BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Oktober 11, 2007
cerpen : Utusan kasih
Aelliea

Aku selamat menjejakkan kakiku ke sebuah kampung yang namanya sering menjengah ke telingaku semenjak kecil lagi. Di sinilah segalanya bermula dan di sini jugalah segalanya akan berakhir.
"Excuse me, may I help you? You look lost?" Seseorang menegur. Aku menoleh ke belakang. Seorang gadis manis ayu bertudung biru menegurku. Aku tersenyum. Barangkali aku disangkanya pelancung.

"Boleh saya dapatkan rumah penginapan di sini?" tanyaku menjawab di dalam Bahasa Melayu. Ada kerutan di wajahnya.
"Awak pandai berbahasa melayu rupanya," sambutnya terkejut.
"Saya orang melayu. Nama saya Natasya," perkenalku.
"Saya Zulaikha. Maaflah. Kat sini tak ada rumah penginapan. Tapi, kalau sudi, jemputlah ke rumah saya. Saya tinggal berdua saja dengan mak saya," pelawanya. Bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal, aku hanya menurut. Tidak sedikit pun rasa cuak atau ragu-ragu dengan pelawaan orang yang baru dikenalinya itu.

Sepanjang pulang ke rumahnya, Zulaikha menceritakan serba-sedikit tentang kampung yang menjadi kebanggaannya. Di zaman anak muda sibuk mencari kerja di bandar besar, Zulaikha masih setia menabur bakti di sekolah lamanya dulu. Apatah lagi emaknya tidak mahu meninggalkan kampung itu. Sebagai anak tunggal, Zulaikha menurut kehendak emaknya.

"Assalamualaikum," Zulaikha memberi salam setelah berdiri di hadapan sebuah rumah lama yang cantik dengan ukiran tradisional. Kedengaran sayup-sayup orang menjawab dari belakang rumah. Mataku melilau melihat sekeliling kawasan rumah. Persis seperti cerita yang pernah kudengar dulu.

"Awat hang balik lambat, Ika? Banyak kerja ke hari ni?" tegur seseorang dalam loghat utara yang agak pekat. Kelihatan Zulaikha menyalami tangan emaknya. Wajah tua itu kutenung lama. Wajah itu mengingatkan aku pada seseorang nun jauh di seberang. Tiba-tiba, rindu bertamu di hatiku.

"Mak, ni Natasya. Ika jumpa dia di simpang jalan tadi. Dia nak cari rumah tumpangan. Ika ajak dia mai tinggal dengan kita. Boleh ye mak?" ceritanya. Aku menghampiri emak Zulaikha lalu kami bersalaman.

"Hang ajaklah dia masuk. Mak tak reti nak habaq orang putih dengan dia," pelawa emaknya membuatkan Zulaikha ketawa. Aku hanya tersenyum.

"Awak dah dengar, kan?", tegur Zulaikha mencuit lenganku. Berkerut dahi emaknya. Akhirnya ledakan ketawa mengiringi kami ke ruang tamu rumah kayu itu. Entah untuk yang ke berapa orang, emak Zulaikha turut tertipu dengan penampilanku.

Mak Mah, itulah nama panggilan orang kampung pada emak Zulaikha. Mak Mah layan aku macam anaknya sendiri membuatkan aku tidak kekok. Baru sehari kenal aku rasakan bagai sudah bertahun mengenalinya. Membuatkan rinduku pada ibu semakin mendalam. Demi sebuah janji dan harapan aku korbankan segalanya.

~~~~~~~~~~~~~~~
"Jauhnya menung? Dok merindu ke?" usik Zulaikha yang kini kupanggil Ika saja. Pangkin tempat aku duduk menjadi persinggahan punggungnya.

"Mahunya tidak rindu. Sepanjang dua puluh dua tahun tak pernah berpisah, tiba-tiba terpaksa berjauhan. Kalau Ika di tempat Tasya macam mana?"

Berkerut-kerut wajah Ika cuba mengimaginasikan kata-kataku.
"Ish! Tak maulah. Biarlah Ika dok tercongok kat sini dari dok jauh dengan mak," jawabnya.
"Tasya, Ika tanya sikit boleh dak?" tanyanya setelah agak lama kami membisu. Aku menoleh sekilas.
"Apa dia? Tanyalah. Selagi Tasya boleh jawab, Tasya akan jawab," sambutku.
"Tadi Tasya kata ayah Tasya berasal dari England dan ibu Tasya orang melayu. Ibu Tasya berasal dari mana?" tanyanya ingin tahu. Aku hanya tersenyum. Untuk berterus-terang tidak sekali-kali.

"Ibu orang Malaysia. Berasal dari utara. Tasya datang sini sebab ibu selalu bercerita tentang kampung ni. Ibu pernah tinggal di kampung ni dulu. Tasya nak rasai sendiri keindahan yang ibu selalu ceritakan," jelasku tenang. Ika mengangguk kepala beberapa kali. Seperti ada riak ketidakpuasan di wajahnya.

"Tasya nak jalan-jalan pusing kampung, dak?" cadang Ika.
"Boleh juga. Tasya nak ambil kamera sebentar. Nanti boleh tunjuk pada ibu. Biar dia tengok kampung ni masih macam dulu ke tak, kan?" sambutku. Aku berlari anak masuk ke rumah mengambil kamera lalu kembali mendapatkan Ika yangsudah menanti di jalan masuk ke rumahnya.

Aku melalui bendang sawah yang terbentang hijau. Kata ibu, di situlah dulu dia bermain dengan saudaranya menangkap ikan keli untuk dibuat lauk sementara menantikan ibu dan ayah mereka membanting tulang. Di tengah-tengah bendang, sebuah pondok beratapkan nipah masih tegap berdiri. Cerita ibu, di situlah tempat ibu dan kawan baiknya, Kamariah menghabiskan masa petang mereka.

Kenalkah Ika pada Makcik Kamariah? Menurut ibu, kawannya itu berkahwin setelah habis sekolah. Perkahwinan yang telah dirancang oleh orang tua dengan seorang guru sekolah rendah.

"Jom ke sana," ajak Ika sambil menarik tanganku ke sebuah rumah banglo setingkat di sebelah tapak bendang.
"Ke mana? Rumah siapa ni?" soalku namun tidak dijawab oleh Ika.
"Assalamualaikum," Ika memberi salam.
"Waalaikumsalam," jawab seorang wanita sebaya Mak Mah yang sedang memegang beberapa helai tali di tangannya.
"Ika. Awat hang dah lama tak mai sini?" tanyanya lalu menjemput kami masuk.
"Mak Yah, Ika bawa kawan. Nama dia Tasya. Dia mai dari London," perkenal Ika. Kami bersalaman. Ika memeluk lengan Mak Yah mesra.

"Tasya, ni mak susuan Ika. Nama dia Kamariah. Tapi kami panggil dia Mak Yah," cerita Ika. Patutlah manjanya bukan main lagi. Tapi, nama penuh Mak Yah menarik minatku. Aku pandang muka Mak Yah lama. Mata kami bertentangan. Sinar mata Mak Yah begitu asing sekali.

"Mak Yah ada seorang kawan kat London. Dah berpuluh tahun tak jumpa dia. Tengok muka Tasya teringat Mak Yah kat dia," ucap Mak Yah seperti menahan sendu.

"Kenapa dia tak balik?" tanyaku ingin tahu. Ika menarik Mak Yah duduk di sofa di ruang tamu. Lembut tangan Ika mengusap lengan Mak Yah seperti memujuk hati laranya.

"Dia pi belajaq kat sana. Lepas tu dia balik bawa suami. Mak bapa dia tak suka. Depa halau dia dari rumah. Sejak tu dia tak mau balik dah. Mak Yah rindu sangat kat dia," cerita Mak Yah sedih. Ada titisan air mata yang membasahi pipinya. Ibu! Makcik Kamariah masih hidup! Tidak sabar aku ingin khabarkan berita itu pada ibu.

"Insya Allah, tentu satu hari nanti dia balik ke sini. Kan Malaysia ni negara tumpahnya darahku," bagaikan memujuk aku bersuara. Jangan risau, Mak Yah. Ibu akan pulang setelah utusan kasih ini menjengah telinganya. Mak Yah tersenyum. Terpujukkah dia dengan kata-kataku? Ah! Luka di hati Mak Yah tak siapa yang tahu.

Kami minta pulang setelah lewat petang bakal berakhir. Tergamam aku apabila tubuhku dirangkul Mak Yah erat. Peluklah Mak Yah. Darah kawan baik Mak Yah mengalir di tubuh Tasya. Ingin saja kulaung kata-kata itu ke telinganya namun, misiku belum berakhir.

~~~~~~~~~~~~~~~
Lima hari sudah berlalu aku menumpang di rumah Ika. Layanan Mak Mah membuatkan aku tidak terasing di bumi sendiri. Setelah Ika ke sekolah awal pagi, tinggallah aku di rumah menemani Mak Mah. Adalanya aku menemani Mak Mah ke pasar atau berkebun di belakang rumah. Aku dapat lalui apa yang ibu lalui dulu. Berkebun, berjemur di bawah sinaran matahari di awal pagi.

Petang, jika tidak hujan, kami ke sungai di belakang rumah Mak Mah. Di situlah aku dan Ika bergurau senda sambil berangan. Sama seperti ibu dan Mak Yah dulu. Patutlah, biar dihiasi empat musim di rantauan, hati ibu selalu terkenangkan kampung terpencilnya ini.

"Tasya nak tahu tak?" soal Ika tiba-tiba sedang aku duduk termenung di atas batu setelah letih menyelam.
"Apa dia?" jawabku pendek.
"Tasya baru lima hari kat sini, tapi satu kampung dah kenal Tasya. Kalah artis tau," cerita Ika.
"Begitu sekali? Apa yang istimewanya Tasya ni sampai heboh sekampung?"

Ika menolehku lama. "Hello, my friend. Tasya tak perasan ke rupa Tasya dengan Ika ni macam langit dengan bumi?" Aku tergelak kecil.

"Oh! Itu yang mereka pandang? Darah Tasya depa tak mau tengok ke?" balasku membuatkan Ika tergelak.
"Jomlah. Dah sejuk ni. Kang bising pula mak. Anak dara tak reti-reti nak balik. Dah macam ikan duyung kita ni," ajaknya. Aku hanya menurut. Aku mencapai tuala lalu membalut tubuh yang sudah lenjun pulang ke rumah.

Suasana di rumah Ika agak riuh. Bagaikan ada tetamu. Kami segera membersihkan badan dan menukar pakaian untuk menjenguk siapa yang datang. Aku mengikut langkah Ika ke ruang tamu. Ada tiga orang semuanya. Dua perempuan dan seorang lelaki.

"Tasya, mari Mak Mah nak kenalkan dengan nenek Ika," panggil Mak Mah. Aku hampiri wanita yang dikatakan nenek Ika. Hampir terduduk aku melihat senyuman di wajah tua itu. Walau sudah berpuluh tahun, wajah itu tidak banyak perubahannya. Kami bersalaman. Aku mencium tangan nenek lama sehingga menimbulkan kecurigaan di hati semua orang yang ada. Aku pandang wajah nenek lama sambil tersenyum. Tiada siapa yang tahu betapa gembiranya aku melihat wajah nenek buat pertama kalinya.

"Nenek rasa Tasya macam cucu nenek," luahnya sayu. Tersentuh hatiku. Bagaimana perasaannya andai dia tahu sememangnya aku adalah cucunya? Aku duduk di sisi nenek. Nenek usap wajahku lama.

"Mak rasa macam mak pandang muka Narimah," ujar nenek lagi.
"Siapa Narimah tu, nenek?" tanyaku ingin tahu walau sudah kutahu siapa yang dimaksudkannya.
"Anak nenek tapi nenek marah dia. Nenek halau dia dengan suami dia. Apalah habaq dia kat sana nun," pendek cerita nenek. Barangkali menahan rasa bersalah dan rindu di hatinya. Aku pandang ke wajah Ika. Dia sepupuku rupanya dan Mak Mah yang merupakan kakak ibu. Mataku berhenti pada dua wajah di hadapanku.

"Yang itu Pak Long dan yang itu Mak Ngah," perkenal Ika. Aku menyalami tangan mereka. Akhirnya misiku telah berakhir. Aku akan serahkan utusan kasih ini buat ibu yang hidup dalam kerinduan. Ibu, Tasya akan pulang!

~~~~~~~~~~~~~~~
Aku duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Bunga baru berputik. Cuaca agak mendung berbanding petang semalam. Selepas kepulangan nenek, barulah aku berterus-terang dengan Mak Mah tujuan kedatangan aku ke kampung yang damai itu. Terjadilah adegan pilu di antara aku dan Mak Mah yang kini kupanggil Mak Lang.

"Assalamualaikum," suara lelaki menegur. Aku berpaling. Seorang jejaka berdiri tegak bersama mangkuk bertingkat di sisi pangkin.

"Waalaikumsalam," jawabku teragak-agak. Sekelilingku sunyi. Rasa takut menyelubungi diriku. Takut andai ada mata-mata yang tidak senang dengan tingkahku sebagai anak kacukan yang dibesarkan negara barat.

"Mak Lang ada di rumah?" tanyanya.
"Tak ada. Dia ke dewan. Ada perjumpaan katanya."
"Abang ni anak Mak Yah. Ini Tasya, kan?" Aku hanya mengiakan saja kata-katanya. Tak pernah aku tengok pun dia ni? Orang menyamar tak?

"Kenapa berkerut dahi tu? Tak percaya ke?" tanyanya tanpa kuduga. Aku memegang dahiku. Berkerut sangat ke tadi? Malunya aku.

"Abang duduk di KL. Bila cuti baru balik sini," jelasnya tanpa kuminta tapi memang aku harapkan.
"Boleh abang duduk?" pintanya. Aku hanya mengangguk. Mangkuk bertingkat yang dihulurnya kusambut lalu kuletakkan di tengah-tengah antara kami berdua. Kami membisu. Hanya sesekali terdengar keluhannya. Barangkali bosan menunggu kepulangan Mak Lang.

"Ika mana?" tanyanya tiba-tiba. Aku berpaling ke wajahnya. Aku segera berpaling ke arah lain apabila mata kami bertentang. Kalah aku melawan pandangan tajamnya.

"Dia balik lambat sikit sebab ada aktiviti kat sekolah katanya."
"Tak apalah kalau macam tu. Mak Lang macam balik lambat lagi. Abang balik dululah. Kirim salam abang pada Ika dan Mak Lang ye," pesannya. Aku hanya mengangguk lalu menghantar langkahnya beredar dari laman Mak Lang dengan ekor mataku.

"Amboi! Seronoknya dok kat sini ada orang temankan, ye?" sergah Ika. Aku hanya tersenyum.
"Berapa lama jadi pengintip ni?" tanyaku.
"Sejak lima minit yang lalu. Wah! Siap hantar bekalan lagi. Ada apa-apa ke?" usik Ika. Aku mencebik.
"Dia datang nak jumpa Mak Lang tapi kan Mak Lang ada meeting kat dewan tu. Ika pun balik lambat sangat. Dah lama dia tunggu tapi tak juga balik-balik. Sudahnya dia balik je," jelasku. Ika masih tersengih di sisiku.

"Tasya suka tak kat abang Ika tu? Dia handsome, kan? Dia tak de girlfriend tau. Kalau Tasya sudi, Ika boleh tolong aturkan semuanya," cadang Ika membuatkan aku tergelak.

"Hello, Cikgu Ika. Sejak bila pula tukar profession jadi pencari jodoh ni? Sebelum nak carikan orang jodoh, cari dulu jodoh sendiri ye," balasku. Ika tergelak besar. Berkerut dahiku. Salahkah apa yang aku cakap?

"Tasya ni lambatlah. Tak perasan ke cincin kat jari Ika ni?" Aku belek jemari Ika yang halus meruncing. Sudah lama aku perasaan cincin belah rotan yang sudah terpatri di jari manisnya semenjak hari pertama aku tinggal bersamanya.

"Alah, cincin belah rotan. Sesiapa pun boleh pakai," sambutku selamba.
"Sebenarnya, ini cincin tanda. Bakal tunang Ika pergi belajar kat New Zealand. Dua bulan lagi dia habis belajar kami bertunang. Lepas tu, kahwinlah. Kemudian, Ika bolehlah pinangkan Tasya untuk abang Ika tu," jelasnya.

"Jangan nak mengada. Dah! Jom masuk dah nak maghrib. Sat gi Mak Lang balik bising pula anak dara dok kat luar lagi," ajakku cuba mengalih perbualan kami tentang abang Ika. Eh! Siapa nama dia? Nak tanya Ika? Tak boleh. Nanti dia fikir lain pula. Lantaklah! Tak ada kena mengena dengan aku.

~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tidak sabar menanti di muka pintu. Sudah berpuluh kali aku berulang menjenguk ke muka pintu. Bayang orang yang kutunggu tidak juga muncul tiba.

"Tasya, cuba duduk diam-diam. Risau pula Mak Lang tengok dok ulang-alik ni," tegur Mak Lang. Aku tersenyum lalu duduk di sofa. Kali ini kepalaku pula menjengah ke tingkap berulang kali.

"Lambatnya sampai. Entah-entah tersesat kot?" tekaku. Mak Lang sudah menggeleng kepala melihatku gelisah. Kata Ika tadi, aku sudah seperti ayam berak kapur. Aku ke dapur menjenguk Ika yang sedang membuat kuih kuih karipap.

"Ya Allah! Ni apahal muka dah macam orang putus cinta ni? Abang tak datang, ye?" sapa Ika.
"Banyak kerjalah dari nak tunggu dia. Lambat betullah mereka ni sampai. Betullah kata orang, kan. Penantian itu suatu penyiksaan". Ika tersenyum. Aku menolongnya mengisi inti ke dalam adunan yang sudah dinipiskan oleh Ika.

"Tasya!" Terdengar namaku dipanggil Mak Lang. Aku segera menuju ke ruang tamu. Hampir menjerit aku lalu berlari memeluk tubuh orang yang amat aku rindui.

"Anak ibu sihat?" tanya ibu. Aku peluk ibu kuat-kuat. Rinduku selama dua bulan ini berbalas jua akhirnya.
"Rindu kat ibu. Ayah tak ikut sama?" tanyaku setelah menyedari kelibat ayah tiada. Ibu mengusap kepalaku lalu tersenyum.

"Ayah ada di bawah dengan Pak Long dan Pak Ngah," jawab ibu. Aku jenguk dari tingkap. Ayah sedang rancak bercerita. Sesekali tangannya menepuk bahu Pak Long dan Pak Ngah. Nenek turut di samping mereka. Alhamdulillah. Benci nenek pada ayah sudah berakhir. Sayangnya, aku tidak berkesempatan bertemu dengan datuk. Utusan kasih ibu dan ayah telah selamat aku sampaikan. Aku kembali menghampiri ibu. Lengan ibu aku peluk.

"Berkepit sajalah jawabnya anak dara saya yang seorang ni, kak," perli ibu. Aku hanya mencebik. Yang penting rinduku terlerai.

"Alah, Mak Su. Tak lama lagi Tasya dah tak payah berkepit dengan Mak Su. Ada orang kat kampung ni berkenan dengan anak dara Mak Su tu," Ika pula mengusik.

"Ye ke? Siapa Ika? Tunjukkanlah pada Mak Su," ibu sambut seronok menyakatku. Aku jeling Ika tajam namun tiada reaksi yang membolehkan aku tersenyum lega.

"Tasya nak jumpa ayahlah," ujarku seakan merajuk lalu keluar mendapatkan ayah di halaman rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~
Ibu masih memandangku sambil tersenyum. Mukaku masih masam mencuka. Sudah puas aku ke hulu ke hilir mencari jawapan keputusan permintaan mereka. Keputusan ibu dan ayah begitu berat. Utusan kasih mereka telah aku laksanakan. Mengapa kini utusan kasih itu harus ada penyambungnya. Tidak adil buatku. Wajah ayah tetap tenang seperti selalu.

"Tasya, sampai bila Tasya nak mogok macam ni?" ayah bersuara seakan cuba memujuk.
"Tasya tak kesian kat ibu dengan ayah?" ibu pula sayu bersuara namun wajahnya dibaluti pengharapan yang terlalu tinggi. Aku cukup lemah jika ibu dan ayah bersuara sayu begitu. Terasa berdosa menguasi diriku. Selama ini mereka turuti segala kemahuanku. Tidak pernah walau sekalipun aku dikecewakan. Wajarkah aku mengecewakan satu-satunya permintaan mereka?

"Ayah dan ibu tak marah kalau Tasya tak boleh terima tapi kami nak Tasya tahu. Apa yang kami cuba lakukan hanyalah demi kebaikan Tasya sendiri," luah ayah lalu meninggalkan aku sendirian di dalam bilik. Ibu menurut langkah ayah keluar dari bilikku. Aku duduk di tepi birai katil.

Haruskah aku menerima pinangan Mak Long untuk anak buahnya? Haruskah aku korbankan masa depanku sendiri demi menjaga hati mereka yang inginkan hubungan persaudaraan kami tidak akan terputus lagi? Aku bangun lalu berdiri di tepi tingkap. Kelihatan ibu dan adik-beradiknya sedang rancak bercerita. Wajah ibu penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Apa akan jadi andai aku tolak pinangan mereka? Masihkah ada ruang untuk ibu gembira seperti itu?

Sesungguhnya, berdosa besar seorang anak jika membuatkan seorang ibu menangis kerananya. Itu kata-kata Ustazah Zarina ketika dia belajar agama dulu. Kata-kata itu masih dipegang sehingga saat ini. Kerana ibu dan ayah aku rela berkorban.

~~~~~~~~~~~~~~~
Aku renung cincin yang tersarung di jari manisku. Mak Yah yang sarungkan sebentar tadi.
"Sudah-sudahlah tu. Tak larinya cincin tu kalau tak ditenung," perli Ika di muka pintu. Tidak sangka dalam masa dua minggu selepas aku menerima lamaran Mak Long, aku kini sudah sah menjadi tunangan orang. Tiga bulan dari sekarang aku akan bergelar isteri orang pula. Yang paling seronoknya, aku akan tinggal dengan ibu di kampung ini sepanjang tempoh itu. Ayah akan pulang ke London untuk menguruskan perpindahan mereka ke Malaysia. Ayah memohon untuk berpencen lebih awal.

Semenjak bertunang aku tidak pernah menemui tunangku. Kata Mak Yah, tunangku, Ahmad Farhan terpaksa ke luar negera menghadiri kursus jangka pendek. Dia akan pulang seminggu sebelum majlis pernikahan kami. Aku sendiri tidak pernah tanya siapakah orangnya. Masing-masing tidak pernah membuka mulut bercerita pasal tunangku.

Hari yang dinantikan muncul juga. Aku sudah diandam. Aku memakai baju kurung lace berwarna putih dan selendang warna yang sama. Di ruang tamu sudah kedengaran suara Tok Kadi membaca ikrar pernikahan. Ika menemaniku di dalam bilik. Akad sudah selesai. Kini sah sudah aku menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku kenali.

"Pengantin lelaki nak masuk untuk acara pembatalan air sembahyang," suara Mak Ngah kedengaran. Debaran di dada semakin terasa. Aku tunduk memandang lantai. Seorang lelaki berbaju melayu putih sudah berdiri di hadapanku.

"Assalamualaikum," suamiku memberi salam. Aku menjawab salamnya lalu kuhulurkan tanganku. Sebentuk cincin bertahtakan berlian tersarung sudah di jari manis kananku. Lalu, aku cium tangannya sebelum dahiku diciumnya.

Perlahan-lahan, aku mendongak memandang wajah suamiku buat pertama kalinya. Wajah suamiku tenang. Senyuman di bibirnya begitu ikhlas.

Bermimpikah aku? Aku jeling wajah Ika dan ibu yang sedang berdiri di tepi pintu. Ada senyuman bermakna di bibir mereka. Dialah utusan kasih dari mereka buatku. Rupanya Ahmad Farhan dan Abang Long adalah orang yang sama. Terima kasih semua.

Label:

posted by Tanpa Nama @ 6:11 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 30/11/07 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menarik! nice one!!

     

  • At 30/1/08 4:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menarik tapi memboringkan. citer dier lebih kpd kekeluargaan. mungkin blh bagi teladan kpd remaja zaman skarang bhwa jodoh akan datang dgn sndiri tak payah terhegeh2 nak cari kan

     

  • At 31/5/09 6:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad...ok jeee

     

  • At 16/9/09 2:56 PTG, Anonymous nur kasih said…

    gug job pnulis....
    truskan brkarya..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group