Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ah, sejuknya hari ini," bisikku perlahan. Tanganku mula meraba-raba mencari alat kawalan jauh pemanas udara. Salji sudah mulai turun di luar. Suhu bilik berada di bawah paras beku. Terketar-ketar aku berjalan memasuki bilikku yang terletak di bahagian belakang rumah aku dan rakan-rakanku yang lain menyewa. Aku membuka pintu bilikku lantas terlihat seekor gorilla besar sedang tidur nyenyak di atas katilku. "Amboi-amboi Lina, sedap betul kau tidur atas katil aku ye," tengkingku sambil mencubit pipinya.
"Eh, Mira. Bila kau balik?,"tanya Lina.
"Baru je kejap tadi. Ni apasal tiba-tiba jer ko tidur kat bilik aku?" aku menyoal garang.
"Aku malas nak tidur kat bilik aku sebab sepah sangatlah. Aku dah malas nak kemas. Bukannya kau tak tahu perangai budak Nina yang suka buat sepah tu. Dah tak larat aku nak menegurnya," bebelnya panjang.
"Kau tu lembut sangat ngan dia. Mana dia nak dengar," ujarku sambil senyum menyindir.
"Aku bukan macam kau Mira garang macam harimau.. Aku jenis manusia ada kemanusiaan tau. Lagipun aku kesian tengok dia. Bertungkus-lumus setiap hari. Balik lewat malam sebab nak siapkan assignment dia tu. Lepas tu penat dan terus tidur. Manalah dia ada masa nak kemas bilik," jelas Lina.
"Orang lain pun studi jugak tapi takdelah sampai tak sempat nak kemas bilik. Dia tu suka sangat tangguhkan kerja dia. Setahu akulah assignment tu dah lama dah diberi. Pandai-pandailah nak survive kat negara orang. Kalau nak terhegeh-hegeh, buang je hasrat nak bersaing ngan mat saleh-mat saleh kat sini!" ujarku panjang lebar.
---------------------------------------
Cuti musim sejuk sudah bermula. Aku tak tahulah apa yang aku akan buat sepanjang cuti ni. Nampaknya tahun ni sama seperti tahun-tahun lepas. Aku akan relaks kat rumah sambil buat revision topic-topik yang aku kurang paham. Tambahan pula tahun depan aku ngan Lina akan mula masuk hospital untuk bedah mayat. Macam biasa aku akan beraya kat sini dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Rindu jugak kat mak kat KL. Apa khabarlah diorang sekarang? Tiba-tiba khayalanku terhenti. "Mira!" jerit Lina.
"Ada apa?"aku berlari ke ruang tamu.
"Bunga ni untuk kau," Lina menghulurkan sejambak bunga ros merah jambu.
Aku terkedu. "Siapa pulak yang bermimpi kasi aku bunga ni,Lina?" soalku tidak percaya.
"Manalah aku tahu. Ada orang tengah minat kat kau ni. Setahu akulah bunga ros merah jambu tandanya pemberi ni tengah cuba mendekati kau. Tak ada kad ke?"
" Dia tulis kat sini Happy Holiday and I really want to know you. Daripada Mr. Lover. Apa semua ni Lina? Aku tak sukalah," jeritku kuat.
Aku mencampak jambangan bunga itu ke dalam bakul sampah di penjuru ruang tamu lalu meluru masuk ke dalam bilikku. Aku termenung seketika. Pintu bilik dibuka.
"Mira, aku tahu kau benci dengan semua lelaki. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Kau tak pernah bagi peluang untuk mana-mana lelaki untuk mendampingi kau. Dah ramai kecewa kerana kau. Hisham, Anuar dan ramai lagi Cuba kau terangkan kenapa?"
"Lina, aku rasa aku masih belum bersedia untuk ini semua. Dulu aku pernah meminati seorang lelaki semasa di sekolah menengah. Dia kawan baikku. Aku selesa bila berada dengan dia. Malangnya apabila aku meluahkan isi hatiku, jawapannya negatif. Aku terlalu mencintai dia. Selepas itu hubungan kami menjadi semakin renggang dan segala-galanya berakhir begitu sahaja," ujarku dengan nada perlahan.
" Sudahlah Mira. Itu perkara yang dah lama berlalu. Kau harus mulakan hidup baru. Mungkin kau dan dia tidak dijodohkan bersama. Kenapa kau tak nak beri peluang kepada orang yang sudah pasti mencintai kau. Jangan tunggu sesuatu yang tak pasti, Mira. Aku tak nak kau jadi anak dara tua pulak," Lina ketawa kecil.
Aku hanya mampu tersenyum. Walaupun perkara tersebut telah lama berlalu, tapi kasihku untuknya semakin utuh. Khairil benar-benar telah mencuri hatiku. Aku dah lama terputus hubungan dengan dia. Semenjak menerima tawaran ke Universiti Teknologi Petronas itu dia tidak lagi menghubungi aku. Tiba-tiba aku terasa amat merinduinya. Khairi
----------------------------------------
Pagi-pagi lagi Lina sudah mula buat bising. Dia sibuk mengajakku keluar ke bandar untuk pergi berjalan-jalan. Katanya musim sejuk begini bukan selalu dapat dinikmati. Aku tahu sangat perangai budak Lina ni. Dia mesti ada temu janji dengan kekasihnya, Amin. Akulah yang selalu akan menjadi mangsa yang terpaksa menemankan dia. Namun kerana kawan aku terpaksa akur.
"Mira, cantik tak baju ni?" tanya Lina lembut.
Tanpa memandang ke arahnya aku menjawab "Lawa. Sesuai untuk date ngan balak kau tu. Perlu ke kau pakai lawa-lawa untuk lelaki?
"Eh, mana kau tahu aku nak keluar ngan dia?" Lina terkejut.
"Macamlah aku baru kenal kau. Aku tahu kalau tiba-tiba je kau nak ajak aku keluar, mesti kau nak jumpa Aminkan," jawabku lagi.
"Memang aku nak jumpa dia pun. Aku mestilah nak orang yang aku sayang gembira bila jumpa aku. Sebab tulah kena pakai cantik-cantik," jelas Lina.
Sayang? Cinta? Ah, bagiku perkataan itu sudah cukup menyeksa aku. Seksaan yang amat pedih. Sampai sekarang masih terasa. Cinta tidak pernah berlaku adil kepadaku. Perkataan sayang tidak pernah mempedulikan aku, insan yang benar-benar menginginkannya. Aku telah lama menimbus perasaan itu jauh daripada diriku. Semuanya kerana seorang lelaki . Aku tidak pernah nafikan bahawa perasaanku kepadanya masih wujud.
-----------------------------------------
Aku terpaksa berjalan dan bersiar seorang diri. Biasalah bila Lina dah jumpa kekasih yang dicintai tu, terus tak ingat aku lagi. Aku pun tak kisah sangat. Biarlah dia nak bermadu kasih. Tak sanggup aku mendengar ayat-ayat jiwang diorang tu. Aku meniti jambatan itu perlahan. Indah sungguh pandangan pagi itu. Sungguh permai dan menyenangkan. Di tangan aku terdapat sebuah buku medic. Aku tahu yang aku bakal keseorangan jadi lebih baik aku membaca. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku ingat balik fakta-fakta penting.
Tiba-tiba, entah dari mana datangnya, seorang pemuda melanggar aku. Bukuku terjatuh.
"Sorry, I didn’t mean it," dia memohon maaf.
Aku merampas buku tersebut dari tangannya. " It’s okay," aku menjawab.
"Garangnya cik adik ni! Hai nama saya Danial," dia memperkenalkan dirinya. Aku malas betul nak melayan tapi memandangkan aku berseorangan, baik aku berkenalan saja dengan dia,sekurang-kurangnya boleh hilangkan rasa boring.
"Saya Amira.," jawabku pendek.
"Cantik nama tu secantik tuannya juga,"
Aku tersenyum sinis. Itu taktik lama nak mengurat. Mesti dia ni pun macam lelaki lain yang saja nak pikat aku. Mahu saja aku beredar daripada melayan lelaki gatal macam ni tapi memandangkan aku terpaksa tunggu Lina kat sini, aku bersabar.
" Buat apa kat sini?" tanyanya lagi.
"Saja jalan-jalan. Lagipun saya tengah tunggu kawan," jawabku. "Awak buat apa pulak kat sini?"
" Saya terpaksa tunggu kawan yang tengah dating kat sana tu. Tak pasal-pasal kena teman dia,"jawabnya.
"Kawan awak nama Amin ke?" soalku.
"Ya. Mana awak kenal dia?"
"Kekasih dia, Lina tu kawan saya,"
"Samalah nasib kita ni ye,"ujarnya.
Perbualan kami terhenti apabila Lina dan Amin mendekati kami. Lina dan Amin tersenyum apabila melihat aku dan Danial. Aku tidak mengerti maksud sebenar senyuman mereka itu.
------------------------------------
Hari demi hari berlalu pantas. Sedar tak sedar aku telah berada di semester terakhir di London. Hubungan aku dengan Danial semakin akrab. Aku hanya menganggap dia tidak ubah seperti kawan-kawanku yang lain. Lina dan Amin tidak berhenti-henti menyatakan yang kami memang sepadan bersama. Sudah banyak kali aku menafikannya tetapi Lina tidak berhenti-henti meyakinkan aku bahawa sudah sampai masanya aku melupakan kisah silam dan memulakan hidup baru. Mereka beria-ia sungguh mahu menyatukan aku dengan Danial, sedangkan Danial tidak pernah melafazkan apa-apa terhadapku. Namun pantaiku takkan berubah walaupun beberapa kali dipukul badai. Begitulah diibaratkan jiwaku ini.
Petang tadi aku menerima panggilan telefon daripada Danial. Dia ingin mengajakku keluar pada cuti hujung minggu ini. Semester ini juga merupakan semester terakhir baginya di sini. Selepas ini dia bakal bergelar jurutera dan aku bakal membawa haluanku sebagai seorang doktor. Dia seolah-olah ada sesuatu yang hendak dicakapkan. Pada asalnya aku malas nak pergi, tapi setelah dirayu oleh Danial aku bersetuju juga.
------------------------------------
"Hai," sapa Danial dari belakang. Aku hanya tersenyum memandang pemuda kacak berkulit cerah itu. Danial mempunyai badan yang sasa dan tidak hairanlah ramai yang tergila-gilakan dia. Yang menghairankan aku ialah dia tidak berperangai seperti jejaka tampan yang lain. Dia seorang yang amat menghargai persahabatan. Namun dia tidak pula mempunyai kekasih. Aku tidak pernah pula bertanya tentang hubungan percintaannya dan begitu juga dengan dia. Dia amat menghormati aku sebagai seorang sahabat dan itu membuatkan aku berasa amat selesa berkawan dengannya.
"Hai, sila duduk. Janganlah segan dengan aku," gurauku.
Dia duduk dihadapanku seperti biasa. Kami memang selalu ke restoran ini jika keluar bersama. Kami berbual mengenai pelajaran dan masalah yang dihadapi. Dialah yang selalu mendengar setiap masalahku. Apabila aku ada masalah, dia dan Lina yang akan sentiasa membantuku. Aku berasa sungguh beruntung kerana mempunyai kawan sebaiknya.
" Mira, kau ingat tak hari ini hari apa?" soalnya bersungguh-sungguh.
Aku tersenyum sambil berfikir sebentar. Kemudian aku menggeleng. "4 Januari? Bukan hari jadi kau. Tak ada apa yang aku ingat tentang tarikh ini," jawabku perlahan.
Dia ketawa kecil. "Aku dah agak mesti kau takkan ingat tarikh ni. Tapi bagi aku tarikh ini amat penting. Tarikh di mana aku telah mengenali seorang insan yang amat aku hargai,"ujarnya.
Aku mengerutkan dahi kerana tidak mengerti tentang apa yang cuba disampaikannya.
"Kau tak mengertikan? Aku tahu, mungkin kau akan marah jika aku memberitahu kau tentang perkara ini. Tapi aku harus berterus-terang kepada kau.," dia berhenti seketika dan menyambung.
"Aku telah dicabar oleh lelaki-lelaki lain yang pernah cuba untuk memikat kau dulu. Mereka menyuruh aku memikat kau. Aku terus sahaja menyahutnya. Pelbagai cara aku lakukan termasuklah menghantarkan jambangan bunga kepadamu. Semuanya tidak berkesan. Kau bukan jenis perempuan yang meterialistik. Namun hanya selepas itu, aku dapat bertemu dengan kau pada tarikh ini dua tahun yang lalu. Itupun dengan bantuan Amin dan Lina lalu kita menjadi kawan," jelasnya lagi.
Aku terkedu. Aku tidak pernah menyangka lelaki yang kuanggap kawan selama ini mempunyai niat lain terhadap diriku. Aku sangka dia jujur ingin berkawan denganku. Kenapa ini berlaku?
" Jadi, inilah sebab selama ini kau berbaik-baik denganku? Kenapa kau menipu aku? Betul anggapanku selama ini yang semua lelaki adalah sama!" jeritku.
Aku meluru keluar dari restoran tersebut. Danial mengejarku dari belakang. Dia memanggil-manggil namaku namun tidakku hiraukan. Tiba-tiba…
---------------------------------------------
Sudah hampir sehari Danial tidak menyedarkan diri. Aku menyesal kerana semuanya disebabkanku. Kalau aku tidak lari keluar dari restoran itu pada hari itu, mesti perkara. ini takkan berlaku. Nasib baiklah kecederaannya tidak serius.
Aku setia menunggu di tepi katilnya. Amin, Lina dan kawan-kawannya yang lain telah lama beredar. Aku menunggu sehingga masa melawat tamat.
Danial sudah mula membuka kelopak matanya. Baguslah dia sudah sedar. Sebelum sempat dia melihatku, aku mengambil keputusan berlalu pergi. Aku tidak mahu kehadiranku mengganggu emosinya.
---------------------------------------------
" Mira, kau tak mahu berjumpa dengan Danial lagi ke? Soal Lina dengan suara yang agak perlahan seakan memujuk.
" Tak payahlah Lina. Dia tidak perlukan aku lagi. Lagipun aku bukannya penting untuk dia," jawabku.
" Aku tahu kau telah tahu segalanya. Aku sudah nasihatkan Danial supaya tidak memberitahu kau hal ini tapi dia berdegil. Katanya dia mahu kau tahu perkara yang sebenarnya," jelas Lina bersungguh-sungguh.
" Biarlah Lina segalanya telah berlalu. Aku tak mahu lagi berfikir tentang perkara ini. Aku masih menganggapnya sebagai kawanku," jawabku lagi.
" Hanya kawan? Kau tidak menerima cintanya walaupun selepas dia menyelamatkan nyawa kau semalam? Kau terlalu kejam Mira! Lina bersuara dengan nada yang agak tinggi.
" Aku tidak faham! Cinta? Kenapa aku perlu mencintainya? Kamikan cuma kawan biasa saja," aku menjawab dengan penuh kekeliruan.
" Kau tahu tak betapa dia mencintai kau selama ini? Pada mulanya memang aku teragak-agak ingin membawa dia berjumpa dengan kau tapi setelah melihat kejujurannya, aku tahu dia memang benar-benar menyayangi kau," ujar Lina.
Aku tergamam seketika. Aku tidak mengetahui bahawa Danial sebenarnya mempunyai perasaan terhadapku. Kekeliruan menguasai diriku kini. Aku tersandar di sofa. " Aku tidak mengetahuinya Lina. Kenapa dia tidak pernah menjelaskan kepadaku sebelum ini?" soalku hairan.
" Jadi dia tidak sempat memberitahu kau tentang hal ini semasa bertemu kau semalam?" soal Lina kembali.
" Tidak, dia tidak menyebut langsung mengenai cinta," jawabku.
" Pada mulanya dia memang berniat untuk menyahut cabaran kawan-kawannya yang lain tetapi setelah lama-kelamaan mengenali kau niatnya berubah kerana katanya kau mempunyai ciri-ciri yang berjaya menarik perhatiannya. Baginya kau tidak seperti perempuan lain yang selalu merapatinya kerana hartanya atau kekacakannya," jelas Lina lagi.
" Jadi kau telah lama tahu tentang perkara ini? Kenapa kau tidak beritahu aku? Kenapa Lina?" aku semakin buntu.
" Maafkan aku Mira. Danial tidak membenarkanku memberitahu pada kau. Katanya kau masih belum bersedia untuk menerimanya," kali ini suara Lina agak terketar-ketar menahan kesedihan.
------------------------------------------
Pintu rumahku diketuk. Lina berlari membuka pintu meninggalkanku termenung keseorangan. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku rasa bersalah kepada insan yang cuba berlaku jujur padaku selama ini dan cuba menyelami perasaanku sebaik mungkin.
Sudah masuk sebulan dia tidak menghubungiku. Rasa bersalah yang terpahat dalam hatiku menyebabkan aku tidak pula cuba menghubunginya. Aku tahu kesalahan aku tidak dapat dimaafkan. Sikapku yang terburu-buru dan pemarah kembali memakan diriku. Aku tidak mengerti mengapa aku amat merinduinya kini. Adakah aku sudah jatuh cinta padanya?
" Mira, ada orang nak jumpa!" jerit Lina.
Langkahku diatur longlai. Siapa sajalah yang ingin berjumpa denganku di saat fikiranku bersirat dengan seribu satu masalah yang tidak terungkai.
Aku terperanjat apabila melihat pemuda yang terpaku dihadapanku. Pemuda itu menyerahkan setangkai bunga ros kepadaku. Danial mengukir senyuman. Aku menerimanya dengan penuh kegembiraan.
"Sudikah tuan puteri keluar bersama patik?" soalnya dengan nada yang lembut.
" Masih sudikah tuan putera keluar bersama patik yang hina ini?"
"Mira, marilah kerana aku terlalu merindui kau," jawabnya.
Kami berlalu dan pergi ke jambatan di mana tempat pertama kami berjumpa dahulu.
Aku bersuara," Danial aku ingin memohon maaf atas segalanya. Aku tidak patut bertindak melulu. Aku bersalah Danial dan telah membuat kau tercedera."
"Mira, aku sanggup tercedera untuk orang yang aku paling sayangi dan aku sanggup lalui apa sahaja untuk menangi hati kau," ucapnya sambil merenung dalam mataku.
Aku menundukkan kepalaku. Adakah patut aku menerimanya cintanya? Bagaimana dengan Khairil?
" Aku tahu Mira kau masih tidak boleh menerima cinta ini. Perasaan kau masih pada lelaki yang kau pernah cintai bukan? Aku tidak mahu memaksa kau. Semuanya terpulang kepada diri kau sendiri untuk menentukannya tapi sebelum itu izinkan aku menceritakan tentang kisah cinta yang pernah aku lalui," dia berhenti seketika dan duduk di atas kerusi di tepi tasik itu. Aku mengekorinya dan duduk di sebelahnya.
"Mira, aku pernah mencintai seorang perempuan yang amat aku sanjungi. Namanya Zahira. Dia seorang perempuan yang lemah lembut dan penyayang. Percintaan kami bermula sejak kami berada di tingkatan dua. Ibu bapaku sudah mengenalinya dan merestui hubungan kami. Begitu juga dengan ibu bapanya. Tetapi takdir tidak menyebelahi kami. Walaupun cinta kami utuh tapi kami tidak sedari bahawa Allah lebih berkuasa. Aku telah kehilangannya. Dia telah menyambut panggilan Ilahi. Tiada siapa yang menyangka gadis secantiknya menghidap penyakit ulser perut. Kejadian berlaku seminggu sebelum peperiksaan SPM," Danial bangun berdiri menghadap tasik.
Hatiku agak tersentuh mendengar ceritanya itu. Aku tidak menyangka dia mengalami pengalaman yang lebih pahit berbandingku.
Danial berjalan kearahku yang masih duduk di bangku itu. Dia melutut sambil memandang tepat mataku. Aku cuba mengalihkan pandanganku.
" Mira, kau tahu selepas itu tiada lagi erti cinta dalam hidupku. Sudah ramai perempuan yang cuba memikatku tapi tiada seorang pun yang mampu melunturkan cintaku terhadap Zahira. Sehinggalah setelah dicabar oleh kawan-kawanku, aku cuba merapati kau. Pada mulanya aku dan kawan-kawanku ingin menguji sejauh mana ketegasan kau untuk menolak cinta atau adakah engkau juga seperti wanita-wanita lain yang inginkan kekayaan. Jadi mereka merasakan akulah pilihan yang paling tepat untuk kau. Namun setelah mengenali kau baru aku sedari akan kejujuran dan sikap kau yang cukup berbeza daripada gadis-gadis lain. Semenjak itu aku dapat menerima hakikat bahawa jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan. Aku memang tidak ditakdirkan untuk Zahira dan mungkin kaulah jodohku," dia kembali berdiri.
Suasana sepi buat seketika. Bunyi burung berkicauan kedengaran menyerikan petang itu. Lidahku kelu tak berbahasa. Aku masih memikirkan perasaanku terhadapnya. Aku semakin keliru. Danial duduk di sebelahku.
" Mira, alihkan pandangan kau kepadaku. Aku mahu melihat kejujuran kau sekali lagi hari ini. Aku mahukan jawapannya," dia merayu kepadaku.
"Maafkanku Danial," bisikku perlahan.
" Aku tahu kau pernah melalui dan merasai bagaimana jika cinta ditolak bukan? Kau mahu apa yang berlaku kepada kau berulang kepadaku lagi? Aku tahu kau amat mencintainya tapi berilah peluang kepada diri kau untuk berfikir dan berilah peluang kepada diriku untuk merasai cinta kau," kali ini rayuannya lebih bersungguh.
Aku tahu Danial berharap kepadaku. Bagaimana aku boleh menipu perasaanku. Aku tidak boleh menerima hakikat bahawa hati ini sudah berubah. Benar sekali aku sudah mulai mencintai lelaki di hadapanku ini tetapi aku masih keliru. Tingkah laku Danial amat berbeza berbanding Khairil. Danial seorang yang baik dan amat memahami serta bertimbang rasa. Sikapnya itu telah menawan hatiku. Tambahan pula, dia sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkanku.
Aku menoleh kepadanya dan tersenyum." Danial, aku masih keliru. Berikan aku sedikit waktu dan ruang untuk berfikir," aku menjelaskan kepadanya.
Dia tersenyum lebar. "Aku faham apa yang sedang kau alami. Fikirlah semasak-masak mungkin dan aku takkan ganggu kau buat seketika. Percayalah bahawa aku benar-benar mencintai kau," ujarnya kepadaku dengan seribu pengharapan.
" Seminggu. Aku akan beri keputusannya pada hari Ahad minggu depan di sini pada pukul dua,ok? Danial, kau jangan terlalu mengharap," kataku.
" Aku mahu kau beri keputusan yang terbaik untuk diri kau."
Aku mengalih pandanganku ke tempat lain. Sudah hampir sejam aku tunggu di sini. Bukan sekali dia lewat. Selalunya aku yang terpaksa menunggunya. Aku tahu dia sibuk dengan kerjanya. Cukuplah hanya setiap dua minggu sekali dapat berjumpa dengannya. Dia hanya duduk di darat seminggu dan kembali ke pelantar di Paka dua minggu. Aku pula sibuk dengan kerjaku di IJN (Institut Jantung Negara) sebagai Pakar Jantung.
" Merajuk ke? Sorrylah, saya janji tak buat lagi," pujuknya lagi.
" Tak mengapa. Saya dah selalu tunggu awak. Mungkin ni kerjaya kedua saya untuk tunggu awak!" jawabku agak kasar.
" Ok lah. Mungkin awak perlu bedah jantung saya dan pahatkan pada jantung saya supaya selalu menepati masa," Danial cuba berjenaka.
" Yalah saya maafkan awak. Awak ingat tak hari ni hari apa?" soalku manja.
Danial mengerutkan dahi. " Entah tak ingatlah," jawabnya ringkas.
" Tak kisahlah kalau awak tak ingat. Ini untuk awak," aku menghulurkan sebuah kotak yang berisi dengan jam. " Ini sempena anniversary kita yang ketiga," aku mengukir senyuman.
Dia menggenggam tangannya. " Maaf sekali lagi kerana terlupa tentang hari istimewa ini," kali ni dia berasa sungguh bersalah.
Kami terus makan setelah makanan sampai. Aku sudah menyangka bahawa dia takkan ingat tentang hari ini. Mungkin dia terlalu sibuk. Apabila selesai menjamu selera, pemain piano yang berada di bahagian tepi hotel Golden Palace ini seolah-olah diberi isyarat untuk memainkan lagu kegemaranku ‘BETTERMAN’ daripada Robbie Williams. Aku memandang ke arah Danial.
"Jangan ingat saya akan lakukan kesilapan buat kali kedua. Mestilah saya ingat hari istimewa ini. Betapa susahnya saya berusaha meyakinkan awak. 14 Februari 2012, saya takkan lupa lagi," Danial bangun dan berjalan ke arahku. Dia kemudiannya melutut.
Aku berasa sungguh malu kerana semua pelanggan yang lain memerhatikan kami.
" Amira, sudikah kau menjadi permaisuri hatiku yang sah?" dia mengucapkannya sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian.
Aku tergamam. Hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupku. Akhirnya aku akan memilikinya. Aku hanya mampu tertunduk malu. Danial menyarungkan cincin di jari manisku.
-----------------------------------------------
Aku terpaksa memandu ke Terengganu untuk bertemu dengan ibu bapa Danial pada hari Ahad ini. Pada mulanya aku ingin ke sana dengan kapal terbang tetapi setelah aku merancang dengan kawan baikku, Nuriah untuk melawat sekolah lama kami di Kuala Terengganu, aku mengambil keputusan untuk memandu ke sana. Jantungku berdebar-debar. Bagaimana aku akan menghadapinya. Aku akan berjumpa ibu bapanya lusa. Sementara itu aku menginap di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu bersama Nuriah. Esok aku akan melawat ke sekolah lamaku yang meninggalkan pelbagai peristiwa pahit manis.
--------------------------------------
Papan tanda ‘Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu’ di hadapan pintu masuk itu masih tersergam indah. Nuriah mencuit aku.
"Kau masih ingat lagi kisah hari terakhir kita di maktab ni?" soalnya dengan nada gurauan.
" Itu kisah lama Nur. Aku dah nak kahwin pun," aku tersenyum. Hari terakhir di maktablah di mana aku telah memberitahu Khairil tentang segalanya. Khairil seorang ketua pelajar yang kacak dan berkarisma. Bukan aku seorang saja yang tergila-gilakan dia. Aku tidak mahu lagi mengingati kejadian yang telah mengguris hatiku dulu.
"Nur, kau beritahu pada Fariz tak pasal kisah cinta kau dengan Azlan dulu?" tanyaku mengusik.
" Mestilah. Aku anggap Azlan sebagai cinta monyetku saja. Lagipun takkanlah Fariz nak cemburu tentang hal tu," Nur menjawab selamba.
"Nur, siapa jaga anak kau, Dalila kat rumah?" tanyaku sekadar ingin tahu.
"Aku hantarkan kejap kat rumah mak aku. Demi kau aku sanggup temankan, Mira," jawabnya pula.
------------------------------------------------
Telefon bimbitku berbunyi, "Hello Mira. Saya ada kat bawah ni. Cepatlah turun. Ajak kawan awak sekali sebab saya pun bawa teman sekerja saya,"
" Sebentar ye. Lagi lima minit saya turun," aku segera bersiap.
" Hai Danial. Perkenalkan kawan baik saya, Nuriah," aku memperkenalkan mereka. " Kawan saya ke tandas sebentar. Bolehlah kita order makanan dulu" jelas Danial.
Tiba-tiba seorang lelaki yang mempunyai rupa yang agak familiar berjalan dan duduk di sebelah Danial. Aku cuba mengingati rupa itu. Otakku berputar ligat.
"Khairil kan?" soal Nur.
Lelaki itu mengangguk.
" Awak kenal dia?" soal Danial kepada Nur.
" Ya. Dia ex-schoolmate saya dan Mira. lagipun dia ketua pelajar. Betul tak Mira?" soal Nur kepadaku.
Baru aku teringat siapa lelaki ni. Dia dengan cermin matanya tidak ubah seperti dia sepuluh tahun yang lepas. Aku masih terkedu.
" Ya. Be.. betul dia ex-classmate saya waktu form 4," aku tergagap-gagap.
"Aku tak sangka akan dapat jumpa Mira dan Nur di sini. Jadi, Mira yang kau selalu cerita kepadaku ialah Mira yang amat aku kenali?" Khairil mengajukan soalan kepada Danial.
" Inilah Miranya. Mira yang bakal menjadi permaisuri hati aku," jawab Danial dengan cukup yakin.
Mereka terus berbual rancak. Aku agak senyap malam itu. Kenapa aku mesti berjumpa dengan dia di sini? Dia masih belum berkahwin dan menurutnya dia belum mempunyai calon yang sesuai.
" Mira, kau kenal tak mana-mana budak perempuan yang pernah minat dia? Khairil kata dia mahu berjumpa budak itu dan cuba memenangi hatinya semula. Mungkin budak itu lebih sesuai untuknya," soal Danial.
Aku terus terdiam. Jantung aku seolah-olah berhenti berfungsi. Peluh mengalir di dahiku. Adakah aku budak perempuan yang dimaksudkan. Nur memandang ke arahku. Dia faham aku tidak dapat menjawab soalan itu. Khairil pula tertunduk kerana rahsianya sudah dibocorkan dan dia berasa malu. Mujurlah Nur menyelamatkan keadaan.
" Oh, budak perempuan yang selalu digosip dengan kau tu,ye. Aku kenal dia. Dia dah kahwin tak silap aku. Namanya Sarinah kan?" soal Nur kepada Khairil untuk menyelamatkan keadaan.
"Ya..Ya.. dialah yang aku maksudkan," Khairil menjawab dengan teragak-agak.
Mujurlah Danial tidak tahu mengenai hal itu. Aku tak mahu Danial salah anggap kepadaku. Aku akan menerangkan padanya mungkin esok. Malam itu sungguh menakutkan bagiku. Aku tidak dapat melelapkan mataku langsung.
---------------------------------------------
Akhirnya aku telah berjaya berjumpa dengan mama dan papa Danial. Danial merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik tidak hairanlah mengapa dia bersikap manja. Kami singgah di pantai sebelum Danial menghantarku pulang ke hotel.
"Mira, saya nak tanya sikit boleh tak?" soalnya dengan agak serius.
"Boleh apa salahnya," jawabku spontan.
"Betulkah selama ini awak jujur kepada saya?
"Kenapa awak tiba-tiba bertanya mengenai perkara ini. Kalau saya tidak jujur kepada awak, masakan saya masih di sini bersama awak," jawabku.
"Pernahkah saya menipu awak sebelum ini? Awak takut dengan saya ke? Benar ke cinta awak selama ini atau cinta yang dipaksa?" soalnya bertalu-talu.
"Apa sebenarnya yang awak ingin tanya?"aku malas ingin menjawab soalan yang telah ada jawapannya.
"Siapa Khairil dengan awak?" soalnya lagi.
"Kawan. Saya dengan dia kawan sahaja,"jawabku lagi.
"Kesian diakan. Saya tahu dia amat menyayangi Sarinah. Hari-hari dia bercakap mengenai Sarinah. Dia pernah ditipu oleh perempuan lain. Khairil berasa bersalah kerana menolak cinta Sarinah kepadanya. Nampaknya dia beria-ia mencintai Sarinah. Kalaulah perasaan Sarinah sama seperti dia, mesti mereka akan bahagia. Kalaulah Sarinah belum berkahwin. Apa pendapat awak tentang mereka berdua. Sepadan tak? Awakkan kenal Sarinah," soalnya lagi.
Aku terdiam lama. Aku tidak tahu jawapan apa yang harus diberi. Setahu aku satu-satunya perempuan yang pernah melafazkan kata cinta kepada Khairil ialah aku.
"Diorang betul-betul padan. Sa.. saya pun kesian kat dia," sekali lagi aku tergagap-gagap.
" Kenapa awak tergagap-gagap? Kenapa Sarinah? Sarinah ke Amira? Amira dah kahwin?" bentaknya.
Aku tidak tahu bagaimana dia boleh tahu mengenai perkara ini. Kali ini aku tidak tahu untuk berkata apa. "Se.. sebenarnya.. saya tak sengaja. Saya tak berniat nak.." belum sempat aku menghabiskan ayatku, Danial berlalu pergi.
----------------------------------------------
Sudah hampir dua minggu Danial tidak berhubung denganku. Aku semakin buntu. Aku amat merinduinya. Danial! Sayangku mengapa kau tidak membalas message, email dan panggilan yang aku buat. Adakah kau sudah melupakan aku? Cintaku kini seperti gantung tidak bertali. Aku lalui hariku dengan kerinduan yang menebal terhadapnya. Lina masih belum mengetahui tentang perkara ini. Jika dia tahu sudah pasti teruk Danial dimarahinya. Hanya Nur yang akan mengambil berat tentangku setiap hari dan menyuruhku bersabar. Dia cuba meyakinkanku. Jiwaku kalut.
" Mira, jom kita turun lunch lagipun kita tengah free kan. Takkan nak minum air je kot," ajak Lina.
" Tak apalah aku masih kenyang lagi," jawabku.
" Bila kau makan? Muka kau kelihatan begitu pucat! Mira, aku tak boleh tengok keadaan kau begini lagi," Nur memarahiku.
Nur dan Lina memang benar-benar menyayangiku. Kebetulan pula aku dapat bertugas bersama-sama mereka di IJN.
"Kenapa ni Nur. Apa masalah dia sebenarnya?" soal Lina.
" Aku terpaksa memberitahu Lina perkara yang sebenar. Danial dan dia menghadapi masalah. Danial dah 2 minggu tak call dia. Kau paham jelah perangai si Mira ni," Nur menceritakan kepada Lina perkara yang sebenarnya.
Duniaku kelihatan gelap. Gelas yang kupegang berderai ke lantai.
Badanku longlai. Aku sedang terlantar di hospital rupanya. Aku memandang di sebelah kiriku. Aku melihat seraut wajah yang amat kurindui. Danial rupanya.
"Doktor kata kau ditahan sampai esok. Badan kau terlalu lemah mungkin kerana kau kurang mengambil makanan sejak dua minggu yang lalu," jelas Lina kepadaku.
Kemudian mereka meninggalkanku di situ bersama Danial.
" Sayang, Danial bersalah. Janganlah buat Danial macam ni. Saya tak mahu merasa kehilangan sekali lagi. Saya sayangkan awak. Saya tak patut salah anggap terhadap awak selama ini," dia rasa sunggguh bersalah.
Hari ni aku akan melangsungkan majlis akad nikah. Aku berasa sungguh gembira kerana aku akan memilikinya akhirnya. Dunia aku bakal bermandian dengan kegembiraan. Impian aku bakal terlaksana. Akulah manusia yang paling bertuah selama ini.
Majlis pernikahan akan dilangsungkan di rumahku. Kelihatan emak sibuk memastikan para tetamu menerima layanan yang terbaik.
Berat rasanya hati ini untuk meninggalkan insan yang kusayang. Nur menarik tanganku. Aku tidak menyangka bahawa aku akan kehilangannya dalam sekelip mata. Kemalangan jalan raya itu telah meragut nyawanya.
"Mira, kau harus terima hakikat bahawa ada yang lebih menyayangi. Dia telah pergi menemui penciptanya. Mungkin bukan jodoh kau dengannya," Nur cuba memberi semangat kepadaku.
Aku berjalan sambil dipimpin oleh Nur ke keretaku. Bagiku segala harapanku telah berkubur bersama-samanya. Adakah aku insan yang dipukul oleh arus takdir tanpa kasihan belas. Haruskah aku menderitai segala ini? Aku tidak tahu di mana hendak ku campak hati yang remuk ini. Semoga Allah memberi kusejuta kekuatan dalam diri untuk melalui hari-hari mendatangku tanpanya di sisi.
"Assalamualaikum Mira," sapa Khairil yang datang agak lewat daripada masa yang dijanjikan.
"Waalaikummussalam. Sila duduk," aku mengalukannya.
" Aku mintak maaf kerana lewat. Kau pasti marah, bukan? Danial selalu menyatakan bahawa Mira tak suka menunggu," kata Khairil.
" Just tell me what actually you want from me,"aku menjawab dengan agak kasar.
" Ok, ok. Aku sebenarnya nak sampaikan sesuatu yang telah diamanahkan kepada aku oleh Danial. Ini sepucuk surat yang diberikan oleh arwah sebelum dia meninggal. Dia mahu aku serahkan kepada kau jika ada sesuatu yang berlaku kepadanya," jelas Khairil. Aku terus menyambar surat itu daripada Khairil. Isi kandungan surat itu kuteliti satu demi satu.
Assalamualaikum.. Apa khabar Mira? Harap Mira sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Mungkin saya sudah tiada di atas muka bumi ini sewaktu Mira membaca surat ini. Memang saya amat mencintai Mira. Sejak pertama kali berjumpa Mira, saya dapat rasakan yang awaklah bakal isteri saya. Awak tahu mengapa saya terlalu marah apabila awak tidak memberitahu tentang Khairil? Sebab saya dapat rasakan cinta Khairil yang mendalam terhadap awak. Untuk pengetahuan awak Khairil bukan sahaja rakan sekerja saya malah merupakan rakan karib saya sejak kecil lagi. Saya lebih mengenali dia. Apabila kami menjadi rakan sekerja dan tinggal serumah, Khairil sering menceritakan kepada saya tentang Mira yang sedang dicarinya. Katanya Mira adalah kawannya yang paling disenangi. Dia berasa cukup menyesal kerana menolak cinta awak dulu. Ternyata dia amat mencintai awak sehingga setiap barangan yang awak hadiahkan disusun rapi di biliknya. Kami akan menceritakan mengenai Mira kami apabila ada masa terluang. Saya tidak menyangka bahawa kami meminati Mira yang sama sehinggalah malam itu apabila awak bersua dengannya. Seeloknya awak cuba melupakan saya sepertimana saya cuba melupakan Zahira dulu. Saya rasa mungkin cinta yang awak nantikan akan membahagiakan awak seterusnya. Mungkin awak dijodohkan dengannya. Saya ingin awak tahu bahawa Khairil benar-benar mencintai awak. Cintanya sedalam cinta awak kepadanya dulu. Mira percayalah bahawa jodoh pertemuan di tangan tuhan.
KEKASIHMU, Danial.
Air mataku mengalir di pipi. Aku memandang ke arah Khairil dengan seribu persoalan.
xde r..ending ceni...adoiii spoil la..dh elok2 ngn dnial,tup mti la plak..aiseh..dh2 ngn khairil lak tgntung cm2 je..so pe end up cte ye ngn khairil lak???kwen ke x? jd cple ke x?sesia gak r bc dr ats ending ceni...sory 2 say skt ht la bc..
mesti saje je author tu wat tergantung..kite pandai2 la agak sambungannye..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uiks??apesal plak danial mati??tetiber jerk ni..x paham ler..