Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Segala gerak geri Fikri dalam perhatian Zura. Degup jantungnya bertukar rancak sementelah satu senyuman percuma dihadiahkan Fikri kepadanya. Bibirnya memang begitu, murah benar senyumannya. Namun dia tahu itu hanyalah sebuah senyuman biasa, tidak lebih dari itu. Fikri belum tahu apa yang ada di fikirannya saat ini, andainya dia tahu, dirinya juga yang akan mendapat malu.
Perasaan ini biarlah tersimpan rapi jauh di lubuk hati. Siapalah dia disamping Fikri yang hampir memiliki segalanya? Punya kerjaya terjamin, personaliti menarik, berharta pula…Zura termenung lagi…dia hanya seorang kerani, kurang rupa parasnya, kekampungan pula gayanya…tapi perasaan ini tiada paksaan hadirnya dan tiada kudrat juga untuk dia menghalangnya pergi jauh…
Sewaktu mahu pulang pada hari itu dia perasan Fikri mengekorinya seolah-olah mahu menyapanya. Dia mula rasa tidak menentu. Jiwanya tidak lagi tenteram sebagaimana biasa memikirkan apa yang bakal diluahkan oleh Fikri. “Hai, balik dengan apa…? Selalu saya tengok awak ni jalan sorang-sorang je…tak de kawan ke? Tak elok orang perempuan jalan sorang-sorang macam ni…nanti ada yang berniat jahat susah awak nanti. Lagipun tempat ni tak ramai yang lalu lalang…” Luahan Fikri menamatkan segala persoalan. Zura hanya tersenyum. Dia terus saja meneruskan langkah kakinya menuju destinasi.
“Encik Fikri tak payahlah risaukan saya. Saya dah biasa sangat dengan jalan ni. Memang tiap-tiap hari saya lalu sini. Setakat ni ok je, tak ada masalah langsung.” Dia terpaksa juga bersuara memandangkan Fikri masih juga mengekorinya walaupun pada jarak yang agak jauh. “Encik Fikri ni nak pergi mana sebenarnya…? Saja nak ekori saya ke…? Setakat ni saya memang tak perlukan sebarang pertolongan.” “Cik Zura, maafkan saya…sebenarnya saya parking kereta depan sana. Tak sangka pula jalan kita sama…” Muka Zura mula merah menahan malu. Terasa panas semacam saja badannya. Oh, sungguh memalukan! “Maafkan saya Encik Fikri. Saya memang tak tahu encik parking kereta sana.” Zura cuba mengawal emosinya. Memang memalukan! “Parking depan pejabat sana dah penuh, saya agak lewat tadi…” Kunci kereta dimain-mainkan di tangannya, agaknya sebagai bukti dia memang menuju ke keretanya. Zura hanya menganggukkan kepalanya, sudah tiada kata untuk dia berbicara lanjut. Sebelum dia mendapat malu lagi elok sangat dia berdiam diri. Fikri meneruskan langkah menyaingi dirinya. Ada baiknya juga Fikri berada di hadapan tidaklah nanti dia terasa diekori. “Jumpa lagi esok. Mmm…ada baiknya juga kalau awak berteman kalau ikut jalan ni…” “Terima kasih….” Sempat lagi dia membalas kata sebelum Fikri berlalu pergi.
Zura memperlahan langkahnya. Matanya sempat menghantar sehingga sayup kereta yang dipandu Fikri. Mindanya antara percaya dengan tidak dapat berbicara dengan Fikri hari ini. Inilah impiannya yang sebenar, bagaikan mimpi yang menjadi realiti. Sudah cukup gembira rasanya mendengar butir bicara daripada Fikri. Namun tiba-tiba saja perasaan malu menguasai dirinya…ah, memalukan sungguh situasi sekejap tadi.
“Assalamualaikum Encik Fikri.” Zura terpaksa memulakan bicara sementelah dia terserempak lagi dengan Fikri pada hari itu. “Waalaikumussalam. Baru sampai ke? Saya lewat lagi nampaknya…Jalan depan rumah saya tu dah jadi selorong,…entah kerja apa la diaorang tengah buat.” Panjang pula penerangan Fikri kali ini. Zura menjadi pendengar setia. “Nampaknya Encik Fikri kena keluar lebih awal lagi lah. Tapi sekarang ni pun bukannya lewat lagi, lima minit lagi baru mula waktu kerja. Mungkin Encik Fikri selalu datang awal…tu yang rasa dah terlewat.” Zura cuba bermesra seadanya. Lagipun apabila Fikri menyebut lewat seolah-olah dirinya juga terlewat sedangkan waktu beginilah dia selalunya sampai ke pejabat. “Betul juga kata awak. Tapi selalunya saya datang awal untuk ambil breakfast kat café dulu.” Fikri memberi alasannya. “Macam tu…saya dah alas perut kat rumah. Tapi jam 10 nanti memang nak kena isi lagi.” Rancak pula Zura bercerita. “Kalau macam tu kita breakfast sama-sama jam 10 nanti boleh?” Ada kejutan buat Zura nampaknya. Suasana sunyi seketika. Zura kaku tanpa butir bicara. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. “Mmm…terima kasih sajalah Encik Fikri. Saya biasanya makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Lagipun tak elok rasanya kalau Encik Fikri ada sama. Kitaorang semua ni mulut becok sikit.” Zura cuba mengelak untuk kali ini walaupun di hatinya cukup berbunga untuk menerima pelawaan itu. “Ok, mungkin lain kali kita dapat makan sama-sama. Masa tu kita berdua saja. Nanti saya bagitahu awak lagi bila masanya. Masa tu dah tak ada kawan-kawan awak lagi. Awak setuju tak…?” Zura kaget. Dia merenung Fikri kehairanan. “Terima kasih Encik Fikri. Nanti saya fikirkan semula cadangan tu. Saya pergi dulu ya…” Pintu lif terbuka lantas Zura mengatur langkah meninggalkan Fikri di belakang.
Zura menyambung kerja-kerja yang masih tiada penghujungnya. Namun di fikirannya masih terlekat butir bicara bersama Fikri tadi. Hatinya berbunga riang, hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya dia saat ini. Fikri mempelawaku makan bersama…sukanya…bibirnya menguntum senyuman kecil. Angannya mula menjalar jauh, berdua bersama si dia yang sudah lama menjadi idaman. Akhirnya impiannya menjadi realiti…
Deringan telefon menggangu khayalannya. Mina, teman baiknya di corong telefon. Segar sungguh suaranya. “Kau datang kerja dengan siapa tadi?” Zura kehairanan dengan soalan daripada Mina. “Macam biasalah…aku datang sendiri. Kenapa? Ada driver pergi jemput kau ke pagi tadi?” Mina ketawa di hujung talian. “Ish, kau ni…” Masih ada sisa ketawa dari Mina, apa yang melucukan Zura pun tidak tahu. Tapi di kepalanya sudah dapat mengagak bahawa gosip baru di pejabat ini akan mula tercipta dalam beberapa minit lagi. Tentunya perihal aku dengan Fikri yang kelihatan mesra diawal pagi tadi. “Dah tu apa dia?” Zura terus bertanya inginkan kepastian. Mina terus becok bercerita di hujung talian. Zura mendengar dengan penuh minat. Akhirnya segala persolan terungkai. “Kau jangan nak percaya bulat-bulat ya, kau bagitau si Amin tu jangan menyibuk sangat.” Zura cuba memberi amaran kepada wartawan tak bertauliah. Mina mengiakan dengan ketawanya yang belum tamat.
Jendela biliknya dikuak luas. Nun di hujung jalan kelihatan sudah banyak kereta di jalanan. Zura hanya melihat kosong panaroma itu. ‘free tak hari ni?’ satu sms diterima, Fikri yang menghantarnya. ‘hari minggu buat kerja rumah je lah…lepak2’ balas Zura. ‘ada plan pegi mana2 tak?’ ‘lepak kat rumah lagi best, jap lagi adik datang, janji ngan dia pegi jalan2, tak tahu lagi pegi mana, minum2 je kot’ panjang Zura membalasnya. ‘ikut sama boleh? Adik U tak kisahkan?’ Fikri mencari peluang. Sms itu Zura biarkan tidak berbalas.
‘Diam maknanya setuju, jap lagi I sampai rumah U, tunggu I ya, jangan tinggalkan I’ Zura kalut membaca sms itu. Fikri memang suka mencari peluang. Zura mula tak tentu arah, walaupun itulah kemahuannya tapi dia merasakan terlalu cepat perhubungan ini bergerak. Mina…nampaknya minggu depan dia ada cerita baru…
‘Tak elok rasanya, apa kata adik I nanti, I tak pernah keluar dengan mana2 lelaki, lain kali je lah’ lama baru dia membalas. Memang dia belum bersedia lagi untuk keluar bersama Fikri. Dia amat berharap Fikri memahami dirinya.
Tiada lagi balasan daripada Fikri, dia mengharapkan semoga Fikri memahami situasinya. Handphone ditangannya digenggam erat. Nampaknya dia bertepuk dua belah tangan. Namun sangsi juga memikirkan apabila dia menjadi pilihan Fikri. Cinta itu buta. Kalaulah Fikri tahu perasaannya saat ini, itulah kebahagiaan yang sebenar. Inilah cinta pertama bagi dirinya. “Fikri…” tanpa sedar dia menyeru nama itu.
Bunyi ketukan di pintu rumah mematikan lamunannya. Fikri berdiri segak disamping adiknya, sungguh mengejutkan. Apakah permainan ini? Mereka sudah merancang sesuatu? Aku sajakah yang bodoh tidak dapat menghidu apa-apa? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikirannya. Dia berdiri kaku di situ untuk seketika. Adiknya menghulur tangan untuk bersalam, disambutnya salam itu dengan perasaan yang masih buntu.
“Kauorang berdua memang merancang ya…? Zura sedikit berang. “Mana ada kak, saya tak kenal pun abang ni.” Adiknya memberi penjelasan. “Betul la tu Zura. Kami berdua memang tak pernah kenal pun.” Fikri pula menyambung kata. “Habis tu…? Sama-sama tegak sini buat apa?” Zura masih belum puas hati, tangannya bercekak pinggang. “Dah akak tak bagi masuk…tegak la kami sini…” adiknya membuat lawak, Fikri mula tersenyum. Zura merenung adiknya tajam. Perlahan-lahan dia meluruskan tangannya, pintu rumahnya dibuka lebih luas. Walaupun hatinya masih belum yakin dengan penjelasan yang diberikan namun diisyaratkan supaya tetamunya masuk. Biarlah mereka selesa dulu di kedudukan masing-masing, dia berkira-kira untuk mencungkil lagi.
Zura masih sangsi dengan hubungan tetamunya ini, masing-masing diam membisu, amarahnya masih lagi berbaki. Otaknya ligat berfikir, pelbagai persoalan muncul. Ada rasa cuak di dadanya, bagaikan mereka ini sudah merancang sesuatu. Tiba-tiba ada ketukan lagi di pintu rumahnya. Dia bergegas membukanya.
“Hai Mina…” “Hai Zura…” seperti biasa Mina bersuara riang. “Tak cakap pun kau nak datang…?” Zura meluah kemusykilan. “Nak datang pun kena appointment dulu ke…?” “Tak ada lah macam tu…manalah tahu aku keluar ke…” “Kau tak keluar ke hari ni?” Zura tidak menjawab, matanya melirik ke arah tetamu. “Aku tengah bersiap nak keluar la ni…jom lah ikut kitaorang semua.” Dalam paksaan Zura berbicara, dia tidak tahu apa lagi yang patut diucapkannya, fikirannya buntu apabila melihat ke arah tetamunya yang membisu sejak tadi. “Oh, ada tamu rupanya…” Nada Mina makin galak, ada tawa di hujung suaranya apabila dia melihat tetamu yang dimaksudkan. Wajah Zura ditenungnya dengan penuh minat. “Tetamu aku ni tak diundang…” Zura bersuara tegas. Renungannya tajam menahan amarah. Tiada lagi minatnya untuk berbicara.
Setia Fikri menunggu Zura di tempat yang dijanjikan, walau selewat manapun dia tetap akan menunggu. Zura tiba dan terus duduk menghadap Fikri. Nampaknya percaturan tiga serangkai itu menjadi! Adiknya dan Mina memang berpakat untuk menyatukan mereka berdua. Angin yang beralun lembut turut membelai cinta mereka berdua. Alangkah bahagianya suasana ini, seolah-olah merestui pertemuan mereka.
Penyatuan mereka berdua akan diadakan tidak lama lagi, keikhlasan akan terbukti. Zura bersyukur pada Ilahi. Berkali-kali dia panjatkan doa semoga perhubungan yang dibina ini akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan…dan akhirnya Tuhan bakal menjodohkan mereka…hanya beberapa bulan saja lagi mereka akan disatukan…Zura tersenyum puas, matanya penuh bercahaya.
Fikri ralit merenung buah hatinya. Tidak disangka cintanya berbalas, ini semua takdir tuhan, yang merancang segala-galanya dengan penuh kesempurnaan. Dalam diam dia berjanji untuk menjadi seorang suami terbaik untuk isteri tersayang, akan tetap setia hingga ke akhir hayat. Kebahagiaan berganda akan ditemui tidak lama lagi selepas mereka sah diijabkabulkan. Kehadiran anak-anak pasti lebih menceriakan…
cerite nie best tapi mcm simple sangat...kalau panjangkan sikit lagi best......hhehhehhheh... tpi oklah cite nie best....3 bintang dari lima......good luck....nanti buat cite yg lagi best tau....
intro cite ok tp ending simple sgt2 la.......br nk ok tp ending menhancurkan mood pembaca..cuba lg,GU LUCK..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerite nie best tapi mcm simple sangat...kalau panjangkan sikit lagi best......hhehhehhheh...
tpi oklah cite nie best....3 bintang dari lima......good luck....nanti buat cite yg lagi best tau....