Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Angin bertiup sepoi sepoi,menyapa Damia,termenung sepanjang hari kadang-kadang menangis.Damia selalu menangis keseorangan memikirkan nasibnya.Nur Balqis Damia,itulah namanya secantik orangnya.Damia seorang gadis yang bijak,cantik dan baik.Tak lama lagi dia akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Damia anak tunggal sebuah keluarga berada.Hidupnya selalu dilimpahi kemewahan keluarganya tetapi baginya,itu hanyalah sia-sia.Baginya,sebuah keluarga yang bahagia memadai untuk dia mengecapi kebahagian dalam hidupnya.Keluarganya sentiasa sibuk dengan urusan politik dan perniagaan.Tidak pernah meluangkan masa walau seminit bersama atau berbual dengannya.Damia terasa tersisih.Tetapi mujurlah,dia ada tempat untuk mengadu,bermanja dan menumpang kasih iaitu Mak Jah,orang gaji rumah banglo itu.
“Damia,mari makan.”ajak Mak Jah dari hujung tangga berdekatan dapur “Baiklah Mak Jah.”jawab Damia.Mak Jah menghidang makanan untuknya.Hari ini,dia makan keseorangan lagi.Jarang sekali keluarganya makan bersama.Kadang kala Mak Jah menjadi teman jika tiada kerja rumah.Mak Jah amat bersimpati akan anak gadis itu.Mak Jah menggangap Damia seperti anak kandungnya sendiri kerana kebetulan Mak Jah tidak mempunyai anak semasa perkahwinannya.Kini,Mak Jah telah bercerai dengan suaminya kerana suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuannya.Sejak Damia kecil lagi,Mak Jah sudah bekerja dengan keluarga tersebut.Sebab itu,Damia sangat manja dengan Mak Jah.Selepas mereka makan,Mak Jah mengemas meja makan.
“Mak Jah,Damia nak tolong Mak Jah.”pinta Damia memberi bantuan. “Damia,tak payahlah tolong Mak Jah,Mak Jah dah biasa buat.Damia kan tak lama lagi nak menduduki peperiksaan.Mia pergilah mengulangkaji.”kata Mak Jah menolak pertolongan Damia. “Ala,Damia dah ulangkaji tadi.Mia tolong Mak Jah ye.”degil Damia. “Hmm…suka hati kamulah.”Mak Jah mengalah.Damia suka menolong Mak Jah di dapur.Kadang kadang dia belajar memasak dengan Mak Jah.Kata Mak Jah,”berjaya setinggi mana pun,perempuan harus pandai memasak.Kalau tidak,tak ada kumbang nak hisap bunga yang tiada madu.” Selepas mengemas meja makan,Damia mengajak Mak Jah menonton televisyen bersamanya. “Mak Jah,jomlah kita tonton tv bersama.”pinta manja Damia. “Eh,budak ni,kita ada banyak lagi kerja nak buat.”kata Mak Jah. “Mak Jah,bolehlah sekali sekala jer.Lagipun Mak Jah rehatlah dulu.” Mak Jah tahu Damia ingin bermanja dengannya.Sejak ibu bapanya sibuk bekerja menguruskan perniagaan mereka,Damia sering termenung.Kadang kadang dia menangis keseorangan.Mak Jah la yang selalu memujuknya.Mak Jah terpaksa mengikut kehendak anak manjanya itu.Damia meletakkan kepalanya atas riba Mak Jah.Mak Jah mengusap lembut kepalanya. “Mak Jah,kenapa mama dan papa jarang ada bersama atau meluangkan masa dengan Mia?”Tanya Damia kepada Mak Jah. “Mama dan papa kan sibuk bekerja.” “Tapi,kadang kadang mereka harus juga meluangkan masa dengan Mia.”sayu suara Mia menahan sedih.Mak Jah terdiam.Tangan Mak Jah masih lagi mengusap kepala Damia.Mak Jah kesian melihat anak manjanya itu.Tiba tiba Mak jah menyanyikan lagu ‘dodoi’ kepada Damia.Tak lama kemudian,Damia menitiskan air mata jernihnya. “Kenapa Mia menangis?”Tanya Mak Jah. “Sudah lama Mia inginkan ada orang dodoi,ada tempat untuk bermanja dan ada orang belai.”rintih Damia. Mak Jah sebak mendengar Damia merintih .Sejak kecil lagi,kedua ibu bapa Damia tidak pernah berbuat demikian.Kata mereka,sibuk sini,sibuk sana.Tiba tiba kedengaran bunyi kereta dari halaman rumah.Mak Jah dan Damia segera melihat ke luar rumah.Puan Yasmin keluar dari kereta,diikuti seorang budak perempuan.
“Hamieda!!”jerit Damia dari jauh. “Kak Mia!Rindunya,dah lama tak jumpa Kak Mia.” Mereka semua masuk ke dalam rumah banglo yang luasnya hamper seluas padang bola. “Mied nak tinggal di sini selama seminggu.Katanya,boring kat Kedah.”terang Puan Yasmin.Hamieda ialah sepupu kepada Damia.Kebetulan,Puan Yasmin pergi ke Kedah,dia pun melawat rumah adiknya di Kedah. “Jomlah,Kak Mia bawa Mied ke bilik Mied.Mama,Mied duduk di bilik mana?’’tanya Damia kepada mamanya. “Biarlah dia yang pilih.”jawab Puan Yasmin.Damia mengangkat beg Hamieda. “Kak Mia,Mied nak balik ni!!”jari Mied mengarah ke arah bilik Damia. “Tak boleh Mied,tu bilik Kak Mia.”pujuk Damia. “Mied nak bilik ni jugak!”Hamieda menunjukkan mimic muka yang berkerut dan nada sedih.Tiba tiba Puan Yasmin muncul. “Eh!Mied tak masuk bilik lagi?Cepatlah bersiap,kita makan bersama sekejap lagi.”kata Puan Yasmin. “Mak Su,Mied nak duduk bilik tu.”rengek Hamieda. “Oh,tu bilik Kak Mia,pergilah.”jawab Puan Yasmin.Damia mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Puan Yasmin yang tidak menyebelahinya. “Tapi mama,Mia nak duduk di mana?”rajuk Damia. “Damia,kau kan boleh duduk kat bilik tetamu kat tingkat bawah.”jawab Puan Yasmin merasakan Damia menunjukkan sikap mengada-ngada.Puan Yasmin segera mengambil beg Hamieda dari tangan Damia.Damia terpaku.Kini,dia harus lebih bersabar dan tabah terhadap layanan mama kepadanya,tambahan pula dengan adanya Hamieda,anak buah kesayangan mamanya.
Semasa makan malam,Damia merasakan sekeliling panas menahan perasaan dengki dan marah terhadap Hamieda dan ibu bapanya.Damia mendiamkan diri sepanjang makan malam itu.Dia terasa dirinya tidak wujud di depan mata mama dan papa.Mama dan papa berbual mesra dengan Hamieda sedangkan mereka tidak pernah melayan Damia begitu.Damia cemburu.Api kemarahan Damia tidak dapat tahan lagi. “Kenapa mama dan papa layan Mia macam ni?”sergah Damia kepada mama dan papa yang sedang berbual dengan Hamieda. “Apa kena dengan kau nih hah?!!”Tanya Puan Yasmin dengan garang.Damia tiba tiba buat hal. “Kenapa mama tak layan Mia seperti mama layan Mied?Mia tak pernah rasa kasih saying mam dan papa sejak kecil.Apa salah Mia,apa dosa Mia sampai mama dan papa layan Mia seperti Mia ni tak wujud?”Damia dengan beraninya meluahkan rasa isi hatinya yang terpendam selama ini.Ibu bapanya menunjukkan perasaan marah kerana Damia kini sudah pandai memberontak.
“Damia,kau sedar tak diri kau tu siapa?Kau bukan anak aku.Kau anak seorang pelacur.Anak luar nikah!Kau tahu tak?Aku terpaksa ambil aku sebagai anak aku sebab aku berjanji dengan emak kau yang mati melahirkan kau.Kau faham tak??”Kini rahsia Puan Yasmin dan Tuan Jamal yang disimpan sekian lamanya terbongkar.Damia tidak dapat menahan perasaan sedih dan terkejut lalu meluru masuk ke biliknya.Mak Jah yang turut memasang telinga,masuk ke bilik Damia memujuk Damia.Sebenarnya Mak Jah juga turut tahu akan hal ini.Tetapi dia dipaksa agar tidak memberitahu Damia akan hal sebenar.
“Mia anakku,janganlah bersedih kerana identity kamu tu”pujuk Mak Jah dengan rasa hiba.Damia terkejut Mak Jah memujuknya seperti Mak Jah juga tahu akan hal ini. “Mak Jah,Mak Jah tahu hal ni sejak Mia kecil lagi kan.Kenapa Mak Jah menipu Mia?”Damia menangis di atas katil. “Maafkan Mak Jah.Mak Jah tidak dibenarkan memberitahu Damia perkara yang sebenar.Maafkan Mak Jah.”maaf Mak Jah. “Adakah ibu kandung Mia seorang pelacur dan Mia adalah anak luar nikah?”Tanya Mia inginkan kepastian. “Ya.”jawab Mak Jah dengan nada yang perlahan tapi dapat didengari.Mak Jah tidak tahu anak gadis kesayangannya itu akan bertindak.Malam itu rumah banglo menjadi senyap sunyi seperti tiada penghuni.Hamieda yang tidak tahu apa apa sudah lama nyenyak dibuai mimpi.Puan Yasmin dan Tuan Jamal membincangkan hal itu.Damia tidak dapat tidur walaupun didodoi oleh Mak Jah.Semakin deras air mata Damia mengalir membasahi riba Mak Jah.
Sudah seminggu perkara itu berlaku dan sejak itulah Damia tidak berjumpa dengan keluarganya.Mama dan papanya kini berada di London atas urusan kerja selama seminggu.Damia masih lagi bersedih.Mak Jah tidak dapat berbuat apa apa.Selepas Damia menunaikan solat Isyak,Damia berdoa agar hidupnya tidak sengsara dan memohon ibu kandungnya dicucuri rahmat.Damia mula mengalirkan air mata.Damia terlena di katilnya dengan memakai kain sembahyang.Jam sudah pukul 10 pagi,Damia belum lagi turun bersarapan.Mak Jah mula resah sebab Damia jarang tidak mengabil sarapan pagi.Hati dan perasaan Mak Jah menyatakan sesuatu telah terjadi kepada Damia.Mak Jah segera naik ke bilik Damia.Mak Jah melihat Damia terbaring atas katilnya dengan kain sembahyang.
“Damia.sayang bangunlah sarapan.Nanti Mia sakit perut kalau tak makan.”kata Mak Jah.Mak Jah cuba membangunkan Damia tetapi tiada sebarang respon.Mak Jah menyentuh jantung Damia.Mak Jah hamper pengsan tetapi segera disambut oleh Pak Man,pemandu Tuan Jamal.Mak Jah menangis.Akhirnya Damia meninggalkan dia tetapi tak sangka Damia meninggalkan dunia ini begitu cepat sekali.Mak Jah meratapi pemergiannya.Innalilah hiwainarojiun.
“Jah,sabarlah.Mungkin dah masanya dia kembali pada Yang Esa.Lagipun cukuplah dia menderita selama ini.”Pak Man cuba memujuk Mak Jah.Pak Man terlihat satu helai surat dipegang erat oleh Damia.Pak Man mengambilnya lalu memberikan kepada Mak Jah.
“Surat ini Damia mahu berikan kepada saya.”beritahu Mak Jah kepada Pak Man.Mak Jah membuka surat itu.
Kepada Mak Jah, Damia ingin ucapkan terima kasih sebab sudi jaga dan menyayangi Mia dengan penuh kasih saying.Jasa Mak Jah tak mungkin dapat Mia lupakan.Mak Jahlah yang menjadi ibu,ayah,kakak,abang dan segalanya kepada Mia.Di saat Mak Jah membaca surat ini,mungkin Mia dah tak tiada di alam fana ini.Damia harap Mak Jah dapat bersabar.Mia tahu Mia akan mati tak lama lagi disebabkan kanser otak yang telah mengambil nyawa Mia.Mia minta maaf sebab merahsiakan perkara ini kepada Mak Jah.Mia tak nak Mak Jah bersedih.Cukuplah Mak Jah menanggung masalah Mia selama ini.Walaupun Mia anak angkat mama dan papa tapi Mia tetap sayangkan mereka.Jika mereka tak mengambil Mia sebagai anak angkat mereka,mungkin Mia tak dapat mengenali Mak Jah.Mia sangat sayangkan mama dan papa walaupun Mia anak angkat dan dilayan begitu.Tanpa mereka,Mia tak akan hidup sampai sekarang. Akhir sekali,terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang Mak Jah pada Mia.Ampunilah dosa Mia dan beritahu kepada mama dan papa,halalkanlah makan minum Mia selama ini.Doakan Mia dapat mencari kebahagian di sana.
-Nur Balqis Damia-
“Ya Allah Ya Tuhanku,kenapa harus jadi begini terhadap anak yang tak berdosa ini?’’Mak Jah semakin kuat menangis.Kini sudah dua hari Damia meninggalkannya.Mak Jah masih merindui anak kesayangannya itu.Puan Yasmin dan Tuan Jamal sudah balik dari London tetapi mereka tidak mengetahui tentang Damia kerana tidak dapat dihubungi.
“Mak Jah,mana Damia,dia tidak turun ke??’’tanya Tuan Jamal kehairanan.Mak Jah tidak dapat menahan sebak lalu berlari masuk ke dapur.Puan Yasmin dan Tuan Jamal hairan kenapa Mak Jah berkelakuan begitu. “Pak Man,apa dah terjadi dengan Mia?”Tanya lagi Tuan Jamal.Pak Man diam seketika. “Damia…sudah…me..ninggal dunia…2 hari lepas disebabkan kanser otak yang dihidapinya.”terang Pak Man terketar-ketar takut dimarahi oleh majikannya. “APA!!!Kenapa Pak Man tidak memberitahu kami hal yang amat penting sebegini??”marah Puan Yasmin. “Saya dah cuba menghubungi Puan tapi tak dapat.Maafkan saya Puan,Tuan.”Pak Man memberitahu hal yang sebenar.Tiba tiba Mak Jah keluar membawa sepucuk surat. “Ini…surat yang..Damia tulis sebelum……”Mak Jah tidak dapat memberitahu.Mak Jah menangis.Puan Yasmin segera ambil surat itu dari tangan Mak Jah.Puan Yasmin membaca surat itu dengan linangan air mata. “Damia mati di biliknya…dengan memakai kain sembahyang dan memegang erat gambar Puan dan Tuan.”terang Pak Man. Puan Yasmin pengsan kerana terkejut dengan berita yang diterimanya.Puan Yasmin dan Tuan Jamal telah bersepakat ingin meminta maaf kepada Damia.Tetapi mereka tidak berkesempatan. “Ya Allah,ampunilah aku..Mia,mama minta maaf …mama minta maaf…mama minta maaf.”sesal Puan Yasmin….
Idea disumbang oleh : ~ redbirdfe ~ lollipop girl ~ virgo girl
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sad story....