Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku hanyalah seorang anak nelayan dari sebuah perkampungan di Kuala Kemaman, Terengganu darul Iman. Namun hasil usaha penat lelah keluargaku mencari rezeki untuk menyekolahkan aku tidak aku lupa kerana aku kini adalah seorang setiausaha kepada seorang pengurus syarikat Lembayung Bayu Sdn. Bhd. Bekerja sebagai setiausaha cukup untuk menampung kedua-dua orang tuaku yang sudah separuh abad itu. Kedua-dua orang tua ku amat bergantung harap kepadaku kerana aku anak tunggal.
Bagaimana perjalanan hidupku berubah. Ini ceritanya.
Hidupku biasa sahaja sehinggalah dipertengahan tahun 2007. Disitu bermulalah titik noktah perjalanan hidup yang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi ujian hidup. Aku masih ingat, pada hari itu kemarau pada awal bulan Mei membuatkan sesiapa sahaja malas untuk keluar dari rumah. Begitu juga aku. Namun dek kerana aku memerlukan kerja setelah setahun menganggur, menguatkan keazamanku untuk menghadiri temuduga. Temuduga itu merupakan temuduga terbuka kepada pemegang diploma kesetiausaha pusat bandar Chukai untuk bekerja di ibu pejabat iaitu diKuala Lumpur. Ketika aku sampai, aku melihat sudah ada ramai peserta interview. Aku merapati kaunter pertanyaan dan disitu aku mengambil borang temuduga untuk diisi. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan.
Setelah menunggu hampir satu jam barulah aku dipanggil untuk berjumpa dengan penemuduga. Di dalam bilik temuduga, aku diperkenalkan dengan tiga orang penemuduga. Encik Musa bin Hassan yang merupakan pengurus bahagian sumber manusia, Puan Kartika yang raut wajahnya menunjukkan yang beliau sudah berusia dan Encik Iskandar bin Haji Lokman, pemilik syarikat Lembayung Bayu Sdn.Bhd. Aku diberitahu yang Encik Iskandar ingin mencari setiausaha untuk membantu beliau. Temuduga berjalan dengan lancar dan aku dapat menjawab segala soalan dengan baik sekali. Namun aku tidak pasti samada mereka akan memilih aku atau tidak kerana keputusan akan diketahui satu minggu lagi dan hanya peserta yang dapat sahaja akan dihubungi melalui panggilan telefon.
Ketika itu, aku sedang membantu ibuku untuk meyediakan sarapan. Tiba-tiba telefon berbunyi dan segera kuangkat untuk memastikan siapa yang menelefon. Panggilan telefon itu memberikan aku kegembiraan yang tak terkata kerana aku telah diambil untuk bekerja di bawah syarikat Lembayung Bayu Sdn.Bhd sebagai setiausaha. Aku menyatakan khabar berita itu kepada kedua-dua orang tuaku. Mereka amat gembira dan bersyukur kerana penantianku kini sudah berakhir. Aku akan memulakan kerja tidak lama lagi dan aku haruslah mempersiapkan diriku.
Aku menumpang di rumah sepupuku di Syah Alam. Walaupun jauh namun aku terpaksa kerana masih lagi mencari rumah untuk disewa yang berdekatan dengan tempat kerjaku. Sepupuku yang sudah berkahwin itu begitu baik sekali melayan aku walaupun boleh dibilang dengan jari berapa kali aku bersembang dengan baik denganya. Bukan kerana kami bergaduh namun kerana keluargaku yang susah tidak dapat diterima oleh sanak keluargaku yang lain.
Melangkah kaki masuk ke Lembayung Bayu sebagai seorang kakitangan amatlah mendebarkan hati ku. Aku dibawa berjumpa dengan Encik Iskandar yang juga merupakan bos besar syarikat ini. Pada mulanya sukar untuk aku percaya yang Encik Iskandar terpaksa mengambil alih jawatan ayahnya setelah Haji Lokman meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Dalam usia 29 tahun, beliau sudah pun memegang jawatan sebagai pengurus syarikat dan ini pasti akan menimbulkan kesukaran bagi beliau. Dalam diam aku tertarik kepada dirinya. Iskandar merupakan seorang duda yang mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau kehilangan isteri dalam satu kemalangan jalan raya yang bukan sahaja meragut nyawa isterinya malah anak ketiga yang ketika itu masih dalam kandungan juga turut terkorban. Menurut cerita Atika seorang kerani yang terkenal dengan mulut becoknya itu, tiga bulan Iskandar tidak hadir ke pejabat kerana bersedih diatas kehilangan orang tersayang.
Sudah tiga bulan aku berkerja dengan Iskandar. Aku sudah masak dengan perangai bos aku yang sorang itu. Pada waktu pagi diatas meja beliau, haruslah ada sebotol air mineral, satu biji gelas yang bersih, dan sebiji pisang. Pada mulanya aku pelik juga kenapa perlu pisang, bukan buah lain. Kadang kadang aku geli hati dengan perangainya. Namun kubiarkah sahaja persoalan itu bermain di fikiran kerana aku harus menuruti segala kemahuan majikan aku itu. Iskandar juga merupakan orang yang tegas dan pantang sekali kalau apa yang diingini tidak dipenuhi pasti akan meletup satu syarikat. Pada pagi itu, aku lambat sampai ke pajabat kerana aku menghantar ayah aku untuk mengambil ubat sakit jantungnya yang telah habis. Aku sudah memaklumkan kelewatan ku itu kepada salah seorang pekerja bahagian pentadbiran iaitu Ismadi. Pukul 9 aku masuk pejabat namun sunyi sepi seperti tiada orang disitu. Bukam seperti kebiasaanya, pejabat akan riuh rendah kerana bos hanya akan masuk kerja pukul 10 pagi. Aku menghayun kaki menuju ke pejabatku. Ketika punggungku hampir mencecah kerusi untuk aku lepaskan keletihan berkejar ke pejabat, aku menerima panggilan telefon daripada Iskandar menyuruh aku masuk ke biliknya. Aku tahu pasti Iskandar akan memarahiku kerana aku datang lewat hari ini. Namun aku mempunyai alasan yang kukuh. Dengan penuh debaran di hatiku, aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Iskandar menyuruh aku duduk setelah aku bertanyakan tujuan beliau memanggil aku. Hampir sepuluh minit, tiada sepatah kata pun keluar dari bibir nipis kemerahan yang menunjukkan majikanku ini tidak merokok. Aku tidak dapat gambarkan betapa gelisahnya perasaanku ketika itu.
"Marissa, maafkan saya kalau saya mengambil sedikit masa kamu ini." Ujar Iskandar memulakan bicara.
"Tak pe Encik.. Ada ape yang boleh saya bantu? Encik seperti ada masalah jer" balasku.
Disaat itu mulalah perubahan hidup ku. Pada hari itu, Iskandar menceritakan keperitan hidupnya. Iskandar tidak pernah menceritakan hal peribadinya kepada aku walaupun boleh dikatakan kami kerap bersama. Tak kira setiap mesyuarat atau majlis yang dihadiri Iskandar pasti aku yang dibawanya. Namun tiada hal peribadai yang diceritakan kepadaku. Mungkin Iskandar tidak mahu mencampurkan urusan kerja dan peribadai atau mungkin juga dia tidak selesa bercerita denganku. Daripada apa yang diceritakan Iskandar kepadaku betapa susahnya untuk menjaga dua orang anak lelaki yang semakin membesar. Aiman 9 tahun anak sulung Iskandar dan Iman 6 tahun. Iskandar menyatakan bahawa anaknya kini memerlukan perhatian yang lebih bukan sahaja daripada seorang ayah malah juga daripada seorang ibu. Aiman contohnya selalu murung dan kadangkala tidak makan. walaupun mempunyai orang gaji untuk menjaga mereka tetapi tidak dapat mengganti kasih sayang dari seorang ayah dan ibu. Iskandar sekarang sedang sibuk untuk projek terbaru. Beliau kadangkala tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anaknya. Aku tidak menyangka begitu susahnya ketiadaan seorang ibu. Aku kini sedar bahawa kasih sayang ibu tidak dapat diganti. Namun aku bingung kenapa Iskandar menceritakan hal berkenaan kepadaku. Disaat Encik Iskandar bertanya sudikah aku menerima dirinya, lidahku kelu untuk berkata. Sungguh aku tidak menyangka lamaran yang di anjurkan itu. Dia menyuruh aku berfikir selama seminggu sebelum memberi jawapan. Dia tidak memaksa aku, kerana dia tahu hal perkahwinan ini bukan boleh di pandang ringan sahaja. Lagipun aku bukan sahaja bakal menjadi seorang isteri malah juga bakal menjadi seorang ibu kepada dua orang anak lelaki yang semakin meningkat dewasa. Aku mula berfikir baik buruk cadangan Encik Iskandar. Tidak salah rasanya aku membantu bukan sahaja kepada majikan aku tetapi juga kepada anak-anaknya yang daripada terbiar biarlah dengan sedikit kasih sayang dariku dapat membantu mereka melupakan ibu mereka. Aku juga takut andai dibiarkan, anak majikanku itu akan mudah terjerumus pada perkara-perkara yang tidak elok kerana kurang kasih sayang. Aku memberitahu Iskandar aku akan mempertimbangkannya namun aku perlukan masa sebulan untuk aku mencari jalan untuk merapatkan hubunganku dengan anak-anaknya.
Setiap pukul 2, aku akan meminta kebenaran Iskandar untuk mengambil anak-anaknya disekolah. Aku melakukan apa sahaja untuk merapatkan hubungan aku dan anaknya. Aku tidak mahu nanti apabila kami berkahwin, anak-anaknya merasakan bahawa aku mengambil kasih sayang ayah mereka. Pada mulanya Aiman dan Iman kekok dan mereka ternyata masih mengingati ibu mereka namun dengan strategi yang aku jalankan aku ternyata berjaya memikat hati mereka. Mereka kini tidak lagi malu-malu denganku malah mereka sudah memanggilku Mama. Pada hujung minggu pasti kami akan keluar bersama. Kadang-kadang Iskandar akan mengikuti namun kebanyakannya aktiviti itu hanya disertai aku, Aiman dan Iman sahaja. Kadang kadang mereka tidak mahu pulang kerumah mereka. Mereka lebih suka tinggal dirumahku yang aku beli selepas aku keluar dari rumah sepupuku. Lagipun sepupuku tidak lama lagi akan berkahwin, tidak manis kiranya aku masih lagi tinggal dirumahnya. Simpananku juga membuatkan aku berupaya untuk membeli sebuah apartment tiga bilik itu. Gaji yang kudapat hasil kerjaku tidak pernah aku lupa untuk aku kirimkan kepada keluargaku dikampung. Aku sedar aku berasal dari keluarga yang susah. Aku juga tidak lupa untuk membuat pelaburan untuk masa depanku. Dengan simpananku itulah aku dapat membeli sebuah apartment ini.
Suatu hari Iskandar bertanya kepadaku mengenai lamarannya. Katanya masa yang kupinta sudah tamat. Anak-anaknya juga sudah rapat dan mesra denganku. Aku memohon maaf dari Iskandar kerana membuatnya ternanti-nanti jawapanku. Aku kemudiannya menyatakan persetujuanku. Aku meminta Iskandar datang kerumahku untuk berbincang mengenai hal itu dengan orang tuaku dikampung hujung minggu ini.aku sudah memaklumkan kepada kedua ibu bapaku mengenai Iskandar. Mereka memberi restu dengan segala keputusanku. Iskandar akan datang bersama wakilnya untuk berbincang dengan orang tuaku mengenai majlis itu. Aku serahkan segalanya kepada orang tuaku.
Kami sudah bertunang dan tinggal seminggu sahaja lagi untuk melangsungkan majlis perkahwinan kami itu. Kad undangan perkahwinan telah pun diedarkan. Aku juga semakin mesra dengan Aiman dan Iman. Mereka gembira menerima aku sebagai Mama baru mereka. Mereka kepingin untuk merasai kasih sayang daripada seorang ibu dan aku akan memberikan kasih sayang yang tak terhingga kepada mereka. Itu janjiku kepada diriku sendiri. Aku juga kini sedar yang aku juga telah jatuh sayang bukan sahaja kepada abang dan adik tetapi juga kepada papa mereka. Iskandar telah membuka pintu hatiku yang setelah sekian lama tertutup. Pengalaman pahit ketika di pusat pengajian tinggi dahulu telah menyebabkan aku menutup rapat pintu hatiku kepada mana-mana lelaki yang cuba hadir. Memang benar kata orang, cinta pertama yang gagal amatlah menyakitkan. Di pejabat kami seperti seorang majikan dan pekerja. Hal pertunangan kami tidak dihebohkan. Itu permintaan daripada ku sendiri. Biarlah ianya menjadi rahsia sehingga hari perkahwinan ku kelak.
Hari yang dinanti telah pun tiba. Iskandar yang mengenakan sepasang baju melayu berwarna putih gading kelihatan segak sekali. Aku juga memakai baju kebaya moden dari warna yang sama. Warna itu merupakan warna pilihan Aiman ketika kami keluar untuk mencari baju pengantin. Aiman mencadangkan kepada kami warna tersebut lantas aku dan Iskandar mempersetujuinya. Ternyata Aiman dan Iman begitu gembira sekali menerima kehadiranku dalam hidup mereka. Dengan sekali lafaz, aku telah menjadi isteri yang sah kepada Encik Iskandar. Air mataku mengalir tanda kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana melancarkan majlis itu. Setelah penat seharian melayan tetamu yang tak putus-putus datang, aku mengambil keputusan untuk berehat di kamarku. Pada masa itu Iskandar masih sibuk melayan teman-temannya. Aku melepaskan lelahku dengan berbaring diatas katil empuk sambil melayan perasaan.
"Encik Iskandar", nama itu seakan melekat dibibirku. Pernah aku ditegur olehnya mengapa memanggilnya sebegitu kerana aku sudah menjadi tunangannya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang hantaran perkahwinan. Namun apakan daya, lidahku ini memang sudah biasa memanggilnya sebegitu. Mungkin nanti apabila sudah berkahwin ianya dapat diubah. Dalam asyik melayan perasaan, pintu bilikku dibuka dan ketika itu suamiku Iskandar, masuk bilik pengantin sambil tersenyum ke arahku. Apa yang sedang bermain di fikiranya? Hatiku tertanya. Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini. Bagaimana aku menjalani malam ini? Iskandar masuk ke bilik dan duduk di sebelahku. Dari sisi mataku, aku dapat melihat reaksi wajahnya yang seakan-akan ingin memperkatakan sesuatu kepadaku. Helaan nafas yang berat akhirnya memecah kesunyian itu. Malam yang sepatutnya menjadi milik kami berdua hanya tinggal angannya sahaja. Iskandar memohon ampun daripadaku. Malam itu aku dibiarkan keseorangan. Bukan seperti pasangan pengantin lain yang akan menikmati malam perkahwinan mereka. Aku tidak mengerti mengapa Iskandar bertindak sedemikian. Mungkin Iskandar masih tidak dapat melupakan arwah isterinya dan rasa bersalah masih tebal di benak fikirannya. Pada kiraanku begitulah. Aku menangisi malam itu. Malam itu Encik Iskandar tidur di kerusi rehat dan aku pula tidak sedar pukul berapa aku terlelap semalam dengan titisan air mata masih lagi mengalir.
Paginya aku mengejutkan Iskandar dari tidur. Pada mulanya kesian juga aku untuk mengejutkan dia kerana dari riak wajahnya masih nampak keletihan. Namun tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk bersolat tidak harus dipandang ringan. Suaraku yang perlahan pada mulanya sukar sekali untuk mengejutkan Iskandar, namun setelah aku goyang bahunya barulah dengan perlahan-lahan matanya terbuka dan segera bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk setelah aku menyatakan sudah hampir pukul tujuh. Selepas keluar dari bilik air dia menjemput aku untuk sembahyang berjemaah denganya, namun aku menyatakan yang aku sudah pun menunaikan perkara wajib itu. Itu semua adalah bohongan kerana ketika aku bangun dari tidur untuk solat subuh tadi, aku telah menyedari aku sudah datang bulan. Aku malu untuk berterus terang dengan Iskandar. Mungkin perasaan ini akan kekal selamanya seperti mana perasaan Iskandar kepadaku. Aku jadi bingung sendiri, jika Iskandar tidak mencintaiku mengapa dia memilih aku sebagai isterinya.
Aku keluar dari kamarku untuk menyiapkan sarapan. Di dapur masih ada saudara maraku yang masih belum pullang ke rumah mereka. Mungkin ketika inilah peluang untuk mereka berkumpul dan berbual mesra setelah sekian lama tidak bertemu. Ketika aku didapur, mereka mengusikku dengan menyatakan wajahku berseri-seri, kerana malam tadi adalah malam pengantinku. Aku cuba tersenyum walaupun payah untuk menjaga rahsia semalam. Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku, Encik Iskandar dan Allah s.w.t. akan aku simpan segala rahsia ini walau seberat mana sekalipun.
Sudah hampir dua bulan aku menjadi isteri kepada Iskandar, Mama kepada Aiman dan Iman dan juga sebagai setiausahanya. Kedua-dua tugas ini walaupun berat namun aku gagahi juga kerana aku sudah dipertanggungjawabkan. Sebagai isteri walaupun masih lagi suci, aku tetap menunaikan kewajipanku tanpa sebarang rungutan kerana aku sedar, walaupun masih belum disentuh oleh suamiku, tanggungjawab selain daripada itu haruslah ditunaikan. Aiman dan Iman pula ternyata lebih manja denganku. Tidak pernah sekalipun mereka berjauhan dariku. Aku juga tidak lupa kepada mereka walaupun aku sibuk bekerja di pejabat. Jika ada kelapangan aku akan pulang untuk makan tengahari bersama mereka. Hal itu pasti akan menceriakan hari mereka.
Petang itu aku pulang awal kerumah. Aku sudah memberitahu kepada Iskandar mengenail hal itu. Aku ingin pulang awal kerana badanku ini tidak berapa sihat. Iskandar ingin menghantar aku pulang namun berikutan dia akan menghadiri satu mesyuarat membuatkan aku menolak pelawaan dan menyatakan aku masih lagi gagah untuk pulang bersendirian. Akhirnya aku pulang kerumah dengan menaiki teksi. Pada mulanya Aiman dan Iman terkejut melihat kepulanganku pada jam itu, namun setelah diterangkan barulah senyuman kegembiraan terukir di wajah mereka. Mereka kalau boleh ingin aku melayani mereka dari pagi sampai malam. Begitulah anak-anakku itu.sudah terlalu manja denganku.
Walaupun aku kurang sihat, aku turun juga bermain dengan Aiman dan Iman apabila mereka mengajak aku bermain.Lewat petang Iskandar pulang kerumah. Ketika itu aku sedang melayani adik bermain di tepi kolam buatan manusia. Iman merenjiskan aku air kolam itu, aku menegah dengan perlahan namun masih dibuatnya. Iman memang masih belum mengerti. Budak-budak manalah faham. Mereka ingat itu salah satu cara mereka bergurau senda mungkin. Namun aku terkejut apabila dengan tiba-tiba Iskandar dengan suara yang kuat memarahi Iman. Iman terkejut lalu menangis dan meluru terus kearahku lantas memeluk aku dengan kejapnya seakan ketakutan. Ini pertama kali aku melihat Iskandar memarahi Iman. Iman menangis ketakutan. Aku lantas mendukung Iman masuk ke kamar tidurku dan memujuknya. Adik akhirnya tertidur dalam sendu. Aku begitu kecil hati dengan apa yang dilakukan oleh Iskandar. Jika ada masalah di pejabat selesaikan sahaja di pejabat usah dibawa balik kerumah dan dilempiaskan kepada anak isteri. Disebabkan terlalu marah, aku masuk ke bilik Iskandar.
"Kenapa dengan Encik ni? Tiba-tiba balik dah marah kat Iman. Apa salah dia?"
Perkataan Encik masih belum luput dari titian bibirku ini.
"Saya mintak maaf. Saya tak tahu. Saya tertekan." Perlahan suara Encik Iskandar menjelaskan padaku. "Walau tertekan macamana sekalipun, janganlah sampai naikkan suara macam tu sekali. Mereka hanya budak-budak. Tak tahu apa-apa." Aku sudah mula meleter. Namun leteranku terhenti apabila aku melihat Iskandar tunduk merenung lantai.
Aku merapati Iskandar. Aku renung air wajahnya yang sememangnya begitu pahit sekali. Aku berasa begitu bersalah kerana terlalu mengikut amarahku. Aku bertanya kepada Iskandar apakah masalah yang telah dihadapinya. Iskandar kemudian menceritakan kepadaku mengenai tender projek perumahan di sebuah kawasan yang telah dikenalpasti memberi banyak keuntungan kepada syarikat telah disambar oleh orang lain.
"Encik bersabarlah. Mungkin bukan rezeki kita. Insyaalah lain kali adalah." Ujarku untuk memujuknya. Tiba-tiba Encik Iskandar memelukku. Aku terkejut namun kubiarkan sahaja apabila buat pertama kalinya Encik Iskandar memelukku sambil menangis. Ini juga kali pertama aku melihat air mata Encik Iskandar yang ternyata tidak dapat dibendung lagi.
"Saya terlalu inginkan tender tu. Projek tu bukan sahaja untuk syarikat kita malah ianya untuk awak, Aliya. Untuk awak dan anak-anak kita." Adakah aku salah dengar ataupun semua ini hanyalah angan-anganku sahaja. Iskandar menyebut Aliya, arwah isterinya yang sudah lama pergi. Terbukti Iskandar masih lagi mengingati arwah isterinya. Pengakuan dari bibir Iskandar sekali lagi mengejutkan aku.aku hanya mendiamkan diri. Aku kini sedar bahawa memang amat susah sekali untuk aku memenangi hati Iskandar. aku pasrah ruang untuk diriku sememangnya tiada.
"Tapi untuk apa? Saya tak perlukan tanah tu." Balasku kehairanan. "Saya ingin bina sebuah mahligai untuk awak dan anak-anak sebagai bukti cinta saya Marissa. Saya amat cintakan awak. Saya tak nak awak terluka lagi. Di rumah ni terlalu banyak kenangan saya dengan isteri saya yang membuatkan saya berasa bersalah ketika cuba mendekati awak. Di mana-mana terbayang wajah arwah isteri saya. Awak masih ingat tiga hari lepas ketika hujan turun dengan lebatnya bersama kilat dan guruh yang amat kuat. Saya mendengar awak menjerit Marissa. Saya ingin bersama meredakan ketakutan awak namun ketika kaki saya ingin melangkah mendekati kamar awak saya nampak bayang bekas isteri saya. Saya masih tidak dapat lupakan dia. Kepergiannya yang mengejut membuatkan saya masih tidak dapat melupakan dia. Marissa berilah saya masa. Saya berjanji saya akan jadi milik awak." Luah Encik Iskandar kepadaku.
Ketika itu barulah aku tahu, bayangan arwah isteri Encik Iskandar masih bermain-main diminda Encik Iskandar.
"Betapa kuatnya cinta mu padanya suamiku. Adakah aku layak untuk mendapatkan cinta sejatimu sedangkan kehadiranku ini hanyalah untuk anak-anakmu."
Ketika itu aku merasakan seluruh jiwa dan ragaku luruh tanpa ada kekuatan. Aku kini mengerti bahawa cintaku akan mati bersama dengan kenangan cinta Iskandar. Aku akhirnya meninggalkan Encik Iskandar disitu. Aku sudah tidak mampu untuk menghalang air mataku menitis. Biarlah aku pergi. Aku tidak mahu Encik Iskandar melihat air mata kekalahanku itu. Aku mendengar suaranya memanggil namaku namun aku tidak akan sekali-kali menoleh ke arahnya kerana cintaku padamu Iskandar telah hancur sehancur hatiku ini.
Ketika di pejabat aku melakukan tugasku seperti biasa. Walaupun berat hatiku untuk melakukan kerja kugagahi juga sebagaimana ketika bersarapan dengan Iskandar di rumah pagi tadi. Dari hujung mataku aku dapat melihat lirikan matanya memandang wajahku. Matanya yang sayu itu seolah-olah meminta aku untuk membalas pandanganya namun ketika itu di dalam hatiku ini meronta-ronta untuk meninggalkan meja makan itu. Aku hanya meneguk sedikit sahaja minuman yang terhidang dan terus meminta keizinan untuk pergi bekerja. Iskandar ingin menghantar aku pergi namun aku menolak pelawaanyan kerana ketika itu dia masih lagi bersarapan. Aku menyuruh Pak Mat pemandu dan juga tukang kebun di rumah ini menghantar aku ke pejabat.
Iskandar sampai ke pejabat 30 minit kemudian. Iskandar memanggil aku masuk kebiliknya. Hal ini sudah biasa kerana Iskandar pasti ingin mengetahui jadualnya pada hari ini. Aku mengetuk pintunya perlahan dan ketika suaranya kedengaran memberi keizinan untuk masuk, barulah aku membuka pintu majikan itu dan memasuki ruang pejabatnya. Ruang pejabat itu besar sesuai dengan jawatan Pengurus Pentadbiran Syarikat Lembayung Bayu Enterprise. Aku dipersilakan duduk namun seperti biasa aku menolak dan terus membacakan kepada Iskandar jadualnya pada hari ini.
"Ada apa-apa lagi Encik? Kalau tak ada saya nak sambung kerja saya kat luar." Tanpa menunggu arahan daripadanya aku segera melangkah keluar dari bilik itu. Aku tahu kelakuan ku itu seperti kanak-kanak yang merajuk namun apakan dayaku, semakin aku lama berada didalam bilik itu semakin deras jantungku bergetar dan semakin cepat juga darahku memuncak. Namun ketika aku ingin membuka pintu, pinggangku dirangkul dan ditarik kesisi Iskandar. Aku hampir menjerit namun Iskandar sempat menutup mulutku dengan tapak tangannya. Iskandar mengunci pintu pejabatnya.
"Saya masih belum selesai lagi dengan awak Marissa". Katanya rapat ditelingaku.
Aku tidak dapat lakukan apa-apa kerana Iskandar kejap membawa aku di dalam pelukannya. Aku juga tidak berani menjerit kerana bimbang pekerja-pekerja lain akan mendengar. Aku tidak sangka begitu berani sekali Iskandar melakukan begini kepadaku. Iskandar merapatkan aku kedinding. Wajahnya juga semakin rapat denganku. Bau haruman Iskandar semakin kuat menusuk ke ruang udaraku. Apa yang ingin dilakukannya padaku? Aku memejamkan mataku. Aku tidak berani untuk memandangnya.Tanpa ku sedari,air mataku mengalir. Aku tidak rela diperlakukan begini. Aku bukan barang mainan yang mudah dipeluk, dicium, digomoli dan diperlakukan seenak-enaknya. Aku tidak menyukai apa yang dibuat oleh Iskandar kepadaku. Apabila melihat aku menangis dengan perlahan Iskandar merungkai pelukkannya. Aku mengambil kesempatan itu terus keluar dari bilik dan seterusnya keluar dari pejabat itu.aku mendengar Iskandar memanggilku namun kubiarkan sahaja. Biarlah pekerja lain memandang, aku sudah tidak kisah lagi. Aku tidak terus pulang kerumah kerana aku pasti Iskandar akan mencariku disana. Aku sudah nekad tidak mahu pulang kerumah. Aku perlu mencari ketenangan. Aku menahan sebuah teksi dan menyuruh pemandu teksi membawa aku ke rumahku dahulu yang ku beli sebelum berkahwin dengan Iskandar. Rumah itu ku beli tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ibu bapaku sendiri. Bukan untuk merahsiakan pembelian itu namun aku mempunyai alasan tersendiri. Aku ingin membuat kejutan kepada ibu bapaku dengan menghadiahkan rumah itu kepada mereka namun tidak sempat kerana aku sudah disunting oleh Iskandar. Dengan hati yang sebak aku memasuki rumah teres dua tingkat itu. Perlahan-lahan aku sudah memperlengkapkan bilik tidur dengan katil bersaiz "queen" dan almari pakaian dari rekaan yang sama yang aku tempah dari Impiana Furniture. Set bilik tidur ini merupakan idaman aku ketika masih bersekolah lagi. Kenangan masa remaja mula muncul menjalar ke benak fikiranku. Besarnya katil ini sebesar impianku untuk dimanjai dan disayangi. Aku melabuhkan badanku ke katil empuk. Dan akhirnya aku terlelap.
Aku dikejutkan dengan bunyi nada telefon bimbitku. Aku segera mengambilnya dan melihat nama yang tertera di telefon bimbit itu adalah Iskandar. aku ingin mengangkatnya namun apabila kenangan petang tadi menjengah memori, aku segera memutuskan panggilan itu. Aku melihat jam yang tergantung di dinding dan ianya menunjukkan pukul 9 malam. Aku sudah terlepas waktu solat asar dan magrib. Berdosanya aku. Dek kerana melayan perasaan aku sudah melupakan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Tanpa membuang masa aku segera menuju ke bilik air untuk membersih dan menyegarkan badanku serta bersiap sedia untuk mengadap Allah yang Maha Pendengar lagi Maha Memahami. Di dalam doaku aku memohon agar Allah s.w.t memberi kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala ujian yang mendatang.
Aku masih berfikir mengapa Iskandar bertindak begitu. Aku tahu sebagai seorang isteri aku harus merelakannya. Ianya sudah menjadi kewajipan bagiku. Namun kerana keadaan persekitaran dan juga tindakan luar kawalan Iskandar menyebabkan aku jadi begitu takut sekali. Tidak sampai beberapa jam aku sudah merindui abang dan adik. Pasti mereka mencari aku. Aku tidak pernah meninggalkan mereka walaupun satu malam.
"Ya Allah kuatkanlah semangatku. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan darimu ini."
Bisik hatiku menuntut kekuatan menghapuskan walaupun sekejap rinduku pada anak-anakku itu. Seketika aku melayan perasaan, telefon bimbitku berbunyi pendek yang menandakan satu pesanan ringkas telah kuterima. Aku menekan punat baca untuk membaca pesanan itu. Pesanan itu daripada Iskandar, menyuruh aku pulang. Abang dan adik tidak mahu makan kerana ingin menunggu aku pulang. Aku tidak dapat lagi membendung kerinduan dan perasaan simpatiku kepada anak-anakku itu. Tanpa membuang masa lagi aku bersiap untuk pulang kerumah walaupun terpaksa meredah malam yang sudah hampir pukul 11. aku menahan teksi. Aku sampai dirumah ketika hampir pukul 12. Rumah banglo dua tingkat itu masih lagi bercahaya yang menandakan penghuninya masih belum tidur. Aku memberi salam dan salamku disambut dengan suara abang dan adik yang begitu gembira sekali melihat kepulanganku.
"mama, mama pergi mana? Abang takut sangat mama dah tak sayang abang ngan adik lagi". Abang segera bertanya padaku tanpa aku masuk kerumah terlebih dahulu.
"Adik lapar mama. Adik tunggu mama balik suapkan untuk adik. Cepatlah mama". Adik sudah pun merengek. Air mataku mengalir laju kerana perasaanku yang bersalah meninggalkan anakku begitu. Aku segera menuju ke dapur untuk memanaskan lauk namun semuanya sudah tersedia terhidang diatas meja. Mungkin papa mereka yang menyediakan semua ini.
" Abang, adik mari makan". Aku memanggil mereka
Ketika aku ingin menyuapkan untuk abang, adik memberitahuku yang papanya juga masih belum makan kerana menunggu aku pulang. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi hatiku. Aku menyuruh abang dan adik makan sendiri kerana aku ingin memanggil papa mereka untuk turun makan bersama-sama. Aku perlahan menuju ke bilik Iskandar. Pintu itu separuh terbuka. Aku mengetuk pintu itu. Walaupun ianya terbuka aku tidak berani untuk memasuki ruang itu. Aku mengajaknya turun makan. Namun tiada suara balasan yang ku dengar. Aku memanggilnya sekali lagi dan perlahan masuk ke kamar yang walaupun sudah tiga bulan menjadi isterinya itulah kali pertama aku memasukinya. Aku melihat Iskandar termenung. Aku mendekatinya lantas memegang bahunya. Ketika itu dia mengangkat wajahnya dan memandangku. Lantas tanganku ditarik untuk membuatku duduk disebelahnya.adakah Iskandar akan memukulku atau memarahiku. Sebagai suami, Iskandar berhak untuk mengetahui kemana aku pergi. Sebagai suami juga Iskandar berhak menegurku diatas kesilapan yang aku lakukan. Namun jangkaan ku meleset. Dengan suara yang bergetar, Iskandar memohon maaf daripadaku.
"Abang mintak maaf Marissa. Abang tak dapat kawal perasaan abang. Abang cintakan Marissa." Ujar Iskandar memohon kemaafan daripadaku. Perkataan abang yang digunakanya itu mendebarkan perasaanku.
Cinta? Iskandar menyebut cinta kepadaku tadi. Apakah benar yang diucapkan kepadaku atau aku salah mendengarnya? Bagaimana dia mencintaiku sedangkan bayangan isterinya masih lagi bermain-main di fikiranya? Adakah Iskandar mengerti bahawa ucapan cinta itu amat beerti bagiku? Aku tidak mahu bermain dengan perasaanku. Aku buat-buat tidak mendengar pengakuannya.
"Tak, tak pe. Ermm jomlah turun makan. Abang dan adik dah tunggu tu." Dengan tergagap-gagap aku menjawab. Aku cuba menarik tanganku daripada genggaman Iskandar namun tidak berjaya dan kini dia membawa tanganku ke bibirnya.
" Marissa percayalah kepada abang. Abang cintakan Marissa sepenuh hati abang. Bila Marissa meninggalkan abang tadi barulah abang sedar yang abang tidak boleh kehilangan Marissa."
Dengan pantas aku menarik keras tanganku.
" Maafkan Marissa. Jomlah kita turun." Ujarku melarikan diri dari situasi yang amat mendebarkan itu.
Aku dapat rasakan debaran didadaku begitu kuat sekali. Aku melangkah keluar dari bilik Iskandar dan aku mendengar derapan kakinya membututiku. Aku melihat wajah Iskandar yang muram sekali. Mungkin dia berjauh hati dengan kelakuanku. Ya Allah ampunkanlah segala dosaku terhadap suamiku ini ya Allah. Hanya kepadaMu aku meminta dan hanya kepadaMu aku berserah. Aku berdoa didalam hatiku.
Malam itu selepas makan, aku membawa abang dan adik masuk ke bilik mereka. Akibat terlalu kekenyangan dan mengantuk abang dan adik terus tidur dengan lena. Aku juga sudah mula mengantuk dan melangkah longlai ke bilikku. Dari hari pertama, Iskandar membawa aku kerumah mereka, bilik tidurku inilah yang aku duduki. Warna putih gading menggambarkan sucinya jiwa dan raga yang sememangnya suci walaupun bergelar seorang isteri. Aku merenung syiling putih. Adakah Iskandar betul-betul menyintaiku? Adakah itu hanya permainan daripada Iskandar untuk melupakan arwah isterinya. ketika aku sedang leka mengelamun, tiba-tiba aku dikejutkan oleh ketukan dipintu. Pasti abang atau adik yang mahu tidur denganku. Aku turun dari katilku lantas berjalan untuk membuka pintu bilikku. Namun sangkaanku meleset kerana Iskandar yang berada di hadapan pintu biliku bukannya anak-anakku.
" Ermm, ada apa yang saya boleh bantu?" dengan perasaan gementar aku bertanya pada Iskandar namun agak canggung kerana soalan itu tadi kelihatan begitu formal dan seolah-olah ketika aku berada di pejabat.
" Boleh temankan abang malam ni? Tak! maksud abang, abang tak boleh tidur jadi abang kalau boleh nak Marissa tolong buatkan kopi untuk abang. Boleh?" ujarnya dengan tergagap-gagap.
Entah kenapa panggilan abang dibibirnya begitu lancar sekali. Tanpa ada sebarang keraguan. Aku pula yang tak selesa dengan panggilan itu walaupun suatu ketika dulu panggilan itulah yang teringin sekali untuk ku panggil kepada orang yang paling aku cintai dulu. Namun kini kenapa kini aku terasa janggal sekali untuk melafazkan perkataan itu.
"baiklah". Jawabku pendek.
Aku turun kedapur untuk menyiapkan kopi. Aku menghantar kopi yang sudah siap itu kepada Iskandar yang pada ketika itu sedang leka menonton televisyen siaran lewat malam.
"Ni kopinya. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" tanyaku. "Marissa tak nak temankan abang ker? Abang nak berbincang dengan Marissa mengenai hubungan kita. Boleh?"
Dengan suara yang begitu mengasyikkan, Iskandar berjaya memujukku. Mungkin juga kerana perasaan kasihan dan sayang yang begitu menebal di dalam diriku. Iskandar memulakan langkahnya dengan bertanya soalan yang aku kira ibarat mahu mengorat anak gadis dijalanan lagaknya. Aku tersenyum apabila melihat muka Iskandar yang begitu susah sekali untuk bertanyakan kepadaku.
"Marissa sebelum kahwin dengan abang dah ada teman lelaki ker?" tanya Iskandar kepadaku.
" Tak ada, saya tak sempat nak cari pun." Aku cuba berlelucon untuk menghilangkan debaran dihati.
"oh begitu. Boleh abang tanya satu soalan? Tu pun lau Marissa tak kisah." Ujarnya pendek namun cukup membuatkan aku gelisah.
" Apa dia?" jawabku pendek.
"Kenapa Marissa mengahwini abang?" soalan itu lahir dari bibir Iskandar bersama renungan mata yang boleh mencairkan wanita.
Sesungguhnya aku tidak dapat menyangkal bahawa suamiku ini juga mempunyai raut wajah yang mampu menggoda wanita. Alis matanya yang lebat dan tersusun, matanya yang sedikit sepet, hidung yang terletak serta rambut yang dipotong kemas dan bahagian depan rambutnya yang hampir menutupi mata sudah cukup menggambarkan insan yang bergelar suami yang sedang merenungku ini pastinya pujaan ramai. Bertuah arwah isteri Iskandar kerana dapat memenangi cinta Iskandar. " abang, terus terang Marissa katakan yang Marissa amat menyayangi abang. Marissa amat menyintai abang. Namun Marissa sedar yang cinta abang kepada arwah isteri abang masih berbekas lagi. Marissa akan sabar menanti saat abang sepenuhnya menjadi milik Marissa. Namun abang hanya satu permintaan Marissa. " Apa dia Marissa?" Iskandar bertanya kepadaku. "Amatlah berdosa bagi Marissa kerana tidak menjalankan tanggunjawab Marissa sebagai isteri abang. Marissa faham abang masih belum melupakan arwah namun Marissa ingin memohon keredhaan abang. Marissa sudah bagi abang masa dan Marissa berharap abang juga begitu." " Abang juga berdosa Marissa. Kita masing-masing memerlukan masa. Selagi abang belum melupakan arwah isteri abang, abang tak akan menyentuh Marissa. Itu janji abang."
Ketika Iskandar melafazkan janji itu, air mataku mengalir laju. Iskandar, walaupun ingatanmu masih kuat kepada isterimu aku rela berkorban Iskandar. walaupun engkau tidak pernah dan tidak akan menyintaiku, aku rela berkorban jiwa dan ragaku Iskandar. kerana aku amat menyintaimu.
"Marissa mengantuk ker?" tanyanya apabila melihat aku menundukkan kepala. Aku menyembunyikan air mataku.
Aku hanya mengagguk lemah. Aku tidak mengantuk. Aku masih mahu berbual dengan Iskandar. aku ingin menemaninya dan aku juga ingin menyelami perasaannya. Namun aku takut apabila berlama-lamaan dengan Iskandar akan membongkar perasaanku kepadanya. Aku takut Iskandar tahu bahawa aku mengahwininya kerana aku cintakan dia, aku ingin menjalani kehidupan yang bahagia dengan Iskandar dan aku juga ingin menjadi ibu kepada abang dan adik. Aku tidak dapat sampaikan apa yang terbuku di fikiranku kerana aku takut Iskandar tidak dapat membalas cintaku kerana cintanya hanyalah untuk arwah isterinya.
"Kalau Marissa mengantuk, pergilah tidur. Abang masih belum mengantuk lagi." Suara Iskandar menenggelamkan lamunanku.
" Esok abang kerja tak?" entah mengapa lancar sahaja mulutku memanggil perkataan abang itu.
Iskandar menoleh kearahku apabila mendengar pertanyaaku. Aku menunduk malu. Iskandar merapatiku. Dia memegang bahuku. Perlahan dia mengucupi dahiku.
" Abang tahu Marissa tidak yakin dengan cinta abang pada Marissa kan? Abang tak akan paksa Marissa terima abang. Pergilah tidur. Esok abang tak kerja. Kita keluar dengan abang dan adik esok." Ucapnya padaku.
Aku melarikan sedikit kedudukanku. Jantungku berdegup kencang
" Tapi esok mereka bersekolah " balasku.
Takkan Iskandar terlupa yang esok anak-anaknya bersekolah? Itu baru aku panggil abang, belum panggil honey dengan suara yang menggoda lagi. Kalau tak pasti seluruh perkara dia lupa agaknya. Ataupun Iskandar sengaja menduga aku untuk memastikan bahawa aku menjalani tanggungjawabku menjaga anak-anaknya. Kau salah Iskandar, aku menganggap anakmu itu seperti anakku sendiri. Pastinya aku tidak akan mengabaikan mereka.
" Oh terlupa pulak. Lau macam tu kita keluar berdua je lah." Jelasnya sambil tersenyum. "Nak pergi mana? " balasku tergagap-gagap. " Temankan abang shopping boleh? Abang dah lama tak pergi beli belah ni. Lagipun kita tak pernah keluar berdua kan?"
Macamana kita nak keluar menikmati perkahwinan kita sedangkan dirimu tidak pernah menerima perkahwinan ini. Ketika awal perkahwinan, aku mencuba untuk membahagiakanmu namun dipertengahannya engkau tidak pernah memahami perasaanku. Dengan perasaan yang tidak keruan aku mengangguk lemah.
Selepas bersarapan, kami bersiap untuk keluar. mujurlah ketika hari bekerja sebegini tidak ramai orang yang keluar membeli belah. Kami dengan mudah mendapat tempat untuk memakirkan kereta di sebuah pusat membeli belah di bandaraya. Iskandar mengajak aku ke Leez Taylor untuk membuat satu kot baru sempena hari keluarga Syarikat Lembayung Bayu. Aku hanya mengikutinya. Mood aku dan Iskandar amat baik hari ini, mungkin kerana kami sudah meluahkan segala isi hati semalam.
"Marissa nak pakai baju apa untuk majlis makan malam bersama kakitangan nanti?" tanyanya padaku.
"Saya tak terfikir pun lagi. Lagipun siapa akan jaga abang dan adik kalau saya pergi. Rasanya lebih elok lau saya jaga abang dan adik".
Ketika itu terpancar jelas diwajah Iskandar kekecewaan.
"Tapi Marissa nak cari dulu pakaian yang sesuai. Mana tahu kalau nanti Marissa berubah fikiran." Aku cuba mengambil hatinya.
Entah kenapa hatiku terguris apabila melihat kekecewaan diwajahnya. Tatkala itu senyuman mula terukir.
"Marissa cari warna yang sama dengan kemeja abang ni yer. Warna biru ni sesuai untuk Marissa. Macamana?" ujar Iskandar kepadaku.
Aku sudah dapat merasakan keakraban diantara kami dan tanpa berfikir panjang aku bersetuju dengan pilihanya. Aku begitu gembira sepanjang hari itu. Kalau boleh aku ingin selalu bersama dengannya. Aku masih ingat ketika ingin melintas jalan tadi Iskandar memegang erat tanganku. Hatiku berbunga tanda gembira betapa aku rasa disayangi dan dihargai. Namun aku tidak yakin adakah Iskandar akan menyerahkan hatinya kepadaku. Tentu dia pasti masih lagi menyayangi arwah isterinya Aliya. Siapakah aku dihatinya? Aliya kau begitu bertuah mempunyai suami yang begitu menyintaimu.
Akhirnya makan malam bersama kakitangan sudah menjelma. Kehadiran aku bersama Iskandar mendapat perhatian semua kakitangan syarikat. Maklumlah kami memakai pakaian warna sedondon. Aku memakai blaus biru firus berlabuci di bahagian dada yang dipilih Iskandar ketika membeli belah saban hari. Iskandar pula memakai kemeja berwarna biru dipadankan dengan kot berwarna hitam dan seluar hitam.
"Marissa, abang rasa blaus ni sesuai. Tak terlalu banyak hiasan dan rekaannya pun simple. Macamana Marissa suka?" tanya Iskandar kepadaku.
" Marissa tak kisah tapi harganya terlalu mahal, tak berbaloi kalau nak pakai untuk satu malam itu jer." Aku juga turut berkenan dengan blaus itu namun kalau dah harga RM750 itu hanya untuk dipakai untuk satu malam, aku lebih rela membeli sehelai baju kurung yang pasti boleh dipakai bila-bila masa sahaja.
" Kalau Marissa dah suka, kita beli jer. Anggap ini adalah satu hadiah sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang." Ujarnya berbisik di telingaku.
Walaupun dengan berat hati, aku mengangguk juga tanda setuju.
" Abang, Marissa tidak perlukan hadiah sebagai ganti. Marissa hanya perlu kasih sayang abang, cinta abang. Itu sudah cukup untuk Marissa abang. Tapi sudikah abang memberinya kepada Marissa? Masih adakah tempat untuk Marissa dihati abang?" aku berbisik didalam hati. Aku bersiap seadanya. Sememangnya aku tidak suka menampalkan diwajahku makeup namun kerana malam ini amat penting bagi Iskandar aku rela berkorban. Iskandar mengetuk pintu biliku. Aku menyapu sedikit pelembap bibir di bibirku untuk menambah seri diwajahku. Selepas berpuas hati dengan pakaian dan wajahku barulah aku keluar dan ketika itu Iskandar sedang menunggu aku di ruang tamu.
" Abang Marissa sudah siap. Jumlah kita pergi." Aku menegurnya dari belakang. Iskandar berpaling kearahku. Dia merenungku. Aku berasa malu sendiri apabila direnung sebegitu. Lama Iskandar tercegat merenungku. Namun renungan itu berakhir apabila adik tiba-tiba muncul.
"Wah,cantiknya mama.Macam Bidadari Biru."Bidadari Biru itu merupakan salah satu rancangan kesukaan adik yang dapat ditonton di Siaran Aruna. "Adik, Mama dan Papa nak keluar sekejap. Adik jaga rumah tau. Jaga diri elok-elok. Jangan gaduh dengan abang tau. Nanti mama belikan adik cokelat ok.? "ok mama. Bye-bye." Aku dan Iskandar beriringan menuju ke kereta. Didalam kereta, iskandar memujiku lagi. Mukaku bertukar warna menjadi merah kerana terlalu malu dipuji Iskandar. hatiku berbunga. Betapa indahnya perasaan apabila buah hati yang amat dipuja walaupun tidak berbalas memuji keindahan dan kecantikan yang diberikan walaupun hanyalah sementara.
Malam itu merupakan malam aku dan Iskandar. Pelbagai usikan ku terima. Ada yang menyatakan aku dan Iskandar bagaikan pinang dibelah dua. Juga ada yang mengusik aku berseri-seri pada malam itu kerana aku sudah pun berbadan dua. Namun bagaimana aku berbadan dua sedangkan aku masih lagi anak dara. Iskandar sekadar memberi senyuman apabila mendengar usikan itu.
Majlis itu bersurai ketika sudah lewat malam. Iskandar menyatakan tidak perlu mengambil abang dan adik di rumah Mak Cik Bedah kerana tadi Mak Cik Bedah menelefonnya untuk memberitahu abang dan adik sudah tidur. Mak Cik Badah ialah orang gaji rumah kami tetapi tidak tidur dirumah kerana rumah Mak Cik Bedah hanyalah 10 minit sahaja dari rumah kami. Ketika aku menghantar abang dan adik siang tadi, Mak Cik Bedah gembira sekali kerana malam ini ada orang yang akan menemaninya. Abang dan adik juga gembira.
Aku dan Iskandar sampai dirumah ketika pukul 12 tengahmalam. Aku begitu penat sekali. Ketika ingin melangkah masuk kebilikku, dengan tiba-tiba kerasakan tanganku ditarik.
"Malam ini Marissa tidur dalam bilik abang boleh?"
Aku hanya diam membisu. Tiada sebarang jawapan keluar dari mulutku.
" Abang nak testing jer isteri abang ni macamana?" dengan mukanya yang selamba sambil tersenyum nipis menyebabkan mata yang sepet itu semakin sepet. Namun tetap kelihatan kacak padaku. Sebelum melangkah masuk kebiliknya, satu ciuman hangat singgah didahiku.
"Selamat malam sayang." Ujarnya dimuka pintu bilik. "Selamat malam abang." Kataku perlahan dibelakang ucapanku kerana tidak mahu dia mendengar.
Malam itu aku terbayang-bayang kelakuan Iskandar di majlis tadi. Pelukannya , ciuman hangat membuatkan aku terbuai-buai.
Benarkah Iskandar mencintaiku? Mengapa persoalan ini selalu bermain-main di fikiranku. Berdosakah aku meragui suamiku? Tidak berdosakah aku menolak keinginan suamiku? Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi dentuman kilat yang cukup hebat. Sesungguhnya aku amat fobia dengan bunyi kuat seperti kilat ini. Kalau ada abang dan adik mereka akan menjadi temanku namun sekarang mereka tidak ada. Sekali lagi bunyi kuat kilat mengejutkanku. Aku menjerit. Ketika itu aku mendengar bunyi ketukan dipintu bilikku. Dengan pantas aku membuka pintu biliku. Aku melihat Iskandar di depan pintu itu dan ketika itu juga satu dentuman yang begitu kuat sekali terjadi dan aku dengan pantas memeluk insan bergelar suamiku dengan erat seolah-olah hanya dia sahaja yang dapat membantuku untuk meleraikan ketakutan ini.
" Marissa abang ada kat sini sayang. Marissa jangan takut lagi." Pujuknya seolah-olah aku budak kecil. Aku masih lagi memeluknya ketika dia membawa aku ke katil. Aku tidak mahu melepaskan pelukan itu. Disitu, disisi Iskandar, aku merasa selamat. Disitu aku merasa tenang. Seketika kemudian dentuman guruh berserta kilat sudah pun berlalu. Iskandar meleraikan pelukkanku.
" Abang, temankan Marissa malam ni. Boleh?" aku bertanya ketika Iskandar sudah bangun ingin meninggalkanku.
Iskandar berpaling kepadaku dan kemudiannya tersenyum tanda bersetuju. Dadaku seakan-akan ingin pecah kerana terlalu berdebar ketika Iskandar melabuhkan badannya di sebelahku. Adakah aku harus melakukanya dahulu? Aku terlalu segan. Perasaan itu terlalu menebal di dalam diriku.
Aku memalingkan badanku daripada Iskandar.
"Seorang isteri yang solehah, tidak akan memalingkan tubuhnya ketika tidur bersama suaminya."
Serentak apabila aku mendengar ucapan Iskandar, aku memalingkan semula badanku ke depan.
"Marissa tak nak tengok muka abang ker?" tanya Iskandar lagi.
Iskandar menduga aku. betapa aku takut ketika sekatil dengan Iskandar. Aku tahu kami sudah mempunyai ikatan yang sah disisi agama. aku hanya berdiam diri. Aku mengharap Iskandar dapat membuka pintu hatinya untukku. Aku tidak mahu lagi kesunyian. Aku mahukan kasih-sayang daripada Iskandar. aku sukar untuk menutup mataku. Mungkin inilah peluangnya untuk aku meleraikan segala persoalan yang beraja didalam hati ini. Aku memandang Iskandar. Ternyata dia juga masih belum tidur lagi. "Abang, Marissa nak tahu sesuatu boleh?" aku memulakan bicara. "Apa dia?" Iskandar mula berpaling kearahku. "Abang masih ingat arwah isteri abang?" tanyaku pada Iskandar. "Marissa, abang harap Marissa tidak mengungkit dan bertanya hal ini kepada abang lagi." Itulalh pertama kali aku mendengar suara Iskandar yang sedikit tinggi kepadaku. Aku terkejut. Hatiku seolah-olah dihiris oleh sembilu. Entah mengapa Iskandar tiba-tiba melenting. "Maafkan Marissa." Ucapku perlahan. "Abang keluar dulu. Selamat malam." Sebelum keluar Iskandar menghadiahkan aku sebuah ciuman didahi. Namun dapat kurasakan ciuman itu tidak seperti ciuman yang kudapat selepas habis majlis itu. Ciuman itu seakan sebuah paksaan. Aku pasrah. Iskandar keluar dari biliku. Malam yang kuharap dapat mengenali Iskandar dengan lebih dekat tidak tertunai jua. Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap semalam kerana memikirkan mengenai Iskandar.
Pagi itu aku bangun lambat. Aku tidak sempat untuk menyiapkan makanan untuk abang dan adik. Ketika aku turun, mereka semua sudah pergi sekolah. Mak cik Bedah berkata Iskandar sudah keluar awal pagi lagi. Dia yang memesan kepada Mak Cik Bedah supaya tidak mengejutkan aku kerana katanya aku keletihan. Betul aku memang keletihan tetapi keletihan kerana banyak menangis semalaman. Aku terus menelefon pembantuku dipejabat untuk memaklumkan bahawa aku tidak dapat hadir kepejabat hari ini kerana aku tidak sihat. Aku perlukan masa untuk menenangkan diriku. Selepas bersarapan, aku bersiap ala kadar. Aku ingin keluar dari rumah untuk seketika. Biarlah aku mencari ketenangan. Sebelum aku meninggalkan rumah, aku sudah menulis nota ringkas kepada abang dan adik. Aku tidak mahu mereka menunggu aku kerana aku tidak tahu bila aku akan pulang kepada mereka.
Aku memesan kepada Mak Cik Bedah mengenai pemergianku. Mak Cik Bedah mengalirkan air mata sambil berpesan kepadaku supaya berhati-hati. Aku sudah membuat keputusan nekad untuk keluar rumah hari ini. . Aku juga sudah memaklumkan kepada kedua orang tuaku yang aku sedang bercuti namun aku tidak memberitahu mereka kemana aku pergi kerana aku yakin mereka pasti akan mencariku nanti. Begitulah ayah dan emakku, amat menyayangi diriku. Aku menelefon suamiku Iskandar.
"Abang, Marissa nak bercuti. Marissa harap abang izinkan." "Marissa nak pergi mana? Abang akan hantarkan." " Tak payahlah. Marissa hanya perlukan keizinan abang sahaja. Marissa harap abang izinkan. Marissa ingin tenangkan fikiran Marissa." "Baiklah abang izinkan tetapi abang harap Marissa tidak lupakan kami disini. Abang akan tunggu kepulangan Marissa." Aku dapat mendengar suara Iskandar yang seakan berbisik. "terima kasih abang" tanpa menunggu lama aku meletak panggilan telefon itu.
Aku ahirnya sampai ke jeti Marang, Terengganu tengah hari itu. Selepas makan aku segera membeli tiket untuk menaiki bot menuju ke pulau Kapas. Itulah tempat yang kupilih untuk aku melupakan sebentar masalah. Tempat untuk aku menenangkan perasaan dan tempat untuk aku muhasabah diriku. Aku menetap di chalet Mak Cik Gemuk. Sebuah chalet yang ringkas namun selesa. Entah kenapa aku tergerak hati untuk bercuti dipulau ini. Udaranya yang dingin, pantainya yang memutih dan angin yang menghembus lembut begitu menenangkan perasaanku.
Aku berjalan-jalan dipantai selepas aku menikmati makan malam di restoran Molek. Malam itu begitu indah sekali ditemani angin yang menghembus lembut dan bintang-bintang yang bergemerlapan didada langit.
" Mama, cantikkan bintang tu." Abang menunjukkan kepadaku pada suatu malam. "mama, kalau boleh suatu hari nanti bila abang dah besar nanti, abang nak bawak mama dan papa pergi sana". Sambung abang lagi. "boleh tapi abang kene belajar rajin-rajin dulu. Barulah boleh bawa mama dan papa pergi sana." Aku melayan anak tiriku itu. "adik pun nak ikut jugak." Adik juga ingin turut serta dalam perbualan kami yang berlangsung di bilik tidurku itu " ok semua akan pergi ek." Jawabku meredakan pertengkaran yang mula terbit diantara abang dan adik.
Oh tuhan betapa aku merindui abang dan adik. Kenangan bersama kedua-dua anak tiriku yang sudah kuanggap sebagai anakku sendiri menjengah minda.
"Marissa, abang cintakan Marissa. Bagilah abang masa untuk buktikan cinta abang pada Marissa."
Kenangan ketika bersama Iskandar pula datang. Ya aku juga merindui Iskandar. aku berasa bersalah kerana meninggalkan suamiku itu tanpa kebenarannya. Aku tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz. Namun aku tidak dapat melawan rasa hatiku. Aku perlukan ketenangan, kedamaian tanpa masalah yang membebankan jiwa. Aku merindui anak-anakku namun apakan daya. Aku perlukan waktu.
"Sayang, mama harap korang semua bersabar. Suatu hari nanti mama pasti akan pulang." Aku memberi semangat kepada diriku.
Tiga hari sepanjang berada di pulau Kapas masih belum puas kurasakan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t yang membuatkan aku begitu bersyukur sekali. Petang itu aku menyertai sekumpulan pelancong asing yang akan melakukan "snorkeling" di pulau itu. Aku telah berkenalan dengan seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang cukup comel. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Catherine dan anak perempuannya bernama Sally yang berusia lapan tahun. Catherine seorang ibu yang gigih kerana beliau membesarkan Sally seorang setelah bekas suaminya meninggalkanya ketika dia masih mengandungkan Sally empat bulan. Cerita Catherine membuatkan aku terfkir betapa tabahnya Catherine menghadapi segala dugaan dalam hidupnya. Dia menempuh kehidupan dengan sabar. Membesarkan Sally seorang diri. Kegigihan Catherine membuatkan aku membandingkan diriku dengannya. Catherine melawan segala masalah yang dihadapinya sedangkan aku pula melarikan diri daripada masalah. Seharusnya aku mestilah lebih tabah daripada Catherine kerana aku mempunyai kedua-dua ibu bapaku yang pasti akan berada disisiku sedangkan Catherine tidak mempunyai sesiapa. Aku juga mempunyai dua orang anak lelaki yang amat menyayangi aku walaupun aku bukanlah ibu sebenar mereka. Namun papa mereka mungkin tidak akan menerima aku. esok mama akan kembali kepada kalian. Mama tak akan lagi meninggalkan korang. Mama akan menebus segala-galanya.
Aku menuju ke bahagian pendaftaran chalet untuk mendaftar keluar dan ingin bertanya mengenai bot yang akan membawa aku ke tanah besar. Aku sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan anak-anakku. Aku sudah tidak peduli lagi, apa perasaan Iskandar terhadapku. Yang penting adalah anak-anakku. Namun sayangnya, bot untuk ketanah besar hari ini tiada. Aku terpaksa membatalkan kepulanganku. Sayang, mama harap kamu bersabar untuk sehari lagi.
Petang itu aku keluar bersiar-siar dipantai. Itu adalah rutinku sepanjang aku berada di Pulau Kapas ini. Hari ini begitu ramai sekali pelancong-pelancong.
"Mama!" aku mendengar suara yang amat kurindui. Abang, mama pun rindukan abang jugak. "Mama!" alangkah bahagianya hidup jika mereka ada bersamaku. Menikmati keindahan pantai yang memutih ini. Namun itu semua angan kosong ku sahaja, mana mungkin mereka berada disini. Mereka tidak tahu yang aku bercuti disini. Namun aku mengenali suara itu. Mungkin suara kanak-kanak lain yang memanggil ibu mereka. Sabarlah hati, esok kau akan jumpa jugak mereka. "Mama!" kali ini aku tidak teragak-agak lagi untuk berpaling kearah suara itu.dari jauh aku melihat abang dan adik berlari kearahku. Ya Allah kau perkenankan doaku. Dari jauh juga aku melihat Iskandar. namun tidak kuhiraukan kerana sekarang hatiku hanya untuk anak-anakku yang sekarang sudah berada didalam pelukan eratku. Aku mengalirkan air mata kerinduan kepada mereka. "Mama kenapa mama tak balik rumah? Adik rindu sangat kat mama tau." Adik bertanya kepadaku. Aku tidak mempunyai jawapan yang sesuai untuk mereka. "Kan papa dah cakap, mama ada kerja. Itu sebabnya mama tak dapat balik rumah." Iskandar memberi penjelasan. Walaupun ianya merupakan satu pembohongan dan ianya sepatutnya tidak boleh diamalkan kepada kanak-kanak namun aku terpaksa mengiyakannya kerana aku memang tiada jawapan untuk mereka. "Maafkan Marissa. Marissa keluar dari rumah tanpa memberitahu kepada abang. Tapi macamana abang boleh sampai kesini? Aku bertanya. "gerak hati" jawapan yang diberikan amat ringkas namun nadanya kelihatan begitu sinis sekali. Aku tidak begitu memahaminya.
Kami kemudiannya bergerak ke restoran kerana adik sudah mula merengek sudah lapar. Kami makan bersama-sama. Iskandar menceritakan yang baru hari ini dia melihat abang dan adik makan dengan berselera sekali sejak aku meninggalkan mereka. Apabila aku mendengar Iskandar berkata begitu, aku berasa sungguh sedih dan aku berasa begitu bersalah kepada mereka.
"Abang pun kurang makan jugak tau." Iskandar memecahkan kebisuan kami.
Aku buat-buat tidak mendengar apa yang diberitahu oleh Iskandar. abang dan adik meminta izin untuk pergi bermain-main dipantai. Pada mulanya aku berat hati untuk mengizinkan mereka pergi kepantai namun apabila Iskandar sudah tersenyum sambil menganggukkan kepala, aku terpaksa bersetuju.
Aku ingin menemani mereka namun aku ditahan Iskandar. "Marissa teman abang kat sinilah. Bagi mereka berseronok." Ujar Iskandar "Tapi diaorang." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata. "Diaorang dah besar Marissa. Please temankan abang kat sini." Iskandar memujukku.
Entah kenapa apabila dengan Iskandar begitu mudah sekali aku termakan pujuk rayunya. Aku memang menyintai Iskandar. tiada orang lain dihatiku selain Iskandar.
"jum kita jalan-jalan kat sana." Iskandar mengajakku. Aku hanya menggangguk tanda bersetuju.
"maafkan abang." "kenapa?" "hal malam tu. Abang tak bermaksud untuk membuat Marissa terasa." "ermm" "Marissa marah lagi kat abang?" "Marissa tak ada hak untuk bertanya soalan itu kepada abang. Marissa sedar siapa Marissa bagi abang." "Jangan cakap macam itu Marissa. Marissa isteri abang. Mama kepada anak-anak abang." "Pembetulan abang. Marissa hanya isteri pada abang hanya dalam kertas sahaja dan Marissa pula hanyalah ibu tiri sahaja kepada anak-anak abang." "Kenapa Marissa cakap macam itu? Marissa tak sayangkan abang? Tak sayangkan anak-anak kita." "Marissa bercakap atas dasar kebenaran abang. Marissa dah anggap mereka macam anak-anak Marissa sendiri. Namun abang selepas abang lepaskan Marissa, Marissa tiada apa-apa yang tinggal untuk Marissa." "Siapa cakap yang abang akan tinggalkan Marissa." "Abang , abang sendiri pun tidak mengaggap Marissa isteri abang. Kenapa abang nak simpan Marissa lagi? Jika ini semua kerana anak-anak abang, mereka pasti akan terima jika abang jelaskan kepada mereka perkara yang sebenarnya." "Tidak! Abang tak akan lepaskan Marissa. Abang sayangkan Marissa." "Apa buktinya jika abang sayangkan Marissa?" "Abang tak tahu" "Boleh abang terima Marissa?" "Abang terima Marissa" "Abang jangan tipu Marissa?" aku sudah mula hilang sabar. "Abang tak pernah tipu Marissa." "Ok. Marissa nak tanya abang. Kenapa abang tinggalkan Marissa malam itu?" "Baiklah abang nak berterus-terang dengan Marissa. Memang abang belum dapat lupakan arwah. Arwah isteri abang banyak berjasa kepada abang. Dia cinta pertama abang. Macamana abang dapat lupakan orang yang abang cintai yang tiba-tiba meninggalkan abang begitu sahaja. Ketika itu kasih kami masih lagi bersemi indah. Abang masih tak dapat lupakan kecelakaan yang meragut nyawa Intan, arwah isteri abang."
Iskandar mula menceritakan kepadaku bagaimana kemalangan ngeri yang meragut nyawa Intan. Kejadian itu berlaku apabila Iskandar mengambil ayah dan ibunya dari lapangang terbang KLIA yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah haji diMekah. Ketika itu Intan mengandungkan anak ketiga mereka empat bulan. Mereka begitu gembira sekali. Ketika itu abang dan adik tidak mengikut mereka kerana mereka bersekolah. Kereta yang dipandu oleh Iskandar dipintas oleh lori balak. Iskandar mengikuti rapat lori tersebut namun dengan tiba-tiba lori itu membrek dengan mengejut menyebabkan kereta yang dipandu Iskandar hampir bertembung dengan buntut lori tersebut namun masih dielak. Ini menyebabkan Iskandar terpaksa membelok ke laluan tepi namun ibarat kata pepatah, keluar mulut harimau masuk mulut buaya, kereta mereka bertembung dengan bas ekspres yang ketika itu memang dipandu laju. Akibatnya kereta mereka terheret jauh dan akibat kemalangan itu Intan dan kedua-dua ibu bapa Iskandar meninggal dunia ketika dibawa untuk bantuan kecemasan. Akibatnya Iskandar mengalami trauma dan kesihatannya terganggu. Memang memberi tamparan yang hebat kepada Iskandar dan abang serta adik juga turut terkena tempias diatas kehilangan ibu mereka. Abang menjadi pendiam manakala adik pula menjadi hiperaktif. Sebagai lelaki memang Iskandar tidak mampu untuk menjaga anak-anaknya itu dan sebagai penyelesai masalah itu juga, Iskandar menjadikan aku sebagai isterinya untuk menggantikan isterinya. Iskandar memilih aku kerana aku dilihat mampu memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya. Walaupun pada mulanya dia hanya ingin memberikan kasih-sayang hanya kepada anaknya, namun lama-kelamaan perasaan cinta mula menjalar di dalam hatinya. Iskandar berasa bersalah kerana tidak setia kepada isterinya. Itulah sebabnya dia terpaksa bertindak sedemikian. Walaubagaimanapun perasaan bersalah itu dapat dihapuskan apabila cinta kepada ku semakin kuat menjalar didalam hatinya.
Ketika sedang rancak bercerita, abang tiba-tiba meluru ke arahku. "Mama, abang penatlah." "jum lah kita balik bilik ek." Jawabku apabila melihat abang sudah berpeluh. "abang main apa ni? Tanya Iskandar kepada anaknya itu. "Eh! Adik mana?" aku mencari kelibat adik namun masih belum dapat kutangkap bayangnya. "Mama!" "Ish adik ni. Terkejut mama tau." Adik mengejutkan aku dari belakang.
Kami kemudiannya menyusur ingin berehat.
"Mama, mama duduklah dalam bilik kami." Ketika aku ingin berlalu dari bilik yang diduduki mereka. "mama nak ambik beg dia dulu. Abang dan adik pergi mandi dulu ek." Kata Iskandar sambil mengenyitkan matanya.
Aku tidak mengerti apa maksudnya namun aku sudah nekad untuk pindah bilik tidak sekali. Hal antara aku dan Iskandar masih belum selesai. Aku masih belum yakin akan cintanya lagi. Aku masuk kebilikku, aku mandi dan menunaikan solat magrib. Selepas itu aku bersiap-siap untuk keluar makan kerana perutku ini sudah mula bernyanyi minta diisi. Aku hanya mengenakan kemeja biru lengan panjang, seluar panjang berwarna hitam dan dipadankan dengan tudung putih berbunga biru halus. Itu sudah cukup selesa bagiku.
Selepas makan, aku bertemu dengan Catherine di pantai. Dia menyatakan bahawa esok dia dan anak perempuannya akan pulang ke tempat mereka swmula. Boleh dikatakan malam ini merupakan malam terakhir bagi kami. Kami akan berpisah dan tidak mungkin akan berjumpa lagi. Namun andai ada jodoh aku pasti ingin bertemu dengan mereka. Mereka terlalu baik. Begitu mengambil berat dan menghormati budaya sisini.kami berbual sehingga tidak sedar hari sudah larut malam.
Aku meminta izin daripada Catherine untuk beransur beredar. Lagipun anaknya sudah kulihat beberapa kali menguap kerana mengantuk. Aku menuju kebilikku. Dari jauh aku melihat Iskandar sedang menungguku.
"Eh! Abang, apa abang buat kat sini? Tanyaku kepada Iskandar. "tunggu Marissalah." Dengan mukanya yang kelat dan jawapan yang ringkas aku tahu yang Iskandar marah kepadaku. "Maafkan Marissa. Tadi lepas makan, Marissa jumpa dengan kawan, kami berbual sedar tak sedar dah lewat. Maafkan Marissa ya Abang." Aku masih sedar kedudukanku sebagai seorang isteri. Walaupun masih belum menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, aku wajib meminta izin daripada suamiku dahulu sebelum kemana-mana.
"Lain kali bagitahu abang dulu Marissa hendak pergi mana. Abang dan adik tertanya-tanya kemana Marissa pergi. Mereka tunggu Marissa sampai tertidur tau." Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Aku sedar aku salah. "dah lah. Jum masuk tidur. Dah lewat ni. Lagipun esok kita nak balik kan?" "Ermm, baiklah abang." "Eh, kamu tu nak pergi mana lagi?" tanya iskandar tiba-tiba ketika aku mula meninggalkan dia. "Bilik Marissa dekat sanalah abang."
Iskandar merapati ku. Dia memegang bahuku perlahan sambil berbisik dengan suara yang begitu romantik sekali.
"Malam ni Marissa tidur dalam bilik abang." Aku hanya tersenyum malu. Aku menuruti Iskandar yang ketika itu menuju kebiliknya. Dengan tiba-tiba Iskandar berhenti. Aku merasa pelik dengan tindakannya.
"Kenapa abang berhenti ni? Tak nak masuk bilik ker?" aku bertanya kepada Iskandar. "Abang dan adik?" dia bertanya kepadaku. "Kenapa dengan abang dan adik?. Aku pula yang bertanya kepadanya. Soalannya tadi menimbulkan tanda tanya kepadaku. Kenapa pula dengan abang dan adik? Biarlah mereka. Mereka mungkin keletihan kerana sudah penat bermain dipantai tadi. Aku mula dapat menangkap maksudnya apabila Iskandar mengenyitkan matanya. "Abang nak malam ini untuk abang dan Marissa sahaja. Tiada gangguan. Ok?" aku hanya tersenyum simpul mendengarnya.
Bersama dengan Iskandar kini ibarat hiduupku sudah lengkap sepenuhnya. Aku bersyukur kerana melalui Iskandar aku dapat mengenali alam kehidupan berkeluarga yang penuh dengan pancaroba dan dugaan. Hanya dengan kesabaran dan fikiran yang rasional sahaja jalan penyelesaian. kini cinta ku bersemi dan pasti akan terus mekar walaupun kadangkala ribut taufan datang menimpa.
da selalu bace cerita cm nih... mood membaca terganggu bila ada kesalahan pada cerita ni.. cthnya, status sepupu watak utama. dan juga nama isteri iskandar. lepas nih kalo menulis lg kena pastikan xjd cm ni lg...
not bad.. but... be careful with characters and the story... there are some mistake....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
byk cerita yg brbeza tp konsep yg sama, hum leh tolg cari idea lain x..