Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tulip Mekar Di Edinburg Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan bermuda coklat yang menampakkan susuk badannya yang agak tegap. "Aina, cuba lihat burung itu," kata Sufian. Aina mendongak pada seekor burung kecil yang bertenggek di atas sebatang kayu reput di pinggir tasik. "Tadi mereka sama-sama terbang, tapi bila suatu ketika mereka akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing," kata Sufian dengan penuh makna. Sebatang ranting kecil pohon cemara tempat mereka berteduh jatuh di hujung kasutnya. Tangan kasarnya pantas mencapai, mematah-matahkan ranting kecil itu dan mengeluh perlahan. "Kalau Aina pergi, Sufian hanya akan bersahabat dengan burung itu sahaja. Lebih baik memilih burung comel itu sebagai teman, manusia tidak setia sepertinya," kata Sufian perlahan, kemudian menyambung, "Aina, awak mesti ingat, Emily yang bertemankan burung kerana kecewa dengan Afiq kekasihnya sendiri. Aina ingat novel tu?" Novel yang tiba petang 29 Mei lalu, dibungkus dengan kertas berkilat merah jambu, berikat reben kecil putih dengan ikatan buku sila, kembali terpampang dalam ingatan Aina. Hadiah hari lahirnya yang ke-17. Usia yang masih muda bagi orang zaman siber ini. Aina mengerutkan kening sambil mengusap rambutnya yang meremang ditiup bayu laut. Kata-kata Sufian terus menikam gegendang telinganya. Dia yang faham apa yang tersirat di hati Sufian cuma membatukan dirinya tanpa menjawab walaupun sepatah. Sufian berdiri lalu menarik nafas dalam-dalam, seperti mengumpulkan seluruh kekuatan dan menenggelamkan segerombolan debar ke dalam lautan perasaannya. "Masa begitu pantas Sufian, dan Aina seakan tidak percaya kita akan berpisah tidak lama lagi." "Aina tidak pernah menjanjikan apa-apa di dalam hubungan kita, Aina hanya mampu menjanjikan kesetiaan," janji Aina sambil menahan sebak. Wajah Sufian sedikit bergelombang apabila mendengar kata-kata Aina, seperti air tasik yang beriak perlahan bila sehelai daun kering menimpanya tapi cepat-cepat ia tenang kembali. Tapi dalam diri ada ombak yang menderu dan menghempas pantai perasaannya. Dan Sufian masih menunggu kata-kata yang jatuh dari bibir Aina. Kata-kata yang memberinya harapan. Akhirnya dia mengeluh dan berkata perlahan. "Aina memberikan harapan tetapi mematikannya dengan diammu," kata Sufian sambil memusingkan badannya ke arahku. Ah, lima tahun bukannya lama. Lagipun, dalam kehidupan yang serba pantas dan sarat dengan pelbagai agenda ini, waktu beredar bak ribut. Aku faham perasaan Sufian yang tidak sanggup kehilanganku walaupun sesaat kerana aku dan Sufian telah berkenalan sejak tingkatan tiga lagi. "Rupanya sukar juga ingin menyelami hatimu. Tenang di permukaan, ombak beralun di dasarnya,"bisik hati Aina. "Universiti Edinburg ini terletak di kota Edinburg, ibu negeri Scotland. Kalau waktu terluang awak boleh ker Lowe Farm untuk memetik strawberi, epal, plum atau pear. Atau boleh juga melihat ladang gandum terbentang hijau dan kemudianya kuning keemasan atau melintasi Forth Bridge ke Avlemore, bermain ski di Calmgorn Hill. Salji yang turun bagai hujan dan lembut bak kapas. Melihat tasik membeku dan bunga-bunga tulip kembang mekar," kata-kata Prof. Zaid Izzudin membesarkan keinginan Aina untuk menyentuh bumi Scotland. Merantau juga satu proses pembelajaran, untuk mengenal dan mengagumi keagungan Tuhan, seterusnya merasakan kekerdilan diri. Aina menelan kata-kata Prof. Zaid Izzudin dengan gelombang yang berguling-guling dalam dadanya. Sukarnya untuk memilih antara dua persimpangan. "Pergi saja Aina sementara ada peluang. Sufian bukan mahu menghasut Aina, tapi fikirlah baik-baik. Janganlah kerana Sufian, Aina jadikan alasan untuk menolak tawaran ini. Aina pergi bukan untuk selama-lamanya. Lagipun, kita masih boleh berhubung antara satu sama lain. E-mail kan ada,"kata Sufian. "Come on Aina, dunia sekarang semakin canggih. Segala makumat di hujung jari dan Aina mampu berinteraksi dengan sesiapa saja dengan mudah," kata Zahirah, rakan sekuliah Aina yang sedikit gempal itu memberikan pendapatnya. Pendapat kawan-kawannya tindih-menindih dalam kepala Aina. Ditambah pula dengan harapan mak dan ayah yang ingin melihat anak perempuan kesayangannya menjejakkan kaki ke bumi orang putih. Tentu mak akan bercerita dengan bangga kepada semua orang sanak-saudara dan orang-orang kampung tentang anak bongsunya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ayah tentu mengadakan kenduri kesyukuran dan meminta Imam Yusoff membacakan doa keberkatan dan keselamatan keberangkatannya ke Edinburg, Scotland. Tentu berduyun-duyun sanak-saudara menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA). Pastinya, mak akan tersenyum lebar dan mencium pipiku sebagai tanda mengucapkan tahniah. Namun, bila difikirkan, Aina berasa bersalah kerana pernah berjanji dengan Sufian bahawa dia tidak akan tinggalkan Sufian walaupun apa pun yang terjadi. Dia mahu hubungan mereka berkekalan, biarlah maut saja yang memisahkannya. Tetapi tawaran peringkat sarjana ini mewujudkan dua jalan. Dan rupanya persimpangan ini menuntut pengorbanan yang besar. Dia amat menyayangi Sufian tetapi tawaran sebesar ini juga sukar dilepaskan. Aina membiarkan kakinya di atas pasir pantai yang sesekali diusik masin air laut. Matanya terpaku pada laut yang berombak perlahan. Dalam hatinya gemuruh badai kian menggila. Sufian juga membisu seperti kehilangan kata-kata. "Aina... " Aina menoleh tetapi tidak sampai hati untuk memandang Sufian. "Sufian tidak mahu menjadi penghalang untuk Aina mengejar cita-cita yang Aina impikan selama ini. Seperti mana yang Sufian katakan dulu, kebahagian Aina adalah kebahagian Sufian juga. Jika selama ini Sufian sanggup berkorban segalanya untuk Aina. Tidak mustahil kali ini Sufian terpaksa mengorbankan perhubungan kita untuk kejayaan Aina. Aina pun tahu Sufian sanggup lakukan apa saja untuk Aina selama ini." Sufian terdiam seketika. "Aina... setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan kerana ini adalah lumrah kehidupan. Anggaplah ini sebagai takdir Ilahi untuk menguji kesabaran dan keiman kita terhadap-Nya. Dan sebagai seorang manusia, kadangkala kita terpaksa akur dengan kehendak-Nya walaupun pada dasarnya kita tidak dapat menerimanya," kata Sufian menyusup terus ke dalam kalbu. "Hanya satu pesanan Sufian, sayangilah sebuah pertemuan kerana ia mewujudkan kemesraan dan cintailah sebuah perpisahan kerana ia melahirkan kerinduan... .." "Sufian... Aina tidak sanggup berpisah dengan Sufian. Kehadiran Sufian benar-benar merubahkan kehidupan Aina. Bila Aina sunyi, Sufian menjadi teman untuk berbicara... bila Aina sedih, Sufian mengukirkan senyuman Aina dan bila Aina berputus asa, Sufian yang suntikkan semangat dalam jiwa ini," kata Aina dengan penuh kesyahduan. "Sufian, Aina bukan jenis manusia yang hipokrit, tak semudah itu untuk Aina melupakan segala jasa yang telah Sufian berikan. Cuma buat masa ini Aina keliru dengan keadaan yang berlaku di sekelilingi hidup ini," cetus Aina sambil menarik nafas panjang. Malam itu, Sufian berbaring di kamarnya. Merenung kembali kenangan yang dilalui bersama insan yang disayanginya... Tangannya memetik suis radio yang terletak di tepi meja tulisnya. Suara DJ kesayangnya, Linda Onn memecah keheningan dam kesunyian malam. Sedetik kemudian kedengaran lagu dendangan kumpulan trio adik-beradik, KRU bertajuk "Sayang" yang dirasakan mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya. "Tak ku pinta oh.. malapetaka yang jatuh menimpa dan menguji cinta kita namun daku tak sanggup lihatmu mengorban hidupmu semata-mata untukku duhai sayang.. kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna pergilah sayang.. dirimu kan tetap daku kenang setiap malam berlinang air mataku jadi peransang merindumu sayang jangan pula dikau salah sangka ku mungkir janji... ku tak mencintai lagi tapi kini, izin ku undur diri kerna tak mampu untuk membahagiakanmu bila saja, untuk ku melepaskanmu biar ku tanggung deritaku... . dakaplah aku untuk kali terakhir, kasihku berikan ku peluang 'tuk menatapi wajahmu agar abadi di ingatanku pergilah sayang.. kau kan tetap ku kenang.." Malam itu, Aina bermimpi melawat Edinburg Castle. Salji sangat lebat menimpa jalan, rumah dan pepohon. Dia melihat bumbung-bumbung rumah dan pokok-pokok diliputi salji. Dia berlari-lari di tepi tasik yang air di permukaannya beku. Bila dipecahkan berkeping-keping bagaikan cermin. Dia bermimpi mengutip epal dan strawberi. Tiba-tiba di tengah keputihan salji, dia terpandang Sufian berjalan dan memakai baju tebal yang diperbuat daripada bulu bebiri. Sufian berjalan seorangan dan membiarkan salji menimpanya. Aina melaung beberapa kali tetapi Sufian tidak menoleh. Akhirnya, Sufian hilang daripada pandangan. Kapal terbang MAS meninggalkan Sepang menuju ke Heathrow. Perlahan-lahan bumi semenanjung ditinggalkan dan diganti dengan warna awan yang putih. Aina melayan perasaannya sendiri yang bercampur-baur. Fikirannya melayang seketika apabila mendengar lagu "From the bottom of my broken heart" nyanyian penyanyi barat yang cukup terkenal dengan imej seksi itu menyentuh perasaan Aina dan membuatkannya teringat nolstagianya bersama Sufian. Kemudian cepat-cepat Aina memujuk perasaannya sambil menghitung masa yang diperlukan untuk sampai ke negara bunga tulip itu. Terbayang-bayang di ruang matanya bunga-bunga tulip yang kembang mekar di Edinburg di musim bunga ketika ini...
Cerita yang matang, plot yang tersusun, bahasa yang menyusuk jiwa.. apabila dibaca begitu terasa bagaikan ada kuasa 'asmara' 'cinta' yang menyala.. teruskan berkarya..
sudilah baca sis punya, cerpen.. cinta untuk gadisku..or lawat blog www.norafuad.blogspot.com
sudi jika ingin menyambung siraturrahim...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Cerita yang matang, plot yang tersusun, bahasa yang menyusuk jiwa.. apabila dibaca begitu terasa bagaikan ada kuasa 'asmara' 'cinta' yang menyala.. teruskan berkarya..
sudilah baca sis punya, cerpen.. cinta untuk gadisku..or lawat blog www.norafuad.blogspot.com
sudi jika ingin menyambung siraturrahim...