Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fikrie tayang muka seposen. Rina gelak besar. “Mak… bolehlah mak ye? Lagipun rie rasa mak dah lama tak jumpa makcik hasnah tu kan?” fikrie memujuk. “Ape kena budak dua orang ni? Yang sorang duk tergelak dah macam minah senget!”. rina terlopong. “Yang sorang lagi ni dok merengek aje tak henti-henti! Nak ape ni fikrie oiii… dah tua bangka dah, nak susu lagi ke?” fikrie memicit-micit kaki ibunya. “Mak boleh ya mak, ikut fikrie balik KL esok. Tolonglah mak, ini soal hidup dan mati ni” rina masih ketawa. Kali ini siap berguling-guling di atas sofa. Tak tahan melihat air muka fikrie yang bersungguh-sungguh memicit kaki ibunya. Ada gaya juru urut profesional. Fikrie geram! “rina kau diamlah…bukan nak tolong, kau duduk gelak pulak ya. Pak busu tarik balik 25% tu nanti..! fikrie mengugut.
Rina mengeleng-gelengkan kepalanya. “Ape pulak pak busu ni, kan dah janji haritu? Kalau pak busu dapat kahwin dengan kak fika, 25% dari simpanan pak busu dalam bank nak bagi rina!!! Pak busu ni memang tau, teruk!!!” rina mencemik. Fikrie ketuk kepala! rina tutup mulut. Bila menyedari rahsianya dengan fikrie telahpun terbongkar.
“Kahwin?... hurm!!! Patutlah” ibu fikrie menjeling. “25% ya fikrie… dah lama ke kamu berdua buat kerja ni? 25% ke harga yang kamu letak untuk diri perempuan tu? Kamu nak mempermainkan perasaan anak orang? Mak tak ajar kamu buat semua ni fikrie, rina!” lemah segala urat sendi fikrie. Itulah kelemahannya… bila ibunya sudah mula menyebut tentang adab dan asuhannya. Fikrie pandang rina. Rina jungkit kening. “Nampak gayanya aku laa yang kena pujuk ni” rina tarik nafas dalam-dalam lalu duduk bersimpuh sebelah ibunya . Lalu merangkul lembut sesusuk tubuh tua itu.
Sejak ibu bapa rina meninggal dunia, rina dipelihara oleh ibu bapa fikrie. Jadi walaupun wanita itu berpangkat nenek, rina memanggilnya dengan gelaran ‘mak’. Tambahan pula adik-beradik fikrie yang lain kesemuanya sudah berumah tangga, dengan kehadiran rina… sedikit sebanyak, menghilangkan kesunyian di hati mereka.
“Mak…” rina mula bersuara. “Pak busu, takde niat pun nak meletak harga ke atas diri kak fika tu. Pak busu memang sayangkan kak fika, dia ikhlas mak. Kitaorang balik ni pun, sebab nak bawak mak dan ayah ke kuala lumpur… untuk merisik kak syafika.” rina melentokkan kepalanya, ke bahu ibunya itu. “Mak jangan marah ya” rina masih memujuk. “Dah tu yang pasal 25% tu? Macam tu ikhlas ke?” rina tarik nafas. “Mak, rina ni anak mak ke?” ada nada sedih di situ. Hatinya sebak. “rina… rina anak mak sayang” tubuh rina dipaut. “kalau rina anak mak, pak busu pulak tentulah ahli keluarga rina, salah ke mak? Pak busu bagi duit kat rina? Manalah tahu rina nak sambung belajar lepas ni?” rina sudah menangis. “Kalau mak tak izinkan, rina tak ambil mak duit tu. Rina sedar, rina anak angkat. Jasa mak dan ayah memelihara rina dari kecik, dah lebih dari cukup. Itu pun rina tak mampu balas.” Tersekat-sekat suara rina menutur kata.
“Rina, sudah-sudah. Jangan menangis lagi, tengok mak dah menangis” fikrie cuba meredakan perasaan hiba dihati anak saudaranya itu. Fikrie memandang wajah ibunya pula. “ Laa…Mak pun janganlah menangis” fikrie garu kepala. “sikit-sikit nangis laa, murah sangat dengan airmata.” Fikrie pening! Lama-lama dibiarkan saja kedua beranak itu…
…………………………………………………………….
“Fika…” ibunya memandang seraut wajah syafika yang sugul. “Fika, mama dan papa takkan pakse kalau fika tak setuju. Janganlah buat muka masam macam ni…” pipi anaknya di usap. Ayah syafika menopang dagu. Wajah anak manjanya ditelek. “Fika fikirlah dulu ya, jangan ambil keputusan terburu-buru. Papa takkan paksa fika. Papa dan mama, hanya nak yang terbaik untuk fika. Percayalah, ibu bapa takde alasan untuk ‘dengki’ dengan anak sendiri.” Syafika tersentuh. Airmatanya sudah bergenang, dia tak tahu samaada perlu menerima atau menolak pinangan ini? Ia datang mengejut…! Syafika buntu. Berkecamuk fikirannya… nak diluah mati mak, ditelan mati ayah. “Pa… bagi fika masa sampai malam ni? Fika janji, fika akan bagi keputusannya” ayah syafika mengangguk lemah. “fika mintak diri naik ke atas dulu ye papa, mama…” syafika memusingkan tubuhnya. Seraya berlalu…
“Fika…”
“Ya pa…?”
“Walau apa pun keputusan yang fika buat, papa dan mama tetap sayangkan fika. Ingat tu…!” syafika mengangguk, senyuman terukir dibibirnya. Ayahnya risau!
……………………………………………………………
“Pak busu…!!! Ape dah terjadi ni………???!” rina mejerit kuat! “Mak… ayah…!!! Mari sinilah cepat, tengok pak busu ni..” berlari kedua pasangan suami isteri itu ke beranda selepas mendengar jeritan rina yang sudah mengalahkan mikrofon! , “apa ni rina? Terjerit macam kena polong!” ayahnya muncul di balik pintu. “rina kenapa ni?” ibunya pula menyampuk. Rina ketawa terbahak-bahak.
“Tu… ayah tengoklah sendiri..” rina menjuihkan bibirnya yang seksi itu ke arah fikrie. Ayahnya tercengang. Songkok di kepalanya di buka. Terserlah rambutnya yang kian dilitupi uban. “Ni ape kena ni? Bayar nazar ke fikrie? Khatijah, cube kamu tengok-tengokkan anak kamu ni, demam agaknya?” ayahnya mengusik. Fikrie tersengih. “Ayah ni ke situ pulak”…
“Mak… “ lengan ibunya diraih. “Hensemkan mak… pak busu, kali ni mesti kak fika terpikat. Smart gila!” ibunya ketawa. Pipi rina di cubitnya. “budak ini mengusik orang nombor 1” rina mengaduh manja. “Haa fikrie, macam inilah bagus. Kan hensem anak mak, rambut dah pendek… takdelah macam penganas lagi, ye tak bang?” … ayah fikrie mengangguk. “Wah, pak busu ni… merisik pun belum, awal-awal dah potong rambut. Tak sabar-sabarlah tu, tak lari kak fika tu pak busu. “ rina mengusik. “Rina… apa cakap macam tu, kat pak busu kamu tu?” ayahnya menegur. “Maaf ayah…rina saja nak mengusik, pak busu sorry” rina mencebik bibirnya. Fikrie menjelirkan lidahnya. "Macam-macam kerenah laa budak-budak berdua ni"...
“Kita berangkat hari ni je laa khatijah, ape pendapat awak..?”
“Eh jah ikut abang ajelah, lagi pun elok jugak… benda baik, elok di percepatkan, ye tak fikrie?” khatijah mengerling anak bujangnya. Fikrie malu-malu. Wajahnya berubah warna, lalu diraup mukanya berkali-kali. Rina bantai gelak… “Pak busu ni kelakarlah…”
“Kamu ni memang nak kena…” fikrie mengatur langkah mengejar rina yang sudah pun berlari ke dapur.
“Sabarlah sayang, akan ku sunting dirimu menjadi permaisuri hidupku…”
……………………………………………………………
DI RUMAH SYAFIKA
Wajah kedua ibu bapanya di renung. Sekejap dia memandang ibunya, sekejap lagi dia merenung ayahnya. Masing-masing duduk menyepi. Seakan terasing di dalam rumah sendiri. Ini kali pertama syafika merasakan mulutnya berat untuk berkata-kata. Segala perlakuannya menjadi kekok dan serba tak kena. Dia duduk di lantai menghadap kedua orang tuanya itu. Jemari ibu dan ayahnya di capai lalu dicium. Lama syafika begitu. Airmata sudah bertakung di mata yang galak itu. “Mama, papa… terima kasih kerana membesarkan fika selama ni. Fika bersyukur kepada tuhan, kerana fika dikurniakan papa dan mama yang terbaik dalam dunia ni” ibu syafika sudah menangis! Ayah syafika, garu kepala. “Menangis lagi? Anak depan mata pun menangis?” runggut ayah syafika dalam hati. “Fika jangan cakap macam tu, fika adalah anugerah ALLAH kepada kami. Sebaliknya kami yang bertuah, memiliki anak-anak yang taat. Seperti fika dan farhan..” tatkala menyebut nama farhan, tanpa disedari ada air hangat yang mengalir di mata ayah syafika. Sungguh dia rindu akan anak itu. Anak yang di tatang bagaikan minyak yang penuh, harapan keluarga dan dirinya sendiri. Waris tunggal lelaki dalam keluarganya, kini telah tiada di depan mata. Telah jauh meninggalkan dirinya yang kian uzur, di mamah usia. Airmata yang mengalir dibiarkan membasahi pipinya, entah kenapa malam itu hatinya bagai dicuit-cuit. Hatinya hiba sekali…
“Mama.. papa… fika dah fikir masak-masak” syafika mengengam erat tangan kedua-duanya. “Fika setuju menerima lamaran faizal… fika setuju” seraya dia memeluk tubuh ibunya. “Alhamdulillah…syukur ke hadrat ALLAH” ayah syafika tersenyum gembira, akhirnya syafika telah memberi kata putus. “Paa… fika naik atas dulu ya, esok fika kerja” pipi ibunya di kucup lembut. Wajah ayahnya disentuh… lalu satu kucupan hinggap di dahi “good nite” …
Setelah selesai menunaikan solat isya’, syafika meluru ke katil. Dia terduduk lesu. Dalam fikirannya hanya wajah fikrie saja yang bermain. “Fikrie” satu keluhan berat keluar dari mulutnya. Telefon bimbit yang berada di tangannya di renung. “Perlu ke aku beritahu dia? Adakah dia ambil peduli?” syafika memicit-micit kepalanya. “Betulkah keputusan yang aku buat? Sanggupkah aku kehilangan fikrie dan hidup bersama faizal? Lelaki yang tidak aku cintai?” syafika membaringkan dirinya. Letih! Sungguh dia dah letih! Puas dia cuba memperbaiki hubungannya dengan fikrie. Sebaliknya fikrie buat endah tak endah saja. Bahkan maruahnya sebagai seorang perempuan di pijak-pijaknya kejam. Hatinya sayu. Airmatanya pula seakan memahami derita di hati syafika. Air hangat itu berlumba-lumba untuk menyusur di wajahnya yang keletihan.
“Cuba kau cakap, apa salah aku sebenarnya fikrie? Kenapa kau benci sangat dengan aku? Aku tak faham dengan perangai kau… kenapa dengan orang lain, begitu lembut tutur kata yang kau hulurkan? Tapi untuk aku??? Maki hamun! Sindir dan herdik! Tak pernah lekang dari mulut kau kan???!!”
“Aku tak benci kau…” fikrie jawap selambe.
“Dah tu kenapa kau buat aku macam ni? Aku ni manusia biase, ade hati! Ade perasaan! Puas ke hati kau melihat aku menangis? Puas ke kau fikrie?” syafika menangis teresak-esak…
“Aku tak tahu kenapa, tapi aku geram sangat dengan kau..”
“Geram? Apa maksud kau?” syafika kehairanan…tersekat-sekat suaranya meneruskan kata. Sedih benar dia hari itu.
“Aku tak perlu nak menjawap semua soalan kau kan?” fikrie tersenyum sinis.
“Tak… kau perlu jawap, pertanyaan aku…!!!” syafika membentak.
“Aku hanya akan buat ape yang aku suka! Dan utamakan apa yang penting! Itu prinsip hidup aku…! Dan kau fika… U’re nothing to me! Kau faham tak sekarang? Kau tak penting langsung dalam hidup aku!” fikrie berlalu meninggalkan syafika seorang diri di situ.
“Kau memang benci aku… kau benci aku sangat-sangat” airmatanya deras mencurah.
“Inikah dugaannya Ya ALLAH? Sesungguhnya aku telah kalah… aku kalah dengan hati aku sendiri. Dia tak pernah sekali pun menghargai kewujudan aku disisinya” malam itu berlalu membawa seribu rahsia yang terpendam di dalam hati syafika. Airmatanya menjadi saksi, betapa tulus dan suci kasihnya terhadap fikrie…
Ingin kupergi jauh darimu Agar kukenal erti rindu ini Ingin aku menyelami jiwamu Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu Tapi kebencian tiada padaku Walau apa yang kau sangkakan Aku tetap cinta padamu
Telah lama kuhidup melara Telah kugagal dalam bercinta Kini kau datang dengan seribu bintang Bintang yang dulu sembunyi Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku Aku kan selalu dekat padaku Tapi jangan kau hanya cuba Untuk mempermainkan cintaku Jangan permainkan cintaku
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan