Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sana kira-kira 20 tahun lalu. Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan perumahan berhampiran tempat kediaman saya. Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat menziarah Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi. Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah yang memang saya kenali. Sebaik tiba di sana orang ramai telah memenuhi ruang tamu. Segala persiapan telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap sedia di sisi jenazah. Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan, sedangkan rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham. Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian... Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham. "Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya. "Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal. "Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak cik tengoklah keadaan saya ni... " kata saya kepadanya sambil menunjuk ke arah perut. "Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi. Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali. "Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham. "Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata lelaki itu. "Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu. "Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya. Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata saya cuba mententeramkannya. Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang. Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah anak kesayangannya. "Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan. "Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu. "Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat. "Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh. Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci. "Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia. Tapi dia tetap macam tu. "Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata. Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara. "Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang makcik kecil hati. Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis. Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah ditinggalkan. "Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil mengesat mata. "Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama. Lebih kurang lima minit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti memberi salam di muka pintu. ''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah saja Allah lorongkan kebaikan." Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya. Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.
aku pun banyak dosa ngan mak aku.aku nak minta maaf kat mak ar
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ya Allah...bg2 sekali balasan dr Mu.Moga2 aku jd ank yg taat pd ibu bapa.amin