BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, November 10, 2007
cerpen : adik pindah lagi
Apa? Aku tak percaya dengan kata-kata mak tadi. Pindah lagi! Tapi ayah dah janji kami akan menetap di sini. Ayah pun dah nak pencen. Habis macam mana dengan aku. Aku dah tak sanggup berjumpa kawan baru lagi. Cukuplah 4 tahun aku di alam menengah di negeri jelapang padi ini. Aku sayangkan tempat ini.. rumah ni, sekolah, kawan-kawan… Sebenarnya dari dulu lagi keluarga kami asyik pindah randah sebab tugas ayah. Tapi masa tu aku pun kecik lagi.. tak kisah sangat. Bertukar sekolah dah menjadi perkara biasa. Pendek kata belum sempat tulis nama kat buku latihan.. kena tukar sekolah lagi. Sekarang aku dah besar.. dah kenal alam remaja. Malah aku ada ramai teman karib yang berkongsi segala.. suka dan duka.

********************************************

Aku dah nekad. Ayah nak pukul, pukullah. Aku tak kisah. Baju aku semua dah aku sumbat dalam beg. Aku tetap mahu tinggal di sini. Merempatlah kat mana-mana.

“Adik!”

Aku tersentak.

“Eh.. abang…”

“Nak pergi mana nih?”

“Syy.. laa kenapa tak tidur lagi?”

“Cakap kat abang .. nak pergi mana nih.. oo adik nak lari ya..”

Perasaan cemas aku dah beransur hilang. Abang aku nih buat suspen pulak.

“Ya lah.. kenapa.. adik nak pergi nih.. jangan halang tau..”

“Pergilah dik.. kalau tak sayangkan kami..”

Serta-merta langkah ku terhenti. “Kenapa abang cakap macam tu. Bukannya adik.. ayah yang tak sayang adik. Sanggup buat adik kecik hati. Ayah tipu adik. Tahun nihkan adik nak periksa. Macam mana dengan pelajaran adik nanti. Abang lainlah memang kerja kat sana..”

“Adik.. ayah ada sebab nak duk KL. Bukan ayah sengaja buat macam nih. Sebab ayah sayangkan kitalah ayah buat keputusan duduk sana terus. Ayah sakit, dik. Susahlah kalau berulang alik ke KL tulah nasihat doktor di sini. Penyakit ayah perlu rawatan pakar. Duit pencen ayah nanti berapalah sangat. Nak tanggung adik yang banyak karenah nih lagi…”

“Ayah sakit?”

Aku bagaikan terkena panahan petir. Serta-merta aku meluru ke kamar ayah. “Ayah.. ampunkan adik… adik tak tahu.. adik dah sakitkan hati ayah.. adik yang salah..”

Ayah yang masih belum tidur hanya tersenyum sambil membelai rambut ku. Mak yang terjaga turut menepuk bahuku yang mula menangis.

“Kenapa ni dik..kalau adik nak duduk sini ayah tak kisah.. besok ayah daftarkan adik masuk asrama, okey.. dah.. jangan nangis.. adik mana suka nangis.. adikkan anak ayah yang kuat..”

“Tak nak.. adik nak ikut.. mana-mana ayah pergi pun adik takkan merungut lagi. Bawaklah adik sekali, ayah.. mak..”


*********************************************


“Dengar-dengar hari nih ada budak barulah. Perempuan pulak tu….”

“Ye ke Boy.. mintak-mintak ler cun.. boleh ler buat collection baru..”

“Tu jer keje korang… nak berplayboy pun tunggu ler abis periksa. Keje pun belum, tahu berlagak dengan harta mak bapak je.”

“Eh.. kau nih kenapa Semah. Ewah-ewah.. lepas frust dengan aku tuduh yang bukan-bukan pulak ekk.. dulu bukan main rindu-merindu..”

“Diamlah..”

Aku tergelak melihat Semah yang tembam terkedek-kedek berlalu. Memang kitorang romeo sekolah. Siapa tak kenal Shanks dengan Aboy. Mak we mana yang tak naik angau bila melihat kereta bertukar-tukar setiap hari. Time makan pun tak lepak kantin.. cari stall yang ader kelass baru berselera mengadap makan tengahari. Breakfast pembantu rumah dah sediakan kalau tak burger.. pizza pun jadi.

“Syy.. cikgu datang. Bangun!”

Hahaha.. kelakar tak… aku jugak yang jadik ketua kelas, ketua pengawas, kapten bola, presiden kelab karate, semua aku lah. Pendek kata cuma tugas mendidik je aku belum khatam. Kalau tak dah lama aku jadik guru besar.

“Selamat pagi, cikgu.”

“Pagi. Duduk. Oh.. ya sebelum terlupa, saya nak beritahu hari nih awak semua dapat kawan baru. Sekarang dia tengah isi form kat pejabat. So.. saya harap awak semua jangan buli dia. Dengar tak Shanks?”

Ekk.. aku pulak. Bila pulak aku buli budak baru. Aku cuma bagi salam perkenalan khas agar dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Alah macam minggu silaturrahim tu.. Tapi kalau awek cun ..hmm.. to be considered lah.. Bukannya apa.. aku kan gentleman… Aku teringat yang mangsa terakhir aku si Aboy nihlah. Sejak dia masuk kami sudah tidak menerima rakan kelas baru. Kalau ada pun.. pengetua hantar ke kelas lain…. tapi yang nih kenapa pulak.. special kes lah kot. Mesti lawa nih…

“Mak oii… memang lawa Shanks….”

Aku pun ternganga. Nih bukan mak we..

“Saya Syazwanie panggil Syaz boleh.. Wan pun boleh..”

“Panggil Wanie boleh tak?”

Tanpa disuruh aku menyampuk. Namun aku lihat air mukanya berubah seketika.

“Cikgu saya duduk mana?”

Ish tak pedulikan aku pun. Segera dia lalu di sisi aku tanpa sepatah kata.

“Adui..”

Satu kelas mengetawakan aku. Sial. Dia tersengih mengejek. Entah kenapa trick aku kali nih tak menjadi. Senjata makan tuan. Aku urut kaki yang sakit disepak. Teror jugak dia nih biasanya ramai yang tersadung jika tidak berhati-hati melewati aku. Tapi, dia ni lain. Memang lain.

“Selamat datang Cik Wanie…”

Aku hulurkan salam perkenalan. Biasalah politik.

“Saya Shahril Mahfuz. Panggil Shanks je.”

“Panggil Sahak boleh?”

Tak kusangka. Sekali lagi seluruh kelas mengetawakan aku termasuk Cikgu Laila yang body cun macam kerengga tu. Sabar je lah. Tunggulah.. hari kau akan tiba.


***************************************


“Kenapa Shanks….masam je dari tadi?”

“Tak de apa-apa mak cik…. nasik dah masak?”

“Ada kat dapur tu…tapi biasanya Shanks jarang makan kat rumah..”

Laa banyak tanya pulak orang tua nih. Orang dah lapar gila nih.

“Semalam mummy tunggu Shanks balik. Kan birthday dia ...” Mak cik bersuara sambil menghidang lauk.

“Alah.. kan ada uncle Syed temankan. Shanks ada ke tak de sama je….” Aku tersengih melihat mak cik tergeleng-geleng.


“Ha.. semalam ada orang pindah kat sebelah rumah ni. Satu family…mak cik nampak ada yang sebaya dengan Shanks. Eloklah tu berkawan.. taklah sunyi sangat, kan?”

Banyak sungguh laporan mak cik aku nih. Macam wartawan. Bila pulak mummy aku bagi assignment kat dia tah. Tapi aku sayang dengan dia nih. Mana taknya.. dari baby lagi dia jaga aku. Sampailah sekarang.. perangai aku pun dia faham sangat.

“Lawa ke mak cik…”

“Ehh.. ke situ pulak dia nih…mak cik belum cakap lagi lelaki ke perempuan…”

Aku tergelak kecil.

“Naik bilik dulu lah…penat.”

“Ha.. main game lah tu…mandi dulu, Shanks.. pastu sembahyang..”

“Mmm…”

Aku menghempaskankan tubuh ke tilam. Peh.. kalau pejam mata mesti terus terlelap. Air cond pun dah tak sejuk. Nak kena hantar pegi servis nih. Aku menyalakan rokok. Lepak kat beranda pun best.. ambik udara nyaman.. pastu baru mandi. Banyak betul excuse aku, kan…?

Eh.. budak tu macam kenal….Aku menyambar senapang berisikan peluru plastik. Tak kiralah kena nih sure nangis punya. Its time for revenge. Tunggu sampai dia betul-betul kat depan pagar dan…. aku membidik.
Gol!!!

“Adoi!!! Oi bangang…”

Hahaha.. kena aku memang terer. Nihlah berkat mengasah bakat kat PS hari-hari.

“Bestkan.. Oi,tomboy! Apehal menceroboh rumah aku nih. Tak puas hati lagi ke..”

“Siapa yang tak puas ati sekarang.. turunlah kalau berani.”

“Baik.. kau tunggu..”

Pantas aku berlari turun.

“Assalamualaikum…”

Eh.. bila pulak ada bawak bodyguard nih.

“Waalaikumsalam…. pak cik nih cari siapa?”

Aku menjeling si tomboy yang tersengih di sebelah. Cis…

“Pak cik baru pindah sini…semalam si Milah ada tolong pak cik. Nih datang nak ucap terima kasih kat dia. Terimalah buah tangan yang tak seberapa ni.. pak cik tahu Shahril suka durian, kan..”

Ewah.. ada komplot nampaknya. Dah tahu nama dan kegemaran. Nih mesti laporan khas dari mak cik Milah ..

“Terima kasih.. kejap ya pak cik..Saya panggilkan mak cik. Mak cik… oo mak cik..”


Mak cik Milah tergesa-gesa mendapatkan kami. Tangannya berlumuran tepung. Agaknya tengah uli roti.

“Ha..Shanks.. diorang nihlah yang pindah semalam…ni Pak cik Hussein, yang ni pulak anak bongsu dia, Syazwanie…”

“Dah kenal mak cik..satu kelas…”

“Ha.. eloklah tu.. boleh study sama-sama….”

Hish.. control.Shanks.. takkan dikenakan aku lagi. Hari nih memang suweylah.

“Masuklah..”

Aku mempelawa. Bukannya apa pak cik nih pun aku tengok baik. Bersih aja muka. Si tomboy nih pulak dari tadi senyum mengejek. Geramnya.

“Tak apa lah, nak. Banyak lagi belum kemas. Senang-senang nanti jemputlah ke rumah, Shahril.”

“Insyaallah….”

“Kami balik dululah Milah. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam…”

Aku menjijit durian. Mesti fresh lagi.. Mak cik cakap diorang singgah kat dusun on the way ke sini. Peh.. cam nih hari-harilah aku pegi sana. Macamanalah diorang boleh dapat anak cam si Syazwanie tu aku pun heran. Dah le tak der rupa pompuan.. eh.. rupa tu ada sikit tapi gaya tu… out. Dengan rambutnya, stail jalan tu… wuih.. aku pun kalah. Saham dia pun cepat naik.. walau baru satu hari kat sekolah. Tu yang buat aku tak puas ati.


*************************************


“Kenapalah dia anti sangat kat aku ha….”

Syazwanie mengunyah sandwich yang ibunya bekalkan.

“Tahlah.. tapi biasanya budak baru semua kena ragging dulu..e ngkau tak pulak..”

Syazwanie mengerut dahi. “Pembuli rupanya… kalau aku tahu, aku ajar dia cukup-cukup.”

“Alah.. dia bukan jahat sangat.. saja suka-suka..memang dah macam tu.. biarkanlah.. kau jangan layan sangat dia tu.. si Shanks tu berpengaruh kat sini.. cikgu pun respek dengan dia… senakal-nakal dia tu.. dia jugak yang harumkan nama sekolah… belajar pun pandai…”

“Hmm..lantaklah.. jangan kacau aku sudah..”

“Uii.. As.. dah dapat pak we…”

“Apa yang kau merepek nih bodoh..” Syazwanie berdiri sambil bercekik pinggang. Asmawie di sisinya menggeletar.

“Sapa bodoh… betul lah.. kau nih jantan.. dia ni pulak lembut.. sama padanlah..”

Ketawa berderai. Syazwanie mengetap bibir. Dia tenung mata Shanks dalam-dalam. Penumbuk digenggam erat.

“Sudahlah tu Syaz.. jom masuk..” Rayu Asmawie sambil menarik-narik lengan baju. Syazwanie menepis.


“Oi mangkuk.. kau ingat nih sekolah bapak kau.. boleh buat sesuka hati.. kitorang tak kacau kau.. baik kau blah.. kalau tak..”

“Kalau tak apa? Nak report polis?”

Dush..!

Shanks terduduk. Pipinya membengkak. Aboy dan Malik terpinga-pinga. Dari kejauhan langkah Syazwanie dikejar seseorang.

“Sial….”

Shanks menumbuk tanah.


******************************************


“Awak tak apa-apa?”

Ehh.. sapa pulak nih. Aku memang tak der apa-apa. Yang tak sihat tu.. si Sahak yang bertenggek bawah pokok dengan kuncu-kuncu dia tu. Apa dia fikir ada nama.. ada rupa.. ada duit boleh buat sesuka hati.. ni Syaz lah…

“Saya Hani…saya nampak awak belasah Shanks tadi. Berani betul awak ya…”

“Tak de apalah.. saya nih ada baran sikit…sebenarnya tak sengaja tu.. nanti saya kena mintak maaf balik lah dengan dia…”

Aku cover line.

“La.. macam lah semua tak kenal si Shanks tu…terima kasihlah sebab tumbuk dia. Dia tu memang suka kacau orang..”

Aku renung wajah gadis di depan. Dia tersipu-sipu. Pipinya kemerahan. Memang cun.. ayu. Patutlah si Sahak kacau. Ahah.. siap kau aku ada plan baru.

“Hani.. saya ada idea best punya… untuk kenakan si samdol tu..”

Aku berbisik.. Hani kejap mengangguk kejap mengerut dahi.

“Set.. Ehh.. jom masuk kelas…”

Hani melangkah ke kelas 5A2. Kelas perdagangan. Aku masuk kelas akulah..

“Syazwanie Hussein…cikgu Roslan mahu jumpa..”

Ish.. kenapa pula… Aku tergesa-gesa mengikut langkah Munah, junior merangkap penolong pengawas. Aku dah boleh mengagak….

“Duduk…. Awak tahu kenapa awak dipanggil ke sini..”

“Tak tahu, cikgu….”

Serta-merta mataku menangkap tubuh yang sedang enak bersandar. Cis tukang report.. Si manja rupanya…

“Oh.. pasal si Sahak nih ke cikgu. Baiklah.. saya sedia terima hukuman. Rotanlah saya tak kisah. Yang penting saya tak salah..”

Aku melihat Shanks terkejut beruk melihat begitu lancang aku berkata-kata.

“Ooo.. baru masuk dah tunjuk samseng ye… awak nak saya rotan, baik… Shanks.. awak boleh masuk sekarang…”

“Tapi cikgu…”

Shanks kehilangan kata-kata. Lantas perlahan-lahan melangkah keluar.

Selepas memastikan dia sudah pergi, aku tersengih mencapai rotan di tangan cikgu Roslan.

“Kau ni dik..kenapa nakal sangat…pak cik cakap kat ayah baru tau..”

“Alah.. tak sengaja pak cik.. dia tu memang mengada-ngada. Adik janji tak buat lagi, okey..”

“Kali nih je tau. Adik jugak yang suruh rahsiakan pertalian kita nih. Tapi adik jangan carik pasal….apa kata orang kalau mereka tahu.”

“Adik betul-betul mintak maaf…betul tak buat lagi dah.. adik masuk dulu…. terima kasih cikgu..”

Aku mengenyit nakal. Cikgu Roslan merangkap bapak saudaraku hanya menarik muka. Ah.. dia pun macam ayah..nampak je garang tapi hati baik.


*************************************************


Semenjak kes tempohari dah dua bulan kami tak bertegur . Memang kalau ada pun mesti gaduh. Aku pun dah rasa tak sedap hati. Kerana dendam, dia yang aku bencikan dirotan. Aku rasa bersalah sangat. Niat aku mulanya hanya ingin menyakat tapi tak sangka menjadi kes besar. Di juga teramat bencikan aku. Sekarang dengan Hani sekali dia sapu. Kawan-kawan semua belot. Syazwanie pulak jadi sanjungan. Tak ku sangka aku mempunyai ramai musuh dalam selimut. Sekarang semua tinggalkan aku. Boringlah aku macam nih. Kat rumah aku sunyi, kat sekolah kena pulau.

“Shanks.. kenapa menung je nih.”

Aku mendongak. Sepasang mata merenungku.

“Tak der per Boy. Macam nihlah aku kan………” Aku tersenyum tawar.


“Ceritalah kat aku Shanks. Bukan kita baru kenal. Pasal mummy lagi ke..”

Aboy mengambil tempat di sebelahku. Aku menggeleng.

“Daddy ada call?”

“Ada.” Aku menjawab sepatah.

“Dia cakap abis periksa nanti duduk aja dengan dia. Sambung belajar kat sana.”

Air muka Aboy berubah. Dia memang satu-satunya sahabatku yang memahami. Dia tahu semua masalahku. Pasal aku yang dari kecik lagi nih menjadi perebutan parents aku pun dia tahu. Aku pun dah hampir 18 tahun.. nanti aku terpaksa buat pilihan siapa yang aku harus pilih. Sedih, bukan?. Inilah aku. Nampak je punyai segala.. memang mummy dan daddy sayangkan aku.. tapi aku letih di tarik ke sana sini. Semua berlumba-lumba memberikan perhatian supaya aku menyebelahi mereka. Aku pening. Nasib baik ada mak cik Milah dan Aboy. Mereka je lah tempat aku mengadu. Mana parents aku? Busy. Carik duit untuk Shanks. Terima kasih banyak-banyak. Shanks tak perlu tu semua. Shanks sunyi.

“Sebatang..”

Aboy tersenyum sambil menghulur tangan. Aku menghulur sekotak Dunhill.

“Jangan tensen sangat Shanks. Periksa dah dekat. Result percubaaan kau pun teruk. Kenapa boleh jadi cam nih..”

“Aku tak tahulah Boy…selama nih macam mana banyak masalah pun aku boleh settle tapi, entahlah. Kali nih aku rasa tertekan sangat.”

“Excuse me, ada lighter?”

Aku dan Aboy berpandangan.

“Apa kau buat sini..”

Aku geram melihat kemesraan mereka. Syazwanie selamba menyalakan rokok. Report kat bapak kau baru tau.

“Saja boring-boring, jomlah join sekali…Hani nih nak shopping skit. Aku temankan je..”

Aku lihat Aboy terlopong. Aku pun nak ternganga tapi tak jadi. Cis tak sangka gadis pujaan aku minat kaum dua alam. Rugi woo…Hani tu memang cun.. body dia.. fulamakatak.. cam model.. ala-ala J Lo, siapa yang tak angau.. manja-manja lagi tu.. mana aku tak cair..lagi satu.., cuma dia sorang saja bolayan bila aku ayat…. aku pun hairan. Tu yang aku tercabar sangat bila si tomboy nih kacau daun. Dapat pulak tu. Siapa yang tak marah? Siapa yang tak tercabar kelakian.. cewah..

“Sabar Shanks….”

Aboy cemas melihat aku berdiri tiba-tiba. Rileklah.. aku bukannya nak ajak dia bertumbuk. Dayuslah kalau aku pukul pompuan.

“Jom balik.. main game lagi best….”


***********************************************


Yes! Menjadi plan aku. Cantik. Padan muka kau Sahak. Aku dah kotakan janji. Apa kau nak buat sekarang. Awek pujaan kau aku rembat. Member kau semua datang kat aku.. ops, harus diingat, bukannya aku main taktik kotor macam kau.. diorang sokong aku kenakan kau. Tulah.. sapa suruh tunjuk samseng tak bertempat. Sekarang pelajaran kau pulak tunggang terbalik. Tu kau punya pasal. Bukan aku punya hal, hahaha. Cis gelak jahat pulak.

“Apa senyum sorang-sorang nih dik….”

Hish abang aku nih.. selalu tak bagi salam.

“Taklah.. adik teringat masa adik nangis-nangis tak mahu datang sini…tapi sekarang adik rasa best pulak..”

“Tu lah.. tak kenal maka tak cinta …”

Apa pulak melalut abang aku. Memang dari hari tu lagi dia sibuk gosipkan aku dengan si Sahak. Bluek.. tak hingin. Geli.

“Adik telipon..”

Laung mak dari ruang tamu.

“Okey, coming.. excuse me, abang.. hehe..”

Nih lah orang cakap, saved by the bell.. ye tak.

“Siapa, mak..?”

“Hani..”

La.. dah malam nih, apa budak ni nak.

“Helloo..”

“Hi sayang, dah tidoo?”

Meremang bulu roma aku. Apa kena budak nih. Dah gatal sangat ke.

“Rindulah….”

Ah.. sudah…mati aku. “Oi.. bebetullah Hani.. kena merenyam sangat nih.. kan kita berlakon je.. ingat ?“

“Alah.. kalau bebetul pun apa salahnya….Hani tak boleh tidoo nih.. entah kenapa rindu sangat..Dengar suara pun cukup.. baru boleh study…”

Mak..ayah tolong..!

“Okey.. sayang pergi tidoo dulu.. esok jumpa okey…sweet dreams…” Terpaksalah mengeluarkan kata-kata manis. Kalau tak sampai besoklah nih jawabnya.

“You too.. I luv you.. muah..”

Aku menghempas ganggang. Gila. Bala sudah datang. Bencana alam. Mati aku cam nih. Silap aku ke.. ? Tapi, bila pulak aku layan dia lebih-lebih. Orang angau kalau dilayan dengan aku sekali sakit jiwa dibuatnya. Idea datanglah cepat.. selamatkan aku…


********************************************************


“Honey…”

Aku tersengih melihat gadis itu mencebik.

“Ha.. Syaz kirim salam.. dia tak sihat so, dia suruh I temankan U.”

Bulat mata gadis itu merenungku. Terkejut? Aku pun terkejut dengan saranan si tomboy yang aku bencikan tu. Tapi demi perjanjian damai kitorang.. aku mengalah.. eleh bukannya luak pun.. tugasan yang diberikan padaku.. nilah.. ayat budak nih sampai cair, senangkan?

“Boleh blah..”

Sambil menjelirkan lidah dia berlalu. Aik..tak memberi peluang langsung.

“Honey.. my dear.. please. Hari ni je. Lepas ni I janji.. tak kacau U lagi. Last chance okey. I bukannya nak tackle U.. Cuma nak jernihkan keadaan je. Come on…takkan tak sudi.. I merayu nih..” Aku buat muka sebik. Aku lihat muka dia pun dah berubah. Yess! Kancil masuk jerat.

“Okey.. but promise…kali nih je.. I dah attached to somebody else.”


“Promise..!”

Aku mengangkat sebelah tangan tanda ikrar. Dia tergelak kecil. Sungguh manis.. macam lollipop. Hehe.

“So.. shall we?” Aku mengiringi ke kereta yang sedia menunggu. Memanglah.. tunggu aku yang drivelah.. biasalah kan pemandu berlesen P.. Professional..


***************************************


“Surprise!!!”

Aku tergelak melihat Shanks terperanjat beruk. Menjadi betul surprise aku nih. Aboy tersenyum sambil menyalakan lilin. Aku lihat muka Shanks terharu sangat. Macam nak nangis pun ada. Rileklah.. malulah jantan kalau nangis. Semua member kelas kami berebut untuk bersalam dengannya. Inilah perjanjian damai antara aku dengan Sahak. Tugas aku.. satukan balik dia dengan rakan kelas… dan hentikan pulau memulau nih. Cis, memang kacang… Tengok nih.. buat parti sikit dah jadi,.. tererkan aku..? Sebenarnya terima kasih gak kat Aboy.. dia yang cakap birthday Si Sahak nih just around the corner.. so.. nihlah dia.. birthday party yang turut diusahasama oleh mak cik Milah.

“Terima kasih Wanie.. eh.. Syaz..hehe..”

“Tak ada apalah.. small matter je, Sahak.. ops.. Shanks.. so, kosong-kosong yekk..”

“Set.. okey jom makan..”

“Opp.. One more thing.. aku punya part kau dah settle belum…”

“Nanti aku citer… tapi aku tengok respon baik… budak tu pun kaki melayan jugak kalau kena caranya…”

Aku tersengih. Memang.. aku dah tahu macamana layanan yang telah si Sahak nih berikan. Itu pun atas budi bicara aku yang sudi memberikan tunjuk ajar. Girls kan suka movies.. shopping.. happening.. lepak café yang ada class… oh ya.. duit dengan kereta tu dah pasti kena sediakan awal-awal.. betulkan ?.. Mintak-mintaklah si Bedah tu insaf, gilakan aku apa yang dapat.... syoklah kau dengan si Sahak nih.. selamat aku.


*************************************************

Aku ternganga melihat betapa buruk lantaknya budak kat depan aku. Dari tadi tak henti-henti mengunyah. Dari meja makan sampailah kat study room nih. Mentang-mentanglah rumah aku banyak stok.

“Nih apehal pandang-pandang. Ada hutang?”

Ewah-ewah melawan pulak tu.

“Buruk benar rupa ko Syaz…. tak senonoh.. tengok nih..”

Dia terpinga-pinga bila aku mengelap pipinya dengan handkerchief. Tersengih-sengih cam kerang busuk.

“Bestlah rumah kau Shanks. Hari-hari lepak sini gemuklah aku.”

Yerlah tu.. dah dekat dua bulan menketedarah kat sini kurus keding jugak. Mak cik Milah pun satu.. suka sangat melayan karenah budak nih.. nak kek coklatlah.. puding rotilah.. caramellah…yang herannya karipap pun suruh mak cik buatkan. Apa nak jadilah anak dara sorang nih.

“Kau nih Syaz.. cam nerlah laki kau esok… “

Aku terhenti di situ bila Syazwanie mencebik.

“Ish.. gelilah.. sapa nak kawin.. aku ingatkan.. kalau ada orang masuk minangkan.. bapak aku kasi kawin free jer kott.. sebab tak nak aku habiskan harta kat rumah tu.. hehe..”

Aku turut tertawa. Memang aku akui.. dia sebenarnya lain dari tanggapan aku. Sporting, baik hati.. yang penting gila-gila. Tu yang buat aku suka berkawan dengannya.

“Shanks.. dah lama aku datang sini.. bukan nak busy body.. tapi aku tertanya-tanya jugaklahkan, mummy ngan daddy kau mana? Tak pernah nampak pun.”

Aku dah agak. Soalan ni lambat laun akan ditanyakan.

Kringgg…..

“Shanks.. talifon…”

“Saper mak cik..”

“Hani…”

Aku menarik nafas lega.

“Eh.. kau nak apa-apa ambik jer dalam freezer tu. Cam tak biasa pulak. Ha.. nak main game pun pergilah. Nak pegi bergayut nih..”

Syazwanie menjelir lidah. Bengang le tu. Aku bukannya apa malaslah cerita-ceriti.. buang minyak je… bukan aku dapat apa.. bukannya dia dapat satukan balik keluarga aku nih.. Biarlah.. yang penting happy..

“Hello honey..”

“Sayang.. kenapa tak call?”

Aku menepuk dahi. Lupalah..hari nih ada date.

“Lupalah honey…”

“Ayang nih..”

Ishh.. merengek le tu.. mula-mula memang best.. lama-lama nak termuntah pulak..

“Honey nak pergi mana nih…”

“Biasa lah.. complex.. window shopping je.. minum-minum.. dah ..Hani bukannya apa .. rindu sangat kat ayang…”

Yer la tu..rindu kat duit bapak aku le nih.

“Weekend je lah Honey.. Shanks busy lah minggu nih.. exam dah dekat… Honey faham, kan?”

“Awak memang dah tak sayangkan Hani ataupun dah ada betina lain?!!! Okey.. kita break.. Hani dah benci nak tengok muka awak…”

Ganggang dihempas. Sakit telinga aku. Ganasnya. Nih belum buat calon bini lagi nih. La.. dah break.. ruginya.. belum buat apa-apa lagi.. usik sikit-sikit je.. menyesal aku…

“Kenapa tersengih cam lanun nih..”

Ish.. celupar sungguh mulut dia nih.

“Budak tu mintak break..”

“Alamak.. habislah.. nanti dia carik aku balik, bodoh..”


“Ha.. baguslah.. aku pun dah letih melayan si betina gedik tu..layan nafsu tak per jugak..”

Bukk.. ha kan dah kena.. padan muka aku.. hehe.. aku mengusap bahu yang sakit ditumbuk.

“Sakit le bodo..”

Trut.. tit.. tit..Bulat mata kami melihat nombor yang terpapar di skrin Nokia milik Syazwanie.. Sah.. Hani punya number. Dia membeliakkan mata pada aku. Eleh, tak takut.

“Tak nak layan tok sah angkat.”

“Yess! Aku ada plan lagi…”

Syazwanie tersenyum nakal..



*********************************************


“Adik nih.. sejak habis exam asyik makan tidur je, ayah. Badan dah macam lembu abang tengok. Mengunyah je..”

“Ayah.. tengok abang nih…!” Aku menjerit sambil mencampakkan bantal.

Ayah hanya menggeleng.

“Adik tak nak cari keje part time ke? Si Shanks tu pun dah lama kat England tu. Tak nak balik lagi kott.. melepaslah adik…”

“Ayah!!! Abang nih kan..”

Aku masuk ke bilik.. pura-pura merajuk. Hish.. dah habis sekolah nih boring jugak rupanya. Tak der apa nak buat. Hari-hari temankan mak kat rumah. Bila abang balik je.. cam ni lah.. sakat aku sampai aku merajuk. Ayah selalu menghabiskan masa kat balairaya dengan surau. Nak beramal katanya. Sekarang perkara tentang menguruskan kematian.. kenduri apa sajalah ayahlah orang orang pertama ke depan membantu. Aku memang bangga dengan ayah. Dalam sakit-sakit pun.. sedia mencurahkan bakti… bukan macam aku.. hehe..

“Adik.. oo adik…”

“Ya ayah.. dah time makan ke.. “ Aku menghulurkan kepala di sebalik daun pintu.

“Tu saja yang awak tau.. jadik kerbau le nih..”

Aku menjeling abang yang sentiasa sudi menyampuk.

“Tengok siapa datang nih..”

Aku melompat ke arah tetamu yang amat dikenali. Selepas bersalam aku mencapai bungkusan yang dihulurkan. Rezeki, beb.

“Duduk pak cik.. adik pergi ambilkan air..”

“Tak apa tak payah susah-susah.. adik duduk sini dulu,.. ada perkara pak cik nak bincang dengan adik..”

Aik.. aku ke. Biasanya Pak cik Roslan nih datang carik ayah atau mak. Jarang sekali aku. Nak merisik aku ke? Gatal jugak aku nih ye… eh.. bila pulak pak cik aku nih ada anak teruna.. yang ada tu pun baru masuk sekolah rendah.. ah.. dah jodoh… redha je lah.. hehe

“Nak pinangkan dia nih ke, pak cik? Eloklah tu.. duduk rumah pun menyemak je.. habiskan beras.. kalau nak makan rumput tak apalah jugak..”

“Abang!!!”

Geram aku tengok abang yang tersengih-sengih.

“Ha ah.. memang pak cik datang nih nak pinangkan adik… ayah dengan mak pun setuju.. abang yang sarankan sebenarnya..”

What?.. Oh tidak… pandangan ku kelam..

“Ekk.. dah nak pengsan..? Kahwin pun tak nak ke..”

“Abang dahlah tu menyakat adik… adik.. sebenarnya hajat pak cik kau nih nak pinangkan adik gantikan tempat cikgu Habibah yang tengah sarat tu. Jadik cikgu sandaran.. ha dapat duit. Adik kan suka pergi sekolah.”

Oh.. cakaplah awal-awal. Buat suspen je.

“Adik ikut je…putih kata ayah.. mak.. putihlah adik..”

Aku pura-pura tertunduk malu..

“Tengok tu pak cik.. gatalnya…”

Aku mengaduh bila satu cubitan singgah di peha. Abang aku nih memang kurang asam.

“Alamak!”

Aku menepuk dahi… habislah.. terlajak perahu boleh diundur.. Semua mata memandangku..

“Adik kena pakai baju kurung ke? Adik tak naklah..kira kensel je lah ye..”

“Adik!!!”


*********************************************


Nilah yang aku paling tak suka. Aku diibarat bidan terjun. Time dah darurat baru cari aku. Hish, tensen. Bukannya bagi masa seminggu dua… semalam tanya hari terus kena pergi jumpa Guru Besar. Siapa yang tak bengang. Nasib baik aku diterima. Maklumlah penampilan dan kelayakan okey. Cuma jalan tu yang kero sikit. Hehe. Biasa lah.. ganas. Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu pun kebanyakan dah bersara. Seingat akulah.. sebulan saja kot aku belajar di girls primary school nih, lepas tu aku sekeluarga start pindah di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan jadual bapak aku.

“Assalamualaikum… and good morning!”

Semua mengangkat kepala.

“Eh..kak Syaz..!!!”

“Syy…”

Aku mengisyaratkan mereka supaya diam. Diorang nih jiran tetangga aku. Nasib baik dapat kelas nih. Senang sikit aku mengasuhnya.

“Panggil aku.. eh.. saya cikgu Syaz, okey…”

“Baik, cikgu…”

Peh.. bangganya…tercapai jugak cita-cita ayah dengan mak nak tengok anaknya jadi cikgu walaupun sekadar cikgu sementara. Hehe.

“Korang.. eh.. awak semua belajar sampai bab berapa?”

“Peratus, cikgu..”

Oh.. dah jauh. Kira catch up jugak bebudak nih. Baguslah. Senang kerja aku. Aku pun menconteng formula kat papan hitam. Lantaklah tulisan buruk pun. Senang je ajar matematik ni, memang favorite aku apatah lagi mengajar budak sekolah rendah macam diorang ni... Alamak, meninggi diri pulak aku nih.

Kringgggggggggg…

Eh.. tup tup dah rehat. Time aku belajar dulu.. masa punyalah lama.. time mengajar pulak sekelip mata aja? Pakai magic ke diorang nih.

“Cikgu.. makan jom?”

“Korang pergilah dulu.. pandailah cikgu korang nih carik makan. Macamlah tak biasa .”

Aku membelek schedule. Ada dua kelas lagi.. sampailah balik. Mintak-mintaklah diorang semua okey…


**********************************************


“Penat dik?”

Tegur mak apa bila melihat aku menghempas tubuh di sofa.

“Peh.. mahunya tak.. seksa rupanya jadik pendidik..”

Tadi hampir sahaja aku mengangkat tangan kat sorang student aku tu. Dah lah lembap.. kurang ajar pulak tu.. nasib baik aku kontrol nafsu amarah aku. Jadi cik gu kena banyak bersabar. Itu pesan ayah. Patutlah cikgu selalu moody.. Pressure aje, ye tak?. Mulai saaat ini.. aku respek habis kerjaya guru yang suci murni nih. Baru aku tahu sekarang. Kontrak aku bila nak habis haa… cepat-cepatlah… aku dah tak tahan nih… hehe.. ajar budak sekolah rendah pun seksa apatah lagi budak menengah.. tak sanggup aku. Bukannya apa budak-budak kat KL ni ganas sikit di bandingkan semasa aku kat kampung dulu. Ah okeylah tu.. pengalaman apa salahnya, kan?

“Ayah mana?”

“Biasalah.. kat balai depan tu lah.. pagi tadi ada urusan khairat sikit.”

“Oh..” Aku meneguk fresh oren, rakus. Mak lambat pulak masak. Orang dah lah sampai tahap kebulur ni.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam…”


Aku tersentak melihat dia di depan pintu. Pergi tanpa pesan.. tahu-tahu dah tercegat kat situ. Kesian mak cik Milah ditinggalkan sorang-sorang kat rumah. Nasib baik ada aku yang sudi menziarahi dan menghabiskan stok makanan yang ada.

“Ehh.. Shahril.. bila sampai.. jemput lah.. langkah kanan lah Shahril. Silalah, mak cik masak ala kadar je..”

“Mmm.. sedap nih mak cik..ada ikan bakar siap air asam sekali.. tak cukup nasi nih nanti..”

“Opp… mak, adik punya mana.?”

“Ceduklah sendiri.. Shahril ni kan tetamu..”

Aku menarik muka. Shanks seakan faham. Dia menarik pinggan ku lalu penuhkannya dengan nasi. Tanpa berterima kasih aku terus mencapai lauk dan melantak. Selesai makan aku meminta diri naik ke bilik.. mandi.. rimaslah. Tadi tak sempat tukar baju, lapar sangat.. Shanks pulak asyik bermanja-manja dengan mak… belum ayah lagi tu. Abang pun suka dengan dia. Kadang-kadang aku rasa jeles dengan Shanks yang lengkap segalanya.. habis tu takkan dengan family aku sekali dia nak sapu. Memang aku macam budak-budak. Tapi tadi dah jelas. Mak lebihkan dia. Kenapa?

“Adik Syaz .. dah mandi?”

Aku memandang ke arah lain.

“Kenapa marah-marah nih.. tak suka aku datang ke?..”

“Bila kau balik? Pergi pun tak cakap.. tau-tau ghaib…”

Aku renungnya atas bawah. Shanks nampak lebih matang sekarang. Maklumlah orang kaya.. pakaian mestilah up to date. Dua kali pandang cam Brad Pitt pulak si Sahak nih..

“Apa senyum sorang-sorang nih…”

Aku tarik muncung.

“Kau duduk ajalah dengan bapak kau, kan bagus Sahak.. balik sini pun bermanja ngan family aku sampai aku naik jeles.. diorang pun selama nih asyik tanyakan kau jer.. rimas aku, tau tak..”

Dengan lasernya aku berkata-kata. Aku lihat air muka Shanks berubah.. hai.. takkan nak jadi jejaka cengeng, kot.. tak macholah cam nih. Ada air bertakung di kelopak mata Shanks. Aku terkejut. Tak pernah dia sensitive macam nih. Aku ada silap cakap ke? Shanks.. aku gurau je lah..

“Aku balik dulu Syaz.. oh lupa nak cakap.. kau nampak cantik dengan baju kurung.. Aku harap boleh tengok lagi……”

Aku ternganga. Sepatutnya aku halang dia pergi, tapi lidah ku kelu. Apa nih Shanks.. aku tak faham.


*********************************************

“Assalamualaikum….mak cik..”

“Oh..Syaz…si Shanks ada kat depan tu ha…”

“Mak cik masak apa?”

“Shanks nak makan nasik puas-puas.. dah lama dia tak makan sambal belacan.”

Aku tergelak kecil. Tu baru pergi tiga bulan.. belum duduk sana lagi. Boleh mati budak Shanks nih kot.

“Hello…”

“Hi..”

Dia menjawab nak tak nak..

“Aboy tak datang?”

“Dia tengah busy.... tak lama lagi naik pelamin.. ha dia jemput kau sekali.. nanti aku kasik kad jemputan..”

“Dengan siapa?”

“Siapa lagi….Hanilah”

“What?”

Aku terduduk. Tak sangka dari plan aku yang menemukan mereka bertukar serius. Biar betul Aboy nih..Hani tu kan…

“Dah jodoh, Syaz…. Hani pun dah berubah sekarang.. pandai Aboy handle.. dah siap bertudung lagi.. ala-ala Wardina lah pulak… Eh, yang kau terlopong kenapa?..”

Cepat-cepat aku tutup mulut. Sempat lagi kenakan aku tu..

“Kau datang nih nak marah aku lagi ke? Marahlah.. aku faham…marahlah sampai kau puas.”

“Eleh.. nanti kau nangis lagi.. hehe..”

Hiap!..Pantas aku sambut kusyen yang dicampakkan. Aku dah tahu segalanya. Mak dah ceritakan siang tadi. Rupanya selama ini Shanks berahsia denganku. Patutlah mak ayah aku begitu caring kat budak Shanks nih. Kesian.. walaupun kaya harta.. tapi miskin kasih sayang.. hari tu pun dia lari ke England kerana merajuk dengan mummynya yang kahwin senyap-senyap. Hancurlah harapannya untuk menyatukan kembali keluarga. Tu yang aku sedih sangat. Rasa bersalah yang teramat.

“Shanks…aku mintak maaf..”

“Eh.. bersuara lembut macam pondan nih kenapa..”

“Sial!!!”

Aku tarik janggutnya yang sejemput sehingga Shanks menjerit meminta tolong. Mak cik Milah yang terkedek-kedek cemas terus menggeleng kepala melihat keganasan kami bergurau. Sampai naik merah muka Shanks menahan sakit dan ketawa bersilih ganti. Aku pun sakit perut gelakkannya.

“Shanks.. tadi kau cakap harap boleh tengok lagi aku pakai baju kurung…kenapa? Dah tiga bulan tak miss aku pakai tau.. sebab aku jadi cikgu sekarang. Ganti cikgu Habibah .. yang duduk kat belakang rumah aku tu?.. Dia kan dah bersalin tengah berpantang pulak. Sebulan lagilah kot aku abis kontrak.

Aku lihat Shanks tunduk.

“Aik.. Kenapa nih, Shanks ?”

“Syaz.. Aku dah buat keputusan… duduk dengan daddy… aku kecewa dengan mummy yang membelakangi aku dan ambik keputusan kahwin dengan uncle Syed tu. Daddy sudi terima mummy kembali.. tapi ini jadinya. Sebab tu aku merajuk.. abis exam hari tu aku terus pegi England.”

Shanks meneguk coke. Eleh aku dah tahu…tak suspen pun?

“Esok flight aku pagi.. mana sempat aku nak tengok kau pakai baju kurung lagi…”

Aku ternganga. Aku tatap muka Shanks. Dia serius.

“Aku balik nih sebab nak ambik semua barang, ajak mak cik ikut sekali tapi dia tak nak… dan yang terpenting, ada lagi satu sebab aku kenapa aku balik nih..sebab..”

“Sebab apa?”

“Kau, Syaz.. aku nak jumpa kau… mungkin…. aku..” Shanks tak meneruskan kata-katanya. Aku terkedu.

“Kalau aku nih penting… kau duduk sini.. jangan tinggalkan aku lagi…”

Aku bingkas bangun, meninggalkan Shanks yang terpinga-pinga.


***************************************


Aku melangkah pantas. Pengumuman bahawa flight yang bakal aku naiki bakal berlepas beberapa minit lagi. Aku mahu segera terbang kerana aku tak sanggup tunggu lagi. Banyak kenangan aku di bumi Malaysia nih. Senyum, tangis aku di sini ….tapi aku mesti menemankan daddy yang kesunyian. Mak cik Milah pun aku tak benarkan hantar aku ke sini. Biar aku pergi sorang. Nanti takut aku berubah fikiran bila tengok air mata mak cik. Aku tak sanggup.

“Shanks…!!!”

Dia datang? Syazwanie berdiri di depanku termengah-mengah. Dah tahu pakai baju kurung nak berlari jugak. Nasib baik tak terjatuh terbongkang. Aku kagum melihat wajahnya yang makin manis. Ada seri rupanya orang yang pakai baju kurung ni. Selama ni aku suka tengok mak we seksi yang baju koyak sana sini.. rupa pakai baju kurung nih lagi seksi…

“Kenapa pandang aku macam tu…”

“Seksilah kau Wanie.. ekk Syaz..”

“Hotak kau, Sahak..”

Serentak tangannya melibas belakang aku. Adui.. ganasnya tak hilang lagi rupanya.

“Kau tak boleh pergi…”

“Kenapa….?”

Aku merentap tangannya yang erat memegang..

“Kau tak nak tengok Aboy kahwin….?”

“Biarlah.. yang kahwin dia …yang syok pun dia jugak…”

Adui.. dah kena pukul, kena cubit pulak tu. Mangsa penderaanlah aku nih.

“Syaz.. aku pergi dulu..”

Aku menepuk pipinya bila mendengar pengumuman terakhir. Tapi aku terhenti bila terpandang ada air jernih mengalir di pipi Syazwanie..

“Ekk.. kenapa nangis nih… Aku bukan pergi mati… nanti aku baliklah tengok kau, okey..”

Tiba-tiba tubuhku dipeluk erat. Syazwanie menangis semahunya. Aku terharu. Aku membalas pelukannya.

“Syaz.. bagi aku satu je alasan ..kenapa aku tak boleh tinggalkan kau…”

Aku berbisik di telinganya.

Dia mendongak… hidungnya merah… matanyanya bengkak..

“Semua kat sini sayang kan kau…. jangan lah pergi Shanks..”

Aku menggeleng sambil memegang dagunya.

“Bukan itu yang aku nak dengar Syaz…”

Aku renung matanya dalam-dalam.

Muka berubah merah… bibirnya teragak-agak mahu bersuara…

“Promise.. kalau aku cakap kau tak pergi..”

Aku angguk…

“Aku sayangkan kau… jangan tinggalkan aku…”

Aku rangkulnya erat. Air mataku turut menitis. Terima kasih Syazwanie.


*****************************************************


“Adik …kena pindah lagi lah….”

“Apa nih ayah…tak mahulah.. waaaa…”

“Jangan degil….Adik.. kalau sayangkan kami adik kena pindah..”

Apa nih.. kompiush betul. Takkan pindah lagi…kan dah stabil kat sini…abang tolong..

“Adik.. abang cakap pindah.. jangan degil.. pukul nih karang..”

Waaaa… abang pun sama …adik suka duduk sinilah.. Janganlah memperlakukan aku begini.. peh.. cam drama menyayat hati pulak.

“Kemas barang semua…”

“Tapi…”

Aku akur..walaupun masih tak faham.. aku bungkuskan pakaian dan barang-barang kesayangan aku.

“Adik makan…”

Aku turutkan jugak.

“Adik duduk sini.. dekat ayah..”

Aku menghampiri ayah yang menghisap paip. Lepas makan tu je lah hobi. Mak dengan abang juga mengelilingi aku. Ni tambah kompiush nih.

“Adik nak pindah.?”

Pantas aku menggeleng.

“Adik kena pindah jugak… nah sain kat sini..”

Ngerinya.. mimpi ke aku nih… nak pindah pun kena turunkan tandangan ke. Agaknya diorang takut aku nak lari lagi kot.. bila kena paksa pindah.. bolehlah saman aku kalau aku melanggar perjanjian. Eh.. melalut pulak aku nih.

“Bila pindah, ayah..?”

“Minggu depan…”

Uih.. cepatnya..orang baru belajar bercinta.. pindah lagi..

“La.. termenung apa nya sainlah…”

Aku membelek sampul surat berwarna coklat itu. Ehh.. ada cop lagi tu.. Betul ke nih.. Aku menggosok mata.. Ayah, mak, dan abang tergelak kecil. Oh.. kenakan aku lagi rupanya… Terketar-ketar aku membuka sampul.


“Syaz…! Pak cik.. mak cik.. Abang Khairul..saya dapat masuk U! Minggu depan pendaftaran. “

“Tahniah…”

Semua memeluk Shanks yang melonjak gembira.. cam budak-budak..

“Ehh.. tengok je Syaz.. tak ucap tahniah kat aku ke?”

Dia tersenyum nakal. Eleh. Ingat aku nak nangis lagi cam kat KLIA ari tu.. jangan harap.

“Masuk mana?”

“USM…jangan nangis tau…”

Shanks tersenyum mengejek. Aku masih selamba.

“Macam mana ni ayah.. kena sewa lori lah nih.. tumpangkan budak Sahak nih sekali…”

Shanks kehairanan.

“Tengok nih…jangan berlagaklah.. orang tak heranlah.... kita pun ada..”

Aku mengibas surat tawaran yang sama diterima oleh Shanks. Tiba-tiba tawa kami pecah. Aku yang paling kuat sebab aku yang terkena. Hahahaha.

“Jangan tinggalkan aku.. aku sayang kan kau..”

Bisikan mesra Shanks tu buat kan aku tersenyum sendiri. Nakalnya kau, Shanks!

Label: ,

posted by Tanpa Nama @ 4:37 PTG   10 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
cerpen : Kubur Cinta
Tisya batuk lagi. Dia dah malas nak ke klinik. Da berbiji pil dia telan, dah berbotol ubat yang melalui kerongkongnya. Biarlah. Tisya tahu nanti dia baik sendiri. Seperti selalu. Doktor cakap antibodi dia lemah. Tisya akur, lalu banyakkan makan sayur dan buah serta pelbagai vitamin. Hasilnya? Tiada. Kadang-kadang Tisya rasa kepalanya berat dan berdenyut sakit tapi bila dia buat pemeriksaan, doctor cakap Tisya ada migrain. Makan ubat dan jauhi kafein dan coklat itu saja. Pun Tisya turutkan.

“Koff… !”

Tisya tersentak. Ada cecair yang keluar bersama batuknya. Tisya memandang tapak tangan. Merah. Tisya lap hidung, Juga berdarah.

“Mama!”

Tisya terasa ingin menangis. Tapi siapa di sisinya sekarang?

*****

“Woi… lajunya, tunggulah…”

Meera termengah-mengah membuntuti langkah Tisya yang pantas. Sesekali Tisya berhenti sambil merungut-rungut.

“Kau cepat-cepat ni kenapa … takkan lari dewan tu dikejar..”

“Banyaklah kau punya kejar. Nanti orang ramai gila kalau kau rajin pergi la beratur sepanjang keretapi tu.”

Meera mengerut dahi. Terkagum dia untuk seketika. Kata-kata Tisya ada benarnya. Meera sendiri tak tahu nak beratur di barisan mana. Semua bersimpah siur.

“Ha.. beraturlah kau sampai besok. Aku dah pesan bangun awal. Kau bukannya tak tahu student sini berapa ribu lagi nak terhegeh-hegeh.”

Meera hanya tersengih-sengih. Maklumlah, kali pertama mendaftarkan diri di IPT, mana dia tahu.

“Aku haus… kau nak kirim?”

Meera mengangguk.

“Apa-apa je lah.. thanks darling.”

Tisya berlalu sambil mendengus. Bengang betul dia hari ni. Memang dia tak suka tempat yang ramai manusia sebegini. Tapi kerana kasihankan Meera dia menyabarkan diri. Ikutkan hati dah lama dia cabut balik. Dia berhenti di depan mesin air. Tisya masukkan jumlah yang diminta. Lepas tekan button merah untuk ice lemon tea, dia bingung.

“Aik.. tak turun pun. Tak sekolah punya air kotak.”

Dumm… Tisya menerajang mesin. Dia tak mempedulikan bisikan manusia di sekelilingnya. Lantaklah.. bukan duit diorang.

“Padan muka. Bak balik duit aku. “

“Nah!”

“Eh mesin tahu bercakap?” Tisya garu kepala.

“Sini lah…”

Tisya berpaling. Seorang pemuda tersenyum sambil menghulurkan syiling.

“Apa nih, saya bukan mintak sedekah awak…”

Pemuda itu tergeleng. “Saya bukannya nak bagi awak. Saya nak ajar macamana pakai mesin yang tak sekolah ni.”

Tisya diam sambil memandang gerak geri pemuda itu.


“Nah… iced lemon tea kan… ni bukan sedekah, saya belanja.”

Tisya hanya memandang pemuda itu berlalu.

“Berlagak tu. Ingat kau hensem sangat. Terima kasih sajalah. Rezeki aku nak buat cam ner.”

Tisya merungut sendirian. Tapi air yang sejuk itu tetap diteguk rakus.

“Tisya!”

Dia mendapatkan Meera yang melambai.

“Sikit air, hauslah…”

“Dah habis register ke?”

“Haah, kat sini dah. Tapi nanti kena ke fakulti. Pas tu…”

“Dah dah. Aku tahulah. Nanti aku tunjuk.”

“Tak payahlah… nih ada member baru aku ni nak bawak aku pergi sama.”

Tisya teralih pada teman-teman baru Meera.

“Nih Siti, Rozi, Hanim, Firdaus ngan Hakimi. Diorang satu course ngan aku tau.”

“Korang, ni cousin aku, Tisya.”

Tisya mengangguk dan bersalam.

“Eloklah tu dah ada member. Aku lapar ni… soru dulu lah yer… apa-apa hal carik aku kat café atas tu.”

“Okey…”

“Si Tisya tu macam dah biasa je kat sini… dia senior ke?”

Siti bertanya dengan wajah penuh tanda tanya. Meera hanya tersenyum dan mengangkat bahu.

*****

“Hai sorang je?”

Nyaris aku tersedak. Laa budak tadi.

“Boleh join?”

Aku angguk dan mengisyaratkan dia supaya duduk.

“Dah habis register?”

Pemuda itu angguk.

“Kau ambik course apa?”

Aku terbatuk. Pemuda itu merenung hairan.

“Aku ni ada muka student sini ke?”

Pemuda itu tersengih. “Muka tu tak tahulah, memang lain dari yang lain.”

Sah nak kenakan aku lagilah tu.

“Tisya!”

Aku menoleh geram. Budak Meeera ni kalau tak jeritkan nama aku biar satu cafe ni dengar tak sah agaknya.

“Tengok aku bawak sapa nih.”

Aku tepuk dahi. Alahai dah terjumpa pulak.

“Aku duk sana lah. Member panggil tu.”

Pemuda tu minta diri. Aku angguk. Meera tersengih menuju ke arahku sambil mengepit lelaki di sebelahnya.

“Tisya ponteng kelas ye?”

“Mana ada papa. Hari ni lecturer mc.”

Meera di sebelah menekup mulut. Aku mencubitnya, geram.

“Meera nak makan apa? Ni uncle belanja sebab dah jadi mahasiswi sekarang.”

Aku menjelirkan lidah pada Meera. Bangga la tu.

“Eksyen pulak tu. Kelas pun tak masuk lagi.”

“Jangan usik dia Tisya. Kamu tu, papa nak masukkan kat sini tak nak. Kalau tak, dah jadi senior Meera.”

“Alah.. tak minatlah, pa. Nanti papa selalu spot check Tisya. Tak der privacy lah nanti.”

“Oi sayang, orang datang sini nak belajar, bukannya suka-suka.”

Tanpa di suruh, budak Meera ni menyampuk.

“Betul cakap Meera tu. Ha, kalau kamu nak sambung degree kat sini pun papa boleh uruskan nanti.”

“Tengoklah papa.”

Aku malas nak bertekak. Papa memang macam tu. Aku memang rimas nak study kat sini. Lagi pun kebanyakan mereka aku kenal. Dah biasa lepak sini pun. Lecturer kat sini pun selalu datang rumah. Maklumlah bapak aku kan dekan. Tu yang boring. Nanti apa-apa aku buat terus je sampai kat bapak aku. Hish tak dapat aku bayangkan. Aku lebih bahagia dengan kolej sekarang. Walaupun tak sestandard orang yang study IPT kat sini aku lagi best. Pakai apa pun tak terikat dengan law. Lagi pun course yang aku ambik sesuai dengan minat aku. Tu yang turut menarik minat Meera untuk belajar yang sama course Graphic Design. Ah, belajar kat mana pun sama aja. Yang penting kita buat yang terbaik.

***

Diam tak diam dah setengah semester aku tak jenguk Meera. Jauh apa Shah Alam tu. Jam lagi. Tapi hari ni aku nak surprisekan dia. Mesti dah ramai kawan sekarang. Mesti glamer kat fakulti FSSR dia tu. Itu yang dihajatkan sebenarnya.

“Oi… baru nampak batang hidung.”

Aku tersengih melihat Meera yang pura-pura marah. Haa kan betul tu la keje diorang melepak.. tunggu kelas bukannya nak membaca ke, menelaah ke.

“Nih member-member aku, Tisya. Ada yang kau dah kenal kan?”

Aku anggguk dan hadiahkan diorang senyuman.

“Ada kelas ni. Ehh jap.. kau nak tengok gambar masa minggu silaturrahim hari tu tak.”

Meera hulurkan album. Aku membelek sambil tersenyum sendiri. Mesti teruk budak ni kena buli. Hehe.

“Haa.. yang ni budak most wanted kat sini tau. Semua akak senior nak ambik jadik adik angkat. Pak we angkat pun ada.”

Budak ni? Eleh aku kenal lah.

“Sapa nama? Ehh kau pun sama terminat jugak lah tu. Bukan aku tak kenal sepupu aku ni.”

“Dean. Hensem tak? Dia tahu kau cousin aku. Dia kirim salam.”

“Hmm.. tak hensem pun.. tak minat.” Aku mencebik.

“Tu la kau. Asyik cakap besar je. Aku nak tengok sangat gaya kau bercinta. Mesti tangkap lentuk.”

“Hello.. ni Tisya lah. Geli lah syok-syok kat orang ni.”

“Dah, aku nak blah. Tapi tunggu aku tau. Banyak benda aku nak cerita.”

“Ya lah..”

Buat apa lah aku nak lepak kat sini. Dah le pakai t-shirt seluar bermuda lagi. Silap-silap kena saman. Kesian bapak aku kena bayar. Ehh kejap. Toilet! Aku berlari untuk melepaskan hajat. Peh lega…Aku melangkah keluar dengan penuh kesopanan alamak.. ha.. kan dah accident.

“Ops.. sorry, sengaja.”

Aku buat lawak. Pemuda itu tersenyum sambil kenyitkan mata. Aku tergamam. Hilang idea nak menyakat. Dada aku berdebar gila masa ni. Aku pun tak tahu kenapa.. Dia hilang. Masuk toilet gak kott. Rilek. Kenapa pulak aku gabra. Setahu aku lah.. aku tak pernah macam ni. Agaknya terkena sumpahan la.

Trut titi tit. Aiseh telipon pulak.

“Hello…eh papa.”

“Tisya kat school ye? Kenapa pakai short.”

Alamak sapa lah yang repot. “Tisya ada bawak spare. Alah lagi pun Tisya bukannya student sini.”

“Tak manis Tisya. Apa kata orang kat sini. Anak papa tak respek dengan rules.”

“Yer la orang tukar ni. Papa dah makan?”

“Kenapa Tisya nak belanja ke?”

Ehh lawak le tu.

“Pa.. mama kirim salam.. dia suruh balik rumah, makan.”

“Tisya…”

“Sorry, tapi memang Tisya rindu nak makan sekali macam dulu. Ada mama, papa. Bestkan?”

“Tisya, kan kita dah bincang hari tu. Tisya pun dah terima kenyataan kan? Jangan risau, Insya Allah kita berpeluang makan sama macam dulu. Okey sayang?”

“Ye la papa. Janji lagi…”

“Tisya tak nak jumpa papa ke? Tidur sini ke hari ni? Esok tak der kelas kan?”

“Tak tahu lagi. Tengoklah cam ne. Tisya tengah tunggu Meera habis kelas.”

“Jangan nakal-nakal ye?”

“Ye.. babai papa. I love U.”

Aku offkan handphone. Senang.

“Kenapa mengeluh? Ada problem ke?”

Aku tersentak. La dia ni ponteng kelas ke? Dean tersenyum lagi. Senyumlah kau. Aku memang suka pun tengok. Aku cuba buka mulut tapi terasa berat. Aik, biasanya aku nih bukan main peramah. Tapi depan makhluk ni lain pulak.

“Err..”

“Aku Dean. Kau ni Tisya kan? Meera’s cousin?”

Aku angguk. Ya Allah berilah kekuatan untuk bersuara. Terngiang-ngiang kata Meera yang mencabarku. Aduhai kenapa jadi cam ni. Jatuh la ego aku.

“Ponteng ke?”

Akhirnya mampu jugak aku bersuara. Dia tergelak.

“Tak tunggu kelas art history. Ha tu Meera dah datang. Aku pergi dulu ye? Senyum sikit. Dari tadi terkebil-kebil.”


Alamak, malu. Ye ke aku blur tadi.

“Kenapa dengan kau ni ternganga je. Lalat masuk karang.”

“Apa ilmu dia pakai ha, Meera. Aku rasa dah jatuh cintalah.”

“Merepeklah kau. Oo tadi cakap besar. Nanti jatuhlah saham kau. Kan semua jantan yang tergila-gila kau tolak mentah-mentah. Cinta monyet konon. Tak ada masa tangkap lentuk la kan?”

Aku tergelak besar. Terkena batang hidung sendiri. Aku memang tak pernah jatuh cinta. Bercinta tu ada tapi kejap-kejap. Agaknya inilah balasan…

“Lupakan je la Tisya. Dean tu dah ada awek la. Sebab tu dia masuk sini… awek dia tu dah part 3 budak Hot Cat.”

“Lawa ke Meera?”

“Ehh.. ke situ pulak. Dah dia suka lantak la lawa ke tak…”

Ehh melawan budak Meera ni.

“Alah, baru couple. Kawin pun boleh cerai.”

Tiba-tiba mood aku hilang. Meera segera perasan dengan perubahan ku itu. Ah dia tak tahu sakitnya hatiku pada perpisahan. Yang jadi mangsa? Aku.

“Aku tak kira. Aku dapatkan jugak budak Dean tu. Pastu aku tayang kat kau. Kau cabar aku tak?”

Meera tergelak kecil sambil menepuk bahu.

“Go for it girl. Tapi bertuah la Dean tu, boleh cairkan hati sepupu aku yang keras macam batu ni. Cayalah.”

Aku menjelir lidah. Tiba-tiba perut berbunyi.

“Aduh.. apa-apa hal carik nasik dulu.”

Sampai di port biasa kami, aku tanpa tunggu lebih terus melahap. Meera lain la control ayu. Orang dah glamer kat sini kata kan.

“Hai Tisya, lama tak nampak!”

“Ehh, Wan. Kau belum habis lagi ke?”

“Ada lagi 2 semester la. Nih junior aku ni, Meera kan?”

Meera mengangguk. Aku tenung Wan atas bawah. Dah lain sekarang. Makin hensem.

“Dah kawin belum.”

Wan tersedak. Aku dengan Meera sama-sama tertawa.

“Kau ni memang nakal tak sudah. Adu kat bapak kau baru tahu.”

“Eleh bakal bapak mertua kau jugak.”

Tiba-tiba aku terdiam. Dean berdiri di sebelah Wan. Entah kenapa Aku tengok air mukanya berubah. Agaknya aku perasan sendiri.

“Ha, Sya nih roommate aku, Danial.”

“Dah kenal. Duduklah..”

Aku control keadaan. Agaknya memang aku tak ada nafsu kat dia. Demi ego terpaksalah aku sahut cabaran yang aku sendiri buat.

****

“Hello Meera kau kat mana? Datang rumah aku tak?”

“On the way la ni.”

“Dean apa khabar?”

“Ehh khabar aku kau tak tanyer.”

Aku tertawa riang. “Bunga dah kasi?”

“Sett… kenapa kau suruh aku bagi kat Wan? Bagi terus kat Dean kan senang. Aparra.”

“:La.. politik la. Kan diorang sebilik. Dean ada tanyer tak?”

“Mesti lah, lagilah aku balik saing dengan dia. Banyak betul dia tanya. Siapa yang bagi la, Wan tu ada awek ke…aku cakap alah dia kenal sapa yang bagi tu. Ada ke patut si Wan tu, dia suruh budak Dean tolong bawak bunga tu sebab dia naik motor, takut rosak. Dean tak kisah pun.”

Terbeliak mata aku. “Kau ada cakap aku kasik ke?”

“Tak lah, tapi aku rasa dia boleh agak la.”

“Biarlah.. eh kau datang sini cepat. Boring ni. Mama outstation lagi.”

“Ye la… kalau tak kau tak nak tolong buat assignment aku, tak ingin aku ke sana.”

“Eh, banyak cakap pulak. Cepat datang.”

“La.. dah aku dalam bas ni. Sah-sah bukan aku yang bawak.”

Ye tak ye. Aku tepuk dahi. Cepat datang Meera. Aku betul-betul busan ni. Mama pun dah tahu aku sunyi, bukannya nak entertain. Papa pun sama. Aku ingat kalau diorang berbaik balik pun keadaan begini jugak. Masing-masing sibuk. Tak per la pa, mama, Sya dah besar. Tahulah jaga diri sendiri. Mama tahu belikan itu ini untuk Tisya, papa pulak hulur duit tak habis-habis. Memang Tisya bersyukur, agak nya inilah kasih-sayang yang papa dan mama curahkan pada Tisya. Terima kasih banyak-banyak. Tapi Tisya nak buat apa pakai baju lawa-lawa, pakai barangan branded, ma? Buat apaTisya pegang duit beribu-ribu sebulan, pa? Sedangkan Tisya sunyi. Sakit pening semua Tisya sendiri yang jaga. Tisya dah makan ke belum siapa yang kisah?

*****

“Tisya tak sihat ke?”

“Kenapa Wan? Aku nampak sakit ke?”

“Muka pucat sikit… dan nampak cengkung.”

“Biasalah, Wan. Student. Banyak assignment.”

“Ha.. bila nak ajar aku buat animation. Yang 3D punya.”

“Datang lah rumah. Ah tak pun aku bagi kau software 3d Mac. Nanti kau boleh try sendiri.”

Wan angguk. Dari jauh Meera melambai. Aku membalas.

“Kau makan roti je Wan? Diet ke?”

Meera mengerut kening. Wan memandangku. Aku faham maksudnya.

“Dia memang tak makan nasik. Dari kecik pun makan roti. Tak der roti tak leh hidup. Kan, Wan?”

“Betul le tapi sikit ajalah. Aku makan juga nasi, kalau terpaksa. Memang tak boleh makan, aku pun tak tahu kenapa.”

“Oooo..”

Aku tahu Meera masih kompius. Nak buat macam mana. Dah dia suka makan roti. Sebuku roti tu dia boleh habiskan sekejap je. Tak payah sapu apa. Pelik tapi ada keistimewaannya juga.

“Tisya, Dean nak jumpa.”

“Ha?”

Dah lama aku tak dengar nama itu disebut. Aku pun hampir lupa.

“Dia nak belanja kau sebab hari tu birhday dia kau kasi coklat kan?”

“La, kau bagitau ke Wan?”

“Nak buat macam mana, kau pun tahu aku ni lembut hati.”

“Dia marah?”

Ada getar dalam suaraku kali ini. Wan tersenyum penuh makna.

“Dia makan sorang tahu? Kitorang mintak sikit pun tak kasi.”

Aku turut tergelak. Nakal jugak budak Dean ni.

“Dia ada kat mana sekarang?”

“Kat tasik. Buat assignment..”

Aku terus berdiri.

“Eh, tak menyabar je dia ni. Tunggulah.”

Aku tersengih.

“Aku dah bagi can ni, tak paham-paham lagi ke?”

Meera dan Wan berpandangan. Aku segera berlalu.


*****

“Mama!”

Tisya meluru dan memeluk ibunya. Puan Rosnani membalas rangkulan dan mengusap mesra rambut anak tunggalnya.

“Mama ada belikan present untuk Tisya…”

Tisya tersenyum tawar. Lagi-lagi dia dimomokkan dengan hadiah. Tisya sakit mama… Pernah ke mama nak ambil tahu?

“Thank you, ma. Mama Tisya ada satu permintaan, mama boleh tunaikan tak?”

“Apa dia, sayang… apa saja untuk Tisya mama akan cuba.”

“Tisya nak.. kalau boleh… nak makan bersama mama dan… emm papa. Kat mana pun Tisya tak kisah sebab Tisya rindu sangat nak bersama mama dan papa Tisya. Boleh, kan ma? Itu saja ma…”

Puan Rosnani mengeluh perlahan. Sebenarnya ini adalah permintaan anaknya yang ke ratusan kali. Bukan dia tak cuba tunaikan cuma, masa tak mengizinkan.

“Okey. Nanti mama call papa dan kita arrangelah ikut schedule. Mana tahu mama free papa pula tidak. Tisya faham kan?”

Tisya angguk. Dia memang faham. Faham sangat.

“Mama Tisya rasa mengantuklah. Tisya naik dulu ya?”

Dia mencium dahi, pipi dan tangan mamanya. Lalu berlari pantas ke bilik. Dia menyeka airmata yang mengalir. Tisya menyembamkan muka ke bantal, menangis semahunya. Kata-kata doctor tempohari masih terngiang di telinga. Tisya mengidap barah. Semua tanda-tanda yang menunjukkan penyakit itu sudah di tahap seri us terdapat pada tubuh Tisya. Doktor mengharapkan dia bersabar dan cuba mengaturkan pembedahan secepat mungkin padanya. Tapi Tisya tahu masanya sudah suntuk. Rambut lebatnya sudah berkurangan… pipinya cengkung. Beratnya turun mendadak walaupun Tisya tak memilih makan. Deria rasanya sudah hilang, walau apa yang disuapkan ke mulut, Tisya tak mampu merasa. Doktor mengarahkankan berada di wad dalam masa yang terdekat ini tapi Tisya enggan. Dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga buat masa ini. Kalau boleh mahu bersama mama dan papa menikmati hari-hari terakhir yang bakal dilaluinya. Tisya rasakan matanya semakin berat. Gelap.

*****
“Assalamualaikum!”

Dean tersentak. Memandang aku atas bawah sambil menjawab salam. Aku tersengih-sengih sambil membetulkan cap.

“Buat per?”

“Nak tolong ke?”

Aku kenyit mata dan mengambil tempat di depannya.

“Tolong tengok kau je la, boleh?”

Sakat ku nakal. Dean tersenyum malu. Eleh malu-malu kucing. Aku pun apa lagi ni lah masanya mengayat. Curahkan segala ilmu. Hehe. Aku bersila di depannya. Entah kenapa hari ni aku nak tengok Dean puas-puas. Nanti masing-masing dah busy. Susah pulak aku nak menatap budak yang aku admire ni.

“Ajar aku lukis Sya. Kaukan terer. Hari tu kau kasi kat aku kau punya drawings, kan. Terima kasih.”

Alamak. Kantoi lagi. Ni mesti keje Meera ngan si Wan. Aku dah tulis siap-siap secret admirer pun Dean tahu jugak. Aiseh, buat cam ner nasik dah jadi bubur. Memang hampir setiap hari mesti aku lukis sekeping lukisan untuk Dean. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Bila teringat dia, aku terus capai pen atau pensel dan lukis. Pas tu setiap minggu aku pass kat Meera dan ada lah ayat best-best aku tulis kat situ. Strategi kot.

“Tisya, lukis aku boleh?”

Dean merenung aku penuh harap. Nak bagi mak we lah tu.

“Maner lah aku reti lukis ni, Dean. Silap-silap jadi muka beruk pulak.”

Dean tertawa.

“Takkanlah… please… “

Dia hulurkan pensel dan kertas. Macam mana ni. Panik gak aku. Tangan aku menggeletar ketika menyambutnya. Buat-buat tersentuh sikit. Ambik kesempatan.

“Okey tengok sana.”

Aku tunjuk ke kanan, Dean menurut. Aku tengok perspektif mukanya. Dengan selamba aku pegang pipi Dean dan tolaknya ke tepi sikit. Bukannya luak. Kesempatan lagi. Hehe. Lama aku renung Dean, bukannya apa, ambik mood. Aku sebenarnya segan. Biasanya aku buat drawing masa sorang-sorang kat bilik, boring-boring bolehlah. Aku tengok Dean tenang. Yakin lah tu. Tangan ku bergerak-gerak sambil mata aku tak lepas merenungnya. Matanya… turun ke hidung, berhenti di bibirnya merah. Aku terhenti. Tangan aku mengagau mencari pemadam.

“Cari apa Tisya?”

“Duk diam-diam…jangan gerak”

“Cakaplah, kau nak apa? Aku tolong ambilkan.”

“Aku nak kau.”

Mata berpandangan. Aku tersengih. Ketelanjuran kata-kata memang tak boleh ditarik balik. Muka Dean berubah merah. Aku capai pemadam dan sambung melukis. Masing-masing diam. Aku tenggelam dalam duniaku.

“Jangan risau Dean. Aku memang minat kau. Tapi setakat tu aja. Sumber inspirasi. Aku tahu kau dah ada awek. We ara buddies right?”

Aku hulurkan potret yang ku lukis pada Dean. Biarlah dia menilai sendiri. Di bawahnya aku tulis from ‘secret admirer’. Lama Dean menatap wajahnya di kertas itu. Aku berdiri dan mengibas punggung.

“Bye Dean. Aku balik dulu. Take care, coz I do care.”

Aku tersenyum penuh makna. Dean masih terpaku. Sebenarnya aku terasa sebak tapi aku pasti kenapa. Aku dapat merasakan yang aku takkan bertemu Dean selepas ini.

****

“Assalamualaikum…”

Dean berdiri di muka pintu sambil memegang sejambak ros. Kelihatan seorang wanita terjengul di situ. Dean mengagak umurnya lewat 30-an namun masih berperawakan menarik, nampak lebih muda.

“Cari siapa?”

“Err… Tisya ada auntie?”

“Awak ni Danial, ya?”

Dean mengerut dahi. Macam mana wanita ini tahu namanya.

“Eh, Dean masuklah dulu.”

“Prof. Jai. Maaf kalau saya mengganggu.”

Dean bersalaman dengan Dr. Jailani.

“Duduk dulu Dean, nanti auntie ambilkan minuman.”

“Tak payah susah-susah auntie.”

Puan Rosnani tersenyum dan berlalu. Dean masih memandang sekeliling mencari kelibat Tisya.

“Cuti semester belum habis Dean dah balik sini..?”

“Ada part time kat pejabat abang saya, prof. Sambil cari pengalaman, dapatlah duit poket sikit.”

Dr. Jailani mengukir senyum.

“Tisya mana prof?”

Sekian kalinya pertanyaan Dean tak terjawab. Puan Rosnani yang menatang dulang berpandangan dengan bekas suaminya.

“Pergilah ke bilik Tisya kat atas tu, Dean. Awak akan tahu dia di mana.”

Dean keliru. Tanpa berfikir panjang dia bergegas ke tingkat satu. Bilik yang berhadapan dengan tangga bagai menggamitnya supaya masuk. Dean memandang sekeliling. Bilik yang ceria berwarna kuning air dan biru langit itu sangat menyejukkankan mata. Tapi Dean terasa kosong. Dia teralih pada meja tulis di satu sudut. Dia mengagak di situlah tempat Tisya menghabiskan masanya dengan melukis. Dean terpandang sesuatu yang amat dikenali. Potret dirinya. Tisya membingkaikannya di samping gambar ibu dan ayahnya. Dean menghampiri meja. Tangannya mencapai sekeping sampul surat bewarna biru. Tertulis di situ untuk ‘Dean’ dari ‘secret admirer’. Dengan penuh perasaan ingin tahu Dean mengeluarkan surat yang juga bewarna biru dan membaca.


Buat Dean yang dirindui.

Aku terima kemboja ini sebagai lambang kasih kita. Aku pasti yang tangan ini tak bertepuk sebelah sahaja. Iringilah aku dengan doa, Dean… itu sahaja yang aku pohon. Jangan sedih Dean. Tiada jodoh di sini, insya Allah kau akan bertemu yang lebih baik dari aku. Ingat selalu, Tisya sayangkan Danial.


“Tisya!”

Dean berlari turun.

“Prof! Auntie benarkah?”

Puan Rosnani mengangguk. Matanya merah. Dr. Jailani tunduk. Dean terasa seperti bermimpi dan lututnya menggeletar. Dean gagahkan diri untuk berdiri. Perlahan memohon diri untuk pulang. Dia tak mampu untuk berada di situ lebih lama.

“Tisya. bukan aku tak sudi menyambut cintamu dulu, tapi aku ragu. Aku sedar aku siapa.. tak mungkin berdiri di sampingmu. Tapi Tisya, sesungguhnya hanya kau yang berjaya mengetuk pintu hati ini, percayalah. … Maafkan aku. Aku terlewat. Mampukah aku kuburkan cinta ini, Tisya?”

Bisik Dean. Terasa matanya pedih. Air mata lelakinya tumpah jua.

Label: ,

posted by Tanpa Nama @ 4:35 PTG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Antara Tuah Dan Tosai
Boring. Itu saja yang meniti dibibirku sejak pukul 9 tadi. Sekian kalinya aku mengerling jam. Ah masa berlalu begitu lambat. Semua kerja telahku bereskan sejak semalam, sebab itu aku menjadi bingung kerana langsung tidak ada apa-apa yang perlu dibuat sekarang. Hari Sabtu pun kena kerja tu yang menambahkan bengang. Dah tak ada kerja ni, seperti biasalah, surfing la kerja aku. Mataku terhenti apabila memeriksa inbox di Hotmail. Ada 7 messages yang tak dijawab. Aku merenung nama pengirim yang tertera. Aku menepuk dahi. Ternyata kelapangan aku hari ini ada rahmatnya. Jika tidak aku langsung terlupa tentang janji kami.

Masala: elo

Tosai: hei.. kenapa tak balas mail aku.

Masala: Sori la.. aku busy giler.. nasib baik hari ni free

Tosai: Abih tu cam ner, Nina. Jadi tak?

Masala: Takut la..

Tosai: La nak takut apa. Aku bukan makan orang. Lagi pun dah 4 tahun kita kenal. Gambar pun dah tengok, kan?

Masala: Tapi kau tak adil. Kau bagi gambar baby. Mesti la lain

Tosai: Hahaha… tapi kalau aku kasi gambar sekarang ni pun, nanti kau tuduh aku bagi orang lain punya. Banyak la alasan kau. Nak ke tak ni? Ini permintaan last aku. Kalau kau tanak jumpa jugak anggap saja kita tak pernah kawan. Aku pun dah letih nak pujuk kau.

Masala: Jangan macam tu.


Message yang aku taip tak mendapat balasan. Fahamlah. Dia dah merajuk. Memang sesiapa yang berada di tempat dia pun begitu. Aku pun tak faham dengan aku ni. Temanku ini dah beberapakali ajak berjumpa. Bukannya sekali dua aku hampakannya. Masuk kali ini dah sepuluh! Perkenalan secara tidak sengaja ketika dia tersilap menaip nickname pada messenger yang digunakan diterima oleh aku. Tak sangka kami boleh mengekalkan persahabatan ini sekian lama walaupun tanpa wajah dan suara. Apa yang aku tahu namanya Iskandar dan sekarang dah tiba di Malaysia setelah 5 tahun di rantau orang kerana melanjutkan pengajiannya.


Tosai: Nina… aku balik ni sebab kau, tahu tak. Kalau tahu jadi cam ni menyesal aku tolak tawaran kerja kat Toronto tu.

Ehh ada lagi rupanya.

Masala: Aku ni.. bukannya apa..

Tosai: Aku tahulah.. kau takut aku tipu kan..

Aku angguk.. ehh lupa bukannya dia nampak.

Masala: Takut kau kecik hati je…alah kat sini apa-apa pun boleh kelentong kan..? Bukannya ada orang tahu

Tosai: Ooo.. selama ni kau tipu aku la..

Alamak! Sekali aku pulak yang terkena.

Masala: Tengok la Is.. Aku blum bersedia la.

Tosai: Emm.. tu je jawapan kau. Aku bukannya ajak bercinta. Kita pun dah kenal lama kat sini.. apa salah jumpa. Lagi pun aku dah kat KL.. dulu pun aku balik masa cuti sem dan raya pun kau tak sudi nak jumpa. Ya la.. sapa lah kita yang terhegeh-hegeh ni, kan?


La.. dah start dah. Malas aku nak layan. Bukannya aku tanak jumpa kau, Is… tapi, dah bermacam cerita aku dengar pasal orang jumpa member kat internet ni. Banyak sangat yang tak elok sampai di telinga aku. Kena tipu la, kena rompak la.. ish.. Nauzubillah.. Mintak jauh. Aku bukannya kolot tapi, berhati-hati, apa salahnya, kan?


Masala: Dah la tukar topik. Kau mesti dah pekena tosai cukup-cukup ekk..

Tosai: Tak.. aku nak tunggu kau makan dengan aku jugak.


Ah bala. Mengada betul budak Iskandar ni. Aku bukannya tak tahu yang budak sekor ni gila kat tosai dan apa-apa jenis roti. Kat Canada tu ada tapi susah dengan kuahnya tak se’ummmphh’ mamak stall kat sini. Tu yang selalu dirungutkan.


Tosai: Nina… Mitchell ajak kawin.

Masala: Laa.. kawin je la apa susah. Bapak kau kan kaya.

Tosai: Ke situ pulak.. yang kaya bapak aku so, biar dia je la yang kawin dengan budak Mitchell tu..

Masala: Hahaha.

Tosai: Betul cakap. Aku dah boring la dengan dia tu. Mengada sangat.

Eleh. Sama la dengan kau. Mengakulah.. playboy. Anak manja.

Masala: Ye la encik playboy. Malas aku nak layan kau.

Tosai: Eh.. tak der ke kawan kau yang cun.. body lawa.. boleh kenalkan..

Masala: Hotak kau. Ingat aku tak der keje lain. Lagi pun taste kau mana la ada kat orang melayu yang hidung kemek. Mesti blonde ngan mata biru kan.

Tosai: Tu dulu la.. ni aku dah lain.

Masala: Ye la.. lelaki

Tosai: Aik.. lain macam je..

Masala: Dah la.. banyak keje.


Aku klik button log off. Lagi dilayan budak tu haru jadinya.

Tok tok!

Aku mengangkat kepala melihat siapa yang terjengul di situ.

“Hai Nina.”

“Ya Encik Jebat.”

Pemuda berkumis nipis tu tergelak kecil.

“Tak payah la berencik dengan saya, Nina.”

Aku sekadar tersengih. Memang anak bos aku ni peramah dan rendah diri.

“Jom lunch?”

Aku mengerling jam. Laa.. dah 1 suku. Dah boleh balik. Patut perut berdondang sayang. Esok Sunday…cuti yey!


******************************

Tuah bersandar di sofa. Matanya tertancap pada VJ MTV yang lincah dan seksi itu. Angeline… gadis yang pernah menaruh hati padanya ketika mereka di high school dulu. Itulah cita-citanya.. terlibat dalam dunia pengacaraan. Rasa kesal kerana melepaskan gadis itu dulu. Dia mengeluh perlahan. Ah! Itu zaman budak-budak. Masa tu dia dibesarkan Mummy dan nanna di Montreal. Mata hazel dan rambut coklatnya membuatkan dia tersingkir di sekolah. Nasib baik ada Angeline. Gadis paling popular tapi sudi berkawan dengan budak pan-Asian sepertinya.

Popularitinya meningkat dengan ketangkasannya bermain ragbi dan melayakkan sekolah mereka menjadi juara setiap tahun. Tapi kerana dipengaruhi, gadis itu ditinggalkan. Ketika itu dia alpa dengan arus glamour. Peminat keliling pinggang hingga mummy dan nanna tak mampu menyekat. Dia kian hanyut. Namun syukurlah dia sempat sedar sebelum tersasar jauh.

Kehilangan mummy dalam kemalangan membuatnya tersentak dari dunianya yang hanya tahu berseronok . Walau nanna menangis merayu supaya dia bekerja di sana, Tuah menolak. Baginya Canada menyimpan banyak kenangan pahit. Dia ingin mencuba nasib di bumi tempat dia dilahirkan walau dia tahu dia tak pernah betah di sini.

“Tuah, mari makan, nak.”

Dia sekadar menjeling. Panggilan wanita yang sebaya dengan mummy tak diendahkan. Baginya dialah perampas kebahgiaan mereka sekeluarga. Dia lah penyebab mummynya lari ke tanah kelahiran dan membawanya bersama.

“Emm wanginya.. mama masak apa?”

Jebat memeluk wanita itu dengan manja. Puan Aisyah hanya tersenyum tawar. Hatinya masih terguris dengan sikap Tuah.

“Abang, jom la sekali.”

“Adik makanlah dulu, abang tak ada selera.” Ucap Tuah seraya mengangkat punggung.

“Eh, nak ke mana tu?” Jebat mengerut dahi. Tuah hanya diam sambil mencapai segugus kunci.

“Abang balik lewat.”

Sambungnya sepatah. Jebat hanya menggeleng. Tuah satu-satunya saudara kandungnya itu, memang keras hati. Mungkin kerana dibesarkan di luar negara membuatnya begitu. Namun dia tahu abangnya sayang dirinya dan papa. Jika tidak masakan dia sudi menetap di sini setelah menamatkan pengajian walaupun peluangnya bekerja di sana terbuka luas. Jebat beralih pada mama. Wanita cekal yang sabar melayani karenah abangnya. Jebat pun tak tahu kenapa abangnya begitu bencikan Mama. Baginya wanita cantik itu terlalu baik untuk dikasari. Mungkin Tuah belum kenal siapa mama sebenarnya.

“Makan sayang. Tak baik termenung depan rezeki.”

Jebat akur. Dia mengukir senyuman pada mama yang berada di hadapannya.

“Jemputlah sekali mama.”

Puan Aisyah menggeleng. “Jebat makan dulu. Mama tunggu papa.”

Jebat diam. Dia tahu papanya takkan pulang. Malam minggu seperti ini ke mana lagi kalau … Ah.. tak baik fikir yang bukan-bukan. Jebat kasihankan mama. Papa tak patut buat mama begini. Apa lagi yang tak cukup, pa.. Jebat tengok mama sempurna segala. Cukup sebagai isteri dia melayani papa dan pada Jebat, tak pernah luput kasih keibuannya. Kenapa papa? Apa lagi yang papa dambakan?


*****

“Aku ceraikan kau dengan talak satu…”

Sayu suara Izhar disambut dengan tangisan meninggi Maryam. Puan Zaiton tersenyum lebar. Puas hatinya kerana anak tunggalnya menurut katanya kali ini. Tak sia-sialah usahanya selama ini. Izhar menahan airmatanya dari jatuh melihat kedua anaknya yang masih kecil memeluk erat isterinya sambil menangis.

Penceraian itu adalah permintaan Maryam sendiri. Izhar tak mampu menahan. Jika dulu dia yang beria-ia membangkitkan azamnya supaya berdepan dengan rintangan demi cinta mereka tapi, wanita itu juga yang meruntuhkan kubu semangatnya.

“Abang.. izinkan saya bawa Tuah sekali. Abang jaga Jebat baik-baik. Abang jangan risau.. Tuah akan membanggakan abang. Saya akan terapkan asuhan bercirikan melayu padanya. Penuh dengan adat dan kesopanan yang saya kagumi yang ada pada papanya.”

Izhar tunduk. Tanpa silu airmata lelakinya tumpah juga. Dia tak sangka desakan ibunya sendiri membuatkan Maryam berkeputusan demikian. Terlalu rapuh cintamu, sayang.

“Abang, halalkan makan minum saya, redhalah setiap layanan saya sepanjang kita sebumbung. Kasih abang tak akan saya lupa seumur hidup. Ampunkan segala dosa saya, bang.”

Izhar angguk. Apa lagi yang mampu dia lakukan. Ikutkan hati dia ingin lari saja dari situ. Membawa bersama isteri dan anak-anak tercinta. Tapi kata-kata Maryam menyekat keinginannya.

“Ingat, bang. Kita hanya ada seorang ibu. Agaknya inilah balasan kerana melukakan hati ibu suatu masa dulu. Bahagiakanlah hidupnya semasa dia masih ada. Maryam rela jika ini sudah ditakdirkan. Jodoh kita setakat ini.”

Izhar kelu. Dia akui jika dulu dia yang mengecewakan ibunya kerana mengahwini Mary Anne. Gadis yang dikenali semasa merantau. Mary Anne telah banyak berkorban untuknya malah dengan ikhlas memeluk agama Allah tanpa paksaan. Walaupun ditentang keras oleh sanak saudara, Izhar tetap dengan pendiriannya. Malah kata-kata kejian ibunya dianggap hanya untuk sementara. Kehadiran kedua cahayamata yang comel disangkakan dapat mengubat hati ibu tapi dia silap. Ibunya tetap membenci Mary Anne kerana niatnya untuk menjodohkan Izhar dengan sepupu terhalang. Izhar terasa hidupnya kosong. Tanpa Maryam Anne Abdullah, dia terasa hidupnya tak bermakna lagi.

****************

Tosai: Hai.. tak tidoo lagi?

Masala: Laa kau kat mana ni..

Tosai: CC.. boring la duk rumah. Jom keluar nak

Masala: Kenapa ni? Ada problem ke? Cerita lah.. macam tak biasa

Tosai: Tensen mengadap muka pompuan tu.

Masala: Siapa? Ibu tiri kau? Jangan macam tu.. ambik lah kesempatan ni untuk berbaik. Apalah salah dia pada kau, Is.

Tosai: Tak salah kau cakap? Dia yang bunuh mummy!

Masala: Astaga. Bawak mengucap Is.

Tosai: Kerana dialah mummy bercerai. Dia yang merampas hidup kami yang bahagia dulu.

Masala: Is.. jangan macam ni.


Sekian kalinya messageku tiada jawapan. Apa nak jadi budak Is ni. Yang sudah tu sudahlah. Ah aku senang bercakap, bukan aku yang menanggungnya.


Masala: Is.. aku tahu kau masih ada kat situ. Aku tahu aku tak layak menasihati kau tapi sekurang-kurangnya kau patut bersyukur, masih ada ibu walaupun sekadar ibu tiri. Tapi aku? Aku hanya ada seorang adik, satu-satunya keluarga aku ada. Kau tahu perasaan kami setiap kali lebaran tanpa sanak saudara di sisi? Dapat kau bayangkan bagaimana kami sendiri mengharungi susah senang? Nak mengadu pada siapa Is? Nak bermanja dengan siapa?


Air mata menitis tanpa di pinta. Aku mencapai kunci di meja.


“Nak pergi mana Along?”

“Saja ambik angin. Adik nak Along tapau apa-apa tak?”

“Tak nak la.. adik dah kenyang…”

“Angau le tu… ha.. tadi Taufiq kirim salam rindu..”

Adik tersenyum manja.. terserlah lesung pipit di pipi kiri. “Tahu.. Adik tunggu dia call lah ni.. Along jangan kacau tau.”

“Yer la.. bagi la can..”

Aku mencubit mesra pipi adik kesayanganku. Tanpa mu, dik aku tak setabah ini. Hanya tinggal kita. Bahagiamu, adalah kebahgiaanku juga.

*****

“Abang.. dah makan?”

Puan Aishah merenung sepi pada hidangan di meja kerana soalannya tak bersambut. Dia berdiri menolong suaminya menangggalkan kot. Bau arak menerpa hidung. Dia tergeleng melihat suaminya terhoyong hayang ke bilik air. Dia hanya membatu di meja makan. Perutnya terasa sebu namun seleranya terus hilang. Perlahan air mata yang tumpah di sekanya. Kalau arwah ibu mertuanya masih ada tentu suaminya tak berkelakuan begini. Sekurang-kurang solat tak pernah ditinggalkan walaupun layanan mesra kepadanya langsung tak diberikan.

Puan Aishah akur. Dia bukan pilihan suaminya. Malah dia mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya. Puan Aishah berasa pilu kerana persetujuannya menerima lamaran ibu saudaranya mengundang padah. Bukan sahaja suami tak menghiraukannya malah anak tiri sulungnya turut mengeji. Nasib baik ada Jebat yang sentiasa mengubati lukanya. Kerana Jebatlah dia sanggup bertahan hingga kini. Dia berasa kasihan jika anak yang comel itu membesar tanpa didikan dari seorang ibu.

“Apa Aishah masak malam ni. Sedapnya bau…”

Dia terpegun. Izhar tersenyum mesra padanya. Puan Aishah mengerdipkan mata, memastikan yang dia tidak bermimpi. Sungguh. Suaminya berdiri di belahnya sambil menghulur pinggan. Tanpa sepatah kata dia mengisikan nasi dan lauk. Hatinya berbunga riang. Dalam diam dia memanjat kesyukuran. Tak sia-sialah doanya selama ini.

*****

“Ehh! Ada accident. Ya Allah..”

Nina.. jangan panik. Tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku memberikan isyarat ke kanan. Waja yang tersadai di longkang membuatku curiga. Betul ke.. entah-entah perompak menunggu mangsa. Aku memandang keliling. Tak ada pula kereta atau motor yang lalu. Nasib baik aku nih bersifat kemanusiaan. Penuh berhati-hati aku menghampiri. Berdebar usah cakaplah. Nak pecah dada di buatnya. Aku mengetuk cermin memastikan ada manusia ke di dalam. Buatnya hantu atau orang jahat naya aku. Aku pun tahu kenapa aku seberani ini.

“Tolong….”

Eh.. mana orangnya. Sah hantu ni. Semasa aku berkira hendak angkat kaki suara meminta tolong makin kuat.

“Mana? Encik.. hello…” Aku tercari-cari.

“Sini.. aduh.. sakit..”

Masyaallah…buat apa lah kau terbaring kat sini. Susah payah aku mengangkatnya ke kereta. Berat bukan main. Aku memerhatikan darah di dahi pemuda itu yang tak henti mengalir. Jangan tengok.. nanti pitam. Aku menelan liur, menahan sesuatu yang cuba keluar dari tekak. Nina.. jangan muntah.. malu nanti. Macam mana nak tolong orang macam ni. Aku membuka tingkap luas-luas. Pemuda di sebelah ku memejam mata. Pengsan ke dah mati. Hish cabulnya mulut. Segera aku berkejar ke Hospital Ampang. Lagi cepat sampai lagi bagus.

“Terima kasih kerana selamatkan saya. Siapa nama cik?”

Pemuda di sebelahku tersengih. Eh dah sihat. Tadi bukan main lagi mengerang sakit.

“Riznina.”

Pemuda itu tersentak merenungku dalam-dalam. Kenapa pulak dengan dia ni. Sakit otak kot.

“Binti?”

Lebih-lebih pulak. Kalau aku tahu orang gila yang accident tadi mampus aku tak selamatkan.

“Zulkifli.”

Aku menjawab malas. Kalau dia tanya nombor ic aku pulak siaplah. Aku lempang je.

“Duk kat Taman Melawati ya?”

Giliran aku pulak terperanjat beruk.

“Saya teka je…”

Dia tersengih lagi. Sengihlah kau. Betul pulak tu. Jangan disebut nombor rumah sudah.

“Nih nak turun mana ni?”

Dahi pemuda itu berkerut. Padan muka. Banyak cekadak karang aku turunkan kau kat sini.

“Cik Nina tak suka saya banyak tanya ekk.. Sorilah.. saya sebenarnya bukan macam ni.. tapi bila jumpa cik Nina je terus jadi banyak cakap. Bukannya apa , saya rasa macam dah lama kenal cik..”

“Tak payah lah bercik dengan saya.. Nina cukup.”

Parah nih, panggilan aku pun dia tahu. Pakai magik kot dia ni.

“Turunkan saya kat tempat kejadian tu la Nina. Tengok kereta tu kejap. Kalau okey terus hantar bengkellah.”

Pagi-pagi buta ni ada ke workshop bukak. Ah lantak kaulah. Aku pun dah mengantuk ni. Aku berhenti betul-betul di belakang kereta budak tu. Eh. Nama sapa. Lupa pulak nak tanya. Malu la.. hehe. Ehh.. aku mengenyeh mata..

“Kenapa Nina?”

Betul ke nih? Aku renung plat kereta itu dalam-dalam. Macam pernah ku tengok kereta ini.. tapi di mana ya? Ke budak ni curik kereta anak bos aku eh.. tak mungkin..tapi..

“Kereta awak?”

Dia renung aku lagi. Aisey.. kepala berbalut pun hensem lagi mamat ni aku tengok.

“Tak.. saya curi, kenapa?”

Memain pulak. Aku menyalahkan mulut ku kerana cabul bertanya.

“Tak. Macam kereta anak bos kita.”

“Jebat ke?”

Sekian kalinya ku terkejut. Sah.. aku jumpa hantu. Asyik meneka dengan tepat je dari tadi. Magik.. magik..

“Tu adik sayalah…nama saya Tuah. Memang kereta dia pun..habislah kena bambu nanti..”

Pemuda itu tergelak kecil. Memain la tu.. Tak percaya aku. Bila pulak si Jebat tu ada abang. Tak diceritera pun kat aku. Kalau tahu dari dulu aku dah kirim salam. Hehe.

“Thanks ya Nina. Budi baik awak saya akan kenang hingga ke akhir hayat.”

Ewah-ewah.. bagi speech pulak. Ya lah.. sama-sama.

“Hmm.. okey lah.. baik-baik bawak tu..”

Aku melambai dan berlalu. Alamak.. sekali anak boss daa… melepas aku.


*****

Tosai: Morning

Masala: Aik.. pepagi dah muncul

Tosai: Semalam mimpi best… mimpi jumpa Nina.

Masala: Merepek je..

Hei.. cukuplah.. malam tadi dah pening dan cukup tidur lagi.. hari ni samdol ni pulak kacau pagi-pagi pulak tu.

Tosai: Semalam pergi mana? Kata nak jumpa

Masala: Bila pulak kita janji. Tapi semalam aku keluar.. ingat nak makan tosai..hehe

Tosai: Bestnya.. kenapa tak ajak aku..

Masala: Tosainya ke mana.. aku pulak ke mana

Tosai: kenapa?

Masala: Ada budak accident. Nasib baik hensem.. tak sia-sia aku tolong. Hehe.

Tosai: Boleh tahan gatal jugak kau ni ya? Tapi jumpa aku takut.

Masala: La.. dah kewajipan menolong sesama insan.

Tosai: Ye la.. sapa lah aku.. kau tak mahu tolong pun..

Masala: Tolong apanya…

Tosai: Tolong jumpa aku la..

Masala: La.. gambar kan dah ada.. tengoklah puas-puas

Tosai: Tak sama.. gambar tak boleh bercakap

Aku mengeluh. Malas nak layan budak sekor ni. Tu jer la. Hari-hari merengek nak jumpa. Hai manusia, kenapalah kau balik Malaysia. Pening aku.

“Morning Nina…”

“Morning encik…”

“Jangan panggil encik lah…nah ambik..”

“Untuk saya ke? Terima kasih..”

“Tak untuk adik awak…”

“Betul-betullah..”

Jebat tersengih pabila aku tarik muka. Aku menyambut sejambak bunga yang berbungkus cantik. Terima kasih. Apalah mimpi si Jebat ni bagi bunga kat aku.

“Abang Tuah kirim salam. Dia ucap terima kasih sebab awak tolong dia semalam..”

Pipi aku terasa pijar. Hehe. Ingat jugak kat aku ekk.. Romantik jugak budak Tuah ni.

“Dia nak ajak awak tengok wayang, tapi saya cakap awak dah berpunya.”

“Ha.. kenapa awak cakap macam tu..”

Aku hampir berdiri kerana frust yang teramat.

Jebat tergelak dengan perlakuan spontan aku itu. Alamak.. malunya…

“Tapi. Saya belum habis cakap lagi. Dia pesan dia tetap nak jemput awak balik petang ni, pukul 5.. sharp..”

Aku terkedu. Jebat menghilang dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir. Mukaku terasa panas. Malu.. tapi syok jugak. Gatalnya aku ni.. hehe. Alah suka-suka je.. entah-entah Tuah tu playboy. Ni yang buat aku malas aku nak layan.

Tosai: ooooooooooo cik Nina.

Masala: Ya

Tosai: Kenapa lama diam penat aku panggil

Masala: Tak dengar pun

Tosai: Lawak le tu

Masala: :)

Tosai: Apa senyum-senyum ni

Masala: Dia ajak kita dating la…

Tosai: Sapa

Masala: Alah.. orang yang aku selamatkan semalam tu

Tosai: Ooo aku ajak tanak

Masala: Masalahnya kau aku tak kenal

Tosai: Abih tu dia kau kenal sangat la

Masala: Diakan anak bos aku.. tak apalah kira kenallah tu

Tosai: Ye la… sape la aku ni..


Sah… merajuk lagi.


Tosai: Tak kira… aku nak jumpa kau jugak

Masala: Tapi.. aku dah janji

Tipu…hehe. Bohong sunat.

Tosai: Tak kira..

Masala: Kau tak boleh paksa aku

Tosai: Okey… kita tak payah jumpa sampai bila-bila.

Masala: Is jangan cam ni.. Is..


Ah.. biasa lah tu.. bukan sekali dia merajuk. Esok-esok muncullah tu. Aku mengerling jam. Ah baru pukul 11 pagi. Lambatnya kau berjalan duhai jam.


*****

“Nak pergi mana Tuah?”

“Jumpa kawan.”

“Tak nak minum dulu?”

Mata Puan Aishah mengekori langkah Tuah. Hatinya masih bimbang dengan keadaan Tuah. Kepalanya masih berbalut pun nak keluar juga. Apa kata suaminya nanti jika di dapat tahu. Tuah.. apa salah mama?

Kringgg…

“Hello…”

“Hello, sayang. Ni abang..”

Puan Aishah tersenyum malu.

“Kenapa bang?”

“Tuah dah makan ubat?”

“Sudah bang.. tapi dia baru je keluar. Jumpa kawan katanya. Agaknya ambik kereta kat bengkel..”

“Tuah… Tuah..degilnya. Dalam sakit-sakit pun nak keluar.”

“Tak apalah bang.. agaknya ada perkara mustahak yang perlu dia uruskan..”

“Hmm.. Aishah.. abang call ni nak pesan.. malam ni masak sedap-sedap tahu.. abang balik..”

“Baik, bang..”

“Assalamualaikum..”

Puan Aishah menjawab salam sambil meletakkan telifon. Sejuk hatinya dengan layanan mesra suaminya kini. Jebat juga tak henti-henti senyum penuh makna padanya sewaktu bersarapan pagi tadi. Hanya suaminya yang tahu semalaman dia tak tidur kerana risaukan Tuah yang belum balik. Lebih memeranjatkan Tuah pulang dengan kepala berbungkus. Langsung dia tak dapat melelapkan mata, lalu menemankan Tuah hingga ke pagi. Suaminya tak berkata apa-apa, malah Tuah juga mula berkomunikasi dengannya. Meminta dia membawa makanan dan susu. Itupun sudah cukup baginya. Puan Aishah begitu bersyukur ke hadrat Ilahi.


*****

Tuah bersiul-siul gembira. Dia tersentak kerana lampu dinyalakan ketika dia menutup pintu.

“Ehh.. mama belum tidur?”

“Risau Tuah lambat balik… Jebat pun sama..”

“Ohh.. tak pe la mama.. biar Tuah tunggu Jebat.. mama pergilah temankan papa..dah lewat sangat ni..”

Tuah memandang jam. Hampir pukul 2.

“Tak apalah.. papa dah izinkan. Tuahkan belum sihat. Jom makan ubat sayang. Ada mama sediakan kat meja tu. Makanan pun mama dah panaskan.”

Tuah hanya menurut. Entah mengapa hatinya terbuka hanya dengan nasihat dari Nina tempohari. Baginya tiada salah jika dia cuba berbaik dengan wanita di hadapannya ini sekadar untuk memuaskan hati papa dan Jebat. Namun kelembutan pada wanita yang dipanggil mama itu mengharukannya. Tuah kesal kerana terlalu lama membiarkan diri wanita itu terhukum dengan perlakuannya yang kurang ajar. Mama, maafkan Tuah. Mama tak bersalah.

“Kenapa pandang mama macam tu, Tuah?”

Tuah tanpa segan menyembamkan muka di riba Puan Aishah. Tersentuh naluri keibuaannya ketika itu. Tangannya membelai rambut Tuah yang hampir mencecah bahu.

“Kenapa sayang?”

“Ampunkan Tuah, mama.. Tuah berdosa.. banyak sakitkan hati mama..”

“Jangan begitu sayang.. mama yang patut mintak maaf.. mama yang …”

“Mama… mulai hari ini Tuah mahu mama bersama berjanji. Kita bina hidup baru.. yang sudah tu sudah lah.. Mungkin sudah takdir kita begini.. Arwah mummy pun selalu menasihati Tuah supaya berbaik dengan mama…”

Alhamdulillah.. Puan Aishah sekali lagi memanjat kesyukuran… Maryam.. semoga kau tenang di sana. Bertuahnya kamu berdua kerana mempunyai anak sebaik Tuah dan Jebat.

“Mulai saat ini mamalah ibu Tuah dan Jebat…”

“Tuah, anak mama…”

Di sebalik dinding Jebat mengesat air mata yang tumpah tanpa disedari. Dia bangga dengan abangnya. Tiada lagi hadiah yang mampu menggantikan detik semanis itu.


*****

“Along ni dari tadi asyik senyum je…oo angau ekk..”

“Kacaulah adik ni..”

“Dah 2 bulan berkawan.. takkan tak der apa-apa lagi kot…”

“Adik.. dia anggap along kawan tu aje. Saper la kita ni kan.. Bukan macam adik.. bertuah badan…”

“Alah.. along yang jual mahal.. adik kenal sangat dengan kakak adik ni…hensem ke kak? Mana hensem dengan Taufiq?”

Aku kembali tenggelam dalam lamunan. Bebelan adik tak ku hirau. Begitulah dia.. ada saja yang nak dinasihatkan. Bagi klu la sikit.. hint.. cara renungan.. cara senyum.. semua boleh bagi signal kat si dia. Aku tak retilah, dik. Alah.. bukannya aku berharap sangat dengan si Tuah tu. Lagi pun rimaslah.. setiapkali berjalan dengannya ada aje gadis yang menjeling. Cemburu atau mengumpat aku yang buruk ni berjalan jejaka setampan dia tak tahulah aku. Eleh tak heran. Aku ada Iskandar. Si Tosai aku. Hehe. Eh.. mana perginya sahabat aku yang sorang tu. Lama jugak dia merajuk. Message langsung tak berbalas. E-mel lagi la. Aku menghampiri pc.


Salam buat temanku si Tosai.

Mana kau pergi. Rindulah aku. Jika aku salah, aku minta maaf. Okey, untuk memuaskan hati kau aku dengan berbesar hatinya sudi bertemu. Tapi dengan syarat di tempat terbuka dan ramai orang. Ingat. Jangan tipu aku. Oleh itu kau kenalah balas emel aku ni untuk setkan tempat, bila, pukul berapa , okey?

Regards,
Masala Tosai.


Aku klik button send. Semoga aku berjaya pujuk si Tosai kali ini.


******

Tuah tersenyum sendiri membuka emel pagi itu. Ternyata di sudah terlupa pada teman Masalanya. Ah! Nina… kaulah buat aku lupa tentang masala. Ternyata kau gadis baik. Perangai keanak-anakan lagi terserlah kat luar dari ketika berbalas mesej. Tentu terkejut beruk Masalanya bila tahu siapa Tosai yang sebenar.


Salam di sambut duhai Masala.

Okey kalau kau ikhlas, kita jumpa kat Sabtu depan kat Restaurant Bluerose, Setapak. Orang cakap dia punya tosei best intown. Aku nak try ‘Masala tosai’ dia. Pukul 4 petang. Masa tu okey. Jalan tak jam. Set?

Regards,
Tosai.

Tuah mengerling jam. Aduh, dia dah terlewat. Ada date dengan Nina tersayang. Dia teringatkan nasihat mama supaya segera melamar gadis itu. Bukannya apa takut dia melepas. Bukan Tuah tak bersetuju, cuma.. dia masih belum bekerja. Bukannya tiada tawaran dari papa, tapi dia mahu berdikari. Biarlah Jebat yang uruskan. Tuah mahu rest.. dan mahu mengenali Nina lebih dekat lagi. Ternyata dugaannya tak meleset. Nina ada memberikan respon yang baik padanya, jika tidak masakan dia sudi bertemunya setiap hari. Cara dia tertawa riang… dengan lawak bodoh yang Tuah ceritakan, renungan matanya yang mendebarkan. Sesekali tersipu bila Tuah memandangnnya tanpa kelip. Ah.. mungkin dia hanya perasan sendiri. Dirinya hanya kawan di mata Nina. Jodoh tak ke mana. Buat apa nak tergesa-gesa. Tuah tak mahu bertukar pasangan macam dulu. Baginya ini Tuah yang baru. Kehadiran Nina adalah satu bonus padanya.

*****

Tuah berkali-kali memandang jam. Tiba-tiba kelibat gadis yang amat dikenali melintasinya.

“Riznina!”

Gadis itu menoleh. Tapi dahinya berkerut. Dia seolah tidak mengenali Tuah. Sekilas dia berpaling dan meneruskan langkah. Tuah terpempan. Dia tak faham kenapa Nina tidak mengendahkannya. Bukankah dia ada janjitemu di situ. Tuah berjanji akan tunggu di depan bangunan pejabat Nina. Nina! Tuah rasa ingin menjerit di situ. Nina begitu manja memeluk lengan sasa Jebat tanpa menyedari dia diekori. Jebat tanpa segan merangkul pinggang gadis pujaannya. Alahai adiku sorang. Kenapalah taste kita sama. Tuah melangkah lemah ke kereta. Enjin mengaum bila dia menekan minyak. Tuah tak peduli lagi. Di kotak fikirannya hanya satu. Nina milik Jebat. Selama ini kemesraan Nina padanya hanya sebagai layanan bakal adik ipar. Itu sahaja. Tuah malu sendiri. Kau sungguh bertuah Jebat. Aku cemburu padamu.

Aik.. tadi nampak bayang Tuah. Kejap je dah cabut. Aku bukannya lambat sangat, 20 minit je.. takkan tak boleh tunggu kott. Tuan Izhar ni pun satu.. dah tahu aku ada dating dengan anaknya saja pulak dipanjangkan meeting tadi. Ehh mana dia tahu. Hehe. Kelibat si Jebat pulak hilang ngam-ngam pukul 5. Mentang-mentang anak bos. Tapi Tuah ni pun satulah.. belum bercinta lagi tu, tak menyabar. Ni boleh potong markah. Bengang.. bengang. Tak apalah Tuah.. ni hari kau, lain kali tak ingin aku. Bluekk.. ehh yang aku marah-marah ni kenapa. Segera aku mengangkat tangan menahan teksi. Perut usah cakaplah, dah berdang dut. Ni semua Tuahlah punya angkara.

“Sini ya, pak cik. Terima kasih.”

Aku mengambil baki. Aku melangkah ke gerai kegemaran kami. Adik pun suka nasi ayam kat sini. Hai melepaslah kau Tuah, aku ingat nak belanja kau makan kat sini.

“Along!”

Ha dah agak dah. Apa yang aku nak makan kau pun makan jugak dik. Aku membalas lambaian adik. Pemuda di sebelahnya tersenyum malu. Eleh aku dah tahu korang couple. Apa nak dimalukan lagi.

“Ha.. makan la.. apa tengok Along..”

“Bukan along ada date dengan Tuah ke tadi?”

“Yalah. Tu yang Along bengang sangat ni.. bos tu meeting dah tahu pukul 5 dibentang lagi agenda baru. Ops, sori termengumpat pulak..”

Adik tergelak sambil menjeling pemuda di sisinya. Sesekali aku cemburu dengan adik. Semua dia ada, cantik, kerja best, pak we hensem, kaya pulak tu.. romantik lagi…

“Along keluar sambil berlari-lari ni sebab lewat.. tup-tup makan asap. Tuah tu baru je blah. Tak menyabar.”

“Rilek lah along. Agaknya dia dapat panggilan kecemasan kot..”

Aku mengangkat bahu.

*****

Tuah menyikat rambut. Nak tak nak, janji mesti dikota. Lagipun dia yang beria-ria mahu berjumpa. Bukannya apa, dia rasa tak adil jika hanya dia tahu hakikat Masala yang menjadi teman chatnya selama 4 tahun telah ditemui malah mereka telah berkawan rapat kebelakangan ini, sebelum hari jahanam itu tiba… namun dia bersalah pada gadis itu. Dia tak sanggup berlakon lagi. Nina mesti tahu hakikat yang sebenar kerana Tuah sudah pun menerima kenyataan. Impian Tuah untuk menyatukan Masala dengan Tosai gagal. Nina sudah ada pilihan hati yang sepadan dengannya.

**********

“Hai Nina…”

Aku terperanjat. Buat apa di kat sini. Kacau lah dia ni.

“Maaf saya tunggu orang…”

“Pak we ke?”

Aku mengerut dahi.Dah start lah tu.. aku mengerling jam. Dah pukul 3 suku. Mana si Tosai ni. Tipu aku ke?

“Kalau ya pun apa kena mengena dengan awak…”

Aku bersuara pedas. Memang. Marahku masih belum surut. Dahlah blah cam tu je.. tak say sorry pun. Tak call. Siapa tak bengang. Ops.. lupa, aku bukan awek dia.

Tuah tersenyum nakal. Dia menarik kerusi di sebelah ku. Aku makin serba salah. Apa kata Iskandar nanti bila tengok di sisiku ada orang lain. Agaknya dia dah lama sampai kott tapi segan nak tegur.

“Awakk.. duduk jauh sikit boleh tak.. nanti kawan saya takut nak tegur..”

“Apa nak takut.. kalau saya jadi dia siapa pun saya tak takut, demi cik Nina yang manis.”

Aik.. lain macam je budak ni. Penyakit gila masa accident hari tu belum kebah lagi kott.

“Tapi heran la cik Nina.. macam mana orang tu boleh ajak jumpa sedangkan dia tak kenal satu sama lain. Baju pun tak janji nak pakai baju apa. Hairan ya? Macam mana Masala boleh kenal dengan Tosainya?”

Muka aku bertukar biru. Nak pitam… mak.. siapa orang ni..

“Nina? Aiseh.. jangan la pengsan. Gimik sikit je takkan tak tahan kot.. Selamat berkenalan… saya Tosai..atau nama sebenar Tuah Iskandar bin Izhar.”

Mak.. aku nak nangis.

“La.. kenapa sebik je…”

Tiba-tiba aku mendapat semangat. Aku tak kira apa nak jadi jadilah. “OO selama ni awak tipu sayalah! Sampai hati awak buat saya macam ni…menyesal saya kenal awak tahu tak???” Aku separuh menjerit. Tuah ternganga dengan tindakan ku. Itupun dah kira okey, ikutkan hati aku, aku hempuk je kat situ. Seronok agaknya mempermainkan aku. Agaknya setiap hari dia gelakkan aku. Dasar jantan.

“Nina..”

Aku melangkah pantas. Entah kenapa airmata aku bercucuran. Perasaan bercampur baur. Sedih, benci, geram… tapi ada terselit gembira di situ. Tak sangka Tuah orangnya yang menjadi temanku selama bertahun-tahun. Terima kasih Tuah. Terima kasih kerana sudi mempermainkan aku.

“Nina..”

Aku menepis tangannya.

“Kenapa marah-marah ni?”

“Kenapa tipu saya? Seronok mempermainkan perempuan ya? Apa awak ingat awak hensem sangat semua pompuan terkejarkan awak. Yes.. saya mengaku saya termasuk dalam golongan bodoh tu. Puas hati?”

Aku membeliakkan mata. Biar dia tengok biji mata aku ni yang merah sebab kebodohan aku. Tuah tergamam. Aik kenapa diam. Gelak lah puas-puas..

“Abis Nina tu, tak mempermainkan perasaan saya?”

Apa pulak budak Tuah ni merapik. Saje lah tu cover kesalahan sendiri. Biasa lah lelakikan ego.

“Ooo.. mengaku sukakan saya tapi, Jebat jugak yang dikepit setiap masa. Awak ni apa ha? Playgirl ya? Kalau ya pun awak couple dengan adik saya, jujurlah sikit…”

Renungan tajam Tuah buat aku nak meraung. Apa nih fitnah aku.

“Awak dah gila ekk..bila pulak saya couple dengan Jebat… tuduh biar ada bukti..”

“Baik.. biar saya call Jebat sekarang. Hari ini awak kena buat pilihan. Saya tak mau kami adik beradik bergaduh pasal awak!”

Nina.. tenang.. tarik nafas…Aku memerhatikan dalam-dalam. Di tangannya tergenggam Nokia biru. Dah bersedia untuk menekan button call. Bila Tuah nampak aku berkepit dengan Jebat.. Mission Impossible… otak fikir cepat..

“Bila awak nampak saya dengan Jebat berkepit ha.. setau saya kami pergi lunch tu selalu tapi tak de lah lebih-lebih sebab Jebat tu kan..”

“Cukup. Nak tipu lagi tu. Abis tu minggu lepas masa saya tunggu awak kat depan opis tu, awak kantoi bermesra-mesraan dengan adik saya. Dah saya pangggil awak buat tak tahu… macam tak kenal. Sapa tak bengang?!!!”

Aiseh. Dah agak. Aku menepuk dahi.

“Baiklah Tuah. Adik awak si Jebat Taufiq tu memang memang couple dengan Riznina.”

“Haa mengaku pun…”

Aku renung wajah Tuah yang merah. Marah lagi ke? Alah misunderstood sikit je.

“Tapi saya suka kan awak..”

Aku tersengih nakal. Air muka Tuah berubah. Haa.. pening la tu.

“Tak.. saya tak sanggup buat adik saya terluka sebab perempuan. Saya terima awak sebagai bakal adik ipar. Awak sempurna di mata dia. Jangan kecewakan Jebat, Nina.”

“Tapi Tuah.. kalau ada dua Riznina?”

“Jangan cakap benda yang mustahil..”

Aku menghulur wallet aku pada Tuah. Dia ternganga. Aku tersenyum sebab berjaya kenakan dia. Yess… seri satu sama.

“Nih adik saya Sara Riznina.. saya Fara Riznina binti Zulkifli. Puas hati?”

Giliran Tuah menepuk dahi. Matanya terpegun melihat gambarku berpelukan dengan adik.

“Awak kembar?”

“Yes.. kenapa? Ada masalah…”

“Kenapa tak cakap awal-awal…”

“Awak tak tanya..”

Aku tergelak kecil. Tuah tersenyum sambil menarik hidungku.

“Nakal..”

“Awak yang ajar..”

Aku tersengih lagi melihat Tuah tergeleng-geleng.

“Habis tu mana kita melantak tosai. Nak pergi sana balik dah malu..”

“Tak pe.. Tuah bawak ke satu tempat yang lagi best dari makan tosai..”

Aku mengerut dahi. Tuah mengheret aku ke kereta.

“Ke mana Tuah?”

Aku tengok dia serius semacam je masa drive.

“Rumah Tuah. Tak sabar nak kenalkan bakal menantu mama dan papa Tuah.”

“Tuah!!! Tanakkkk….”

Label:

posted by Tanpa Nama @ 4:26 PTG   19 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group