Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi-pagi lagi aku sudah tercegat depan pintu bilik air. Sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan bila berada di kampung. Kalau di rumah nenek, gerenti aku masih membuta. Lebih-lebih lagi kalau tidur dalam kelambu yang nenek sediakan untuk aku. Nenek memang sayangkan aku. Tiap kali balik kampung dia akan pasangkan kelambu untuk aku, walaupun puas Mak melarang. Ngada-ngada! Getus Mak bila nenek terlalu memanjakan aku. Tetapi nenek tetap pasangkan juga. Sebab dia tahu kulit aku ni sensitif sikit dengan gigitan nyamuk.Entah. Sejak bila aku sensitif, aku sendiri tak tahu. Agaknya sejak aku tinggal di asrama, setiap hari tidur berkelambu, balik kampung aku sibuk minta nenek belikan satu. Dan nenek tidak pernah menghampakan permintaan cucunya yang satu ini. Kerana dia terlalu menyayangi aku. Tapi sekarang... ... ... .Aku mengeluh, mata kupejamkan, cuba membayangkan wajah nenek yang sentiasa tenang itu. Pertama kali nenek telah menghampakan aku. Nenek biarkan semua ini berlaku. Nenek tidak mampu lakukan sesuatu untuk aku. Nenek hanya biarkan. Biarkan ianya berlaku.
Aku gigit bibir hingga terasa sakit. Andainya semua ini hanyalah mimpi.Alangkah!
"Eh, Abg Qel... "Satu suara mengejutkanku."Buat apa tercegat macam patung tu" Aku menoleh. Adik Ain, yang kedua bongsu ( ku kira ) menghampiriku dgn bakul kain. " Pagi-pagi dah termenung?" " Eh, abg nak mandi nie... .tapi sejuk!"Aku tersengih, membetulkan tuala yang menutupi sebahagian tubuh. Ikatan kain pelekat ku perkemaskan semula. " Nak Idah masakkan air panas?" " Eh... er... tak payah la... .abang dah biasa.."Biasa? Emm... .aku teringatkan shower kat rumah di KL... tiap2 pagi mesti nak berendam air panas. Best betul! " Cepat abg bangun?" Aku tersengih. Apa nak dikata. Memang pagi ini aku antara yang paling awal (terakhir kalau di KL ) bangun. Subuh2 tadi aku terjaga.Dinginnya pagi itu membuat tubuhku mengerekot. Sewaktu selimut ku tarik ke seluruh tubuh, sayup-sayup aku terdengar suara Pak Long melaungkan Iqamah. Aku membuka mata luas-luas, sedaya yang boleh.Tapi syaitan lebih menguasai. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi lagi.
Sejuk! Emm... .aku mencelupkan hujung jari ke dalam kolah. 2-3 ekor anak ikan puyu berenang-renang di bawah sana. Aku tersengih. Teringat suatu masa yang dulu, waktu aku gila menyauk anak ikan di paya belakang rumah nenek waktu musim cuti sekolah. Berbekalkan net badminton yang telah rabak sana sini, aku meraduk belukar untuk menyauk anak ikan. Ain di belakang, terkial-kial melawan arus dengan balang guli di celah ketiak. Kainnya diangkat tinggi-tinggi sampai nampak kepala lutut. Tapi akhirnya basah juga.
Balik rumah, anak-anak ikan aku campakkan ke dalam kolah nenek. Kadang-kadang hidup. Kadang-kadang mati. Kalau hidup, kolah nenek bersih dari jentik-jentik. Kalau mati, aku akan redah sungai lagi. Seminggu sekali nenek akan suruh aku bersihkan kolah tersebut. Salah satu kerja yang paling aku tak suka. Selain memenatkan ia juga menghangitkan badan aku.
Setelah bertafakur seberapa lama yang boleh, dan dek kerana terdengar suara-suara riuh di dapur, akhirnya air dingin bak salju itu ku jiruskan juga ke tubuh. Ya Allah... .terketar-ketar gigi aku.Tak lama. Selepas 3-4 gayung, aku selesai mandi, cepat-cepat aku masuk bilik.
Sambil mengadap cermin, aku merenung wajahku lama. Alangkah baiknya. Andai tiba-tiba aku menjadi halimunan. Aku akan segera angkat kaki.Cabut ke KL dan tak akan balik-balik lagi ke sini. Biar mereka semua tak dapat menjejaki aku. Dan aku akan bebas dari situasi ini.Andainya!
Raut wajah yang masih basah, rambut yang jatuh di dahi ku seka dengan jari. Terasa seakan jemari halus Serina berada di atasnya, mengelus helaian rambutku.
"Rambut you nie halus... ... kalah rambut I"Pertama kali Serena menyentuh rambutku. "Tahu pun... ... "Aku tersengih, dengan pantas menggoyang-goyangkan kepala aku persis model iklan Sunsilk. "You guna shampoo apa?" "You nak tahu?" Serena mengangguk. "I pakai santan kelapa. You tahu tak santan... ... ala... coconut milk tu... " "Huh,... you ni main-main la... " "Betul I cakap... ..you ingat I main-main ke" "Still now?" "Iyer la... ."Aku ketawa dalam hati.Sebenarnya tak ada pun.Tak kuasa aku nak perah santan.Aku tahu pasal shampoo santan pun sebab mak rajin membuatnya. Bagi aku tak ada masalah.Aku rasa semua shampoo aku pulun.Masa belajar dulu tak silap aku pernah guna shampoo seorang rakanku dari India. Shampoo apa aku tak tahu tapi baunya ala-ala minyak bijan. Lepas pakai, semua kawan-kawan jalan jauh-jauh dari aku!
"You simpan rambut panjang... ..lagi seksi tau.." "Halo amoi ha... you cakap betul-betul la... .R.A.M.B.U.T bukan lambut ha... " "Huh!" Serena mendengus, menyiku pinggangku. "You ni naughty la Qel... " "Biar naughty... asal hensem!"Sekali lagi Serena mendengus., memuncungkan bibirnya.Aku ketawa.
Kenangan itu tidak terlalu lama untuk diimbas kembali. Baru setahun yang lepas saat2 awal aku kenal Serena.Bila Serena muncung, aku akan pura-pura menguap. Kadang-kadang aku tidur terus.Serena akan bosan giler bila aku buat perangai begitu. Dia akan pergi. Tapi tak lama. 2-3 hari dia akan datang kembali kepadaku. Bergurau-gurau, merengek-rengek seperti selalu. Siapalah aku untuk tidak mengendahkannya. Kadang-kadang aku rasakan seolah Serena amat-amat mencintai aku. Dia terlalu ingin selalu bersamaku!
"You're different, Haiqel. Really!"Serena memaut lenganku. "This is the first i have an affair with... .malay man... " " So you suka giler la kat I" Gadis itu mengangguk. " Then... .you sanggup buat apa saja untuk I?" Angguk lagi.
Aku menggeleng. Rasanya Serena tidak akan sanggup untuk menerima berita ini. Berita yang aku kini bukan lagi miliknya. Aku kini milik Ain Fathihah. Benarkah?... ..Tidak... tidak... Aku bukan milik Ain Fathihah... .Aku mengenali dia... tapi aku bukan miliknya. Dan dia juga bukan milikku. Bukan! *********
" Bersiap awal2 ni, nak kemana, Haiqel?"Suara garau menyapa. Aku menghentikan kunyahan. Menoleh ke arah suara. Pak Long sudah siap dengan pakaian ke kebun. Parang kontot terselit di celah pinggang.
" Emm... .saya nak balik... Pak ... emm..ayah!" Orang tua itu mengerutkan dahi. Menarik kerusi di hadapanku lalu duduk sambil menghela nafas. " Kenapa cepat sangat?" Suaranya mendatar. Aku meneguk air... berkira-kira untuk menyusun kata-kata.
" Saya tak ambil cuti ari ni. Tak rancang pun nak ambil cuti... " Pak Long tersengih, mengangguk faham. "Iya lah... ..mana nak sangka jadi macam ni kan... ." Aku mengangguk sama. " Dah bagitahu Ain? " Err... .belum... belum lagi... ." " Emm... .bagitahu la dia..suruh dia berkemas"
Ain perlu ikut sama? Aku mengeluh dalam hati. Tapi, takkan aku nak tinggalkan dia di sini pula. Apa kata Pak Long. Apa kata Mak Long dan adik beradik dia. Nenek?
"Ain tu cuti seminggu. Boleh la dia ikut Qel ke KL" Sambung Pak Long. Aku angguk lagi. Macam ayam jantan patuk jagung.
Selepas sarapan, aku mengemas barang-barang aku. Sebenarnya tak ada barang pun yang perlu dikemas. Semalam aku jadi pengantin ekpress. Pengantin sehelai sepinggang. Jadi tidak banyak barang yang aku bawa. Cuma petang itu saja mak sempat hantarkan 2-3 helai baju luar dan dalam aku. Setelah mempastikan wajahku masih tampan (he... he ) aku melangkah keluar. Terhenti sebentar bila Ain tercegat di depan pintu. Aku tergegau. Aku rasa dia pun begitu. Pandangan kami bertembung. Aku menarik nafas dalam-dalam... .menahan debar. Entah apa yang aku debarkan... .
" Ain nak ikut Qel ker?" Mulut aku tiba-tiba jadi peramah. " Qel izinkan?" Suaranya lembut. Sebenarnya sejak semalam aku belum lagi mendengar suara 'sebenar' dia. " Nak ikut... .ikut la... " Aku menjawab malas. Takkan aku nak halang pula. Dan tak logik la kalau aku iya-iya mengajak pula. Ain berlalu ke bilik. Aku segera mendapatkan Pak Long yang sudah bertenggek di atas motor.
" Kejap lagi saya singgah rumah nenek... .nak ambik mak" Aku salam tangan Pak Long. " Emm... kim salam pada mak Qel... Pak Long mintak maaf banyak2" Aku melepaskan Pak Long pergi dengan perasaan yang berbaur-baur. Entah la. Bila memandang Pak Long, aku jadi simpati sekaligus aku seperti redha dengan apa yang berlaku, tetapi bila memandang Ain... ..terkenangkan Serena... ... aku jadi bingung. Marah..dah entah apa-apa lagi. Aku jadi kalut!
" Qel! kau kemana semalam?" Tepukan di bahu mengejutkan ku. Aku pandang Faizal, lelaki terlajak yang aku rasa agak hensem juga..tapi... tetap tak dpt menandingi aku. " Aku sambung cuti... " Balasku lemah. " Aku dengar sepupu kau kawin... awat ko pulak yang cuti lebih-lebih.." Aku tersengih. " Aku kontrak... ... cuci periuk... " Faizal ketawa terkikih. Gelihati benar la tu.. " Dato' cari jugak... ... " " Pasal pelan tu?" Faizal mengangguk " Tapi kau jangan risau... .semua dah settle... aku dah tolong proceed" Dia menepuk bahuku. " Thanks ha... .aku tahu ko mesti tolong punya... ." " Biasa la aku... ..aku rasa minggu depan mesti confirm... lepas tue.. makan free lagi la kita... " Aku ketawa sama. Projek masuk, duit masuk..makan free pun masuk. " Malam ni kau nak pergi tak?" Aku kerutkan dahi. " Pergi mana?" " Kau lupa ke?... ..anniversary Latiff dan Wani.." " Emmm... "Aku gigit bibir. " Yang pertama?... .aku lupa plak... " " Aku pergi, gerenti punya. Kau ajak la Serena"
Aku terpempam. Serena! Aduuh... dah seminggu aku tak jumpa dia. Kemana dia pergi. Lari lagi? Cepat-cepat aku capai telepon bimbit. " Hello... .Reen?" " Qel?.." Talian putus. Aku hampa. Merajuk lagi kah gadis itu. Seketika, telepon berbunyi. " Qel... you pergi mana ni... .I miss sgt kat you nie. ... " Aku tersenyum lebar. Aku pun merinduimu!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan