Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
JARUM jam di atas meja menunjukkan ke angka lima. Masing-masing berlari-lari anak menuju ke tingkat bawah. Seperti biasa mereka mengikut peraturan, punch card terlebih dahulu sebelum keluar dari pintu pejabat. Sementara di satu sudut di tingkat atas, kelihatan seorang wanita masih tekun menyiapkan kerja yang diamanahkan tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling.
"Hai! Kak Liz, belum pulang lagi?" teguran daripada Maslin, kawan sepejabat mengejutkan Liz yang sedang leka menyiapkan kertas kerja.
"Kak Liza nak siapkan kerja ni dulu, esok Boss ada meeting" jelas Liz sambil tangannya sibuk menyelak dokumen-dokumen di atas meja.
"Oklah, Mas balik dulu, assalamualaikum!".
"Waalaikummussalam".
Maslin terus berlalu menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Ah! Maslin... sungguh bertuah kau. Walaupun usia baru mencecah 19 tahun, namun sudah punya masa depan sendiri. Mempunyai keluarga yang bahagia. Ada suami yang penyayang ditambah pula kehadiran zuriat yang menguatkan lagi kasih sayang. Bisik hati kecil Liza. Tapi... aku? Usiaku sudah menjangkau 24 tahun, namun masih sendiri. Walaupun mempunyai kekasih, namun masih belum ada kata putus. Syam, nama itu sentiasa bermain di bibir. Kehadiran Syam 5 tahun yang lalu telah membuka ruang di hatinya. Cinta pandang pertama. Baginya Syam adalah insan yang pertama dan terakhir dalam hidupnya.
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!.... jam dinding menjerit menandakan tepat 6 petang. Liz tersentak dan serta merta pen yang dipegangnya jatuh. Lamunannya mati dengan tiba-tiba.
"Alamak! Aku hampir terlupa pula, hari ini aku ada janji dengan Syam" Liz menjerit sendiri sambil tangannya terus mencapai beg tangan dan kunci kereta. Liz berjalan laju keluar dari pejabat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala apabila ada teman sepejabat menegur tanpa sempat menjawab.
Hampir 1 jam Liz berdiri di situ. Bayangan Syam tidak kelihatan langsung. Kakinya terasa lenguh, mata Liz meliar mencari Syam tapi hampa. Sudah masuk dua kali Syam lupa pada janji. Perasaannya hampa. Dengan langkah longlai dia menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan meninggalkan tempat itu. Tiada arah tujuan. Hatinya jadi tak sedap tiba-tiba, lantas terus memusingkan kereta. Sementara itu dadanya berdebar dan firasatnya seperti memberitahu sesuatu. Ada sesuatu yang tidak kena?
Sampai di situ, kereta diberhentikan. Liz menyandarkan badan ke belakang sambil menenangkan hatinya yang berdebar. Sebentar tadi dia telah menghubungi pejabat Syam. Kawannya memberitahu Syam telah lama keluar. Liz masih tidak mahu bergerak kerana yakin Syam akan datang. Jam di tangan dibelek. Masa terus berlalu dan satu jam kemudian Liz masih setia di situ. Liz memandang sekeliling mencari kelibat Syam. Hatinya bagaikan melonjak gembira apabila terpandang seorang jejaka yang turun dari kereta Honda Civic. Namun... tak sampai beberapa minit perasaannya bagaikan dihiris sembilu. Liz mengetap bibir sekuat-kuat hatinya. Kalau diikutkan perasaan ingin saja aku menyerang Syam di khalayak ramai. Biar dia malu! Liza menutup mukanya dengan Kedua belah tangan. Airmata wanitanya menitis.
"Apakah dia menjemputku ke sini untuk menyaksikan sandiwara ini," keluhnya sendiri. Di matanya terbayang wajah Syam disusuli dengan wajah perempuan yang begitu mesra di sampingnya.
Liz merebahkan badannya ke atas katil. Fikirannya melayang. Sesekali hadir wajah Syam mengganggu ketenangan. Kemelut yang bergolak di dalam dirinya mencengkam. Saat ini Liz menerima tawaran untuk meneruskan tugas di London dalam jangkamasa Selama empat tahun. Liz bertekad, dia akan tinggalkan daerah ini. Segala memori bersama insan yang disayangi dan dicintainya selama menetap di daerah persinggahan ini akan ia kuburkan tanpa nisan. Walaupun perit dirasakan namun akan dipaksa dirinya jua. Liza rela mengundur diri demi kebahagian ibu Syam.
"Syam! I mahu penjelasan dari you. Kemana you pergi semalaman sampai you terlupa janji kita?" Liza memulakan bicara setelah dirinya dapat kekuatan untuk hadapi segala penjelasan dari Syam.
"Liz... janganlah marah. I terlupa janji kita semalam. Actually.... semalam I terpaksa join meeting dengan client dari Brunei. Maafkan I okey?" Syam bersuara manja memohon simpati. Jawapannya selamba saja. Hati Liz betul-betul meluat.
"What? Meeting?" Liz menekankan sedikit suara sambil tersenyum sinis. "Meeting di Shopping Complex and then you lunch di KFC dengan client? Oh ya! Lupa nak tanya, client you tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki la...."
"Seorang saja?"
"Ha.... ah...." antara dengar dengan tidak saja jawapannya.
"So... siapa pula gadis di samping you di ketika itu?" soalan aku kali ini benar-benar membuatkan wajahnya berubah.
Syam terus tunduk. "Liz... apa yang you cakap ni? You janganlah percaya dengan cakap kawan-kawan you tu..." suaranya tegas kedengaran, namun Liz dapat rasakan masih ada sesuatu yang disembunyikan.
Ah!! Lelaki. Memang pandai bersandiwara. Biar apa pun terjadi, aku harus dapatkan penjelasan darinya. Selama ini aku telah tertipu dengan sikapnya dan selama ini juga aku fikir teman-teman menaruh perasaan cemburu akan hubungan yang mesra antara aku dan Syam. Justeru itulah aku tidak percaya bila ada di antara teman-teman memberitahu yang dia ternampak Syam keluar dengan perempuan lain. Bila kuajukan soalan pada Syam, Syam tetap menafikannya. Namun kini segalanya telah terbukti, bisik hati Liz seolah berbicara dengan dirinya sendiri.
"Syam, tak perlulah you cuba berdalih lagi. I nampak dengan mata I sendiri. You nampak begitu mesra bersamanya. Selama ini I percayakan you dan hanya youlah segalanya dalam hidup I. I benar-benar bahagia memiliki you, lelaki idaman I selama ini. I bermegah dapat mendampingi you apatah lagi you menjadi rebutan semasa di kolej dulu. Tapi.... rupanya I buta. Buta kerana tidak mengenal erti cinta sebenar dari seorang lelaki. Selama lima tahun I setia bersama you. Lima tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek untuk kita saling mengenali, tapi kenapa you sanggup mempermainkan cinta suci kita Syam!" Liza masih dapat mengawal perasaan. Liz tidak mahu Syam anggap dirinya perempuan lemah dengan cinta.
"Syam, I bukannya menagih cinta jua simpati dari you.... I inginkan satu kepastian, kepastian Syam!!" Liz meninggikan suaranya.
"Maafkan I Liz.... I tidak berniat untuk melukakan hati you. Hari ini I terpaksa berterus terang dengan you tentang perkara sebenar yang I sembunyikan selama ini. I harap you tidak akan menuduh I sebagai lelaki lemah dan penipu. Actually...." Syam diam seketika. kemudian menarik nafas dalam-dalam, dilepaskan bagai melepaskan satu bebanan yang maha berat harus ditanggungnya. Liz menjeling dengan ekor mata.
"Liz... actually gadis yang you maksudkan itu adalah bakal isteri I" Liz tertunduk membisu. Dia cuba kawal perasaannya sebaik mendengar dari Syam. Liz cuba untuk bersuara tapi segala semangatnya telah terbang bersama perasaan yang benar-benar terluka. Hati Liz sebak. Apa yang ditakuti selama ini terpaksa dihadapinya.
"Liz... perempuan itu adalah pilihan orang tua I. I terpaksa menerimanya walaupun tanpa kerelaan hati I sendiri. I tak mahu melukakan perasaan ibu dan bapa I. Apatah lagi pilihannya adalah sepupu I sendiri. Mereka yang rancang segalanya tanpa pengetahuan I," Syam menyambung kembali bicaranya kembali. Pertama kali Liz lihat airmata lelakinya gugur. Wajahnya begitu lesu sekali.
"Mengapa you sanggup tipu selama ini?" Liza bersuara setelah mendapat sedikit ketenangan. Namun Liz sudah tak terdaya lagi. Air mata membasahi pipinya. Syam menggenggam erat tangan Liz dan lantas diciumnya.
"I takut kehilangan you, Liz..."
"Tidak Syam! You harus terima kenyataan. I tidak layak untuk diri you."
"I takut kehilangan you, Liz..."
"Tidak Syam!! You harus terima kenyataan yang I tak layak untuk diri you. Anggaplah kenangan cinta kita hanya mimpi dan diri I ini hanya persinggahan sementara di hati you. Perempuan itu lebih berhak memiliki hati you. Berilah kasih sayang sepenuhnya. I rela undur diri" suaraku tenggelam timbul dalam sendu. Perlahan-lahan ku lepaskan genggaman tangannya dan berlalu.
Ahh!! Kejamkah aku?? Kejamkah aku membiarkan Syam berperang sendiri dengan masalahnya? Tapi aku tidak mahu dianggap seorang wanita merampas hak orang lain. Biarpun aku adalah insan pertama bertahta di hati Syam sebelum kehadiran perempuan itu. Aku akan mengharungi kedukaan ini di atas kebahagianmu sekeluarga. SYAM... KITA DITAKDIRKAN TIDAK BERSAMA.
Sebelum berlepas meninggalkan tanah air ini aku sempat mencoret sesuatu buat Syam. Surat berkenaan kuserahkan pada Lina, sahabatku untuk diserahkan pada Syam. Ternyata aku masih menyayanginya walaupun hati terluka.
Untuk Insan Tersayang, Syam....
Di saat kau menatap barisan ayat ini, Liz tidak lagi berada di bumi Malaysia. Liz telah berangkat ke kota London untuk bertugas buat sementara sekaligus menenangkan fikiran.
Syam yang kucintai...
Liz mengerti perasaanmu, namun di saat begini cinta tidak penting lagi. Tapi kebahagiaan adalah harapan orang tuamu. Cinta suci adalah suatu pengorbanan. Liz sendiri rela mengorbankan cinta ini demi kebahagiaanmu. Akan kucuba lupakan janjimu, kenangan kita, kepedihan dan kepiluan ini.
Akhir kata untuk insan yang ku kasihi... Maafkan diri ini kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Syam. Doakan Syam bahagia bersamanya.
Still Loving You Lizyawati Azman
*************
Ring! Ring! Ring! Telefon di atas meja menjerit kuat minta diangkat.
"Helo..."
"Helo... boleh bercakap dengan Lizyawati?" suara corong di telefon menyentak jantungnya.
"Hello... hello are you still there??" suara itu gelisah.
"Er... er... minta maaf, Liz sudah keluar." Sejurus kemudian talian diputuskan. Kenapa aku harus berbohong? Bukankah suara itu yang aku nanti dan rindukan selama empat tahun. Bentaknya sendiri. Hatinya mula kecewa.
Syam tidak puas hati. Dia yakin suara tadi milik Liz. Ya... Liz telah kembali dari kota London seminggu lepas. Dia yakin Lina tidak membohonginya. Apakah perasaan benci masih bersarang di hati Liz?"
"Liz ada orang cari kau!!!" Lina menjerit, suaranya lantang sekali.
"Siapa?" namun tiada jawapan dari Lina di tingkat bawah. Liz mengatur langkah menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil. Langkahnya kaku di tangga terakhir apabila terpandang wajah seorang lelaki yang tersandang di sofa. Wajah yang dirinduinya. Namun dia masih dapat kawal perasaan. Egonya meninggi bila mengingati kekecewaan yang dialaminya empat tahun lalu.
"Liz, boleh kita berbicara sekejap?" berhati-hati Syam memulakan bicara.
"Apa yang kau mahu?" lantang dan tegas suara Liz.
"Liz... berilah aku peluang untuk....."
Belum sempat Syam meluahkan isi hatinya, Liz menjerit memanggil Lina untuk melayan Syam. Sejak hari itu Syam cuba untuk mengambil semula hati Liz setelah mengetahui kekasihnya itu sudah kembali semula ke sini. Dia tahu Liz masih menyayangi dirinya melalui pengakuan yang dibuat oleh Lina. Ternyata perkahwinannya dengan gadis pilihan orang tua diterima dengan hati redha. Namun, Tuhan lebih menyayangi arwah siterinya yang meninggal dunia akibat terjatuh ketika hamil anak sulung mereka.
Bagi Liz amat sukar untuknya melupakan Syam, namun dia menerima jodoh yang telah Ditetapkan oleh kedua orangnya di kampung. Kini Liz hanya menunggu saat-saat untuk diijabkabulkan.
Hari yang ditetapkan telah tiba. Sanak saudara berkumpul. Kedua ibu bapa Liz kelihatan gembira sekali. Puteri bongsunya akan berkahwin. Senyuman tidak lekang dari bibir menyambut tetamu yang hadir. Namun, keriuhan di halaman menggamit kepiluan di hati pengantin. Liz sedar, walau apa yang terjadi, dia harus hadapi segala kenyataan. Akan diterima jodoh yang ditentukan keluarga dan akan dicuba membina hidup di atas landasan yang besar.
Liz termanggu sendirian. Tiada wajah ceria yang menandakan dia bakal menjadi raja sehari. Debaran didadanya bertambah kencang apabila jam dinding berdenting. Saat untuk akad nikah telah hampir.
"Siapakah insan yang bakal jadi suamiku?" bisiknya sendirian. Liz bangun menjenguk keluar mengintai seseorang di celah-celah tetamu yang sedang menanti rombongan pengantin. Namun hampa. Tiada wajah yang dinantikan. Kelakuannya diperhati oleh Lina. Lina mengerti mungkin teman baiknya sedang menanti ketibaan Syam.
"Lina, kau fikir Syam akan datang di hari perkahwinanku?" tanya Liz ragu-ragu. Soalan Liz melenyapkan lamunan Lina.
"Tak mungkin aku bohongi temanku sendiri. Usahlah kau risau, sekejap lagi datanglah dia. Dia dah janji dengan aku akan datang. Mungkin Syam tersesat jalan," ujar Lina sambil menenangkan perasaan temannya. Bila terpandang wajah Liz yang sedih ingin saja dia menceritakan apa yang telah terjadi di saat ini. Namun demi janji, Lina terpaksa pendamkan.
"Liz, aku harap kau dapat menerima kedatangan bakal suamimu dengan hati terbuka. Lupakan segala kisah yang lalu. Biarkan kenangan lalu bersemadi walaupun tanpa nisannya. Aku harap kekecewaan dan penderitaan kau selama ini akan berakhir. Binalah hidup baru bersama insan yang bakal membimbingmu. Hanya takdir yang menentukannya. Aku doakan kau menemui sinar kebahagiaan,".
Pelukan dua sahabat bertaut. Air mata menyaksikan kesetiaan dan kejujuran persahabatan mereka selama ini. esanan dari seorang teman membuatkan Liz mengalir air mata sebelum bergelar ISTERI. Paluan kompang berbunyi dari luar sana menandakan rombongan pengantin lelaki telah sampai. Kedengaran suara Tok Imam memulakan akad nikah.
"Aku terima nikahnya....." Liz tergamam sebaik mendengar suara garau milik lelaki yang bakal menjadi suamiku. Suara itu mencuit hatinya. Ya... suara itu pernah aku dengar. Tapi... di mana???? Fikirannya bercelaru. Liz berpusing menatap wajah Lina untuk menyatakan padanya apa yang bermain difikiran. Namun Lina memandang sepi seolah tiada apa yang menyentuh hatinya. "Ahh!! Mungkin perasaanku sahaja. Ya... kerana ku terlalu menanti kehadirannya. Tidak mungkin Syam akan datang menyaksikan perkahwinan aku. Tiada insan yang sanggup menonton drama perkahwinan dan persandingan kekasih yang dicintai bersama lelaki lain" Liz mengeluh panjang.
"Liz, suami kau datang untuk upacara membatalkan air sembahyang. Ini cincin bagi pihak kau. Aku harap kau dapat mengawal perasaan dan tenangkan fikiranmu," beritahu Lina sambil mengusap mesra tanganku. Bicara Lina menambahkan lagi debaran di jantung Liz. Liz tertunduk lantas menyapu airmata kegembiraan yang mengalir kerana telah sah menjadi seorang isteri, biarpun belum melihat wajah suaminya. Kedengaran derapan kaki masuk ke bilik dengan diiringi oleh bapa dan kaum keluarga terdekat.
Perasaannya jadi tidak menentu. Ketika Liz berdepan dengan suaminya terdengar di telinga, suaminya berdehem beberapa kali. Dia mengerti bahawa suaminya memberi isyarat supaya dia mengangkat wajah untuk ditatap. Hatinya melonjak untuk melihat wajah suami, namun dia kembali sebak. Bila mengingatkan pelamin angannya bersama orang yang tidak dikenali sebelum ini.
Tatkala jarinya disentuh untuk disarung cincin, bagaikan ada kuasa luar biasa mengalir dalam diri memaksa untuk mendongak. Dengan kekuatan yang ada Dengan kekuatan yang ada Liz cuba mendongak. Benar... lelaki ini yang dipuja bertahun-tahun. Wajah itu ditenungnya dengan penuh kehairanan. Liz menatap wajah Lina, ayah, ibu dan lelaki itu silih berganti. Namun semuanya membisu seribu bahasa hanya senyuman terukir di bibir.
Airmatanya mengalir lagi untuk kesekian kali membasahi baju pengantin. Airmata yang mengiringi dan menyaksikan perkahwinan hari ini adalah airmata kegembiraan bukan lagi kekecewaan dan penderitaan yang dialami sekian lama. Liz bersyukur. Pelamin angannya tidak musnah. Ditenung wajah suaminya dengan penuh kasih sayang. Pelukkan dua insan bertaut. Kedengaran di hujung telinganya suara lembut lelaki yang dicintainya "KITA DITAKDIRKAN BERSAMA". Bicara yang dilafazkan begitu menyentuh sanubarinya. Kucupan mesra dari Syam terasa lembut di pipi bagaikan memberi satu pengertian yang mendalam. Dalam kegembiraan itu, ada tangisan yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Segalanya terkunci cuma di hati.
Best sgt..cinta memang memerlukan pengorbanan.. Sbnrnya,p'kahwinan yg ditetapkn oleh ibu bapa dan b'cinta slps kahwin lebih m'bahagiakn dan diredhai ALLAH..
Best cite ni....cinta mmg memerlukan pengorbanan.. actually,p'kahwinan yg ditetapkn ibu bapa n b'cinta slps kahwin lebih m'bahagiakn n diredhai ALLAH..
i think penulis ni kena check balik hasil nukilan dia.. cube kaitkan dgn realiti kehidupan kita yg sekarang.. kita hidup kat alam yg nyata bukan fantasi.. manela ada org yg blh x tau sape laki yg dia nak nikah.. bohong sangat.. bosan la citer camni..
askum.. sy ase citer ni 0k tp dah byk n0vel cam ni sy bace..bleh tau camne keseluruhan cter.. h0wever,,cter ni best.. CINTA YANG SEJATI MEMERLUKAN PENGOBANAN YANG TULUS DEMI YANG TERSAYANG...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
slalu sgt bace cerpen cam ni..nak nikah jek musti xtgk bakal suami..klako betoll..ade gak org camni..sesuke jek nak nikah ngan org xkenal..