BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Januari 07, 2007
Takkan Ku Tinggal
Aku dilahirkan dalam satu keluarga mewah berbangsa Cina. Apabila aku tamat dalam SPMku, ayahku begitu berminat untuk menghantarku menyambung pelajaran ke Jepun di bidang kejuruteraan. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ayah. Apabila aku tamat nanti, dia mahu aku membantunya dalam perniagaan. Setelah sampai masanya, dan jawapan menyatakan aku telah diterima untuk belajar di sana, jamuan secara besar-besaran telah diadakan di rumahku. Kesemua sanak saudara dan sahabat handai telah dijemput oleh ayah.
Esoknya, aku ditemani sendiri oleh ayah berangkat ke Jepun dan diiringi oleh sanak saudara hingga ke lapangan terbang. Ayah turut sama ke Jepun dengan tujuan di samping menghantarku, ia juga menguruskan perniagaannya. Setelah ayah menguruskan tempat tinggalku dan pendaftaran di Universiti tempat aku belajar, barulah ayah berani meninggalkan aku bersendirian.
Setelah dua hari aku belajar di situ, aku telah berkenalan dengan seorang pemuda Jepun yang sangat kacak rupanya dan beragama Islam. Bukan tidak ada pelajar Malaysia untuk aku bergaul, malah memang ramai, tapi entah mengapa pemuda Jepun itulah yang menarik minatku. namun pemuda Jepun itu sendiri memang suka bergaul dengan pelajar Malaysia terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Katanya, orang Melayu lemah lembut, sopan santun dan pandai mengambil hati orang.
Masa terus berlalu. Setelah agak lama berkenalan dengannya, lama kelamaan aku begitu berminat terhadap agama yang dianutinya, hingga aku suka bertanyakan itu dan ini tentang Islam kepadanya. Manakala dia pula begitu berminat untuk menceritakan kepadaku pelbagai perkara tentang Islam, termasuklah tentang ke-Esaan Allah. Memang agama yang aku anuti pada masa itu jauh berbeza, malah aku merasakan agama Islam itu lebih indah dan lebih cantik. Dan terasa agama yang kuanuti itu banyak salah dan silapnya.
Akhirnya, aku tunduk dan mengakui ke Islamanku di hadapannya. Pada hari yang ditentukan, aku telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan pelajar-pelajar Malaysia. Tetapi pengIslamanku itu tidak aku ceritakan kepada keluargaku. Aku merahsiakan segala-galanya.
Seperti biasa apabila tiba akhir tahun, aku pulang ke Malaysia untuk menemui keluargaku. Kepulanganku tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka kepada mereka. Ketika itu, pakaianku masih belum berubah. Aku masih kelihatan biasa dan seperti dulu juga. Soal makanan tidak merunsingkanku, kerana keluargaku tidak suka makan babi. hanya yang merungsingkan, ayah begitu suka memelihara anjing. Dan dulu pun, aku suka memanjakan anjing yang dipelihara oleh ayah.
Namun setelah beberapa hari berlalu, ibu mula mengesyaki sesuatu. Setiap kali suara azan kedengaran dari masjid, ibuku sering mendapati aku mengurungkan diri di bilik. Perubahan paling besar, aku tidak suka kepada anjing peliharaan ayah. Bila ibuku mengajak aku ke rumah ibadah, aku sering menolak dengan bermacam-macam alasan.
Hinggalah menjelangnya Tahun Baru Cina, segala-galanya telah terbongkar apabila ayah memanggilku untuk meraikan Tuhan mereka pada malam tahun Baru Cina itu. Aku enggan pergi. Bila ayahku bertanya, aku katakan tidak sihat.
Tetapi tiba-tiba ibu menjawab, "Ah! Dia tu setiap kali diajak ke rumah ibadah, dia selalu buat alasan. Tak sihatlah, nak studylah, letihlah, mengantuklah, macam-macam. Dulu takpun macam ni, ini mesti ada sesuatu. Aku dah lama nak sampaikan pada kau perkara ini, tapi kau selalu sibuk."
Ayah merenungku dalam-dalam. Kemudian kakinya melangkah masuk ke bilikku dan menghampiriku dalam keadaan terbaring di katil. "Apa kau sudah membenci agamamu Swee Eng?" Soal ayah. Aku terdiam kaku.
"Kau dah jadi free-thinker ke?" Begitulah yang ayah faham. Ayah tahu, ramai anak muda yang ke luar negeri tidak mempercayai Tuhan.
Aku hanya menggelengkan kepada.
"Habis? Kau sudah tukar agamamu? Kau telah Kristian Ke?"
Aku gelengkan kepala. Melihatkan keadaanku, ayahku lantas menuju ke almari pakaianku. Ayah jadi terkejut bila melihat dalam almariku tersimpan sepasang telekung.
"Swee Eng?. Apa benarkah ini!?" Jerit ayah. Aku lihat ibuku juga turut terkejut.
"Swee Eng!!!" Jerit ibuku.
Pada malam itu sisi keluarga berkumpul di bilikku. Termasuk abang dan kakakku.
"Swee Eng?.. usia kau belum dua puluh satu tahun lagi, kau belum boleh diberi kunci lagi untuk berlaku bebas dalam rumah ini!" Herdik ayah tak dapat menahan sabar lagi.. Dia mengangkat tangannya untuk menamparku. Ibuku menangis sambil dipujuk oleh kakakku. Aku terpaku di katilku sambil merenung bantal dan hanya mampu menitiskan air mata. Dalam hati ku berdoa, semoga Allah selamatkan diriku. Aku sudah cintakan Islam dan tidak mahu tinggalkan agama yang suci ini.
"Ayah, sabarlah ayah. Berilah dia tempoh untuk berfikir," pujuk abangku.
"Baik! Aku beri kau masa untuk berfikir. Bila kau pulang ke Jepun nanti, kau fikirkanlah perkara ini masak-masak. Bila kau dan bertukar fikiran, kau kirimlah surat untuk kami di sini. Atau bila ayah ke Jepun nanti, kau beritahulah ayah. Dan ayah harap, kau jangan tinggalkan untuk sambut Tahun baru bersama-sama esok.' kata ayah dan terus meninggalkan bilikku. Kemudian seorang demi seorang meninggalkan bilikku.
Akhir sekali meninggalkan bilikku ialah abangku.
"Kau fikirlah seadil-adilnya Swee Eng, kerana kau berhak menentukan masa depanmu sendiri," kata abang. Kata-kata abang itu dapatlah menenangkan sedikit fikiranku yang kusut apabila mendengar amaran ayah tadi.
Esoknya, Tahun Baru Cina, aku tetap berdegil tidak mahu keluar dari bilik meskipun dipujuk oleh ayah dan ibu sendiri. Hingga ayahku menyumpah-nyumpah dengan kata-kata yang sungguh menyakitkan hati.
"Anak sial. tak bawa untung. Kita suruh dia belajar di luar negeri untuk bantu kita, dia buat perangai pula. Nantilah dia, nanti dia tau siapa aku. Ingat. Kalau kau masih tak kembali kepada agama datuk nenek kau, aku bukan ayahmu lagi. Hari ini berkurunglah kau dalam bilik ini, anak sialan! Letih ibumu melahirkanmu. Tak ada hasil?.. Bawa celaka??" Kemudian ayahku berlalu.
Pada hari itu, aku hanya mengurugkan diriku di bilik. Suara riuh di ruang tamu rumahku benar-benar membingitkan telingaku. Maklumlah, pada hari itu ayah mengadakan hari terbuka, kerana ayah adalah seorang yang berpangkat Datuk.
Dari awal pagi lagi aku tidak memasukkan apa-apa ke dalam perutku. Aku terpaksa berpuasa pada kerana semua masakan yang dimasak oleh ibu benar-benar tidak lagi menyelerakanku. Walaupun keluargaku tidak suka makan daging babi, tapi aku tahu masakan ibu pasti memasukkan juga sedikit minyaknya. Ini menyebabkan tekakku menolaknya dari menerima makanan tersebut.
Bila hari hampir menjelang Maghrib, aku memohon izin dari ayah untuk pergi ke rumah sahabatku. Pada mulanya ayah enggan mengizinkan aku ke mana-mana hari itu. tapi atas pujukan abangku, akhirnya ayah melepaskan juga aku pergi.
"Daripada dia lari, baiklah dia pergi dalam pengetahuan kita ayah. Lepaskanlah derita hatinya, mudah-mudahan, dia dapat berfikir dengan tenang dan kambali kepada Tuhan kita," pujuk abang.
Aku terus ke rumah Marlia, sahabat Melayuku untuk berbuka puasa pada hari itu. Beliau kasihan mendengar ceritaku, dan mempelawa aku untuk tinggal di rumahnya sepanjang cutiku ini. Tapi aku enggan. Aku memberi alasan. "Tak apalah dulu Marlia, selagi aku boleh mempertahankan imanku, selagi itulah aku akan tinggal di rumah. Kerana kalau aku lari dari mereka, ia lebih menyakitkan hati mereka," jawabku.
Setelah habis cuti aku kembali ke Jepun. Pemergianku kali ini tidak lagi diiringi oleh sanak saudara, jauh sekali ayahku. Cuma abangku saja yang simpati padaku. Dialah yang menghantarkan aku ke lapangan terbang dan dia jugalah yang memberikan perangsang untukku terus belajar tanpa putus asa.
Setelah tiga bulan, ayahku datang sendiri ke Jepun untuk menemuiku. Kalau dulu soalan yang pertama yang selalu ditanyakan oleh ayah adalah, "Apa khabar Swee Eng?", tetapi kali ini yang ditanya oleh ayah, "Bagaimana, kau sudah fikirkan masak-masak masa depanmu?"
"Sudah ayah," jawabku sepatah.
"Kalau begitu, bagaimana pilihanmu? Masihkah engkau membenci agama datuk nenekmu?"
Aku menjawab, "Ayah, saya lebih sukakan Islam. Dan saya lebih kasih dan cintakan Islam daripada segala-galanya, ayah."
"Cih sial! Betul-betul kau kena sihir. Mana orang yang bertanggungjawab meng-Islaman kau? Aku mahu jumpa. Kalau boleh aku mahu bunuh dia!" Marah ayahku.
"Dalam hal ini ayah tak boleh menyalahkan sesiapa, ini semua atas kehendak Swee Eng sendiri ayah," kataku.
"Baiklah, kalau atas kehendak engkau, kau tinggallah di sini. Aku benci kau. Apa nak jadi dengan kau, jadilah. Kau bukan anakku lagi. Jangan harap duit untuk kau akan sampai. Aku tak akan mengirimkan walau sesen pun!" Itulah keputusan ayah. Dan dengan itu ayah terus pergi meninggalkanku. Tinggallah dan keseorangan dalam kesedihan.
Tika itu aku merasakan dunia ini terlalu sepi, tiada siapa tempat untuk aku mengadu. Tiada siapa yang dapat aku minta pertolongan. Apakah sahabat-sahabatku yang dulunya di waktu aku senang, sudi menolongku? Oh Tuhanku! Apakah hikmah kejadian ini? Aku benar-benar buntu, tiada tempat untukku mengadu. Segala-galanya aku serahkan kepada Allah.
Lalu aku mengadu pada Tuhanku, "Tuhan! Selalunya orang yang mempertahankan kebenaran itu akan dihina dan disisih. Biasanya dia dalam kemiskinan dan kesepian kerana dibenci. Tapi Tuhan! Aku yakin dengan kemurahan dan kekuasaan-Mu. Oleh itu wahai Tuhan, pada-Mu sajalah yang aku harapkan agar Kau bantulah aku dan tolonglah aku."
Apa yang tinggal padaku hanyalah wang simpanan dalam buku akaunku. tapi ia hanya cukup untuk tambang pulang ke Malaysia dan tidak mencukupi untukku tinggal setahun di sini. Aku serba salah untuk menceritakan perkara ini kepada rakan-rakanku kerana aku sendiri faham masalah kami pelajar-pelajar yang tinggal di luar negeri.
Dalam aku kebuntuan itu, tiba-tiba aku mendapat sepucuk surat dari abangku. Abang faham kedudukanku, setelah diceritakan oleh ayah sewaktu pulang dari Jepun. Abang begitu simpati dengan nasibku dan menyuruh aku meneruskan pelajaranku dan berjanji akan membantuku.
Menurut abangku, dia juga berminat untuk memeluk Islam, tapi belum masanya kerana dia mahu anak-anak dan isterinya turut sama memeluk agama Islam.
Namun begitu, pertolongan abang tidak lama. Ayah akhirnya dapat tahu apa yang dilakukan oleh abang. Ayah melarang abang dari membantuku.
Rasa-rasanya di saat itu ingin saja aku berhenti dari belajar dan pulang saja ke Malaysia. Siap lagi yang mahu menolongku untuk aku meneruskan pelajaranku? Aku benar-benar gelisah. Wang yang ada padaku hanya benar-benar cukup untuk tambang balik ke Malaysia. Tapi di Malaysia pun, di mana aku mahu pergi? Di mana mana ada saudara maraku yang beragama Islam? Mohon pertolongan pada kawan-kawan? Sudikah mereka menolongku? Rasa-rasanya di ketika itu ingin aku kembali menukarkan agamaku ke agama asal.
Tapi lama kelamaan, keresahan hatiku dapat juga dibaca oleh rakan karibku iaitu pemuda Jepun itu. Dia mahu aku meneruskan pelajaranku dan mahu mengambilku sebagai isterinya agar aku mendapat perlindungan dan bimbingan dalam Islam, kerana keluarganya kesemuanya beragama Islam. Setelah berfikir panjang, aku setuju menjadi isterinya.
Di saat itu, barulah aku terasa dunia yang gelap ini kembali cerah dan bersinar kembali. Setelah aku berkahwin, aku kembali ke Malaysia dengan membawa suamiku untuk aku perkenalkan kepada keluarga. Ayah tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana aku sudah menjadi milik orang. ibu hanya meraung melihat perubahan sikapku. manakala abangku hanya berkata kepadaku, "Semoga kau bahagia."
Ketika itu betapa syukurnya aku kerana Allah telah melepaskan aku dari segala kedukaan dan kebuntuan.
Begitulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah swt. Setiap mehnah yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya hanyalah untuk menguji sejauh manakah kesabaran kita dalam menghadapi ujian-ujian yang ditentukan-Nya. Allah yang maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terus dalam penderitaan. Setelah hati benar-benar berserah dan memohon pada-nya, Dia akan berikan bantuan tanpa diduga-duga. Sesungguhnya Allah tidak kejam. Setiap penderitaan akan sentiasa diselang-seli dengan kegembiraan.
Andainya hamba itu seorang yang bersyukur bukan saja kegembiraan itu Allah berikan di dunia ini, malah di Akhirat lebih-lebih lagi. Itulah keadilan Allah dan bijaksananya Allah. Oh Tuhan! Kaulah Maha Penyayang yang melepaskan penderitaan ini. Semoga kau akan sentiasa membantu dan menolongku wahai Tuhan!
posted by Tanpa Nama @ 11:34 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 27/9/07 4:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kita manusia hanya merancang...tetapi perancangan Allah itulah yg terbaik buat kita...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group