Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Selamat pagi, Encik Amir, Amir mengangkat mukanya. Emy! Selamat pagi! Emy menegur Amir terlebih dahulu. Tapi kali ini mereka tidak lagi seperti dahulu. Dulu mereka saling bersindir-sindiran. Kini semuanya telah berubah. Awal datang? Amir memulakan perbualan ketika mereka berada di dalam lift. Banyak hal kena uruskan setelah cuti seminggu ni. Sebab itu saya datang awal sikit dari biasa. Emy diam kembali. Dia menundukkan mukanya. Hatinya rasa berdebar-debar. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Tak pergi honeymoon ke? Maaflah saya tak dapat datang tempohari. Ada kerja yang perlu diuruskan, Amir meneruskan kata setelah melihat Emy mendiamkan diri. Dia terasa serba salah bersama isteri orang dalam lift. Berdua-duaan pula tu. Iskkk Amir merungut sendiri. Tak. Tengoklah nanti bila free. Mereka diam lagi. Amir memandang jari Emy. Tiada cincin atau tanda-tanda dia memakai inai. Aaahh mungkin dia kahwin simple je kot. Tak mahu pakai inai. Maklumlah Emy ni nampak moden sikit. Mungkin dia tak malu kot! Amir berkira-kira sendirian. Encik Amir sihat ke? Saya tengok Encik Amir muka pucat sahaja, Amir terdiam. Mungkin ada benarnya. Dia tidak berapa menjaga kesihatannya sejak beberapa minggu lalu. Sejak dia menerima berita perkahwinan Emy. Emy begitu teliti tentang kesihatannya. Dulu semasa tangannya terkena serpihan kaca itu, Emy juga yang bersusah payah membalutkan lukanya. Sehinggakan mereka terlupa yang mereka pernah menjadi musuh sebelum ini. Pucat? Tak adalah! Saya sihat. Tapi mungkin sebab penat saya nampak pucat kot, Amir menambah. Agaknya tak ada orang yang uruskan Encik Amir kot. Saya rasa Encik Amir kena cari seorang suri yang boleh menjaga makan dan minum Encik Amir, Emy menyambung. Ya benar kata mu Emy. Ada tapi kini dia sudah menjadi milik orang. Kenapa Encik Amir? Kata-kata saya menyinggung Encik Amir? Maafkan atas keterlanjuran kata saya, Emy menundukkan muka. Rasa bersalah terpancar diwajahnya. Pintu dilift terbuka. Emy melangkah. Amir memanggil Emy Emy berpaling pada Amir Emy tiada apa yang perlu dimaafkan. Awak tak ada buat salah dengan saya, Emy tersenyum. Dia terus melangkah masuk ke dalam pejabat. Amir mengikut dari belakang. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia memandang Emy dari balik cermin gelap biliknya. Aaarghhh bagaimanakan ku ubat luka di hati, setelah ratu hatiku di bawa pergi? Amir termenung seketika Amir melangkah keluar. Emy awak dah sarapan ke? Kalau belum, jomlah! Saya belanja awak hari ni?, Soalan Amir memeranjatkan Emy yang sedang khusyuk membaca laporan minggu lepas. Belum lagi. Tak apalah, Encik Amir pergilah, Emy seakan tidak percaya soalan itu akan keluar dari mulut Amir. Seorang yang selalu tidak serasi dengannya. Ada saja yang membuatkan mereka bertelagah dengan Amir. Tak bahan projek, budget projek mesti jadi masalah pada mereka berdua, walaupun sebenarnya ia adalah hal kecil. Janganlah macam ni. Saya nak ganti balik sebab tak dapat datang ke kenduri awak hari tu, Amir menunggu jawapan Emy. Emy memandang Amir mata bertemu. Emy cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia terasa seakan ada yang menarik di situ. Entah dia sendiri pun tidak tahu. Okay! Amir senyum mendengar jawapan Emy. Haa macam ni lah! Emy seakan tidak percaya dia akan bersetuju dengan pelawaan mamat sewel ni. Apa aku ni? Dah sewel macam dia jugak ke? Tunggu apa lagi? Jomlah Emy, Amir berpatah balik setelah melihat Emy tidak berganjak dari kerusinya dari tadi. Emy bangun dan mengekori Amir untuk bersarapan. Sepanjang di dalam lift masing-masing mendiamkan diri. Sampai di tempat letak kereta, Emy hairan kenapa mereka tidak makan di gerai berhampiran. Amir nak ambil barang ke? Encik Amir, kita nak ke mana? Geraikan di sebelah sana, Emy menundingkan jadi ke arah seberang jalan. Amir senyum Saya nak bawa awak ke satu tempat lain. Di situ dah selalu sangat. Cari kelainan pula, okay, Amir terus masuk ke perut kereta. Okay, Emy mengikut. Tingkap kereta di buka secara automatik. Haaa Emy apa tercegat di luar lagi. Masuklah ke dalam kereta. Jangan risau, suami awak takkan marah sebab saya bos awak, Amir senyum lagi. Emy semakin binggung. Tapi dia hampir tersenyum melihat gelagat Amir yang masih percaya dia adalah isteri orang. Best juga ni. Boleh laa aku mainkan dia. Idea mula berkembang di otak Emy. Kereta Perdana V6.0 Amir berhenti di PJ HILTON. Mereka turun. Nak sarapan di sini? Emy seakan tercenggang. Kenapalah nak pergi tempat exclusive ni. Makan kat gerai dah le. Lagi sedap dari hotel kadang-kadang. Kenapa? Awak takut ke? Tak pe saya ada, Amir senyum lagi. Manisnya senyuman si Amir ni. Jarang betul dia dapat melihat Amir senyum. Terutamanya di pejabat. Dia seorang yang tegas dan sentiasa berada dalam keadaan serius sepanjang masa. Ramai yang tidak berapa berani bergurau dengannya ketika di pejabat. Dia seorang sahaja yang begitu berani bertekak dengan Amir. Keberaniannya mencabar Amir sering membuat mereka bertegang urat. Mereka berjalan masuk. Mengambil tempat paling hujung. Tempat yang agak tersembunyi dari pandangan umum. Awak nak makan apa Emy? Amir membaca menu di hadapannya. Pelayan datang mengambil pesanan mereka. Bagi saya nasi lemak dan coffee, Amir memulangkan semula menu kepada pelayan tersebut. Nasi lemak dan teh tarik, Emy memandang sekeliling. Jarang sekali bersarapan di hotel. Melainkan kalau dia pergi bercuti. Itu saja? Ya itu saja, Amir menjawab dan pelayan itu terus berlalu pergi. Mereka masih diam seribu bahasa. Emy Encik Amir Mereka bersuara serentak. Amir dan Emy ketawa. Emy cakaplah dulu, Amir masih lagi menahan saki baki ketawanya tadi. Tak apalah, tak penting sangat. Encik Amir cakaplah apa yang Encik Amir nak cakapkan tu, Emy memandang Amir. Sekali lagi pandang mereka bertemu. Emy tidak berani memandang pandangan romantis Amir. Aduhhh bisa cair kalau duduk lama-lama macam ni selalu. Tak ada apa sebenarnya. Emy macam nampak takut saja duduk dengan saya? Bukan apa Encik Amir, saya takut orang pejabat semua mengata pula, Amir memandang Emy. Apa nak takut? Kita tak buat salah. Cuma sarapan di sini saja. Amir nampak begitu bersahaja. Tenang. Wajahnya tidak menampakkan reaksi yang dia gementar. Tapi hakikatnya dia berdebar berhadapan dengan Emy. Itu kata Encik Amir, bukan kata mereka. Saya ni bukan suka gossip sangat, Amir terdiam. Mungkin Emy takut kalau suaminya mengetahui dia keluar bersarapan dengan aku. Muka Amir sedikit berubah. Rasa bersalah mula timbul. Emy perasan mengenai perubahan wajah Amir. Tapi dia malas nak bertanya lebih lanjut. Masing-masing melayan perasaan sehingga pelayan tadi membawa pesanan mereka. Jemput makan Emy, Emy senyum. Selesai bersarapan pagi itu mereka kembali ke pejabat. Ramai yang hairan melihat mereka berdua bersama. Bersembang mesra. Sebelum ini mereka bagaikan kucing dengan anjing. Tidak pernah ada persefahaman dalam memberikan kerjasama dalam sesuatu projek. Hi Emy! Kau ke mana pagi-pagi begini? Kau keluar dengan Encik Amir ye? Rina menduga. Setelah melihat mereka keluar dari lift bersama. Alaa jumpa dia tadi. Naik lift bersama. Berbual la dalam lift tu. Itu saja. Kenapa kau nak tahu? Rina senyum memandang Emy. Tak adalah! Perubahan yang baik. Kau dan dia dah berbaik ke? Berbaik? Iskkk ntah la. Aku sendiri pun tidak tahu. Dulu aku tidak suka dengan Amir. Kini, aku sendiri pun tidak mentafsir perasaan sendiri. Emy kau nak tahu satu berita hangat tak? Emy mengangkat muka memandang Zarina. Berita apa? Hangat sangat ke? Emy tak sabar untuk mendengar. Alaa Encik Amir tu baru putus tunang. Minggu lepas, patutlah muka dia lain macam saja. Macam orang kecewa. Tapi siapa tinggalkan siapa. Emy terus menduga sendiri. Putus tunang? Emy buat-buat muka terkejut. Hakikatnya, dia melonjak gembira. Gembira? Untuk apa? Dia sendiri pun tidak tahu. Aa�aa. Tunang dia curang. Ada lelaki lain, Rina meneruskan ceritanya. Oooo macam tu. Kesian juga dia ni. Orang jujurlah katakan. Jujurkah dia? Sejauh mana aku boleh tahu. Merepek plak aku ni. Okeh la Rina. Aku nak keluar ni. Nak pergi tengok site kat Putrajaya. Petang nanti aku balik. Aku pergi dulu, ok! Emy mencapai tas tangan dan beberapa dokumen penting di meja dan terus berlalu keluar. Rina seakan terkejut. Hmmm apa tak kena plak ngan si Rina ni? Dia macam tak berminat nak ambil tahu pasal si Amir tu plak. Emy menyanyi-nyanyi dengan riang menuju ke arah keretanya. Dia bercadang hendak mengisi perutnya terlebih dahulu sebelum ke tapak projek di Putrajaya. Semestinya nanti di sana dia akan lapar kerana apabila sampai di sana dia tiada masa untuk berbuat demikian. Sekali lagi dia terserempak dengan Amir yang juga sedang dalam perjalanan menuju ke arah keretanya. Hai Emy! Awak nak keluar ke? Soal Amir setelah melihat Emy memegang kunci keretanya. Ahaa Ya Encik Amir! Saya nak ke site di Putrajaya. Emy memasukkan beberapa dokumen ke dalam tempat duduk penumpang di belakang. Kebetulan pula. Saya pun nak ke site di sana. Awak bolehlah tumpang saya sekali. Jimat minyak kereta awak juga. Alamak macam mana aku nak lari ni? Iskk dia ni macam saja nak ikut aku je. Tak pe le Encik Amir. Saya boleh pergi dengan kereta saya sendiri, Emy cuba memberi alasan untuk melepaskan diri. Laa terlanjur saya nak ke sana juga. Apa salahnya kalau awak tumpang sekali. Marilah! Emy serba salah, nak ditolak, bos sendiri mengajak. Betul juga, jimat minyak aku. Tapi nanti apa kata orang pejabat kalau mereka melihat aku bersama Encik Amir? Haa apa awak menung lagi tu? Cepatlah ambil barang-barang awak dalam kereta tu, Amir menunggu di dalam kereta. Emy dengan pantas mencapai begnya di dalam kereta. Dan kemudian dia mengunci semula keretanya. Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Emy melayan perasaannya. Amir mencuri-curi pandang Emy. Andainya kau milik ku Akan ku bahagiakan diri mu. Kenapa Si Sewel ni pandang aku senyum-senyum? Mesti dia nak kenakan aku kali ni. Tu pasal dia ajak aku naik kereta dia! Macam mana sekarang ni aku nak lari? Emy dah pucat memikirkan kemungkinan yang berlaku nanti. Kenapa dengan awak Emy? Pucat saja saya lihat. Awak tak sihat ker? Amir memandang Emy ketika mereka berhenti dipersimpangan berlampu isyarat. Saya pucat? Eh tak der laa saya sihat jer! Saya okay, aikss dia belek muka aku plak. Ntah-ntah dia dapat baca apa yang tersirat dihati aku plak. Kalau tak sihat, saya hantarkan awak ke klinik. Klinik? Tak pe le saya sihat, Encik Amir. Tak usah risau. Mana boleh tak risau Alamak! Dia mula dah habislah aku. Awak kan pekerja saya. Mana boleh saya biarkan awak bekerja dalam keadaan tidak sihat, Amir memberhentikan kereta di bahu jalan. Betul Encik Amir, saya masih sihat. Kalau tak sihat, dah lama saya ke klinik. Takkan saya nak biarkan diri saya sakit pula. Betul ni? Amir mendapatkan kepastian dari Emy. Betul! Boleh kita teruskan perjalanan? Emy menukar topik. Amir menjungkitkan bahu dan mula meneruskan kembali perjalanan mereka. Mereka di tapak projek lewat tengahari. Melawat bukanlah sekadar tugas biasa. Malah mereka ke tapak projek adalah untuk memeriksa beberapa dokumen dan bahan yang digunakan di tapak projek. Sama ada ia mengikut seperti mana yang telah ditetapkan ataupun sebaliknya. Biasanya kes-kes penipuan bahan projek merisaukan mereka kerana ia melibatkan reputasi syarikat mereka.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan