Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati danga jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa. Hamka (Di bawah lindungan Kaabah)
Mata birunya membuat aku termangu. Tambahan lagi dengan wajahnya nan putih serta rambut perangnya membuat hampir semua jejaka memandang ke arahnya. Semilir meniup-niup rambutnya. Sungguh ayu. Siapakah gerangan gadis itu? Hatiku berdetik.
"Zahid!!! Kau usha siapa tu?" Terdengar jeritan garau dari belakangku. Aku lantas menoleh. "Azman, kau rupanya," sahutku. "Asyik sungguh ya kau!!! Budak tu memang popular dekat fakulti ni. Fiona namanya," . "Fiona ". "Ya, Fiona Lafifa,".
Lega. Kini, persoalan yang ligat bermain dimindaku terjawab. Aku merupakan pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan Azman pula pelajar di fakulti sains komputer. Aku dan Azman merupakan sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Kini, aku dan dia bersama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di sini. Langkah seterusnya belum aku ketahui.
Wajah Fiona masih terbayang-bayang difikiranku. Atmaku gundah. Aku tidak puas hati selagi tidak mengenali Fiona, gadis berdarah kacukan British Cina yang berjaya mencuri hatiku.
* * * * *
Aku mengayuh basikalku sederas mungkin, kalau tidak pasti aku akan terlewat ke kuliah. Semua ini gara-gara sebuah jam loceng yang tidak berfungsi.
"Bbbaammm!!!" Terasa diriku seperti malayang ke udara. Seluruh tubuh terasa sengal dan sakit. Darah merah mengalir deras daripada tangan dan kakiku. Aku cuba membangkitkan diri, namun aku tidak mempunyai kudrat. Lemah. Dan akhirnya, seluruh duniaku menjadi gelita. Aku tidak sedarkan diri. Eh, di mana aku? Mana basikal aku? Mengapa aku terbaring? Aku sepatutnya berada dalam kuliah! Di mana aku "Encik, encik, encik sudah sedarkah Encik tak apa-apa ke " "Di... di... di mana saya " "Encik di hospital. Encik terlibat dalam kemalangan," kata jururawat. "Kemalangan " aku terkesima. "Ya. Saudari ini yang menghantar encik ke mari,". Aku menoleh. SubahanAllah. "Fiona!!!" "Ma... afkan saya. Saya tak sengaja,". Suaranya sungguh lembut. Lidahku kelu. Sungguhku tak sankga Fiona kini begitu hampir denganku. Aku hanya memberi senyuman kepada Fiona. Nubari melonjak-lonjak keriangan. Fiona membalas senyumanku. Senyuman daripada seorang bidadari dunia.
Aku sudah mampu untuk ke kuliah kembali. Walaupun masih terasa sakitnya, tetapi aku rasa sungguh bertuah, jika tidak kerana kemalangan itu, sudah pasti Fiona takkan mengenali aku. Sejak dari kejadian itu, hubungan aku dan Fiona menjadi lebih intim. Aku sering ke perpustakaan bersama walaupun kami berlainan jurusan.
Hidupku kian bahagia. Fiona umpama nur yang menerangi hidupku. Tapi sayang sekali, Fiona bukan seorang muslim. Mamaku tidak suka aku begitu rapat denganya. Alasan mama, dia bukan muslim, nanti takut aku terjerumus ke dalam gejala sosial. Sudah berbuih mulut aku menerangkan kepada mama, Fiona bukan gadis yang begitu. Namun habuannya tetap sama. Papa juga menyebelahi mama. Aku buntu. Otakku tidak dapat memproses penyelesaian.
* * * * * Setelah hampir enam bulan aku mengenali Fiona, hatiku mula tertarik kepadanya. Fiona juga sudah mula berjinak-jinak dengan islam. Aku sering menjadi panduan kepada segala masalah yang timbul. Aku bukanlah arif sungguh tentang agama, sekadar mengingati apa yang diajar di sekolah agama dahulu.
Minat Fiona terhadap dunia Islam kian ketara. Fiona sudah pandai memberi salam. Namun, aku tidak menjawabnya. Haram hukumnya dan Fiona faham akan situasi ini. Setiap kali aku berada di sisi Fiona, aku berasa sungguh tenang. Setiap malam aku sering memohom kepada Ilahi, agar Fiona diberikan hidayah.
"Mama, Zahid nak bincang sesuatu dengan mama boleh?" "Hurmmm, apa dia " "Zahid... Zahid... Zahid dah jatuh hati dekat Fiona, mama!" "Ya Allah!!! Apa dah jadi dengan kau Zahid Kan masih ramai perempuan muslim di luar sana! Kenapa Fiona juga kau pilih " tanya mama. "Tapi Fiona lain mama. Zahid janji Zahid akan mendidik Fiona menjadi seorang muslimah yang sejati,". "Kau fikir senang Zahid ". "Mama, tolonglah percayakan Zahid. Zahid dah besar mama. Zahid tahu apa yang Zahid buat," balasku kepada mama. Aku segera melangkahkan kakiku keluar rumah. Amarahku menyala. Kenapa mama dan papa tak pernah memahami aku
Aku mencari Azman di fakulti. Ada hal mustahak harus aku bincang bersamanya. Hampa. Azman tiada di fakulti. Aku mengayuh basikalku menuju ke sebuah tasik berdekatan dengan tempat aku menuntut. Indah. Tangan-tangan angin mengusik-usik pipiku. Lembut. Hilang segala masalah.
Kenapa susah untuk mama dan papa nak memahami aku? Fiona adalah gadis pertama membuat atmaku bergelora. Aku percaya, Fiona pasti akan menjadi seorang muslimah sejati. Tetapi ada benar juga kata mama, masih ramai lagi muslimah di luar sana. Tetapi mengapa aku memilih Fiona? Teringat aku pada satu ungkapan, cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai sesorang.
* * * * *
Aku cuba menjauhkan diri daripada Fiona. Walaupun terasa berat untuk melepaskannya, demi menjadi anak yang soleh, aku terpaksa. Kini, Fiona sudah aku tinggalkan. Namun sesekali, wajah Fiona terpapar dilayar mindaku. Tak dapat aku katakan, betapa cinta dan rindu aku padanya. Namun, keredhaan mama, papa dan Allah lebih utama.
Azman mengatakan aku sungguh kejam berlaku demikian. Dia tak mengerti situasi aku. Hubungan aku dan Azman menjadi goyah. Azman menanggap aku penipu. Aku akur dengan tuduhan itu. Tiada daya untuk aku menafikannya.
Mama telah memperkenalkan aku dengan Marlisa. Seorang gadis melayu yang elok paras rupanya. Marlisa merupakan anak seorang jutawan. Dia juga merupakan pelajar jurusan quran sunnah di Universiti Islam Antarabangsa. Namun, walau jelita mana atau sekaya mana Marlisa, aku tetap tidak dapat menerimanya. Di taman nubariku ini, tiada sekelumit bunga cinta pun yang berputik.
Aku cuba juga menerima Marlisa, walaupun egitu sukar untuk aku melupakan Fiona. Memang aku tidak dapat nafikan, Marlisa adalah gadis jelita. Lesung pipitnya sahaja sudah mampu mengiurkan lelaki yang memandang. Tambah lagi dengan pipinya yang gebu serta kulitnya yang putih. Memang jelita. Cukup segala sifat. Tapi, aku masih tidak dapat menerimanya dalam hidup ini.
"Lisa, maafkan Zahid. Zahid tak dapat nak layan Lisa seperti Zahid layan Fiona,". "Takpa. Lisa faham. Lisa juga mengalami nasib yang sama. Apakan daya, pilihan kelarga,". Mujurlah Marlisa memahami isi kamar hatiku ini. Cinta itu memang buta. Dan aku sendiri masih mencari erti sebenar sebuah cinta. Walau lautan api aku renangi, jawapan itu tetap tiada. Cinta perlu dihayati dan diharungi.
Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum aku digelar mahasiswa. Sungguh singkat perjalanan masaku rasakan. Aku dan Marlisa hanya menjadi sahabat biasa. Mama dan papa sudah tidak mendesakku memperisterikannya. Semua ini kerana, Marlisa bakal melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Aku kini keseorangan. Tiada bunga yang mekar di dalam hati ini.
Fiona entah hilang ke mana. Sudah lama aku tak mendengar khabar darinya. Azman pula cuba mengelakkan diri daripada bersua dengan aku. Ah! Bosannya hidup tanpa Fiona. Di manakah kau Fiona Aku benar-benar rindu padamu!!!
* * * * *
Sempena ulang tahun kelahiran aku, papa menghadiakan aku sebuah kereta. Aku sungguh teruja dengan pemberian ayah ini. Setiap hari akanku pandu kereta itu untuk ke kuliah.
Cuaca hari ini sepeti biasa. Cuma sedikit panas. Mungkin disebabkan penipisan ozon. Ini semua angakara manusia. Pendingin hawa segeraku kuatkan. Terasa kedinginan menyerbu seluruh tubuh. Keselesaan terasa. Tiba-tiba, anak mataku terlihat kelibat seorang gadis yang aku kenali. Fiona! Kini gadis kacukan British Cina itu anggun mengenakan tudung. Masya-Allah, Fiona! Kau sudah memeluk islam, hatiku berkata. Aku segera memberhentikan kereta lantas keluar. Aku segera menjerit namanya.
"Fiona!!! Fiona!!!" Fiona tidak menghiraukan jeritan aku. Dia mempercepatkan langkahnya. "Fiona, tunggu aku. Beri aku peluang untuk menceritakan situasi aku," jeritku lagi. Namun usaha aku itu hampa. Fiona terus berjalan tanpa henti. Aku berhenti menjerit dan biarkan Fiona berlalu begitu sahaja. Pintu kereta dibuka dan aku segera masuk ke dalam. Tubuhku disandarkan ke kerusi. Fikiran diserang kecelaruan. Ketidak puas hatian timbul. Aku perlu menceritakan situasi aku kepadamu Fiona.
Enjin dihidupkan dan kakiku menekan pedal. Kereta berlari laju pergi dari situ. Tiada hala tuju. Aku membawa keretaku ke tasik berdekatan. Aku begitu tertekan. Aku kehilangan fokus ketika memandu.
"Skkrrriiiittt... " Aku menekan brek sekuat hati. Aku menoleh ke belakang. Ya Allah! Segera aku keluar dari kereta dan berlari kebelakang. Sekujur tubuh tidak bermaya terbaring di atas jalan raya. Darah merah membasahi tar-tar hitam. Aku kaku. Kakiku mula menggigil. Ketakutan menyelubungi urat-uratku.
Aku langkahkan kakiku setapak demi setapak. Sehingga ke tubuh itu. Aku melihat wajahnya. Ya Allah!!! Fiona Lafifa! Hati dihentam badai. Apa aku dah buat? Sejuta persoalan menyerang fikiranku. Segera aku merangkul tubuh Fiona dan mengangkatnya. Fiona dibawa ke hospital berdekatan.
Setibanya di hospital, Fiona dikejarkan ke wad kecemasan. Aku tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan. Di luar, aku menanti dengan penuh kegelisahan. Kekesalan mula menempel di jiwaku. Aku tidak harus tinggalkan kau wahai Fiona. Semua ini berpunca dariku.
Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang lelaki berbaju putih keluar. "Doktor, bagaimana dengan keadaan dia " Diam, tiada sebarang jawapan. Seketika, doktor itu menggelengkan kepalanya. "Kami sudah cuba sedaya upaya. Namun, sudah ketentuan Ilahi,". Kata-kata doktor itu sudah dapat aku gambarkan. Kaki kian lemah. Aku jatuh melutut. Kehibaan menerkam nadi-nadiku. Romaku memacak. Raungan aku memecahkan sunyi. Manik-manik jernih meluncuri cerun pipi. Kini, tiada lagi Fiona Lafifa di dalam hidupku. Aku kehilangan nur. Kehilangan permata nubariku.
"Fionaaaaaa!!! Aku cintakan kau!!! Kembalilah kau wahai Fionaaa!!!" Namun jeritan itu tiada bersahut dan akhirnya hilang dicelah-celah molekul udara.
Dari mana semut melata, Dari batu turun ke titi, Dari mana datangnya cinta, Dari mata turun ke hati.
I've been browsing on-line greater than 3 hours lately, yet I never found any interesting article like yours. It's pretty worth sufficient for me. In my view, if all web owners and bloggers made good content material as you did, the web will be a lot more useful than ever before. Also see my page > cocinas modernas
Please let me know if you're looking for a writer for your site. You have some really good articles and I believe I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd absolutely love to write some material for your blog in exchange for a link back to mine. Please send me an email if interested. Thank you! Check out my site : bacalao
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
why a luv story alwayz about h'some and b'tiful couple?