Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
THIS I PROMISE YOU When the vision around you Bring tears to your eyes And all thats around you All secrets and lies I’ll be your strengh I’ll give you hope Keeping your faith when its gone The one you should call Was standing here all along And I will take You in my arms And hold you right where you belong ‘till the day my life is through This I promise you (2x) I love you forever In life time before And I promise you never Will you hurt anymore I give you my word I give you my heart This is a batlle we won And with this vow Forever has now begun Just close your eyes Each loving day And know this feeling won’t go away Till the day my life is through This I promise you (2x) Over and over I fall When I hear you call Without you in my life baby I just wouldn’t be living at all And I will take ( I will take) You in my arms (you in my arms) And hold you right where you belong (when where you belong) ‘till the day my life is through This I promise you babe Just close your eyes Each loving day And know this feeling won’t go away Every word I say is true This I promise you (2x)
Aku termenung sendirian. Lagu ini merupakan lagu keramat dalam hidupku. Menghayati lagu ini mengingatkan aku kisah lampau yang mampu menitiskan air mataku sendiri. Lagu yang dihadiahkan oleh orang yang teramat aku sayang. Aku melihat bayi kembar yang nyenyak tidur yang baru berusia 10 hari yang berada di sebelah aku. Kulit yang cerah, hidung yang mancung dan bibir yang comel gabungan aku dan suamiku, Faiz. Tanpa ku sedari, kenangan ku terimbau semula pada kenangan yang tak mampu aku lupakan 8 tahun lalu......
*******************
Persekitaran yang terlalu baru bagi diriku membuatkan aku rasa sedikit terasing biarpun teman-teman baruku sibuk bercerita dan memperkenalkan diri masing-masing. Pagi tadi aku telah selamat mendaftar di salah sebuah institusi pengajian swasta di ibu kota. Universiti Tenaga Nasional atau lebih di kenali sebagai UNITEN merupakan tempat pilihan aku sendiri. Selepas mendaftarkan diri pagi tadi, ibu dan ayahku terus pulang ke Kedah kerana ada urusan penting yang perlu di uruskan. Kerinduan yang ku tanggumg sebelum ini semasa berada di asrama telah membiasakan diriku apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga. Lagipun ibu dan ayah telah menelefon aku sebentar tadi.
“Eh Ida! Takkan rindu kat family........ kan ke mak ngko baru call je tadi??” sergahan Marini telah mengejutkan aku dari terkenang kampung halaman.
“Alaa.... releks ler Ida... ngko ni macam tak biasa plak...... aku ngan Marini kan ada........” tambah Ejot pula.
Sambil tersenyum aku membalas..... “alaaaa..bukannya apa... aku sesaja nak feeling sikit.... hang pa potong stim la pulak......” balasku dalam loghat utara yang masih begitu pekat. Marini dan Ejot merupakan kawan baruku di sini.... Rini adalah orang Melaka manakala Ejot berasal dari Johor. Kami bertiga mengambil ijazah yang sama iaitu Bachelor in Accounting (Hons.) di UNITEN.
******************* Hampir tiga bulan telah berlalu. Kini aku dan rakan-rakanku sibuk menyiapkan assignment dan project paper yang perlu di serahkan di samping membuat persediaan terhadap peperiksaan akhir semester satu kami yang bakal berlangsung sebulan lagi. “ah.... dah beku pulak otak aku mengadap assignment nie.. lapar la pulak... mana bebudak nie.. tadi cakap nak makan sekali.....” sungutku dalam hati....
“Ejot..... Rini..... hang pa kat mana???” laungku separuh menjerit.
“Woi !! Menjerit mengalahkan warden kat sekolah aku...”sergah Marini.
“Ha.... hang pa ni pi mana?? Puas aku mencari... tadi kata nak makan sekali...... jom la siap.. aku lapaq nie.....” ajakku.
“Ida... ngko turun makan ngan Ejot je lah... aku kenyang lagi la....” Marini separuh merayu.
“Alaaa... kenyang-kenyang pun nak tapau jugak...... dah takut terserempak ngan Wan Sharul tu cakap je lah..... nak tipu Ida plak....” Ejot membidas. Wan Sharul adalah pakwe marini yang juga merupakan kawan sekolahnya.
“Ha... yelah... jom la Ejot... kang lewat takut pulak nak turun foodcourt tue,” ujarku seraya mengajak Ejot. Selepas mendapatkan order makanan aku dan Ejot terus berjalan pulang ke apartment.
“Wei Ida... tak kenai aku lagi ka???” seorang pemuda menegur ku.
“Eh... hang Faiz.!! Hang buat apa kat sini?? Bukan ker hang study kat UTP? cam na buleh dok sini pulak?” tanya ku bertubi-tubi. Faiz atau nama penuhnya Syed Mohd. Faiz merupakan kawan sekelas ku sewaktu di MRSM Beseri. Namun dia adalah anak jati KL.
“Alaaa.. hang la ni sombong no Ida ...sampai kawan sekelas pun tak kenai......” rajuk Faiz.
“Alaa... sorry laa.. aku tak perasan la tadi... hmmm... aku tak buleh lama nie... kawan aku tengah tunggu nie...” ujarku sambil memberi isyarat kepada Ejot agar menunggu aku sebentar lagi..... “macam nie laa... hang ambik nombor phone aku... nanti kalau hang senang hang call la aku.... aku balik dulu la sebab kawan aku tengah tungu la... lagipun aku tak makan lagi nie....” kataku sambil menunjukkan bungkusan makanan yag baru ku beli.
“Ok.... nanti aku call hang.... jalan baik-baik....” pesannya lalu berlalu..... aku terus berjalan mendapatkan Ejot yang sedang tersenyum memerhatikan aku.......
“Ngko ada balak tak cakap kat aku yer....” usik Ejot sambil tersenyum.
“Ah... hang nie... dia kawan sekelas aku la...” balasku kembali.
“Ye laa... mula-mula kawan lepas tue .....” Ejot tidak terus manyambung...
*******************
“Ahh…. penatnya…. nasib baik dah siap…. kalau tidak mesti aku dah jadi tak betui...... letih-letih nie kalau ambik angin kat koridor best nie......” rungutku dalam hati. “Ejot.... Rini... hang pa buat apa tue???? Jom ambik angin kat tasik nak....” ajakku separuh memujuk....
“Alaaaa sorry la Ida.... aku ada janji ngan Wan Syahrul nie... kang kalau aku lambat tercetus plak perang dunia ke tiga!! Ngko tau jer laa.. kalau dah ambik angin kat tasik tu mana musim kejap-kejap..... tak puas laaa... ngko pegi ngan Ejot jer lah yer....” Rini meminta maaf...
“Aku punya assignment tak siap lagi la Ida... ngko pegi sendiri la yer... nanti kalau keje aku dah siap aku pegi kat ngko o.k??” Ejot berkata sambil menunjukkan muka kesian....
“Tak pa la kalau macam tue.... aku pi sorang jer la.... lagipun bukannya jauh pun.... kalau hang pa kentut pun aku buleh dengaq.... hmm... aku pi dulu.. ok .. ?” kataku sambil menyedapkan hati mereka. Aku hanya memakai sehelai t-shirt tangan panjang berwarna biru, bertudung biru dan berseluar jeans berwarna putih dan terus mengambil dompet dan handset ku sebelum turun ke tasik. Mana la tau kalau mak aku call nanti tak berjawab pulak....
Aku turun ke tasik dan duduk di kerusi yang terletak berhadapan dengan masjid. Pemandangan pada waktu malam di tasik ini memang cantik di tambah dengan cahaya biru dari masjid yang terletak di pinggir tasik itu.... cuma kelakuan beberapa pasang couple di situ membuatkan pemandangan di situ agak tercemar.
Trit.... trit.... trit.... telefonku berbunyi.... “eh.. sapa pulak nie.... tak pernah kenai pun no tipon nie...” bisik hati kecilku. “Hello..... assalamualaikum....”aku menjawab.
“Waalaikumussalam... hmm... kenai dak sapa nie?”satu suara lelaki terdengar lembut menjawab salam.....
“Hmm.... sorry... nie sapa nie ?” tanyaku semula.
“Ida... nie aku la Faiz...” suara itu memperkenalkan dirinya...
“Oo... hang! Apasai nie... ada hal ka yang hang cari aku nie?”tanyaku semula..
“Saja ja nak sembang ngan hang.... dah lama tak dengaq berita... rindu la pulak kat hang....... hang kat mana nie la nie?” tanya Faiz sambil bergurau.
“Aku ada kat tasik nie...tengah release tension...” aku berterus terang.
“Hang tengah dok sorang ka?” tanyanya lagi.
“Ha'ah... apasal?” tanyaku balik.
“Kalau macam tu.... hang tunggu kat situ sat ok? Nanti aku pi kat hang... aku ada something la nak cakap kat hang.. lagi 2 minit aku sampai.” Talian terus di matikan...lebih kurang 5 minit kemudian Faiz sampai dengan memakai sehelai t-shirt biru dan berseluar jeans berwarna krim. Hampir sedondon dengan warna baju yang ku pakai.....
“Sebenarnya aku ada hal nak cakap ngan hang sikit tapi hang ada masa dak? Kalau hang nak siapkan assignment.... tak pe lah... nanti la aku cerita kat hang......” Faiz memulakan bicara. Suaranya kedengaran agak sayu, tidak bersemangat.
“Hang ada masalah ka Faiz? kalau ada cakap je la kat aku. Kalau aku tak buleh tolong pun... at least kepala hang rasa ringan sikit...trust me..aku akan cuba jadi pendengar yang baik..” kataku sambil cuba meyakinkan Faiz untuk bercerita kepadaku.
“Sebenaqnya aku ada masalah sikit............” percakapan Faiz terhenti seketika. “Semuanya bermula dengan masalah family aku, kawan-kawan aku and my studies,” kata Faiz perlahan-lahan. Faiz mula bercerita kepadaku. Sesekali dia berhenti menarik nafas panjang. Mungkin mencari kekuatan diri untuk bersuara. Dia menceritakan masalahnya dengan keluarga yang kurang mementingkan pertalian saudara dan kemesraan dalam keluarga. Dia juga menceritakan mengenai pergaulannya dengan kawan-kawannya sehingga mengabaikan pelajarannya. Dia terlalu asyikdengan keseronokan hidup tanpa kawalan keluarga. Tanpa disedari, perbulan kami berlanjutan hampir 3 jam. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 1 pagi ketika Faiz menghabiskan luahan hatinya. Dan aku berjanji akan cuba menolongnya untuk menyelesaikan masalahnya. Malam itu Faiz menghantarku pulang ke apartment kerana malam sudah larut benar dan dia berjanji untuk menghubungiku keesokan malamnya.
*******************
Trit...... trit.... telefon bimbitku berbunyi... “Hello assalamualaikum......” kataku.
“Waalaikumussalam... Ida nie aku nie Faiz..”
“Boleh dak kalau hang tolong aku...” tanya Faiz berterus terang.
“Tolong hang? Hmm... apa yang aku buleh tolong? Insya Allah kalau aku buleh tolong... aku akan tolong hang...” jawabku agak mesra.
“Hmm.... cam nie....” Faiz berhenti seketika. “Hang kan tau study aku la nie dah tunggang terbalik.... sembahyang aku apa lagi.... jadi aku nak minta hang tolong guide aku.. guide study aku... guide hidup aku.... aku nak hidup macam masa kita kat Beseri dulu.... kalau boleh aku nak kita study sama-sama. Tak kisah la kalau hang study akaun dan aku study EE. Kita boleh study kat library... pasal transport... hang tak payah risau... tiap-tiap kali nak pi mana-mana... aku pick up hang ngan keta dan aku janji aku takkan menyusahkan hang,” terangnya panjang lebar dan separuh merayu.
“Ok.... kalau hang sendiri rasa nak berubah... aku senang hati dengaq sebab aku tak mau hang buat nie semua dengan hati yang terpaksa,” aku memberikan persetujuan.
******************* “Cam ner ngko ngan Faiz skang nie Ida?” tanya Ejot padaku pada suatu petang semasa aku, dia dan Marini berehat pada suatu petang.
“Pasai pa? Awat hang tanya?” tanyaku agak blur.
“Ala.... ngko ngan dia ada aper-aper ker?” Marini bersuara.
“Laa... hang pa nie... aku ngan dia kawan baik laa..... dah la... aku nak sembahyang Asar. Aku tak sembahyang lagi nie,” kataku cuba melarikan diri.
‘Ha... yer ler tue.... ngko tau Ida... selalunya kawan baik lelaki akan jadi couple kita nanti.... kalau ngko tak mulakan dulu... dia yang akan mulakan...” kata Marini menyambung.
*******************
Hari demi hari... perhubungan aku dengan Faiz semakin rapat. Boleh dikatakan setiap hari kami menghabiskan masa bersama. Study di library, breakfast, makan tengahari sehingga makan malam. Peperiksaan akhir semester satu sedang berlangsung. Kertas peperiksaanku yag pertama agak lewat berbanding paper yang lain. Ia membuatkan aku terasa amat tertekan dengan keadaan sekeliling. Buat pertama kalinya aku menangis di depan seorang lelaki dalam hidupku. Aku terpaksa bertemu Faiz bila dia memaksa aku untuk berjumpa dengannya selepas aku menangis semasa kami berbual di telefon. Selalu aku yang memberikan kata-kata nasihat kepadanya namun malam sebaliknya yang berlaku. Faiz bercakap dengan begitu lembut dan menenangkan fikiranku yang amat kacau. Kami seperti sepasang couple di mana berlakunya satu sesi pujuk memujuk sehinggakan Faiz hampir-hampir memegang tanganku.
Berkat ketenangan yang baru ku perolehi, aku cuba melalui exam week dengan sempurna. Namun rutin harian aku dengan Faiz tetap di teruskan. Faiz nampaknya semakin memahami diriku dan sedaya upaya untuk sentiasa di sampingku. Setiap malam kami berhubung melalui telefon untuk saling memberi kata semangat dan dorongan. Biarpun Faiz telah selesai menduduki peperiksaan terakhirnya, namun dia tetap menemaniku study di library.
Cuti semester telah tiba. Faiz menghantarku ke Puduraya. Aku balik ke Kedah dengan menaiki bas. Sebelum aku menaiki bas, aku lihat mata Faiz bergenang. Sebelum itu dia sempat memberikan aku kaset yang telah siap dirakam. “Dengaq la waktu hang balik nanti,” katanya perlahan.
*******************
Sudah hampir dua minggu aku bercuti di rumah. Namun tiap malam Faiz menelefonku. Aku telah mendengar kaset yang diberikan. Ianya adalah luahan hatinya dan sebuah lagu N’sync bertajuk This I Promise You. Aku dapat merasakan hubungan kami bukan lagi sekadar kawan baik namun lebih dari itu. Aku cuba untuk menidakkan perasaan yang makin mekar berputik antara kami kerana aku tak mahu seandainya sesuatu berlaku nanti, hubungan kami sebagai sahabat terputus. Aku juga sedar taraf aku dan Faiz berbeza. Faiz dari keluarga berada manakala aku hanyalah anak seorang petani.
Namun Faiz seakan-akan terus membajai perasaan itu agar terus mekar. Seringkali Faiz mengatakan sesuatu yang mengandingi maksud tersirat yang hampir membuatkan aku tak tentu arah. Pernah satu malam ketika kami sedang makan selepas balik dari study, dia membuka topik megenai masa depannya. Kami memang selalu membincangkan tentang masa depan namun malam itu dia lebih memfokuskan ke arah pasangan hidupnya. Aku hanya mendengar dan sekali sekala memberikan pendapatku. Aku menceritakan juga ciri-ciri seorang lelaki yang aku sukai namun aku sedaya upaya untuk tidak memberikan gambaran yang menyamai ciri-ciri yag ada pada dirinya. Dia juga menceritakan bagaimana seorang perempuan yang dia sukai, bagaimana pilihan ibu bapanya dan dia berkata bahawa dia akan memilih sendiri pasangan hidupnya.
“Aku nak seorang perempuan macam hang jadi wife aku...” dia berkata tiba-tiba. “Itupun kalau aku tak dapat hang!”sambungnya perlahan. Dia masih memandang tajam ke arahku dan mengharapkan pandangannya berbalas. Aku pura-pura tekun menikmati hidangan makan malamku dan berpura tidak mendengar apa yang di bicarakannya.
*******************
Hampir sebulan telah berlalu. Dan hampir sebulan jugalah aku dan Faiz menjadi sepasang kekasih. Pada malam 10/12 itu, dia berterus terang kepadaku. Katanya dia cuba untuk membuatkan aku faham akan perasaannya namun aku sentiasa cuba mengelak. Aku cuba menolak dengan baik kerana aku tahu pasti akan timbul masalah dan halangan daripada keluarganya di sebabkan keadaan kami yng tidak setaraf. Namun dia berusaha meyakinkan aku bahawa keluaganya tidak akan menghalang perhubungan aku dengannya. Dia berjanji yang dia akan cuba membahagiakan diriku dan juga keluarganya.
*******************
Pada mulanya aku menerima lamaran Faiz hanya kerana simpati terhadap dirinya yang ketandusan kasih sayang namun kini setelah hampir 4 tahun aku benar-benar menyintai dirinya dengan sepenuh hati. Aku tak dapat membayangkan hidupku tanpa dirinya. Kami bahagia dengan restu keluarga. Keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang perhubungan kami asalkan kami tidak mengabaikan pelajaran. Biarpun pada mulanya kami menghadapi sedikit masalah dengan keluarga Faiz, semuanya kini telah dapat diselesaikan. Kami masing-masing telah berkenalan dengan bakal keluarga masing malahan kelurga kedua belah pihak juga pernah berjumpa. Insya Allah selepas setahun kami tamat pengajian kami akan ditunangkan. Kini kami masing-masing berada di semester akhir pengajian kami. Temuduga untuk kerja juga giat dihadiri. Alhamdulillah.... berkat usaha mempertahankan kedudukan di dalam senarai anugerah dekan setiap semester membuahkan hasil apabila tawaran bekerja datang mencurah-curah.
Rezeki Ejot dan Marini juga tidak kurang hebatnya. Bagiku, mereka adalah kawan aku sehingga aku mati. Marini juga bakal melangsungkan pertunangannya dengan Wan Shahrul selepas graduate nanti sementara Ejot yang sudah pun bertunang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Firdaus, sebulan selepas graduation. Aku dan Faiz telah berjanji akan sama-sama bekerja keras mengumpul wang untuk perkahwinan kami yang dirancang akan dilangsungkan selepas setahun setengah kami bertunang.
*******************
Aku terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah. Tiba-tiba sebuh ciuman lembut hinggap di pipiku. “Macam mana sayang hari nie? Dah sihat sikit?” tanya suamiku dengan lembut. Aku sekadar tersenyum. “Tadi dengar radio tak? Dengar tak lagu kita?” tanyanya lagi. Sambil tersenyum aku mengangguk. “Mana mama, abah, ayah ngan ibu? Sunyi jer abang masuk tadi,” tanya Faiz.
“Hmm... mama ngan abah tengah sembahyang.... ibu ngan ayah pulak ada kat belakang...” kataku menerangkan. Parents kami datang tinggal bersama semenjak aku bersalin 10 hari lalu. Ayah akan pulang ke Kedah petang ini manakala ibu dan mama akan menemaniku dan ayah akan pulang ke KL esok.
“Awal abang balik hari ni?” tanyaku pula.
“Saja jer.... rindu kat sayang ngan si kembar Faida nie,” katanya sambil bibirnya sempat lagi hinggap di pipi kananku sebelum berlalu mendapatkan si kembar yang masih lagi nyenyak tidur. Faida gabungan nama Faiz dan Ida kini di abadikan pada si kembar, anak-anak kami, Syed Mohd. Syafik Faida dan Sharifah Syafikah Faida, permata hati kami..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweeeeeeet le citer nihhh..bek nye kalo ada laki cm tu skrg nihhh...rs cm i lak yg nak jadi heroin citer ni...family bahagia...