Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Atuk paksa Ain! Kenapa Ain ikut. Sebab atuk sakit. Mak Usu kata atuk cuma nak tengok Ain kahwin dengan abang Izham. Ain takut... . Sue manarik Ain ke dalam pelukannya. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditanggung oleh teman baiknya itu. Achik dah tahu? Ain menggeleng. Achik sibuk, Milia buat kes lagi. Ain... .. Ain merapatkan diri Sue ke dalam pelukannya. Tangis dihamburkan ke bahu teman baiknya itu. Semalam Ain tertidur dalam kesedihan. Bingkai gambar arwah abah dan mamanya dipeluk erat. Enci Zakri dan Puan Hasnah terkorban dalam perjalanan ketika di Norway. Ketika itu Ain masih baru menuntut di kolej, dalam tahun pertama. Dugaan datang bertimpa-timpa, Datuk Karim menanggung segala kos hidup Ain. Malah Ain lansung tidak mengetahui tentang harta-harta dan surat abahnya. Ketika peguam abahnya datang membacakan wasiat. Ain masih bersedih. Baginya kehidupan semakin kosong. Ain... ..Achik datang. Ain terkejut. Kau suruh dia datang, Sue? Tajam Ain memandang Sue. Sue menggeleng. Ain terus menyembamkan muka ke bantal. Ain tak nak jumpa dia. Tapi... .Dia nak jumpa sangat-sangat dengan kau. Takk... .Nanti dia tengok keadaan Ain macam ni. Ain tak nak dia syak apa-apa. Kau ada hati dekat Achik ya? Sue menyakat. Ain pantas bangun mencapai sweater dan tudungnya. Lantas keluar mendapatkan Firdaus. Sebaik Ain melabuhkan punggung di kerusi batu berhampiran Firdaus. Milia nak putuskan hubungan, Ain. Ain tersentak, nyata Firdaus juga mempunyai masalah sendiri. Bila?! Tadi dia minta, katanya dia sebenarnya dah ada buah hati. Dia layan Achik sebab dia tak nak Achik ‘frust’. Ain tersenyum, telah lama dia cuba memberitahu status Mila yang sebenarnya pada Firdaus. Namun Firdaus tak pernah mempercayainya, baginya Mila tak mungkin menipunya. Sabarlah, Chik. ‘Bunga’ bukan sekuntum. Tapi... Milia lain. Apa yang lainnya, Achik? Semalaman Ain melayani luahan hati Firdaus, luahan kecewanya dengan sikap aweknya, Milia. Sebaik Ain masuk ke rumah sewanya. Sue masih menanti. Achik putus dengan Mila, Sue. Kau tak beritahu dia masalah kau. Argh! Bukannya penting sangat. Biarlah, masa yang tentukan semua tu. Tubuh dibaringkan ke tilam. Sampai bila kau nak jadi ‘pak turut’ Achik tu. Bila dia sedih dia cari kau. Tapi kau?!! Bila kau bermasalah, kau cuba jauhi dia. Tak terasa ke kau ni Ain? Luahkan apa yang kau alami tu pada orang sekitar kau. Aku tak sanggup tengok kau ketawa dan ceria. Tapi... .Tapi hati kau? Tak sapa tahu dan faham. Kau dah jemu dnegan kisah hidup Ain, Sue?! Ain sukar nak percayai orang lain kecuali kau. Ain tak pernah sedih, tak pernah hati ni terasa. Bila Ain luahkan apa yang Ain alami ni pada Syuhairah, hati ni jadi gembira balik. Sebab tu Sue berharga dalam hidup Ain. Ain memeluk Sue seerat mungkin. * * * Maaflah, Chik. Hari ni ada ‘date’! Ngan sape?? Pakwe lah, takkan nak date ngan makwe lak. Allo! Cik abang!!! Kita ni normal lagi tau. Ain mengusik Firdaus dengan gelagatnya. Ain... . Sorry! Merry!! Sungguh lah kita takleh temankan awaklah. Sue! Mehlah nak tumpang pun, sebab Ain pun nak balik rumah sewa jap. Sebuah Honda BEW 11, menyusur masuk ke dalam kawasan kampus. O.k! Achik, Ain chow kit dulu eh... . Ain dan Sue berlalu masuk keperut kereta Honda berwarna silver yang setia menanti di kawasan kampus. Ain dan Sue melambai mesra pada Firdaus. Tiba-tiba, bedebuk! Ain!!! Firdaus menahan tawa melihat Ain tersungkur jatuh tersepak benteng di tepi jalan. Seorang lelaki yang segak dengan jeans dan t-shirt Polo keluar mendapatkan Ain. Mesra. Firdaus gelisah dengan kehadiran lelaki itu di sisi Ain. Sue hanya memerhati dengan senyuman. Firdaus berlalu pulang ke rumah. Entah kenapa Firdaus tiba-tiba berubah angin. Sue!!! Ain sampai ke rumah tika malam makin lewat. Dia dah ada makwe. Ain memeluk Sue. Anehnya Ain bersikap tenang. Kau kena beritahu atuk kau, Ain. Takk... ..Kami akan buat perjanjian minggu depan. Kak Tiha, girlfriend abang Zam akan datang ke sini. Kami akan sama-sama berbincang. Masa tu? Kau nak pergi sendiri? Ain? Ain mengangguk. Baik kau ajak Achik. Achik?!! Ya... . * * * Macam mana Zam nak lupakan Tiha? Zam sayangkan Tiha. Zamri memandang gadis pujaannya yang masih tenang menghadapnya. Tapi... .Zam tak boleh kecewakan hati keluarga Zam. Hati atuk Zam, dan hati Idlal Amnah. Dia tak salah. Memang Amnah tak salah, tapi Zam tak tahu kenapa Zam yang kena beralah dengan atuk. Zam perlukan Tiha. Fatiha menggeleng kepala, lucu dengan sikap Zamri. Tiha tak percaya?! Kalau boleh malam ni juga Zam nak kahwin dengan Tiha. Zam... .Dengar ni. Fatiha cuba bertegas. Zamri memandang akur pada Fatiha. Sekarang Zam di pertengahan, Tiha tak kisah siapa yang Zam pilih. Asal Zam boleh pilih yang terbaik. Tiha akur dengan keputusan Zam. Tiha tak sayangkan Zam? Zam... .Tiha tak pernah kata Tiha tak sayangkan Zam. Tiha sayang Zam, tetapi sayang Tiha pada Zam hanyalah sayang seorang kawan. Zam pun tahu, kan? Zamri mengangguk. Satu penyeksaan baginya andai Fatiha hilang dari hidupnya. Namun, begitu juga dengan kehadiran Idlal Amnah disisinya. Kedua gadis itu begitu serasi dengan jiwanya. Dia ingin memiliki keduanya. Zamri termenung seketika teringat tentang perbualan telefon bersama Idlal Amnah sejak mereka di tunangkan. Malah tawa, gurauan dan suara Idlal Amnah begitu menyenangkan jiwanya. Begitu juga Fatiha, cara dan perlakuan Fatiha melambangkan kesempurnaan. Malah Fatiha cukup bersopan. Cuma Datuk Karim sahaja yang buta menilai diri Fatiha yang lembut dan cukup sempurna itu. Mungkin kerana mata tua Datuk Karim terlebih tertumpu pada kesempurnaan yang ada pada cucu perempuan tunggalnya, Idlal Amnah. Fatiha dan Amnah, tiada perbezaan di antara mereka. Malah jika dipandang dari sudut agama sekalipun. Mereka boleh dijadikan contoh. Biarpun Idlal Amnah dikelilingi dengan budaya kampus di tengah-tengah kota. Namun, tak pernah sekalipun Idlal Amnah keluarkan sesuatu yang menyakitkan hati Zamri, begitu juga dari segi berpakaian. Idlal Amnah lebih senang berbaju kurung dan bersederhana. Zam... .Tiha balik dulu. Zam fikirlah sebaiknya. Lagi 3 hari kita kena temui Idlal Amnah. Tak sabar Tiha nak bertemu dengannya. Mesti dia seorang yang sempurna, kan? Sampaikan Tiha tengok Zam pun boleh khayal tentang Amnah walaupun Zam tengah ‘date’ dengan Tiha. Tiha pergi dulu, Zam. Assalamualaikum. Sekuntum senyuman manis di hadiahkan pada Zamri sebelum Fatiha berlalu. Waalaikumsalam. * * * Kata tak suka!!! Tapi tengoklah! Achik... . Apa Achik..Achik Ain buat Achik ni dah tak bermakna lansung untuk Ain ye. Ain ingat Achik ni takde hati perut ke?! Firdaus menghempaskan handset ke sofa. Sejak akhir-akhir ini, Firdaus semakin rasa tersisih dengan sikap Ain. Puan Zaini. Dia sendiripun hairan, Firdaus kerap marah-marah, kadang-kadang bukan Puan Zaini saja yang perasan, malah adik-adiknya pun turut sama pelik dengan perangai Firdaus. Kenapa Achik tu, bu? Fatin bertanya bila terkejut melihat perangai adiknya. Entahlah, Ngah. Ibu pun hairan. Sejak akhir-akhir ni pelik benar perangai Achik tu. Angah nak ke mana tu? Dapur jap, bu. Tolong ambilkan jus untuk ibu boleh? It’s your pleasure, ibu... . Sebaik Fatin melangkah ke dapur, Puan Zaini mencapai handset Firdaus yang masih tersadai di sofa. Tangannya menilik menu untuk melihat siapa punca amarah Firdaus. Bu, air ni. Terima kasih, Ngah. Angah, ibu nak tanya sikit. Fatin duduk disebelah ibunya. Achik gaduh ngan Ain ke? Taklah, bu. Mana boleh Achik gaduh ngan Ain tu. Ibu tahu tak, dia ngan Ain tu macam isi dengan kuku tau. Tak boleh berenggang lansung. Iyalah, cuba Angah tengok ni. ‘Last dialled’ nombor Ain kan. Pastu dia marah pun lepas berbual di talian tadi, kan. Iyalah bu. Tapi... . Takpelah nanti kalau Angah jumpa Ain, Angah tanyakan ya. Ibu jangan risaulah. Ibu bukan apa, Ain tu anak yatim piatu. Tak baik kalau kita sakitkan hati dia. Kita yang berdosa. Lgipun dia tu sebatang kara. Takde sapa yang boleh dia mengadu selain kita, kan. Fatin mengangguk, memang Fatin akui Puan Zaini cukup berlembut dan menyayangi Ain. Malah kadang-kadang timbul rasa irihati pada Ain bila kedua orang tuanya lebih mendahului Ain. Fatin juga turut menyayangi Ain sebagai adiknya. Malah seluruh ahli keluarganya menyenangi gadis malang itu. Fatin bangun meninggalkan Puan Zaini, hatinya meronta-ronta untuk menjenguk ke bilik Firdaus. Daun pintu yang tidak ditutup rapat membolehkan Fatin menjenguk seketika. Firdaus sedang berteleku di meja tulisnya. Kenapa ni, Chik? Firdaus mengangkat muka melihat Fatin. Achik tak sihat ya? Firdaus menggeleng, mukanya diraup beserta satu keluhan lemah. Habis?! Gaduh ngan Ain. Achik... Achik... ..Achik takut kehilangan Ain. Firdaus meraup barang-barang di atas meja tulisnya dengan kasar. Fatin terkejut. Firdaus benar-benar marah. Fatin menanti reaksi Firdaus seterusnya. Firdaus bangun kasar sambil menyepak barang-barang yang berteraburan dilantai. Kemudian Firdaus terduduk lemah. Kenapa pulak Ain nak tinggalkan Achik. Kak Ngah tak faham. Memanglah Kak Ngah tak faham!! Lagipun Kak Ngah bukan duduk di tempat Achik. Siapa pun tak faham!!! Malah Achik sendiri pun tak faham!!! Kenapa Achik punyai perasaan begini pada Ain! Firdaus ketawa kasar. Ternyata Firdaus seolah-olah orang yang sedang kecewa. Fatin memujuk lagi, ingin mengetahui cerita sebenar tentang Ain. Kenapa Firdaus Halimie yang akak kenal boleh jadi selemah ini hanya kerana seorang gadis macam Ain?! Achik bukan lemah, Kak Ngah. Tapi Ain yang lemah. Kenapa dia mesti pertaruhkan hidup dia. Hanya kerana dia hormatkan keluarga atuknya. Yang lansung tiada pertalian darah! Kenapa Achik boleh berkawan dengan orang sebodoh Ain!! Achik!! Listen to me! Apa lagi Achik nak dengar, kak?!! Apa lagi? Ain dah hilang Ain, kerana harta Ain dijadikan taruhan. Achik benci dengar cerita ni dari Sue. Tapi... Tapi... Kenapa Ain masih boleh bereaksi gembira dengan Achik. Kenapa dia tak jauhkan diri dari tunangnya tu. Achik benci bila lihat Ain perbodohkan dirinya sendiri!!! Fatin menggeleng. Kalau benar Achik ni kawan Ain. Kenapa dia tak kongsi keperitan dan penderitaan yang dia tanggung tu dengan Achik. Siapa Achik di matanya, kak? Bila Ain bertunang?! Akak tak tahu pun. Dan kenapa?! Kak Ngah... ... Panjang kisah Ain tak kita tahu, kan? Kalau benar Ain nak anggap kita keluarganya, kenapa dia tak luahkan pada Achik, pada ibu atau pada Kak Ngah sendiri. Itu sebab Ain tak anggap kita keluarga dia. Jangan cepat menuduh, dik. Achik tak menuduh. Tapi Achik kecewa, akak tahu tak? Tiap malam Ain berendam airmata, sedih kenangkan hidupnya, tapi bila dengan Achik dia ketawa riang. Bila jumpa Kak Ngah dia tersenyum manis. Kita tak tau... Kita tak tahu sekarang dia tengah berduka. Tiap kali dia keluar dengan tunangnya, diherdik, dimaki dan macam-macam lagi lelaki keparat tu buat dekat Ain. Tapi Ain tetap keluar dengan dia. Tak pernah serik. Ain buat Achik makin benci pada dia. Hari ni pun Ain keluar dengan Zamri tu. Siapa tunang dia tu? Zamri Iskandar! Cucu kepada Datuk Karim. Tok!!! Tok!! Puan Zaini terjengul di pintu, dengan lelehan airmata. Achik, Sue telefon. Ibu?! Ibu dah dengar semuanya. Achik jawab call ni dulu. Firdaus pantas mengambil handsetnya dari tangan Puan Zaini. Ya allah!! Binatang punya Zamri! Belum sempat dihalang oleh Puan Zaini dan Fatin, Firdaus berlalu meninggalkan rumah dengan kereta Fatin. * * * Binatang!!! Buk!! Firdaus melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada Zamri. Kalau kau nak bunuh Ain! Langkah mayat aku dulu!!! Kau dah silap, tu bukan ... .bukan salah aku. Bukan salah kepala hotak kau!!! Aku tengok!!! Macam mana kau tampar Ain tadi, lepas tu Ain berlari keluar dari kereta kau. Mata aku tengok macam mana kau buat Ain. Aku tahu dari dulu kau bencikan Ain. Kau mainkan perasaan dia. Binatang apa kau ni hah?! Sabar, Sue... Sabar Sue... . Liza cuba mententeramkan Suhaliza yang terus meronta menyerang Zamri. Suhaliza terusan meraung. Mana Ain?! Pertanyaan Firdaus membuatkan Sue terdiam. Hanya Liza yang menjawab. Masih kat dalam, dah 2 jam Chik. Kalau apa-apa jadi pada Ain, aku bunuh kau!! Mereka menanti dengan penuh debaran sehinggalah keluarga Datuk Karim bersama Mak Pah tiba ke hospital. Atuk... .Zam nak atuk terus terang dengan Zam!! Siapa Amnah dalam keluarga kita! Biadap! Kenapa kau tanya atuk kau macam tu. Encik Fazli menegur anak sulungnya dengan kasar. Memang... .Memang Amnah bukan cucu kandung aku! Ya!!! Dari dulu lagi Zam tahu, Amnah anak luar nikah Mak Long Hasnah dengan Pakcik Zakri. Pang!! Masing-masing terkejut Isabella menampar anak saudaranya. Amnah adalah zuriat suci Kak Hasnah dengan Abang Zakri. Kamu jangan memandai. Mak Su tahu hal ni. Sudahlah tu, Bella! Betul kata Zamri tu. Pertelingkahan keluarga Datuk Karim terhenti serta-merta bila pintu bilik kecemasan dibuka. Seorang pesakit dikeluarkan dengan kesan balutan dibahagian kepala, muka dan kedua belah tangannya. Masing-masing menyusur pihak hospital menolak troli Ain ke wad. Macam mana kawan saya, doktor? Maaf, dik. Kawan adik mungkin alami kecederaan parah pada mukanya. Dan... .besar kemungkinan dia akan lumpuh. Ya allah! Kenapa kau timpakan bala ni pada Ain? Sue teresak di bahu Liza. Firdaus masih terpempan dengan pengakuan doktor. Puas hati korang semua, kan? Hah!! Tunggu apalagi, baliklah!!! Sekarang Ain dah cacat! Achik!! Zaid menenangkan Firdaus. Hah!! Binatang!! Puas hati kau, kan? Selepas Ain dimasukkan di wad, Firdaus menghalang langkah keluarga Datuk Karim. Zaid masih memegang Firdaus yang semakin menggila. Jangan harap aku nak beri kau sakitkan Ain lagi! Berambuslah!!! Berambus dari sini!! Hei budak!! Amnah tu cucu aku, kau jangan main-main tau. Aku boleh saman perbuatan kau ni. Datuk Karim bersuara. Hei orang tua!!! Sedar sikit! Tak pernah wujud dalam mana-mana bahagian dalam nama Ain tu tercatat nama anak kau sebagai ayahnya. Mana kau tahu hah?! Encik Fazli mulai berang. Pertelingkahan mula berlaku. Cukup!!! Achik, kamu nak jadi apa hah? Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni. Kedatangan keluarga Encik Lotfi mengejutkan mereka semua. Ibu... ..Ibu... .Tak tahu semua ni! Siapa kata ibu tak tahu? Ain pun anak ibu juga. Ibu kenal keluarga Ain. Takk... .Tak mungkin... . Iya, Achk. Puan Zaini kenal keluarga Amnah. Masing-masing terpaku, bila muncul seorang pemuda bersuara. Awak siapa?! Saya?! Atuk tentu kenal saya, kan? Mak Usu, Pak Long dan Mak Long pun. Saya Afiq, Afiq Zainal Ikmal. Anak kepada arwah Ikmal. Afiq?! Isabella menerkam memeluk Afiq, hampir 23 tahun dia mencari keluarga kakak iparnya yang ditinggalkan oleh Abang Ngahnya, Ikmal. Dia sendiri pun seolah-olah hampir berputus asa, dia sayangkan kedua-dua anak saudaranya yang lahir dari perkongsian hidup Ikmal dan Kalsom. Alia Zarith dan Afiq Zainal, semuanya menghilang selepas Kalsom memohon perceraian dari Ikmal, selepas itu Ikmal ditimpa kemalangan selepas 3 bulan berumahtangga dengan Hasnah. Kemudian Hasnah berkahwin lain, dengan Zakri. Maka hasil dari perkongsian hidup Hasnah dengan Zakri, Ain di lahirkan. Ya, Mak Su. Rindu benar Afiq nak jumpa Mak Su. Tapi... .Umi tak kasi kami pulang ke Malaysia. Umi tahu dendam atuk pada Umi tak pernah padam. Mana kamu menghilang selama ni? Kami perdagangkan nasib kami anak-beranak atas harta milik Idlal Amnah. Di Jerman, uncle Zakri dan aunt Hasnah yang turunkan nama umi sebagai penjaga kepada Amnah. Tapi kami tak berpeluang nak jaga dia, cuma segala tentang Amnah umi tahu dari beberapa orang rakan Amnah dan orang suruhan umi. Amnah tu cucu aku!! Datuk Karim bersuara kasar. Takk... Amnah bukan cucu atuk, tapi... Amnah anak uncle Zakri dengan aunt Hasnah. Dia dilahirkan hasil dari perkongsian hidup yang sah. Mungkin masing-masing tak tahu hal ni. Lagipun dalam wasiat yang uncle Zakri berikan pada saya untuk diuruskan, ada keterangan yang sahihkan bahawa Ain Zikrulah adalah anak kandungnya. Dan nama Amnah Idlal yang dipilih oleh Datuk Karim untuk Amnah memang sah dari segi undang-undang untuk diterima. Ini kerana nama tu memang berbintikan uncle Zakri. Sebelum kita bercakap panjang lebar disini, mari kita ke kafe. Tak elok kita huru-harakan keadaan wad ni. Lagipun Amnah masih tak sihat, kan? Datuk?! Encik Lotfi bersuara.
Hampir 5 tahun segalanya berlalu, tapi semuanya masih segar menyapa diminda Firdaus. Sejak dari peristiwa itu, Firdaus terus membawa diri jauh ke rantauan orang. Tika itu hatinya tidak dapat menerima pengorbanan seorang gadis yang amat akrab dengannya. Firdaus meraup tangan ke muka. Berkali-kali kekesalan menjengah hatinya. Airmata yang bertakung dikelopak mata, dikesat kasar. Kerana peristiwa dan kejadian itu dia menjadi manusia lemah. Dia sanggup menumpahkan airmata demi seorang gadis Peristiwa itu berlabuh lagi dimindanya. * * * * Kesibukan memasuki semester akhir di dalam fakulti Teknologi Maklumat di kampus, membuatkan Firdaus dan teman-teman lain kehilangan peluang untuk berseronok seperti sebelum ini. Amacam result kau?? Mesti gempaq kan. Kau kan ‘best-student’ course ni. Kepala hotak kau!! Banyaklah ‘best-student’ ya. Dapat pointer pun sipi-sipi je. Ada hati kau nak gelarkan Ain ni ‘best-student’ ya. Alah, ‘cool’ lah. Tengok achik ni. Tenang je tau. Dapat result sipi-sipi ke? Tengah-tengah ke? Bawah ke? No hal punyer... Asal achik boleh bersama Ain. Firdaus terus mengusik Ain. Dagu ditongkatkan dengan tangan sambil mata dikenyitkan berkali-kali kepada Ain. Mengusik si teman yang masih kerisauan dengan keputusan pepriksaan yang agak jatuh berbanding sebelum ni. Apa nak jawab ngan atuk Ain ni. Alah, perkara senang camtu pun nak suruh kami fikir!! Senang je! Dah takdir kau dapat ‘result’ gitu. Itupun susah. Patutlah ‘result’ kau jatuh ya. Lembab pemikiran. Zaid menyampuk, setelah agak bosan melayani karenah Ain, Liza dan Syue. Orang perempuan ni memang agaknya dilahirkan macam korang ya. Gelabah tak tentu pasal. Dahlah tu, pelupa, cakap banyak dan boros. Dah azali ke perangai korang macam tu. Alah Zaid ni, apesal kau tak tanya masa kite duduk dalam rahim mak kiter lagi eh! Boleh gak sebelum Syue keluar dari perut mak tu. Syue tanya pada Tuhan dulu, kan. Hisy!! Budak ni, main-main benda camtu. Berdosa tau. Serentak dengan itu Liza menepuk bahu Syue kasar. Nauzubillah! Ni Zaid punya pasal lah ni. Jangan nak tuding jari kat aku lak. Ada aku ajar kau kata camtu. Ada ke dia buat dosa nak ajak aku tanggung dosa dia sama-sama. Pelik!! Korang berdua ni selalu je gaduh. Apesal hah?! Ke ada apa-apa ni?!!! Firdaus mengusik. Jom gi cafe!! Ain lapar. Astaghfirullah! Ain tadi masa nak mari kolej baru kite ‘breakfast’ kan. Perut ape kau ni, hah?! Nampak je kecik, tapi makan mengalahkan Syue lagi. Habis?! Kenapa tanya aku lak!! Ni!! Tanye lah perut ni. Perut... Perut... Apesal kau cepat sangat lapar hah? Ain memegang perutnya. Firdaus menggeleng kepala memandang Ain yang hanya bersahaja. Ranting di tangan dilontar ke arah Ain. Geram dengan sikap Ain yang suka berlawak spontan. Dahlah tu, jomlah! Sakit hati aku tengok kalau Ain ni buat lawak bodoh dia tu. Liza cepat-cepat bangun mengangkat punggung. Manakala yang lain turut mengikut. DI kafetaria, selepas mengambil makanan masing-masing. Mereka mencari tempat yang agak jauh ke belakang. Achik... ..Achik... ... Hisy!! Apalah, Syue ni. Sedap aje Syue tengok air achik tu. Firdaus cepat-cepat menghulurkan minumannya yang masih berbaki. Achik, meh sini makaroni tu, biar Ain habiskan. Ya allah! Biar betul kau ni, Ain. Memang sah perut gajah ni. Zaid... .. Masing-masing hanya ketawa bila melihat Ain beberapa kali cuba mengusik Zaid. O.k! O.k! Aku ‘surrender’... ..Aku nak masuk kelas lah. O.klah, jenuh aku layan korang semua. Aku ada kelas, so aku ‘chow’ dulu. Liza pun. Ain pun ada kelas tapi rasanya Encik Suhaimi tak masuk kot. Malas. Tak payah gi lah Ain, Achik pun malas. O.klah!! Korang gi lah kelas ya. Semoga berjaya!! Ohh... .Merepek kau ni, Ain. Ada je. Kau Sue! Jomlah!! Takkan kau pun malas, nanti keliling Encik Zamri cari beruang comel dia ni. Sebab tak masuk kelas. Cepatlah. Liza menarik Syue. Tinggallah Ain dan Firdaus bersendiri. Achik... ..Lama Ain tak jumpa ibu lah. Rindu lak. Ain bersuara sambil mengigit ‘straw’ di mulutnya. Jom gi rumah aku. Aku ada cerita ‘hot’ ni. Banyaklah kau!! Selalu kabor kat Ain camtu. Ingat dekat ke? Dekatlah achik ajak ni. Ada gambar baru! Minggu lepas abah ada beli arnab tahu. Untuk ‘boy’ Bukannya jauh pun rumah sewa kau tu. Selang 2 buah rumah je ngan rumah achik. Malam ni bleh? Amboi! Amboi! Banyaklah, assignment baru dapat tadi. Dah ajak Ain melencong ya. Macam mana Achik ngan Milia?! Firdaus tersengih, sesungguhnya dia bahagia dengan gadis pujaannya, Milia. Yang juga merangkap sebagai teman wanita istimewanya. Bila dengan Ain, Firdaus sanggup meluahkan segalanya dan menceritakan segalanya pasal Milia. Ain pendengar yang setia, Ain jugalah kaunselor terbaik bagi Firdaus bila dia mempunyai masalah dengan Milia. Ain jugalah tempat dia mengadu segala-galanya. Eh!!Mengelamun lak dia ni. Jom gi ‘library’. Nak cari note sket. Jomlah. Ops!! Achik tengah bahagia sekarang. Oh! Lupa Achik nak kasi tahu, Ain. Abah beli ‘tudung’ untuk Ain. Achik lupa nak bawa. Siap ada tulis nama Ain lagi tahu. Betul ke? Sayang abah kat Ain eh! Iyalah tu, anak abah pun ada gak sayang kat Ain. Tapi takde duit nak beli hadiah mahal-mahal cam abah beli tu. Hii... ..Sukernya ramai orang sayang kat Ain ya. Kalau dari dulu Ain tahu achik sayang gak kat Ain. Ain nak suruh Achik beli ‘bear’ besar kat Mid Valley dulu tu tau. Tu malas nak sayang Ain tu. Banyak sangat karenahnya. Tak baik tau, buruk siku sebab tarik balik ‘sayang’ tu dari Ain. Ada ke benda gitu boleh jadi buruk siku lak. Peliklah dia ni. Hah! Ikut suka kau lah. * * * Comelnya, terima kasih, abah. Ain berkali-kali mengayakan selendang yang diberi oleh Encik Lotfi kepadanya. Puan Zaini hanya tersenyum dengan keletah anak angkatnya itu. Abah tahu, kalau Ain pakai selendang ni memang cantik punya. Encik Lotfi bergurau sambil matanya tidak lepas-lepas memandang anak angkatnya yang berkali-kali berpusing-pusing mengayakan selendang yang diberikan olehnya sebentar tadi. Pertama kali dia dan isterinya melihat Ain, hatinya sudah jatuh hati. Setiap kali Firdaus mengajak Ain bertandang ke rumah mereka, gadis itu tidak betah untuk bermesra dengannya sekeluarga. Hampir 3 tahun Ain ‘hidup’ dalam keluarga Encik Lotfi. Segala-galanya menyenangkan hati semua ahli keluarganya. Malah kelima-lima anak lelakinya senang bila Ain berada di rumah mereka. Ain sudah dianggap seperti anak gadisnya sendiri. Abah... .Terima kasih. Ain suka sangat hadiah abah bagi ni. Ain tidak pernah meminta apa-apa dari keluarganya, malah Ain lah yang telah memebrikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Semua anak-anaknya menyayangi gadis itu. Ain dipeluk erat oleh Puan Zaini. Ibu dengan abah ni kalau Ain datang. Achik terus tak sedar, ada ke tidak. Tu yang achik malas nak suruh Ain datang tu. Firdaus mencelah. Cuba bergurau, hatinya sennag bila seluruh ahli keluarganya menumpahkan kasih sayang pada teman kampusnya itu. Baginya Ain layak untuk menerimanya. Sepanjang kenali Ain, Firdaus sudah jatuh sayang padanya. Sikap Ain menyenangkan sesiapa saja. Tak pernah sekalipun Firdaus melihat Ain menangis atau bermuram sepanjang mereka berkawan. Ain seorang teman yang begitu istimewa, namun dia tidak faham mengapa dia tidak pernah jatuh cinta pada Ain lebih dari seorang kawan. Firdaus takut Ain hilang dalam hidupnya. Ain penting dari segala benda yang dmilikinya. Ain seolah darah dagingnya sendiri. Achik... . Encik Lotfi menepuk bahu Firdaus selepas Firdaus terdiam beberapa ketika. Merajuk ke? Buruknya kalau anak teruna ni merajuk ya. Mana abah tahu nama penuh Ain ni? La... Ni abah ada ‘assistant’ lah. Nombor surat beranak Ain pun dia tahu. Kenapa orang panggil nama Ain, tak panggil Amnah??.. Abah... .Kejap!! Belum sempat Encik Lotfi meneruskan kata-kata. Firdaus memanggil. Encik Lotfi meminta diri, ketika Encik Lotfi berbual-bual dengan Firdaus. Ain meminta diri untuk pulang. Encik Lotfi masih asyik mendengar percakapan Firdaus, sesekali Firdaus menjeling Ain yang bergegas mengambil beg sandangnya untuk berlalu pulang. Ain!!! Sebaik kaki Ain melangkah mendapatkan ‘bike’ nya. Firdaus segera mendapatkannya. Hei!! Kenapa tak ambil hadiah abah kasi tu? Nantilah... Ain ambil petang nanti. Ain nak gie Cyber cafe jap. Achik ikut!! Tak yahlah, Ain nak lekas ni. Dah janji. Ain terus mengayuh ‘bike’ meninggalkan halaman rumah Firdaus. Sebenarnya Ain keliru. Hatinya begitu bimbang dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh Encik Lotfi yang bakal mengundang seribu kekeliruan dan mengembalikan luka lamanya. Hampir 8 tahun semua itu cuba dilupakannya. * * * Abang tahu... .Ain anak abang. Kenapa awak terima ‘nama’ Dato’ Karim kasi tu. Ain anak abang. Darah daging abang. Tapi... ..Saya tak sanggup nak lukakan hati ayah. Dia dah tua, bang. Abang tahu, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan dia. Cucunya tak pernah wujud. Abang tahu, sebelum Ikmal meninggal... Dia tak pernah sentuh awak kan. Abang tahu dan abang yakin semua tu. Ain anak abang. Abang... .. Puan Hasnah menangis teresak, Ain menanti di balik pintu. Awak gilakan harta Dato’ Karim sampaikan sanggup jual anak kita. Abang... ..Bukan!!! Tapi itu permintaan ayah, dia nak kasi semua harta tu pada Ain bila dia berusia 21 tahun. Saya... Saya cuma nak Ain senang nanti. Tak cukup kah harta yang kita ada sekarang ni?? Ain tetap anak abang. Abang, bagilah ayah peluang. Dia nak sangat namakan Ain dengan nama tu. Lagipun dia yakin Ain cucunya, anak yang lahir dari rahim saya hasil dari perkongsian hidup saya dengan Ikmal sebelum saya kahwini abang. Abang tak kira, Ain anak abang. Satu-satunya harta abang ada dalam dunia ni. Abang nak buktikan pada Dato’ Karim. Abang takkan biarkan dia rampas Ain dari abang. Takkan!! Tapi... ..Ayah dah daftarkan nama tu untuk Ain. Masa tu abang takde. Saya tak boleh buat apa-apa,bang. Takk... ..Tak mungkkin Hasnah. Ain Zikrullah nama saya pilih untuk Ain. Dan saya pasti tak sapa boleh tukarkan nama tu. Keputusan saya muktamad, Hasnah!! Abang... ..Ayah dah bagi muka kat kita dengan meletakkan nama abang sebagai bapa Ain. Itu sebab memang aku bapak dia!!! Ain tak boleh dirampas dari aku. Ain anak abang, Hasnah. Abah!!!! Ain meluru mendapatkan abahnya, tangisnya dihamburkan ke dada Encik Zakri. Ain anak abah!!! Ain tak nak nama tu, Ain nak abah... Nak umi... Jangan kasi Ain tinggal dengan Atuk Karim. Ain nak hidup ngan abah dan umi selamnya. Jangan biar Ain tinggal kat rumah tu, abah... Ain teresak di dada Zakri. Zakri jadi sebak. Puan Hasnah hanya terdiam, tidak dinafikan Ain anak kandungnya dan Zakri. Namun kerana rasa sayang dan membalas apa yang pernah Datuk Karim korbankan untuknya dulu. Puan Hasnah jadi keliru. Antara balas budi serta kasih suaminya. Zakri dan Ain keluar meninggalkannya sendirian. * * * Hei!!! Berangan eh!; Achik?! Ain tersentak dengan sergahan Firdaus. Dicarinya kelibat teman-teman lain. Nak makan tak?! Ain ada kerja nak buat ni. Ain cuba melarikan diri dari Firdaus. Kalau boleh dia tak mahu akrab dengan Firdaus macam dulu-dulu. Ain malas utnuk bersemuka dengan Encik Lotfi lagi, serta diajukan persoalan yang sama. Kau marahkan abah ya? Hah?! Taklah. Ain jawab acuh tak acuh. Petang ni turun ‘town’ nak gi cari barang sket. Ain kena balik dulu. O.klah Achik... Hei! Kenapa dengan Ain ni? Dah bencikan Achik ke? Ain terkejut. Firdaus berjauh hati dnegan sikapnya. Achik... ... Achik tahu Ain marahkan Achik dan abah. Maaflah, Achik tahu Achik yang salah. Tapi tak boleh ke Ain jadi tak sesensitif ni. Ain mula naik angin dengan kata-kata Firdaus. Ain tak sensitif!!! Achik jangan tuduh Ain macam tu tau. Kalau Ain ni sensistif, Ain tentu dah lama mati makan hati dengan Achik selama ni tau. Ooh... ..Selama ni Achik ni memang selalu sakitkan hati Ain lah ye. Ok!! Ok!! Fine! Lepas ni Achik dan Ain putus!! Clash!! Faham?! Hei!!! Kenapa ni?! Zaid datang meredakan perbalahan antara Firdaus dan Ain. Ain berlalu pergi. Begitu juga Firdaus. Masing-masing membawa amarah sendiri. Zaid menggeleng. Sesekali Firdaus dan Ain umpama ‘kucing dan anjing’, namun kadang-kadang mereka akrab umpama adik-beradik. Malah hubungan Ain dan Firdaus begitu istimewa pada pandangan Zaid. Firdaus dan Ain boleh berkongsi bermacam-macam hal. Malah Ain banyak membantu Firdaus. * * * Ain berlari mengangkat telefon. Sudah 3 hari dia berada di rumah. Mak Pah menemani Ain di rumah itu. Satu-satunya rumah yang ditinggalkan oleh arwah majikannya pada anak gadis tunggalnya. Ain gadis yang tegas, dia sanggup bertegang leher dengan keluarga atuknya, Datuk Karim. Gagang diangkat. Hello... Amnah... . Suara Datuk Karim mengejutkan Ain. Atuk ni Amnah. Hmm... ..Assalamualaikum, tuk. Waalaikumsalam, esok datang rumah atuk, sayang. Ada perkara atuk nak bincangkan dengan Amnah. Saya sibuklah, tuk. Lagipun... Kedengaran Datuk Karim batuk-batuk kecil di hujung talian. Atuk... Atuk tak apa-apa, kan? Takk... .Kalau Ain sibuk esok, atuk tak paksa. Kerana peraasaan dan asuhan arwah abahnya satu tika dulu, Ain menjadi akur. Tukk... .Esok saya datang. Betul ke ni? Biar Mak Usu jemput ya. Takk... .Tak payah, tuk. Saya datang naik bas nanti. Tak payah, esok atuk suruh orang datuk jemput. Klik! Gagang diletakkan, Ain tahu keputusan akhir dari Datuk Karim membuatkan Ain akur. Selepas gagang telefon diletak, Ain menuju ke bilik Mak Pah. Ditinggalkan sendirian sebegini, membuatkan Ain jadi sayu. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan arwah abah dan mamanya.
Aku dilahirkan dalam satu keluarga mewah berbangsa Cina. Apabila aku tamat dalam SPMku, ayahku begitu berminat untuk menghantarku menyambung pelajaran ke Jepun di bidang kejuruteraan. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ayah. Apabila aku tamat nanti, dia mahu aku membantunya dalam perniagaan. Setelah sampai masanya, dan jawapan menyatakan aku telah diterima untuk belajar di sana, jamuan secara besar-besaran telah diadakan di rumahku. Kesemua sanak saudara dan sahabat handai telah dijemput oleh ayah. Esoknya, aku ditemani sendiri oleh ayah berangkat ke Jepun dan diiringi oleh sanak saudara hingga ke lapangan terbang. Ayah turut sama ke Jepun dengan tujuan di samping menghantarku, ia juga menguruskan perniagaannya. Setelah ayah menguruskan tempat tinggalku dan pendaftaran di Universiti tempat aku belajar, barulah ayah berani meninggalkan aku bersendirian. Setelah dua hari aku belajar di situ, aku telah berkenalan dengan seorang pemuda Jepun yang sangat kacak rupanya dan beragama Islam. Bukan tidak ada pelajar Malaysia untuk aku bergaul, malah memang ramai, tapi entah mengapa pemuda Jepun itulah yang menarik minatku. namun pemuda Jepun itu sendiri memang suka bergaul dengan pelajar Malaysia terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Katanya, orang Melayu lemah lembut, sopan santun dan pandai mengambil hati orang. Masa terus berlalu. Setelah agak lama berkenalan dengannya, lama kelamaan aku begitu berminat terhadap agama yang dianutinya, hingga aku suka bertanyakan itu dan ini tentang Islam kepadanya. Manakala dia pula begitu berminat untuk menceritakan kepadaku pelbagai perkara tentang Islam, termasuklah tentang ke-Esaan Allah. Memang agama yang aku anuti pada masa itu jauh berbeza, malah aku merasakan agama Islam itu lebih indah dan lebih cantik. Dan terasa agama yang kuanuti itu banyak salah dan silapnya. Akhirnya, aku tunduk dan mengakui ke Islamanku di hadapannya. Pada hari yang ditentukan, aku telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan pelajar-pelajar Malaysia. Tetapi pengIslamanku itu tidak aku ceritakan kepada keluargaku. Aku merahsiakan segala-galanya. Seperti biasa apabila tiba akhir tahun, aku pulang ke Malaysia untuk menemui keluargaku. Kepulanganku tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka kepada mereka. Ketika itu, pakaianku masih belum berubah. Aku masih kelihatan biasa dan seperti dulu juga. Soal makanan tidak merunsingkanku, kerana keluargaku tidak suka makan babi. hanya yang merungsingkan, ayah begitu suka memelihara anjing. Dan dulu pun, aku suka memanjakan anjing yang dipelihara oleh ayah. Namun setelah beberapa hari berlalu, ibu mula mengesyaki sesuatu. Setiap kali suara azan kedengaran dari masjid, ibuku sering mendapati aku mengurungkan diri di bilik. Perubahan paling besar, aku tidak suka kepada anjing peliharaan ayah. Bila ibuku mengajak aku ke rumah ibadah, aku sering menolak dengan bermacam-macam alasan. Hinggalah menjelangnya Tahun Baru Cina, segala-galanya telah terbongkar apabila ayah memanggilku untuk meraikan Tuhan mereka pada malam tahun Baru Cina itu. Aku enggan pergi. Bila ayahku bertanya, aku katakan tidak sihat. Tetapi tiba-tiba ibu menjawab, "Ah! Dia tu setiap kali diajak ke rumah ibadah, dia selalu buat alasan. Tak sihatlah, nak studylah, letihlah, mengantuklah, macam-macam. Dulu takpun macam ni, ini mesti ada sesuatu. Aku dah lama nak sampaikan pada kau perkara ini, tapi kau selalu sibuk." Ayah merenungku dalam-dalam. Kemudian kakinya melangkah masuk ke bilikku dan menghampiriku dalam keadaan terbaring di katil. "Apa kau sudah membenci agamamu Swee Eng?" Soal ayah. Aku terdiam kaku. "Kau dah jadi free-thinker ke?" Begitulah yang ayah faham. Ayah tahu, ramai anak muda yang ke luar negeri tidak mempercayai Tuhan. Aku hanya menggelengkan kepada. "Habis? Kau sudah tukar agamamu? Kau telah Kristian Ke?" Aku gelengkan kepala. Melihatkan keadaanku, ayahku lantas menuju ke almari pakaianku. Ayah jadi terkejut bila melihat dalam almariku tersimpan sepasang telekung. "Swee Eng?. Apa benarkah ini!?" Jerit ayah. Aku lihat ibuku juga turut terkejut. "Swee Eng!!!" Jerit ibuku. Pada malam itu sisi keluarga berkumpul di bilikku. Termasuk abang dan kakakku. "Swee Eng?.. usia kau belum dua puluh satu tahun lagi, kau belum boleh diberi kunci lagi untuk berlaku bebas dalam rumah ini!" Herdik ayah tak dapat menahan sabar lagi.. Dia mengangkat tangannya untuk menamparku. Ibuku menangis sambil dipujuk oleh kakakku. Aku terpaku di katilku sambil merenung bantal dan hanya mampu menitiskan air mata. Dalam hati ku berdoa, semoga Allah selamatkan diriku. Aku sudah cintakan Islam dan tidak mahu tinggalkan agama yang suci ini. "Ayah, sabarlah ayah. Berilah dia tempoh untuk berfikir," pujuk abangku. "Baik! Aku beri kau masa untuk berfikir. Bila kau pulang ke Jepun nanti, kau fikirkanlah perkara ini masak-masak. Bila kau dan bertukar fikiran, kau kirimlah surat untuk kami di sini. Atau bila ayah ke Jepun nanti, kau beritahulah ayah. Dan ayah harap, kau jangan tinggalkan untuk sambut Tahun baru bersama-sama esok.' kata ayah dan terus meninggalkan bilikku. Kemudian seorang demi seorang meninggalkan bilikku. Akhir sekali meninggalkan bilikku ialah abangku. "Kau fikirlah seadil-adilnya Swee Eng, kerana kau berhak menentukan masa depanmu sendiri," kata abang. Kata-kata abang itu dapatlah menenangkan sedikit fikiranku yang kusut apabila mendengar amaran ayah tadi. Esoknya, Tahun Baru Cina, aku tetap berdegil tidak mahu keluar dari bilik meskipun dipujuk oleh ayah dan ibu sendiri. Hingga ayahku menyumpah-nyumpah dengan kata-kata yang sungguh menyakitkan hati. "Anak sial. tak bawa untung. Kita suruh dia belajar di luar negeri untuk bantu kita, dia buat perangai pula. Nantilah dia, nanti dia tau siapa aku. Ingat. Kalau kau masih tak kembali kepada agama datuk nenek kau, aku bukan ayahmu lagi. Hari ini berkurunglah kau dalam bilik ini, anak sialan! Letih ibumu melahirkanmu. Tak ada hasil?.. Bawa celaka??" Kemudian ayahku berlalu. Pada hari itu, aku hanya mengurugkan diriku di bilik. Suara riuh di ruang tamu rumahku benar-benar membingitkan telingaku. Maklumlah, pada hari itu ayah mengadakan hari terbuka, kerana ayah adalah seorang yang berpangkat Datuk. Dari awal pagi lagi aku tidak memasukkan apa-apa ke dalam perutku. Aku terpaksa berpuasa pada kerana semua masakan yang dimasak oleh ibu benar-benar tidak lagi menyelerakanku. Walaupun keluargaku tidak suka makan daging babi, tapi aku tahu masakan ibu pasti memasukkan juga sedikit minyaknya. Ini menyebabkan tekakku menolaknya dari menerima makanan tersebut. Bila hari hampir menjelang Maghrib, aku memohon izin dari ayah untuk pergi ke rumah sahabatku. Pada mulanya ayah enggan mengizinkan aku ke mana-mana hari itu. tapi atas pujukan abangku, akhirnya ayah melepaskan juga aku pergi. "Daripada dia lari, baiklah dia pergi dalam pengetahuan kita ayah. Lepaskanlah derita hatinya, mudah-mudahan, dia dapat berfikir dengan tenang dan kambali kepada Tuhan kita," pujuk abang. Aku terus ke rumah Marlia, sahabat Melayuku untuk berbuka puasa pada hari itu. Beliau kasihan mendengar ceritaku, dan mempelawa aku untuk tinggal di rumahnya sepanjang cutiku ini. Tapi aku enggan. Aku memberi alasan. "Tak apalah dulu Marlia, selagi aku boleh mempertahankan imanku, selagi itulah aku akan tinggal di rumah. Kerana kalau aku lari dari mereka, ia lebih menyakitkan hati mereka," jawabku. Setelah habis cuti aku kembali ke Jepun. Pemergianku kali ini tidak lagi diiringi oleh sanak saudara, jauh sekali ayahku. Cuma abangku saja yang simpati padaku. Dialah yang menghantarkan aku ke lapangan terbang dan dia jugalah yang memberikan perangsang untukku terus belajar tanpa putus asa. Setelah tiga bulan, ayahku datang sendiri ke Jepun untuk menemuiku. Kalau dulu soalan yang pertama yang selalu ditanyakan oleh ayah adalah, "Apa khabar Swee Eng?", tetapi kali ini yang ditanya oleh ayah, "Bagaimana, kau sudah fikirkan masak-masak masa depanmu?" "Sudah ayah," jawabku sepatah. "Kalau begitu, bagaimana pilihanmu? Masihkah engkau membenci agama datuk nenekmu?" Aku menjawab, "Ayah, saya lebih sukakan Islam. Dan saya lebih kasih dan cintakan Islam daripada segala-galanya, ayah." "Cih sial! Betul-betul kau kena sihir. Mana orang yang bertanggungjawab meng-Islaman kau? Aku mahu jumpa. Kalau boleh aku mahu bunuh dia!" Marah ayahku. "Dalam hal ini ayah tak boleh menyalahkan sesiapa, ini semua atas kehendak Swee Eng sendiri ayah," kataku. "Baiklah, kalau atas kehendak engkau, kau tinggallah di sini. Aku benci kau. Apa nak jadi dengan kau, jadilah. Kau bukan anakku lagi. Jangan harap duit untuk kau akan sampai. Aku tak akan mengirimkan walau sesen pun!" Itulah keputusan ayah. Dan dengan itu ayah terus pergi meninggalkanku. Tinggallah dan keseorangan dalam kesedihan. Tika itu aku merasakan dunia ini terlalu sepi, tiada siapa tempat untuk aku mengadu. Tiada siapa yang dapat aku minta pertolongan. Apakah sahabat-sahabatku yang dulunya di waktu aku senang, sudi menolongku? Oh Tuhanku! Apakah hikmah kejadian ini? Aku benar-benar buntu, tiada tempat untukku mengadu. Segala-galanya aku serahkan kepada Allah. Lalu aku mengadu pada Tuhanku, "Tuhan! Selalunya orang yang mempertahankan kebenaran itu akan dihina dan disisih. Biasanya dia dalam kemiskinan dan kesepian kerana dibenci. Tapi Tuhan! Aku yakin dengan kemurahan dan kekuasaan-Mu. Oleh itu wahai Tuhan, pada-Mu sajalah yang aku harapkan agar Kau bantulah aku dan tolonglah aku." Apa yang tinggal padaku hanyalah wang simpanan dalam buku akaunku. tapi ia hanya cukup untuk tambang pulang ke Malaysia dan tidak mencukupi untukku tinggal setahun di sini. Aku serba salah untuk menceritakan perkara ini kepada rakan-rakanku kerana aku sendiri faham masalah kami pelajar-pelajar yang tinggal di luar negeri. Dalam aku kebuntuan itu, tiba-tiba aku mendapat sepucuk surat dari abangku. Abang faham kedudukanku, setelah diceritakan oleh ayah sewaktu pulang dari Jepun. Abang begitu simpati dengan nasibku dan menyuruh aku meneruskan pelajaranku dan berjanji akan membantuku. Menurut abangku, dia juga berminat untuk memeluk Islam, tapi belum masanya kerana dia mahu anak-anak dan isterinya turut sama memeluk agama Islam. Namun begitu, pertolongan abang tidak lama. Ayah akhirnya dapat tahu apa yang dilakukan oleh abang. Ayah melarang abang dari membantuku. Rasa-rasanya di saat itu ingin saja aku berhenti dari belajar dan pulang saja ke Malaysia. Siap lagi yang mahu menolongku untuk aku meneruskan pelajaranku? Aku benar-benar gelisah. Wang yang ada padaku hanya benar-benar cukup untuk tambang balik ke Malaysia. Tapi di Malaysia pun, di mana aku mahu pergi? Di mana mana ada saudara maraku yang beragama Islam? Mohon pertolongan pada kawan-kawan? Sudikah mereka menolongku? Rasa-rasanya di ketika itu ingin aku kembali menukarkan agamaku ke agama asal. Tapi lama kelamaan, keresahan hatiku dapat juga dibaca oleh rakan karibku iaitu pemuda Jepun itu. Dia mahu aku meneruskan pelajaranku dan mahu mengambilku sebagai isterinya agar aku mendapat perlindungan dan bimbingan dalam Islam, kerana keluarganya kesemuanya beragama Islam. Setelah berfikir panjang, aku setuju menjadi isterinya. Di saat itu, barulah aku terasa dunia yang gelap ini kembali cerah dan bersinar kembali. Setelah aku berkahwin, aku kembali ke Malaysia dengan membawa suamiku untuk aku perkenalkan kepada keluarga. Ayah tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana aku sudah menjadi milik orang. ibu hanya meraung melihat perubahan sikapku. manakala abangku hanya berkata kepadaku, "Semoga kau bahagia." Ketika itu betapa syukurnya aku kerana Allah telah melepaskan aku dari segala kedukaan dan kebuntuan. Begitulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah swt. Setiap mehnah yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya hanyalah untuk menguji sejauh manakah kesabaran kita dalam menghadapi ujian-ujian yang ditentukan-Nya. Allah yang maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terus dalam penderitaan. Setelah hati benar-benar berserah dan memohon pada-nya, Dia akan berikan bantuan tanpa diduga-duga. Sesungguhnya Allah tidak kejam. Setiap penderitaan akan sentiasa diselang-seli dengan kegembiraan. Andainya hamba itu seorang yang bersyukur bukan saja kegembiraan itu Allah berikan di dunia ini, malah di Akhirat lebih-lebih lagi. Itulah keadilan Allah dan bijaksananya Allah. Oh Tuhan! Kaulah Maha Penyayang yang melepaskan penderitaan ini. Semoga kau akan sentiasa membantu dan menolongku wahai Tuhan!
Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit. Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya. Ayah, mak! Ana dah buat keputusan. Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. Keputusan tentang apa? Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. Pasal peminangan tu. Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih. Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. Syukurlah, moga Ana bahagia nanti. Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. Nanti mak kenalkan dia pada Ana. Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje. Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya. Ayah mempersoalkan keputusanku itu. Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula? Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah. Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. Baik bang. Bang, ni baju abang. Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. Patutlah. Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya. Bang. Seruku. Ada apa sayang? Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. Malam ni abang nak.nak.. Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya. Nak apa sayang? Soalnya lagi sambil tersenyum. Ah.abang ni. Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak? Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. Assalamualaikum, wahai pintu rahmat! Bisik suamiku. Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia. Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertakhta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda: Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada. Rasulullah bersabda: Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu. Rasulullah bersabda: Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu. Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. Abang tak apa-apa? Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot. Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu. Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. Nakallah abang ni. Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. Kenapa ni bang? Soalku sewaktu bersalaman dengannya. Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni. Zul sakit ke? Tanya ayah. Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot. Jawabnya. Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak. Sampuk mak. Nanti Ana ambilkan ubat. Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. Terima kasih. Ucapnya perlahan. Aku angguk. Abang berehatlah. Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam. Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah. Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan. Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah. Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang. Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea! Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya. Ujarnya perlahan. Abang tidurlah. Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana. Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku. Amin..-
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. Abang nak kemana tu? Soalku. Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi. Jawabnya. Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi. Aku kesian melihatnya, keletihan. Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah. Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya. Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. Bila Ana turun? Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang. Maafkan abang sayang. Dia menghampiriku. Sayang tak marahkan? Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. Ish abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita. Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang. Jawabnya tersenyum. Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi. Betul ni? Soal suamiku cepat-cepat. Ish gatal la abang ni! Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. Apa yang Ana menungkan ni? Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. Abang ni, terkejut Ana tau! Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. Alaa.sayang ni.macam tu pun nak marah. Usiknya sambil mencubit pipiku. Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea..! Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. Sayang.! Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. Sayang nak honeymoon kemana? Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. Ana ikut aje kemana abang nak bawa. Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke? Guraunya. Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti? Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. Nanti sayang nak berapa orang anak? Soalnya lagi setelah ketawanya reda. Abang nak berapa? Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti? Ish..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke? Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan. Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup. Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. Ni yang buat abang tambah sayang ni. Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi. Zul, Ana! Jom kita makan dulu! Suara mak memanggil. Mari bang! Ana pun dah lapar ni. Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu bertahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti? Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku. Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil. Masuklah, pintu tak berkunci. Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang? Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. Habis tu apa yang sayang menungkan ni? Ana takut bang! Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita. Pujuk suamiku. Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.. Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya. Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti. Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti? Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku. Sayang.! Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku. Abang! Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.. Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami. Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya. Apa dia ayah, mak? Macam penting je. Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana. Apa!!! Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?! Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku. Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu? Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. Ujar mak setelah sekian lama membisu. Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya. Terang ayah lagi. Ana! Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana. Ini cincinnya, pakailah. Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. Ahhhhgggg.. Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan. Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu. Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin. Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. Bang, maafkan Ana! Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang. Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. Abang nak kemana tu? Soalku...........
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei