Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku lelaki. Pesan ibu, insan yang bernama lelaki pantang menangis. Lelaki tidak boleh menumpahkan air mata. Insan yang bergelar lelaki, bukan lelaki jika menumpahkan permata jernih dari kolam matanya. Itu pesan ibu. Pesan ibu kuingat. Pesan ibu kukuh teguh terbuku di ruyung mindaku. Biarpun aku sudah merantau jauh ke tempat orang. Bumi asing. Bukan di tanah tumpah darahku sendiri. Pesan itu masih kukuh
44 tahun bertapa di dalam kepala, pesan ibu hari ini aku ingkar. Pesan ibu hari ini aku lupa. Argh aku tak pasti. Bukan lupa, tapi hatiku sayu. Sayu yang teramat pedih. Permata jernih itu telah keluar dengan sendirinya. Pesan dari ibu, aku ingkar jua kerana kaum sejenisnya. Insan yang berkerudung di bawah nama wanita.
Kalau diikutkan aku sudah lama tidak ketemu kau. Kali terakhir kau berutus surat denganku adalah lebih kurang 21 tahun yang lalu. Kala warkah biru masih menjadi pilihan. Terima kasih atas kiriman elektronikmu kawan. Kawan yang aku label sebagai seorang sahabat. Aku bersimpati dengan apa yang terjadi keatasmu.
Tenangkan hatimu. Tabahkan jiwamu. Aku mendoakan kesejahteraan dirimu
Iskandar Zulkarnain, 8 november 2003 Thompson River , Vancouver, Canada .
aku sibuk menyiapkan tugasan ketika monitor komputer disinggah oleh satu ikon kecil berupa surat . pantas aku menggerakkan tetikusku ke ikon tersebut. sekali tekan, surat elektronik yang hadir itu terpampang di diagonar mata
dialah syed omar syahiddin, sahabat karib aku suatu ketika dulu. kawan yang aku anggap sahabat terunggul. tidak keterlaluan aku katakan, antara ramai rakan-rakanku yang lain, dia antara bintang yang berkelipan dengan terang di lelangit yang hitam. bintang yang amat bersinar.
salam buat zul yang kukira dikala ini amat sibuk dengan tuntutan kehidupan yang sentiasa meninggi. maafkanku kawan. hilang tanpa berita dan muncul secara tiba-tiba setelah sekian lama menyepi.
aku sebenarnya ketandusan kata-kata. aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka laranya hatiku ini. sekuat gegar rusuhan anak bumijakarta yang mengamuk kerana suharto dibebaskan dari segala tuduhannya, sekuat itu jugalah getar-getar hatiku dibumi luhur ini.
maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki. itu kata orang. aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu, tapi sumpah aku termetrai juga akhirnya. aku persis bulan yang merayu pungguk. aku juga jadi seperti megat panji alam yang merindui tejanya. derita yang dialami megat dan seksa yang aku rasa sekarang ini adalah sama.
duka kami serupa. Cuma pencarian aku tidak akan ada hentinya, kerana aku tahu aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. aku terlalu merinduinya zul. hati aku sudah tidak dapat menanggung lagi. sungguh, aku amat merinduinya?
mukaddimah warkah yang tidak aku undang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. kenapa dia jadi begitu? mengapa dia menjadi perindu setia? hati aku turut sama-sama merusuh dengan bait-bait perutusan yang bakal aku jelajahi seterusnya
zul, marshitah bukriv, gadis kosovo. aku mula mengenalinya di kampus universiti islam antarabangsamalaysia ketika buminya gegak gempita dihujani dengan hujan peluru. ketika tanah airnya dentam-dentum dimamah dan diratah dengan bahan letupan.
marshitah adalah pelajar di fakultiku. dia adalah pelajar cemerlang walaupun dalam resah mengenang kaum keluarganya di bumi kosovo yang diancam pembersihan etnik askarserbia. marshitah tidak mudah didekati. tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah satu tarikh keramat. kerajaanmalaysia mengusulkan mengumpulkan dana untuk mangsa kosovo. aku menghulurkan bantuan dan sejak dari detik itulah aku berjaya menghadirkan diriku dalam hidupnya.
kami berkahwin selepas menyesuaikan diri kami bersama walaupun bonda syarifah zaleha menghalang. cintaku pada marshitah tetap utuh walaupun bonda sering menimbulkan onar. kata bonda, marshitah bukanlah anak bangsawan melayu seperti kami, justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari keluargaku. bonda tidak rela keturunannya berumbut-berumbi orang asing.
persoalan yang singgah dimindaku seakan terjawab. aku mula mengerti golak yang melanda hatinya. aku mula memahami susur-galur kisahnya. namun debar aku kian terasa untuk terus menyusur batas-batas warkah dia selanjutnya.
dua tahun usia perkahwinan kami masih berdua. kasihku pada marshitah mula tergugat. aku kepingin anak yang boleh memanggilku ayah! mungkin ini balasan kerana aku mengingkari titah bonda. aku jadi keliru. marshitah tenang. dia sentiasa tenang. tika mendapat perkhabaran tentang keluarganya di kosovo dulupun, dia tetap tenang.
aku jadi kalut. aku jadi tak sabar. aku jadi bingung dengan kesabarannya. bonda pula kian mendesak-mengasak. bara mula berasap. bonda pula sengaja menyiram petrol ke atasnya. tahap kesabaran aku teruji. api kemarahan aku memuncak. marak menjulang. termakan dengan kata-kata bonda yang marshitah itu mandul. cinta, serta kasih sayangku padanya sudah berkurangan. asha pilihan bonda kuterima dengan senang hati dan marshitah tetap setia denganku. jauh sekali meninggikan suaranya. sungguh aku tidak mengerti wanita itu, zul. sabarnya tiada penghujung!
zul, aku mula mengabaikan marshitah. tambahan pula asha berbadan dua setelah tiga bulan aku memadu kasih dengannya. marshitah jarang kujenguk. mual rasanya bila aku memandang wajahnya yang kukira jijik di kala itu. aku jadi begitu tidak sabar dengannya. segala apa yang dibuat oleh marshitah, segala tak kena pada pandangan mataku. percaya atau tidak zul, aku pernah menjirus air teh yang panas berasap ke tangannya. itu cuma kerana dia lewat menghantarkanku minuman petang.
ranting tubuhnya kukira sudah cukup masak dengan sepak terajangku. pernah sekali dia tersungkur ke lantai kerana penanganku. darah merah pekat mengalir deras dari kepalanya yang terhantuk ke bucu meja. tapi aku? bangga melangkah keluar dari rumah tanpa sedikitpun rasa bersalah. aku biarkan marshitah menanggung semua kesakitan itu sendirian. kejamnya diriku ini.
sembilan bulan asha mengandung, selama sembilan itu jugalah marshitah tidak aku pedulikan. nafkah zahir batinnya tidak pernah aku pedulikan. aku kira lara marshitah bertambah apabila lahirnya permata aku bersama asha ke dunia iaitu durratun ain. marshitah seolah-olah sudah tiada dalam kamus hidupku.
rasa kesal tiba-tiba datang bertamu. aku jadi bingung. mengapa begitu mudah kasih terhenti? kenapa begitu senang cinta mati? dia bukan syiddin yang aku kenal suatu ketika dahulu.
zul, kukira kau tahu kisah mashitah penyisir rambut puteri firaun. mashitah dan keluarganya direbus oleh firaun kerana tidak mengakui kebesarannya. apapun siksaan firaun, mashitah tetap sabar. marshitah isteriku jua begitu. mungkin sudah ditakdirkan dirinya setabah mashitah di zaman firaun itu. hatinya turut kurebus dengan kata-kata hinaan dan nista. dia sedikitpun tidak pernah melawan apatah lagi meninggikan suaranya. dia tidak jadi seperti ayam, berketak bila dimarahi oleh manusia. dia umpama rumput dipadang yang boleh kupijak sesuka hati.
allah itu maha kaya lagi maha berkuasa. itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkal. asha berubah selepas melahirkan anak kami. dia mengabaikan aku, asha juga mengabaikan durratun ain. kata asha dia tidak betah menjadi ibu. potongan badannya yang selama ini menggiurkan sudah tidak menarik lagi kerana mengandungkan ain anak kami.
dia kesal kerana hamil. dan yang sungguh menghancurkan hatiku, asha kata dia menyesal kerana berkahwin denganku! anak kami terbiar. bonda mahukan cucu lelaki menyambung zuriat, menyambung darah bangsawan kami tapi anakku perempuan. asha tinggalkan aku sendirian dengan ain yang masih lagi menyusu. bonda sudah tidak ambil peduli. tahukah kau zul, betapa rusuhnya hatiku ketika itu?
aku sebak. sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa tuhan. allah tidak pernah mungkir janji dengan umat ciptaannya. yang baik dibalas baik dan yang buruk akan mendapat balasan yang setimpal. dalam memelihara ego seorang lelaki, aku terpaksa akur. syiddin wajar diberi balasan sebegitu dari allah.
zul, aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan asha. aku temui marshitah. ain perlukan seorang ibu. ain memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. ain juga memerlukan insan yang benar-benar boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. aku rela sembah marshitah ketika itu, zul jikalau marshitah tidak dapat menerima ain. marshitah sedikitpun tidak menolak. malah menerima ain dengan senyuman. aku terpaku dengan keadaan itu. mengapa semurni itu hatimu marsahitah?
ain tidur dalam dakapan marshitah dan engkau tahu zul, sesungguhnya tuhan itu maha berkuasa. ain yang kehilangan ibu tapi masih membesar dengan sumur dari marshitah. marshitah tidak pernah hamil. dia tidak pernah mengandung. tapi tubuhnya mampu mengeluarkan air susu. itulah kebesaran ilahi. aku langgar sumpah yang pernah kita dengar dari ibu kita zul. lelaki tidak seharusnya menangis. permata jernih mengalir deras tanpa dapat disekat lagi. tatkala melihat detik marshitah menyusukan ain, jendela mataku bermandikan hujan. hati ini terlalu sayu zul. terlalu sayu.
aku seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya. sungguh besar kuasa-Nya. dada aku berombak menahan sebak.
kami hidup bahagia selepas itu zul. asha telah kulepaskan secara baik. bonda terpaksa akur dengan keputusanku. bonda lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap denganku mahupun marshitah. mungkin bonda rasa malu dengan marshitah agaknya.
hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. ain membesar dengan penuh kasih sayang. tak pernah sekalipun aku melihat marshitah berenggang dengan ain. ain sentiasa ada di sisi marshitah. ain membesar dengan kasih sayang dari marshitah, zul!
zul, masa berlalu begitu pantas. usia perkahwinan kami masuk ke 20 tahun. ain sudah jauh membesar. ain telah keaustralia menyambung pelajarannya. ain menyambung pelajarannya di university of the sunshine coast queenland,australia. manakala aku? aku sibuk dengan perniagaanku. marshitah? marshitah tak pernah merungut. dia isteri yang setia, zul. setiap hari kepulanganku disambut dengan hidangan di atas meja. ciuman di tanganku tak pernah sekalipun marshitah lupa untuk melakukannya. aku selesa dengan keadaan begitu.
dan mungkin kerana itu aku take thing for granted. hanya bila ada keperluan baru kami bercakap. bukan aku tidak menyayanginya. Cuma aku kira dia cukup mengerti tentang kasih sayangku kepadanya walaupun tanpa sepatah ucapan dari bibirku sendiri. argh susah untuk aku jelaskan pada kau kenapa begitu, zul. tapi percayalah aku amat menyayanginya.
suatu hari marshitah mengadu padaku, ada ketulan di payudaranya. kulit di sekitarnya juga berkerut-kedut dan yang lebih merisaukan, ada lelehan darah keluar di samping rasa sakit. aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan aku lupa tentang permintaannya untuk menjalani rawatan. aku lupa tentang tanggungjawabku kerana seronok mengejar kekayaan dunia.
dedaun masa yang telah gugur tidak dapat dilekatkan semula dengan pepohon kehidupan. itulah yang aku pelajari sebulan selepas itu, zul. marshitah pengsan. menangis air mata darah pun tidak dapat mengubah ketentuan ilahi.marshitah disahkan mengidap barah payudara. mengapa aku tidak pernah terfikir tentang apa yang diberitahu oleh marshitah adalah simptom penyakit pembawa maut itu? menurut doktor, barah payudara adalah pembunuh utama wanita dimalaysia. pesakit yang mendapat rawatan awal mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. malangnya marshitah sudah di peringkat kritikal.
marshitah perlu dibedah segera. sumur yang pernah menghilangkan dahaga ain terpaksa dibuang kedua-duanya. aku rasa bersalah pada marshitah. kalaulah aku tidak menurut sibukku sudah tentu marshitah tidak separah ini.
tika itu baru aku sedar, betapa susahnya menjadi seorang isteri. aku ambil alih tugasnya di rumah sewaktu marshitah terlantar di rumah sakit. rumahku tak ubah seperti tong sampah yang terbarai akibat dipunggah kucing liar. semuanya serba tak kena. kain baju tak berbasuh bertaburan. bertimbun kain baju yang tak berlipat. pinggan mangkuk bersusun dalam sink.
aku terpaksa belajar membahagikan masa untuk mengemas rumah dan menjenguk marshitah di hospital. hanya tuhan sahaja yang mengerti hatiku ketika itu zul. baru aku sedar betapa selama ini, insan yang bergeslar isteri itu memikul tanggungjawab yang amat berat. amat berat. aku ikhlas mengaku, zul. jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat marshitah menanggung kesakitan daripada menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri.
kesihatan marshitah semakin menyusut. aku terus diburu rasa kesal yang tiada berkesudahan. kata doktor, barah marshitah telah merebak ke tulang belakang. barah adalah penyakit perjalanan sehala. tidak ada jalan pulang. tiketnya hanya menuju satu destinasi sahaja iaitu mati! aku takut kehilangannya zul. aku mula merasa bahangnya ketika itu.aku ingkar sekali lagi. permata jernih mengalir di kelopak mataku. suatu vhari marshitah memanggilku. tidak seperti hari-hari sebelumnya. suaranya lemah sekali. aku jadi kaget seketika. perasaan takut kehilangannya sekali lagi datang menyerang. walaupun kutahu saat itu akan tiba, aku seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan itu.
wajah marshitah tenang. dia menguntumkan senyuman yang kukira disebalik senyuman itu tersembunyi kesakitan yang amat sangat. kepalanya kuriba. ya allah! tika kutelus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu per satu rambutnya gugur. lebih mengguriskan hatiku lagi, ada parut panjang akibat terhantuk di bucu meja suatu masa dulu masih bersisa. betapa berdosanya aku. aku tidak dapat menahan sebakku lagi. aku biarkan permata jernih itu mengalir di hadapan marshitah. aku terlalu banyak menyiksanya. besarnya dosaku terhadap insan yang bergelar isteri ini!
marshitah semakin lemah. ada air jernih bergenang di kelopak matanya. marshitah pohon agar aku halalkan makan minumnya selama ini, kasih sayang yang kucurahkan kepadanya selama ini serta air susunya yang membesarkan ain walaupun dia bukan ibu kandung ain. marshitah juga mohon ampun dariku kerana tidak dapat memberikan zuriat yang dikandung oleh rahimnya sendiri kepadaku sepanjang usia perkahwinan kami.
zul, tangannya kupegang erat. tak pernah terlintas sedikitpun untuk aku merenggangkan pegangan tanganku itu. aku tak rela melepaskannya pergi.
bersama hari yang baru mendaki waktu dhuha serta diiringi kalimah syahadah, marshitah pergi meninggalkan aku. marshitah terlena dalam dakapanku. lena yang cukup panjang!
aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang marshitah telah tiada. ain tiba dariaustralia petang itu juga. sempat dia mengucup dahi ibunya. zul, megat panji alam masih terbau harum rambut tejanya. aku masih terbau harum puspa kemboja. sungguh, aku amat merinduinya, zul. sungguh juga aku terlalu menyayanginya. dia isteriku, zul.
syed omar syahiddin, sri hartamas, kuala lumpur,malaysia lace.
bait-bait terakhir warkah syiddin cukup meruntun hatiku. air mata yang seakan tidak mahu berhenti terpaksa aku seka. besarnya pengorbanan seorang isteri. aku juga seperti kau syiddin. tak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan yang bernama wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri.
puputan pawana musim gugur menggigit aku. terima kasih syiddin, kerana kau menyedarkan aku. kau menyedarkan aku sebelum terlambat. aku juga tidak pernah mengucapkan sayang pada isteri yang telah 20 tahun bersamaku. terima kasih sekali lagi. aku tak mahu terlewat untuk mengucapkannya seperti kau.
aku bangun. meera tertidur di sofa. mungkin kerana penat menyelesaikan tugasan rumah. ameera puspa isteriku, kurenung jauh ke wajahnya. akucuba untuk memahami betapa penatnya tugas seorang isteri. dalam hatiku berbisik, aku tak mahu terlewat untuk mengucapkannya.
kuusap rambutnya dan aku berbisik ke telinganya. meera, abang sayangkan meera! meera terpisat-pisat bangun dari tidurnya sambil memandang ke arah wajahku. tidurnya terganggu oleh suaraku tadi. aku tidak peduli. syiddin terlewat. aku tidak mahu terlewat. aku kira insan lain yang bergelar suami juga tidak mahu terlewat untuk itu. selagi detik masih merangkak, selagi jantung masih berdenyut, hargailah dia. insan yang bergelar seorang ISTERI
~asfirhana~
-manusia memang macam tu bila sesuatu dah hilang, baru nak menyesal. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna
hemm kagum2..ayat dia best..bsahaja n mudah nk paham makna pn mdalam.. ucap la kate sayang slagi termampu kan!!! ~~~pandanasiza~~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnyer cite nie sedih sgt....