Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jaja melangkah masuk ke dalam kelas. Hampir dua minggu dia MC. Sakit di badan hanya beberapa hari sahaja, merawat luka di hati yang lama. Kalau tanpa semangat juga dorongan daripada Gentle dan mamapapa pasti dia lagi parah. Mak dan ayah masih belum dikhabarkan dengan berita buruk itu. Bukan dia tidak mahu berkongsi kedukaan yang meinimpanya cuma dia tidak mahu mereka susah hati. Jaja tidak mahu melukakan hati mereka sebagaimana hatinya terluka saat ini.
Jaja mengambil tempat di barisan paling belakang. Belum ada sesiapa yang masuk ke kelas. Jaja melihat jam tangan Elle di pergelangan tangannya. Masih ada 15 minit lagi sebelum kelas bermula. Sengaja Jaja hadir awal hari ini, untuk mengambil
semangat kembali. Matanya meliar melihat ke sekeliling kelas. Dia memandang kosong. Seorang demi seorang teman-teman sekelasnya memunculkan diri dan mengambil tempat masing-masing. Jaja cuba menbaca sedikit sebelum kelas bermula. Dia rasa banyak yang dia ketinggalan walaupun setiap hari Hilmi akan ke rumahnya untuk menghantar nota yang telah difotostatkan untuk Jaja yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya. Hilmi menarik kerusi di meja bersebelahan dengannya. Bunyi tarikan kerusi itu mnyentakkan Jaja dari kekhusyukannya membaca.
Hi, sweety. Sapa Hilmi ramah. Menghadiahkan senyuman buat wanita muda itu. Jaja membalas hambar senyuman Hilmi. Riak wajah Hilmi yang riang berubah melihatkan kepucatan wajah Jaja.
Heikenapa ni Jaja menghadiahkan lagi satu senyuman hambar buat Hilmi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Last two weeks kau call aku kau kata kau nak amik emergency leave. Tup tup bila kau balik, muka dah le pucat koi cengkung pulak tu. Kutuk Hilmi namun Jaja tidak memberi sebarang reaksi melainkan segaris senyuman hambar.
Bukan niat Hilmi untuk menyinggung perasaan Jaja Cuma dia mahu Jaja tahu yang dia memang mengambil berat akan diri Jaja. Perbualan mereka terhenti dek kemasukan Puan Shukriah, pensyarah Linear System2 itu. Jaja cuba menumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran walaupun fikirannya kusut dan berserabut. Hilmi juga tidak dapat menumpukan pelajaran apabila melihat Jaja seakan seseorang yang langsung tidak dikenalinya itu. Jaja tidak pernah semurung itu. Untuk bertanya dengan lebih lanjut tiada ruang untuk dia mencelah. Sebaik sahaja Puan Shukriah menamatkan pelajarannya hari itu Jaja meluru keluar ikut pintu belakang.
Hilmi hairan kerana Jaja tidak pernah terburu-buru keluar kelas sebegitu, selama ini Jaja lah antara orang terakhir yang akan keluar. Hilmi cuba mengejar Jaja namun langkahnya terhenti apabila melihat Jaja di rapati Gentle. Buku yang dipegang Jaja diambil dan dipegang oleh salah seorang daripada mereka, Hilmi tidak tahu nama-nama mereka. Hati Hilmi rasa tidak gembira melihatkan itu semua. Bagai ada yang tidak kena dan dia rasa dia harus tahu. Hilmi berpatah balik dari ruang legar menara ke Kolej Seroja tempat keretanya diletakkan. Gentle yang memandu Kembara milik Jaja itu menghala keluar kampus dan mereka sepakat untuk membawa keluar bersiar-siar. Jaja yang hanya berbaju kurung warna hitam berbunga merah terang yang dipadankan dengan tudung merah kelihatan tidak bermaya. Bibirnya juga terlalu pucat tanpa secalit lipstick.
Jimmy terasa hati dengan Jaja. Bukan terasa hati dengan kedinginan Jaja cuma dia kecewa kecewa dan hatinya bagai terhiris apabila gadis pujaannya dikecewakan orang begitu sahaja.
Janak tak ikut kami balik Taiwan tak pelawa Hans tiba-tiba.
Jaja memusingkan badannya dan melihat Hans yang berada di kerusi belakang sambil mengukir senyuman hambar.
Love to join all of you. Tapi tak boleh. Sorry. Tolak Jaja lembut.
Jimmy yang memandu di sisi Jaja melihat kelibat temannya itu melalui cermin pandang belakang. Hans yang berasa dirinya diperhatikan mengenyitkan matanya pada Jimmy. Jimmy juga terkejut dengan pelawaan Hans pada Jaja. Jaja tersenyum. Entah kenapa apabila bersama Gentle dia kembali rasa bersemangat.
Jomlahboleh kami bawa Jaja jalan-jalan sambil makan angina tenangkan fikiran. Hans tidak putus asa mengajak Jaja menyertai mereka kembali ke Taiwan.
Dah lama saya tak ke Taiwan. Rindu jugak saya pada Taiwan. Balas Jaja bersahaja.
Nak ikut tak Tanya Adam pula. Hati ni teringin nak ikut tapi lepas habis pengambaran tu nanti kami umat Islam nak raya. So tak maniskan wanita yang sudah bersuami menghilangkan diri macam itu sahaja. Balas Jaja lembut.
Takut juga kalau jawapannya sebentar tadi mengguris hati mereka.
Jaja yakin Zul akan beraya dengan Jaja umpan Jimmy.
Takbukan macam tu. Saya tau Zul tak mungkin akan berhari raya dengan saya. Walaupun saya tak beraya kat sini dengan Zul tapi saya masih ada keluarga. Mak dan ayah saya. Dah lama saya tak jumpa mereka. Ye la semenjak saya berkahwin dulu. Saya rindu sangat dengan mereka. Jaja meluahkan kerinduannya pada keluarganya.
So lain kali Jaja jangan menolak tau. Hans menuntut supaya Jaja berjanji untuk mengikut mereka pulang di lain kali.
Ingin sekali dia memperkenalkan Jaja pada Liu Mei agar Liu Mei sedar yang Jimmy tidak lagi buta dalam memilih pasangan hidup.
Kalau tak sangkut dengan kuliah, saya akan ikut. Insya-Allah. Janji Jaja.
Janji tau. Hans menuntut Jaja berjanji.
Yajanji. Sahut Jaja disambut dengan riang oleh mereka berempat. Jimmy memandu ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana waktu itu baru pukul 10.45 pagi dan waktu bekerja, jalan raya agak lengang.
Nak ke mana kita Tanya Jaja pada Jimmy.
Jalan-jalan. Sahut Jimmy pantas.
Ke mana Tanya Jaja lagi. Jimmy memberhentikan keretanya di tempat letak kereta Pasar Budaya. Jimmy membukakan pintu buat Jaja. Jaja tersenyum memandang Jimmy. Terasa di sayangi dilayan begitu.
Jom ajak Jimmy.
Macamana korang boleh tahu jalan ke sini Dengan kereta pulak tu. Jaja bingung.
Kalau nak bawak anak orang berjalan, kena la belajar jalan. Jawab Jimmy berdalih.
Tahulahtapi macamana Jaja tidak puas hati dengan jawapan Jimmy.
Dia tahu Jimmy mempermainkan dirinya. Bukan dia tidak kenal dengan Jimmy.
Apa susah, map kan ke banyak. Sahut Adam dan tawa berderai di antara mereka.
Hati Jaja berbunga riang. Terasa kembang di layan begitu. Mereka berjalan masuk beriringan. Mulut Hans becok bercerita pengalaman mereka memandu ke bandaraya itumenggunakan peta yang dibeli di sebuah kedai di Shah Alam. Beberapa kali dan berjam-jam mereka tersesat. Semuanya hanya kerana masing-masing kurang fash berbahasa Inggeris. Habis seluruh Pasar Budaya yang dikenali sebagai Central Market itu dijelajahi mereka. Hampir tiga jam di dalam bangunan dua tingkat itu, mereka sempat mengupah salah seorang pelukis untuk melukis gambar mereka berlima. Jimmy menghadiahkannya sepasang baju cheongsam berwarna merah terang.
Macam nak sambut Gong Xi Fa Chai pulak. Kata-kata Jaja apabila dibelikan baju itu disambut dengan deraian tawa Gentle.
Manalah tau nanti nak jadi nyonya pula. Gurauan Daniel berbekas di hati Jaja.
Matanya dan Jimmy tiba-tiba bertembung. Jaja tidak tahu kenapa harus dia merasa malu begitu. Mukanya terasa panas. Malu dengan gurauan begitu.
Jatuh cintakah aku Jaja cepat-cepat memadamkan khayalan itu.
Takut sekali dia. Wajah Jimmy kelihatan merona merah. Jaja tahu Jimmy ada hati padanya daripada cara layanan Jimmy padanya. Dia juga di manjai begitu oleh Jimmy Cuma dia masih sedar siapa dirinya. Dia tidak pernah lupa itu walaupun suaminya kini sudah lupa siapa dirinya dan juga kewujudan dirinya. Beberapa remaja berbangsa Cina yang berselisih dan terserempak dengan mereka berpaling tiga empat kali. Gentle yang tidak memakai sesuatupun untuk melindung identiti mereka membuatkan orang yang mengenali mereka berpaling berkali-kali. Namun begitu tidak ramai yang menyangka mereka akan berpeleseran begitu, dengan penuh terbuka.
Gentle melayan peminat-peminat yang dating menghampiri mereka dengan sabar dan Jaja akan mengelakkan diri apabila didekati oleh peminat-peminat Gentle yang ingin dia turut serta bergambar bersama. Dia tidak mahu pihak ketiga tahu adanya hubungan antaranya dengan Gentle. Biarlah segalanya menjadi rahsia antara mereka.
Bab 17
Hari ini masuk hari keenam Gentle dan krew penggambaran pulang ke Taiwan. Hati Jimmy makin hari makin rawan gara-gara terlalu rindukan Jaja. Walaupun hanya persahabatan yang termetri antara mereka, dia dapat rasakan satu perasaan aneh yang tidak pernah dirasainya ketika bersama Liu Mei.Kemesraan dan ketabahan Jaja melalui penderitaan suami yang menduakannya walaupun pada mulanya dia goyah, namun Jaja bingkas kembali bangun berjuang untuk dirinya sendiri.
Jimmy mengkaguminya. Dia mencintai Liu Mei,itu apa yang dia tahu tapi bersama Jaja dia sentiasa rasa berdebar-debar,tenang, asyik, mengasihi dan segala macam perasaan yang berbagai. Hari ini sengaja dia memanggil Liu Mei kembali ke rumah yang dikongsi bersama Liu Mei sejak lima tahun lalu.Apa yang dia tahu melalui teman-teman baiknya, sejak dia ke Malaysia empat bulan yang lalu Liu Mei tidak pernah kembali ke rumah itu walaupun hanya untuk menjenguknya. Segalanya terbukti benar kerana selepas enam hari dia kembali ke rumah itu, belum sekalipun Liu Mei menjengukkan mukanya.
Jimmy membaringkan tubuhnya ke katil.Matanya dipejamkan dan saat itu wajah Jaja yang terbayang di fikirannya. Dia tahu kekecewaan Jaja apabila suaminya menduakannya dengan berkahwin lain dan dia juga tahu kelukaan kerana dikecewakan apatah lagi di saat sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Dia rasa dia amat memahami keperitan yang di lalui Jaja kini kerana dia juga pernah merasai sakitnya dipermainkan dan ditinggalkan. Tapi cintanya pada Jaja lahir bukan kerana simpati, dia jatuh cinta pandang pertama dengan Jaja.Kesopanan dan keanggunan Jaja sebagai wanita melayu benar-benar menambat hatinya. Dalam lamunan Jimmy terlelap.
Liu Mei menghampiri Jimmy yang sedang lena.Dahi lelaki itu diciumnya lembut. Hatinya sebak memandang wajah Jimmy yang bersih. Lembut dan mendamaikan hati apabila memandang wajah Jimmy yang cerah itu. Dia selalu menyakiti lelaki itu tapi selalu pula dia diterima kembali.Kini, sepanjang Jimmy di Malaysia dia menjalinkan lagi hubungan sulit dengan seorang usahawan dalam bidang perhotelan. Dia cintakan Jimmy tapi dia tidak mampu menahan hatinya kerana kesukaannya berpoya-poya.Jimmy lelaki yang baik, dia tahu itu.Jimmy lebih tega menghabiskan semua masanya di rumah mahupun bersama dirinya dan keluarga jika tiada rakaman,promosi mahupun penggambaran sedangkan dia lebih suka berpeleseran dan berhibur. Hubungan cinta mereka sering dicemari oleh pertelagahan hanya kerana perangainya yang sebegitu. Walaupun begitu Liu Mei tetap merasa bahagia bersama Jimmy. Jimmy amat memahami dirinya. Liu Mei menukar pakaiannya.Dilihatnya Jimmy mengeliatkan badannya.Liu Mei menjeling manja.Menyedari kehadiran Liu Mei, Jimmy berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Liu Mei mendekati lelaki itu dan memberi satu ciuman di pipi lelaki itu. Jimmy langsung tidak memberi reaksi. Liu Mei terasa hati kerana Jimmy langsung tidak membalas ciumannya sedangkan selalunya Jimmy akan menariknya duduk di atas ribaan dan mulutnya petah bercerita. Jimmy kelihatan berbeza benar. Wajah Jimmy kelihatan tenang.Tiada sebarang riak di wajah Jimmy. Melihatkan itu Liu Mei juga turut membisu di sisi Jimmy.Hatinya mula sebal melihat Jimmy yang dingin. Jimmy tidak pernah sedingin itu dengan dirinya.
Mei, aku rasa dah sampai masanya untuk kita berbincang. Sayu hati Liu Mei mendengar suara Jimmy yang lembut selepas hampir 10 minit masing-masing membisu seribu kata.
Liu Mei memandang sepi ke arah Jimmy yang sedang membelakangkannya. Tangan kanannya di hulurkan, ingin disentuhnya bahu Jimmy namun Liu Mei raas dia seakan tidak punya kekuatan.Liu Mei tidak tahu kenapa tiba-tiba saja dia berasa sayu, hatinya juga sebak.Liu Mei hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Sepatah pun dia tidak dibalas.
Mei,we need to talk. Ucap Jimmy.
Cakap saja, Jim. Mendengar itu Jimmy memusingkan badannya dan duduk menghadap Liu Mei.
Liu Mei menundukkan wajahnya. Menahan sebaknya daripada ketara di penglihatan Jimmy.
Dah lima tahun kita macam ni,Mei.Makin hari aku dapat rasakan kita tiada sefahaman dan cara hidup kita makin hari juga makin berbeza.Kau dengan cara kau dan aku dengan cara hidup aku. Liu Mei kalut mendengar kata-kata Jimmy.
Apa yang kau nak katakan sebenarnya, Jim cemas sekali suara Liu Mei. Kedengaran janggal dipendengaran Liu Mei dengan kata-kata Jimmy malam ini.
Mei,kita berpisah! Tegas sekali kata-kata Jimmy malam itu.
Tapi kenapa air mata mula membasahi pelupuk matanya dan perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya. Sayu sekali hatinya.
Lelaki yang amat setia mencintainya minta dileraikan segala hubungan yang terjalin. Liu Mei bagaikan mahu pitam mendengarnya. Selama ini Jimmy sentiasa mempertahankan hubungan mereka daripada terlerai namun hari ini dan saat ini Jimmy minta ianya dilupakan.
Mei,selepas lima tahun bersama dah bermacam-macam perkara manis dan pahit yang kita lalui bersama.Dah berkali-kali hubungan kita terputus dan bersambung kembali. Aku amat mencintaimu Mei dan itu memang kenyataan tapi kini aku harus akui yang sememangnya antara kita tiada jodoh. Kata-kata Jimmy itu bagai merentap jantungnya.
Apa yang dah jadi selama kau kat MalaysiaApa yang dah merasuk kau soal Liu Mei bertalu-talu.
Tak ada apa mahupun sesiapa,Mei.Cuma di Malaysia aku telah bertemu seorang insan yang amat istimewa dan aku tewas dengan rasa cinta aku padanya, Mei.Sebaik sahaja aku bertemunya, rasa cinta pada kau juga lenyap seakan aku tidak pernah mencintai kau. Lagipun hubungan kita memang dah lama retak dan menanti saat untuk relai sahaja. Aku tak mau bohongi diri aku dan kau juga dengan berpura-pura bahagia bersama kau lagi. So bagi aku inilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita berdua. Tenang sekali suara Jimmy tapi air mata Liu Mei kian lama kian laju sehingga esaknya juga mula kedengaran.
Takkan dah ada cara lainTakkan dah tak ada peluang lagi untuk hubungan kita Dah lama kita bercinta Jim. Liu Mei cuba memujuk Jimmy.
Jimmy menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia terasa simpati tapi dia tidak mahu simpati yang lahir pada Liu Mei akan memakan dirinya. Jimmy yakinkan dan tanamkan jauh di sudut hatinya yang cintanya kini bukannya pada Liu Mei tapi hanya buat Jaja yang kini keseorangan di bumi Malaysia.
Jim
Mei,sebab dah lama kita macam ni lah aku rasa kita perlu putuskan hubungan ni. Hubungan yang takkan ada kesudahannya.Aku mahukan satu hubungan yang serius dan sah, Mei bukan setakat hubungan hati semata! Jimmy menarik nafas panjang dan seketika kemudian melepaskannya.
Kita bukannya anak-anak kecil lagi yang hanya mahu bercinta tanpa kesudahannya. Kita juga perlu akur pada tuntutan naluri kita sebagai manusia biasa. Keputusan aku muktamad,Mei. Tegas Jimmy lagi. Liu Mei tidak membalas, yang kedengaran hanyalah esak tangisnya yang masih tidak putus.
Meikenapa mesti kau tangisi hubungan niCubalah serius dengan hubungan barumu.Bukan aku tak tau hubungan kau dengan Loius Vu. Aku mengambil keputusan ni bukan hanya disebab itu tapi sebab aku amat mencintai gadis itu.Hormatilah keputusan aku, Mei.Hubungan kita dah berakhir. Jimmy bangun dan meninggalkan Liu Mei sendirian menangis di birai katil.
Tak ada gunanya kau merayu pada dia lagi Mei,dia dah tekad untuk berpisah dengan kau dan mencintai gadis tu. Hans membantah hasrat hati Liu Mei untuk tidak melepaskan Jimmy.
Sekian lama dia dengan aku, semudah itu untuk dia tinggalkan aku bentak Liu Mei.
Sekurang-kurangnya dia berterus-terang. Dia lelaki, dia juga punya kemampuan untuk tinggalkan kau sebagaimana kau tinggalkan dia dulu. Hentam Daniel.
Kalau kau tak melepaskan dia pun dia takkan jadi milik kau lagi.Takkan lagi Mei. Hans menekankan suaranya agar Liu Mei faham yang Jimmy benar-benar tekad walaupun hubungannya dengan Jaja lebih samar daripada hubungannya dengan Liu Mei.
Tapi dah lama kami bercinta.Takkan semudah tu dia nak putuskan hubungan kami nibantah Liu Mei.
Kenapa baru sekarang kau rasa sayangKau tahukan dulu dia cukup mencintaimu Apa sahaja kemahuan kau akan diturutinya dia layan kau macam permaisuri tapi apa yang dia dapatCuma kelukaan demi kelukaan dan kekecewaan yang silih berganti. Sebab apa Sebab kau jenis perempuan yang tak tahu nak bersyukur. Kau hanya tahu berpoya-poya saja. Bantai Adam.
Aku cintakan dia. Bangkang Liu Mei. Dia rasa terhina dengan bidasan Adam itu.
CintaKau tahu ke maknanya cintabidas Hans.
Liu Mei diam membisu,menundukkan kepalanya dan merenung lantai. Terasa bagai maruahnya di jijak lumat di kaki teman-teman Jimmy yang paling akrab dulu. Dia tahu dulu ketika dia meninggalkan Jimmy mereka lah yang melarang Jimmy daripada menerimanya kembali. Kini pasti mereka terasa puas apabila dia di tinggalkan.
Hebat sangat ke gadis tu sampai tak sampai berapa bulan Jimmy dah jatuh hati Ataupun dia nak kikis kekayaan JimmyLiu Mei mencari keburukkan Jaja di mata teman-teman baik Jimmy itu.
Kalau kau nak tau,Jimmy yang tergila-gilakan dia dan yang paling penting Jimmy jatuh cinta pandang pertama dengan dia.Kelembutan dia,ketabahan dia dan bagi kami dia cukup lengkap sebagai wanita yang layak untuk berada di sisi Jimmy.
Apa maksud kalian berang juga hati Liu Mei mendengar pujian melambung Daniel pada Jaja.
Mei, kami yakin Jimmy akan mencintai gadis itu dengan sepenuh hati dan jangan terkejut kalau Jimmy takkan menjadi seperti Jimmy sekarang. Cuma relakan Jimmy pergi. Dia berhak untuk hidup bahagia macam orang lain juga. Hans, Adam dan Daniel meninggalkan Liu Mei dalam tanda tanya.
Liu Mei terjelepuk di sofa rumahnya itu. Liu Mei memerhati ke sekeliling rumah. Terasa terlalu sunyi. Pagi-pagi lagi Jimmy sudah meninggalkan rumah itu. Dengar kata Jimmy sudah pun membeli sebuah rumah lain. Ternyata Jimmy benar-benar mahu tekad untuk membuang dirinya. Saat itu Liu Mei mengerti erti sebuah kelukaan.
Bab 18
Jaja memberhentikan kembara birunya betul-betul dibelakang buntut kereta wira milik ayah. Kepulangannya langsung tidak dikhabarkan kepada ahli keluarganya walaupun berkali-kali mereka cuba menghubunginyaJaja rasakan Aidilfitri tahun ini berlainan sekali. Panggilan mama papa dan mak ayah langsung tidak dijawabnya. . Telefon bimbit Free I nya di pandang sepi tanpa perasaan. Dibiarkan sahaja telefon bimbitnya berdering menyanyikan melodi lagu ciptaan Jimmy buatnya tanpa henti. Dunianya terasa kosong. Esok dia akan menyambut Aidilfitri yang pertama setelah bergelar isteri. Namun sambutan kali ini tiada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang pasti tahun ini dia tetap seorang diri. Lebih pahit sendirian setelah bergelar isteri berbanding ketika masih bujang. Itulah yang difikirkan oleh Jaja sehingga nyaris membuatkannya tidak mahu pergi ke mana-mana selain berada di rumahnya di Seksyen 13 Shah Alam. Dia rasa dia ingin bersendirian. Tapi apabila mengenangkan kesedihan dan kesayuan ibu bapanya yang tidak bersalah, Jaja tidak sanggup melukai hati orang-orang yang amat disayanginya itu. Jaja mengeluarkan beg-beg pakaian dan ole-ole yang dibawanya pulang. Mak menerpa dan memeluk Jaja erat. Mak mencium Jaja bertalu-talu tanda rindu yang tidak terhingga. Jaja menangis dalam pelukan mak. Air mata yang di tahan mengalir jua. Dalam perjalanan tadi dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri untuk menabahkan hatinya dan menahan air matanya tapi ternyata dia tewas dengan kasih seorang ibu. Dia kembali tenggelam dalam air mata.
Adik-adik Jaja, Haizan dan Zam mengambil beg-beg dan barang-barang yang di bawa balik Jaja masuk ke dalam bilik tidurnya. Mereka juga tidak banyak bertanya seperti selalu mungkin kerana sudah dimaklumkan oleh mak tentang keadaan dirinya itu. Mak juga tidak mahu pertanyaan mereka akan melukakan lagi hati yang telah sedia terluka itu. Walau bagaimanapun Jaja rindukan keriuhan dan kepetahan adik-adiknya seperti dulu. Ada saja yang mahu ditanya atau mahu diceritakan mereka padanya.
Sabaq, Ja. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma mungkin kita yang masih tak nampak apa hikmahnya.
Mardhiah memeluk satu-satunya adik perempuannya itu. Jaja memeluk erat kakaknya.
Jamungkin Ja tak layak untuk bahagia kak. Ja khianati cinta abang. Ja berpaling dari cinta kami dulu. Mardhiah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Semua orang berhak untuk bahagia,Ja. Ja tak khianati cinta Ja dengan Jan. Ja cukup setia dengan cinta kalian. Dia pernah berpesankan dulu, jangan ragu menerima andai kata ada orang yang mampu membahagiakan dan mencintai Ja sebagaimana mahupun lebih daripada dia. Mungkin hari ini Ja begini, mana tahu esok lusa kebahagiaan akan jadi milik Ja. Cuma masa yang akan menentukannya. Sabar ya sayang. Pujuk Mardhiah lagi.
Risau hatinya melihat Jaja yang bagaikan sudah putus asa. Jaja tersenyum hambar dan meminta diri untuk berlalu masuk ke dalam bilik tidur yang telah lama ditinggalkannya itu. Jaja melangkah masuk ke dalam kamar beradunya yang dicat dengan warna pic, warna kegemarannya. Dilabuhkan punggungnya ke atas katil, Jaja memejam rapat matanya. Terasa ingin benar dia merehatkan fikirannya tika ini.
Abang suka colour peach. Zulhuzaimy merangkul Jaja di atas ribaannya sebaik sahaja mereka bersama melangkah masuk ke dalam bilik pengantin itu.
Betul suka Ataupun abang saja nak bodek Ja gurau Jaja pada suaminya. Jaja menarik hidung Zulhuzaimy. Memang Jaja suka menyakat.
Oooosampai hati Ja kata abang tipu. Jadi Ja tak percaya kat abang la ni Zulhuzaimy menarik muka pura-pura ambil hati dengan kata-kata Jaja.
Ja tak kata pun abang tipu. Abang yang perasaan. Sapa makan cabai dia la yang terasa pedasnya. Zulhuzaimy menarik hidung
Jaja mendengar kata-kata Jaja yang bersahaja yang mulanya dia ingatkan akan dipujuk Jaja apabila merajuk begitu. Tawa mereka berderai. Jaja mencelikkan matanya kembali. Tidak sanggup dia mengenang kisah hidupnya dengan Zulhuzaimy walaupun baru beberapa bulan mereka diijabkabulkan. Entah apalah malang nasibnya dugaan muncul bersilih ganti.
Ja Jaja tersentak dengan ketukan di pintu biliknya.
Ya, mak. Sahut Jaja lembut.
Mak dengan kak nak balut ketupat ni. Ja nak tolong mak hiris daging buat rendang Mak bertanya dari luar bilik.
Jaja bangun dan mengemaskan dirinya dan rambutnya ditocangkan sebelum membuka pintu. Jaja mengukirkan senyuman yang termanis buat mak namun hati seorang ibu dapat membaca senyuman yang dibuat-buat untuk menjaga hati tuanya itu.
Mak, kita buat serunding ayam sama na Dah lama Ja tak makan serunding ayam. Jaja memeluk bahu mak.
Rendang ayam tak mau buat ka Tanya mak kembali pada Jaja. Jaja menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Hmbuat jugak la. Bukan senang Ja nak makan yang mak masak. Boleh kan rengek Ja pada mak.
Mak mencuit pipi Jaja yang lembut itu. Tapi kelihatan makin cengkung. Hati Jaja pilu apabila melihat kemesraan kakak dan adik Haizannya bergurau suami isteri. Jelas kelihatan kebahagiaan rumah tangga yang telah terbina bertahun-tahun itu. Sedangkan dia baru merangkak ke alam rumah tangga sudah tersungkur menyembah bumi di landa dek badai. Cemburu merantai hatinya. Namun dipendamkan saja kepedihan di hatinya itu, dia tidak mahu sesiapapun dapat menangkap cemburunya. Dia tidak mahu merosakkan keseronokkan orang lain untuk berhari-raya.
Jaja meninjau ke seluruh pelusuk rumahnya. Di mana-mana sahaja ada keindahan dan kemeriahan majlis perkahwinannya dengan Zulhuzaimy; di dalam biliknya, di ruang tamu dan di ruang makan ada sahaja gambar perkahwinan mahupun gambar mereka sekeluarga yang digantung. Mana mungkin untuk di buang wajah itu andaikata wajah itu tergantung di mana sahaja. Namun dia tidak mahu menyuarakan tentang itu kepada mak dan ayah. Pasti mereka akan menyedari yang rumah tangganya hanya retak menjadi belah. Dia tidak mahu memalitkan lumpur ke muka kedua orang tuanya, masyarakat pasti akan mengutuknya. Baru beberapa bulan berkahwin sudah mahu bercerai berai.
Jaja menghiris daging di hadapannya tanpa menyampuk sepatah apapun yang dibualkan antara mak dengan Mardhiah. Fikirannya langsung buntu. Dia benar-benar rindukan Jan saat ini. Kalau dulu sehari sebelum hari raya, pagi-pagi lagi Jan akan mengheret Jaja ke pasar untuk mencari daging dan beberapa ekor ayam.Jan lah yang akan kalut untuk membantunya menghiris daging kecil-kecil dan mulutnya akan cerewet meleteri Jaja yang memotong daging besar-besar. Jan akan membantu mak memasak rendang Tok dan di bahagi dua untuk di bawanya balik ke rumah. Jaja benar-benar rindukan saat itu. Teramat rindu.
Mak, Ja nak pi kuboq abang. Ja rindu sangat kat abang. Jaja bangun untuk membasuh tangan dan berlalu pergi tanpa sempat mak berkata apapun.
Air mata bergenang di pelupuk matanya. Jaja yang masih berbaju kurung itu mencapai tudung yang tersangkut di birai katil dan kunci kereta serta dompetnya yang berada di atas meja solek. Rindunya pada satu-satunya lelaki yang amat dicintainya itu bagaikan empangan yang sedang retak menanti masa untuk pecah. Rindunya begitu membuak-buak buat Jan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, Jaja tidak mampu lagi menahan air matanya daripada gugur. Kereta itu di beli dengan duit yang dikongsinya bersama Jan, sewaktu itu dia baru sahaja mula bekerja.
Abang nak Ja jaga dan sayang kereta ni macamana Ja sayang kat abang. Jawab Jan apabila Jaja mengucapkan terima kasih kerana mengeluarkan duit untuk bersamanya membeli kereta itu.
Jaja melangkah tenang ke kuburan orang yang teramat dikasihinya itu. Air matanya masih belum berhenti. Jaja duduk bertinggung di sisi kubur sambil mengusap-usap batu nisan berwarna kelabu daripada marmar itu. Dikucupnya batu nisan itu seakan mencium Jan. Lama sekali dia berteleku dan menyedekahkan doa buat Jan. Bagaikan terlalu singkat masa dia berada di kuburan itu hinggakan masa berlalu hampir empat jam langsung tidak disedarinya. Jaja menjawab panggilan telefon yang menyentakkan Jaja daripada terus bertafakur di situ.
Ja kat mana ni, sayang suara mak kedengaran sungguh risau.
Ja kat kuboq abang, mak. Suara Jaja seakan tidak mahu keluar.
Balik, nak. Dah nak bukak posa dah ni. Tinggai sejam saja lagi. Esok pagi kita pi sama ya La nih Ja balik na. Pujuk mak lembut.
Ja balik. Jaja mematikan talian telefonnya.
Abang, Ja balik dulu. Esok Ja mai lagi. Jaja membacakan al-fatihah dan di ciumnya batu nisan itu sekali lagisebelum beredar.
Abang sayangwalaupun Ja kini isteri orang, Ja tak mampu nak lupakan abang dan kisah cinta kita. Terus-terang Ja katakan yang amat Ja menyesal kerana mengahwininya. Ja tak dapat menikmati manis dan indahnya rumahtangga bersamanya. Lagi pula sekarang kami hanya suami isteri pada nama saja. Tiada kemanisan yang abang berikan pada Ja dulu. Apa dosa Ja abang, sampai hidup Ja berterusan dibelenggu kecewa dan kesedihan yang macam ni. Abang,Ja rindukan abang. Ja benar-benar rindu. Abangkalau bukan begini kesudahan kita, Ja yakin kita dah punya sebuah keluarga bahagia dan dikelilingi anak-anak yang comel macam yang kita impikan. Abang nak empat orang anak kan Tapi awat abang pi dulu awat abang tak bawak Ja sekali. Abang tak sayang Ja lagi Tapi Ja sayang abang. AbangJa nak abang. Ja rindukan abang. Ja nak ikut abang, pasai apa abang tak bawak Ja sekali.
Jaja merintih hiba.Dibiarkan air matanya mengalir laju. Hatinya bertambah hiba dengan dendangan lagu dari kumpulan Spider, Mungkinkah Terjadi yang sedang berkumandang di radio Era ketika itu. Lagu yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup Jaja.Jaja menghidupkan enjin keretanya, dikesatnya air matanya dan tanah perkuburan yang sunyi itu ditinggalkannya. Abangtinggal ya. Esok Ja mai lagi. Bisik hati Jaja sebaik sahaja dia berlalu pergi.
Jaja sampai ke rumah lebih kurang setengah jam sebelum berbuka puasa. Tanpa menyalin pakaian Jaja membantu mak, Mardhiah dan isteri Haizan, Niza menghidangkan makanan walaupun berkali-kali mak menyuruhnya pergi berehat sementara menunggu waktu berbuka. Jaja buat-buat tidak mendengar suruhan mak. Bersendirian lebih membuatkannya terluka dan kecewa. Bersendirian juga akan membuatkannya lebih merindui Jan. Satu-satunya Jan. Mardhiah sendiri buntu apabila melihat Jaja kembali muram walaupun tidak semuram dan segundah pemergian Jan dulu. Niza membisu seribu bahasa, takut kalau-kalau tersalah cakap kerana sememangnya dia kurang mengenali Jaja yang kerap berulang-alik ke luar negara itu kerana tuntutan tugas dan kini menetap di Shah Alam.Lagi pula dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan Jaja yang sering berdiam diri dan mengurungkan dirinya di dalam bilik jika tiada apa-apa.
Walaupun begitu Jaja kelihatan cukup berselera berbuka puasa dan menjamah dengan penuh perasaan apa yang dihidangkan. Sengaja mak mengumpan Jaja dengan bubur kanji ataupun lebih dikenali dengan bubur lambok bersama sambal sotong kering kesukaan Jaja. Senang hati tuanya apabila melihat Jaja menjamah hidangannya kerana sewaktu kehilangan Jan dahulu berbulan-bulan Jaja hanya menjamah sekadar yang perlu itupun bersuap sehingga tubuhnya yang berisi menjadi kurus kering.Ayah juga tidak berkata apa. Hati tuanya hanya mengharapkan anak gadis bongsunya itu akan memperoleh kebahagiaannya yang hakiki selepas menempuhi berbagai dugaan dan rintangan.
Jaja kembali ke dalam bilik selepas selesai mengemas. Terasa inginkan rehat selepas memandu berjam-jam dari Shah Alam dan langsung tidak bberehat di siang harinya. Jaja mencapai kitab suci al-Quran. Hatinya berasa tenang selepas melagukan bacaan suci al-Quran itu.Mak dan ayah yang mahu ke masjid terasa sedikit sejuk mendengar Jaja yang sedang melagukan bacaan ayat suci.
Dari jauh kelihatan Nana tergocoh-gocoh menuruni tangga asrama Teratai 3 yang menempatkan pasukan kadet wanita PALAPES yang juga disertai Nana sebagai Pegawai setelah tauliah setahun lalu.Jaja yang menunggu di dalam kereta tersenyum meleret membaca sms daripada Hans yang memberitahu mereka akan ke Malaysia lagi minggu depan. Tidak sabar rasanya mahu bertemu empat sahabat itu. Nana membuka pintu belakang dan menghumbankan beg yang berisi pakaian dan buku-buku rujukannya ke atas kusyen belakang.Jaja menutup telefon bimbitnya dan kembali menggantungkannya ke leher apabila melihatkan Nana sudah berada di sisinya.
Makan dulu Tanya Jaja pada Nana yang sudah berada di sisinya ketika ini.
Aahaku laparla.rengek Nana. Jaja hanya tersenyum mendengar rengekan Nana yang muda tujuh tahun daripadanya itu.
Makan kat mana Nana menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
Kita makan fast food dah la ye Nana menganggukkan kepalanya mendengar cadangan Jaja itu.
Jaja menghidupkan enjin dan berlalu dari perkarangan kolej
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan