Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Duhai hati&awat kali nih hang tak memberontak supaya aku tolak cinta Zul? Macam sebelum-sebelum ni&setiap kali ada lamaran dari mana-mana lelaki?
Aku dapat rasakan jodoh hang kuat dengan dia.
Atas alasan apa?Berkenalan baru dua hari tup&tup tup nak kawin?Gila&kerja gila.
Itu kata hang.Tapi pihak dia?
Aku takut&aku takut aku tak mampu untuk mencintainya.Aku tak mau jadi seorang isteri yang nusyuz hanya kerana aku tak mampu mencintainya dan cinta aku pada Jan terlalu kuat untuk aku buang. Jaja tunduk merenung lantai.Air matanya menitis kembali.
Apa yang hang dapat? Dia pi dulu tinggaikan hang.
Bukan pinta dia jadik lagu tu.Dah jodoh kami tak dak dan aku bersyukur sebab dia mati dengan cinta aku di hati dia.
Susah la cakap ngan hang ni.
Susah tak payah dok cakap.Kalau aku terima dia&aku akan curang pada cinta kami dan seolah-olah aku terima dia hanya kerana kepopularan dia.Aku tak mau macam tu dan aku tak mau dia kata aku hanya gilakan dia sebagai artis.
Terimalah dia ,Jaja.Hang pun dah 28 tahun.Dia pun dah masuk 31 tahun. Hangpa masing-masing dah matang. Dah layak punya anak pun. Lagipun aku nampak keyakinan dan kejujuran dia pada hang. Walaupun baru dua hari hang ngan dia berkenalan.
Abang&Jaja buntu abang.Jaja tak mau curang pada abang.Jaja cintakan abang sorang.Bantulah Jaja abang. Jaja terus termenung.
Cuba untuk memikirkan buruk baiknya menerima lamaran Zulhuzaimy. Seorang lelaki yang tidak pernah muncul dalam mimpinya walaupun di siang hari. Tapi kini tiba-tiba saja lelaki itu melamarnya. Jaja bingung.Jaja buntu.Dia takut dia terburu-buru menerima Zulhuzaimy.Dia takut kecewa dalam rumahtangga.Dia sentiasa mengimpikan rumahtangga yang bahagia, seperti impian setiap wanita.Dia inginkan perkahwinan yang di bina kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Kalau abang mati sekalipun&Jaja nak jadik macam laut dan pantai.
Maksud Jaja?
Walaupun ombak sering menghempas pantai&pantai tetap meyambut kedatangan ombak dan ombak tak pernah jemu mengunjungi pantai saban ketika.Jaja nak jadik macam tu. Walaupun terpisah berlainan dunia&Jaja tetap hanya cintakan abang dan Jaja takkan jemu mencintai abang.Jaja tak mahu menjadi pengkhianat cinta yang kita bina selama ini.luah Jaja bersungguh.
Sayang&Abang tak pernah mintak Jaja menyeksa diri sebegitu.Abang pohon kejujuran cinta saat masing-masing masih bernafas.Andai salah seorang tiada& cukuplah sekadar kenangan cinta dan juga secebis doa.Memanglah lumrah manusia sukar melupakan apa yang dicintai tapi hidup mesti diteruskan.Doa abang sentiasa bersama Jaja. Jaja tersentak.
Bagaikan tersedar dari sebuah mimpi.Kata-kata Jan sebelum pemergiannya itu bagaikan kaset rakaman yang tiba-tiba berputar untuk memberitahu dan menyakinkannya tentang lamaran Zulhuzaimy dan juga untuk menolak wujudnya pengkhianatan yang dikatakannya pada cinta mereka. Jaja meraup mukanya perlahan-lahan,mencari sebuah kekuatan untuk menghadapi hidup yang dirasakannya amat menyesakkannya.
Lama sekali dia duduk termenung. Jaja terus merenung pantai dengan pandangan yang kosong&sekosong hatinya saat itu. Selepas beberapa jam merenung kosong ke arah pantai, Jaja meninggalkan tepian pantai yang telah lama di sinari bulan itu.Jaja langsung tidak menyedari Zulhuzaimy yang merenunginya dari jauh.
Sengaja Zulhuzaimy tidak menyapa Jaja kerana mahukan gadis berfikir dengan sedalam-dalamnya mengenai lamarannya siang tadi.Walaupun dia amat mengharapkan jawapan yang positif daripada Jaja tapi dia tidak mahu mendesak kerana dia takut desakannya akan menyebabkan Jaja menolak lamarannya sedangkan dia rasa dia tidak mampu untuk hidup tanpa Jaja lagi.
Jaja&aku amat harapkan penerimaanmu.Aku amat mencintai dirimu.Janganlah kau ragui keikhlasan hatiku walaupun kita baru bertemu,walaupun kita baru berkenalan.
Dan mata Zulhuzaimy terus mengekori langkah Jaja menyusuri pantai yang sudah menjejak senja.Keindahan menteri terbenam tidak lagi menarik perhatian Jaja seperti selalu.Ternyata Jaja benar-benar di dalam di lema.
Mak, kalau Ja katakan yang ada orang nak masuk minang Ja mak terima dak? soalan yang langsung tidak terduga akan terkeluar dari mulut Jaja itu membuatkan mak yang sedang sibuk menguli tepung untuk dibuat karipap tersentak dan berpaling mencari wajah anaknya itu.
Mak tak silap dengaq ka, Ja? soal mak pada Jaja kembali. Jaja menggelengkan kepalanya. Mukanya kelihatan merah merona.
Alhamdulillah. Mak syukur,Ja. Impian mak akan termakbul. Mak memanjat rasa syukurnya yang tidak terhingga pada Ilahi kerana membukakan pintu hati anaknya itu untuk berkahwin.
Tapi Ja takut mak tak setuju dengan pilihan Ja. Perlahan sekali suara Jaja dipendengaran mak.
Apa maksud Ja? mak bingung.
Dia pelakon. Ja takut mak ngan ayah tak setuju. Jaja maklum sangat ayahnya yang kurang suka dengan artis hanya kerana sebahagian artis yang menghitamkan nama mereka dan memalitkan Lumpur pada yang lain.
Terbeliak biji mata mak memandang Jaja. Jaja menikus. Kedengaran mak menarik nafas panjang dan melepaskan satu keluhan.
Bukan mak dengan ayah yang nak hidup nanti, tapi Ja dengan dia. Kami tak haling kalau dia benar-benar ikhlas. Suara yang datang dari arah belakang itu amat mengejutkan. Jaja memeluk ayah.
Terima kasih, mak ayah. Mak menyertai Jaja dan ayah.
Mereka tiga beranak berpeluk kegembiraan. Semalam termetrilah ikatan pertunangan antara Jaja dengan Zulhuzaimy. Seorang lelaki yang tidak pernah diimpikan untuk menjadi tunangnya apatah lagi untuk bergelar suaminya.Seluruh keluarga terkejut dengan berita yang tiba-tiba disampaikan Jaja. Walaupun terperanjat kerana di beritahu di saat-saat akhir, keluarganya tetap menerima baik kunjungan rombongan meminang keluarga Zulhuzaimy. Ibu bapanya sudah boleh tersenyum apabila anak gadis mereka sudah mahu menerima lamaran orang walaupun mereka tidak pernah menyangka anak gadis mereka ada menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas pemergian Jan. Walau siapapun pilihan Jaja, mereka tetap merestui.
Ummi,ibu Jan tersenyum melihat Jaja.
Jaja pohon restu Ummi.Jaja takkan lupakan abang.Abang cinta pertama Jaja tapi bila Jaja fikirkan,hidup perlu diteruskan,ummi.Jaja pohon restu ummi Jaja memohon restu daripada ibu Jan sebelum rombongan keluarga Zulhuzaimy sampai.
Jaja tidak mahu dikatakan telah melupakan seorang insan yang amat mencintai dirinya dan insan yang amat dicintainya.
Jaja,kalau Jan boleh dengar ummi rasa Jan telah relakan lama dulu lagi untuk Jaja mulakan kehidupan yang baru.Hidup memang perlu diteruskan ,sayang.Cuma ummi harap hubungan kita takkan berakhir.Ummi dah anggap Jaja sebahagian dari keluarga ummi kerana Jaja adalah segalanya bagi Jan. Mendengar kata-kata ummi buatkan Jaja menangis.Sayu hatinya.
Jangan menangis Jaja.Mak percaya,Jan jugak restui pilihan Jaja.Kami semua restu walau siapapun pilihan Jaja.Asalkan Jaja bahagia, kami tumpang bahagia.Bagi kami itu sudah lebih daripada memadai. Jaja memeluk kedua-dua wanita yang amat disayanginya itu.
Cuma satu pinta kami,kami tau Zul tu seorang pelakon.Dunia seni ni banyak cabaran dan dugaannya,sayang.Kami harap Jaja dapat kawal diri dan pelihara sebaik mungkin rumahtangga yang bakal dibina ini. Mak mengesat air mata yang mengalir dipipinya.
Kedua-dua ibunya itu mengucup kedua belah pipinya masing-masing,tanda restu mereka.
Zulhuzaimy, saya harap awak takkan mempersia-siakan saya.Saya akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang baik dan solehah.
Zulhuzaimy memandu dengan tenang.Jaja yang berada disebelahnya juga sepi dengan matanya tidak putus memerhati pemandangan di kiri kanan jalan.Terasa puas di hatinya dapat menyunting bunga idaman hati. Zulhuzaimy mengalihkan tangannya daripada memegang kepada mencari jari-jemari Jaja yang diletakkan di atas pahanya. Sebaik sahaja tangan Zulhuzaimy berjaya memegang tangan Jaja itu,Jaja berpaling merenung wajah lelaki yang kini bergelar tunangannya. Zulhuzaimy membawa tangan Jaja ke bibirnya.Tangan itu dikucupnya,lembut.Jaja terharu dengan keromantisan Zulhuzaimy.
Bersediakah awak,Jaja untuk menjadi isteri saya?Saya tahu segalanya terlalu pantas tapi bagi saya itulah jalan yang terbaik.luah Zulhuzaimy tiba-tiba.
Jaja masih tersenyum memandang Zulhuzaimy tanpa sebarang kata.
Katakan sesuatu Jaja.pinta Zulhuzaimy dengan lembut.
Awak hadir tanpa di duga,pertalian yang kini wujud juga tidak pernah terfikir oleh akal saya yang waras.Saya tak kisah siapapun awak,apa taraf awak dan siapa awak dengan masyarakat, yang saya kisahkan cumalah satu iaitu betapa dalam cinta awak pada saya.Sanggupkah awak membahagiakan saya hingga ke akhir hayat kita? Itu saja.Jaja menjawab segala persoalan di hati Zulhuzaimy.
Jaja,saya hanyalah manusia yang serba kekurangan tapi saya yakin saya akan mencintai awak hingga ke nafas saya terakhir.Tak menyesalkah awak untuk bersama anak seni seperti saya? Zulhuzaimy seolah-olah ingin menduga.
Siapa awak,itu persoalan awak dengan masyarakat yang penting awak dengan saya. Keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan itu yang saya tuntut.Saya tak peduli berapa banyak harta yang awak ada.Saya tak kisah siapakah keluarga awak selagi awak masih punya harga diri sebagai seorang manusia. Jaja meluahkan prinsipnya dalam kehidupan.
Dengan matanya yang jernih itu Zulhuzaimy merenung Jaja yang masih tenang memandang permandangan di sekeliling.
Awak,sekali lagi saya bertanya pada awak.Awak tak menyesal memilih saya sebagai teman hidup awak?Jaja membalas genggaman tangan Zulhuzaimy padanya.
Zulhuzaimy memberhentikan kereta di tempat parking kereta peranginan Lata Bayu, Baling.Tanpa menjawab pertanyaan Jaja, Zulhuzaimy melangkah keluar dari kereta dan membukakan pintu buat ratu hatinya. Zulhuzaimy kembali meraih tangan Jaja sambil berjalan ke pondok rehat Zulhuzaimy terus membisu dan membuatkan Jaja terlalu berdebar-debar.
Jawablah,awak.Jangan seksa saya macam ini.bergetar suara Jaja. Zulhuzaimy tersenyum penuh makna.
Saya tak pernah dan tak akan menyesal,Jaja.Sebab saya dah tanamkan dalam hati saya, bila saya ingin mencintai seseorang itu saya dah bersedia untuk terima segala keburukkan dan kelebihan dirinya.Saya dah bersedia,Jaja.Saya dah bersedia. Zulhuzaimy mengulangi kata-katanya untuk menyakinkan tunangannya itu. Jaja tunduk membisu.
Buat masa ini saya harapkan pengertian daripada awak, saya perlukan masa untuk mencintai dan menyayangi awak.Saya benar-benar harapkan pengertian daripada awak. Tegas sekali suara Jaja di pendengaran Zulhuzaimy.
Saya bersedia membantu awak untuk melupakan dia dan saya akan bersabar. Insya-Allah. Jaja tersenyum mendengar pengakuan yang lahir dari mulut Zulhuzaimy.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan