Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam melabuhkan sayap, menyelimuti alam yang tadinya cerah. Burung sudah pulang ke sarang. Bintang di angkasa tenang direnung sepasang anak mata. Itulah sepasang anak mata yang comel, milik Hani. Malam itu sungguh sepi, bagai memukul hati untuk menghasilkan melodi. Tapi melodi itu tidakkan boleh didengar. Melodi itu penuh pengharapan, harapan terhadap jalinan kasih sayang. Hani yang sentiasa ceria di hadapan rakan, mula ditutup suram duka bila alam gelap menjelma. Hani sendiri tidak mengerti mengapa dia harus dalam keadaan begini. Tanpa rayuan, air mata perlahan mengalir, sedikit-sedikit membawa memori, mengisi ruang. ************************ Pandangan Hani melekat di papan putih, tetapi fikiran sudah meninggalkan jasad, pergi ke tempat lain. Hani betul-betul tidak menyangka, seorang insan, yang tidak pernah diidam untuk bertemu, telah dapat mengubat kembali satu kepedihan yang telah sekian lama dipendam. Hani tidak pasti siapa nama insan itu, di mana dia tinggal, latar-belakangnya tetapi Hani tahu kenangan lama berbunga kembali, haruman yang tak mungkin dilupakan. "Hani!" lantang suara pendidik di depan mematikan lamunan yang baru beraksi di minda. Hani beralih pandang ke arah pendidik itu lantas bangun tanda hormat. "Awak ada masalah?" Hani menggeleng. Entah mengapa lidahnya kelu untuk berkata-kata. "Sudahlah, salin apa yang saya tulis di depan ni," akhirnya Puan Rosalina membenarkan Hani lari dari persoalan. Hani beristighfar, melihatkan buku yang yang masih kosong, tanpa setitik dakwat pen. Walaupun lamunan telah hilang, bayangan insan itu takkan pernah terluput. ************************ "Nah!" Amir mencampakkan sepucuk surat jatuh betul-betul di atas buku yang sedang dibaca oleh rakan sebiliknya. Azim tercengang. 'Surat lagi?' bisik hatinya. "Hah, bacalah! Apa lagi?" Amir duduk di sebelah Azim. Azim yang masih terpinga-pinga teragak-agak. Assalammualaikum Azim, Apa khabar? Maaf kacau. Esok pergi lawan bola ke? Good Luck! -B.K.H- Azim menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kepalanya pening. Amir sedar itu semua. "Kau tak nak kesian kat dia ke? Aku tau dia betul-betul. Dari tahun lepas lagi bende nih dah jadi, kau sikit pun tak tak reply, tapi dia tak pernah jemu." Azim termenung. 'Ah! Mampusle. Yang aku tau, aku tak kenal die!' "Macammana aku nak balas, budaknye pun aku tak kenal. At least, die bagi taulah sape die!" Azim masih lagi dalam ego. "Macammana die nak bagitau sape die, kau tak pernah bagi peluang kat die!" Azim terdiam. Kali ni dia nekad. Selalunya surat akan ada di bawah mejanya pada pagi, waktu dia sampai di sekolah. 'Malam ni, lepas prep jaga kau!' Azim tersenyum sendiri. ************************ "Hani, malam ni kau balik lambat lagi, ke?" Lin, teman sebilik Hani menyoal. Hani mengagguk tersenyum. Dia rasa semakin berani sejak akhir-akhir ini. Demi insan harapan, dia boleh buat apa yang tak pernah dia fikir. Yang dia tahu, dia akan cuba curi hati insan yang dah balut kepedihannya. Malam itu seperti biasa Hani akan menumpukan sepenuh perhatian pada masa prep. LDP yang menjaga kelasnya juga kelihatan tenang mengulangkaji pelajaran. Dua jam masa dihabiskan dengan mengulangkaji Matematik. Akhirnya siren berbunyi menandakan tamatnya waktu prep. Hani melangkah meninggalkan kelas. Dia pantas ke kelas insan harapannya itu., tangannya menarik surat yang sudah ditulis dan dilipat kemas. Tapi tangannya sedikit menggigil. Hatinya entah kenapa terasa berdebar-debar. Apabila dia hendak meletakkan surat itu di bawah meja yang tanpa disuluhi cahaya, tiba-tiba "WARGGHH!!" Lantas waktu itu juga Hani menjerit! Azim sudah bersedia menunggu di bawah meja dalam keadaan yang selesa. Amir cuma tersenyum semasa menutup lampu dan melangkah meninggalkan kelas. 'Siap kau budak!' Azim nekad. Dia akan kenakan cukup-cukup budak yang berani mengutus surat kepadanya. Tidak berapa lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki. Dia ternampak bayang-bayang perempuan kerana lembaga yang masuk ke dalam kelas itu bertudung. Keadaan gelap pada masa itu, Azim tidak dapat mengecam siapa orang itu. Tak ada cara lain. Dia pun dengan terpaksa menjerit dari bawah meja itu dan mengeluarkan wajahnya. Hani yang sedang tunduk tidak tahu bagaimana hendak luruh jantungnya. Dengan pantas Hani membuka langkah seribu, dengan baju kurungnya. Mujur sudah tiada orang di bangunan akademik. 'Ah! Apa nak jadi, jadilah! Janji aku selamat,' bisik hati Hani. Sampai di bilik, Lin sudah pulang. Lin hanya tersenyum memikirkan ragam Hani yang nakal itu. Hani seorang yang happy go lucky pada pandangannya, sedangkan dia tidak tahu apa yang sedang berkocak dalam hati Hani,Azim! Hani mengesat peluh dan menyembunyikan mengahnya akibat berlari tadi. Tetapi dengan tidak sengaja, Lin menegur Hani, "Hani!mana buku kau?" Hani tergamam. TIDAK!!!!! Bukunya sudah terlepas bersama-sama surat yang hendak diletakkan tadi. Hani terduduk. Dia tak kisah kalau itu cuma buku pelajaran, tetapi diari kesayangan! Hani cuba pejamkan mata dengan dilanda sejuta keresahan. ************************ "Amacam geng?" Amir menyoal sebaik ternampak wajah Azim masuk ke bilik. Azim mengangkat buku Hani dan menunjukkan kepada Amir dengan senyuman. "Terror tak aku?" Azim bertanya sambil mendabik dada. "Eh!Eh! Dia junior kita lah!" Amir bersuara. Azim terkejut! Dia sendiri belum buka buku tu. Dia berlari ke arah Amir, segera mendapatkan buku-buku yang berjaya dirampasnya. 'NURHANI', terpampang nama Hani. Tiba-tiba Azim ternampak buku catatan kecil. Kemas dan teratur tulisannya, tersusun ayatnya, bagai menangis meluahkan satu perasaan. Azim menatap catatan itu satu demi satu.. 'Aku minta maaf seribu kali maaf, kalau perasaan aku ini ganggu hidup kau, Azim. Aku tak dapat bayangkan macammana sakitnya bila otak aku teringat memori lama. Macammana aku nak lupakan kau?' Azim betul-betul tercengang. Dia menyelak helaian kedua. 'Azim, hari ni aku hantar note kat kau lagi. Tu je lah cara yang dapat hilangkan rindu aku kat kau. Lagi sekali aku harap kau jangan marah.' Satu lagi helaian diselak. 'Azim, memang aku tau sampai bila-bila pun aku takkan boleh dapat kau, tapi boleh tak kalau aku minta untuk bersama dengan kau sehari? Aku tau kau tak sudi. Kau pun mesti tak kenal aku. Tak salahkan junior ni nak ada perasaan kat kau?' Azim terus menutup buku itu. Hatinya terasa sebak. Air matanya perlahan mengalir, tapi cuma di dalam hati. Azim masih dalam keegoan yang nyata. Amir sedari tadi memerhati Azim yang asyik memegang buku itu. Amir merapati Azim. "Hey, layan blues ke? Tah tah dah terpikat. Kau kenal ke budak ni?" Amir melirik senyum. Azim buat-buat senyum. "Entahlah,aku tak kenal pun Nurhani nih. Tapi kenapa nama dalam surat dia tulis B.K.H? Apa makna B.K tu? 'H' tu aku tau le Hani." "Dah la tu, tidur, esokkan sekolah!" Amir cuba untuk mematikan persoalan di fikiran Azim, tetapi bukan semudah itu ingatan yang segar boleh dipadamkan. Azim ingat isi kandungan surat yang terlepas dari tangan Hani tadi memintanya supaya jangan mencari siapa B.K.H. Tetapi, Azim tak kira,. Dia tetap akan cari siapa Hani. Azim, seperti Hani, tidur dalam lingkungan sejuta keresahan. Bukan kerana bukunya yang ada pada orang lain seperti Hani, tetapi buku orang lain yang ada padanya yang mengganggu hatinya. ************************ "Hani, jom! Aku nak gi sekolah dah ni!" terdengar suara Lin. Hani terkocoh-kocoh mencari buku mata pelajaran hari itu. Tiba-tiba Hani terduduk sambil menepuk dahi. Buku tu tertinggal semalam. Dia sudah hampir melupakan peristiwa semalam, malangnya kenangan itu bagaikan sukar untuk dilepaskan pergi dari kotak memori. Akhirnya terpaksalah Hani ke sekolah dengan langkah yang berat. Dalam perjalanan, di satu persimpangan, Hani bertembung dengan Azim. Hati Hani berdebar-debar tetapi sengaja dibuat tak kisah. Tiba-tiba ada satu suara menegur dari belakang, "Hai B.K.H!" Hani terkejut. Emi melintasinya dan melambaikan tangan. Hani membalas lambaian itu, sambil Azim dan Amir di belakangnya tercengang. Hani tidak perasan kewujudan mereka berdua. "Apasal diorang panggil kau B.K.H? Apa maknanya?" Lin menyoal. Hani cuma tersenyum. "Ha!!aku tau.Budak Kiut Hani, kan?" Hani terkejut. "Macammana kau boleh cakap macam tu?" "Yela..kau kan comel. Ala..rileklah Hani, kau ni sekali petik 8000 datang tau!" "Ala..berangan kau.muka aku ni setakat orang gila pun tak nak kat aku!" Lin hanya mencebik sambil tangannya bertindak sebagai ketam hinggap di lengan Hani. Hani terperanjat dan terlepas buku yang sedang dipegang. Azim apa lagi..!!ini peluang keemasan. Segera Azim memungut buku itu. Hani pusing ke belakang untuk mengambil bukunya, tapi... "Nah buku kau," Azim menyerah buku yang terjatuh itu kepada Hani. Hani membalas terima kasih dan dengan pantas berlalu. Azim terpaku melihat Hani. Lin yang tidak tahu apa-apa terus mengekori Hani. Amir faham dilema di hati Azim. Amir menepuk bahu Azim dan mengajaknya ke kelas. ************************ Hani terus digoncang keresahan bila hampir semua matapelajaran hari itu dia dimarahi guru kerana tiada buku. Mukanya merah dan air matanya seakan bertakung. Tapi dia tabah, mengenangkan itu semua berpunca daripada rancangan kerja gilanya. Namun begitu, Hani sedikit beruntung kerana kelasnya ada waktu FREE hari itu. Dan, kerana waktu FREE itulah... . "Hani!" Lin menjerit ke arah Hani yang leka membaca buku Sains. Hani tersentak. "Kenapa?" Lin menunjuk ke luar kelas. Hani lantas menutup bukunya dan menuju ke luar kelas. Hani terkejut besar. 'Betul ke apa yang aku nampak nih?' Azim dan Amir cuma tersenyum. Azim pantas menghulurkan buku Hani, teragak-agak. Bertambah lagi kejutan di hati Hani. "Nah buku kau," Azim menutur dialog pagi tadi. Hani menyambut tetapi kali ini tidak terus berlalu. "Nama apa?" Hani tidak tahu apa yang hendak digelarkan kepada Azim. "Panggil Azim je," Azim beri kemudahan. Hani terasa malu. Cabaran buat pertama kali berdepan dengan Azim. "Kat mana A..Azim jumpa buku saya ni?" Hani masih sedikit gugup, dia bertanya soalan yang sudah dia ketahui jawapannya. "Tak taulah, semalam ada orang terjatuhkan buku ni bawah meja saya," macam orang bodoh Azim menjawab. "Terima kasih," perlahan Hani mengucapkan. "Eh! Okeylah, aku nak gi lawan bola sepak kat sekolah luar, sorry ek!!" Azim dan Amir berlalu. Hani terkilan tapi lega kerana sempat mengucapkan terima kasih. *********************** Azim rasa bahagia. Tidak disangka dirinya amat bertuah dapat memiliki hati yang jujur dan ikhlas, seperti Hani. Dia juga tidak menyangka begitu lama Hani mengikat rasa sendirian sehinggakan Lin pun tidak tahu. Tabah sungguh hati gadis itu. Tapi Azim hairan, sejak kebelakangan ini, kelibat Hani tiada kelihatan. Lin pula suram ke mana-mana seorang diri. Dia ingin bertanya kepada rakan sekelas Hani, tetapi terasa malunya lantaran tiada siapa tahu akan terjalinnya perasaan antara mereka. Azim terus dalam kerinduan dan siapa lagi yang menyedarinya kalau bukan Amir. Amir hanya boleh menenangkan perasaan Azim, bukan hati. Azim masih ingat, kata-kata Hani, suatu masa dulu, di pertemuan mereka yang tidak dirancang. "Azim, dulu aku ada kawan. Aku ada ramai kawan. Tapi, dalam ramai-ramai tu, aku ada seorang sahaja kawan yang betul-betul aku sayang. Tapi sekarang ni, kawan aku tu takkan jumpa aku lagi. Tuhan dah ambik balik apa yang Dia bagi kat aku. Tapi Azim,aku tak pernah menangis, sebab aku tahu, tak lama lagi aku dapat jumpa dia. Kami akan tetap bersama. Dan, aku nak kau tahu, dia sama seperti kau. Sama lelaki, sama umur, sama perangai, segala-galanya. Sebab itulah aku anggap kau lebih dari segala-galanya." Azim terfikir, "Hani akan tinggalkan aku ke?" tetapi pantas kemungkinan itu ditolak ke tepi. Semakin lama semakin hebat kocakan di hati Azim, sehinggalah cuti semester dua menjelang, Azim terkilan. Tiada khabar tentang Hani. Dia berasa sungguh hairan. 'Apakah semua orang bisu untuk mengkhabarkan berita Hani?!' hatinya kadangkala menjerit. Bila sampai di rumah, ibunya menyambut dengan penuh kegembiraan sedang hati Azim masih dalam kesenduan persoalan yang tiada titik noktah. ************************ Ibu Azim menyerahkan sepucuk surat. Azim membuka tanpa sekelumit rasa ingin tahu. Assalammualaikum, Azim, minta maaf kalau surat ni mengganggu kau. Aku harap sekarang ni kau dah lama lupakan aku. buat pengetahuan kau, mungkin masa kau baca surat ni, dah sekian lama surat ni sampai ke rumah kau. Aku cuma nak ucapkan pada kau, terima kasih banyak-banyak sebab kau sudi jadi teman aku dalam aku nak tempuh hari-hari yang tinggal sisa ni. Aku nak kau tahu, tiga pengalaman yang paling indah buat aku adalah dapat bersama kau, dapat bersama kau dan yang terakhir juga dapat bersama kau. Aku dah tak ada sesiapa kat dunia ni, kau adalah orang pertama yang aku sayang setelah kenangan pahit menjelma dalam hidup aku. Maafkan aku kalau ini mengganggu hidup kau. Walaupun kau tak menyedari aku cukup bahagia bila kau ada dengan aku. Mak dan ayah aku tak pernah aku lihat. Aku dibesarkan di rumah anak yatim. Aku belajar bersungguh-sunggub dengan harapan aku dapat buat sesuatu untuk negara ni. Tapi Azim, Allah tak nak aku buat tu semua. Dah lama aku tahu, aku menghidap leukemia. Azim, aku betul-betul tak berniat nak rahsiakan, tapi biarlah saat-saat akhir aku dengan kau, penuh dengan gembira. Aku tak nak kau sedih. Azim, kita baru berkawan, tapi aku percaya, andai umurku panjang, aku dapat hari bahagia dengan kau, betul? Azim, maafkan aku kerana berhenti sekolah tanpa pengetahuan kau. Aku nak tengok kau buat kali terakhir, tapi masa tidak mengizinkan. Aku sangat-sangat rindukan kau sekarang ni. Kalau kau pun rindukan aku, buanglah perasaan tu, sebab sekarang ni aku dah tak ada lagi. Azim, maafkan aku, Azim! Biarlah aku rindu kau sampai hembuasan nafasku yang terakhir. Redhalah penghadapan aku kepada Allah. Selamat Tinggal! NURHANI Kali ini Azim betul-betul dijerut tali rindu. Persoalan tangis telah terjawab. Satu kesenduan pastinya akan berterusan. Azim masih segar mengingati memori lama. Tangisan hati Azim tiada bersambut. Hanya pada bintang Azim meluahkan perasaan. Perlahan Azim menghayati ungkapan yang sekarang ini kerap terucap dari bibirnya... . Seindah Tiada lagi kau ku ingatkan Sayang kau hilang Menanti Biar sampai akhir hayat ku di dunia ini Kau tahu betapa ku sayang padamu Hanya bidadari sebagai ganti Hanya takdir menentukan ia Oh belaian jiwa Oh angin Sampaikan laguku padanya yang sedih pilu Terimalah laguku jadi teman hidupmu Untuk selamanya Kau tahu betapa ku sayang padamu Hanya bidadari sebagai ganti Hanya takdir menentukan ia Oh belaian... jiwa Hani,perginya engkau menggamit keinsafan,kau di hatiku, kini dan selamanya...
Sedih lah citer ni? Nape sad ending? Tapi jalan ceritanya best cuma ending je lah yang kurang sikit. Apa pun, gud luck ang semoga lepas ni awak dapat karang citer yang lagi best
best x ceter ni...teringin lak nak baca...harap2 x membosankan k....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sedih lah citer ni? Nape sad ending? Tapi jalan ceritanya best cuma ending je lah yang kurang sikit. Apa pun, gud luck ang semoga lepas ni awak dapat karang citer yang lagi best