BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Disember 05, 2006
cerpen: suara hati adik
Prolog
Malam telah larut. Diluar, hujan masih lebat membasahi bumi. Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam. Aishah masih seperti tadi. Dia menyendiri dalam kedinginan, memerhati kearah kerlipan cahaya neon yang berbalam didalam hujan. Jalur-jalur air yang menitis, turun memanjang dipermukaan tingkap menjadi santapan matanya. Sesekali jemari halusnya mencorakkan tulisan dan lukisan pada wajah cermin yang berkabus kerana cuaca yang sejuk. Waktu adik kecil-kecil dulu, kalau hujan sahaja, pasti umi akan datang mencarinya. Pastinya umi akan eratkan dakapan selimut tebal ketubuhnya. Tatkala guruh dan kilat bersabung dilangit, umi tak pernah lekang mendakapnya hangat, mencairkan ketakutan yang membeku dalam dirinya. Tiba-tiba dia disapa rindu yang teramat. Umi, adik rindu. Aishah menarik langsir menutupi ruang jendela. Dia merapati meja tulis, pena yang terbaring diatas meja dicapai. Diloretkan diatas kertas kajang berwarna biru, warkah terakhir untuk umi. Disuarakan segala yang bersarang dilubuk hati. Rasanya, dia tak sempat menyampaikan hajat umi. Terlalu hampir rasanya dirinya dengan noktah kehidupan.
Part 1
"Adik jangan takut, umi ada sini, adik tidur baik-baik ya," kucupan hangat dari bibir umi melekat didahinya.
Ketakutan yang beraja telah berjaya umi hambat. Dia lena dalam dakapan kasih seorang umi. Dia lena hingga matahari mula menyuluh alam, dia terjaga bila titis embun mula mengering dihujung daun.
"Umi tu selalu sangat manjakan adik, bila lagi dia nak berdikari?" paginya yang ceria kembali suram tatkala mendengar kata-kata along. Dia hanya mematikan diri diatas tangga, menanti bait-bait ayat yang bakal dibahaskan berkenaan dirinya. "Adik tu kan kecil lagi, tak salah umi temankan dia,"sambil sibuk menyediakan sarapan untuk abah, along, angah dan adik, umi tetap melayan along bersembang. "Kecil apa umi, dah tingkatan 1, dah besar," sampuk angah.
Dia perhatikan sahaja dari anak tangga, betapa along dan angah manja dilayan abah dan umi. Rasa lapar adik hilang, terbantut langkah adik untuk menyertai mereka.
"Adik, mari cepat, kejap lagi bas sekolah sampai," umi menggamit adik dengan senyum manis. Langkah adik agak perlahan, adik tidak sanggup menghadap rezeki dengan rasa benci dari orang semeja.
"Lewat lagi, hari-hari lewat, pemalas betul,dengus angah. Adik tidak mengangkat wajah, adik takut membalas pandangan benci wajah angah. "Sudah, makanlah cepat, tak habis-habis nak berbalah,"umi menuangkan susu dalam cawan adik. Umi suakan pinggan berisi nasi goreng depan adik. "Makan adik, nanti lapar dalam kelas,"sambil bercakap, umi usap ubun-ubun kepala adik. Lapang rasa dada adik, sentuhan umi berjaya mengambus kepiluan dalam jiwa adik.
Part 2
Hari ni semua pelajar datang kesekolah dengan ibu dan ayah masing-masing. Meja didalam kelas telah disusun ketepi, hanya kerusi disusun memanjang, supaya senang ibu dan ayah pelajar menanti giliran berjumpa guru. Adik masih lagi bersendirian. Abah dan umi pergi kekelas along dan angah dulu. Ramai teman-teman adik yang telah pulang dengan membawa report card masing-masing. Adik duduk menghadap pintu masuk, dengan harapan agar abah dan umi cepat sampai. Tinggal tiga orang sahaja lagi kawan adik menanti giliran berjumpa dengan Cikgu Zul. Wajah adik cerah, umi yang memakai baju kurung pesak berwarna biru laut melangkah masuk dengan senyum. Adik menerpa kearah umi, adik salam dan cium tangan umi, macam biasa-biasa yang adik lakukan. "Abah mana?"adik tercari-cari. Senyum umi berubah sedikit, agak kelat. Adik dapat baca apa yang tersirat dibalik perubahan wajah umi. "Tak apalah umi, umi datang ni pun dah cukup bersyukur bagi adik," adik menarik tangan umi kesebuah kerusi berhampiran. Adik tak mahu mendengar alasan umi, adik tak mahu umi berbohong, mereka-reka alasan untuk menjaga perasaan adik. Adik tahu abah tak akan sudi hadir, adik tahu abah tak mahu tahu apa yang tercatat dalam report card adik. "Aishah," Cikgu Zul memanggil. Adik bangun, berpimpin tangan dengan umi. "Anak puan ni pandai. Akademiknya bagus, cuma dia agak kurang aktif dalam aktiviti sukan,"Cikgu Zul meneliti report card adik. "Dia tak berapa sihat cikgu, doctor menyarankan agar dia tak berapa aktif, sebab dia ada asma,"jelas umi, adik tahu Cikgu Zul sudah sedia maklum tentang masalah kesihatan adik. Cikgu Zul sekadar mengangguk. "Tahniah Aishah, awak berjaya lagi, nombor satu tu macam kepunyaan awak seorang,"Cikgu Zul senyum, adik dan umi membalas senyum Cikgu Zul dengan perasaan senang. "Terima kasih cikgu, ini semua kerana dorongan guru-guru dan kerjasama kawan-kawan,"balas adik merendah diri.
Hari itu, adik pulang sekolah awal, pulang dengan umi menaiki teksi. Adik tengok kereta abah dah ada didalam garage. Adik tahu abah balik dengan along dan angah, adik tak marah, adik lebih selesa begitu. Asalkan ada umi, adik cukup bahagia.
"Anak manja umi dapat nombor berapa?" along menegur. Ada riak cemburu dalam matanya. "Macam biasalah,"balas umi ceria. "Alah, nasib baik aje tu," cebik angah pula. "Isk, jangan cakap begitu, anak-anak umikan semuanya pandai-pandai. Along dah angah pun dapat nombor 5 kebawahkan, umi bangga dengan semua anak umi,"umi mendekati along dan angah yang sedang menonton televisyen. Adik tak nampak abah, mungkin berada didalam bilik, sedang tidur barangkali. "Umi, adik naik dulu ya," adik lebih senang memerap dengan buku-buku didalam bilik. Jarang sekali adik berkumpul dengan ahli keluarga lain diruang tamu. Adik tahu kehadiran adik tidak dialu-alukan. "Iyalah, nanti lepas solat zuhur, turun makan ya,"umi sempat berpesan.
Part 3
A dik masuk tingkatan 3 tahun ini, along dan angah pula dah tamat sekolah. Along berjaya menginjakkan kaki ke UPM selepas tamat STPM, angah pula bejaya memasuki Politeknik Shah Alam, selepas mendapat sijil SPM. Tahun ini, adik bertungkus lumus untuk menghadapi PMR. Adik agak tenang, kerana along dan angah tiada dirumah. Adik bebas bermanja dengan umi, adik riang duduk disetiap inci manapun ruang dalam rumah banglo dua tingkat itu. Abah masih macam dulu, kurang bercakap kalau bersama dengan adik, tapi adik tahu abah sayang adik. Abah tak pernah susut menghulurkan duit belanja untuk adik. Abah masukkan adik ke kelas tuisyen, abah hantar adik kekelas mengaji Quran, adik tahu, abah sayang adik. Cuma abah tidak banyak mulut kalau bersama adik, tidak macam bersama along dan angah, abah cukup banyak bicara. Kadangkala, adik terfikir, apa salah adik. Dimana kurangnya adik berbanding along dan angah. Adakah kerana adik lahir dalam suasana yang salah? Agaknya adik ni terlalu menyusahkan bagi mereka. Adik tak mahu fikirkan sangat, kalau adik fikir banyak, kepala adik akan sakit.
Adik rasa hari berganjak terlalu cepat, adik telah berjaya dalam spm. 9A1, umilah manusia paling gembira. Umi kucup wajah adik, umi peluk adik kemas dalam dakapan. Umi tak sudah-sudah memanjatkan syukur kehadrat ilahi. Adik menangis dalam pelukan umi. Adik menangis kerana usaha adik berhasil. Adik menangis kerana abah ucap tahniah, pertama kali dalam hidup adik, abah tampil mengucap kalimat berharga itu. Walau ucapan abah dalam nada agak dingin, mungkin kerana abah tak biasa mengucapkannya, adik cukup rasa seronok. Adik seronok hingga menitiskan air mata. Adik terlalu gembira dengan sepotong ayat dari abah, "tahniah adik," adik cukup terharu.
Adik tak boleh bermanja-manja lagi dengan umi. Adik mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UUM. Adik terpaksa berjauhan dengan umi. Adik korbankan kasih sayang adik demi memenuhi tanggungjawab adik sebagai pelajar. Adik jarang balik kerumah. Adik tak mahu along dan angah kata adik menghabiskan duit dengan tambang pergi balik. Adik tidak sanggup mendengar sindiran tajam dari mereka. Tapi, adik ada alasan yang lebih kukuh.
"Umi lebih sayangkan anak angkat dari anak sendiri,"sewaktu melintasi bilik umi, adik terdengar along bercakap dalam nada kasar. Adik berhenti seketika, anak angkat? Siapa anak angkat? "Umi sayang semua anak umi sama rata. Bagi umi, adik dah umpama anak kandung umi sendiri," sayu suara umi singgah ditelinga adik. Adik hampir terduduk, lutut adik lemah, tulang adik rasa rapuh, badan adik hampir tidak dapat diampu lagi. "Apa yang adik nak, mesti dapat, along minta sikit aje dari umi, semua umi kata akan bincang dengan abah," adik benci mendengar along berkasar dengan umi. Adik tak suka hati umi dicalari, lebih-lebih lagi kerana adik. "Umi tak ada duit sebanyak itu, along mintalah dengan abah, umi pasti abah pasti bagi. Lagipun, buat apa along nak pakai kereta, alongkan baru aje kerja, motor tu pun baru lagi," adik tidak menanti lama. Adik tak mahu tahu apa yang dibicarakan oleh umi dan along. Pokoknya sekarang, adik dah tahu bahawa selama ini adik dicemuh kerana adik hanya anak angkat. Terusai sudah segala persoalan dikepala adik sejak bertahun dulu. Adik tahu kini mengapa adik tidak diterima disebagai ahli keluarga, adik mengerti mengapa adik dilayan sebegitu rupa. Adik hanyalah anak angkat. Patutlah adik ada sedikit perbezaan dengan along dan angah. Kulit adik agak cerah, rambut adik pula beralun dengan warna keemasan, tidak hitam dan lurus seperti along dan angah. Tapi umi kata, tak semestinya adik beradik kena sama. Dalam sentandan kelapa, tak semuanya sama. Ramai lagi orang lain adik-beradik rupa tak sama. Adik percaya, adik lupakan sahaja persoalan itu. Hari ini, adik telah mengetahui kisah sebenar. Sampai hati umi merahsiakan dari adik. Kalau adik tahu dari awal, adik tak akan melebih-lebih mengharap kasih umi. Adik tidak akan bermanja dengan umi hingga along dan angah cemburu.
Umi menangis bila adik persoalkan status adik. Adik rasa berdosa buat umi menitiskan air mata. Tapi adik perlu tahu, adik mahu segala yang samar diperjelaskan. Adik tidak mahu hidup dalam kekeliruan. "Adik, umi sayang adik macam anak kandung umi," umi peluk adik. Bahu adik basah dengan air mata umi. "Adik tahu, terima kasih umi," adik turut menangis, malang sungguh hidup adik, dah lah terbuang, hidup menumpang pula tidak disukai orang. "Umi jumpa adik depan pintu pagar. Masa tu umi nak pergi pasar, umi jumpa adik dalam balutan kain batik. Umi pujuk abah, umi rayu abah agar ambil adik sebagai anak angkat,"hati adik tersayat luka. Sampai hati ibu adik membuang adik. Dari lembah manakah adik dilahirkan? Dari salur manakah adik tercipta? "Umi ceritakan pada along dengan angah bila mereka dah mula faham. Umi mahu mereka sayang adik seperti adik sendiri,". Tapi adik tak diterimakan umi? Adik tahu, siapalah adik, entah dari mana asal usul, entah darah dalam badan adik ini bersih ke kotor. Adik tak salahkan along dan angah kalau mereka membenci adik. "Adik, jangan tinggalkan umi, umi tak boleh berpisah dengan adik,"rayuan umi membuatkan hati adik bertambah sedih. Alangkah bahagianya adik kalau umi adalah umi kandung adik. Bersyukur teramat adik kerana dipertemukan dengan umi, umi yang pengasih, umi yang penyayang. "Adik janji, adik akan sayang umi, kasih sayang adik tak akan tersukat dengan luasnya lautan, tak akan dapat diukur dengan tingginya gunung atau banjaran,"adik cium wajah umi.
Part 4
Adik meneruskan pengajian adik, matlamat adik hanya satu, adik nak lulus. Adik nak hadiahkan kejayaan adik untuk umi. Satu-satunya insan dimuka bumi ini yang sudi mengasihi adik seikhlas-ikhlasnya. Adik selalu diserang asma, tapi adik biarkan. Adik tidak mahu khabarkan pada umi, adik tak mahu umi susah hati. Kepala adik pun selalu sakit, adik diamkan juga. Bagi adik, adik sakit kepala kerana migraine, kerana terlalu banyak membaca, kerana adik gila study. Adik pendamkan rasa sakit dan adik hanya akan menelan panadol, selebihnya, adik jadikan umi sebagai penawar segala penyakit. Adik akan call umi, bercerita dengan umi, adik akan luahkan segala rasa kasih adik atas muka kertas, adik coretkan betapa bahagia adik ditanah Sintok ini. Segala khabar adik adalah yang indah-indah dan baik-baik belaka. Adik mahu umi senang hati, adik mahu umi bahagia. Adik bariskan pelbagai alasan bila umi tanya kenapa adik tak balik bercuti. Adik senaraikan aktiviti yang adik kena ikuti untuk menambah point permarkahan gred adik. Umi memujuk adik untuk pulang sehari dua. Adik berjanji akan pulang, adik akan pulang juga satu hari nanti. Umi hanya perlu tunggu.
Kesakitan adik rasanya telah meruncing. Dihari akhir peperiksaan terakhir, adik pengsan dalam dewan peperiksaan. Adik dikejarkan kehospital. Adik didapati menghidap barah, peringkat akhir. Adik minta doctor rahsiakan, adik merayu doctor agar jangan diberitakan perkara tersebut kepada ahli keluarga. Adik akan khabarkan sendiri berita itu pada mereka. Adik sebenarnya tak mahu umi menangis lagi. Cukuplah tangisan umi yang lepas-lepas sewaktu mempertahankan adik dirumah itu. Adik tak mahu umi terluka lagi. Pada umi, adik memberitahu, adik dapat tawaran kerja yang baik dibumi Kedah. Adik akan balik bila ada cuti, ada sendu pada suara umi. Maafkan adik umi, adik sebenarnya kena menjadi tetamu hospital. Adik harus menjalani rawatan. Adik tak mahu umi lihat badan adik yang susut, adik tak mahu umi menangis melihat kesan jarum suntikan dilengan adik. Adik tak mahu melihat umi sedih. Adik harus kuat menghadapi derita ini, kerana itu adik tak mahu melihat derai air mata umi, kerana air mata umi hanya akan merobohkan kekuatan adik.
Part 5
Assalamualaikum,
Buat tatapan umi yang tercinta,
Umi, terlebih dahulu, ampunkan adik kerana tidak dapat berjumpa dengan umi seperti yang umi hajatkan. Adik tetap pulang, cuma pulang dengan jasad, tanpa roh dan nyawa. Kesatlah air mata tu umi, adik tak tahan tengok umi menangis. Umi sayang adikkan, umi jangan marah adik kerana tidak pulang kepangkuan umi dengan segera.
Umi, maafkan adik kerana tidak memberitahu perkara sebenar dari awal. Adik tak mahu, dengan pendedahan penderitaan penyakit ini, along dan angah akan menuduh adik sengaja memancing perhatian abah dan umi.
Umi, adik terlalu rindukan umi. Adik rindu kucupan hangat umi, adik rindu untuk tidur dalam dakapan kasih umi. Adik rindu untuk menatap wajah bersih umi, senyum manis umi, adik rindu belaian lembut umi.
Umi, adik sakit. Adik terlalu derita umi. Perit umi, adik dah tak tahan lagi. Ubat yang doctor bagi pahit, tak seenak masakan umi, tak sesedap kuih tepung pelita kegemaran adik yang umi selalu buatkan. Pagi tadi, adik pergi hospital lagi, doctor beri adik suntikan, hancur lengan adik dengan tosokan jarum, umi. Adik ingin menangis, adik ingin merayu kepada doctor agar jangan cucuk tubuh badan adik. Adik tak sanggup lagi. Telah bertiup darah dari urat adik doctor ambil.Kalau masa kecil dulu, umi ada untuk tuamkan lebam dilengan adik, kini adik sendiri, menghadapi segalanya seorang. Memang patut pun begitukan umi, bukankah adik sebenarnya hanya sendirian dimuka bumi ini. Bukankah dari awal lagi adik telah terbuang, adik tidak diterima sesiapa.
Umi, adik ingin meminta pertolongan umi. Adik tahu, hanya pada umi adik dapat hamparkan secebis harapan. Adik tak punya sesiapa, adik hanya ada umi. Satu-satunya insan yang adik sayang, yang adik kasih dan adik junjung cinta hingga kehujung nyawa adik.
Umi, minta adik, sampaikanlah salam adik, salam penuh kasih sayang, salam yang sarat dengan penghargaan dan terima kasih, buat abah, along dan angah.
Umi, khabarkan pada mereka, adik terlalu kasihkan mereka. Beritakan pada mereka, adik tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau rasa marah dihujung hati ini terhadap mereka. Yang ada dalam hati adik, hanya rasa kasih, sayang dan cinta yang tak pernah padam walaupun telah ditiup dengan pelbagai tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian. Adik tetap anak umi yang umi susukan sejak kecil, adik tetap adik yang pemaaf, pengasih dan penyayang.
Umi, jelaskan pada mereka, adik telah ampunkan segala ketelanjuran mereka, samada bicara atau perbuatan mereka terhadap adik. Adik faham, kehadiran adik telah merampas kemakmuran dan kebahagiaan mereka. Adik mengerti, perbuatan mereka didorong rasa terancam dengan kehadiran adik.
Umi, katakan pada abah, adik terlalu menghormatinya. Tanpa abah adik tak akan belajar sampai pandai.Cuma, adik tak sempat menghadiri konvokesyen, adik tak sempat mendengar ucapan yang teramat adik rindu dari bibir abah, "tahniah adik". Adik harap abah akan tetap ucapkan tahniah, walau tanpa adik didepan abah. Tanpa abah, adik tidak mampu berdikari diatas kaki sendiri. Hulurkan salam peluk cium dari adik untuk abah. Sujud sembah ampun adik untuk abah, rayulah bagi pihak adik umi, agar abah halalkan segala makan, minum dan perbelanjaan abah dalam membesarkan adik.
Umi, adik terlalu sakit umi. Setiap hari adik pohon dalam doa, agar Allah leraikan penderitaan ini. Adik tak lupa juga panjatkan dalam doa adik, agar Allah pelihara umi, abah, along dan angah. Adik minta Allah berkati hidup kita sekeluarga. Adik memohon agar andai nyawa yang dipinjamkan diambil semula, biarlah ada orang yang sudi hulurkan walau hanya sepotong ayat Al-Quran untuk adik. Rayu adik pada umi, hadiahkanlah surah yassin untuk adik. Mesti adik akan senyum, adik pasti bahagia walau adik pergi dalam derita yang teramat. Adik suka dengar suara umi melagukan bacaan Al-Quran. Adik tenang mendengar setiap kalimah yang umi baca. Adik akan terus rindukan suara umi yang lemak merdu itu. Tolong ya umi, sampaikan pada abah, along dan angah, hadiahkanlah adik bacaan yassin, adik tak minta banyak. Tak perlu keluarkan wang, tak perlukan tenaga yang banyak, sikit aje adik minta, minta dengan penuh harap, hadiahkan lah adik dengan sesuatu yang adik suka.
Umi, adik rasa Allah sayangkan adik. Mungkin hari ini, Allah akan makbulkan doa adik. Mungkin hari ini adalah pengakhiran derita adik. Allah akan mansuhkan penyakit adik umi. Adik pernah bermohon, andai kematian adalah pengakhiran derita ini, adik sedia menerima. Adik sedia pergi dulu walaupun usia adik masih muda. Adik sedia meninggalkan muka bumi ini walaupun adik masih belum puas bermanja dengan umi. Lagipun, tiada siapa yang akan meratap pemergian adik nanti. Yang adik pasti, hanya umi seorang yang akan merasa kehilangan adik. Umi seorang yang akan bersedih dengan pemergian adik. Tapi, adik yakin, sedih umi hanya sekejap. Kepiluan umi akan terubat dengan adanya abah, dengan kehadirang along dan angah dalam hidup umi. Pastinya warna kehidupan umi indah, ceria walau tanpa adik.
Umi, dipengakhiran warkah ini, adik dengan rasa rendah diri, dengan penuh kasih, memohon ampun dan maaf dari umi. Adik pinta halalkan seawal titis susu yang umi suapkan hinggalah segala apa yang adik makan atau minum. Setiap kelakuan adik, setiap kesilapan, pinta adik, ampunkanlah. Rayu adik pada umi, sayangilah adik walau adik telah tiada. Pada abah, along dan angah jua, maaf adik pinta, dari hujung bilah rambut hingga kehujung jari kaki, sepuluh jari adik susun, relakan pemergian adik. Jangan ada sebarang kesalan, jangan simpan rasa kecewa dalam hati. Biarlah apa yang terjadi, dibawa angin lalu, yang lepas biar jadi sejarah.Terima kasih yang tak terhingga kepada umi dan abah kerana sudi mengasuh adik, walaupun ibu kandung adik sendiri menolak kehadiran adik dibumi ini. Hanya Allah yang akan membalas jasa umi dan abah. Adik redha dengan ketentuan yang diturunkan Allah ini. Segalanya punya hikmah yang tersembunyi.
Umi, sayang rasanya untuk pergi, ralat rasanya tidak dapat menatap wajah umi sebelum adik berangkat. Teringin sangat adik mendakap tubuh umi, mencium seluruh wajah umi. Izinkan umi, adik mengucup tangan dan wajah umi dalam khayalan.
Umi, abah, along dan angah, adik minta izin untuk pergi. Lambaian akhir ini, adik harap sudi disambut oleh kalian. Jangan iringi jasad adik dengan air mata. Rugi membazir air mata untuk seorang anak dan adik yang tak pernah bersinar dalam keluarga. Iringilah adik dengan doa agar adik tidak dicampak kedalam relung panas menyambar, InsyaAllah.
Salam kasih, salam penuh kecintaan untuk umi tersayang, abah, along dan angah terkasih, ampun kan adik, redhalah dengan takdir ilahi. Assalamualaikum.
-suara hati adik- Nur Aishah Abdullah.
Part 6
Air mata umi luruh, laju membasahi seluruh wajah. Umi kesal, kerana tidak dapat mendakap Aishah. Umi tak dapat penuhi impian dan permintaan terakhir adik, anak umi yang amat jarang membuat permintaan.
Abah hanya kaku disisi umi, air mata abah yang mengalir, telah membuktikan yang abah turut terasa pemergian Aishah. Tapi abah tau, abah telah terlewat. Kali ini, adik pergi bukan dekat, kalau kehujung dunia pun adik membawa diri, abah masih boleh mencari,boleh memujuk agar adik pulang kerumah, tapi, perjalanan adik kali ini jauh, terlalu jauh untuk abah jejak. Penyesalan abah tidak berguna. Abah menyesal hanya setelah adik tiada, abah terjaga hanya setelah mendengar suara hati adik.
Along dan angah turut menangis. Mereka kesal, hati selembut dan sebaik adik tidak sepatutnya dirobekkan. Adik tidak pernah mengharapkan apa-apa, mahalkah harga sebuah kasih sayang?
Jenazah adik yang baru tiba, umi mandikan, umi kapankan. Umi bersihkan seluruh tubuh adik, penuh kasih, umi cium ubun-ubun adik. Itulah kucupan terakhir umi. Umi tahu adik dapat merasa kasih sayang yang keluar dari seluruh hati, urat dan jantung umi. Umi mahu adik tahu umi terlalu kasihkan adik, walau adik bukan lahir dari rahim umi. Adik, Nur Aishah Abdullah, adalah anak umi dunia akhirat. Khidmat terakhir umi untuk adik telah umi laksanakan. Umi sedekahkan bacaan Surah Yassin sepeti yang adik minta, walau tidak dimintapun, umi tetap akan lagukan bacaan itu untuk adik. Umi ingin adik ditempatkan didalam syurga bersama dengan anak-anak solehah yang lain. Umi iringi pemergian adik kepusara aman dengan pandangan mata yang masih berkaca. Bibir umi terkumat-kamit beristighfar, memujuk hati agar tidak menangis. Umi tak mahu adik melihat umi menangis, umi mahu adik pergi dengan tenang. Adik, umi sayang adik, sebagaimana dalamnya kasih sayang adik buat umi.
Sekian.
posted by Tanpa Nama @ 2:14 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 28/5/07 1:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuh...sedihnya cite ney...nangis ney...

     

  • At 19/6/07 11:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    siot la citer nie.. sapa yg buat citer nie.. sedih giler la.korng buat aku nangis tau x..

     

  • At 20/6/07 7:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebuah citer yg mampu buat org menangis setiap kali membacanya.sedih tul cite ni...

     

  • At 27/7/07 12:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sadis nyer cerita ni..aduh..

     

  • At 21/9/07 12:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih cerita ni smpai tak sedar airmata m'galir...hargailah org yang tersayang.

     

  • At 9/4/08 1:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    great job....
    syadu mbaca stry nie....
    2 thumbs up

     

  • At 6/5/08 8:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sob, sob..
    kasih ibu bawak ke syurga..
    betapa besarnya kasih syg ibu, smpikn anak angkt dianggap ank sndri..
    cedey...

     

  • At 15/8/08 3:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey nye....huhu

     

  • At 17/3/09 7:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu..
    teringat kat arwah mak..
    rindu sesangat kat mak.....

     

  • At 9/1/11 1:10 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa!! baguz2 cerita yang menarik n menyedihkan..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group