Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku lelaki. Pesan ibu, insan yang bernama lelaki pantang menangis. Lelaki tidak boleh menumpahkan air mata. Insan yang bergelar lelaki, bukan lelaki jika menumpahkan permata jernih dari kolam matanya. Itu pesan ibu. Pesan ibu kuingat. Pesan ibu kukuh teguh terbuku di ruyung mindaku. Biarpun aku sudah merantau jauh ke tempat orang. Bumi asing. Bukan di tanah tumpah darahku sendiri. Pesan itu masih kukuh
44 tahun bertapa di dalam kepala, pesan ibu hari ini aku ingkar. Pesan ibu hari ini aku lupa. Argh aku tak pasti. Bukan lupa, tapi hatiku sayu. Sayu yang teramat pedih. Permata jernih itu telah keluar dengan sendirinya. Pesan dari ibu, aku ingkar jua kerana kaum sejenisnya. Insan yang berkerudung di bawah nama wanita.
Kalau diikutkan aku sudah lama tidak ketemu kau. Kali terakhir kau berutus surat denganku adalah lebih kurang 21 tahun yang lalu. Kala warkah biru masih menjadi pilihan. Terima kasih atas kiriman elektronikmu kawan. Kawan yang aku label sebagai seorang sahabat. Aku bersimpati dengan apa yang terjadi keatasmu.
Tenangkan hatimu. Tabahkan jiwamu. Aku mendoakan kesejahteraan dirimu
Iskandar Zulkarnain, 8 november 2003 Thompson River , Vancouver, Canada .
aku sibuk menyiapkan tugasan ketika monitor komputer disinggah oleh satu ikon kecil berupa surat . pantas aku menggerakkan tetikusku ke ikon tersebut. sekali tekan, surat elektronik yang hadir itu terpampang di diagonar mata
dialah syed omar syahiddin, sahabat karib aku suatu ketika dulu. kawan yang aku anggap sahabat terunggul. tidak keterlaluan aku katakan, antara ramai rakan-rakanku yang lain, dia antara bintang yang berkelipan dengan terang di lelangit yang hitam. bintang yang amat bersinar.
salam buat zul yang kukira dikala ini amat sibuk dengan tuntutan kehidupan yang sentiasa meninggi. maafkanku kawan. hilang tanpa berita dan muncul secara tiba-tiba setelah sekian lama menyepi.
aku sebenarnya ketandusan kata-kata. aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka laranya hatiku ini. sekuat gegar rusuhan anak bumijakarta yang mengamuk kerana suharto dibebaskan dari segala tuduhannya, sekuat itu jugalah getar-getar hatiku dibumi luhur ini.
maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki. itu kata orang. aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu, tapi sumpah aku termetrai juga akhirnya. aku persis bulan yang merayu pungguk. aku juga jadi seperti megat panji alam yang merindui tejanya. derita yang dialami megat dan seksa yang aku rasa sekarang ini adalah sama.
duka kami serupa. Cuma pencarian aku tidak akan ada hentinya, kerana aku tahu aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. aku terlalu merinduinya zul. hati aku sudah tidak dapat menanggung lagi. sungguh, aku amat merinduinya?
mukaddimah warkah yang tidak aku undang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. kenapa dia jadi begitu? mengapa dia menjadi perindu setia? hati aku turut sama-sama merusuh dengan bait-bait perutusan yang bakal aku jelajahi seterusnya
zul, marshitah bukriv, gadis kosovo. aku mula mengenalinya di kampus universiti islam antarabangsamalaysia ketika buminya gegak gempita dihujani dengan hujan peluru. ketika tanah airnya dentam-dentum dimamah dan diratah dengan bahan letupan.
marshitah adalah pelajar di fakultiku. dia adalah pelajar cemerlang walaupun dalam resah mengenang kaum keluarganya di bumi kosovo yang diancam pembersihan etnik askarserbia. marshitah tidak mudah didekati. tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah satu tarikh keramat. kerajaanmalaysia mengusulkan mengumpulkan dana untuk mangsa kosovo. aku menghulurkan bantuan dan sejak dari detik itulah aku berjaya menghadirkan diriku dalam hidupnya.
kami berkahwin selepas menyesuaikan diri kami bersama walaupun bonda syarifah zaleha menghalang. cintaku pada marshitah tetap utuh walaupun bonda sering menimbulkan onar. kata bonda, marshitah bukanlah anak bangsawan melayu seperti kami, justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari keluargaku. bonda tidak rela keturunannya berumbut-berumbi orang asing.
persoalan yang singgah dimindaku seakan terjawab. aku mula mengerti golak yang melanda hatinya. aku mula memahami susur-galur kisahnya. namun debar aku kian terasa untuk terus menyusur batas-batas warkah dia selanjutnya.
dua tahun usia perkahwinan kami masih berdua. kasihku pada marshitah mula tergugat. aku kepingin anak yang boleh memanggilku ayah! mungkin ini balasan kerana aku mengingkari titah bonda. aku jadi keliru. marshitah tenang. dia sentiasa tenang. tika mendapat perkhabaran tentang keluarganya di kosovo dulupun, dia tetap tenang.
aku jadi kalut. aku jadi tak sabar. aku jadi bingung dengan kesabarannya. bonda pula kian mendesak-mengasak. bara mula berasap. bonda pula sengaja menyiram petrol ke atasnya. tahap kesabaran aku teruji. api kemarahan aku memuncak. marak menjulang. termakan dengan kata-kata bonda yang marshitah itu mandul. cinta, serta kasih sayangku padanya sudah berkurangan. asha pilihan bonda kuterima dengan senang hati dan marshitah tetap setia denganku. jauh sekali meninggikan suaranya. sungguh aku tidak mengerti wanita itu, zul. sabarnya tiada penghujung!
zul, aku mula mengabaikan marshitah. tambahan pula asha berbadan dua setelah tiga bulan aku memadu kasih dengannya. marshitah jarang kujenguk. mual rasanya bila aku memandang wajahnya yang kukira jijik di kala itu. aku jadi begitu tidak sabar dengannya. segala apa yang dibuat oleh marshitah, segala tak kena pada pandangan mataku. percaya atau tidak zul, aku pernah menjirus air teh yang panas berasap ke tangannya. itu cuma kerana dia lewat menghantarkanku minuman petang.
ranting tubuhnya kukira sudah cukup masak dengan sepak terajangku. pernah sekali dia tersungkur ke lantai kerana penanganku. darah merah pekat mengalir deras dari kepalanya yang terhantuk ke bucu meja. tapi aku? bangga melangkah keluar dari rumah tanpa sedikitpun rasa bersalah. aku biarkan marshitah menanggung semua kesakitan itu sendirian. kejamnya diriku ini.
sembilan bulan asha mengandung, selama sembilan itu jugalah marshitah tidak aku pedulikan. nafkah zahir batinnya tidak pernah aku pedulikan. aku kira lara marshitah bertambah apabila lahirnya permata aku bersama asha ke dunia iaitu durratun ain. marshitah seolah-olah sudah tiada dalam kamus hidupku.
rasa kesal tiba-tiba datang bertamu. aku jadi bingung. mengapa begitu mudah kasih terhenti? kenapa begitu senang cinta mati? dia bukan syiddin yang aku kenal suatu ketika dahulu.
zul, kukira kau tahu kisah mashitah penyisir rambut puteri firaun. mashitah dan keluarganya direbus oleh firaun kerana tidak mengakui kebesarannya. apapun siksaan firaun, mashitah tetap sabar. marshitah isteriku jua begitu. mungkin sudah ditakdirkan dirinya setabah mashitah di zaman firaun itu. hatinya turut kurebus dengan kata-kata hinaan dan nista. dia sedikitpun tidak pernah melawan apatah lagi meninggikan suaranya. dia tidak jadi seperti ayam, berketak bila dimarahi oleh manusia. dia umpama rumput dipadang yang boleh kupijak sesuka hati.
allah itu maha kaya lagi maha berkuasa. itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkal. asha berubah selepas melahirkan anak kami. dia mengabaikan aku, asha juga mengabaikan durratun ain. kata asha dia tidak betah menjadi ibu. potongan badannya yang selama ini menggiurkan sudah tidak menarik lagi kerana mengandungkan ain anak kami.
dia kesal kerana hamil. dan yang sungguh menghancurkan hatiku, asha kata dia menyesal kerana berkahwin denganku! anak kami terbiar. bonda mahukan cucu lelaki menyambung zuriat, menyambung darah bangsawan kami tapi anakku perempuan. asha tinggalkan aku sendirian dengan ain yang masih lagi menyusu. bonda sudah tidak ambil peduli. tahukah kau zul, betapa rusuhnya hatiku ketika itu?
aku sebak. sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa tuhan. allah tidak pernah mungkir janji dengan umat ciptaannya. yang baik dibalas baik dan yang buruk akan mendapat balasan yang setimpal. dalam memelihara ego seorang lelaki, aku terpaksa akur. syiddin wajar diberi balasan sebegitu dari allah.
zul, aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan asha. aku temui marshitah. ain perlukan seorang ibu. ain memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. ain juga memerlukan insan yang benar-benar boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. aku rela sembah marshitah ketika itu, zul jikalau marshitah tidak dapat menerima ain. marshitah sedikitpun tidak menolak. malah menerima ain dengan senyuman. aku terpaku dengan keadaan itu. mengapa semurni itu hatimu marsahitah?
ain tidur dalam dakapan marshitah dan engkau tahu zul, sesungguhnya tuhan itu maha berkuasa. ain yang kehilangan ibu tapi masih membesar dengan sumur dari marshitah. marshitah tidak pernah hamil. dia tidak pernah mengandung. tapi tubuhnya mampu mengeluarkan air susu. itulah kebesaran ilahi. aku langgar sumpah yang pernah kita dengar dari ibu kita zul. lelaki tidak seharusnya menangis. permata jernih mengalir deras tanpa dapat disekat lagi. tatkala melihat detik marshitah menyusukan ain, jendela mataku bermandikan hujan. hati ini terlalu sayu zul. terlalu sayu.
aku seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya. sungguh besar kuasa-Nya. dada aku berombak menahan sebak.
kami hidup bahagia selepas itu zul. asha telah kulepaskan secara baik. bonda terpaksa akur dengan keputusanku. bonda lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap denganku mahupun marshitah. mungkin bonda rasa malu dengan marshitah agaknya.
hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. ain membesar dengan penuh kasih sayang. tak pernah sekalipun aku melihat marshitah berenggang dengan ain. ain sentiasa ada di sisi marshitah. ain membesar dengan kasih sayang dari marshitah, zul!
zul, masa berlalu begitu pantas. usia perkahwinan kami masuk ke 20 tahun. ain sudah jauh membesar. ain telah keaustralia menyambung pelajarannya. ain menyambung pelajarannya di university of the sunshine coast queenland,australia. manakala aku? aku sibuk dengan perniagaanku. marshitah? marshitah tak pernah merungut. dia isteri yang setia, zul. setiap hari kepulanganku disambut dengan hidangan di atas meja. ciuman di tanganku tak pernah sekalipun marshitah lupa untuk melakukannya. aku selesa dengan keadaan begitu.
dan mungkin kerana itu aku take thing for granted. hanya bila ada keperluan baru kami bercakap. bukan aku tidak menyayanginya. Cuma aku kira dia cukup mengerti tentang kasih sayangku kepadanya walaupun tanpa sepatah ucapan dari bibirku sendiri. argh susah untuk aku jelaskan pada kau kenapa begitu, zul. tapi percayalah aku amat menyayanginya.
suatu hari marshitah mengadu padaku, ada ketulan di payudaranya. kulit di sekitarnya juga berkerut-kedut dan yang lebih merisaukan, ada lelehan darah keluar di samping rasa sakit. aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan aku lupa tentang permintaannya untuk menjalani rawatan. aku lupa tentang tanggungjawabku kerana seronok mengejar kekayaan dunia.
dedaun masa yang telah gugur tidak dapat dilekatkan semula dengan pepohon kehidupan. itulah yang aku pelajari sebulan selepas itu, zul. marshitah pengsan. menangis air mata darah pun tidak dapat mengubah ketentuan ilahi.marshitah disahkan mengidap barah payudara. mengapa aku tidak pernah terfikir tentang apa yang diberitahu oleh marshitah adalah simptom penyakit pembawa maut itu? menurut doktor, barah payudara adalah pembunuh utama wanita dimalaysia. pesakit yang mendapat rawatan awal mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. malangnya marshitah sudah di peringkat kritikal.
marshitah perlu dibedah segera. sumur yang pernah menghilangkan dahaga ain terpaksa dibuang kedua-duanya. aku rasa bersalah pada marshitah. kalaulah aku tidak menurut sibukku sudah tentu marshitah tidak separah ini.
tika itu baru aku sedar, betapa susahnya menjadi seorang isteri. aku ambil alih tugasnya di rumah sewaktu marshitah terlantar di rumah sakit. rumahku tak ubah seperti tong sampah yang terbarai akibat dipunggah kucing liar. semuanya serba tak kena. kain baju tak berbasuh bertaburan. bertimbun kain baju yang tak berlipat. pinggan mangkuk bersusun dalam sink.
aku terpaksa belajar membahagikan masa untuk mengemas rumah dan menjenguk marshitah di hospital. hanya tuhan sahaja yang mengerti hatiku ketika itu zul. baru aku sedar betapa selama ini, insan yang bergeslar isteri itu memikul tanggungjawab yang amat berat. amat berat. aku ikhlas mengaku, zul. jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat marshitah menanggung kesakitan daripada menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri.
kesihatan marshitah semakin menyusut. aku terus diburu rasa kesal yang tiada berkesudahan. kata doktor, barah marshitah telah merebak ke tulang belakang. barah adalah penyakit perjalanan sehala. tidak ada jalan pulang. tiketnya hanya menuju satu destinasi sahaja iaitu mati! aku takut kehilangannya zul. aku mula merasa bahangnya ketika itu.aku ingkar sekali lagi. permata jernih mengalir di kelopak mataku. suatu vhari marshitah memanggilku. tidak seperti hari-hari sebelumnya. suaranya lemah sekali. aku jadi kaget seketika. perasaan takut kehilangannya sekali lagi datang menyerang. walaupun kutahu saat itu akan tiba, aku seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan itu.
wajah marshitah tenang. dia menguntumkan senyuman yang kukira disebalik senyuman itu tersembunyi kesakitan yang amat sangat. kepalanya kuriba. ya allah! tika kutelus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu per satu rambutnya gugur. lebih mengguriskan hatiku lagi, ada parut panjang akibat terhantuk di bucu meja suatu masa dulu masih bersisa. betapa berdosanya aku. aku tidak dapat menahan sebakku lagi. aku biarkan permata jernih itu mengalir di hadapan marshitah. aku terlalu banyak menyiksanya. besarnya dosaku terhadap insan yang bergelar isteri ini!
marshitah semakin lemah. ada air jernih bergenang di kelopak matanya. marshitah pohon agar aku halalkan makan minumnya selama ini, kasih sayang yang kucurahkan kepadanya selama ini serta air susunya yang membesarkan ain walaupun dia bukan ibu kandung ain. marshitah juga mohon ampun dariku kerana tidak dapat memberikan zuriat yang dikandung oleh rahimnya sendiri kepadaku sepanjang usia perkahwinan kami.
zul, tangannya kupegang erat. tak pernah terlintas sedikitpun untuk aku merenggangkan pegangan tanganku itu. aku tak rela melepaskannya pergi.
bersama hari yang baru mendaki waktu dhuha serta diiringi kalimah syahadah, marshitah pergi meninggalkan aku. marshitah terlena dalam dakapanku. lena yang cukup panjang!
aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang marshitah telah tiada. ain tiba dariaustralia petang itu juga. sempat dia mengucup dahi ibunya. zul, megat panji alam masih terbau harum rambut tejanya. aku masih terbau harum puspa kemboja. sungguh, aku amat merinduinya, zul. sungguh juga aku terlalu menyayanginya. dia isteriku, zul.
syed omar syahiddin, sri hartamas, kuala lumpur,malaysia lace.
bait-bait terakhir warkah syiddin cukup meruntun hatiku. air mata yang seakan tidak mahu berhenti terpaksa aku seka. besarnya pengorbanan seorang isteri. aku juga seperti kau syiddin. tak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan yang bernama wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri.
puputan pawana musim gugur menggigit aku. terima kasih syiddin, kerana kau menyedarkan aku. kau menyedarkan aku sebelum terlambat. aku juga tidak pernah mengucapkan sayang pada isteri yang telah 20 tahun bersamaku. terima kasih sekali lagi. aku tak mahu terlewat untuk mengucapkannya seperti kau.
aku bangun. meera tertidur di sofa. mungkin kerana penat menyelesaikan tugasan rumah. ameera puspa isteriku, kurenung jauh ke wajahnya. akucuba untuk memahami betapa penatnya tugas seorang isteri. dalam hatiku berbisik, aku tak mahu terlewat untuk mengucapkannya.
kuusap rambutnya dan aku berbisik ke telinganya. meera, abang sayangkan meera! meera terpisat-pisat bangun dari tidurnya sambil memandang ke arah wajahku. tidurnya terganggu oleh suaraku tadi. aku tidak peduli. syiddin terlewat. aku tidak mahu terlewat. aku kira insan lain yang bergelar suami juga tidak mahu terlewat untuk itu. selagi detik masih merangkak, selagi jantung masih berdenyut, hargailah dia. insan yang bergelar seorang ISTERI
~asfirhana~
-manusia memang macam tu bila sesuatu dah hilang, baru nak menyesal. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna
Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja. Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu. Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya! Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku. Aku ada mendengar desasdesus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya. Bila angah nak lapor diri Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra. Minggu depan bah. Aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan. Angah nak abah hantarkan ke Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu. Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas je dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga. Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri. Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya. Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini. Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra. Jangan lupa bawa balik awe Kelantan tau! Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku. Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada. Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas. Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka, aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah. Aah. Aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah. Kita nak tinggal kat mana nanti Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku. Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita. Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti. Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas. Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu. Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan. Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku. Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan. Jom, pak long aku dah tunggu tu! Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan. Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik. Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long. Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh, aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini. Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah. Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga. Aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran. Baru bangun tuan puteri Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi. Letih sangat naik bas semalam. Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak. Suara apa tu Soal aku pada Nadia. Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. Kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid. Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri. Kenapa Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu. Tak ada apa-apa. Saja tanya. Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya. Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah Tanya satu suara di hujung talian sana. Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah! Aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah. Ah, samalah tu. Jawab suara itu. Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni! Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku. Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. Assalamualaikum.! Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu. Aaagh Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ustazah tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku. Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman la pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian. Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah! Aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu. Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak! Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya. Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah. Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu! Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku. Selepas kejadian itu, aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas. Assalamualaikum Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin.. Pemanggil misteri. Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu. Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku. Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau. Aii.. termenung je! Terkenangkan orang jauhke Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu. Takdelah makcik. Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau. Sampuk Nadia pula. Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk kot. Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu. Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat. Semasa ceramah maulidur rasul, aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku. Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata. Aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong je yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan. Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli. Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah. Suara itu mengingatkan aku. Awak ingat awak tu siapa Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak. Tegas aku pada dia. Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini. Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah dia. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu. Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku. Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu. Assalamualaikum.. Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah. Pemanggil misteri. Aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya pemanggil misteri itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya. Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid Tak ada apa-apa la mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni. Alasanku padanya. Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah! Nadia mula nak buka gelanggang denganku. Kalau ada pun, aku ingat kat famili aku ajelah. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya. Abih tu si pemanggil misteri tu siapa Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu Aku rasa, aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang pemanggil misteri itu. Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan ustazah itu. Ah kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar, aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku. Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah, aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku. Aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah pemanggil misteri itu. Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah. Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon. Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya. Ucapku ikhlas. Itu tugas saya sebagai seorang sahabat. Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya Aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar. InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya. Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan. Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi Tanyaku. Saya keluar negeri, sambung pengajian. Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia. Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku. Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah kot-kot ada hal pulak nanti. Kenapa Soalku pada ibu. Ada orang nak datang tengok angah. Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang. Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu. Aku masih mahu bebas dari ikatan itu. Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima je. Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu. Kalau boleh, aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku. Semenjak dari pengkhabaran ibu itu, aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu, aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia. Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri. Nasihat Nadia. Aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka. Mulai hari itu juga, aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku. Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini. Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan. Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan! Itu suara adikku si Rahman. Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu. Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti. Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri. Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung. Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga. Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku. Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami. Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega. Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku. Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku je yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku, aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini. Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit, aku terdengar suara orang bertakbir. Seperti suara yang pernah kudengar. Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi. Ya Allah! Siapakah dia Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu. Ya Allah! Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini. Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku, aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya. Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin. Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku. Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah. Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan. Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut. Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata. Aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu. Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya. Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap. Tetamu itu memohon keizinan dari abah. Silakan. Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya. Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah, aku benar-benar bermohon kepadamu. Doa hatiku. Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya. Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar. Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya. Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia. Bisik hatiku. Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah Soalnya perlahan. Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. Haikal! Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku. Aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat. Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu! Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari utu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Silihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidurdia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya ! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang... ..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya siapa kita sebenarnya !!!
Semua nasihat adalah supaya jangan terjerumus. Tetapi bagaimana dengan Hani yang terlanjur. Kadang-kadang, kesilapan itu tiada jalan pulang. Pagi itu, Hani membawa beg keluar dari rumah tanpa memberitahu sesiapa. Hani tidak perlu memberitahu sesiapa. Ayah sibuk. Emak pun sibuk. Masing-masing dengan urusan. Ayah dengan urusan perniagaannya. Emak dengan aktiviti wanitanya. Hani adalah anak tunggal. Memang Mak Munah digaji untuk menjaga makan minum Hani. Tetapi, Mak Munah tidak dapat memberikan kasih sayang. Mak Munah tidak boleh diajak berbincang masalah Hani. Keadaan Linda dan Betty juga serupa. "Boring," kata Betty. Betty juga anak tunggal. Emak Betty enggan melahirkan anak lagi, takut potongan badannya lari, tidak cantik. Linda juga anak tunggal. Itupun puas dirayu ayah, baru emak sanggup membuang pil perancang. Hari itu, Hani, Betty dan LInda berkumpul di pasaraya Sungai Wang lagi. Ketiga-tiganya memakai jeans ketat. Mereka menunggu budak lelaki yang berkeliaran di situ menegur mereka. Biasanya ramai. "Adik tinggal di mana?" Biasanya dengan begitu memulakan perbualan. Kemudian perbualan akan bergerak jauh. Mereka akan berbual tentang sekolah, tentang lagu-lagu popular terbaru. Kadang-kadang Betty akan mengikut mereka pulang. Linda juga mengikut mereka pulang. Hani tidak pernah sampai begitu. Hani sekadar berbual-bual dengan budak lelaki. Hani takut untuk mengikut mereka. Memang membonceng di belakang motorsikal, menyusur lorong dan jalan kotaraya mendatangkan semacam rasa ghairah dan memberangsangkan. Tetapi, kebebasan Hani masih berpagar. Hani takut kejadian seterusnya. Betty dan Linda selalu bercerita tentang kondom, tentang pil perancang, tentang anak haram yang digugurkan. Cerita begitu hanya didengari Hani. Hani mendengarnya hanya sebagai cerita yang terlalu jauh dari kehidupan sehariannya. Hanya hari itu, Hani bosan betul. Hani ingin menceritakan perasaannya kepada emak. Tetapi emak terburu-buru keluar. "Meeting," kata emak sambil menghulurkan wang. Wang. Yang emak tahu adalah pemberian dalam bentuk wang. Hani selalu dibiarkan tinggal bersama Mak Munah. Hani dibiarkan mengadap tv sehari suntuk. Kalau tidak, emak menghantar Hani ke kelas muzik atau kelas tari menari. Hani akan bertemu dengan 'Hani-Hani' lain sepertinya. Mereka akan bercerita tentang sepi dan bosan. Mereka akan bertukar-tukar berita mengenai lelaki tampan. "Macam Awie. Macam A To Z. Macam KRU." Sekadar begitu perbualan mereka. Selepas itu, masing-masing meleraikan tawa. Ketawa mereka adalah tawa kosong seperti angin yang menyusur jalan-jalan kotaraya. Angin itu hanya membangkitkan debu, tidak mendatangkan keselesaan dan kedinginan. Ketawa Hani dan rakan-rakan hanya mendatangkan keresahan, bukan ketenteraman. Kadang-kadang Hani pulang agak malam. Emak bertanya juga sesekali. Selamba pertanyaan emak. "Sibuk, banyak kerja sekolah." Hani akan berkata. Emak tidak akan bertanya lagi. Emak biasanya sedang menyapu mekap ke muka. Atau, emak sedang berbual mealalui telefon dengan Auntie Joan atau Mary. Emak sedang bercerita tentang pertunjukkan amal. Emak akan bercerita tentang berlian atau percutian di Paris. Hani ingin emak menyiasat kegiatannya. Emak tidak. Emak terlalu sibuk dengan dunia emak. Dari kadang-kadang pulang lewat, telah menjadi kebiasaan. Hani telah menjadi nama yang menyesakkan kedai video atau penggung-panggung mini. Tayang Jimi Asmara, XX Ray, telah beberapa kali Hani dan rakan-rakannya tontoni. Barangkali golongan Hanilah yang banyak menyumbang kepada kutipan filem tersebut. Betty dan Linda tidak menonton filem Melayu. Tetapi filem Inggeris atau Kantonese dari Hong Kong. Kadang-kadang Hani menyertai mereka. Mereka bukan mengikut jalan cerita. Mereka sekadar menghabiskan masa yang berlebihan. Memang boleh mengulangkaji pelajaran. Tetapi untuk apa? Tiada siapa yang bertanyakan kemajuan mereka. Guru sekolah memang memarahi mereka. Marah. Mereka hanya mendengarkan , buat-buat berat telinga. Atau bersikap seperti lembu kenyang yang tidak menghiraukan teguran. Nasib baik setiap hari ada saja pasaraya yang baru dibuka. Setiap pasaraya dengan kelainan yang tersendiri. Nasib baik di kotaraya ini banyak budak lelaki seperti mereka. Masing-masing hilang pegangan dan arah tujuan sebenar. Kehidupan adalah mengikut perasaan. Di mana perasaan membawa mereka, ke situlah mereka pergi. Nasib baik wang belanja sentiasa mencukupi, mereka dapat berbelanja apa saja. Mereka dapat menjamu selera di restoran atau pub. Mereka dapat membeli-belah, termasuk pakaian dan apa-apa yang mereka suka. Baru-baru ini, Hani didedahkan dengan arak. Pada mulanya agak takut. Tetapi diajak berkali-kali. "Minumlah. Akan hilang rasa boring mu." Dipujuk dek Azlan. Minum. Kenapa tidak? Rasa khayal mula menyerang Hani. Hani seperti belayar di sebuah lautan dengan ombak yang melambungnya ke atas ke bawah. Ketika itu, mereka sedang berada di rumah teman Azlan. Teman Azlan sudah bekerja. Dia bermotorsikal besar. Malam itu, dia menerima tetamu baru termasuk Hani, Betty dan Linda. Budak-budak lelaki lain yang sedang membesar adalah temannya. Mereka berbual. Mereka ketawa. Ada rokok yang bertukar tangan. Hani tidak merokok. Tetapi malam itu, dia ingin mencuba. Hani mengambil rokok dari tangan Betty. Kemudian menghirup rokok dalam-dalam. Ah! Apa yang dihirupnya? Hani terasa dirinya semakin hilang. Hani merasa dirinya seperti terbang, semakin dilambung-lambungkan. Tangan apa yang mencapainya? Tangan siapa yang merabanya? Hani tidak peduli lagi. Mata Hani terasa berat. Hani menolak tangan-tangan itu. "Jangan ganggulah. Aku nak tidur." Tangan-tangan itu enggan melepaskannya. Hani cuba membantah, tetapi bantahannya lesu. Akhirnya Hani membiarkannya sahaja. Itu pengalaman Hani yang pertama. Dengan pengalaman pertama, pastinya ada pengalaman yang seterusnya. Pengalaman itu telah membuka Hani ke alam kebebasan yang sebenarnya meruntuhkan dirinya. Dengan pengalaman itu, Hani semakin erat dengan Azlan. Hani dikatakan pasangannya yang sah. Tetapi selain daripada Azlan, Hani juga keluar dengan lelaki-lelaki lain. Hani tidak memerlukan wang belanja dari emak lagi. Kadang-kadang Hani akan mendapat wang dari lelaki separuh umur yang ditemaninya. Kadang-kadang Hani membantu Azlan membawa barang. "Barang apa?" Ditanya Hani. Azlan enggan bercerita panjang. "Bawa saja." Begitu kata Azlan. Hani menurut. Mak Munah risau melihat keadaan Hani. Berkali-kali Mak Munah melarang Hani keluar. "Engkau bukan emak aku." Kata Hani adalah tamparan yang singgah pada pipi Mak Munah. Tamparan itu pedas. Tetapi Mak Munah tidak tersinggung. Mak Munah memberitahu pada emak Hani. "Budak tengah membesar memang begitu." Emak enggan bercakap panjang. Emak sibuk. Setiap kali Mak Munah memberitahu, emak sedang keluar rumah, atau emak baru pulang dari luar. Emak penat. Mak Munah memberitahu ayah. Ayah kata nanti ayah akan bercakap dengan Hani. Tetapi bila? Ayah juga sibuk. Perniagaan ayah semakin maju. Ayah terpaksa melayan rakan kongsi dari luar negara. Hani semakin bebas. Hani kadang-kadang tidak pulang. "Tidur di rumah kawan." Alasan Hani. Dan emak pun mempercayainya. Beberapa hari itu, Hani rasa tidak sedap badan. Bangun pagi saja, Hani rasa mual hendak muntah. Betty lebih berpengalaman. "Engkau tak makan ubatkan?" Betty bertanya. "Ubat apa?" Hani pelik. Hani mula panik. "Engkau ni... " Dan Hani pun tahu apa yang tak kena padanya. Hani tahu benih yang di tanam dalam rahimnya sedang menumbuhkan nyawa baru. Tetapi benih siapa? Azlan? Yusri? Hani tidak pasti. Betty ingin tunjukkan doktor untuk gugurkan kandungan Hani. "Engkau tiada pilihan." Kata Betty. Hani takut. Hani hanya menurut kata Betty. Linda juga tahu apa yang berlaku. Linda juga takut. "Nanti.." Linda agak ragu-ragu dengan keputusan Hani. "Baik kau bincangkan dengan Azlan." Azlan? Azlan sekarang tengah berkepit dengan Jennifer budak Sabah. Azlan tidak akan mempedulikan Hani. Azlan jenis lelaki bapa ayam. Azlan hanya meninggalkan benih, tanpa ingin bertanggungjawab. Hani dibiar membuat keputusan sendiri. Petangnya Hani dibawa berjumpa dengan doktor haram. Mereka mengumpulkan duit sebanyak lima ratus ringgit. Ketika Hani keluar, mukanya pucat lesi. Betty menghantar Hani pulang dengan teksi. Tetapi Betty enggan menemani Hani masuk ke rumah. "Apa yang terjadi?" Mak Munah terkejut. Mak Munah memapah Hani. Kelam kabut Mak Munah mengambil air. Hani sekadar senyum tawar. Ketika emak pulang, Mak Munah telah menelefon ambulan. Ketika ayah pulang, Hani yang tinggal nafas terakhir sedang dalam perjalanan ke hospital. Hani tidak meninggalkan sebarang pesan. Hani lahir, dibesarkan, sekadar sekuntum mawar yang tidak sempat mekar. Hani tidak sempat menjadi ibu kepada anak-anak yang comel. Hani kehilangan peluang untuk melihat kehidupan dengan pengertian lain. Emak menyesal. Ayah juga menyesal. Tetapi penyesalan datang terlalu lewat. Sebanyak mana duit, sebanyak mana persatuan yang emak sertai, tidak dapat mengembalikan Hani. Emak dan ayah betul-betul menyesal. Tetapi, apa guna penyesalan? Hani telah layu. Tetapi di kotaraya pasti ada gadis-gadis lain seperti Hani. Kata sesetengah orang, mereka adalah sebahagian dari asam garam kotaraya. Kata orang, mereka akan terus wujud di celah-celah kotaraya. Mereka adalah sebahagian daripada kotaraya.
"Hai Zack". Suara Najwa riang di hujung corong telefon. "Wawa ganggu Zack ke?". Najwa bersuara lagi. "Wawa ingatkan siapa tadi. Wawa kat mana ni?". "Wawa kat rumah lah. Kenapa Zack tanya Wawa kat mana?". "Saja lah. Tak bolehkah sekadar mengambil berat tentang orang yang Zack sayangi?". "Zack ni merepek je lah". Najwa tersenyum malu. Apa lah pula mimpi budak Zakuan ni, telahnya sendiri. "Wawa .Zack baru terfikir nak telefon Wawa. Entah kenapa Zack rasa rindu pula kat Wawa". Kedengaran tawa Najwa pecah dihujung corong telefonnya. Zakuan mengeluh berat. Tak sangka niatnya akan diperkecilkan. Dia bersungguh-sungguh, ada pula ke patutnya Najwa mentertawakannya. "Zack serius ni Wawa. Zack tak main-main tau!". Kali ini suaranya agak tegas kedengaran. Tawa tadi tiada lagi kedengaran. "Wawa&.are you still there honey?". "Yes I am!". Najwa menjawab lembut. Kedengaran ada getar dalam suaranya. "Kenapa Wawa diam. Tak percaya dengan apa yang Zack katakan ya?". "Apa Zack ni. Kenapa tiba-tiba terus jadi macam ni kat Wawa?". "Salah ke Zack rindu pada Wawa?". "Salah tu tidaklah, tapi kenapa secara tiba-tiba saja Zack jadi macam ni?". "Perlukah seseorang itu memberikan alasan kalau dia rindukan pada seseorang?". "Malas lah nak cakap dengan Zack ni. Anyway, Wawa ada hal ni. I call you just to say hai!. Tak sangka pula perkara ni yang akan berlaku". "Kenapa? Wawa marah ke dengan apa yang Zack katakan tadi?". "Nak buat apa Wawa marah pada Zack? Tak ada apa yang perlu Wawa marahkan sebab Zack tak ada buat salah kat Wawa. Zack jangan bimbanglah. Sikit pun saya tak marah kat awak". Masih ada getar dalam suaranya. Kenapa semua ini berlaku? Dia menggerutu sendiri. ****** Bahagia. Ungkapan yang lahir dari mindanya itu membuatkan dia resah. Benarkah dia bahagia. Hampir tiga bulan dia menyulam cinta bersama lelaki yang dicintai. Bahagiakah dia disamping lelaki itu. Lelaki yang telah mencuri hatinya tanpa dia duga. Zakuan. Lelaki itu banyak mengubah dia. Banyak mengubah persepsinya terhadap perkara yang terlarang antara dua insan yang berlainan jantina. Dia mengaku. Dia tak lagi mengenal erti dosa. Dia kini bebas melakukan apa saja yang dihina tuhan. Dia sedar. Apa yang dilakukannya adalah salah, tapi demi cinta dia menjadi buta. Dia tak pedulikan kata-kata orang lagi. yang penting dia bahagia. Itulah persoalannya. Bahagiakah dia? Bahagiakah dia bertemankan seorang lelaki yang rakus nafsunya. Kali pertama dia menangis kerana Zakuan adalah pada malam itu. Malam dimana mahkotanya telah diragut oleh Zakuan. Zakuan berjanji akan setia. Sehidup semati dengannya dan berjanji akan mengahwininya. Dia yakin akan janji-janji Zakuan. Malam-malam seterusnya, mereka masih dihangatkan dengan adegan-adegan yang indah di ranjang. Mereka lupa dosa dan neraka. Yang mereka ingat hanyalah keseronokan sementara. Keseronokan yang dapat memuaskan nafsu mereka. Yang bezanya, malam seterusnya dia melakukannya dengan rela dan bukannya satu paksaan lagi. Kini, airmata Najwa mengalir lagi. merenung kembali betapa jauh dia telah tersimpang dari landasan yang sepatutnya. Betapa dia telah lupa ilmu agamanya selama ini. "Zack. Betapa kuat pengaruhmu terhadap diriku" Najwa menangis sendirian lagi. Malam ini, dia disini lagi. mengimbau kembali kenangan masa silam. Kehijauan yang amat mendamaikan. Itulah telahan pertama yang diberikan oleh Najwa sebaik sahaja kali pertama dia menjejakkan kaki ke bukit ini. Kuala Lumpur nampak cantik dari atas ni terutamanya ketika waktu malam. Najwa mengeluh kecil. "Hai Najwa!". Khairil menepuk bahu Najwa lembut. "Hai Aril. Mana Aril tau Wawa kat sini?". Senyuman dikuntum halus. "Dah berapa lama kita berkawan? Wawa kan kawan Aril yang paling rapat, surelah Aril tahu kemana sahaja Wawa pergi kalau Wawa tengah bersedih.". Aril pula menguntum senyuman. "Come on lah Wawa.apa yang Wawa sedihkan pula kali ini?". Aril mengorek rahsia. Cuba mencari jawapan dari gadis ayu di hadapannya ini. "Apa yang Aril merepek ni? Siapa yang tengah bersedih?". Najwa menyangkal. "Aril cuba bagitahu Wawa, siapa yang sedang bersedih sebenarnya?". Wawa menguntum senyuman lagi. "Wawa&.Aril dah lama berkawan dengan Wawa. Malahan, Aril dah sebati dengan sikap Wawa. Jangan malu untuk meluahkannya pada Aril, Wawa. Masalah Aril, masalah Wawa juga dan masalah Wawa, masalah Aril juga. Ingat tak? Wawa yang tuturkan ayat itu satu ketika dulu bukan?". Keikhlasan jelas terpancar dimata lelaki Khairil. Dia masih tidak jemu mencungkil kegundahan gadis ini. "Entahlah Aril. Wawa sendiri tak tahu nak buat macammana. Setiap kali Wawa cuba untuk melupakan masalah ini, semakin berat pula masalah ini menghantui jiwa Wawa". Airmata diseka. Entah kenapa dia terharu. Segalanya kerana Zack. Zack banyak menyakitkan hatinya. Tempohhari dia ternampak Zack bersama seorang gadis cantik. Lebih cantik dari dirinya sendiri. Dia cuba ekori Zack dan dia nampak Zack bawa perempuan itu ke hotel. Dia jadi curiga tapi dia takut untuk bertanyakan hal ini pada Zack. Dibiarkan dirinya menjeruk rasa. Sejak peristiwa itu, dia langsung tak menerima sebarang panggilan dari Zack. Khairil masih berdiam diri. Membiarkan gadis ini berendam airmata. Biarlah dia menangis, sekurangnya lega sedikit hatinya. Tetapi lama kelamaan, esakan tadi berubah menjadi satu tangisan yang amat memilukan. Segera bahu Najwa dipeluk lembut. Rambut diusap perlahan. Satu ciuman singgah di dahi Najwa. "Sudahlah Wawa. Jangan menangis lagi sayang. Sesungguhnya Aril akan sentiasa nenemani Wawa selamanya". Hati gadis dipujuk lembut. Jejari Najwa dimainkan perlahan menggunakan tangannya. "Aril.". Kata-katanya mati disitu. "Katakanlah.jangan menyimpan apa yang dirasakan". "Sudikah Aril menjadi teman yang paling setia?". Wajah Aril dipandang tenang. Dia inginkan kepastian. Kepastian yang akan membuatkan dia yakin akan lelaki ini. Anggukan kepala dari Aril telah membuatkan dia merasa begitu lega dan yakin. Yakin bahawa Aril pasti tidak akan mengecewakannya seperti Zack. "Aril akan sentiasa bersama Wawa selagi Wawa perlukan Aril disisi Wawa. Percayalah yang Aril benar-benar ikhlas dengan apa yang Aril katakan ini". Jika kau tahu betapa aku mencintai dirimu Najwa. Hati kecil Khairil berbicara. Biarlah segalanya menjadi rahsia peribadi yang akan kekal sehingga ke akhir hayat. Biarlah dia sendiri yang menyedari akan segalanya tanpa perlu diberitahu. Itu adalah yang terbaik demi persahabatan yang tulus dan suci. Tidak perlu terburu-buru untuk menjelaskannya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali buat gadis yang dicintainya. Masa pasti akan menentukannya satu hari nanti. "Aril". "Emm". "Terima kasih atas segalanya". "Kasih awak diterima". "Gatal!". Tangan Khairil dicubit manja. Tawa kecil tercetus juga dari bibirnya mungil itu. Kemudian, dia tersenyum manis. "Saya gatal pun dengan Wawa saja". Sesungguhnya senyumanmu membuatkan aku bahagia. Senyuman yang terindah yang pernah aku miliki. Senyuman yang amat aku kagumi. Yang paling ikhlas dan apa yang dilihat, kau amat suka tersenyum satu ketika dulu. "Aril.kenapa dengan Aril ni? Hari ini banyak melayan fikiran sendiri saja Wawa tengok!". "Tak ada apa Wawa. Aril gembira sebab Wawa sudi memilih Aril menjadi teman rapat Wawa. Wawa nak tahu sesuatu?". "Apa dia?". "Dah lama Aril tunggu-tunggu saat ini! Saat dimana Wawa katakan pada Aril yang Wawa nak Aril menjadi kawan yang paling rapat dengan Aril". "Bukan ke selama ini kita memang dah rapat. Perlukah ia diluahkan sebegini caranya?". "Selama ini Aril tak berapa yakin dengan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Kadang-kadang Aril takut akan kehilangan sahabat yang baik seperti Wawa. Aril tak tahu kenapa Aril begini. Yang Aril tahu, Aril sayangkan persahabatan kita ini lebih dari segalanya". Segera Aril dipeluk kedalam dakapan yang amat erat. Sesungguhnya dia tak menyangka bahawa Aril ikhlas selama ini terhadap dirinya. Jika kau tahu Khairil, betapa aku mencintaimu. Dan cintaku ini hanya akan aku pendamkan kerana menghormati kau sebagai sahabat aku. Aku tak sanggup kehilangan seorang teman yang sebaik kau, yang terlalu mengambil berat tentang diri aku lebih dari segalanya. Bukankah lebih baik sekiranya kau juga menyayangi aku sepertimana aku menyayangimu. Dengan ini aku mengambil keputusan untuk bercinta dengan Zack. Tapi bahagiakah aku dengannya? Oh, Khairil. Airmata diseka lagi. Satu kucupan sayang hinggap sekali lagi di dahinya. "Terima kasih sekali lagi.kerana menghormati Wawa selama ini". Masing-masing melayan fikiran sendiri. Biarlah segalanya bermula dengan kebahagiaan yang tiada penghujungnya. ******** "Zack kita perlu berjumpa". Najwa merengus kuat. "Apa perlunya lagi Wawa. Kan Zack sudah katakan semalam. Wawa yang inginkannya bukan. Bukankah Wawa yang melafazkannya semalam". "Tapi itu semalam Zack". "Wawa nak apalagi?" "Nanti dah jumpa Wawa bagitahu. Wawa tunggu Zack dekat Victoria Station malam ni jam 8 ok!" "Oklah". Zakuan mendengus kasar. Wanita dipelukan dilepaskan. Moodnya telah hilang untuk bersama wanita itu. Fikirannya melayang kearah Najwa. Gadis yang amat dicintai tapi sebabkan tidak tahan dengan kerenah gadis itu, dia rela melepaskan Najwa apabila gadis itu sendiri yang memintanya semalam. Dia menyesal? Menyesalkan dia dengan perpisahan ini. Kenapa perlu menyesal? Sedangkan perpisahan ini terjadi atas kerelaan Najwa dan sebentar tadi Najwa telefon lagi. Katanya ingin berjumpa malam ini. Apahallah agaknya. Kalau ikutkan, tak ingin lagi dia berjumpa dengan gadis itu. Tapi apapun, tunggu sajalah sehingga malam ini. Zakuan kembali berbaring diatas katil setelah dirangkul kemas oleh gadis disebelahnya tadi. Adengan hangat kembali bermain di atas katilnya. Bezanya kali ini bukan dengan Najwa, tapi Natasha. Gadis murahan yang senang untuk dimiliki oleh siapa sahaja. Dia puas... ******** "Zack. Duduklah". Zakuan segera melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk di restoran lima bintang itu. Seketika, seorang pelayan datang mengambil order. "Ada apahal yang Wawa nak jumpa dengan Zack ni?" "Sebenarnya, period Wawa dah lewat sebulan Zack" "Habis tu? What's that supposed to me?" "Zack taukan?" "What?" "Zack. Don't pretend like you did not know at all ok!" "Know what Wawa?" "I'm pregnant Zack. And it's yours". "Is it? Are sure?" "What do you mean am I sure?" "I mean, are you sure you are pregnant?" "Of course I'm sure Zack! You don't believe me?" "Are you sure Najwa Zakaria?" "Why are you keep asking me the same question?" "No, maksud Zack.. Wawa sure ke anak tu anak Zack?" "Zack. Sampai hati Zack kata macam tu kat Wawa. You know how much I Love You didn't you? How could you say that to me?" airmata kini terlalu murah bagi Najwa. Apakah maksud disebalik kata-kata Zakuan tu. Kenapalah semalam mulut ni cabul sangat minta putus darinya. Kenapalah hanya kerana pergaduhan kecil saja telah membuatkan dia hilang pertimbangan. Mesti Zakuan ingat dia punyai teman lelaki lain. "Gugurkan kandungan you tu!" tegas nada Zakuan. "No!" sangkanya Zakuan akan katakan padanya. Bersabarlah sayang. Minggu depan kita nikah ye sayang. Apapun yang berlaku, Zack akan tetap bertanggungjawab.Tapi sangkaannya jauh meleset. Dia menangis semahunya. "Terpulang pada Wawa, tapi jangan harap Zack akan bertanggungjawab dengan kandungan yang Wawa ada tu!" "Zack... tolonglah." "No. Zack takkan bertanggungjawab sebab manalah tahu itu kandungan orang lain. Sebab lelaki tu tak nak bertanggungjawab jadi Wawa letakkan tanggungjawab itu keatas bahu Zack. Zack tak sanggup nak jadikan diri ini pak turut Wawa. Kalau Wawa rasa nak simpan je kandungan tu, Wawa simpanlah. Selamat tinggal Wawa" Zakuan bangun seraya terus melangkah laju menuju keluar dari restoran itu. Najwa menangis sambil meraung namanya. Pelanggan lain hanya mampu melihat dari jauh. Tanpa disedari, Najwa jatuh menyembah bumi. Segera Khairil menyambutnya. *********** "Aril.." Matanya masih berpinar-pinar. Dalam kesamaran, wajah Khairil bermain dimatanya. "Ye sayang. Aril ada kat sini" Khairil segera bangun. "Zack mana?" Dalam nada serak dia berbicara mencari orang tersayang. "Dahlah tu Wawa. Jangan difikirkan lagi tentang masalah tu! Wawa kan tak sihat!" "Aril dah tahu?" "Aril dah tahu segalanya Wawa." Airmata Najwa mengalir. Kenapa perlu Khairil tahu segalanya. Dia menunduk malu. Sungguh dia tak menyangka Khairil akan tahu semuanya. Kini dia tahu nasib yang akan menimpa dirinya. Bagaimana harus dia menempuhi segalanya tanpa insan yang telah membuntingkannya. Apa yang perlu dilakukannya dengan kandungan ini? Bagaimana harus dia menyembunyikan kandungan yang semakin hari semakin membesar ni? Atau, perlukah dia menggugurkan sahaja kandungan ini sepertimana cadangan Zakuan semalam? Ya Allah, bantulah insanmu ini menempuhi segalanya dengan tenang. Kini dia insaf, betapa besarnya kuasa tuhan yang maha esa. Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosaku. Tangisannya kedengaran begitu sayu. Terasa tangannya digenggam erat. Dia mengangkat wajahnya. Kelihatan Khairil tersenyum. "Wawa nak dengar sesuatu tak?" "Apa dia?" Airmatanya diseka. Dia cuba ukirkan senyuman untuk Khairil walaupun dalam kepayahan. "Wawa akan jadi ibu!" Lah, apa yang aku cakapkan ni? Najwa pasti sudah lama tahu akan hal itu. Khairil memarahi dirinya sendiri. Dia terasa gugup. Gugup untuk bersuara. Gugup untuk membicarakan kata hati yang sekian lama sudah dipendam. Dia takut dengan bicaranya nanti, Najwa akan hilang kepercayaan terhadap dirinya dan sterusnya meninggalkan dia keseorangan. Tapi&tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna. Dia pegang kata-kata Afdlin Shauki dalam cerita soal hati. Dia perlu berani. Berani untuk menghadapi kenyataan walau pahit untuk ditelan. "Aril..Wawa dah tahu!" "No..there's something else that I wanted to tell you." Dia tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia perlu berterus-terang. "Apa pendapat Aril?" "Pendapat apa yang Wawa mahukan?". Aril menyoal pelik? "Apa pendapat Aril kalau Wawa gugurkan saja kandungan." "No." Belumpun habis Najwa meluahkan pendapatnya, Khairil menjerit memarahi dengan kata-katanya itu. "Tarik balik apa yang Wawa katakan tadi. Jangan tambahkan dosa lagi Wawa. Tidak sedarkah Wawa dengan apa yang ingin Wawa lakukan. Kalau benar apa yang ingin Wawa lakukan itu.ingatlah tuhan. Mintalah dia sedikit petunjuk supaya Wawa menjadi tabah dan kuat untuk menerima bayi ini." Kini dia tidak lagi bermain. Riak wajahnya begitu serius. "Tiada gunanya lagi Wawa menyimpan bayi ini Aril. Zack tidak mahu." "Tapi Aril mahukannya." Khairil memotong bicara Najwa lagi. Najwa merenungnya lama. "Maksud Aril?" Tangisannya agak reda. "Ya Wawa. Aril dah lama cintakan Wawa. Dan sekaranglah masa yang paling sesuai untuk Aril mengambil Wawa setelah segalanya Zack tinggalkan." "Tapi, macam mana dengan kandungan ni?" "Seperti yang Aril katakan tadi.Aril inginkannya. Berikanlah Aril peluang Wawa. Berikanlah Aril peluang untuk Aril tunjukkan pada Wawa yang Aril benar-benar menyintai Wawa sepenuh hati Aril. Aril berjanji, sekiranya Wawa menerima Aril dalam hidup Wawa.Aril akan jaga Wawa dan anak itu dengan baik sekali. Walaupun dia bukan anak Aril, Aril akan tetap sayang dia seperti anak Aril sendiri." Najwa terpaku. Terpana mendengar penjelasan Khairil. Nyata Khairil benar-benar ikhlas dengan kata-katanya. Najwa tak tahu apa perasaannya saat itu. Rupanya selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. "Oh Aril. Wawa juga sudah lama mencintaimu. Kini, perlukah Wawa katakan pada Aril yang Wawa cintakan Aril." "Sudah. Tidak perlu Wawa jelaskannya lagi. Aril tahu kini&.Wawa adalah milik Aril sepenuhnya. I love you so much Najwa Zakaria." "Me too Khairil Anuar." Pelukan erat buat insan yang telah lama bertakhta dihatinya. Tanpa disangka dia akan memiliki hati lelaki ini yang telah lama dicintainya. Aku akan menyayangimu sehingga akhir hayat ku Khairil!!!!!!!!!!!! Itu janjiku padamu. Khairil tersenyum padanya kini. Inilah kebahagiaan yang sebenarnya. ****** "Mama. Adik Lita menangis!" Jeritan Jazzrul, anak sulungnya yang berumur tujuh tahun kedengaran dari dalam bilik. Segera kaki Najwa diatur ke dalam bilik. "Kenapa Yol kacau adik?" Najwa mengeluh kecil. Baru sebentar tadi dia menidurkan Julita, kini bayi itu telahpun terjaga diganggu abangnya. "Bukannya Yol yang buat. Man yang buat Lita menangis." Jazzrul menafikannya. Memang bukan salahnya. Adik tengahnya, Jazzman yang baru berumur empat tahun yang mengganggu Julita yang sedang nyenyak tidur itu. Setelah mengganggu Julita, dan bayi kecil yang berumur dua tahun itu terjaga, terus dia lari menghilangkan diri ke dalam bilik mereka berdua meninggalkan Julita menangis keseorangan. "Mana Man?" Najwa menyoal Jazzrul setelah disedari Jazzman tiada di dalam bilik itu. "Tak tahu." Jazzrul menjawab selamba. Najwa tersenyum. Besar sudah anak-anaknya kini. Kebahagiaan hidup bersama Khairil telah mengurniakan dia tiga orang cahayamata yang comel-comel. Dia terharu bila mengenangkan kembali saat-saat lapan tahun lepas. Dia sepatutnya mempunyai empat orang anak sekarang. 3 yang ada sekarang dan tambah seorang lagi anak hasil perhubungan haramnya bersama Zakuan. Zakuan, lelaki itu. Entah macam mana dia sekarang. Ditinggalkan dirinya terkapai-kapai seorang diri dengan kandungan yang pada masa itu telahpun mencecah usia tiga minggu. Mujur ada Khairil yang begitu ikhlas mencintainya ketika itu. Dia amat bersyukur kerana Khairil sanggup menerimanya dengan anak itu. Khairillah orang yang paling inginkan anak itu. Dia ingat lagi. Tanpa menunggu lama, Khairil menikahinya sebulan selepas dia keluar dari hospital. Majlis yang diadakan amat meriah sekali tanpa diketahui oleh sesiapa yang dia sebenarnya sudahpun mengandung. Mengandung atas perbuatan orang lain. Khairil amat gembira sekali tika itu. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya Khairil saat itu. Malam pertama mereka tidak berlangsung seperti orang lain. Khairil tidak mahu mengganggu kandungan yang ada katanya. Dia nakkan bayi dalam kandungan itu selamat dilahirkan ke dunia ini. Tiga bulan kami hidup sebumbung, tidur sekatil bersama. Makan minum Khairil dijaga teliti. Begitu juga diri Khairil dan pakaiannya. Khairil telefon kedua orang tua kami yang berada di Perak. Katanya, diri dia telahpun mengandung dan usia kandungannya telahpun mencecah sebulan. Di saat itu Khairil rasakan dunia ini miliknya. Dia juga tak sabar nak tunggu kehadiran bayi itu. Segala kelengkapan bayi dibelikannya. Semuanya cukup di saat kandungan ini mencecah 6 bulan. Kedua orang tua pula dahpun datang menjenguk kami. Kata mak Khairil, kandungan dia besar. Saat itu kandungan ini baru mencecah 5 bulan. Khairillah orang yang paling gelabah disaat ibunya berkata begitu. Mujur mak dan ayah tak banyak soal tentangnya. Mama cuma berkata mungkin kandungan ini jenis yang besar punya kot. Tak pun mungkin kembar agaknya. Hanya dia dan Khairil saja yang tahu dan menurut kata doktor, bagi usia lima bulan, kandungan dia memang terlampau kecil. Doktor juga ada kata, selalunya kandungan yang kecil susah nak selamat. Mendengar kata-kata doktor begitu, Khairil mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah untuknya. Satu hari, sedang Khairil bersiap untuk ke pejabat dia rasakan kesakitan yang pelik. Sangkanya cuma sakit biasa saja, lalu dia mendiamkan diri. Sedang menanti Khairil di gerbang pintu untuk melepaskannya pergi, dia tiba-tiba terjatuh. Darah mengalir banyak membasahkan seluruh pakaian tidurnya. Dia mengerang menahan kesakitan yang perit. "Sayang. Ya Allah. Kenapa ni?". Saat ini Khairil benar-benar cemas. Dipangkunya Najwa ke atas ribaan. "Mengucap sayang mengucap. Kita pergi hospital ye." Segera pembantu dipanggil untuk mengambilkan kunci keretanya. Seketika kemudian, kereta dahpun memecut meninggalkan rumah menuju ke destinasi, Hospital Pantai Putri. "Maafkan saya anak awak tak dapat diselamatkan." Dia ingat lagi kata-kata doktor. Dia nampak Khairil meraung menangis apabila doktor kata sedemikian rupa. Sedih benar suaminya di atas kegugurannya itu. "Tak apalah abang. Dah tak ada rezeki kita agaknya." Khairil mengangguk lesu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Khairil genggam erat tangannya. Dia masih lagi menangis. "Dahlah tu bang. Mungkin tuhan sayangkannnya lebih dari kita semua." "Mungkin benar kata-kata Wawa tu. Dahlah. Wawa rehat ye sayang. Alhamdulillah Wawa selamat." Dan dia amat bersyukur kerana dia selamat. Masih mampu untuk hidup bersama lelaki yang amat dicintainya. Dia tersentak apabila Jazzman anak keduanya itu duduk di atas pangkuannya. Dia tersenyum sambil mengulus lembut pipi anak perempuannya, Julita. Betapa aku amat bersyukur dengan segalanya yang indah. Merekalah anugerah terindah yang pernah aku miliki... . dia tersenyum gembira. ****** "Najwa ." "Papa.." Jeritan anaknya Jazzman membuatkan dia tersenyum panjang. "Awal abang balik hari ni." Suami disambut dengan satu senyuman yang amat manis. "Tak ramai patient hari ni. Wawa masak apa untuk abang hari ni?" "Adalah sikit. Kegemaran abanglah." Jazzman didalam pangkuan diusap rambutnya. "Man..Man kacau adik lagi ye hari ni?" Khairil menyoal sambil tersenyum. Matanya saja dibundarkan untuk menakut-nakutkan anaknya itu. "Mana ada. Man cuma nak main je dengan dia." Najwa tersenyum sambil mencium dahi Jazzman. Jazzrul yang sedang leka bermain Playstation diruang tamu hanya buat endah tak endah saja dengan kehadiran Khairil. "Yol..tak salam pun lagi dengan papa." Jazzrul tersengih manja. Segera dia bangun dan kakinya dihayun laju menuju kearah Khairil. Khairil tersenyum senang. Anaknya yang berdua ini sduahpun menanjak dewasa. Dia kini senang hati dengan segala anugerah yang dimiliki. "Hari ini abang agak terkejut sikit dengan seorang patient tu." "Siapa? Kenapa dengannya?" Muka Najwa sedikit berkerut. "Abang dapat seorang patient yang abang kenal. Minggu lepas Hisham kata dia datang buat ujian darah. Hari ni keputusannya abang yang kendalikan." Khairil masih ingat lagi kata-kata pembantunya, Dr. Hisham yang sama-sama membantunya di klinik. Hisham adalah rakannya ketika mereka sama-sama belajar di Universiti of Arkansas dulu. "So, apa cerita disebaliknya tu? Siapa dia yang abang kenal tu?" Ada riak ingin tahu di wajah Najwa. Jazzrul disebelah diusap perlahan rambutnya. Dia menanti penuh minat. Khairil masih mendiamkan diri. "Abang." Dia mula bersuara setelah lama menanti. "Zakwan Affandy." Khairil bersuara perlahan tapi cukup untuk membuatkan hati Najwa bagai ingin pecah. Kenangan lama kembali berputar dalam ingatan. Setelah sekian lama tidak mendengar nama itu lagi, kenapa hari ini nama itu perlu terbit dari mulut orang yang paling disayangi dan dicintainya. Mata Khairil galak memerhati tingkah lakunya. Mujur segalanya masih dapat dikawal walau dalam kepayahan sekalipun. "Zack?" Dia menyoal untuk mencari kepastian. Anggukan Khairil masih berbaki. "So what's the story about him?" Dia menguntum senyum. "Dia menghidap penyakit berbahaya." "Apa dia?" "AIDS." Najwa terpenpam. Benarkah kata-kata yang dilafazkan oleh Khairil itu tadi? Kalau benar apa yang dikatakan olehnya, bermakna dia juga menghidap apa yang dihidapi oleh Zakuan. Ketakutan mula menyelubungi jiwanya. "Wawa .are you alright? Wawa nampak macam pucat!" "Abang." Segera Najwa dihampiri. Dipeluk isterinya ke dalam dakapan. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Najwa. Kalau benarlah Najwa juga mempunyai disease itu&.bermakna dia juga akan turut terlibat. Dari klinik lagi dia telah memikirkan akannya. Dan dia juga telah mengambil keputusan untuk membuat ujian darah untuk mereka sekeluarga. "Bersabarlah sayang. Abang tahu apa yang Wawa fikirkan. Dan abang juga dah ambil keputusan yang kita sekeluarga pasti akan membuat ujian darah sepertimana yang Zakuan lakukan untuk mengetahuinya." Rambut Najwa diusap lembut. Tangisannya masih berbaki. Dikucup dahi isteri penuh kasih. Airmatanya mengalir perlahan menuruni pipi. Ya Allah. Betapa besarnya pengajaranMu. Dia beristighfar. ******** "Selamat pagi Aril." Hisham melangkah perlahan. Duduk disebelah Khairil dan dihulurkan ujian darah milik Najwa dan diri Khairil sendiri. Najwa tersenyum tawar. "Minggu depan engkau akan tahu keputusannya. Kenapa tiba-tiba nak buat ujian darah ni?" "Entahlah. Lepas tengok keputusan patient aku hari tu, aku rasa risau pulak." "Oh..patient kita yang namanya Zakuan Affandi tu ye. Aku dah buat penelitian keatas keputusan darahnya tempoh hari. Aku dahpun jalani beberapa ujian terperinci terhadap darahnya di lab. Berdasarkan darah tu, aku dapat kenalpasti punca jangkitan dirinya." "Apa yang kau dapat?" "Melalui ujian darah tu, aku dapat agak pesakit ni mungkin seorang yang kaki botol. Mungkin juga dia biasa mengamalkan seks bebas dan sejenis. Tempoh infectionnya juga dapat diketahui. Pesakit mula dijangkiti virus ini sejak 4 tahun yang lepas. Kemungkinan besar dari hasil hubungan seks bebas yang diamalkannya." Hisham menerangkan panjang lebar. "Maksud kau, pesakit ni dijangkiti virus tu 4 tahun yang lalu." "Ya. 4 tahun adalah tempoh dimana virus ini mula mengorak langkah di dalam sistem peredaran darah pesakit. Selalunya, sesetengah pesakit akan hanya dapat mengetahui penyakit ini dalam tempoh 5 hingga 7 tahun selepas dijangkiti virus." Ada sinar dimata Khairil tetapi masih terlalu awal untuk mentafsirkan segalanya. Wajah Najwa disebelah dipandang penuh syahdu. Ada redup diwajah manis itu. Betapa kuat dan tabahnya hati perempuan itu, Khairil berkata kecil. "Tak apalah Hisham. Aku nak hantar Wawa balik dulu. She's look acxhausted. Mungkin penat dan lemah selepas ambil darah tadi kot." "Oklah. Berehatlah. Pasal klinik kau jangan risau. Minggu ni kau ambik lah off. Biar aku kendalikan semuanya." Hisham hanya memerhati langkah kawannya dengan satu tanda tanya yang mencurigakan. Tapi apa perlunya dia mencampuri urusan peribadi orang lain. Biarkanlah segalanya menjadi tanda tanya buat dirinya. ********* "Sayang. Sayang tak perlu risau. Abang yakin keputusannya nanti pasti tidak akan mengecewakan kita." "Jangan terlalu yakin bang." Ada kelemahan pada suaranya. Wajah Khairil ditatap penuh sayu. Kalau benar dia dijangkiti, bermakna dia telah menghancurkan seluruh kehidupan mereka. Dia melangkah keluar dari kereta BMW 328i milik suaminya. Langkahan diatur perlahan. Dia berhenti seketika untuk mengumpul kekuatan. Wajah suami ditenung sekali lagi. Khairil tersenyum sebaik sahaja wajah itu merenungnya. Tiada lagi senyuman seperti dulu buat dirinya sejak kebelakangan ini. Najwa terlalu risau akan keputusan ujian darah itu. Najwa tidak lagi betah untuk tidur nyenyak pada setiap malam, itu yang dia pasti. Sedangkan dirinya juga demikian rupa, inikan pula isterinya yang pernah menjalin hubungan dengan Zakuan itu. Tangan Najwa digenggam erat sebaik mereka melangkah masuk ke dalam klinik itu. Khairil tak tahu kenapa dia juga turut rasakan debaran sepeti Najwa. Bagaikan baru pertama kali menjejakkan kaki ke situ, walhal&sudah hampir lima tahun dia disitu. Pintu bilik rawatan diketuk perlahan. Wajah Dalila, pembantu perubatan terpacul sebaik sahaja daun pintu terkuak. "Selamat pagi Doktor. Silakan duduk Pn. Najwa." Dalila menarik kerusi untuk memberikan tempat duduk buat Najwa. "Tak apa Lila. Terima kasih ya. Awak bolehlah keluar sekarang." Khairil berbahasa meminta Dalila beredar. Tak tahu kenapa dia rasa rimas. Segera Dalila mengatur langkah keluar dari bilik. Kelihatan Hisham sedang sibuk mencari file mereka didalam rak file. Seketika kemudian dia duduk dihadapan mereka. "Berdasarkan pada keputusannya". Kata-katanya terhenti disitu. Wajah teman ditenung sekali. Najwa sudah mula teresak-esak. Khairil memeluk bahunya erat. Dikesat airmata isteri yang jatuh kepipi. Dia turut merasakan kesayuannya. "Positif dan.." Hisham mengeluh berat. Tangisan Najwa semakin menggila. Segera Khairil memeluk Najwa erat ke dalam dakapan. Airmata jantannya juga mengalir menahan sebak. Pelukan masih tak mampu nak dilepaskan. "Hey..come onlah. Aku belumpun habis cakap lagi. Memanglah positif, tapi bukannya positif kerana AIDS. Keputusan darah korang bebas dari sebarang jangkitan atau virus berbahaya.. cuma... tahniah Aril." Khairil terpinga-pinga. Dia tak faham. Apa yang berlaku sebenarnya. Najwa juga tampak keliru dengan Hisham. "Tahniah untuk apa?" Dalam sendu yang berbaki, Najwa menyoal. "Itulah..lain kali dengar dulu sampai habis. Khairil..congrats for the both of you. Kau bakal menjadi papa buat kesekian kalinya. Najwa sedang pregnant dua bulan." Hisham menghulur tangan berjabat tahniah. Khairil menyambutnya dengan satu tumbukan mesra dibahu Hisham. Najwa disebelah tersenyum malu. "Kau buat aku takut kau tau tak?" "Kau takut. Aku yang buat ujian ni lagilah takut kau tau tak?" "Sayang juga kau kat kitorang ye." "Apalah sangat nilai kasih sayang yang aku taburkan jika nak dibandingkan dengan nilai persahabatan kita yang terjalin." Khairil segera memeluk Hisham. Setelah sekian lama menjalinkan persahabatan barulah dia sedar kini, betapa dia menyayangi perhubungan kekeluargaan ini. "Sham. Thanks" "No big deal my friend." "Aku balik dulu. Kau jagalah klinik ni. Klinik ni pun kau punya jugak kan. Aku nak berehat panjanglah." "You can count on me Aril!" Segera langkah diatur keluar dari bilik. Lama benar mereka berada di dalam tu. Mungkin patient lain juga sudah semakin bosan menanti. Wajah ayu Najwa dipandang lembut. "Kan abang dah cakap. Tak ada apa yang perlu dirisaukan." "Alah. Kalau tak risau kenapa abang menangis tadi?" "Itu gurauan aje tu." "Pandailah abang tu." Lengan suami dicubit. Khairil mengaduh kecil. Kemesraan kembali terjalin. "Najwa Zakaria." "Ye saya Khairil Anuar." "Aku cinta padamu." Najwa tersenyum sebaik perkataan itu terpacul keluar dari mulut suami tercinta. "Wawa pun macam tu." Tanpa segan silu Khairil merangkul tubuh yang sedang bersandar di pintu kereta itu. "Orang tengok lah sayang." Tubuh Khairil ditolak lembut. Segera pintu dikuak untuk mempersilakan isteri tercinta masuk ditelan kereta. Segera juga dia berlari anak sebaik sahaja pintu dikatup rapat. Hatinya girang kini. "I love you so much sayang. Mulai saat ini&.kita akan hidup bahagia tanpa ada yang mengganggu." Bibir Najwa dikucup penuh mesra. Begitu juga balasan dari Najwa. Bibir bersatu dalam suasana kehangatan. Kehangatan yang abadi yang akan membawa kebahagiaan buat mereka selamanya. I love you so much Khairil. Terima kasih kerana telah membahagiakanku selamanya. Oh tuhan&.Allah Yang Maha Esa&.terima kasih kerana telah memberikan aku kehidupan yang amat membahagiakan. Doa dipanjatkan kepadaNya
"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah yang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong. "Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam " "Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah tau pun!" Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas. 'Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!" Doaku dalam hati. "Assalamualaikum!" Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali. "Wa'alaikumussalam!" Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin sangat nak buka pintu?
"Oh, engkau rupanya!" Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. "Hantar kuih ke?" Soal Azhar tersengih. "Ya! Nah!" Piring itu kuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. "Sebelum aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?" "Kalau aku, kenapa?" Soalku membalas. Azhar tersengih. "Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan, boleh patah gigi!" Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu denan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus! "Bukan akulah! Kakak aku!" Aku menjawab penuh geram. "Oh, kakak kau " Azhar mencapai piring itu perlahan."Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!" Sambung Azhar. Aku tersenyum sinis. "Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!" Jawabku geram. "Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia, lain kali ajar sikit anak dia ni!" Aku berlalu. Puas hati aku! "Siapa yang ambil tadi?" Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Entah hantu mana agaknya tu!" Jawabku acuh tak acuh. "Oo tentu Azhar kan?" Teka Along tersenyum. "Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!" "Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik bermasam muka begitu!" Along menasihatkanku. "Malas!" Along menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam anjing dengan kucing!" Keluh Along.
* * *
Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. "Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari, ha?" Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru! "Wargh!!!" Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kau hantu! "Hai!" Azhar tersengih memandangku. "Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!" Sengihan Azhar semakin melebar. "Berambuslah kau!" Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengajarku tadi semakin menghampiri kami berdua. "Nak tumpang?" Azhar mempelawa sinis. Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. "Berat kau, ya? Susah nak kawal!" Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap sekalipun! "Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu ke?" Azhar membuat muka penat. "Alahai banyaklah muka penat kau tu! Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada masalah pun." Balasku geram. "Amboi Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu menumpang, buatlah cara orang menumpang!" "Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!" Hatiku mula panas. "Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!" Motor Azhar semakin meluncur laju. "Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!" Aku menggigit bibir. "Kenapa, takut?" Motor Azhar semakin laju. "Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!" Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang. Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. "Hei, berhentilah!" Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku. "Eh, apasal tak boleh berhenti ni?" Azhar mula cemas. "Hei, pijaklah brek tu!" Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami hampiri. "Azhar!" Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat. "Izma, lompat!" Jerit Azhar. Dan buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni? "Hoi! Apa ni!" Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azhar bangun perlahan. "Habislah motor aku!" Azhar menarik motornya. Aku cuba berdiri namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. "Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!" Aku memekik pada Azhar. "Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni. Okey ke?" Cepat-cepat Azhar menghampiriku. "Okey kepala hotak kau! Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadi arwah!" Aku melepaskan geram. "Yelah tu Aku jugalah yang salah!" Azhar menghulurkan tangannya. "Mari sini aku papah kau!" "Hei, pelan-pelanlah sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!" Cemuhku lagi. "Izma, kau ni kalau tak ber 'hei-hei' dengan aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!" Azhar menarik tanganku. "Suka hati akulah!" "Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masuk dalam rumah!" Ugut Azhar. Aku mencemik. "Ini semua pasal kau juga!" "Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!" Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee .. geramnya!
* * *
"Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan pertanyaan Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah. Okey Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluar dulu Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em macam ada yang tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar. "Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!" Tanganku terasa bergegar. Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat khabar ditangannya basah. "Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik terus pergi surau!" Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup. Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak adoilah. Lagilah haru!
* * *
Tok! Tok! Tok! "Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?" Suara garau Angah memecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak! Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! "Bangunlah! Mentang-mentanglah tak sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!" Angah bersuara lagi. Ee mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena! "Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?" Soal Angah dari luar. "Sudahlah!" Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. "Wargh! Ha! Ha! Ha!" Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. "Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!" Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi! "Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!" Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nak buat apa lagi? Melantaklah! "Ehem! Awalnya bangun!" Sindir Achik. Aku Cuma menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo. "Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!" Along yang sedang memotong sayur bersuara. "Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?" Angah muncul tiba-tiba. Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak berceramah! Ni yang buat aku rimas ni! "Aik, nak ke mana pula tu?" Angah mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur. "Eh, jangan sibuklah!" Marahku geram. "Pergilah tolong kakak-kakak kau tu memasak! Ini tidak, makan saja kau tahu!" "Habis, Angah tu?" Balasku. "Angah ni lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu." Jawab Angah. "Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?" "Eh, menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?" Angah mengecilkan matanya. "Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?" Emak muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih. "Tulah mak ni! Terlampau manjakan sangat budak ni!" Achik menjelingku. "Eleh, cemburu le tu!" Aku mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu ni kan? Hehee..
* * *
"Ala Ngah Tolonglah Iqa kali ni saja!" Aku menarik-narik tangan Angah. "Ah, sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa nak hantar kau pergi sekolah!" Aku menarik tangannya kasar. "Tolonglah Angah Mana ada lagi bas waktu ni!" Angah mencemik bibirnya. "Tulah, suka sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!" "Angah Iqa dah lambat ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke.." Aku merayu. "Ha, masuklah cepat!" Suara Angah akhirnya. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah. "Amboi amboi Kau ingat aku ni driver kau ke, ha?" Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka. Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu! "Terima kasih ye.." Aku menutup pintu kereta itu cermat. "Nanti leas kau balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam." Angah menjeling. "Kedai jam? Buat apa?" Tanyaku hairan. "Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau pandai-pandailah minta dari kengkawan kau." Dan kereta Angah meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Aku mengetap bibir. Aku mengatur langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal saja? "Assalamualaikum." Aku memberi salam penuh hormat. "Wa'alaikumussalam. Ha, masuk!" Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah,kenapa guru lain pula yang mengajar? Ala, guru baru kot! "Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah datang lewat, langsung tak pandang muka saya!" Langkahku terhenti. Apa kena pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun seketika. Eh guru baru ke? Kacaknya Tapi, apasal dia pakai baju seragam sekolah? Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi aku untuk kesekian kalinya! Azhar yang berada di ahdapan kelas sedang menekan-nekan perut menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap kacak tadi. Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah! "Hei, Azhar! Cikgu datang!" Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik. Kelam-kabut Azhar berlari mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha tu dia.. Guru 'terbesar' dah datang! "Semua berdiri!" Israf bersuara lantang. "Assalamualaikum semua." Ucap Cikgu Rokiah. Salam dijawab serentak. Cikgu Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang sepenuhnya. "Iqa!" Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku. Aku memandang malas. "Ada apa?" "Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik nanti." Maria berkata. "Balik? Balik mana pula ni?" Soalku hairan. "Balik rumahlah " "Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?" Maria hanya mengangkat bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya. Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni "Izma!" Aku kenal betul siapa yang memanggil aku tu. Dalam dunia ni, dia seorang saja yang panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan! Ah aku melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar. "Apasal kau tak tunggu aku, ha?" Tanya Azhar. "Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!" Aku mencebik bibir. "Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku " Azhar menunjukkan muka sedih. "Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni." "Kenapa pula pasal aku?" "Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak rosak!" "Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti bawak motor!" Balasku geram. Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa aku nak layan orang gila macam dia ni! Aku memilih tempat duduk paling belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. "Aku duduk sini, ya?" Azhar duduk di sebelahku. Aku mengeluh. "Tak ada tempat lain ke kau nak duduk, ha?" "Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak duduk di mana sekalipun." Jawab Azhar menyindir. Argh!! Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk. "Izma, bangun! Kita dah sampai ni!" Aku terasa bahuku digoncang. Aku mencelikkan mataku. Waa! Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah padam. Perlahan-lahan aku berdiri. "Best ke tidur atas paha aku tadi?" Soal Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas. "Taik kau!" Aku memandang tempat lain. "Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!" Aku menelan air liur. Mukaku terasa begitu panas sekali. "Janganlah marah cik adik oi Makin buruk muka!" Azhar tersengih lagi. "Huh!" Cepat-cepat aku beredar masuk ke dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang semakin kuat. Celaka kau!
* * * Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu. "Aik, tak senang duduk nampak?" Maria menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar tersenyum. Sesekali mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu. "Oh, ya! Sebelum aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau." Kata Maria kemudian. "Waalaikumussalam." Jawabku perlahan. "Kau tak nak jumpa dia ke?" Maria memandangku. "Kenapa pula?" Aku hairan. "Dia bertugas diperpustakaan hari ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku." Maria mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. "Boleh juga. Mari temankan aku!" Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar. Aku berdiri. "Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!" Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku. Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum. Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya. "Maria, korang nak pergi mana?" Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik. "Buat apa kau sibuk!" Jawab maria. Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati. "Ha, Iqa. Nak pinjam buku?" Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan. Aku tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter. "Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat, kena denda pula." "Kalau Iqa, mana saya nak denda." Ikhwan tersengih sambil tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi. "Ehem, aku pun nak kembalikan buku juga!" Aku terdengar suara di belakangku. Wajah Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke sini atau mengekori aku?
"Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?" Soal Maria tiba-tiba. "Nak juga, kenapa?" Soal Ikhwan kembali. "Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap." Pelawa Maria sambil menjelingku. "Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu pustakawan juga!" Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan Ikhwan ni, kenapa? "Aku tak ada masalah." Ikhwan melangkah keluar dari kawasan kaunter. "Jom Iqa!" Maria menarik tanganku membawa aku berjalan seiring dengan dia dan Ikhwan. Kakiku melangkah namun sempat juga aku menoleh memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati aku dulu? "Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!" Maria mencuit lenganku. Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal aku ikut cakap si Maria ni. Nyesal!
* * *
"Along dah kena risik!" Ha? Mataku membulat memandang Angah. "Eh, biar betul?" Angah tersengih. "Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along." "Angah cakap betul-betullah!" Aku mencubit lengan Angah kuat. "Orang cakap betullah ni!" Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi. "Siapa?" Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. "Orang sebelah!" "Ha?" Aku menelan air liur. "Eh, mana boleh!" Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku. "Kenapa pula ni?" "Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!" Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. "Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?" "Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?" Aku terus membentak. Kalau Azhar yang Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? "Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!" Angah tersenyum lagi. "Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?" Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat? "Iqa!" Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. "Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?" Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran.
* * *
Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik. "Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!" Dapat kudengar suara Achik. "Keluar! Jangan nak buat hal lagi!' Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. "Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!" Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. "Ehem, sorang saja ke?" Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? "Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?" Soalku tanpa memandang wajahnya. "Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!" "Suka hati akulah!" Aku menjawab malas. "Aku pun, suka hati aku juga!" Azhar membalas sinis. Aku memandang Azhar geram. "Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!" "Eh, buat apa aku nak bertunang?" Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit bibir. "Kau nak mainkan kakak aku ke?" "Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!" Aku tercengang seketika. "Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?" "Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA." Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. "Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!" "Eh, bila pula? Tolong sikit ya?" "Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku " "Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!" Aku memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah. "Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!" Azhar bersuara selamba tanpa memandangku. "Pinanglah Aku tak akan terima!" "Sebab apa?" "Sebab aku tak suka kau!" Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira!
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei