BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Oktober 11, 2007
cerpen : hati yang terluka
Aelliea

Setelah lima tahun di perantauan, Azlan kembali ke tanahair. Terlalu banyak perubahan telah berlaku sepanjang ketiadaannya selama ini. Bumi Malaysia semakin bertahta di hatinya. Langkahnya lemah menuju ke balai berlepas. Pesawat yang dinaikinya tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang telah dijadualkan.
"Azlan", Azlan menoleh ke arah suara yang melaungkan namanya. Bibirnya terukir senyuman. Wajah kakak serta keluarganya kini sudah di depan mata. Mereka saling bersalaman dan berpelukan.

"Abah dan Mak mana?" tanya Azlan setelah menyedari ketiadaan dua insan yang teramat dirinduinya itu.
"Abah tak sihat sangat. Akak suruh mak dan abah tunggu kat rumah je. Jomlah," jawab Azlia, kakaknya.
Perjalanan pulang ke rumah begitu lambat Azlan rasakan. Namun, melayani keletah anak saudaranya yang seramai dua orang itu sedikit sebanyak mengurangkan debarannya.

"Kali ni dah tak balik sana lagi, kan?" tanya Azlia. Azlan hanya tersenyum.
"Insyaallah. Azman dan Azli buat apa sekarang, kak?"
"Azman dah tahun akhir di UITM. Dia sambung degree lepas habis diploma dulu. Azli sudah setahun di USM. Semua ada tunggu kat rumah. Dah macam orang nak buat kenduri kat rumah tu," cerita Azlia. Azlan semakin tidak sabar untuk tiba ke rumah.

Sejam kemudian, mereka tiba di rumah. Suasana agak meriah seperti yang dikatakan oleh kakaknya. Azman memeluk tubuh kedua orang tuanya. Lima tahun di negara orang jauh dari keluarga cukup menginsafkan Azlan. Selama ini dia kurang perihatin terhadap seisi keluarganya. Kini, setelah apa yang ditempuhi seorang diri selama lima tahun itu tidak akan diulanginya untuk peluang yang kini di depan mata.

**************
Midvalley Megamall agak sesak di hujung minggu ini. Azlan sendirian menyusuri ruang legar pusat membeli-belah besar itu. Langkahnya dihalakan menuju ke butik pakaian kanak-kanak Strawberry.

"Abang Azlan," panggil seseorang. Azlan menoleh ke belakang. Seorang gadis manis bertudung bersama seorang teman perempuannya berdiri di hadapannya. Azlan tersenyum. Wajah manis itu tidak banyak berubah sepanjang lima tahun ini. Ayu dan bertambah cantik dengan penampilan bertudungnya ala gaya Wardina, artis kesukaannya.

"Ain. Apa khabar?" balas Azlan tenang. Tiada getaran dan debaran yang dilalui seperti lima tahun dulu. Sudah hilangkah segala rasa kasih sayang dan cinta di hatinya untuk gadis itu? Ke manakah hilangnya rindu dendam buat gadis itu selama ini?

"Alhamdulillah sihat. Bila abang balik sini?" tanya Ain sedikit teragak-agak.
"Dah lima hari abang balik. Hari ni baru keluar jalan-jalan. Ain buat apa sekarang ni?" jelas Azlan.
"Ain kerja di IGB. Kebetulan hari ni Ain cuti temankan kawan. Abang cuti lama ke?" sambut Ain.
"Tak. I'm back for good," jawab Azlan pendek. Ain menoleh wajah temannya sebentar lalu mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Ni kad Ain. Kalau abang sudi, telefonlah Ain." Azlan menyambut sekeping kad nama yang dihulurkan oleh Ain.
"Insya Allah."
"Ain pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Azlan hanya memerhatikan Ain berlalu pergi sehingga hilang dari pandangannya. Azlan tersenyum sendiri. Untuk apa dia sendiri tidak pasti. Gembira? Ya, dia gembira bertemu semula gadis yang disayanginya dulu walaupun terpaksa menerima tentangan hebat dari Abah dan keluarga Ain. Rintangan itulah yang telah membawanya jauh dari keluarga dan pulang dengan kebanggaan keluarga. Dia berjaya di atas hati yang telah dilukai.

***************
Azlan duduk di kerusi meja makan. Ayah Ain, Pakcik Taza masih berdiri bercekak pinggang. Azlan jeling Abah yang sedang asyik menonton televisyen. Azlan tahu Abah bukan tidak mahu mempertahankannya cuma Abah malas nak melayan karenah lelaki itu.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku. Bapa kau tak ajar ke macamana nak hormat dengan orang tua. Kenapa kau tak jawap apa aku tanya?" sergah orang tua itu. Bulat matanya merenung Azlan.

"Tadi pakcik juga yang cakap jangan cakap masa pakcik tengah cakap. Bila saya diam, pakcik marah pula. Saya memang tak hormatkan pakcik sebab pakcik sendiri memang tak pandai nak hormatkan orang. Datang menyerang rumah orang pukul dua belas malam, elok sangat ke?" balas Azlan lembut. Dia tahu api jika di simbah dengan minyak akan semakin bersemarak amarahnya.

Pakcik Taza kembali duduk. Tahu pula letih berdiri lama sangat, bisik Azlan di dalam hati. Dibiarkan saja orang tua itu membebel sendiri. Setelah puas meluahkan ketidakpuasan di hatinya, dia balik tanpa disuruh seperti mana dia datang tanpa diminta.

"Abah masuk tidur dulu," akhirnya Abah bersuara. Azlan hanya merenungi wajah tenang Abah masuk ke biliknya. Azlan bersandar di kerusi. Hampir dua tahun perkenalannya dengan gadis bernama Ain Syuhada itu. Entah apa yang silapnya, ayah Ain seorang saja yang membantah perhubungan mereka. Ada saja yang tidak kena. Ini bukan kali pertama dia diserang oleh ayah Ain. Tidak kira siang dan malam.

Ugutan demi ugutan telah diterimanya. Namun, kerana kejujuran dan keikhlasan mereka masih meneruskan perhubungan dengan restu ibu Ain yang memahami keadaan mereka.

"Kau ada harta ke nak kahwin dengan anak aku? Kau ada rumah? Ada kereta? Boleh ke anak aku hidup senang kahwin dengan kau nanti?" kata-kata itu berbekas di hatinya sepanjang perhubungan mereka. Tapi, Azlan tahu Ain bukan begitu. Ain tidak pernah meminta-minta sepanjang mereka berkawan.

Barangkali kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Abah berhasrat untuk berpindah ke rumah kakak. Abah malu apabila orang tua itu menyerang mereka sekeluarga. Jiran-jiran ramai yang memasang telinga. Tapi, sebenarnya mereka mengambil sikap bersiap sedia. Mereka almaklum dengan sikap panas baran ayah Ain.

**************
Setahun berlalu lagi menjadikan perhubungan itu bertambah usia. Ain sudah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Bandar Bersejarah, Melaka. Ain mula menegur kerjayanya sebagai penyelia restoran ekslusif di sebuah hotel. Azlan turutkan juga tapi memerlukan masa untuk bertukar ke bidang lain.

Panas tidak selamanya ke petang. Turun hujan di tengahari menghancurkan segalanya. Permintaan Ain supaya datang ke Melaka ditunaikan demi orang yang disayangi. Diredah juga kerana Ain walaupun di bulan puasa.

"Ain minta maaf. Ain tahu Ain akan melukakan hati abang tapi Ain tak boleh tipu diri Ain sendiri," luah Ain tenang ditemani seorang kawan perempuannya dan seorang lelaki. Azlan hanya memandang muka Ain.

"Apa maksud Ain?" soalnya pendek. Hilang rasa rindu di hati. Sedikit curiga mengambil tempat. Ain menoleh ke wajah lelaki di sisinya. Azlan turut mengalihkan pandangan ke wajah lelaki di hadapannya.

"Ain nak putuskan perhubungan kita. Ain dah jumpa orang lain," terangnya.

Azlan hanya tersenyum sinis menyindir dirinya sendiri. Perkara yang paling ditakutinya sudah pun berlaku. Patutlah beria-ria Ain menyuruhnya datang ke Melaka ini sekadar ingin memberitahu berita duka ini.

"Ain pasti?" tanya Azlan cuba menduga. Ain mengangguk perlahan lalu menundukkan kepalanya. Diserahkan sebuah kotak kepada Azlan.

"Ain minta maaf," ujar Ain seperti menahan sendu lalu meninggalkan Azlan sendirian tanpa sebarang pamitan. Azlan terkedu sendiri. Bermimpikah dia di siang hari ini? Di bulan Ramadhan yang mulia ini. Azlan tenung kotak berwarna kuning itu lama. Dibukanya perlahan. Semuanya barang yang pernah diberikan kepada Ain dahulu telah kembalikan semula kepadanya. Azlan kembali menutup kotak tersebut lalu beredar menuju ke perhentian bas.

Hilang seleranya untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hilang kegembiraan di hatinya untuk berbuka puasa bersama Ain. Setelah membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur, Azlan singgah di restoran makanan segera yang berdekatan sementara menantikan waktu bas akan bertolak. Episod cintanya dengan Ain telah berakhir. Hatinya telah dilukai.

***************
Azlan tiba di rumah tepat jam dua pagi. Abah dan Azman sedang menonton televisyen siaran bola. Azlan terus kebilik lalu mencapai tuala dan asuk ke bilik air. Abah hanya melihat. Balik selewat itu adalah perkara biasa pada Abah. Tiada peliknya.

"Azlan! Azlan!" Terdengar namanya di laung lantang dari luar. Azlan keluar dari bilik air setelah mandi. Kelihatan ayah Ain berdiri bercekak pinggang di muka pintu.

"Mana telefon Ain? Kenapa ambik telefon tu dari dia? Kau ni tak habis-habis nak kacau anak aku," marahnya.
"Pakcik, telefon tu Ain pulangkan balik pada saya sebab saya yang belikan. Lepas ni saya tak kacau anak pakcik dah. Kami dah putus. Itu yang pakcik nak, kan? Sekarang, pakcik jangan kacau kami sekeluarga lagi," jelas Azlan tenang. Pakcik Taza semakin bengis.

"Anak kurang ajar!" tengkingnya kuat. Azlan hanya tersenyum sinis.
"Pakcik pergilah balik. Bersahur dengan keluarga pakcik. Kami pun nak bersahur ni," lembut Azlan cuba memohon pengertian ayah Ain. Kepalanya makin berat dengan pemasalahan yang entah bila akan berakhir. Kerananya seorang, seluruh ahli keluarganya yang lain terpaksa turut terlibat sama.

Dengan dengusan kasar, akhirnya Pakcik Taza berlalu pergi. Azlan tahu di hati orang tua itu masih belum terpadam rasa dendam dan amarah.

"Azlan dari mana tadi ni?" Azlan menoleh apabila mendengar suara Emak bertanya. Barangkali gangguan dari ayah Ain tadi telah mengejutkan emaknya dari tidur.

"Dari Melaka. Jumpa Ain. Kami dah putus. Dia dah pulangkan semua barang pada Lan tadi. Dia dah ada orang lain," padat dan ringkas keterangan yang Azlan berikan.

"Dari awal Abah dah cakap. Tak ke mana hubungan tu kalau ayah dia terus macam ni. Tak habis-habis nak menyerang. Malu pada jiran-jiran sini. Abah baru datang sekejap dah kena serang macam ni. Masa Abah tak ada, agaknya selalu pula dia datang menyerang," tanpa diduga Azlan, Abah bersuara.

"Sudahlah tu. Tak yah nak mengungkit. Yang lepas tu biar jadi pengajaran. Mulai hari ini, buka azam baru. Bina hidup baru. Ramai lagi kat luar sana yang lebih baik dari yang kita pernah ada. Mak pun tak berkenan nak berbesan dengan orang yang macam tak ada agama macam tu. Belum kahwin lagi dah suka menyerang, esok kalau dah kahwin lagi senang nak menyerang," nasihat Emak. Suasana tiba-tiba menjadi kelam dan sepi. Hanya kedengaran suara dari kaca televisyen.

"Lan ingat nak berhenti kerjalah, Mak, Abah," tiba-tiba Azlan bersuara. Kakaknya yang baru bangun dari tidur termangu di kerusi meja makan.

"Kenapa nak berhenti kerja pula? Sekarangkan susah nak cari kerja," sampuk kakaknya yang baru saja dikhabarkan berita apa yang telah berlaku sebentar tadi.

"Lan nak kerja dengan kawan Lan. Dia ada offer kerja dengan dia dekat Itali. Kalau Abah dan Mak izinkan, Lan nak pergi hujung tahun ni," jelasnya.

"Buatlah apa yang terbaik. Asalkan Lan gembira," sambut Abah tanpa Azlan duga. Selama ini Abah jarang memberi pendapat ataupun kata-kata yang memberansangkan dengan setiap apa yang dilakukannya.

"Terima kasih, Abah." Keizinan dari Abah dan Emak lebih memberi makna padanya setelah apa yang berlaku. Azlan bertekad untuk membuktikan kata-kata ayah Ain salah. Perginya untuk mencari apa yang tidak dimilikinya.

***************
Sehari sebelum pemergiannya, Ain datang berjumpa dengannya. Wajah ayu itu sembab dihiasi air mata yang mengalir membasahi pipi.

"Abang betul-betul nak tinggalkan Ain? Abang tak kesiankan Ain," tanyanya sayu dan sebak. Azlan hanya tersenyum. Teringat sejenak bagaimana Ain sengaja singgah di tempat kerjanya untuk menayangkan kekasih barunya setelah dibawa lelaki itu berjumpa dengan keluarganya.

"Abang nak cari pengalaman di tempat orang. Ain kan dah ada dia. Tak elok kalau dia tahu Ain jumpa abang macam ni. Nanti dia pikir abang nak larikan kekasih dia pula. Cukuplah ayah Ain kata abang macam-macam," Azlan cuba bergurau menahan gelora di jiwanya.

"Tapi, Ain sayangkan abang," rayunya lagi.
"Ain, abang selalu pesan pada Ain. Walau apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. Abang tak mau Ain bersedih macam ni," pujuk Azlan.

"Ain minta maaf. Ain tak bermaksud nak bertindak macam tu. Ain tahu Ain tipu diri Ain dan abang tapi Ain keliru," luahnya. Berkerut dahi Azlan mendengar kata-kata Ain.

"Apa maksud Ain? Abang tak faham."
"Ain minta maaf. Ain tak berniat nak lukakan hati abang. Ain keliru. Sebenarnya Ain cuma nak mainkan perasaan abang. Ain nak tengok sejauh mana kesungguhan abang pada Ain. Tapi, Ain tak sangka abang betul-betul turutkan kehendak Ain. Sudahnya Ain yang merana," jelasnya. Azlan mengeluh perlahan. Kesal.

"Abang faham keadaan Ain cuma abang tak sangka Ain bertindak sampai begitu sekali. Abang maafkan Ain tapi abang tak mampu nak buat apa lagi. Esok abang akan berangkat. Apa yang abang nak, Ain ingat pesan abang. Belajar bersungguh-sungguh. Walau apa pun yang ayah Ain lakukan, jangan sekali-kali lukakan hati dia. Macamana teruk pun dia, dia tetap ayah kandung Ain. Wali yang sah. Abang akan doakan semoga Ain panjang umur dan bahagia di samping dia," pesan Azlan tenang walaupun hatinya bagaikan dipagut dengan parang.

"Ain akan tunggu abang balik," janjinya.
"Jangan, Ain. Jangan rosakkan masa depan Ain sebab nak tunggu abang. Abang sendiri tak pasti selama mana abang akan duduk di sana. Kita masing-masing ada tanggungjawab pada keluarga. Tunaikan kewajipan Ain sebagai anak. Insya Allah kalau ada jodoh kita jumpa lagi tapi abang nak Ain jangan terlalu mengharap. Kelak, ada di antara kita yang akan merana."

Ain menundukkan kepalanya. Azlan tahu Ain menangis tapi lebih baik melukai hati Ain sekarang dari beberapa tahun yang belum pasti.

"Ain doakan abang selamat pergi dan selamat kembali," ucapnya lalu meninggalkan Azlan sedirian di taman perumahan mereka. Itulah kali terakhir dia menemui Ain. Selepas itu, dia berangkat ke Itali dengan diiringi doa dan restu keluarga tercinta.

***************
"Assalamualaikum", Azlan menoleh perlahan. Ceria wajahnya melihat wajah manis ayu bertudung berdiri di hadapannya.
"Waalaikumsalam", Azlan menjemputnya duduk.
"Maaf, terlambat sikit. Bos buat short briefing tadi. Dah lama tunggu ke?" tanya si gadis penuh sopan. Azlan hanya tersenyum panjang memandang wajah yang tidak pernah menjemukannya itu. Debaran di dadanya tidak pernah hilang rupanya selama lima tahun ini. Alhamdulillah. Inilah berkat kejujuran dan keikhlasan sebenarnya.

"Abang tak pernah bosan kalau tunggu Ain. Lima tahun abang boleh tunggu takanlah setengah jam abang tak boleh tunggu. So, Ain nak makan apa? Spagetti lagi ke?" usik Azlan bahagia. Ain tersenyum.

"Abang tahu kan Ain suka makan apa. Ain tak payah cakap pun abang patutnya dah tahu," balas Ain. Azlan melambai tangannya memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

"Dua spagetti ayam dan dua air strawberi mirinda", Azlan memberi pesanan. Pelayan berlalu meninggalkan mereka.
"Ayah dan Mak sihat?" tanya Azlan cuba mengembalikan kemesraan setelah lama tidak bertentang mata.
"Alhamdulillah, sihat. Lepas operation bulan lepas, Ayah dah boleh jalan sikit-sikit. Mak pun dah mula berpencen bulan lepas. Mereka tanya bila abang nak datang rumah? Ayah dah lama tak jumpa abang."

"Insya Allah. Kali ini abang datang bawa keluarga abang, boleh?"
"Apa pula tak bolehnya? Ajak satu kampung pun tak apa," balas Ain cuba menyakatku pula.
"Insya Allah, kalau tak ada apa-apa hujung minggu ni abang sampai rumah Ain bersama angkatan rombongan dari kampung abang," Azlan membalas usikan.

"Abang Azlan", mereka berdua menoleh apabila nama Azlan dipanggil. Wajah Azlan tenang.
"Ain! Seorang saja ke?" tegur Azlan tanpa sebarang riak terkejut. Ain hanya mengangguk.
"Kenalkan, bakal tunang abang, Sharifah Ain Syazwana. Ini kawan lama abang, Ain Syuhada. Kebetulan pula, dua-dua nama Ain", perkenal Azlan.

Mereka bersalaman. Ternyata wajah Ain Syuhada sedikit terkejut berbanding Sharifah Ain Syazwana yang tersenyum manis.
"Jemputlah duduk," Sharifah Ain Syazwana menjemput. Ain Syuhada hanya menggeleng kepala.
"Tak apalah. Ain nak cepat. Ternampak abang kat sini tadi, saja tegur. Ain balik dulu. Assalamualaikum," pintanya lalu bersalaman dengan Ain di hadapannya sebelum beredar begitu saja.

"Patutlah abang bawa diri sampai ke Itali," luah Sharifah Ain Syazwana tenang dalam senyuman.
"Kenapa pula?" sambut Azlan kurang senang. Tiada riak cemburu pada wajah gadis kesayangan di hadapannya.
"Yelah, lawa orangnya. Abang tak menyesal ke tinggalkan dia dulu?" usik Ain ingin menduga.
"Correction! Dia yang tinggalkan abang dulu. Tak dapat Ain dulu Ain sekarang pun apa kurangnya," balas Azlan selamba. Sharifah Ain Syuhada hanya tersenyum. Dia tahu di hati Azlan telah hilang kasih untuk Ain Syuhada semenjak lima tahun dahulu. Semenjak bumi Itali menemukan mereka setelah hati mereka dilukai.

Label:

posted by Tanpa Nama @ 6:07 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 6/11/07 11:44 PG, Blogger ~ aman shah ~ said…

    nak tanya skit...baris last skali tu...

    "Semenjak bumi Itali menemukan mereka setelah hati mereka dilukai."

    adakah sharifah ain syuhada pun pernah dilukai??

     

  • At 28/11/07 10:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    typing error kot..huhu

     

  • At 6/1/08 8:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kena telek dua tiga kali baru paham.. hehehe..

     

  • At 20/2/08 11:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    paham2 sdiri lar baris bawah skali 2........

     

  • At 16/5/08 8:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm....ceday gak cter nie......
    cian kat azlan 2...
    setiap apa yang kte wat mst dpt gak balasan...
    so,sebelum nk wat 2 pkir2 la dulu...
    good try..

     

  • At 16/9/09 3:06 PTG, Anonymous nur kasih said…

    gud job pnulis.
    truskan brkarya....

     

  • At 30/5/10 3:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    karya yg menarik..
    jalan cerita yg tersusun rapi
    dgn percaturan yg baik...

     

  • At 19/12/11 10:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice karya,,,
    well, hav a good luck!!
    n_n

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group