Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pastinya sesiapa yg sudah membaca keluhan hatiku ini dlm folder discussion "Macam mana nak tolong dia?" sudah tahu apa yg sedang berlaku terhadap diriku. Bagi yg sudi membaca ceritanya ni, terima kasihlah kerana meluangkan masa untuk merenung sejenak tentang yang berlaku pada sikap manusia dari dulu sampai sekarang. Aku dan Salina (bukan nama sebenar) telah berkawan semenjak dari tadika lagi. Semenjak aku berkawan dengannya, Salina ialah seorang yang bertanggungjawab, tegas, jujur, perahsia dan tak dinafikan memang kuat berlawak. Namun, dia ni agak degil orangnya. Salina mempunyai seorang kakak bernama Atikah (bukan nama sebenar) yang telah berkahwin dengan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia bernama Azri (bukan nama sebenar). Setahun selepas mereka berkahwin, Salina telah melanjutkan pelajarannya ke Kanada dan aku pula telah melanjutkan pelajaran setakat di kolej tempatan saja. Semenjak dari itu, aku tidak pernah mendengar lagi tentang Atikah dan Azri. Namun empat tahun kemudian, pada suatu malam aku telah menerima satu panggilan telefon yang amat mengejutkan. Rupa-rupanya, dari Salina. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapati Salina telah pulang dari Kanada. Tetapi dari suaranya itu, aku telah mendapati dia sedang bersedih tetapi aku tidak berani untuk bertanya lebih lanjut. Walau bagaimanapun, dia meminta agar aku keluar menemuinya di hospital. Aku pun pergi ke hospital atas permintaan Salina. Dalam perjalanan itu, hatiku amat tidak senang. Mungkinkah sesuatu yang telah berlaku pada dirinya? Soalan itulah yang bermain-main di kepala ku ini. Sesampai di hospital, aku ternampak Salina duduk di perhentian bas hospital. Wajahnya kelihatan sugul sahaja. Hatiku makin berdebar-debar. Aku takut sesuatu yang kurang baik telah berlaku pada dirinya. Inilah yang menggusarkan jiwaku ini. Apabila aku mendekatinya, Salina pun terus bersalaman denganku. Tangannya terasa sejuk semacam. Salina pun terus menangis. Aku pun cuba memujuknya. Dengan berhati-hati aku cuba bertanya apa yang sedang berlaku pada dirinya. Agak lama juga aku memujuknya. Kemudian barulahnya bersetuju menceritakan hal sebenar. Setelah dia menceritakan hal tersebut, alangkah terkejutnya apabila dia menceritakan tentang sesuatu yang berlaku kepada Atikah. Apa yang mengejutkan ialah tentang kisah Atikah semenjak empat tahun lalu. Tidak dinafikan rumahtangga Atikah cukup bahagia pada ketika itu. Namun, pada suatu hari, Atikah telah terserempak dengan rakan sekelasnya ketika di sekolah menengah iaitu Radzi (bukan nama sebenar). Setahu aku, Radzi ni memang minat sangat dengan Atikah semasa di sekolah menengah. Namun semenjak cintanya ditolak, Radzi tidak berhubung lagi dengan Atikah walaupun selepas berpindah ke tempat lain. Agak kasihan juga dengan nasibnya. Radzi telah mengajak Atikah makan tengahari kerana itu lah kali pertama semenjak mereka berpisah 9 tahun dahulu. Ketika di restoran, tanpa mereka berdua sedari, kakak ipar Atikah iaitu Mak Teh (bukan nama sebenar) telah berada disitu bersama-sama dengan anak saudaranya bernama Izza (bukan nama sebenar). Menurut Salina lagi, Mak Teh memang terkenal dengan sikap suka menjaga tepi kain orang lain. Bukan itu sahaja malah dia bersikap suka mengambil kesempatan. Izza pula sebenarnya pernah bercinta dengan Azri namun cinta mereka putus di tengah jalan kerana sikap Izza sendiri yang cukup melampau. Inilah masa Izza membalas dendam dengan bantuan mak saudaranya iaitu Mak Teh. Dia mahu mengenakan Atikah secukupnya kerana pada pendapatnya Atikah telah merampas Azri darinya. Mak Teh dan Izza telah menghasut keluarga Azri dengan alasan Atikah telah berlaku curang. Pada waktu yang sama Atikah telah mendapati dirinya hamil dua bulan. Pada waktu tersebut, Azri pula telah termakan hasutan Mak Teh dan Izza. Apa yang lebih menyedihkan hati ialah Azri sanggup menyuruh Atikah menggugurkan kandungan tersebut kerana anak tersebut dianggap anak haram. Alangkah sedihnya hati Atikah apabila suaminya menyuruhnya berbuat demikian. Semakin hari semakin dingin layanan Azri terhadap Atikah. Dia tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarganya sendiri sehingga rahsia terbongkar apabila keluarga Azri langsung tidak mahu melawatnya. Kebetulan pada masa itu, Radzi ada datang melawat Atikah dan menceritakan segala-galanya yang berlaku. Empat tahun pun sudah berlalu, namun tiada perubahan langsung. Anak mereka berdua pun dah besar dan hampir masuk tadika. Layanan terhadap Atikah dan anaknya makin buruk. Suatu hari, Atikah mengambil keputusan untuk menyetujui sahaja cadangan keluarga Azri iaitu bercerai. Pada malam sebelum kejadian kemalangan tersebut, Atikah dan anaknya telah mengadakan parti kecil-kecilan untuk Salina yang baru sahaja datang dari Kanada. Menurut Salina, dia benar-benar tidak menyangka itu lah kali terakhir dia berjumpa dengan kakaknya itu. Keesokkan harinya, dia telah mendapat berita yang amat mengejutkan yang mengatakan kakaknya Atikah telah meninggal dunia di tempat kejadian tetapi anaknya masih hidup lagi. Walau bagaimanapun keadaan anaknya itu kritikal kerana memerlukan bantuan penderma darah. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaanku ketika itu, namun aku tetap sedih dengan 'pemergian' Atikah. Keesokkan harinya, Azri dan keluarganya datang untuk berjumpa dengan keluarga Atikah. Pada ketika itu, aku pun ada datang bersama. Bagiku, Azri memang cukup biadab pada ketika itu. Apa tidaknya, dia sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina isterinya sendiri. Salina pula hampir bergaduh dengannya namun aku telah menahannya supaya dia tidak berbuat demikian. Pada waktu yang sama, doktor telah meminta sesiapa ahli keluarga anak tersebut untuk menderma darah. Pada mulanya, Azri bermati-matian menyatakan yang dia sanggup membiarkan anak itu mati dan dia tidak mahu mengulurkan bantuan kepada anak 'haram' tersebut. Namun, setelah hampir lima minit bertekak, doktor itu menyatakan tentang jenis darah anak tesebut. menurut Radzi, dia tidak mempunyai darah yang sama dengan anak tersebut. Namun, ia memang mengejutkan Azri pula. Jenis darahnya serupa dengan anak tersebut. Tanpa membuang masa dia pun menderma juga. Selepas itu, dua minggu kemudian, aku telah mendapat panggilan dari Salina yang dia memerlukan bantuan dariku. Dia meminta pertolongan dariku untuk meyakinkan doktor supaya mengeluarkan budak itu dari hospital sehari lebih awal dari tempoh yang dibenarkan. Pada hari itu juga, kami berdua pun bersama-sama datang meyakinkan doktor tersebut untuk mengeluarkannya. Akhirnya pada hari itu, anak Atikah pun keluar dari hospital. Sebenarnya aku memang tahu motif Salina yang sebenarnya namun, aku tidak berani mengagak tentang kemungkinan yang akan berlaku kerana sudah pasti perkara tersebut menimbulkan lebih banyak kontroversi. Aku amat yakin yang dia akan melarikan anak itu dari seluruh keluarga Azri termasuk Azri sendiri. Pada masa itu juga, Salina memberitahuku, yang dia berpindah ke satu tempat yang hanya saya sendiri sahaja yang tahu. Dia sama sekali tidak membenarkan aku memberitahu sesiapapun termasuk keluargaku sendiri. Kerana dasar simpatilah, aku sanggup berbuat demikian. Sebulan telah berlalu, tiada khabar berita pun dari kedua-dua pihak. Namun pada suatu hari, Azri dan keluarganya datang menemuiku dan lalu memaki hamun seluruh keluargaku. Mereka menuduhku bersubahat menyembunyikan budak tersebut. Namun demi Salina, aku sanggup menahan diri daripada memberitahu hal sebenar malah keluargaku sendiri telah memarahiku. Pada malam itu, aku duduk seorang di rumah sambil berfikir bagaimanakah harusku menolong kawanku ini. Wajarkah aku berterus terang? Pada waktu itu, aku telah menonton drama di TV3 bertajuk Suci Antartika. Walaupun jalan ceritanya agak sedikit berbeza namun masih juga nama persamaannya. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menelefon kawanku Salina dan berbincang dengannya tentang hal sebenar. Walaupun, kami bertemu dan berbincang bagaimana menyelesaikan masalah tersebut, namun Salina tetap berdegil dan tidak mahu berkopromi lagi. Dia mahu Azri menerima padahnya dengan cukup agar dia tahu betapa susahnya hidup Atikah selama ini. Sebelum ini, salah seorang kawanku yang bekerja di hospital, dia memberitahu yang Azri mendapati budak itu ialah anaknya. Sekarang kesihatan Azri semakin hari semakin menurun kerana terlalu merindui anaknya itu. Menurut rakanku yang melawatnya, Azri menjadi semakin kurang siuman. Aku semakin menjadi serba salah.. Namun, kerana persahabatan, aku tidak mahu mengkhianati Salina. Aku kini di persimpangan dilema. Bagi yang memberi sokongan kepadaku selama ini, terima kasihlah atas nasihat kamu semua. Aku akan cuba memujuk kawanku Salina agar menghentikan sikap pedendamnya itu dan di harap pelajarilah moral dari ceritanya ini. Janganlah menjadi seperti ini.
MERUPAKAN SATU KISAH SEDIH... KALAULAH SAYA YANG BERADA DITEMPAT PENULIS SAYA AKAN CUBA MEMUJUK SALINA UNTUK BERBINCANG DGN AZRI.. DALAM MASA YANG SAMA SAYA JUGA AKAN MEMBANTU AZRI JUGA.....
DS terkilan dan sedih slps membaca kisah ini, terutama kpd anak mrk yg dinafikan haknya..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
MERUPAKAN SATU KISAH SEDIH...
KALAULAH SAYA YANG BERADA DITEMPAT PENULIS SAYA AKAN CUBA MEMUJUK SALINA UNTUK BERBINCANG DGN AZRI..
DALAM MASA YANG SAMA SAYA JUGA AKAN MEMBANTU AZRI JUGA.....