Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Keheningan malam menyikap tirai 12 Rabiulawal kala titisan hujan renyai sayup membasahi alam. Kedinginan dan olakan angin menyisip ketenangan dalam kesyukuran menyambut Maulidur Rasul. Aku menguntai manik-manik tasbih dengan alunan zikirullah yang mengisi ruang dada, ralit berteleku di atas sejadah mengisi hamparan pengabdian pada Al-Khaliq.
"Safiah, kerja kursus yang kamu hantar terlalu ringkas. Cikgu tak nampak penjelasan terperinci tentang Tunku Abdul Rahman ni?"tegur Cikgu Fatimah tika mengulas perihal tugasan aku. Biasalah kerja projek mata pelajaran Sejarah baru-baru ini agak melemaskan aku. Ahh..bosannya melengkapkan teks ini! Monolog aku dalam hati. Aku berjalan menuju koridor bangunan sambil melayarkan pandangan kearah pepohon kemboja disebalik kehijauan padang sekolah. Sambil itu, desis hati sesekali mengimbas kiasan kata-kata Ustazah Aisyah tempoh hari, "Rasulullah s.a.w tidak suka pada sesuatu kerja yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga.."
Aku teralit dalam perasaan memuncak hiba. Oh, di mana silapnya? Lantas teringat leteran Cikgu Fatimah yang sedikit sebanyak terlempiasnya pada hasil kerjaku tadi. Sedetik itu, kekesalan timbul…
" Barangsiapa dari umatku yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkat untuknya sepuluh darjat"
Andainya baginda masih ada dalam dunia akhir zaman ini, tentu sedikit sebanyak Baginda berbangga dengan generasi mahasiswa-mahasiswi intelektual saat ini. Insan-insan yang digelar ‘ummatahu’ yang bererti ‘umatnya’. Sungguh ingin sekali aku menyatakan hasrat di hati untuk bertemumu, ya Rasulullah. Akan ku ceritakan padamu seribu satu kisah perjalanan remajaku dan pasti senyuman menghiasi rona wajahmu kerana aku amat rindu pada senyuman yang seringkali menjadi penyejuk hati para sahabat. Dia yang bernama Muhammad.
"Bagus Safiah, saya suka dengan hasil tesis awak!" puji Professor Azizan sambil menuntas pandangan pada skrin komputer seketika.
Aku hanya tersenyum dengan kepuasan. Tidak sia-sia kunjunganku ke Amsterdam untuk mengkaji teknologi pertanian di sana.
"Dan seperkara lagi.."
Aku menoleh sambil mengangkat kening tanda kurang mengerti.
"Tahniah, atas kecemerlangan pointer awak baru-baru ini.." Hanya Tuhan mengerti betapa aku gembira selama ini merangkul beberapa anugerah tertinggi akademik. Namun segalanya terasa kerdil andai tidak berpayungkan pada redha Illahi.
Pastinya, aku merasakan dia sentiasa menemani dalam nadi perjuangan ini biarpun di mata jasad itu telah lama kembali kehadrat Kekasih yang satu. Dalam erti kata lain, aku merindui untuk bertemu dia. Walau diri ini banyak dipagari noda-noda sebagai insan biasa yang tidak sebanding untuk berdampingan denganmu..Ya Rasulullah di akhirat kelak, aku selalu berdoa untuk menatap wajahmu.. Keagungan kasih dan ketulusan budinya yang mengamit hatiku dan sekalian umat-umatnya.
Seorang pemuda datang pada Rasulullah dengan wajah murung.
"Aku amat cinta padamu, Ya Rasulullah. Namun aku khuatir tidak dapat bersamamu di akhirat kelak.."
Rasulullah tersenyum penuh ketenangan dan berkata, "Di akhirat nanti, engkau akan bersama orang yang engkau cintai." Lalu pemuda itu beredar dengan senyuman.
Buktikan andai benar-benar cinta? Andainya aku mengorbankan riwayatku untuk Islam, belum tentu mampu membayar cintanya. Hinggakan sahabat-sahabat Baginda mencemburui kasih yang dipamerkan oleh Rasulullah buat umat-umatnya biarpun dimata..tidak pernah bersua. Aku bersyukur atas nama Allah, Ya Rahman…yang mengurniakan insan seistimewa Muhammad Al-Amin buat hamba-hambaNya yang dahagakan sinar Az-Zahrah, bagi mencari jalan ke Jannah..
"Sesungguhnya, aku tinggalkan pada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.."
"Hai termenung jauh nampak, ingat boyfriend ke?"
Aku menoleh pada Haryati. ‘Erm, memandai aje dia ni’ Malam itu, kami meluangkan masa sekitar KLCC memadangkan Haryati beria mengajakku keluar untuk membeli barang.
"Ha..dah habis shopping ke? Kalau dah, jom kita balik.." Aku tersenyum melihat rona wajah Haryati kelihatan sedikit frust tidak dapat berlama-lama di pusat membeli-belah itu. Mana tidaknya, tugasan assignment di kampus berlambak-lambak masih belum dibereskan. Bukannya masa itu boleh dianjakkan!
Tatkala berlalu menghampiri kawasan meletak kereta, aku terpandang ‘adegan asmara’ pasangan kekasih yang sedang berdua-duaan dicelahan pohon yang berdekatan. Aku tergamam. Sesaat itu, aku lantas mengalih pandangan kerana tidak selesa memerhati perlakuan seumpama itu. Naluri remaja tidak lepas dari mengajarku erti godaan cinta. Namun, segalanya itu tidak memaknakan apa-apa kerana aku lebih cinta pada Al-Khaliq dan atas nama cinta itulah, aku tidak berani mendekati kemungkaranNya.
Namun, dalam diam aku menyimpan perasaan seperti gadis lain. Tidak salahkan? Kerana Siti Fatimah jua pernah menyembunyikan perasaaannya terhadap Saidina Ali sebelum menikahinya...
"Fikri?"
"Hei..dah hampir dua tahun kan kita tak berjumpa sejak di kampus dulu. Safiah bagaimana sekarang?" Merona merah wajahku ketika tanpa sengaja melanggar seorang pemuda di MPH Bookstore tadi. Rupanya, teman sekampus ku dulu. Tidak ku sangka bertemunya tanpa dirancang!
"Nabi bersabda,:Sesungguhnya, tiada yang menghalalkan percintaan melainkan perkahwinan."
Pandangan permai Tasik Putrajaya seakan mendamaikan biarpun tiada kata yang lahir dari sanubari ini. Aku menoleh seketika padanya dan dia membalas mesra senyuman ku. Telah 5 tahun detik berlalu melewati kehidupan dengan seribu satu cerita. Namun kebahagiaan semalam tidak pernah pudar sesaat pun di ingatan.
BANG!! Aduh.. Aku merasa pandangan berpinar-pinar seolah menghentam sesuatu permukaan keras. Kepalaku berdenyut-denyut namun dengan kudrat yang ada aku gagahi jua untuk bangun. Aku sedaya-upaya mengingati tempat ini tapi aku hairan. Di mana kah? Tabir hitam di sekeliling mengaburi pandangan mata dan aku makin keliru. Dalam kekalutan, aku terlihat biasan sinar putih yang terbit dari satu sudut. Aku mengamati kerdipan cahaya itu seakan makin menghampiri…
"Sesiapa yang bermimpi melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup mengubah bentuknya seperti bentukku"
Kelihatan seorang lelaki menuju kearah ku. Aku tidak pasti siapa gerangannya. Raut wajahnya ku amati biarpun tidak jelas dipandangan mata. Dari panahan matanya, dapat aku agak dia mengukir senyuman yang penuh ketenangan. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Tetapi tidak lama, seimbas detik itu, bayangannya berlalu pergi tanpa sempat aku berbicara.
"Maaf Datin, keadaaan anak Datin agak kritikal akibat kemalangan itu. Puan Safiah kehilangan banyak darah."
Sayu-sayup suara doktor mencecah pendengaran ku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Menatapi satu persatu wajah yang menemani disisi. Fikri dan ibu memandang antara satu sama lain dan saling tersenyum. Sesaat itu renungan mereka bersatu kearah ku pula. Aku membalasnya mesra. Fikri mengenggam erat jemari ku yang masih tersarung cincin pernikahan lalu. Biarpun telah 5 tahun berlalu, masih ku rasakan cintanya sentiasa mekar. Aku harapkan kasih dan kenangan itu terus subur seandainya diri ini tidak lagi bersamanya. Sepertimana cinta Rasulullah pada Siti Khadijah…
"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa yang menyintaiku akan bersamaku pada hari kiamat di Syurga.."
"Fikri…"
Tersayat hatiku melihat air matanya yang tumpah membasahi pipi. Dalam kepayahan, dia tabah meredhai takdir Illahi. Aku kagum memiliki insan sebaik Fikri. Moga suatu masa, akan ada penggantiku untuk mengisi kekosongan dihatinya kelak. Aku memejamkan mata. Tidak berdaya menatap wajahnya dengan kolam mataku yang berkaca-kaca. Sedetik itu, aku kembali mengingati mimpi sebentar tadi. Kerinduan aku kembali hadir. Rindu pada Al-Khaliq dan rindu pada kekasihNYA..Tapi benarkah dia, Rasulullah menunggu ku di sana?
"Ya Allah, timpakan segala saja sakit maut ini padaku. Jangan pada umatku.."
"Jangan pada umatku…"
"Umatku…Umatku…Umatku..."
Matahari senja membenamkan sinar di ufuk barat. Aku menghayun langkah demi langkah. Pulang ke jalan hakiki…‘Allahumma Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim.’
best sgt... mmg indah bila kt bcrita ttg Nabi s.a.w. smoga cepen ini mbawa lembaran baru kpd semua pmbaca nya... tahniah kpd penulis... sgh indah bait-baitnya...
best cte ni..jln cte yg menarik..bersulamkan cinta islam..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm...
terharu saya bace cerpen nie...