Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Perkahwinan yang kuharapkan berkekalan hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Kini hanya gambar dan kenangan manis menjadi memori dalam hidupku. Semasa berada di pejabat kadi, aku cuba untuk menjauhkan diri dari Fitri. Aku tahu hatiku pasti akan lembut seandainya berada dengannya. Oleh itu, aku ingin lari dari dirinya.
Aku mendapat tahu daripada ibu dan kawan pejabatku bahawa Fitri mencariku selepas kami bercerai. Oleh itu, aku berpindah tempat kerja dan aku menetap dirumah sewa agar Fitri tidak dapat mencariku. Aku berpesan pada ahli keluargaku dan kawan-kaanku agar tidak memberitahu di mana aku berada. Aku sememangnya ingin lari jauh darinya agar aku boleh melupakan dirinya.
Aku merasakan tiada yang penting lagi dalam hidupku. Aku menyibukkan diri dengan semua tugasanku agar dapat melupakan semuanya. Makan minunku tidak aku jaga. Aku menjadi seorang yang workaholic sehingga tidak menghirau apa yang berada di sekelilingku. Aku hanya dengan duniaku sendiri sehinggalah pada satu hari, aku pengsan ketika hendak pergi ke toilet. Aku di bawa ke klinik oleh teman pejabatku. Berita yang aku terima cukup memeranjatkanku. Aku mengandung 2 bulan. Aku seperti kebingungan. Aku menelefon ayah dan menyuruhnya mengambilku. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan walaupun ibu dan ayah menanyakan soalan. Sesampainya dirumah baru aku berani bersuara. 'Izah mengandung, mak. 2 bulan. 'Alhamdulillah. 'Mak,abah..boleh janji dengan Izah? 'Apa dia? 'Jangan bagitahu Fitri tentang ni. 'Tapi kenapa? 'Kami dah bercerai 'Tapi itu tetap anak dia. Anak yang sah. 'Tolonglah, abah. Izah tak nak dia tahu. Mungkin dia dah bahagia sekarang. 'Dia tak kahwin Izah. Dia putuskan pertunangan tu. Dia masih sayang…. 'Mak, dahlah. Izah tak nak dengar pasal dia lagi. 'Baiklah, Izah. Kalau tu keputusan kau, mak tak boleh nak paksa kau. Tapi mak tetap tak bersetuju dengan keputusan kau tu. Hidupku kembali ceria seperti dulu. Aku amat bersyukur dengan kurniaan ini. Zuriat ini merupakan bukti cinta aku terhadap Fitri. Anak yang kukandungkan ini adalah nyawaku kini. Aku sanggup pertaruhkan apa sahaja yang aku ada untuk mempertahankannya. Walaupun aku harus berperang dengan seluruh dunia akan aku lakukan untuk memastikan anak ini berada di sisiku. Fitri masih tetap mencariku. Ibu pernah menyatakan dia telah putus tunang tapi betul ke? Najatul menegaskan tidak akan mengalah. Tapi jika dia putus, kenapa masih mencariku lagi? Adakah dia masih inginkanku? Tidak! Aku harus melupakannya. Tetapi bagaimana? Lari? Ya, aku perlu pergi jauh darinya agar tidak dapat bertemu denganku. Aku akui aku akan kalah apabila melihat mukanya dan mendengar suaranya. Aku tidak boleh membiarkan dia hampir denganku. Aku tidak boleh tewas dan yang paling utama aku tidak mahu Fitri tahu akan kehadiran zuriatnya. Aku takut seandainya dia tahu, dia akan menuntut anak ini. Aku perlu lari. 'Jauhnya. Buat apa nak belajar jauh-jauh sampai kat London tu? Kat Malaysia ini banyak lagi tempat boleh sambung belajar. 'Boleh lah mak. Lagipun Izah dah setuju dengan tawaran kat sana. Syarikat Izah pun setuju nak tanggung semua perbelanjaan belajar kat sana. Bukannya lama, 4 tahun je. 'Abang. Macam mana? Izinkan tak Izah ni pergi sambung belajar? 'Saya tak kisah. Tapi, Izah… Abah nak tanya sesuatu dulu? 'Apa dia, abah? 'Kau nak pergi sebab nak larikan diri dari Fitri kan 'Mana de. Izah nak sambung belajar lah abah. 'Jangan nak selindung abah, Izah. Abah tau hati kau. Tapi kenapa, Izah. Fitri tiap-tiap minggu datang sini, tanya pasal kau. Bila abah cakap tak guna pujuk kau lagi, dia cakap dia tetap sayang kat kau. Fitri tu baik, Izah. Kenapa kau tak nak rujuk balik dengan dia. 'Sebab dia baik lah sampai nak tolong orang jaga maruah tapi tak tahu jaga hati isteri sendiri. 'Salah kau juga tak nak bincang. Kau tak bagitahu tak setuju kan bila dia bagitahu hal itu? 'Tapi dia tetap nak tolong juga. Dia tu keras kepala. 'Orang lelaki kalau isteri pujuk hati dia akan lembut juga, Izah. 'Biarlah, abah. Benda dah jadi… Abah dan mak izinkan tak ? 'Kau tu mengandung, Izah. Risau mak kau jauh-jauh kat sana. Sorang pula tu. 'Mak janganlah risau. “Kalau dah kau tekad nak pergi juga, Abah dan mak izinkan tapi pastikan kau hubungi kami selalu. 'Baik, abah. Terima kasih sebab selalu menyokong, Izah.
Kota London memang sibuk. Tidak pernah putus dengan gelagat penduduknya. 4 tahun membuatkan aku lali dengan keadaan ini. Aku menyewa apartment di tengah-tengah kota London dengan 4 orang pelajar Malaysia juga, Nurul, Haini, Nana dan Fatin. Kesemua mereka lebih muda dariku. Walaupun begitu kami amat rapat anatara satu sama lain. Mereka adalah orang yang pertama menegurku ketika aku sesat mencari bilik kuliahku. Mereka jugalah yang membantuku mendapatkan tempat dirumah sewa mereka. Anakku, Muazim Fitri bin Mukhriz Fitri selamat dilahirkan tiga tahun yang lalu. Kelahirannya disambut dengan azan oleh ayahku. Ketika aku menunggu hari untuk melahirkannya, ibu dan bapaku bercuti di sini bagi menemaniku melahirkannya. Kehadirannya bukan sahaja mewarnai hidupku tetapi juga menggembirakan orang tuaku kerana mendapat cucu lelaki yang pertama kerana ketige-tiga anak abangku adalah perempuan. Selari dengan usianya yang meningkat dewasa, kelincahannya juga semakin bertambah. Sejak dari dalam kandungan lagi telah aku ketahui bahawa anakku ini terlalu aktif dan bertenaga. Kadang kala keletahnya tidak dapat aku layani. Nasib baik juga ada housemateku yang boleh menjaganya. Aku merebahkan diri setelah selesai mengemas rumah. Nasib baik anakku tidur kalau tidak susah juga aku untuk mengemas rumah. Aku hanya memerhatikan anakku yang berada disebelahku. 'Assalamualaikum..’ Ketika aku baru hendak terlelap, telingaku menangkap suara di depan pintu. Mesti budak-budak ini tidak bawa kunci. Fikirku. 'Waalaikummussalam…. Mana kunci? 'Sory, kak. Tertinggal lah. 'Banyak beli barang? 'Mana de, kak. Sikit je ni. Tu pun ada barang yang tak dapat cari lagi. 'Kau tu kalau shopping tak cukup satu hari. Ada je yang tak dapat cari. 'Akak watpe tadi? Mengemas ek… tengok rumah cantik je 'Yelah. Nak harapkan korang, sampai besarlah anak akak tak juga berkemas rumah. 'Sebab kami tahu akak akan kemas… mana Fitri? 'Kat bilik. Tidur. 'Kami ambil dia ek. Ada mainan kami belikan untuk dia. 'Ok. Akak pun nak pergi mandi.
Kami berkelah setiap hujung minggu. Masa inilah kami menenangkan fikiran. Fitri juga suka apabila diberitahu kami akan berkelah. Dia suka bermain bola dam membaca. Minat yang datang dari sifatku yang suka membaca dan sifat papanya yang gemar bermain bola. Fitri seolah-olah jelmaan dari dirinya. Renungan matanya sama seperti anakku. Permakanan juga sama kerana kedua-duanya tidak suka makan makanan pedas. Aku dapat melihat dirinya disebalik anakku. Oh… Betapa aku merinduinya. 4 tahun masa yang kuambil untuk lupakannya namun sia-sia. Dirinya tetap mendiami satu-astunya ruang dalam hatiku. Kota London juga tidak mampu untuk memadamkan segala kenangan tentang dirinya. Aku cuba menanam benci pada dirinya namun bukan benci sahaja yang hadir, benci itu datang bersana cinta yang tidak akan padam buatnya. Sekuat mana benciku padanya, sekuat itu jugalah cinta dan sayangku untukknya. 'Mama…Fitri nak main ball dengan kak Fatin. 'Ok sayang. Jangan main jauh-jauh. 'Petahnya dia cakap sekarang ek, kak. 'Kan korang juga yang ajar dia kan. Akak pun tak suka nak hantar nursery. Tak percaya akak mat saleh ni ajar. Kan bukan-bukan pula anak akak buat. Korang jaga ada baiknya kan. Boleh ajar dia cakap bahasa melayu. 'Nasib baik kelas kita berbeza. Lagipun kami suka sangat dengan Fitri. Balik kuliah letih pun hilang bila tengok dia tersenyum. Bestnya ada anak. 'Kalau macam tu cepat-cepat lah kahwin. Kau pun dah bertunang kan, Nurul. 'Kami rancang tahun depan langsung. Akak datanglah. 'Insyaallah…. 'Bila akan balik Malaysia? 'Bulan depan. Akak cuma tinggal hantar tesis je. Yang lain semua dah settle. 'Boleh Ani tanya sesuatu kat akak? Tapi akak jangan marah tau. 'Apa dia, Ani? 'Akak bagitahu dulu akak belajar sebab nak larikan diri dari bekas suami akak dan nak sorokkan Fitri, tapi kalau dia masih mencari akak macam mana? 'Akak rasa tak mungkin sebab dah 4 tahun akak tak balik Malaysia. Mesti dia dah bahagia dengan perempuan lain sekarang. Akak mesti dah taka de dalam ingatan dia lagi. 'Mungkin juga kan. Lelaki kan senang nak lupakan cinta dan sayang. 'Tapi kalau tak? Tak semua lelaki macam tu. Ada yang setia tau, Ani’ Nurul menyangkal 'Akak pula macam mana? Perasan akak? 'Ani tahu. Akak masih sayang lagikan kat bekas suami akak tu. 'Akak akui berada jauh di London dan masa 4 tahun tak cukup untuk akak lupakan dia. Lagipun, korang tengok muka Fitri, seiras kan. 'Betul,kak. Saya pun perasan yang muka diorang seiras. Walaupun tu gambar lama tapi ada iras-iras. 'Macam mana akak nak lupakan kalau anak yang berada disamping akak seiras dengan papa dia? 'Seandainya dia masih menunggu akak, Nurul rasa akak patut kembali pada dia. 'Kenapa Nurul cakap macam tu? 'Sebab Nurul tahu akak terlalu sayang dengan bekas suami akak tu sampaikan semua lelaki yang cuba tackle akak kat sini, akak tak pandang pun. 'Akak tak sayang dia, Nurul. Akak benci dia’ 'Tapi mata akak tak menunjukkan kebencian padanya. 'Sejak bila Nurul pandai baca fikiran orang ni? Soalku cuba menukar topic 'Sejak Nurul mendengar cerita dan melihat diri akak. Akak membenci dirinya tapi pada masa yang sama akan terlalu mencintainya. 'Lupakan sahaja lah pasal tu. Akak pun malas nak fikir. Fitri lebih penting dalam hidup akak. 'Kalau Fitri bertanyakan tentang papa dia? 'Mama…Papa Fitri mana.?’ Soalan anakku ini mematikan segala kenangan yang bermain di fikiranku kini. 'Fitri tanya apa, sayang?’ 'Papa Fitri kat mana, mama? 'Bangun tidur terus tanya pasal papa, kenapa ni sayang? 'Fitri mimpi papa peluk Fitri, mama. Fitri nak papa. Fitri sayang papa. 'Banyak mana Fitri sayang papa? 'Banyak sekali, lebih panjang dari tangan Fitri ni.’Jawapnya sambil mendepakan tangan 'Fitri sayang mama tak? 'Fitri sayang sangat kat mama. 'Banyak mana sayang mama? 'Sama macam Fitri sayang papa juga. Fitri sayang papa. Fitri pun sayang mama. 'Mama pun sayang Fitri. Fitri lapar tak? Mama ingin nak berhenti solat jap. Fitri makan, mama solat. Ok sayang? 'Ok mama.
knape kejap je diorng kawen??? cam xlogik je lau sbab 2 je mntak cerai... huhuhhuhuu....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
knape kejap je diorng kawen???
cam xlogik je lau sbab 2 je mntak cerai...
huhuhhuhuu....