BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 10, 2006
kasihnya pada dia
JAM lapan minit loceng berbunyi. Murid-murid berbaris di tengah padang mengadap tiang bendera yang sudah condong. Di puncaknya sehelai bendera lasam terbelit kaku. Sudah lama bendera itu tidak berkibar. Lima minit murid-murid berbaris, tanpa seorang pun datang mengawas. Barisan-barisan itu bengkang-bengkok macam ular kena pukul. Begitulah setiap hari. Mereka berbaris kerana disuruh. Untuk apa mereka tak tahu. Dan tiang bendera bersama sehelai kain berjalur merah putih di depan, ertinya haram tidak tahu. Sebentar kemudian barulah keluar seorang guru, Bercekak pinggang. Dia cuma memperhatikan murid-murid itu dengan penuh kejemuan. Tidak ada satu tafsiran pun terhadap masa depan murid-murid itu. Dia cuma makan gaji.
"Dengar sini semua!" dia bersuara, tapi kata-kata itu tenggelam dalam suara bising murid-murid. "Diam! dengar sini semua." Cikgu Izma meninggikan suaranya. Murid-murid diam. Tapi barisan macam tadi juga. Bengkok. "Sudah berapa kali saya pesan. Waktu rehat jangan dekat kereta," Cikgu Izma memberi amaran keras. Amaran yang selalu diucapnya. Murid-murid menoleh ke belakang. Kereta Volkswagen menjadi tumpuan mereka. Kura patah besar, kata setengah murid-murid. Murid-murid yang diam itu sering benar mendengar amaran seperti itu. Amaran-amaran seperti itu melebihi dari nyanyian negaraku. Mereka lebih hormat kepada kereta Cikgu Izma dari bendera dan lagu negara. Pernah setahun dulu, dua tiga orang murid menyepak-yepak bendera buruk, yang gugur sendiri dari tiang.
Selesai Cikgu Izma memberi amaran itu, murid-murid dibenarkan masuk ke darjah masing-masing. Dan Cikgu Izma kembali ke bilik guru,langsung berbual-bual dengan guru-guru yang lain. Mereka bercakap-cakap asal kereta. Pasal tangga gaji dan pasal lelaki. Lapan setengah masing-masing masuk bertugas. Cikgu Izma masuk darjahnya,darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh bangun. Masing-masing bangun,tapi sama. Malas. Cikgu Izma tidak ambil pusing soal itu. Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Izma membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang.
Cikgu Izma sedar. Ia memerhati murid itu dengan pandangan yang tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya. Semakin lama Cikgu Izma memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Mengaru-garu betis yang basah dengan air embun.
"Adi! Mari sini!" Cikgu Izma memanggil murid yang datang lambat itu dengan marah. Murid yang bernama Adi itu bangun lambat-lambat. Kemudian menlangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia akan menerima habuan. Dan kawan-kawannya yang lain pun sudah menduga yang Adi akan menerima habuan. Begitu-lah selalunya.
"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Izma sambil telunjuknya menunjukkan di tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Adi berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetup-detap. Bimbang.Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat. Tapi kali ini dia bercadang dia akan berterus-terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Izma.
"Mari dekat sini, Adi!" perintah Cikgu Izma bila dia selesai menulis soalan.Punggungnya yang lebar itu dihenyak ke kerusi. Murid yang bernama Adi itu mendekati sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya. Cikgu Izma memerhati atas bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak dari darjah empat dulu lagi.
Adi tidak berani memanggung kepala bila Cikgu Izma memerhatikannya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluar yang lusuh itu.
"Kenapa awak datang lambat?" akhirnya Cikgu Izma bersuara. Adi tidak menjawap. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab samada rumahnya jauh atau aral gendala yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
"Hee beruk! Saya tanya kenapa awak datang lambat?" Cikgu Izma hampir-hampir memekik. Adi diam juga. Ia masih tunduk juga. Panggilan beruk padanya bukanlah sekali itu saja, dan bukan sekadar Cikgunya seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan beruk, sebab dia membela seekor beruk.
"Pandang sini!" sergah Cikgu Izma sambil mengangkat dagu Adi dengan pembaris panjang. Adi memanggung kepala.
"Saya tanya kenapa awak datang lambat?" Dengan suara gagap-gagap bercampur takut, Adi menjawap, "Beruk ... beruk ... saya putus rantai, Cikgu!"
"Haaa, kalau dah putus apa yang awak buat," Cikgu Izma bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka dengan murid-murid. "Saya cari Cikgu." "Dah jumpa?" Adi angguk. Tersenyum.
"Sebab tu awak datang lambat?" Angguk juga. "Awak lebih penting beruk dari sekolah ya? Sebab tu awak pun macam beruk," Cikgu Izma berleter. Muka Adi dipandang dengan jijik.
"Saya sayangkan beruk saya Cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Adi dengan jujur. Marah Cikgu Izma naik meluap. Jawapan Adi itu sungguh menyakitkan hatinya. Ia mengaru-garu kepala. Tubuh kurus Adi dipandangnya, kelihatan macam seekor semut.
"Awak nak main-mainkan saya ya?" Cikgu Izma menahan marah. Matanya bersinar- sinar. "Tidak Cikgu, saya ... " "sudahhh!" tiba-tiba Cikgu Izma menempik. Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Adi. Adi terhoyong-hayan tapi tidak menangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawannya diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian padanya.
"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Izma bersyarah pada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekala mereka berpaling memandang Adi yang malang itu. Tapi Adi, macam tidak ada apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air bertakung.
Tiga hari sesudah itu Adi tidak datang ke sekolah. Dari desas-desus murid-murid yang lain. Cikgu Izma mendapat tahu yang Adi sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, hati Cikgu Izma diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Ia terasa macam ada satu dosa yang di-lakukannya terhadap Adi. Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya itu salah di segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Bila ditanya cuma beruknya saja menjadi alasan. Mana hati tidak geram.
Tapi bila dia mendapat tahu Adi berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia merasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Adi belajar hingga tamat. Dia menyesal.Tengahari itu Cikgu Izma tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus ke rumah Adi yang terletak sejauh 4 km itu. Dia tidak memberitahu pada Guru Besar. Biarlah hal itu dia menyelesaikannya sendiri.
Untuk sampai ke rumah Adi, Cikgu Izma terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri-kanan pokok-pokok "keman malu" dan senduduk. Berlopak-lopak. Tiada ramai orang lalu-lalang. Kampung tempat tinggal Adi sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Izma, Bahawa memang patut Adi tidak selalu datang ke sekolah bila memandang jauhnya dan jalan yang sunyi lengang. Kalau dia sendiri pun jadi Adi, dia tentu jadi macam Adi.Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidiki lebih dulu. Akhirnya sampai juga. Cikgu Izma terpaksa menyeberangi sebatang titi yang melintasi sebuah parit yang seluas 10 kaki.
Adi tidak ada. Berkali-kali Cikgu Izma memanggil tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Izma naik. Cikgu Izma menolak pelawaan itu tapi berkali-kali pula orang tua itu men-jemputnya. Akhirnya Cikgu Izma mengalah bila orang tua itu memberitahu yang ia lumpuh, tidak dapat turun. Sekali lagi sebak menyerang hati Cikgu Izma.
Rupa-rupanya kesulitan Adi berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu. "Adi ke mana Makcik?" tanya Cikgu Izma. "Entahlah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung." "Dia panjat pokok kelapa?" "Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak Makcik lumpuh." Terang ibu Adi dengan hiba. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau ternampak Adi.
Cikgu Izma memerhati di sekitar rumah Adi. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Adi. Dindingnya tembus di sana-sini. Tidak ada apa yang boleh di-namakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.
"Dah lama Makcik lumpuh?" tanyanya. "Dah hampir setahun." terang orang tua itu lagi. Cikgu Izma yang duduk di muka pintu saja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Adi semakin tebal.
"Saya datang ni nak tahu, mengapa Adi tak ke sekolah lagi?" "Entahlah. Katanya dia tak mahu ke sekolah lagi. Telinganya sakit" Cikgu Izma termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung, tiba-tiba dia melihat Adi pulang, beruknya di atas bahu. Adi membimbit dua biji kelapa.
"Haa, itu pun dia dah balik," Kata Cikgu Izma dengan tersenyum. Orang tua itu menjenguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. lebih dari itu dia tidak berdaya.
"Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapanya meninggal," kata orang tua itu dengan sedih. Adi yang sudah hampir sampai dengan rumahnya itu terhenti seketika bila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu Cikgu Izma. Tapi bila dia sudah pasti benar-benar segera melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan di tanah, dia meluru mendapatkan Cikgu Izma. Tersenyum girang. Bersalam tangan. Beruk yang ditinggalnya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.
"Dah lama Cikgu sampai?" tanya Adi. "Baru sekejap," jawap Cikgu Izma. Keramahan Adi sungguh mengejutkan Cikgu Izma. Beruk yang ditinggalkan oleh Adi di halaman rumahnya itu melompat-lompat dengan suara garang. Adi menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru tuannya. Cikgu Izma terpandang telinga kanan Adi. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.
"Dekat sini Adi," kata Cikgu Izma dengan lembut. Adi mendengar kata-kata itu berlainan dengan perintah semasa disekolah. Kata-kata itu macam kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Izma.
"Senget sedikit kepala awak," lagi Cikgu Izma berkata. Adi menyenget kepalanya. Cikgu Izma memegang kepala Adi dan menekannya sedikit untuk mempastikan sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah- marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu mengigit tangan Cikgu Izma. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.
Cikgu Izma mengaduh sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Adi menempik beberapa kali supaya beruk itu berlalu. Tapi tempikannya tidak diendahkan oleh beruk itu. Ia terus menyerang Cikgu Izma. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Izma, Adi mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa. Lalu, dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.
Beruk yang garang itu menjadi lemah. Telentang diatas lantai. Sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir, mata hitamnya memandang Adi dengan sayu. Kelopak mata berbulu itu tergenang air jernih. Adi terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Izma menahan darah di lengannya dengan sehelai saputangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak dengan lembing.
Suasana sepi, Cikgu Izma memandang Adi. Adi memandang beruknya seakan suatu mimpi. Dan Ibu tua itu memandang anaknya dengan tafsiran yang asing. Adi melutut di sisi beruknya. Lembing yang masih terpacak di dada beruknya,dicabut. Darah likat berpalut di mata lembing itu. Adi tidak dapat menahannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua tetap membisu. Dia tersedu-sedu. Tersedu-sedu.
"Terimakasih Adi," tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Izma berkata. Darah di lengan masih juga keluar. "Cikgu sakitkah?" tanya Adi di antara sedu-sedannya. "Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Adi," kata Cikgu Izma lalu turun dari rumah itu. "Cikgu, saya minta maaf," kata Adi sebaik-baik saja Cikgu Izma memijak tangga bawah.
"Tak apa ... tapi awak mahu ke sekolah lagi?" di tunduk. Kaku. Sedih. "Lebih baik awak ke sekolah hingga darjah enam." Cikgu Izma memberi nasihat.
"Saya tak dapat ke sekolah lagi Cikgu," tiba-tiba Adi menjawap sayu. "Kenapa?" "Beruk ... saya mencari makan dengan beruk itu Cikgu." Hati Cikgu Izma bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Adi benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia sedar, bahawa beruk itu pada Adi merupakan tali penghubung nyawanya selama ini. Dia melangkah pulang dengan hati yang sebak. Tapi Adi yang terpaku di ambang pintu itu lebih pilu lagi... .
posted by Tanpa Nama @ 12:21 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 9/2/07 7:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cikgu..cikgu..cikgu..kalau nak jadi cikgu kita kene sabar..kita kene fhm org len..sbb keje cikgu ialah MEMANUSIAKAN MANUSIA...smg Allah berkati sgl ilmu yg disampaikan oleh guru2 anda sume..

     

  • At 19/9/07 9:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sgt... dalam kesusahan kita ade manusia yg lebih susah... insaf rasenya...

     

  • At 9/11/07 3:51 PTG, Blogger Unknown said…

    Sedih nyerrrr......bykkan bersabar buat guru2 semua.

     

  • At 16/11/07 5:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala sedih nyer...citer ni akan sy jd kan iktibar utk mendidik anak bangsa nanti...sedih nyer..menangis tersedu-sedu....

     

  • At 22/2/08 1:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alang tau jd cikgu ssh.....byk tekanan.......tp......bykknla b'sbr......kpd umat manusia..jgn t'lalu ikutkn nafsu amarah kte k...........

     

  • At 23/3/08 5:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x tau la nape bila bc cerpen nie tetibe air mata sy menitis.... btul2 menyentuh jiwa.. sy berazam bila dah jd cikgu nnti sy akan lebih memahami keadaan pelajar2 sy n yg penting sabar tu mesti ada.....

     

  • At 23/3/08 6:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey sgt.. btul2 sedih... bila bc cerpen ni x tau nape hati sy btul2 tersentuh..... nk jd cikgu kne sabar.... sy berazam nk jd cikgu yg memahami pelajar2 sy.... kcian mereka x smua mereka senang...

     

  • At 12/7/08 2:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Kisah ini betul2 menyentuh perasaan. Sedih sangat...Beruk Adi lebih mulia daripada manusia yang bergelar Cikgu Izma.Kepada guru2 laksanakan amanah yang diberi sebaiknya.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group