Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa semua nie Fik,"melengking suaraku lewat malam hari tue"
"Takde apa-apa.Cuma Fik..........
"Hoi,hampa buat apa nie,"sergah suara tue dari belakang.
Mataku berpisat-piasat oleh dek cahaya yang samar-samar menyuluh wajahku dan Fik.
"Kami tak buat apa-apa pun encik,"aduku.
"Kalau hampa tak buat apa-apa.Kenapa duduk dekat sini malam-malam buta nie.Takde kerja lain ke.Hampa berdua ditangkap khalwat.Sudah,jom ikut kami ke pejabat sekarang juga,"arah seorang daripada mereka yang ada di situ.
"Tapi cik,saya tak buat apa-apa pun kenapa saya nak kesana"
"Sudah kerap kali kami dengar alasan sebegitu sepanjang kami menangkap mereka.Semua tak mengaku salah,padahal.....
Kupandang Fik yang hanya tersenyum kambing disebelahku.Geramnya aku.Entah-entah dia sengaja menjeratku.
"Mengelamun lagi.Hoi,cik adik sekarang dah pukul berapa!Tak reti tengok jam ke"
Malasnya aku nak balik.Kalau tidak disebabkan oleh arahan papaku,tidak ingin aku nak menjijakkan kakiku ke rumah itu lagi.Semua nie pasal kejadian 2 tahun lepas.Selepas aku ditangkap khalwat dengan Fik,hubungan aku dengan papa menjadi semakin renggang.Tapi sejak kebelakangan ini papa sungguh mengambil berat tentang hubunganku dengan Syafik.Sakit sungguh telingaku menjadi mangsa ceramah papa jika aku pulang kerumah.Paling aku menyampah bila terpaksa berlakon dihadapan papa tentang bertapa bahagianya perkhawinan kami tapi hampeh......
"Hoi,cepatlah nanti terlepas pulak.Kempunan nak balik kampung,"arah Tina.
"Yelah.Aku tau la,"membebel aje.
Kakiku terhenti dihalaman rumah dua tingkat yang cukup besar tue.Rumah yang dahulu riuh-rendah dengan gelak ketawaku tapi kini sunyi sepi.
"Hah,nak lari mana.Nanti la bila papa dapat Balqis.Siap!"
"Kejarlah kalau papa larat.Acahku"
Papa mengejarku mengelilingi rumah yang besar tue.Akhirnya papa menyerah kalah pabila dia tidak mampu lagi mengejarku.Maklumlah papa pun sudah tua tidak mampu lagi berlari kuat macam aku yang masih remaja pada waktu itu.
"Eh,Balqis buat apa termenung dekat luar tue.Mari masuk,"suruh Mak Tun.Pembantu rumah kami.
"Assalamualaikum papa,"sapaku bila menghampirinya.
"Waalaikumussalam.Bila Balqis sampai,"tanyanya sambil menghulurkan tangannya yang kedut seribu itu.
"Baru jee.Mama mana"
"Mama pergi keluar sekejap nanti dia pulang.Sudah pergi naik Syafik dah tunggu kamu dari tadi lagi.Lambat sangat kamu balik kali nie kenapa"
"Ada kemalangan dekat jalan tadi papa.Jam teruk tue la yang sampai lambat sikit"
Memandai aje.Padahal aku kena tinggal bas.Maklumlah tak berminat nak balik.
"Sudah pergi naik.Suami kamu tue dah lama tunggu"
Menyampah aku tak habis-habis dengan menantu kesayangan dia.Aku nie tunggul ke.Apa yang si Syafik tue buat sampai papa begitu sayang pada dia padahal dulu tue tak pun.Dengan langkah longlai aku memanjat anak tangga satu demi satu dengan gerakkan yang sengaja aku perlahankan. ....................................................................................
"Ini ke caranya yang papa kata dia sedang menunggu kepulanganku.Tunggu dialam mimpi tue namanya yang paling sesuai"
Tanpa banyak bicara aku terus mencapai tuala untuk mandi lalu bersembahyang Asar.
Ketika aku keluar dari kamar mandi,Syafik kulihat sudah bangun.
"Bila sampai,"tanyanya.
"Baru aje,"jawabku sambil tangan ingin mencapai telekung.
"Tunggu dulu.Kita solat sama-sam,"ucapnya sambil kaki dihayun ke bilik mandi untuk berwuduk.
Tergamam aku mendengar arahannya.Sebelum ini belum pernah dia menyuruhku sebegitu.Apa sebenarnya yang sedang berlaku.Aku mengikutinya sebagai imam solatku dengan seribu pertanyaan.Terus terang aku cakap tiada fokus bila kusolat dengannya.Hilang begitu saja.Selesai sembahyang sekali lagi aku tergamam bila dia menghulurkan tangan untuk aku bersalam dengannya.Kucium tangannya dan sebagai balasan satu ciuman terpahat didahiku dan juga dipipi kiri dan kananku tanpa aku memintanya.Anehku rasakan dalam diriku,satu ketenangan singgah dihatiku bila aku bersalam dengannya sebentar tadi...... ..................................................................................
"Balqis bila kamu nak minta tukar kesini,"soal papa ketika kami sedang enak menjamu selera.
"Betul tue Balqis.Kesian mama tengok Syafik tue.Setiap malam tidur sorang.Takde bidadari yang tunggu dia dekat rumah"
Satu soalan yang tidak sama sekali kuduga akan ditanya.Kukerling ke arah Syafik yang enak menjamu selera.
"Belum lagi mama.Guru yang mengajar disana pun tak ramai.Itu pasal la Balqis keberatan nak tinggalkan...........
"Sudah la mama,papa.Dia lebih sayangkan sekolah tue daripada saya.Bagi dia sekolah tue lebih penting daripada saya"
Terhenti suapanku mendengar ucapannya.Apa dah jadi!Belum pernah aku melihat dia sebegitu setelah hampir 3 tahun kami berumahtangga.Syafik kulihat sudah habis makan dan dia meminta diri untuk naik keatas untuk berehat.Mama merenung tajam kearahku.Gerunjuga aku melihat renungannya macam harimau yang mahu menelan mangsanya. ....................................................................................
"Awak kenapa nie.Marahkan saya dihadapan papa dan mama"
"Salah ke apa yang abang cakapkan tue"
Abang.Sejak bila dia membahasakan dirinya sebagai abang........
"Kenapa dengan awak nie tak pasal-pasal nak marahkan saya.Dah tue bahasakan diri tue abang abang pulak........
"Salah ke,"bisiknya ketelingaku.Sungguh lembut dan mempersonakan.
Cepat sekali aku menolak dirinya menjauhi diriku.Tapi tindakanku itu memerangkapkan diriku sendiri.Dengan sepantas kilat aku berada dalam dakapannya.Kumeronta supaya dia melepaskanku namun semakin kuat aku meronta,semakin kuat pelukannya.Bagaikan tiada ruang untukku bergerak.Dirapatkannya bibir ke telingaku sambil mengungkap kata cinta dan rindu namun ianya tidak langsung berbekas dihatiku,lalu sepantas kilat aku meminjak kakinya untuk melepasakan diri.Terjerit juga Syafik yang tidak menduga aksi spontanku....namun itu tidak terlawan dengan rasa sakit dihatiku ini.......
"Awak jangan mimpi nak dapatkan saya dengan cara tue.Dan jangan awak harap saya nak melutut depan awak bila awak buat saya macam tue.Saya takkan lupa apa yang awak buat dekat saya 2 tahun yang lepas.Faham"
Terus kucapai bantal dan menuju ke arah sofa yang terletak di hujung kamar.Meninggalkan Syafik yang termanggu disitu...... ....................................................................................
"Kenapa dengan Syafik tue Balqis,"tanya mama bila selesai aje sarapan pagi itu."Senyap aje.Makan pun tak banyak padahal nasi goreng tue kegemarannya"
Aku hanya mendiamkan diri.Sakit hati semalam belum habis lagi.
"Entah-entah kamu dah buat dia marah ke Balqis,"serkap mama.
"Takdelah mama"
"Baguslah kalau takde.Jangan kamu buat sesuatu yang menyinggung atau sakitkan hati suami.Tak bau syurga kamu nanti" ....................................................................................
Sudah dua hari aku pulang kerumah sewaku.Bermakna selama dua hari itu juga aku tidak berjumpanya.Entah kenapa kali ini kepulanganku kali ini tidakku rasa aman seperti sebelumnya.Kata-kata mama tempoh hari sering menganggu diriku kini,membuat diriku sedikit sebanyak dihantui perasaan takut dan gementar.Tapi entahlah ego mengatasi segalanya..... ..................................................................................
Semakin hari semakin tertekan aku dibuatnya.Seringkali aku melakukan kesalahan bila sedang mengajar sehinggakan anak muridku yang tolong betulkannya.Bukan sahaja rasa serba salah tapi juga rasa.........ah,malas aku nak memikirinya.Tapi aku gagal.Perasaan itu semakin hari semakin menjerut hatiku.....
Hari nie aku mengambil cuti kecemasan.Aku ingin pulang kerumahku.Mama terkejut melihat kepulanganku.Tidak kukhabarkan kepada mama tujuanku pulang.Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan suamiku.
Malam itu aku nantikan kepulangannya.Namun hanya papa sahaja yang pulang tidak seperti selalu papa akan pulang dengan menantu kesayangannya.
"Eh,Balqis bila kamu sampai.Suami kamu tahu ke"
Aku hanya menggeleng.
"La patut si Syafik tue tak pulang sekali dengan abang.Rupanya dia tak tahu yang Balqis ada dekat sini"
Aku terkedu.Tak pulang sekali.Apa maksud mama.
"Ma,apa yang mama cakapkan nie.Bukan selama nie Syafik tue tinggal dengan papa dan mama"
"Sapa cakap.Dia hanya tinggal disini bila kamu pulang aje tau"
"Syafik tue budak baik.Dia tak nak menyusahkan mama dan papa.Walaupun dia menantu segera papa,tapi papa bersyukur dapat menantu sebaik dia.Bila dia suarakan hasrat nak beli rumah pada papa,barulah papa sedar yang selama ini papa salah anggap padanya.Papa ingat dia berkhawin dengan Balqis semata-mata harta papa.Tapi bukan.Papa yang belikanrumah tue untuk Syafik dan Balqis.Mulanya dia berkeras juga tapi bila papa kata hadiah untuk perkhawinan kamu berdua,dia takde sebab nak menolaknya dan sebagai tanda terima kasih dia sanggup bekerja dengan papa.Balqis kamu bertuah dapat suami sebaik dia dan untuk pengehtahuan kamu juga Syafik begitu sayang dan cintakan kamu"
"Mana papa tahu yang dia sayangkan Balqis"
"Papa lelaki dia pun lelaki.Hanya lelaki yang memahami lelaki.Papa dapattengok bertapa luhurnya cinta kasihnya buat Balqis"
"Papa,Fik tinggal dekat mana .Balqis nak jumpa dia,"air mataku tidak dapat ditahan lagi.
Perasaanku berdebar sebaik saja kakiku melangkah kehalaman villa itu.Villa yang dahulunya kuanggankan kini menjadi mahligai tempat yang akan kududuki dengannya.Tanganku pantas mencucuh kunci rumah yang diberikan oleh papa padaku.Kunci yang ditinggalkan oleh suamiku khas untukku.Perlaham-lahan aku menapak masuk.Langkahku mati bila terpandangkan sesusuk tubuh yang merekot kesejukkan diruang tamu yang maha luas itu.Tanpaku sedari air mataku mengelenang dan perlahan-lahan jatuh menuruti pipi gebuku."Ya Allah betapa berdosanya aku terhadap dirinya kerana mengabaikan suamiku selama ini.Kau ampunilah aku Ya Allah"
Dengan langkah perlahan aku menghampirinya.Kubelai wajahnya dengan kasih sayang.Kukucup dahinya tanda kasihku padanya.Dan dia tidak ubah seperti kanak-kanak yang sedang tidur setelah penat bermain.Rasa sayu mengcekam kalbu pabila mengenangkan sikapku yang acuh tak acuh terhadapnya dan tanpa aku sedari air mataku mengalir mengenai wajahnya dan..........
"Balqis"
Aku hanya diam disitu. "Balqis bila sampai.....
Aku seperti patung dihadapannya.....
Dia medonggak daguku supaya mata dapat bertentang mata....
Alangkah bagusnya jikalau dia sudi memelukku saat ini.Ingin sekali aku berada dalam dakapan mesranya.....
Melihat aku yang tidak berhenti menangis membuat dia kaget dan seperti yang kuharapkan dibawanya aku dalam dakapan mesranya.......Itulah yang aku mahukan.....
Didalam dakapannya semakin rancak aku menangis.....Menangis kerana kecewa dengan sikapku yang tidak dapat menjadi hawa yang terbaik untuk dirinya.
"Kenapa nie sayang.Camna sayang boleh ada dekat sini...."ucapnya sebaik merungkaikan pelukkan.
"Abang....maafkan Balqis.Balqis banyak buat salah pada abang.Selalu sakiti hati abang....
Dia meletakkan jarinya kebibirku sebagai isyarat supaya aku tidak meneruskan bicaraku lagi.
"Abang yang salah.Abang yang bedosa sejak dari mula lagi sayang.Abang yang perangkap Balqis supaya kita dapat berkhawin walaupun tanpa kerelaan Balqis.....Semuanya salah abang"
"Tak,abang tak salah.Balqis yang banyak buat dosa dengan abang.Balqis selalu buat abang sakit hati,selalu tengking abang,marahkan abang padahal itu semuatidak patut seorang isteri lakukan.Maafkan Balqis ya bang,"ucapku sambil mencium tangannya.
"abang ampunkan semuanya sayang.Sikit pun abang tak simpan dalam hati"
"Betul"
"Iya sayang,betul"
"Abang nak dengar tak"
"Apa dia sayang"
"I LOVE YOU"
"Tak dengar la sayang"
"Tak dengar sudah.Malas Balqis nak ulang....
"Please sayang,one more again"
"I LOVE YOU"
"What"
"Sudahlah ,malas Balqis nak layan abang....."belum sempat aku bangun dia lebih pantas menarikku sehingga aku terduduk diatas ribanya.
"I LOVE YOU TOO sayang.Forever and ever honey.....Remember that.....
Berserta dengan ucapan itu satu ciuman terpahat didahiku sebagai tanda kasihnya terhadapku. Ya Allah inilah cinta yang kucari selama ini.Terima kasih Tuhan kerana menciptakan seorng adam yang terbaik dalam hidupku.Dengan rahmatmu Aku Dan Dia....Cinta Kita Bersatu.....
I LIKE THIS CERPEN..PENUH PENGHAYATAN CERITA,BYK MENGAJAR KITA TENTANG ERTI RUMAH TANGGA WALAUPUN IA NYA HANYA PERANGKAP SEMATA2.kepada penulis ini,keep it up..so smart..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sooo sweet