BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mac 28, 2008
Cerpen : Aku, Atan dan Potai
MaZZa LyNa
mazalinaishak@yahoo.com

"Woi! Berani betul budak-budak ni!" Suara garau yang bingkas membuatkan aku dan dua rakan ku bertempiaran lari bersama mangga ratus yang kami kendong. Kerana terleka mengutip mangga ratus yang jatuh bertaburan di atas tanah dek balingan kayu buruk di perdu pokok, kami tidak sedar Pok Din Muncung menyergah kami dari belakang.

Termengah-mengah nafas kecil kami apabila tiba di tempat persembunyian. Sambil mengeluarkan buah mangga ratus yang masih lagi kehijauan, kulihat wajah dua rakan ku semakin ceria.

"Wah! Banyaknya! Bolehlah kita merasa kerabu mangga udang kering di rumah kau malam ni." Latah si Atan yang kurus melidi berbaju biru lusuh dan berseluar pendek. Aku menjeling marah.
"Engkau gila? Kita makan dengan asam boi aje. Nanti mak aku tanya, apa aku nak jawab?" Tingkah ku. Potai hanya tersenyum sumbing.

Inilah kerja seharian ku suatu masa dulu setiap kali pulang dari sekolah. Atan dan Potai, dua sahabat ku yang selalu merancang aktiviti selepas sekolah bersama-sama. Tidak ku ketahui kenapa aku berkawan dengan "dua ekor anak jin" yang selalu menyusahkan orang kampung ini. Tapi yang peliknya, boleh pula mereka berdua menerima ku yang perempuan ini dalam kumpulan mereka. Mungkin disebabkan rambut ku yang tak pernah panjang dan aku sendiri tidak suka memakai baju kurung. Rimas! Emak sudah berbuih-buih mulut meleteri aku, "Bilalah engkau nak jadi perempuan, Angah?" Kadangkala, malas aku hendak melayani leteran emak.

Atan, kawan ku memang pakar dalam bidang menangkap anak katak buat umpan mengail. Dalam keluarganya, Atan anak tunggal. Ibu bapanya mempunyai kebun serai sendiri yang aku sendiri tidak tahu berapa besarnya. Pada setiap hari Rabu, mereka akan berniaga di Pasar Sari. Keluarganya agak senang sedikit. Mungkin sebab mereka bercucuk tanam sambil berniaga. Tambahan pula, Atan anak tunggal, apa sahaja diminta pasti dapat. Tapi Atan tidak pernah buat perangai. Dia cuma suka mengusik. Atan kuat bercakap dan kuat menjerit berbanding dengan Potai. Ceritanya selalu membuatkan kami tak kering gusi mendengarnya. Seingat aku, dialah ketua dalam kumpulan kami bertiga.

Potai pula sebenarnya anak Pak Sudin si pencari petai di hujung kampung. Atas sebab itulah kami menggelarnya Potai. Dia pun tak pernah kisah. Mungkin kerana Potai anak sulung dan adik-adiknya masih kecil, dia rasa bosan dan berkawan dengan aku dan Atan. Potai memang comot. Kadangkala apabila dia datang, badannya berbau tengik dek peluh menolong bapanya mengangkat petai. Tapi kami tak kisah. Selepas bergelumang dengan lumpur sawah, bau kami sama sahaja. Tapi, Potai memang hebat kalau melastik burung. Itulah sebabnya kalau kami hendak mengambil buah di kebun Pok Din Muncung, Potailah yang akan membuat balingan. Potai jenis budak yang tidak banyak bercakap. Dia pengikut setia. Tapi kalau depan orang tua, dialah yang paling sopan. Kalah si Atan.

Aku pula anak cikgu sekolah. Kami sekeluarga berpindah dari daerah lain ke kampung itu sejak aku tadika lagi. Anak nombor dua selalunya kurang sedikit diberi perhatian oleh keluarga. Agaknya sebab itulah aku mencari perhatian di luar rumah. Selalunya, Atan dan Potai akan menyuruh ku membawa makanan yang sedap-sedap ke tempat persidangan kami di bawah pokok manggis di belakang rumah Makcik Latipah.

Masih segar di ingatan, kami selalu meniti batas bendang selepas hujan, menangkap anak katak buat umpan mengail di sungai. Banyak ikan yang kami dapat. Tapi ada masanya, tidak satu pun mengena. Ikan keli, ikan puyu, ikan sepat, kadang-kadang labi-labi pun tersangkut di mata pancing. Kadang kala kami akan pergi menangguk anak ikan dekat anak sungai dalam kebun getah. Boleh dikatakan mengail dan menangguk merupakan rutin harian aku bersama dua orang rakan baik ku.

Kalau sudah bosan merunduk anak sungai, kami akan mengumpul pucuk paku-pakis di tepi paya. Tak cukup dengan itu, kami kumpul pula cendawan balung ayam yang tumbuh melata di atas perdu mati. Selepas itu, kami jual di jalan kampung tepi sawah tempat orang selalu lalu-lalang balik dari pekan, selonggok lima puluh sen.

Lebihan jualan akan kami bawa pulang ke rumah masing-masing buat lauk makan malam. Duit hasil jualan pula kami habiskan dengan membeli aiskrim Malaysia dan keropok atau kadang-kadang main tikam di kedai Ah Hwa. Tak mahal pun, sekali tikam sepuluh sen. Kalau kena, dapatlah aku sebentuk cincin plastik. Kalau tidak, kami marah-marah dan pergi ke tepi jambatan. Mengumpat Si Ah Hwa kaki penipu.

Pernah suatu ketika, sedang kami membersihkan tebing sungai buat tempat memancing, Atan terjumpa ular sawa mati dipenggal kepalanya. "Ini mesti kerja Pak Karim Ketimbit! Besar ular ni ye…" katanya. Pak Karim Ketimbit memang terkenal di kampung kami. Kerjanya tak lain tak bukan, memenggal kepala ular yang selalu masuk ke sawah tempat orang kampung mencari rezeki. Sebenarnya, kami sahaja yang menggelarnya Pak Karim Ketimbit kerana tahi lalat di bawah matanya besar, sama seperti orang sakit ketumbit mata.

Puas kami menilik dan membelek ular itu, tiba-tiba Atan tersengih-sengih memandang aku dan Potai. "Jom kita kenakan orang." Kami tersenyum setuju. Atan lantas menarik ular tersebut ke atas jambatan. Dengan cepat, Potai mengeluarkan tali tangsi dari poket seluar buruknya. Atan terus mengikat ular tak berkepala itu dan hujungnya dipanjangkan supaya senang ditarik.

Selepas itu, kami bertiga menjinjing ular itu ke jalan kampung tepi sawah. Penat tangan kecil kami memikul ular yang lebih besar dari paha aku sendiri. Aku, seperti biasa akan jadi pemerhati. Takut kalau-kalau ada orang nampak perbuatan kami. Kemudian, aku membantu Atan dan Potai meletakkan ular itu melintang di atas jalan. Setelah selesai, kami duduk menyorok di dalam belukar di tepi jalan tersebut.

Kira-kira lima belas minit berlalu, kami sayup-sayup ternampak Tok Imam Man mengayuh basikal ke arah kami. "Alamak! Mampus kita kalau tok tahu!" kataku. "Jangan takutlah.. Tok mesti lupa lepas ni. Nama kita pun kadang-kadang salah panggil" bisik Atan. Dengan perlahan-lahan, Atan menarik tali tangsi tadi membuatkan ular tak berkepala itu seolah-olah hidup dan bergerak ke arah belukar tempat kami menyorok.

"Ular besar! Ular besar!" dan "BUK!". Tok Imam Man jatuh macam nangka busuk. Kesian Tom Imam Man. Walaupun begitu, aku cuba untuk menahan gelak. Takut juga kalau Tok Imam Man kenal suara aku. Puas ku tahan, tapi terlepas juga melihat Tok Imam Man jatuh terkangkang terkena helah kami. Aku, Atan dan Potai ketawa terbahak-bahak.

"Oo! Ini kerja kamu rupanya. Aku dah agak!" Dengan sekelip mata kami hilang dari pandangan. Habis belukar dan lalang kami rempuh, sampai habis luka-luka dan lebam badan dibuatnya. Tapi kami selamat. Sambil tersenyum bangga kami balik ke rumah masing-masing.

Walaupun kami sempat menyelamatkan diri, tapi seperti biasa hukuman tetap tidak terlepas. Malam itu dalam surau tempat kami belajar mengaji, Tok Imam Man menyuruh kami berdiri lama di sebelahnya. Aku memang sudah mengagak perkara buruk ini pasti akan berlaku. Satu kampung dah kenal perangai kami. Setelah semua orang selesai mengaji, kami masih lagi berdiri. Semua mata memandang. Seperti yang ku jangka, kami menerima habuan rotan malam itu. Malu, tapi bila memikirkan kembali muka Tok Imam Man siang tadi, hilang sakit birat dirotan di punggung. Kami kembali tertawa sesama sendiri.

Setelah hilang rasa sakit dan rasa malu dirotan depan surau tempoh hari, kami mula memancing semula. Selepas batang joran dipacak di tebing sungai, kami mencabut pokok ubi yang tumbuh liar di situ. Berderap-derap bunyi kunyahan kami. "Manis betul ubi ni. Aku ingat lepas ni aku nak bawa balik sedikit." Ujar Potai. Kami mengangguk tanda setuju.

Sayup-sayup aku terdengar bunyi berdengung datang dari arah belakang. "Bunyi apa tu?" Mata ku meliar mencari arah bunyi pelik itu. Tiba-tiba, "Lebah!" Jerit Atan. Keadaan jadi panik sesaat. Tidak ada jalan lain, kami bertiga terjun ke dalam sungai. Entah mana datangnya sekumpulan lebah menyerang kami dari belakang. Mungkin ada orang yang sudah membuat lebah ini mengamuk.

Kira-kira beberapa ketika, aku tidak nampak tanda-tanda yang lebah itu akan pergi dari sini. Tak boleh jadi, gerutu hati ku. Tiba-tiba Atan mendekati ku dan menunjuk-nunjuk ke arah rumpun keladi di sebelah tempat aku menyelam. Kami petik daun keladi untuk menutupi kepala kami. Lega kerana kami sudah boleh bernafas semula. Perlahan-lahan kami berenang ke hilir sungai, umpama daun keladi yang hanyut. Cukup takut terkena sengatan berbisa si lebah.

Walaupun basah kuyup, kami selamat naik ke permukaan tanpa terkena sengatan. Kalau tidak, mungkin kami akan terlantar sakit sahaja di rumah. Sampai di rumah, nasib tak menyebelahi ku. Emak mengamuk melihat aku dalam keadaan begitu. Tak sempat pun aku hendak memberi penjelasan. Tapi, walau dalam keadaan marah sekalipun, emak tak pernah memukul ku. Aku tahu dia sayang pada ku. Kalau tidak, masakan setiap hari dia akan menunggu ku di muka pintu. Lepas marah-marah, aku dapat makan. Aku hanya perlu menahan telinga sahaja.

Satu hari terlintas di fikiran ku, aku sudah bosan bermain umpan anak katak dan mencuri buah mangga ratus di kebun orang. Aku mahu jadi macam kawan-kawan perempuan ku yang lain di sekolah. Aku mahu simpan rambut panjang macam kakak ku. Aku mahu pakai skirt warna merah jambu hadiah pak ngah ku, sama macam kakak ku. Aku mahu rambut ku diikat gaya ala ekor kuda dan disematkan reben putih masa pergi ke sekolah esok pagi. Oleh sebab itulah, siang tadi aku bergaduh dengan Atan dan Potai. Aku tak mahu berkawan dengan mereka. Aku tak mahu berkawan dengan lelaki. Aku mahu jadi perempuan. Pakai baju cantik dan ikat rambut dengan reben. Sebulan aku simpan rambut, walaupun kulit kepala tidak terperi gatalnya.

Aku nekad, hari ini aku akan minta emak ikat rambut ku mengikut gaya ala ekor kuda. Aku suka gaya itu sebab semalam aku tengok cerita puteri di televisyen. Cantik, dan aku mahu jadi cantik. Sedang emak menyisir rambut ku, hati ku berbisik, "Mesti aku nampak cantik macam kakak aku hari ini." Tidak langsung aku hiraukan kakak yang ketawa sambil menyindir ku. Aku sudah nekad. Aku yakin.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Bukan setakat Atan dan Potai menyakat ku, seluruh sekolah mentertawakan aku sepanjang perhimpunan pagi. Luka hati kecil ini. Sambil menangis, aku berlari ke tandas dan terus ku buka ikatan rambut gaya ala ekor kuda ku. Pulang ke rumah tengah hari itu, aku merajuk tidak mahu keluar dari bilik. Makan tengah hari langsung tidak ku sentuh.

Dua hari aku merajuk. Hari ketiga, emak memotong rambut ku. Katanya nanti ada kutu. Susah. Dan aku kembali berkawan dengan Atan dan Potai. Dua orang sahabat ku yang takkan tarik muka kalau aku bawakan mereka keropok udang yang bapa ku beli dari pekan. Cepat betul mereka lupa apa yang kami gaduhkan tempoh hari. Mengail dan menangguk anak ikan kembali menjadi rutin harian. Sekali sekala mengambil mangga ratus Pok Din Muncung.

Akhir tahun, pihak sekolah hendak mengadakan lawatan ke Melaka. Aku mesti pergi dan ayah ku sudah pun setuju membayar RM6 untuk tambang bas. Gembira betul rasa hati ku. Atan pun akan pergi sama. Atan janji akan berkongsi bekal dengan ku masa makan tengah hari di Melaka nanti. Emak Atan pandai masak ikan kembong kicap.

Dua minggu sebelum bertolak, aku perasan Potai duduk muram ketika kami sedang memancing. "Engkau kenapa?" tanya ku.
"Takde apa-apa"
"Kenapa engkau tak ikut sekali lawatan sekolah?"
"Emak aku tak bagi."
"Kenapa?" tanya ku yang langsung tidak faham.
"Mak aku kata dia takde duit."
"Takkan emak kau tak simpan duit jual petai?" tanya Atan pula.
"Entah.."
"Engkau nak pergi?"
"Kalau boleh, aku mesti nak. Engkau berdua pergi, takkan aku tak nak pergi."
"Kesian engkau ye." kata ku simpati.
"Apa boleh buat…"

Malam itu sebelum tidur, aku teringat kembali wajah sayu Potai. Kesian Potai. Tidak dapat ikut sebab emak dia tak bagi. Aku melihat tabung di atas almari. Setelah puas ku korek, hasilnya cuma tiga ringgit. "Tak cukup ni…" fikir ku.

Esoknya sebelum ke sekolah, bapa ku memberi aku dan kakak ku belanja seorang tiga puluh sen. Aku minta lebih. Nasib baik dapat, mungkin sebab awal bulan. Tapi cuma satu ringgit, kalau ditambah dengan duit ku malam tadi baru ada empat ringgit.

Lepas sekolah, aku berjumpa dengan Atan dan Potai. Potai masih diam. Aku mengajak mereka mencari paku-pakis dan mengumpul pucuk ulam raja yang tumbuh tak bertuan di sebelah pokok pisang belakang rumah Makcik Latipah. Kemudian seperti biasa, kami akan jualkannya di jalan kampung tepi sawah. Antara kami bertiga, Potai lah yang paling pandai berniaga. Mungkin satu hari nanti dia akan jadi ahli perniagaan paling berjaya. Dan juga mungkin rezekinya hari ini, barang jualan kami hanya tinggal dua ikat pucuk ulam raja. Hasil jualan kami sebanyak empat ringgit lima puluh sen pada hari ini.

"Potai, engkau ambillah duit ni." Kata ku seraya menyerahkan duit hasil jualan kami tadi.
"Kenapa?"
"Aku dengan Atan mahu engkau sama-sama ikut kami pergi lawatan."
"Tapi, duit ni kan tak cukup?"
" Oh ye.. Aku terlupa. Nah!" Duit tabung ku, aku serahkan padanya.
"Terima kasih. Tapi berlebih…"
"Apalah, belanjalah kami aiskrim!" Seloroh Atan membuatkan kami ketawa bersama. Wajah Potai tidak lagi muram. Hati aku pun bertambah gembira.

Tapi, gembira tak selalunya berpanjangan…

Dua hari sebelum bertolak ke Melaka, Atan kembali ke pangkuan Allah. Dia dilanggar lari ketika keluar membeli telur buat bekal ke Melaka. Aku terkejut dan terus terdiam. Masa pengebumiannya, aku hanya duduk membatu di rumah. Aku tak boleh menerima kenyataan. Tapi aku tak menangis.

Seminggu selepas itu, barulah aku menangis. Aku baru terasa kehilangannya.

Kejadian yang berlaku benar-benar merubah diri ku sama sekali. Aku jadi kurang bercakap. Aku lebih selesa duduk di rumah melihat ibuku menjahit di tepi tingkap. Kadangkala, di tengah malam aku terjaga, aku teringatkan Atan yang tersenyum kepada ku. Rindu benar aku padanya. Potai masih lagi datang ke rumah ku. Kadangkala kami hanya duduk termenung di anjung rumah. Sedih mengingati sahabat yang telah pergi.

Pok Din Muncung pernah datang ke rumah ku. Datangnya untuk menenangkan hati ku. Katanya, buah-buah yang pernah kami ambil semuanya telah dia halalkan. Dia tidak marah dan dia juga harap agar aku juga tidak sedih. Yang datang tetap pergi, itu janji Allah.

Esoknya Tok Imam Man datang melawat. Dia memberikan pada ku senaskhah Yasin. Katanya, Potai pun dah dapat satu. Dia juga meminta ku membacanya untuk disedekahkan pada arwah Atan. Aku menangis.

Makcik Latipah juga ada datang. Potai ada bersama ku pada waktu itu. Katanya Atan ada berpesan, jorannya ada tertinggal di belakang rumah Makcik Latipah. Atan kata simpan elok-elok. Nanti pulangkan pada Potai ataupun aku. Nanti bolehlah mereka mengail bersama. Aku dan Potai sedih.

Cara hidup ku dan Potai berubah. Kami tetap berkawan cuma tumpuan ku lebih kepada pelajaran. Bagi ku itulah sahaja caranya untuk aku melupakan Atan dan kenangan di bendang. Aku sibukkan diri dengan membuat berbagai-bagai latihan dan kerja rumah. Untung bapa ku guru. Banyak buku yang ku baca. Keputusan peperiksaan ku semakin cemerlang dari tahun ke tahun. Potai tidak lagi datang bertandang ke rumah ku. Bapa ku kata, dia langsung tak nampak kelibat Potai berjalan keliling kampung. Aku hanya tersenyum. Aku hilang kawan.

Aku dan Potai semakin renggang dan akhirnya aku menerima tawaran belajar di asrama. Kadang kala, ingatan ku pada pemandangan sawah padi meluap-luap. Teringat sewaktu kami bertiga berlari anak menghalau pipit dari mencuri padi.

Kini, usia ku telah pun bertambah. Bekerja di bandar besar yang penuh manusia. Aku suka mengenangkan zaman kecil ku. Kanak-kanak zaman kini tidak tahu apa-apa. Asyik terleka dengan hiburan teknologi zaman ini. Tidak dinafikan anak ku sendiri pun sama sahaja. Keberanian hanya di medan siber. Amat takut pada duri sembilu. Jijik melihat anak katak. Tak betah memegang joran.

Kepada sahabatku Atan, aku sentiasa ingat padamu. Aku selalu doakan agar roh mu tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Buat Potai suami ku, semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat. Aku sayang pada mu.
posted by BLOGGER @ 3:34 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 28/3/08 9:58 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    teringat waktu kecik2 dlu waktu baca cerpen nih... best sngt2 cerpen nih...tahniah penulis..tulislah lg ek..~Juewa86

     

  • At 28/3/08 10:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm... saya peminat setia blog ini..tahniah penulis...saya suka cerita ini...cuma ending kurang sikkt....mmm ..apapun tahniah ya....

     

  • At 18/4/08 1:42 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kreatif penulis bercerita...teringat masa kecil dulu...saya dulu pon berkawan dgn bebdk laki....cam nk patah balik ja....

     

  • At 8/5/08 10:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnya cta ni...mmmm rindu nya kwn2 lama aku...
    wish u all d best ...writer

     

  • At 15/5/08 2:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kisah penceritaan yang out standing... kisah kpg yang menarik, lucu, sweet .. tragik..pendek kata, ada manis, masam, dan pahitnya.. tahniah..

    sudilah baca , cinta untuk gadisku,

    sis norafuad

     

  • At 25/10/08 5:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm...citer yg comei n sweet w'pn sedey jap...besh2..keep it up!!!

     

  • At 18/12/08 8:14 PG, Blogger LeaQistina said…

    citer ni best la.. but ending dia mcm simple sangat.. pape pun.. best.. tahniah..

     

  • At 19/12/08 1:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite yg best...tahniah penulis..
    CUTE74

     

  • At 14/10/09 8:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kisah yang outstanding.....sangat berkesan kepada pembacanya..tahniah untuk penulis...teruskan berkarya...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group