai polis dan juga beberapa orang pegawai penjara yang berada disitu sekadar mengangguk.

------------------------------------------

'KENAPA tangan dia bergari?'

Gadis itu menyoal di dalam hati. Kasihan dia melihat lelaki yang terbaring di atas katil itu. Sudahlah sakit, tangan pula bergari.

"Macam mana keadaan dia hari ni?"

Pertanyaan itu mengejutkan gadis tersebut. Dia menoleh. Terdapat dua orang lelaki berseragam polis. Disisi pegawai itu dia melihat seorang wanita tua. Wanita itu menghampiri katil tempat pesakit itu terbaring.

"Maaf, saya bukan doktor di sini."

Gadis itu menjawab. Mungkin tetamu yang hadir itu menyangka dia adalah salah seorang doktor di sini. Tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Danial tiba. Dia menerangkan serba sedikit keadaan Danial. Selepas itu, dua orang pegawai polis tersebut membuka gari di tangan Danial.

"Aina buat apa dekat sini?"

"Saja je jalan-jalan. Bosan la duduk sorang-sorang kat bilik papa tu. Bukannya ada apa pun. Aina dah lapar ni. Kata nak belanja makan."

"Aina tunggu kat bawah okey, kejap lagi papa turun."

Gadis itu akur dengan permintaan papanya. Sebelum dia meninggalkan bilik pesakit itu, sempat dia menjeling nama yang tertera pada papan nama pesakit ; Ahmad Danial Mohd Abdullah. Sedap juga nama tu. Tapi, yang menjadi persoalan di hatinya, kenapa ada polis dan jugak tangannya digari? Dia penjenayah ke? Seram sejuk pula badannya apabila difikirkan.

---------------------------------------------------

"PAPA, nak tanya sikit boleh tak?"

Aina bersuara memecahkan kesunyian. Doktor Yusoff meletakkan naskah akbar yang dibaca dan menumpukan perhatian kepada anaknya.

"Yang tadi tu, pesakit papa ke?"

Soalnya lambat-lambat. Papanya sekadar mengangguk.

"Kenapa ada polis? Dia tu penjenayah ke?"

Tanyanya ragu-ragu.

"Ni hah..."

Aina menyambut huluran keratan akhbar yang dihulurkan oleh papanya.

'SEPASANG KEKASIH MATI DIBUNUH TUNANG SENDIRI'

"Apa maksud papa?"

'' Pesakit papa tulah yang dimaksudkan."

Aina seakan tidak percaya. Dia terkejut. Dari riak wajah lelaki itu, tak nampak macam orang jahat pun. Dia sempat menatap wajah lelaki itu ketika masuk secara tidak sengaja ke bilik dimana lelaki itu ditempatkan.

"Betul ke ni papa? Macam tak percaya je."

Soalnya masih ragu-ragu.

"Entahlah, papa pun macam tak percaya. Masa papa rawat dia hari tu, bila je dia sedar dari koma, terus dia ucap alhamdulillah. Bila fikir balik, takkanlah seorang penjenayah, pembunuh lagi tu, akan ucap kata-kata macam tu. Susah nak jumpa. Tapi apa pun, papa cuma jalankan tanggungjawab papa. Siapa dia, tu tak penting. Yang pasti, dia adalah pesakit papa."

Anak gadisnya mengangguk tanda mengerti.

---------------------------------------------------

DANIAL menahan suntikan ubat yang dicucuk di lengannya. Barulah terasa selesa apabila gari tangannya dibuka.


"Kenapa biar sakit ni jadi serius sampai macam ni?"

Soal Doktor Yusoff.

"Saya sendiri tak tahu saya ada penyakit ni." Danial menjawab sambil tersenyum. Doktor Yusoff juga tersenyum. Lucu pula rasanya apabila tuan punya badan tak tahu apa penyakit sendiri.


"Tolong...tolong..."

Mereka berdua berpandangan apabila mendengar jeritan orang meminta tolong. Tidak lama kemudian, pintu bilik itu ditolak dengan kuat dari luar. Seorang gadis lengkap berbaju kurung dan tudung berlari masuk.

"Papa......."

Aina berlari mendapatkan papanya. Dia terus menyorok di belakang papanya.

"Kenapa ni?"

"Tu.........."

Aina Nasuha menunjuk ke arah pintu. Kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, lengkap berpakaian hospital tersengih ke arahnya. Lelaki itu masuk dan menghampiri mereka. Doktor Yusoff menekan loceng kecemasan yang terdapat dalam bilik tersebut.

"Sayang, kenapa lari? Datang la sini."

Lelaki itu bersuara. Aina Nasuha sudah mula menangis. Doktor Yusoff pula cuba mententeramkan pesakit yang kurang siuman itu. Kenapalah pesakit itu boleh terlepas sehingga ke sini? Setakat mana sangatlah kudrat tua Doktor Yusoff untuk menahan lelaki yang kurang siuman itu.

Lelaki itu menolak kasar tubuh Doktor Yusoff. Dia menghampiri Aina Nasuha yang berdiri di kepala katil tempat Danial berbaring. Danial ingin membantu, tetapi sekuat manalah dia mampu melawan, sedangkan dia sendiri baru lepas dibedah. Danial gagahkan juga dirinya untuk bangun. Kasihan melihat Doktor Yusoff yang sudah rebah. Aina Nasuha menghampiri Danial dan dia berlindung dibelakang Danial.

"Sayang, kenapa takut dengan abang? Datangla sini. Oh, lelaki ni lah yang buat sayang jadi macam ni ya?"

Tiba-tiba lelaki itu menengking. Aina Nasuha terkejut. Tangannya menggenggam erat tangan Danial tanpa disedari. Lelaki itu semakin berani bertindak. Tangannya mencapai pasu bunga yang berada di sisi katil itu dan mengacukannya ke arah Danial.

Saat itu juga Danial terbayangkan situasi bagaimana Adila terbunuh. Adila mati kerananya, dan kali ini dia takkan biarkan ada sesiapa terkorban kerananya. Dia menghampiri lelaki itu dan merampas pasu bunga dari tangan lelaki tersebut. Mereka bergelut. Tidak lama selepas itu, datang beberapa orang kakitangan hospital dan menangkap lelaki yang kurang siuman itu.

"Sayang...........sayang.........haha......haha........"

Lelaki itu ketawa. Kemudian dia menangis. Aina Nasuha masih tidak berganjak dari sisi katil. Mungkin masih terkejut. Doktor Yusoff mendapatkan anak gadisnya itu. Dipeluk erat satu-satunya anak yang dia ada. Zuriat yang ditinggalkan oleh isterinya 25 tahun dulu. Aina Nasuha tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sejak dilahirkan kerana ibunya meninggal dunia ketika melahirkannya.

Danial yang melihat kedua anak beranak itu terharu. Sudah lama dia dahagakan kasih seorang ayah. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun. Ibunyalah yang bersusah payah membesarkannya. Tiba-tiba dia terkenangkan ibunya.

"Danial, terima kasih sebab membantu tadi. Kalau nak harapkan saya, memang tak mampu saya nak berlawan dengan kudrat orang muda. ''

"Tak ada apalah doktor, kebetulan je saya yang ada kat sini. Kalau orang lain pun, mesti akan lakukan perkara yang sama."

"Aina buat apa datang sini? Kan papa dah pesan, jangan jalan sorang-sorang."

"Bukan salah Aina. Hospital ni yang tak ada ciri-ciri keselamatan agaknya. Kenapa pesakit tu boleh terlepas sampai kat sini?"

Ujar Aina Nasuha membela diri.

"Dia tu bukan kurang siuman, cuma dia tertekan. Kalau dia tu kurang siuman, takkanlah nak letak kat sini."

"Habis, siap panggil Aina sayang. Eei, kalau macam tu papa, kurang siumanlah namanya. Dah la buat orang takut. Tertekan apa sampai macam tu sekali?"

Aina masih tidak berpuas hati. Dia duduk dikerusi yang terdapat di sisi katil Danial.

"Pressure, because of love......."

Kata-kata Doktor Yusoff menyentakkan pendengaran Danial. Dia membetulkan duduknya. Tilam empuk tidak lagi terasa kelembutannya. Serentak dengan itu Aina Nasuha memandang lelaki yang sedang duduk di atas katil. Danial. Ya, namanya Danial. Baru dia perasan, lelaki inilah yang diceritakan oleh papanya tempoh hari. Tiba-tiba sahaja tubuhnya terasa seram sejuk. Dia segera bangun dan berdiri disebelah papanya.

"Macam mana Aina tahu papa ada kat sini?"

"Aina main masuk je. Dah bilik ni yang dekat sekali. Nasib baik jumpa papa kat sini."

"Hari-hari datang hospital buat apa?"

Soal Doktor Yusoff. Aina Nasuha mencebikkan muka. Padahal Doktor Yusoff sendiri tahu dengan hobi anaknya itu. Setiap kali balik kerja ataupun waktu rehat, pasti anak gadisnya itu akan berkunjung ke hospital tempat dia bertugas. Anaknya itu sering meluangkan masa di wad kanak-kanak. Menghilangkan kebosanan katanya. Tambahan pula tempat kerja Aina Nasuha tidaklah jauh sangat dari hospital.

"Aina nak pergi dah ni."

Beritahu Aina. Doktor Yusoff buat tidak endah.

"Papa......."

"Apa lagi ni? Papa tak habis check Danial lagi."

"Pastikan sistem keselamatan hospital ni lebih baik."

Doktor Yusoff menggelengkan kepala mendengar rungutan anaknya itu. Dia kembali memeriksa kesihatan Danial.

"Papa, I talk with you. Are you with me?"

"Astagfirullahalazim, apa lagi yang tak puas hati ni?"

Tanya Doktor Yusoff. Danial sekadar memerhati. Dia membuat tafsiran sendiri. Gadis ini tentu anak kesayangan. Manja dan apabila mukanya dicebik, nampak semakin comel pula.

"Papa, lama lagi ke nak check?"

"Aik, apa kena mengenanya pulak ni? Tak faham betul papa dengan kamu ni."

"Takpelah, Aina tunggu papa habis check."

Ujarnya perlahan. Sebenarnya dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Kesan air matanya juga masih kelihatan dipipi. Manis wajah Aina Nasuha yang bertudung itu tidak jemu dipandang walaupun sekali-sekala dia menarik muka masam.

"Hmm, kalau dari tadi cakap yang Aina nak tunggu papa sebab takut nak jalan sorang-sorang kan senang."

Doktor Yusoff menyindir anaknya. Aina Nasuha sekadar tersenyum kelat. Dia menarik kerusi agak jauh dari katil Danial dan duduk di situ sambil menunggu papanya.

-----------------------------------------------

PERLAHAN-LAHAN Danial mengunyah dan menelan bubur nasi yang disuapkan kemulutnya.

"Rindunya Danial dekat ibu. Dah lama ibu tak suapkan Danial."

Luah Danial. Ibunya hanya mendiamkan diri. Jika dia mengeluarkan kata-kata, pasti matanya juga mengalirkan air. Biarlah hanya Danial yang bercakap. Sudah lama suara anaknya itu tidak didengarnya.

Hari ini dia dibenarkan makan bersama ibunya memandangkan tempoh hukuman yang bakal dijatuhkan padanya hampir tiba.

"Danial, siang malam ibu doakan Danial. Ibu tahu, Danial tak buat semua ni. Ibu yakin pertolongan Allah pasti ada untuk kita."

Danial hanya diam mendengarkan bicara ibunya itu. Dia melihat jam didinding. Ada lagi beberapa minit sebelum masa melawatnya tamat. Ingin diabadikan wajah ibunya.

"NOMBOR 2541, Ahmad Danial bin Mohd Abdullah."

Denial mendengar namanya dipanggil.

"Hari ini kamu dibenarkan membuatkan permintaan terakhir sebelum hukuman ke atas kamu dijalankan. Benarkah kamu, 2541, Ahmad Danial bin Mohd Abdullah, nombor kad pengenalan, 810203-08-6151 tidak mahu membuat sebarang rayuan pembelaan sebelum hukuman ke atas kamu dijalankan?"

Pertanyaaan pegawai penjara itu sahaja sudah cukup melemahkan anggota sendinya. Dia menggeleng. Tetapi dia berfikir sejenak, adakah tindakannya ini sama seperti membunuh diri?

"Ahmad Danial bin Mohd Abdullah, apakah permintaan terakhir kamu?"

"Saya nak jumpa ibu saya dan bagilah kami solat berjemaah bersama sebelum saya dihukum dan saya juga minta hukuman dijalankan selepas saya solat Jumaat yang terakhir esok."

Ucapnya sayu. Suasana hari ini memang terasa sayu dan syahdu. Apakah alam ini turut bersedih dan mengerti apa yang akan berlaku nanti? Esok adalah harinya. Baru sebentar tadi dia dimaklumkan bahawa permintaannya akan cuba ditunaikan, dan esok adalah tarikh keramat itu. Selepas solat Jumaat, hukuman keatasnya akan dijalankan.

Hari ini dirasakan terlalu singkat. Masih terngiang-ngiang kata-kata Doktor Yusoff kepadanya sebelum dia dibenarkan keluar dari hospital minggu lepas.


"Hidup dan mati adalah ketentuan. Walaupun bilah pisau dihujung leher kita, jika Allah tidak mengizinkan, kita takkan mati. Dan sekalipun kita memakai baju kalis peluru berlapis-lapis, jika Allah inginkan kita mati, kita tetap akan mati walaupun hanya ditusuk dengan sebilah jarum."

Puas dia memerah otak memikirkan makna kata-kata doktor yang merawatnya itu. Dia berfikir menggunakan akalnya. Berfikir dengan menjadi dirinya sendiri. Dia kini bukanlah seorang pelajar genius yang pernah menjadi sebutan suatu masa dahulu. Dia juga bukan lagi arkitek yang berjaya dan berdedikasi. Dia kini adalah Ahmad Danial Mohd Abdullah. Seorang pesalah yang menanti hukuman keatas dirinya dijalankan.

Hari ini terasa amat pantas. Malamnya bukan lagi dihadiri mimpi indah. Sedar tak sedar, suara azan Subuh kedengaran dilaungkan. Dadanya berombak kencang. Dia dibawa untuk menunaikan kewajipannya. Selesai solat Subuh, dia bertafakur. Sel yang didukinya adalah sel yang terakhir. Tidak lama kemudian, dia dibawa bertemu ibunya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat teman-temannya juga ada yang datang. Lebih mengharukan, Doktor Yusoff juga hadir.

Danial memeluk ibunya sepuas-puas hatinya. Air matanya sudah kering. Dia berbual dengan ibunya. Selepas itu dia meminta izin untuk menunaikan solat sunat bersama-sama dengan ibunya. Dia sendiri yang menjadi imam.

Jika orang disekeliling melihat pun tidak menyangka bahawa Danial adalah seorang pembunuh. Kalaulah kebenaran itu dipertontonkan, tentu sahaja dia akan dibebaskan. Tetapi itu semua tidak bererti lagi. Dia sudah kehilangan satu-satunya wanita yang dikasihi selain daripada ibunya.

Selesai soalat sunat, dia berdoa panjang. Ibunya menangis teresak-esak. Dia tidak pernah melupakan doa untuk anaknya itu. Dia bermohon agar Allah menunjukkan kebenaran yang sebenarnya. Andainya anaknya itu sudah ditakdirkan mati ditali gantung, dia mohon supaya Allah redhakan hatinya.

MASA yang ditakuti telah tiba. Jam sudah menginjak ke angka 2-30 petang. Hukuman ke atasnya akan dijalankan pada jam 3.00 petang. Danial dibawa ke tempat hukuman hendak dijalankan.

"Tubna.......ilallah...........waroja'na.........ilallah wanadimna 'ala...........ma fa'al na........"

Alunan zikir taubat tidak lekang dari bibirnya. Wajahnya tenang sahaja. Pegawai penjara yang mengiringinya turut terasa sedih. Seorang ustaz yang ditugaskan untuk mengajarkannya zikir dan ayat-ayat suci al-Quran turut mengurut belakangnya beberapa kali. Cuba untuk menguatkan semangatnya.

Kakinya sudah berada betul-betul dihadapan pintu bilik dimana hukuman akan dijalan sebentar lagi. Seakan berat kakinya melangkah masuk ke bilik itu. Masih terbayang wajah ibunya sebelum dia di bawa pergi.

"Danial, ibu sayang Danial. Jangan tinggalkan ibu............"

Beberapa kali ibunya jatuh pengsan. Dan ketika ibunya tidak sedarkan diri itulah, dia mengambil kesempatan mengucup wajah ibunya beberapa kali sebelum dibawa pergi.

"Encik, tolong sampaikan benda ni pada ibu saya."

Ucap Danial sambil menghulurkan beberapa helai kertas putih yang telah dilipat beberapa bahagian. Pegawai penjara itu menyambut dengan tenang.

"Ahmad Danial Mohd Abdullah. Sekarang, kamu ikut apa yang saya ajarkan."

Ucap ustaz yang ditugaskan untuk mengajarnya. Suara ustaz tersebut juga tersekat-sekat menahan sebak.

"Kullunafsinzaikhotulmaut...........setiap yang hidup itu pasti akan mati."

Mendengar ayat itu dilafazkan sahaja sudah cukup untuk membuatkan lututnya lemah untuk berdiri. Beberapa kali juga dia rebah terduduk. Dan beberapa kali juga dia dipapah berdiri semula.

"Asyhaduallailahaillallah.........".

"Asyhaduallailahaillallah......." Danial menurut apa yang diajarkan oleh ustaz berkenaan.

"Waasyhaduannamuhammadurrasulullah................"

"Waasyhaduannamuhammadurrasulullah................"

Baru selangkah Danial menggerakkan kakinya, dia rebah sekali lagi. Kali ini dia tidak dipapah untuk terus bangun.

Seorang pegawai penjara sedang berbisik kepada ustaz tersebut.

"Ahmad Danial Mohd Abdullah............."

Danial mengangkat wajahnya.

"Allah Maha Berkuasa....bersyukurlah kamu kepadanya. Hukuman tidak akan dijalankan pada hari ini."

Kata-kata ustaz tersebut bagai angin yang menghembus telinganya. Saat itu juga Danial sujud syukur. Masih ada harapan dan peluang dia menghirup udara dan segala nikmat milik Allah s.w.t. Dia dibawa keluar dari bilik keramat itu.


'PESALAH KES BUNUH DIBICARAKAN SEMULA'

Berita terpampang didada-dada akhbar. Cerita mengenai kisah Danial tersebar luas.

"Lelaki yang hampir menjalani hukuman gantung diberi peluang membela diri dan siasatan akan dijalankan semula kerana terdapat bukti yang meragukan. Pihak mahkamah meminta agar kes ini disiasat semula."

Aina Nasuha membaca artikel itu dengan kuat.

"What happen papa? He's your patient right?"

Soal Aina Nasuha. Doktor Yusoff menatap akhbar tersebut. Terpampang wajah Danial.

"Ya. Dia pesakit papa. Tapi kenapa jadi macam ni?"

Mereka kebingungan. Menurut akhbar itu lagi, setelah pihak polis ke tempat untuk kali kedua, mereka telah menemui sebilah gunting dipenuhi darah yang telah beku. Gunting itu ditemui terselit di belakang almari solek yang terdapat di dalam bilik tempat kejadian itu berlaku.

"Papa, boleh tak bagi Aina baca surat yang pesakit papa tu bagi? Lagipun, papa sendiri belum baca kan surat tu."

Tiba-tiba Aina Nasuha teringatkan surat tersebut. Papanya ada memberitahu bahawa lelaki itu ada mengirimkan surat melalui ibunya, mengucapkan terima kasih kerana Doktor Yusoff telah merawatnya tanpa mengira siapa dia sekalipun dia disyaki sebagai pembunuh.

"Papa, betul ke ni surat yang Danial tu bagi pada papa?"

Doktor Yusoff mengangguk. Aina Nasuha membuka surat itu perlahan-lahan. Hatinya berdebar-debar tiba-tiba. Dia membetulkan duduknya supaya lebih rapat dengan papanya.


Buat Doktor Yusoff,

Assalamualaikum...............pertama sekali saya memohon maaf andainya surat saya menggangu hidup doktor. Apapun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi merawat saya walaupun saya ni seorang penjenayah.

Sejak kecil saya dibesarkan oleh ibu. Ayah saya meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun. Saya cemburu melihat kemesraan doktor dan juga anak doktor. Kalau tak salah saya, namanya AINA NASUHA. Sedap nama tu-mata taubat-.
Saya terkenangkan ibu saya. Saya hanya ada ibu dan rakan-rakan. Ibu pula hanya ada saya. Bila saya dah tak ada, ibu tak ada sesiapa lagi. Saya mohon jasa baik doktor agar menjenguk ibu saya apabila ada masa.
Sekali lagi saya memohon ribuan kemaafan kerana menyusahkan doktor sekeluarga. Tolong tunaikan permintaan saya. Saya berharap sangat. Terima kasih.......

Ahmad Danial........


"Papa, Aina tak rasa Danial ni yang bersalah. Cuba papa fikir, takkanlah penjenayah macam dia ni, sangat emosional bila bercakap tentang perasaan. Dia betul-betul sayangkan ibu dia. Dia pun terpelajar, bukan calang-calang orang. Takkanlah semata-mata putus cinta, dia sanggup jadi pembunuh?"

Aina Nasuha membuat kesimpulan. Doktor Yusoff sekadar mengangguk beberapa kali. Menyedari sedikit sebanyak logik bicara anaknya itu.

"Papa akan cuba mintak tolong dengan Uncle Hashim. Mintak dia siasat hal ni."

"Papa nak suruh Uncle Hashim jadi peguam bela Danial ke?"

Tanya Aina Nasuha agak ragu-ragu. Masakan semudah itu papanya percayakan lelaki yang bernama Danial ini. Dia sendiri masih ragu-ragu dengan lelaki itu walaupun ada sedikit perasaan kasihan menapak di dalam hatinya kini tentang lelaki itu.

"Tak adalah sampai papa suruh Uncle Hashim jadi peguam bela untuk Danial tu, cuma papa nak dia tolong siasat je latar belakang Danial tu. Background family dia macam mana? Memang terlibat dengan jenayah ke, ataupun dia tu mangsa keadaan je."

Aina Nasuha mengangguk tanda mengerti. Dia kembali menatap lembaran putih yang bertulis sebuah puisi. Hatinya sayu tiba-tiba. 'Lagu untuk Ibu'. Itulah yang tertulis dikertas tersebut. Dia sendiri tidak pernah merasakan kasih seorang ibu.

--------------------------------------------------------

Tritt!!!!!!!!!!!Tritt!!!!!!!!!!!!

Deringan telefon bimbit tersebut mengejutkan Doktor Yusoff dari lenanya.

"Hello, assalamualaikum.. Apa? Baik, saya ke sana sekarang."

Suara Doktor Yusoff separuh menjerit apabila menerima panggilan itu. Segera dia bangun dari katil menuju ke bilik air dan membersihkan diri ala kadar. Selepas itu bersiap-siap untuk keluar. Sempat dia mengetuk bilik anaknya untuk memaklumkan perkara tersebut.

"Papa.........kenapa ni?"

Tanya Aina Nasuha sambil menggosok-gosokkan matanya beberapa kali.

"Papa dapat 'on call'. Emergency case. Papa nak pergi hospital ni. Jaga diri baik-baik."

Pesan Doktor Yusoff kepada anaknya itu.

"Emm, InsyaAllah papa. Mak Cik Yam kan ada."

Balas Aina Nasuha mengurangkan kebimbangan papanya. Mujur juga Mak Cik Yam, pembantu rumah mereka itu ada, jika tidak, takut juga dia berseorangan di banglo itu seorang diri.

"Okeylah, kalau ada apa-apa, jangan lupa call papa tau."

Pesan Doktor Yusoff lantas mengucup dahi anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia menuruni tangga untuk pergi segera menjalankan tanggungjawabnya.

"Papa....."

Langkahnya terhenti apabila terdengar anaknya memanggil. Tiba-tiba Aina Nasuha teringat sesuatu. Takkanlah tak ada doktor lain yang stand by di hospital? Kenapa pula papanya yang kena pergi?

"Kes apa papa? Takkan tak ada doktor lain yang stand by kat hospital tu?"

"Dia ni pesakit papa. Jadi, lagi baik kalau papa sendiri yang pergi tengok keadaan dia.”

Terang Doktor Yusoff. Aina Nasuha masih tidak berpuas hati. Dia dapat rasakan sesuatu. Perasaan ingin tahunya membuak-buak saat ini.

"Sapa pesakit papa tu?"

"Aina, papa dah lambat ni. Takut kes ni bertambah serius pulak nanti. Papa pergi dulu."

Balas Doktor Yusoff dan terys berlalu meninggalkan anaknya yang masih dalam tanda tanya. Akhirnya Aina Nasuha melangkah masuk ke bilik.

Lagu Untuk Ibu

Bertahun sudah ku menunggu saat ini
Akhirnya ia menjelma kini
Namun hadirnya tidak seperti ku mahu
Maafkan aku wahai ibu

Hanya doa darimu ku harapkan
Biarpun ianya amat sukar
Bukan ini yang kuimpikan
Bukan ini yang aku nantikan
Maafkan aku wahai ibu

Tabahkan hatimu ibu
Andai aku pergi dulu
Redhakanlah anakmu
Restuilah pemergianku
Maafkan aku ibu

Tanpa disedari, air matanya mengalir saat mengenangkan dirinya yang tidak pernah sekali pun dapat merasa belaian kasih seorang ibu. Puisi yang ditulis Danial ditatap, ianya benar-benar menyentuh jiwanya.

----------------------------------------------------

DUA orang anggota polis itu mengekori Doktor Yusoff masuk ke biliknya untuk berbincang dengan lebih terperinci.

"Bagaimana keadaan Danial doktor?"

Tanya salah seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor. Lama juga Doktor Yusoff membisu.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf dulu kalau apa yang bakal saya katakan nanti, sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti pihak polis."

Terang Doktor Yusoff berhati-hati. Dua orang pegawai polis itu berpandangan sesama sendiri.

"Walaupun Danial tu penjenayah yang berbahaya, tetapi dia adalah pesakit saya. Walaupun tidak berada 24 jam di hospital ini, tetapi saya berhak mengambil tahu perkembangan pesakit saya kerana saya bertanggungjawab sebagai doktor yang merawat Danial. Sekalipun dia tidak berada di bawah pengawasan saya sepanjang masa, tetapi perkembangan kesihatannya amat penting untuk saya tahu. Sebenarnya antibodi Danial tidak kuat untuk melawan penyakit yang terdapat dalam tubuhnya sekalipun apabila ia hanya dijangkiti demam. Saya rasa persekitaran yang dialaminya sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatannya."

"Maksud doktor?"

Salah seorang pegawai polis tersebut bertanya seakan tidak mengerti.

"Saya tidak menyalahkan pihak polis, tetapi keadaan tempat tinggal Danial sekarang, maksud saya, suasana penjara itu sendiri sedikit sebanyak menjadi punca penyakit yang dialami. Jika dia lewat di bawa ke hospital, berkemungkinan dia boleh dijangkiti penyakit tulang rapuh atau lebih serius lagi, boleh mengalami barah tulang. Mungkin cuaca yang terlalu sejuk dan keadaan yang tidak begitu selesa menyebabkan Danial jadi begini. Jadi, saya memohon supaya dia ditempatkan dulu di hospital ini buat sementara waktu bagi memulihkan semula kesihatannya sehingga dia betul-betul dapat bertahan dengan antibodinya sendiri tanpa bantuan dari ubat-ubatan."

Terang Doktor Yusoff panjang lebar. Kedua-dua pegawai polis itu hanya mengangguk.

"Terima kasih doktor. Kami juga ingin memohon maaf daripada kecuaian kami. Mungkin kami sedikit terlepas pandang tentang perkara-perkara seperti ini. Dan kami juga berharap semua masyarakat kita seperti doktor, sudi menegur kami walaupun sesetengah pihak sering menuding jari ke arah kami jika sesuatu kes tidak dapat diselesaikan dengan segera. Teguran doktor itu akan kami jadikan teguran yang membina buat pasukan kami. Terima kasih sekali lagi doktor. Dan buat sementara waktu, kami benarkan dahulu Danial mendapat rawatan di hospital ini di bawah pengawasan doktor."

Sejurus selepas itu, mereka bersalaman. Doktor Yusoff sedikit lega. Mujur Danial cepat di bawa ke hospital. Jika tidak, dia sendiri tidak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku. Mungkin penyakit Danial yang hanya dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja itu, boleh menjadi lebih serius.

-------------------------------------------------

AINA NASUHA membelek-belek cincin yang tersarung di jari manisnya. Kenangan itu muncul lagi. Betapa bahagianya dia saat itu.

"Aina, kenapa pakai lagi cincin tu?"

Tanpa disedari, perlakuannya itu menjadi perhatian papanya. Aina Nasuha malas mahu bersoal jawab dengan papanya. Soalan papanya itu dibiarkan sahaja berlalu pergi.

"Orang tu dah hidup bahagia sekarang. Yang Aina ni, tak habis-habis hidup dengan kenangan lalu."

Balas Doktor Yusoff. Tangannya ligat mencatatkan sesuatu di buku laporan harian milik Danial. Aina Nasuha agak terasa kerana papanya sanggup berkata begitu dihadapan orang lain.

"Papa tak patut cakap macam tu."

Aina Nasuha bersuara agak tinggi. Doktor Yusoff berpaling menoleh ke arah anaknya. Danial juga turut berbuat demikian.

Kebetulan Aina Nasuha baru pulang dari tempat kerja, dia singgah untuk melawat wad kanak-kanak seperti selalu, terlanjur sudah ada di hospital , dia singgah untuk berjumpa dengan papanya. Setiap kali itu jugalah papanya akan berada di bilik Danial. Macam dah tak ada pesakit lain yang dirawat papanya. Danial, Danial, Danial.

"Balik sekali dengan papa. Tak payahlah tumpang Syikin tu, susahkan dia pulak nak patah balik hantar Aina."

Aina Nasuha sempat menangkap butir bicara papanya. Aina Nasuha fobia untuk memandu setelah dia terlibat dengan kemalangan jalan raya dua tahun lepas. Sejak dari itu, jika hendak ke mana-mana, dia akan meminta bantuan Syikin, teman baiknya sejak dari sekolah lagi membawanya ke tempat yang ingin dituju.

"Aina tak tumpang Syikin pun, naik teksi je. Lagipun teksi tu dah tunggu kat bawah. Aina balik dulu."

Aina Nasuha membalas dan terus berlalu pergi. Doktor Yusoff menggelengkan kepala melihat telatah anaknya itu.

"Hai, tak tahulah saya Danial. Budak Aina tu terlebih manja. Nak kata saya manjakan dia sangat, tak jugak."

Luah Doktor Yusoff tiba-tiba. Danial sekadar mengukir senyum.

"Doktor tak rasa terancam ke bila merawat saya? Kan saya ni penjenayah."

"Walau siapapun awak, awak tetap pesakit saya. Sekalipun awak nak bunuh saya, biarlah saya jalankan tanggungjawab saya dulu."

Balas Doktor Yusoff tenang. Danial mengagumi kercayaan Doktor Yusoff terhadap dirinya.

"Oh ya, hari ni ibu awak tak datang ke?"

"Datang doktor, pagi tadi. Saya pun dah berbincang dengan ibu. Ibu pun harap sangat saya mengambil peguam bela dan buka semula kes ni. Lagipun baru-baru ni saya dapat tahu pihak polis terjumpa bukti baru dalam kes saya ni."

"Bagus juga kalau awak nak bela diri. Setiap orang ada haknya. Siapa tahu, apa yang terjadi pada awak ni hanyalah salah faham."

Beritahu Doktor Yusoff sebelum berlalu meninggalkan Danial keseorangan. Dia termenung. Ini bukan salah faham, ini adalah silapnya kerana mencipta kesalahan yang bukan dia sendiri lakukan.

------------------------------------------------

HARI ini sudah seminggu Danial berada di hospital. Semalam sewaktu ibunya datang melawat, dia diberitahu bahawa kesnya akan disiasat semula kerana terdapat bukti yang mengelirukan. Kenalan Doktor Yusoff yang merupakan seorang peguam sudi membantunya atas pertolongan Doktor Yusoff. Danial benar-benar sedar akan silapnya. Dia tidak sepatutnya mengaku bahawa dia yang membunuh mereka berdua semata-mata kerana kecewa. Benarlah, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah selalunya lebih baik dari apa yang kita sangkakan.

"Hai, jauh termenung."

Teguran Doktor Yusoff itu menyedarkan Danial daripada lamunannya. Dia sekadar tersenyum kelat memerhatikan doktor itu memeriksa anggota tubuhnya.

"Hari ni macam mana? How you feel?"

"Alhamdulillah, rasa makin sihat. Tulang pun dah tak rasa sengal-sengal sangat, lagi-lagi kalau cuaca sejuk."

"Baguslah kalau macam tu. Tidak ada penyakit yang tak ada penawar, kecuali mati."

Terang Doktor Yusoff.

"Terima kasih doktor sebab dah banyak bantu saya. Sampaikan salam saya untuk En. Hashim, kerana sudi jadi peguam saya."

Doktor Yusoff memandang Danial sekilas sebelum meneruskan pemeriksaannya.

"Saya bantu setakat yang mampu je Danial. Dah hampir sebulan saya jaga awak. Saya pun sedikit sebanyak dapat memahami dan menerima awak walau siapa pun awak pada pandangan orang lain. Penjenayah ataupun pembunuh, awak tetap pesakit saya. Saya takkan beza-bezakan awak dengan pesakit saya yang lain hanya kerana awak dianggap sebagai penjenayah Danial."

Danial terharu mendengar pengakuan ikhlas daripada Doktor Yusoff. Tiba-tiba dia rindukan arwah ayahnya yang sudah 15 tahun meninggalkannya.

"Hmm, kalau tak ada apa-apa, InsyaAllah, seminggu lagi awak boleh keluar dan bolehlah tumpukan sepenuh perhatian awak untuk kes awak ni nanti. Saya doakan yang terbaik buat awak."

"Doktor, kenapa doktor terlalu baik dengan saya?"

Doktor Yusoff agak pelik dengan pertanyaan Danial itu. Namun dia kembali tersenyum menatap wajah anak muda itu.

"Saya tak rasa awak ni betul-betul seorang penjenayah apatah lagi pembunuh. Saya dah hampir 30 tahun menjadi doktor, dan pernah merawat beberapa orang penjenayah. Awak dan mereka sangat berbeza. Tak ada langsung ciri-ciri penjenayah dalam diri awak Danial."

"Doktor yakin dengan apa yang doktor rasa?"

Tanya Danial masih tidak berpuas hati.

"Orang yang jahat takkan dapat berbicara dengan baik sekalipun dia cuba untuk menjadi baik. Hanya orang yang baik sahaja dapat berbual dengan penuh adab dan sopan."

Balas Doktor Yusoff sebelum membuat pemeriksaan yang terakhir kepada Danial. Danial hanya memandang wajah tua milik lelaki itu. Tenang dan damai.

--------------------------------------------

AINA NASUHA masih merajuk dengan papanya kerana kejadian di hospital tempoh hari. Masa terluangnya banyak dihabiskan di kedai bukunya dan jika berkesempatan, dia akan melawat wad kanak-kanak dan membawa buah tangan untuk mereka. Dengan itu kesunyiannya sedikit sebanyak terisi.

"Aina marahkan papa lagi ke?"

Soalan papanya dibiarkan sahaja. Aina Nasuha membetulkan tudung yang dipakai. Dia mencapai beg tangannya dan beberapa buah fail. Dia ada mesyuarat hari ni. Mesyuarat tentang cadangannya untuk membuka satu lagi kedai buku miliknya.

"Aina............"

Aina Nasuha tidak jadi melangkah.

"Papa, I'm sorry.."

Ucap Aina Nasuha sambil memeluk erat papanya.

"Hei, what happen with my daughter?"

Tanya Doktor Yusoff apabila dilihatnya Aina Nasuha mengalirkan air mata.

"Nothing. I'm okey papa. I have to go now. Shikin dah tunggu, assalamualaikum."

Aina Nasuha mengucup tangan papanya sebelum berlalu meninggalkan papanya. Terpinga-pinga Doktor Yusoff apabila melihat gelagat anak gadisnya itu. Dia bersiap-siap untuk bertemu dengan Hashim, sahabatnya yang juga merupakan peguam Danial. Dua minggu lagi perbicaraan akan dimulakan. Danial masih perlu tinggal dan mendapat rawatannya seminggu lagi. Doktor Yusoff juga berniat untuk membantu Danial. Kerana menurut siasatan yang dibuat Hashim sahabatnya itu, bukti baru yang dijumpai tidak menunjukkan bahawa Danial bersalah. Tetapi itu hanya maklumat awal yang diperolehi hasil siasatan awal pihak polis terhadap bukti baru tersebut.

---------------------------------------------

"SETELAH meneliti semua bukti yang diperolehi, mahkamah dengan ini membuat keputusan bahawa Ahmad Danial bin Mohd Abdullah tidak bersalah. Tidak terdapat sebarang kesan cap jari tertuduh pada bukti yang baru ditemui itu. Sebaliknya, hanya cap jari kedua-dua orang mangsa iaitu, Farah Adila bt Hassan dan juga pasangannya, Mohd Syakir bin Abu Ali yang terdapat pada senjata tersebut. Setelah meneliti kesemua bukti, mahkamah memutuskan bahawa kematian kedua-dua orang mangsa akibat pergaduhan kecil yang menyebabkan mangsa kedua, Mohd Syakir, telah tertikam pasangannya, Farah Adila sebelum dia bertindak menikam dirinya sendiri. Mahkamah membebaskan Ahmad Danial bin Mohd Abdullah tanpa sebarang ikat jamin."

Air mata ibunya mengalir. Danial tidak terkata. Kemanisan hidup yang disangkakan singkat, kini dapat dinikmati semula. Dia memeluk ibunya. Sudah lama pelukan itu tidak dirasainya. Dia berjabat tangan dengan En. Hashim, peguam belanya dan juga bersalaman dengan Doktor Yusoff yang banyak membantunya selama ini. Tiba-tiba Danial tercari-cari seseorang.

' Kenapa dia tidak datang? Hari ni kan hari penting dalam hidup aku. Tapi kenapa mesti aku mengharapkan kedatangan dia?'

-------------------------------------------------

PELANCARAN kedai buku terbaru milik Aina Nasuha berjalan lancar dan meriah. Dia agak kecewa kerana papanya tidak dapat hadir. Mujur juga ada teman-teman yang sudi memeriahkan majlisnya itu. Lewat petang juga baru majlisnya itu selesai.

"Wah, harap-harap lepas ni perniagaan kau bertambah majulah ye Aina. Aku sentiasa doakan kejayaan kau."

Ucap Syikin ketika sama-sama membantu Aina Nasuha mengemas kedainya setelah selesai majlis pelancaran sebentar tadi.

"I hope so."

"Aik, macam orang patah hati je bunyinya. What happen to you?"

Tanya Syikin apabila menyedari riak wajah sahabatnya yang agak keruh.

"Papa aku tu lah. Bukannya dia tak tahu hari ni pelancaran kedai aku. Tak datang pun. Dia lebih pentingkan pesakit dia tu daripada aku."

"La, dah tugas papa kau macam tu, nak buat macm mana?"

"Hello, tugas dia cuma di hospital, bukan dekat mahkamah..! Aku ni anak dia. Dia sepatutnya pentingkan aku, bukannya orang lain."

"Lain macam je bunyinya."

"Hari ni perbicaraan terakhir pesakit dia yang aku pernah cerita dekat kau dulu tu."

Syikin terdiam sejenak. Cuba mengingati apa yang pernah diberitahu oleh sahabatnya itu.

"Oh, yang tu. Anyway, kerja kita pun dah nak siap ni, tak payahlah kau nak sedih-sedih. Aku kan ada."

Pujuk Syikin. Aina Nasuha menutup pintu dan menguncinya. Mereka berjalan menuju ke kereta milik Syikin untuk pulang.

Di dalam kereta Aina Nasuha banyak termenung.

"Kau ni kenapa? Sejak akhir-akhir ni asyik termenung je aku tengok."

Pertanyaan Syikin itu membantutkan lamunan Aina Nasuha.

"Kenapa kau tak buang aje cincin tu?"

Soal Syikin. Diperhatikannya cincin yang dipakai sahabatnya itu.

"Aina, dah lebih setahun benda tu berlaku. Terimalah hakikat. Entah-entah Amir tu dah lupakan kau. Dah bahagia dengan hidup baru dia. Kau je yang tertunggu-tunggu dia."

"Dia janji dengan aku Syikin. Dia janji akan balik lepas setahun dia pergi sana. Aku yakin dia akan balik."

"Aina, itu janji sebelum dia pergi ke Australia. Sekarang ni dah setahun setengah kau tunggu dia. Apa yang kau dapat?"

"Aku akan tunggu dia. Hujung minggu ni sepatutnya hari pernikahan kami. Sapa tahu kalau dia balik. Aku akan tunggu Syikin, aku akan tunggu."

"Suka hati kaulah Aina. Aku pun tak tahu apa yang tunang kau tu dah buat sampai kau angau macam ni sekali. Aku harap-harap, dia akan muncullah sebelum tarikh pernikahan korang tu."

-------------------------------------------------

TRITT!!!!!!!!!!TRITT!!!!!!!!!!!!!

Aina Nasuha mencapai telefon bimbitnya.

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

Suara itu menyentakkan lubuk hati Aina Nasuha.

"Amir..........."

"Ya, ni Amir. Aina, kita jumpa petang ni boleh tak? Amir baru sampai dari Australia malam tadi. Kita jumpa dekat tempat biasa."

Setelah memberi kata putus, Aina Nasuha bersetuju untuk bertemu. Lebih-lebih lagi dia memang merindui lelaki itu yang sudah setahun lebih menjadi tunangnya.

AINA NASUHA tiba ditempat yang dijanjikan tepat pada masanya. Dia dapat mengecam kelibat tunangnya dari jauh lagi.

"Lama tak dengar berita. Aina apa khabar?"

Soal Amir memulakan bicara.

"Alhamdulillah. Amir?"

"Fine."

Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan restoran tersebut menghantar pesanan yang dibuat sebentar tadi.

"Aina tak payahla tunggu Amir lagi."

Aina Nasuha tersentak. Ice lemon tea yang baru diminum bagaikan tersangkut dikerongkongnya.

"Apa Amir cakap ni?"

"Dont waste your time with me. I don't love you. Amir dah ada orang lain. I have my own life now."

Aina Nasuha masih terpinga-pinga.

"Amir dah kahwin. Dah setahun. Amir pergi Australia dulu bukan sebab kerja, tapi sebab Amir nak lari dari Aina. Sebenarnya masa tu Amir dah pun kahwin. Selama ni Amir ingat Amir dapat lupakan kenangan Amir dulu, tapi bila Hanim datang balik, Amir dapat rasa yang selama ni Aina cuma tempat Amir curahkan kekecewaan. Amir baru sedar yang cinta Amir masih untuk Hanim."

"Tapi kenapa baru sekarang Amir? Amir sengaja nak main-mainkan perasaan Aina ke? Kenapa tak dari dulu Amir berterus terang yang Amir pura-pura sayangkan Aina? Kenapa buat Aina macam ni?"

Air matanya sudah tidak dapat dibendung.

"I'm so sorry. Amir takut nak kecewakan Aina."

"Apa yang Amir buat sekarang ni, lagi mengecewakan Aina."

Luah Aina Nasuha sebelum meninggalkan Amir sendirian. Amir menghantar Aina Nasuha dengan ekor mata sehingga tubuh gadis itu tenggelam dalam perut teksi.

"Amir, kenapa kau buat ni semua?"

Muncul Badrul sahabatnya tanpa disedari.

"Biarlah dia kecewa sekarang daripada dia merana seumur hidup."

"Tapi kau tak patut tipu dia macma tu sekali."

"Aku terpaksa Bad."

Badrul menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Dia sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan sahabatnya itu. Mula-mula lagi sewaktu Amir meminta Badrul menemaninya berjumpa Aina Nasuha dia tidak setuju. Walaupun Badrul tidak mengenali gadis itu, tapi dia sempat memerhatikan Amir bersama gadis itu dari jauh tadi. Dia dapat mengagak bahawa gadis itu benar-benar sayangkan Amir, sahabatnya itu.

-----------------------------------------------

"KENAPA Amir buat aku macam ni Syikin? Kenapa?"

"Sabar Aina. Semua benda ada hikmahnya."

Syikin terus memujuk sahabat baiknya itu. Mujur juga pelanggan tidak berapa ramai hari ini. Dapatlah juga dia meluangkan masa untuk sahabatnya itu.

"Assalamualaikum..........."

Syikin menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Aina Nasuha turut berbuat demikian.

"Waalaikumsalam......."

"Kalau ada masa, saya nak jumpa Cik Aina Nasuha sekejap."

Aina Nasuha memandang wajah itu berkali-kali. Akhirnya dia bersetuju untuk berbual-bual dengan tetamu yang datang tanpa diundang itu.

"Kenapa cari saya?"

"Maaflah kalau mengganggu. Saya cuma nak jumpa Cik Nasuha sekejap aja. Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Cik Nasuha dan juga Doktor Yusoff sebab dah banyak bantu saya selama ni."

"Sama-sama. Dah tanggungjawab papa saya merawat pesakit dia. Ada apa-apa lagi ke yang nak cakap? Kalau tak ada, saya nak teruskan kerja-kerja saya."

Balas Aina Nasuha acuh tak acuh. Danial sekadar menggeleng sebelum bangun meninggalkan kedai itu. Terkejut juga dia dengan layanan yang diterima. Tidak disangka kedatangannya petang itu disambut dingin oleh Aina Nasuha, gadis yang sudah mula mendapat tempat dihatinya.

"Aina, kenapa kau layan dia macam tu? Tak baik tau tak. Kalau ye pun kau marahkan si Amir tu, janganlah sampai babitkan orang lain yang tak tahu menahu pun pasal hal ni."

Syikin pula memarahinya. Sudahlah fikirannya berserabut saat ini, ditambah pula dengan leteran Syikin. Lagilah sakit kepalanya.

---------------------------------------------

"KAU kejam Amir."

Marah Badrul.

"I dont have any choice Bad."

"Kenapa kau tak berterus terang je? Kenapa kau tak cakap yang kau pergi ke Australia tu untuk jalani rawatan tumor yang kau hidapi tu. Kenapa kau burukkan diri kau depan Aina?"

"Kau takkan faham Bad. Aku sayang dia. Sebab tu aku buat semua ni. Aku tak nak bila kami kahwin, tiba-tiba aku ditakdirkan mati dan tinggalkan dia. Aku tak sanggup Bad."

"Hidup dan mati tu urusan Allah Mir, yang paling penting sekarang, kau manfaatkan umur kau. Masa yang Allah bagi untuk kau. Tunjukkan pada Aina yang kau betul-betul sayangkan dia. Bukan buat macam ni."

Badrul cuba menasihati Amir. Kasihan Badrul melihat nasib yang menimpa sahabatnya itu. Terpaksa lepaskan orang yang dicintai.

"Kalau aku ditakdirkan tak dapat bersama Aina, aku takkan halang orang lain untuk mencipta bahagia dengan dia. Aku takkan halang hak orang lain. Kalau aku tak dapat memilikinya, biarlah orang lain yang lebih layak dan sempurna menjaganya."

Sekali lagi Badrul menggelengkan kepala tanda protes. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya itu berduka semata-mata mahu melihat orang tersayang bahagia.

----------------------------------------

"KENAPA kau ni Aina? Orang kalau berkahwin, gembira. Ni kau terbalik pulak. Dari tadi masam je muka tu. Senyumlah sikit."

Syikin cuba berdiplomasi. Aina Nasuha tersenyum tawar. Dia juga tidak tahu dan tidak pasti dengan keputusan yang diambil. Dia terus sahaja menurut kehendak papanya yang ingin menjodohkan dia dengan Danial. Sedikit pun dia tidak membantah. Tetapi bayangan wajah Amir masih jelas terbayang. Amat susah untuk dia membuangnya.

"Eh, sekejap lagi akad nikah. Tok Kadi pun dah sampai tu."

Beritahu Syikin. Tetapi hal itu tidak sedikit pun mengusik nalurinya. Yang ada difikirannya hanyalah Amir. Amir, Amir,Amir. Tidak ada nama lain. Kenangan dia bersama jelas terbayang di hadapan mata.


"AMIR, nanti bila kita kahwin, Aina nak buat besar-besaran. Biar kita jadi 'Wedding of the Year.'

Amir tersenyum. Wajah tunang tersayang disebelah ditenung lama. Tangannya masih bijak mengawal stereng kereta. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Buat kecil-kecil pun apa salahnya. Kan Islam lebih galakkan kita bersederhana. Kalau besar-besar sangat, takut membazir pulak. Kan tak elok tu."

Aina Nasuha terdiam. Timbul rasa bangga dalam dirinya kerana bakal memiliki lelaki ini.

"Okey, kalau itu yang kanda mahukan, akan adinda turuti."

Aina Nasuha membalas. Kata-katanya itu mengundang tawa di bibir Amir.

"Sejak bila pulak buah hati abang ni ambil pengajian bahasa istana? Tak tahu pun."

Amir menyindir Aina Nasuha. Tawanya masih belum reda. Aina Nasuha agak terkejut dengan kata-kata tunangnya itu.

"Eh, sejak bila pulak tunang saya ni pandai 'berabang-abang' pulak ni? Tak tahu pun."

Aina Nasuha mengejek. Akhirnya tawa mereka berdua berderai.

----------------------------------------------

"ISTIGHFAR banyak-banyak."

Pesan Tok Kadi kepada Danial. Masuk yang ini sudah empat kali dia gagal melafazkan akad nikah.

"Aku nikahkan dikau, Ahmad Danial bin Mohd Abdullah dengan Aina Nasuha binti Yusoff dengan mas kahwinnya lapan puluh lapan ringgit, lapan puluh lapan sen tunai."

Lafaz daripada kadi itu disambut pula oleh Danial.

"Aku terima mas kahwinnya..............."

"Astaghfirullahalazim.................."

Untuk kali yang kelima juga Danial gagal melafazkan akad nikahnya.

"Saya rasa, eloklah saudara Danial pergi ambil wudhuk dahulu. Mohon pada Allah s.w.t supaya permudahkan urusan kita. Dan satu lagi, eloklah sekiranya, pihak keluarga pengantin perempuan, bertanya sekali lagi kepada yang empunya badan sama ada bersetuju atau tidak dengan pernikahan ini."

Kata-kata daripada Tok Kadi itu menyebabkab Doktor Yusoff dan Danial saling berpandangan.

TRITT!!!!!!!!!!!!!TRITT!!!!!!!!!!!!!!

"Hello, waalaikumsalam........"

Aina Nasuha menjawab salam yang diberi oleh pemanggil di hujung talian.

"Ya, saya Aina Nasuha. Kenapa?"

Syikin sekadar menjadi pemerhati. Suasana di bilik pengantin itu sedikit sebanyak menyesakkan pandangan matanya.

"Apa??!!"

----------------------------------------

AINA NASUHA berlari meninggalkan Danial setelah kereta yang dipandu berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk hospital. Danial menurut dari belakang.

"Macam mana keadaan dia?"

"Masih dalam ICU."

Badrul membalas pertanyaan gadis dihadapannya itu. Mungkin inilah wanita yang menyebabkan sahabatnya itu jadi begini. Tiba-tiba sahaja sewaktu balik dari jogging tadi, Amir mengadu sakit kepala dan terus jatuh pengsan. Badrul bimbang akan kemungkinan yang bakal berlaku, jadi dia mengambil keputusan menghubungi Aina Nasuha walaupun tidak mengenali gadis itu. Nombor telefon gadis itu pun diperolehi dari telefon bimbit milik Amir. Setelah agak lama barulah Badrul berjabat tangan dengan Danial.

Melaui tafsiran Badrul, mungkin lelaki itu adalah suami gadis dihadapannya ini. Melihat pakaian mereka pun sudah tahu yang mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sungguh, jika Badrul tahu hal ini, tidak mungkin dia akan mencari dan menghubungi gadis yang bernama Aina Nasuha ini.

Aina Nasuha mundar mandir dihadapan pintu kecemasan. Tidak dipedulikan mata yang memandang. Dia tahu, dalam keadaan dirinya yang masih berpakaian akad nikah tadi, dia dan juga Danial menjadi perhatian orang lain. Dia tidak peduli semua itu. Yang pasti dia hanya mampu berdoa supaya Amir selamat.

"Amir, kenapa buat semua ni? Kenapa tak berterus terang dengan Aina?"

Aina Nasuha bercakap sendiri. Dia benar-benar terkejut apabila diberitahu hal yang sebenar oleh Badrul.



"AMIR......."

Aina Nasuha memanggil separuh berbisik. Masih tiada reaksi. Jam sudah menginjak ke angka 3.00 pagi. Amir masih lagi koma walaupun doktor memberitahu saki baki tumor yang berada di dalam otaknya telah berjaya dibuang kesemuanya.

"Nasuha, kita balik dulu. Dah lewat sangat ni, nanti papa risau pulak.;;

Danial cuba memujuk.

"Tak nak. Aina nak tunggu sampai Amir sedar. Biar dia tahu Aina sanggup tunggu dia sampai bila-bila."

Danial kehilangan kata-kata. Barulah dia tahu, betapa dalamnya cinta gadis dihadapannya ini terhadap lelaki bernama Syed Amir Hakim walaupun lelaki itu kini terbaring kaku. Danial meninggalkan Aina Nasuha sendirian.

"Amir, kenapa buat macam ni?"

Tangis Aina Nasuha tidak dapat ditahan. Dia sedar akan batas-batas antara dia dan juga lelaki itu. Mujurlah akalnya masih waras untuk mempertimbangkan tindakannya. Kalau tidak, mahu sahaja dia memeluk lelaki itu. Biar Amir tahu betapa dia merinduinya. Tiba-tiba Aina Nasuha teringatkan cincin pertunangan mereka. Dia melihat jari jemari Amir. Ternyata lelaki itu masih memakai cincin tersebut. Perlahan-lahan Aina Nasuha melonggarkan rantai lehernya yang terselindung disebalik tudung yang dipakai. Dia megambil semula cincin pertunangannya bersama Amir yang digantung bersama rantainya. Cincin itu disarungkan semula kejari manisnya. Aina Nasuha tidak membuang cincin itu walaupun disaat Amir mengaku sudah mempunyai wanita lain dalam hidupnya.

-------------------------------------------------------------

"DANIAL, saya minta maaf . Saya tak boleh nak tipu diri saya sendiri. Saya tak dapat terima orang lain dalam hidup saya walaupun Amir dah tak ada."

Aina Nasuha memulakan bicara dengan penuh berhati-hati. Bimbang hati lelaki itu dilukai lagi setelah perkahwinan mereka dibatalkan apabila dia mendapat tahu yang Amir sebenarnya mereka-reka cerita dia sudah berkahwin semata-mata untuk merahsiakan penyakit yang dia hidapi daripada pengetahuannya.

"Saya faham. Saya hormat keputusan awak. Cinta dan kasih sayang tidak boleh diganti. By the way, what your planning?"

Danial menukar topik. Mencari keceriaan dalam perbualan mereka.

"Saya nak kembangkan perniagaan saya. Tapi, itupun masih dalam perancangan. Tak pasti lagi. Buat masa terdekat ni, saya nak 'relaks' dulu. "

Aina Nasuha bersuara sayu. Sudah dua bulan Amir pergi meninggalkannya. Kebahagiaan yang dikecapi hanya dapat dinikmati beberapa ketika sahaja. Amir berpesan kepadanya, agar mencari kebahagiaan sendiri. Tetapi baginya, kebahagiaan itu ada dimana sahaja, dan tidak semestinya kebahagiaan itu diperolehi melalui perkahwinan sahaja. Dia akan berusaha mencipta bahagianya walaupun bersendirian.

"Awak kecewa ke dengan semua ni?"

Pertanyaan Danial itu dibalas dengan senyuman.

"Saya tak pernah kecewa dengan semua ni. Saya bersyukur sebab saya sempat beritahu Amir yang saya betul-betul sayangkan dia. Dia tetap dalam hati saya walaupun kami tak sempat bersama. Walaupun impian tak kesampaian, tak ada siapa yang dapat gantikan tempat dia."

Danial mendengar dengan tenang.

"Hmm, sebelum terlupa, saya nak ucapkan takziah atas pemergian pak cik Yusoff. Saya minta maaf tak dapat hadir sebab masa tu saya berada di luar negara."

"It's okey."

"Hmm, rasanya sayaterpaksa balik dulu. Ada kerja yang masih perlu disiapkan. Lagipun, dah lama Syikin tunggu kat dalam kereta tu.Terima kasih kerana sudi datang ziarah kubur arwah."

Sebelum pergi, Aina Nasuha sempat mengucapkan terima kasih kepada Danial kerana selalu juga dia terserempak dengan lelaki itu ketika melawat pusara arwah papanya dan juga Amir.

" Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik buat awak. Sampaikan salam saya pada Syikin."

"InsyaAllah. "

Aina Nasuha berlalu meninggalkan tanah perkuburan yang tersemadi jasad insan yang disayangi. Mata Danial menghantar pemergian wanita itu. Sedikit pun Aina Nasuha tidak menoleh. Kini Danial sudah mendapat jawapan yang pasti mengapa lamarannya ditolak. Cinta wanita itu terlalu kuat untuk lelaki yang kini bersemadi dihadapannya.

-----------------------------------------------

AINA NASUHA berjalan menuju ke balai berlepas. Kelam kabut juga jadinya apabila Aina Nasuha membatalkan rancangan pertamanya untuk ke Indonesia. Dia tidak memaklumkan kepada sesiapa pun perubahan rancangannya itu walaupun kepada Syikin. Ketika dia ke lapangan terbang, tidak ada siapa yang menghantarnya. Dia bersendirian. Sesekali air matanya tumpah mengenangkan apa yang berlaku. Dia sempat meninggalkan nota buat Syikin. Biarlah Syikin terus menyangka dia ke Indonesia, tidak perlu dia heboh-hebohkan ke mana dia hendak pergi. Dia mengamanahkan perniagaannya kepada Syikin dan juga Badrul, sahabat baik Amir.

Aina Nasuha melangkah menuju ke balai berlepas. Dia memakai cermin mata hitam agar orang tidak perasan dia sedang menangis. Hanya beberapa ketika sahaja dia memasuki perut kapal, sedar-sedar dia kini sudah berada tinggi di atas awan. Dia mengeluarkan album dari beg tangannya. Wajah arwah papanya ditatap. Kemudian dia beralih pula menatap gambar milik tunang tersayang. Kini, kedua-dua insan yang paling disayangi telah pergi meninggalkannya.

Aina Nasuha menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah papanya yang meninggal kerana serangan jantung dan juga untuk arwah Amir. Siapa sangka, kegembiraan yang dikecapi bersama tunang tersayang hanyalah sementara. Amir pergi kerana komplikasi tumor yang dihidapinya. Air matanya menitis lagi.

"Semoga kita akan bertemu di 'sana'." Ucapnya perlahan sebelum melelapkan mata.

TAMAT
posted by BLOGGER @ 7:03 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 16/4/08 11:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tp fikr cta ttg lgu cinta 3 segi.. kunfius i....

     

  • At 17/4/08 2:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..
    awal citer dah layan..
    but.. bila amir timbul je..
    dah konfius dah.. ending xde..
    hero xleh le 2 org..
    gambatte..
    overall CONGRATS..

     

  • At 17/4/08 10:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm cam cte yg banduan tu jke
    lagu permintaan terakhir je kan

     

  • At 19/4/08 1:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam cite chenta 3 segi....tapi len skit..........

     

  • At 19/4/08 11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    a'ah laa..mule2 awl cter ni ok jerk..tpi bler tbe2 amer muncul...dah jadik ke len plak..but overall..ok laa..leh wat org nk bace smpi last coz nk tau ending kn..even cter nyer a bit long..congrats..cube lg kpd penulis..

     

  • At 25/4/08 1:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yelah,tak bes ending citer ni..
    tak tahu ni citer pasal daniel ke aina nasuha? kita pun konfius lah..
    tapi permulaan cerita ok lah, macam CINTA 3 SEGI (lagu dari penjara) kan?

     

  • At 14/6/08 12:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bencinya aku ending cmni..knp wat watk danial berakhir cm2 jek..=(

     

  • At 11/7/08 10:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    geram la ending dia xbest cite dah best.mula-mula ingat cinta 3 segi rupanya 4 segi ye.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group