Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
NorAyana Maisarah menyikat rambutnya sambil menyanyi riang. Keriangan hatinya tidak terkata. Ini adalah kerana hari ini hari pertama persekolahan bagi sesi 2008 dan pada tahun ini dia akan belajar di tingkatan empat. Satu tahun yang penuh dengan honeymoon bagi pelajar yang baru saja lepas peperiksaan PMR. Malah, bukan itu yang menggembirakannya tapi sebab dia dapat berjumpa dengan buah hati kesayangannya, Hafiz, siapa lagi. Selama sebulan dia terpaksa berpisah dengan Hafiz oleh kerana dia terpaksa mengikut keluarganya pergi bercuti di kampung. Bukan senang ayahnya dapat cuti selama sebulan. Time cuti sekolah pula tu.
Selama sebulan berpisah dengan Hafiz, Aya sudah rasa keseksaan yang sukar diungkapkan. Mungkin inilah penyakit rindu hehehe…. SPM belum habis lagi sudah angau nak bercinta. Memang tak patut… tapi, ah! Indahnya dunia ni!
"Aya! Bas sekolah dah sampai!" jerit suara ibunya dari bawah.
"Okey, dah siap!" jeritnya sambil tersenyum lebar di hadapan cermin. Dia membelek pakaian sekolahnya dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. "Perfect. Watch out girls! Your new queen is coming!" ujurnya kepada dirinya sendiri sambil membayangkan dia sedang bercakap dengan beratus-ratus pelajar perempuan di sekolahnya dengan bangganya.
Bangga? Mestilah sebab dia sudah dapat menawan hati jejaka yang direbuti ramai di sekolah. Siapa lagi kalau bukan Hafiz, the prince charming dalam sekolahnya itu. Hafiz atau nama sebenarnya Akmal Hafiz Zainuddin bukan saja handsome, malah kacak juga (err… samalah tu). Seorang yang aktif dalam semua bidang terutama sekali dalam bidang sukan sebab dia adalah Kapten pasukan bola Sepak sekolah dan juga jatuh pecut 100 meter. Selain itu, Hafiz juga turut diketegorikan pelajar cemerlang apabila dia disenaraikan di antara 10 pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan akhir tahun. Dengan kata lain, Hafiz memang sempurna dari semua segi.
--------------------
Ashraf Danish terangguk-angguk sambil mulutnya berkumat-kamit menyanyikan satu lagi yang berkumandang di telinganya melalui headphone yang diletakkan di kedua pasang telinganya. Sambil dia mendengar lagu, sambil itulah tangannya melantunkan bola keranjang yang selalu di bawanya ke sana ke mari.
Sekali-sekala dia akan melambung-lambungkan bola keranjang itu dan menangkap kembali dengan kemas sebelum melantunkannya dengan menggunakan kedua tangannya. Lagaknya seperti pemain professional.
"Ashraf Danish," panggil seorang pengawas yang sudah tercegat di tepi pagar sekolah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kawasan sekolah.
Kaki Ashraf terhenti dan dia mengeluh lemah. Dia berpaling melihat musuh utamanya di sekolah itu, yang selalu menyusahkannya menghampirinya. Yusrizal menghulurkan tangannya seperti meminta sesuatu. Dengan satu keluhan Ashraf menanggalkan headphonenya dan diberikan kepada Yusrizal bersama MP3 kepunyaannya itu. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pelajar yang membawa alat eletronik seperti MP3 ke sekolah.
"Kau masih tak berubah, baru hari pertama dah buat hal," Yusrizal mula berbicara tentang peraturan sekolah. Budak ni kalau dibiarkan akan meleret sampai ke hari akhirat. "Masuk kali ini dah enam kali aku rampas MP3 dari kau. Tak de barang lain ke kau nak bawa? Contohnya, handset terbaru ke, DVD player ke, Gameboy ke, ada juga faedahnya," tambah Yusrizal lagi.
Ashraf langsung tidak mengendahkan kata-kata Yusrizal apatah lagi bertentang mata dengan Yusrizal. Dari dia memandang Yusrizal lebih baik dia memandang jalan raya di hadapannya itu. Kebetulan pula terdapat sebuah bas sekolah berhenti di hadapan pagar sekolahnya itu dan beberapa orang pelajar berpusu-pusu keluar dari perut bas.
Blue melompat keluar dari perut bas sambil tersenyum keriangan. Inilah masa yang ditunggu-tunggu selama sebulan. Kembali ke sekolah dan menjadi Permaisuri.
"Hai Jetman," sapa Blue kepada Yusrizal yang sudah berdiri menunggu mangsa di hadapan pagar.
"Hai Blue," laungnya kepada Blue sebelum Blue melangkah pergi dengan senyuman manis dibibir.
Ashraf hanya menggeleng sebelum berlalu dari situ. Jetman, itulah gelaran yang diberikan kepada Yusrizal. Jetman, penegak kebenaran. Bunyi menarik tapi memang melucukan. Dan perempuan yang menyapa Yusrizal tadi, dia hanya mengenali pelajar perempuan itu sebagai Blue saja. Kenapa Blue? Entahlah, dengar kata oleh sebab pelajar perempuan itu memiliki sepasang anak mata berwarna biru, jadi, dia dikenali sebagai Blue. Memang inilah gaya hidup pelajar sekolah zaman kini. Nama sedap-sedap tiba-tiba bertukar menjadi entah apa-apa entah. Jetmanlah, Bluelah. Itu baru dua nama, belum lagi dengan yang lain. Dalam sekolah ni dah tak main dah nama betul, mereka hanya main nama gelaran saja. Entah apa entah.
Nasib baiklah dia tidak masuk campur sangat tentang pertukaran nama secara tidak rasmi ini. Agaknya, kalau dia masuk campur, apakah nama yang mereka akan letak? Kalau Blue memiliki sepasang mata berwarna biru dan mereka memanggilnya Blue, mungkin dia pula orang akan memanggilnya Green? Sebab dia memiliki sepasang anak mata berwarna hijau?
Ah, mengarutlah. Simpang malaikat 44. Kalau ada orang panggil dia dengan gelaran itu, memang dibunuh-bunuh orang itu. Well, siapa yang tidak kenal Ashraf, raja samseng di sekolah itu. Sebut saja nama Ashraf, semua orang gerun. Ye ke? Semua gerun ke?
"Hai semua," sapa Blue dengan mesra sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelasnya. Tapi, malangnya tiada siapa pun yang membalas sapaannya. Pelik. Semua orang berkerumun di meja Natasya yang memang terkenal dengan gelaran ‘Perempuan Melayu Terakhir’ itu. Ini adalah kerana Natasya tidak ubah seperti Perempuan Melayu Terakhir. Terakhir ke? Menyampah adalah.
"Hey Blue," sapa Sakinah apabila Blue menghampiri tempatnya. "Kenapa tu?" tanya Blue sedikit kecewa dengan hari indahnya itu. "Percaya atau tidak dia adalah queen of the world sekarang," ujur Sakinah kepada Blue sambil menjeling tajam memandang Natasya yang tersengih-sengih bersembang dengan kawan-kawannya itu. "Apa maksud kau?" tanya Blue sambil meletakkan beg sekolahnya di sebelah Sakinah. "Hello! Queen of the world. Takkan kau tak dapat tangkap lagi? Dia dah jadi buah hati Hafiz," beritahu Sakinah. Berkedut dahi Blue mendengarnya. Natasya? Hafiz? "What?! Mesti ada kesilapan. Natasya? Dengan Hafiz? Hafiz, the prince charming tu? Mereka bersama?" tanya Blue lagi seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan itu. "Yes! Satu sekolah dah kecoh tentang mereka berdua dan pagi tadi dah terbukti mereka berdua sudah couple. Hafiz datang ke sekolah dengan Natasya, ada orang nampak mereka naik motor bersama dan sekarang tengah kecohlah tu…," terang Sakinah yang pedih juga mendengar mereka bergelak ketawa di belakang. Tension satu tubuhnya apabila menyedari kenyataan itu. Kenapa dia tidak tahu apa-apa pun? Hafiz dengan Natasya? Ah, memang tidak boleh diterima! Dia mesti berjumpa dengan Hafiz untuk penjelasan sekarang juga! Jaga kau Hafiz! "Hey, kau nak ke mana tu?!" tanya Sakinah. "Pengistiharaan peperangan," ujur Blue dengan mata yang penuh berapi.
luve you ratubulan.. skew karya2 awak.. truskan usaha..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best!!!best!!!!!besttttt..cpt lh sambungan dier..pleseeee,....saya mohonnnnn ..mohonnn..plese...nnti tkt saya x smpt tgk... plese okey? anyway..citer nie bestt lh!!! good job!