Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
11 “Cik ! cik !” Panggilan itu tidak dihiraukan oleh Siti Sarah. Hafiszul terus memanggil kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya setelah melihat ‘ benda’ itu. Siti Sarah yang terasa dirinya dipanggil terus memalingkan muka. “Awak panggil saya ke?” Tanya Siti Sarah. Hafiszul hanya mengangguk . “Kenapa?” “Em……em…..” “Cakap lah!!” tengking Siti Sarah yang tidak tahan dengan lelaki itu. “Kat be…….la……kang………” “Apa yang ada kat belakang saya?” Pintas Siti Sarah. Seperti orang hilang kesabaran Siti Sarah cepat-cepat menjenguk ke belakang. “Tak ada apa-apa pun .”bangkang Siti Sarah. “Ada Cik,kat baju………”Bela Hafiszul Siti Sarah mula rasa malu apabila didapati kesan merah terlekat di bajunya. “Macam mana aku boleh tak sedar ? Tanya Siti Sarah pada dirinya. Muka Siti Sarah yang cerah mula bertukar merah ,malu dirinya untuk terus berada di situ apalagi untuk berhadapan dengan lelaki yang dimarahinya tadi.Siti Sarah mengatur langkah untuk pergi, tetapi…. “Cik nak kemana tu? Cik dah tak boleh ke mana –mana nanti semua orang nampak. Macam ni cik ….. “Siti Sarah” “Apakata Siti Sarah singgah di rumah saya ,lagipun rumah saya tak jauh dari sini.” “Em ,tak apa lah. terima kasih…” “Siti Sarah jangan bimbang kat rumah tu mak saya pun ada, awak tunggu kat sini , saya pergi ambil kereta kejap.” Siti Sarah terpaksa menurut, tiba-tiba sahaja dia berasa menyesal dengan apa yang berlaku tadi , dia tak patut marah lelaki itu kerana lelaki itu dia selamat dari malu. Setiap kali mengimbau peristiwa itu , bibir Hafiszul tidak pernah lekang dari tersenyum. Kerana senyuman itulah Siti Sarah bahagia. Dalam kesunyian Razis mencelah. “Zul dah lama aku kat sini, kau nak aku tidur terus kat sini ke?” “ Em , boleh jugak kalau kau nak.” “ Tak ada maknanya, aku tak nak ganggu orang yang tengah bahagia , aku yang merana cemburu dengan kemesraan korang berdua.” “ Tahu tak apa.” “Aku balik dulu.” “Jangan lupa datang lagi.” Sempat lagi Razis mengerling ke arah sekujur tubuh milik Nurul Ain. Nurul Ain yang perasan akan dirinya diperhatikan berasa tidak selesa lalu meninggalkan mereka bertiga. Sekali lagi Razis kecewa.
12 Nurul Ain seperti biasanya akan ke rumah Zafriel untuk meneruskan kerjanya sebagai pembantu rumah di situ. Nurul Ain yang sudah memiliki kunci pendua rumah itu memasuki rumah tersebut tanpa perlu meminta keizinan Zafriel. Zafriel yang masih lagi lena di buai mimpi indah bersama Linda akhirnya tersedar apabila daun pintu biliknya dikuak oleh Nurul Ain. Nurul Ain turut terkejut melihatkan wajah Zarief yang semalam tenang bertukar menjadi seperti harimau yang kelaparan akibat perbuatannya itu. “Eh, perempuan! kau ingat ini bilik kau! suka hati kau aje nak rempuh?” marah Zafriel. “Mmm……..ma……a…….” “Apa maaf – maaf ? itulah perempuan tak ada benda lain, salah sikit minta maaf, pergi jahanam lah dengan maaf kau. Kau ingat bila papa aku terima kau kerja kat sini, kau boleh buat sesuka hati kau? Kau silap, aku tuan kau kat sini, jadi kau kena ikut arahan aku. Mulai esok kau tak payah datang.” Mendengar kata-kata itu Ain terkejut. “Tapi tuan,” “Tapi, apa?” “Kalau saya tak kerja macam mana dengan mak saya? Apa yang dia nak makan.” “ Itu urusan kau anak – beranak, aku tak mahu tahu dan takkan ambil tahu. Dah , baik kau balik aje sebelum aku halau kau keluar.” Nurul Ain melangkah keluar dari bilik Zafriel yang sebelum ini dia selalu bersihkan, langkah Ain adalah satu langkah kekecewaan, kecewa dengan sikap tuannya, kecewa dengan sikapnya sendiri yang mudah lupa. Nurul Ain sekali lagi perlu mencari pekerjaan yang lain sebelum diketahui oleh ibunya. Nurul Ain buntu, dia tidak tahu untuk kemana, jika dia pulang pasti hal ini diketahui ibunya. Nurul Ain hanya mampu mengikut gerak kakinya ,akhirnya gerak kakinya membawa Nurul Ain ke satu tempat yang dulu asing, tetapi kini sudah menjadi rumah keduanya. Di situlah tempat dia mencari ketenangan dan berkongsi masalah. Kak Sarahlah tempat Nurul Ain mengadu setiap masalahnya semenjak dia menjadi adik angkat Hafiszul. Nurul Ain berasa bertuah kerana telah diberikan dua orang insan yang memahami diri dan ibunya, walaupun dia telah kehilangan ayahnya. Nurul Ain menceritakan segala yang berlaku tadi kepada Siti Sarah. “Macam mana ni kak? Apa yang saya nak buat? Kalau mak tahu mesti mak marah?”Pertanyaan yang bertubi – tubi ditujukan kepada Siti Sarah. “Ain tenang dulu, nanti akak bincang dengan Abang Zul, mungkin dia boleh tolong.” “Abang Zul tak kenal lah dengan majikan saya tu kak.” “Tapi Abang Zul kenal Razis kan?” “Kenapa dengan dia?” “Razis kan kerja dengan majikan Ain, mungkin Razis yang boleh tolong Ain.” “Harap-harap macam tulah akak.”Selepas habis berbicara Nurul Ain mengangkat punggungnya untuk pulang. “Ha! Nak ke mana pulak tu?” “Nak balik la akak. Nanti risau pulak mak kat rumah.” “Ha’ah.jalan elok-elok.Tapi kalau jatuh…….” “Kalau jatuh bangun sendiri.”sambung Ain. “Aik ,macam mana Ain tahu?” “Alah, akak dah banyak kali akak cakap macam tu, Ain dah boleh hafal pun.” “Betul ke?” “Buat-buat tanya lah pulak akak ni?” “Dahlah, pergilah balik, akak pun malas nak layan kau ,Ain.”Gurau Sarah. “Saya pun malas nak layan akak. Akak saya balik dulu.” Ain mengatur langkah berlalu pergi. Langkah Ain tidak sekuat selalunya, dirasakan seperti ada sesuatu yang berat dan tajam menusuk di kakinya. Namun Ain tidak putus asa untuk terus melangkah, walauapapun yang terjadi dia harus berdepan dengan takdirnya.
**********************
13 Sarah menceritakan masalah Ain kepada suami yang dicintainya itu. Hafiszul mendengar dengan penuh khusyuk dan timbul perasaan marah terhadap perlakuan Zafriel kepada adik kesayangannya itu, dia merasakan ingin belasah je si Zafriel. “Sabar bang. Tujuan Sarah bagitahu kat abang ni, bukannya nak suruh abang marah, tapi Sarah nak abang berbincang dengan Razis.” “Apasal pulak kita kena bincang dengan Razis?”. “Abang lupa ke? Kan Razis tu kerja dengan Zafriel”. “Ha’ah, lupa lah pulak. Ingat je isteri abang dekat Razis ye, ada apa-apa ke? Sindir Hafiszul. “Ishh, abang ni kesitu pulak. Dia kan kawan abang, lagipun dia tu Sarah tengok baik je.” “Ermmm.. dia memang baik. Suka tolong orang. Pasal masalah Ain tu biar abang minta tolong dengan Razis, mungkin dia boleh tolong”. “Sarah yakin yang Razis akan tolong, itupun kalau abang sebut nama Ain”. “Kenapa Sarah cakap macam tu?”. “Abang tak perasan ke yang kawan abang tu ada hati dekat adik abang tu”. “Amboiii.. isteri abang ni sejak bila jadi “spy” ni?”. “Ain yang bagitahu kat Sarah bang.” “Betul ke Razis suka kat Ain?”. “Kalau betul apa salahnya bang. Razis tu kan baik”. “Tengok tu, Sarah asyik puji Razis je?”… “Kenapa dengan abang ni? Abang cemburu ekk?”. “Setakat Sarah buat apa abang nak cemburu? abang tahu Razis takkan suka kat Sarah”. “Sampai hati abang cakap macam tu?”. “Betullah, sebab abang seorang je yang suka kat Sarah, lagipun Sarah milik abang Selama-lamanya. Tidak akan ada orang yang boleh rampas Sarah dari abang, melainkan jika itu kehendakNya”. Sarah terharu mendengar kata-kata yang keluar dari bibir suaminya. Dia amat bersyukur dipertemukan dengan Hafiszul. Sarah tanpa sedar memeluk erat tubuh suaminya itu dan sebutir demi sebutir mutiara putih jatuh ke pipi Sarah membasahi bahu Hafiszul. “Terima kasih bang, sebab bagi Sarah kebahagian”. “Tak payahlah Sarah ucap terima kasih kat abang, itu kan tanggungjawab abang sebagai suami Sarah.” “Sarah bersyukur bang, dapat suami macam abang”. “Abang lagi bersyukur dapat isteri macam Sarah, pandai ambil hati, cantik, Sarah sunguh istimewa bagi abang.
************** 1 4 Razis merasakan tubuhnya sunguh keletihan setelah menolong ayahnya berkebun, kerana sudah sekian lama dia tidak mengeluarkan peluh dengan cara itu. “Ayah dah lah tu, Ajis penat ni! Kita sambung lain kalilah”. “Inilah orang muda, kerja sikit dah mengeluh”. “Bukan mengeluh Ayah, tapi Ajis kasihankan ayah je”. “Tengok tu, kita pulak yang dijadikan alasan”. Razis buntu, baik dia mendiamkan diri daripada terus menjawab. Tetiba dia melihat kelibat Hafiszul, dari jauh Hafiszul melambaikan tangannya, disambut oleh Razis .Bagi Razis kedatangan Hafiszul merupakan penyelamat baginya untuk mengelakkan diri dari terus bertengkar dengan ayahnya. “Ayah, Ajis pergi dululah, Hafiszul datang tu”. Pinta Razis sambil memuncungkan bibirnya ke arah hafiszul yang berada tidak jauh dari kebunnya. “Haa, ada apa kau datang ni Pijo?”. “Macam ni, aku ada masalah sikit, aku datang ni nak minta tolong dengan kau. Itupun kalau kau sudi tolong aku”. “Sedihnya aku dengar ayat kau, berapa lama kau ambil masa nak karang ni?”. “Tolonglah Jis, janganlah nak bergurau pulak, aku serius ni?”. “Ok.. ada apa?”. “Macam ni, Ain…. Sebaik sahaja mendengar nama Ain, Razis tidak sabar untuk mendengar dan mula bertindak luar dari kebiasaannya. “Cepatlah sikit?”.Jerkah Razis. “Kau sabarlah, aku nak cerita ni. Kawan kau tu si Zafriel berani dia marah Ain, katanya Ain ceroboh biliknya. Sekarang ni Ain tak ada kerja sebab kawan kau tu dah pecat dia.” “Jadi apa yang boleh aku buat?”. “Aku nak kau pujuklah kawan kau tu terima Ain kerja, aku kesiankan Ain. Kalau dia tak kerja siapa nak tolong keluarga dia”. “Insya-Allah, aku cuba tolong. Tapi aku tak bolehlah janji”. “Kau janji nak tolong pun dah kira baik.” “Oklah Jis, aku balik dululah”. “Aik, dah nak balik? Tak nak borak dengan aku ke?”. “Bukan aku tak nak, tapi Sarah tengah tunggu dalam kereta tu, lain kalilah kita berborak”. “Aku lupa pulak yang kau dah kahwin, lain kali tak ada alasan lagi, kirim salam aku kepada isteri yang kau sayang tu”. Razis berasa sedikit cemburu dengan kawannya itu, “Apalah kurangnya aku, sampai sekarang tak kahwin lagi?”.Razis bermonolog. Razis melangkah longlai untuk pulang ke rumah sambil memikirkan cara untuk memujuk Zafriel supaya menerima Ain kembali bekerja….
Razis bersiap awal pagi untuk berjumpa dengan Zafriel, Razis akan cuba sehingga yang termampu, Razis tidak berdaya untuk melihat Ain sedih, baginya Ain adalah segala-galanya. Sejak zaman sekolah lagi Razis akan memastikan tiada seorang pun yang dapat menyakiti hati Ain. Razis masih lagi teringat peristiwa ketika Ain diganggu oleh budak samseng sekolah mereka dahulu. “Hei..apa kau buat hah? Dah tak ada kerja lain? Yang kau nak ganggu kawan aku tu apa kes?” marah Razis. Manakala Ain yang ketakutan terus berlari menyorok ke belakang Razis. Sejak dari peristiwa itu, Razis bertekad untuk memiliki Ain, namun untuk memiliki Ain tidak semudah gadis lain buktinya sehingga hari ini Razis tidak mampu memiliki hati gadis itu. Disebabkan peristiwa itu, Razis dibuang sekolah .Disebabkan peristiwa itu juga, Razis terpaksa berjauhan dengan Ain. Razis bersyukur kerana kini dia kembali dekat dengan Ain. Kali ini Razis berjanji pada dirinya untuk cuba sedaya upaya menawan hati puteri kayangannya itu. Dalam menggamit kenangan lalu, Razis tidak sedar yang dia kini sudah menghampiri perkarangan rumah Zafriel. Razis segera turun mendapati Zafriel. “Zaf, kau kena tolong aku ! Tiba-tiba ayat itu keluar dari mulut Razis. Zafriel yang kebinggungan hanya tersenyum melihat sahabatnya yang kalut. “Kenapa kau senyum Zaf?”. “Yelah, aku senyum tengok kau lah?”. “Kenapa dengan kau Zif? Apa yang kau nak aku tolong?”. “Macam ni, kau terima balik Ain kerja dengan kau, aku bukannya apa, Cuma kesian tengok keluarganya tu, lagipun, Hafiszul datang ke rumah aku semalam nak suruh kau supaya terima Ain kerja semula”. “Zif, cakap perlahanlah sikit, aku kesian kan tengkuk kau je. Aku faham, macam nilah kau suruh dia datang esok”. “Macam nilah kawan”. “Bukannya apa, sebenarnya aku pun susah juga kalau dia tak ada”. “Kenapa pulak? Hari tu ikut sedap mulut je kau hentam dia, tapi ni lain pulak?”. “Ye lah, kalau dia tak ada siapa yang nak masak untuk aku, kemas rumah aku?”. “Sedar pun, lain kali bertindak mengikut arahan. Jangan main sergah je. Tengok kan dah dapat pengajaran”. “Aikk.. lebih- lebih pulak kau marah aku ye”. Perli Zafriel. “Opssss…”. “Sekarang kau dah lega kan?”. Tanya Zafriel. “Emm… kenapa?”. Razis mengangguk. “Apa dah jadi dengan kawan aku ni? Pura-pura lupalah pula?”. ”Betul lah aku lupa. Cakap lah cepat !”. pinta Razis. Zafriel mendekatkan mulutnya ke telinga Razis sambil menjerit……… “kerja lah oiiiii”. Razis terkejut dengan tindakan sahabatnya itu. “Kalau kerja pun tak payahlah nak teriak kat telinga aku, kalau aku pekak kau juga yang susah.” “Ha’ah. Nasib baik kau tak pekak kan? Lain kali aku tak buat lagi. Kalau tak susahlah aku nak kena belajar bahasa isyarat”. “Zaf, kau dah melampau ni?”. “Sikit je lah, takkan itupun kau marah?”. “Tak, aku suka sangat”. sindir Razis”. Mereka memulakan kerja yang tergendala. “Zif !!” “Apa lagi?”. “Amboi, marah nampak !”. “Marah ke? Tak ada lah, apa dia?”. “Taklah penting, aku Cuma nak tanya, aku tengok kau suka je bila Ain tu dapat kerja semula, kau suka dia eh?”. “Taklah. Aku tolong dia, sebab kawan aku, Hafiszul.” “Kau pasti ke sebab tu je?”. “Mestilah.Lagipun Ain tu tak sesuai dengan aku. Aku kan Handsome, mestilah dapat awek cun.” Razis cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya terhadap Ain daripada pengetahuan Zafriel. “Kenapa kau tanya aku? Kau suka dia eh?”. “Ishhh.. kesitu pulak, kita tanya dia, dia belasah kita balik”. Padahal Zafriel tidak tahu apa yang telah menimpa dirinya semenjak Ain tidak bekerja di rumahnya. Dia merasakan yang dia keseorangan, walaupun hari-hari dia mendapat panggilan daripada Linda. Namun, dia merasakan Linda tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang dialaminya selepas kejadian itu. Zafriel juga keliru, semenjak dia bercinta dengan Linda dia tidak pernah merasakan itu semua. Kadang-kadang Zafriel takut untuk menunggu hari esok, dia bimbang cintanya terhadap Linda akan beralih kepada Ain. Dia tidak mampu untuk melukakan hati Linda, kerana Linda cintanya yang pertama. Tapi, semenjak Ain muncul dalam benaknya, hanya bayang itu yang muncul dalam lenanya. “Zaf !!” Panggil Razis. Setelah sahabatnya itu senyap. “Kenapa, Zaf? Tak kan kau marah dengan aku?”. “A’ah. Aku marah dengan kau”. “Betul ke?”. “Takde lah, aku gurau je”. “Ini yang leceh ni, baik kau cerita pada aku, mana tahu aku boleh tolong”. “Betul kau nak dengar cerita aku? Kau tak menyesal?”. “Cepatlah ! Aku bagi masa 5 minit kat kau”. “5 minit mana cukup”. “Cepatlah !” jerkah Razis. “Zif, aku tak tahu nak mula macam mana?”. “Kalau kau tak boleh mula, biar aku teka. Kau dah jatuh cintakan?”. Sebenarnya Razis tidak lagi kuat untuk mendengar cerita Zafriel, kerana dia tahu yang sahabatnya itu sudah jatuh cinta pada Ain. Namun sebagai sahabat dia terpaksa menguatkan diri untuk berhadapan dengan kenyataan. Lagipun zafriel telah banyak membantunya selama ini. “Aku tak tahu sebenarnya Zif, bila ia terjadi pada aku?”. “Aku tahu jawapan pada soalan kau tu Zaf”. “Sebenarnya kau mula suka pada Ain sejak kau nampak dia di dalam rumah kau pada hari pertama kau kat sini.” “Zif, apa patut aku buat?”. “Kau terima je lah yang kau dah kalah dengan aku”. “Kenapa pula?”. “Kau ingat tak, hari pertama kau kat sini, kau kata kau tak kan jatuh hati pada mek-mek kelate, sekarang kau tengok apa dah jadi pada diri kau?”. “Aku tahu, aku kalah. Habis tu apa aku nak buat, macam mana dengan Linda?”. Razis terpaksa akur yang Ain bukan miliknya. Razis harus memadam perasaannya terhadap Ain sedikit demi sedikit demi sahabatnya itu. Dia tidak mahu mengganggu kebahagian sahabatnya. Razis sedar mungkin tindakannya itu salah, kerana cepat mengalah namun, dia mempunyai alasan yang kukuh untuk bertindak sebegitu. Razis tahu tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Ain dalam hatinya. Dia juga tidak tahu kenapa Ain begitu istimewa dalam hidupnya, demi kebahagian Zafriel, Razis rela lepaskan satu-satunya insan yang amat disayanginya, baginya dia akan bahagia apabila melihat mereka bahagia. Razis sedar namanya tidak berada walau secalit pun dibibir apalagi dalam hati Ain. Dia sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan. “Zif, macam mana ni?”. Razis terkedu dengan tindakan Zafriel yang tiba-tiba menepuk bahunya. “Sabarlah Zaf, aku pun tak tahu nak buat macam mana, aku manalah ada pengalaman dalam hal-hal macam ni. Apa kata kau pikat je dia, kau kan pandai dalam bab-bab ini, kau buatlah macam kau pikat Linda dulu”. “Tak semudah itu lah Zif, dia lain dari Linda”. “ Macam ni aje, mula-mula kau kawan dengan dia, selepas itu, bila kau dah tahu pasal dia kau mulakanlah langkah kau, siapalah tahukan kot-kot dia pun suka pada kau ”. “ Sudahlah tu jangan fikir sangat, nanti satu kerja pun kau tak buat ”.
asslmualaikum...crite ni menarik..sy tertarik dr awl cerita lg...sy harap penulis dpt teruskan jln cerita hingga ke penghujungnya...
cerita ini menarik perhatian sy...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
asslmualaikum...crite ni menarik..sy tertarik dr awl cerita lg...sy harap penulis dpt teruskan jln cerita hingga ke penghujungnya...
cerita ini menarik perhatian sy...