Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Assalamualaikum,Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita. Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga. Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi. Wallahu'alam. Sekian.
Sebenarnya ada seperkara lagi, apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yang masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia. Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yang ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka. Petikan ini diterima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU CINTAILAH IBU SEKARANG SEMASA IBU MASIH HIDUP USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir ... ... ... ... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku... .insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.Renungkanlah dan fikir fikirkanlah!!!!!... ..pernah kita bertindak sedemikian ?? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu ?? andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat. Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... . mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu... .. Sabda Rasulluh S.A.W : "Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula".
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
syabas....cite ni benar2 menusuk kalbu sy....maktunggu kepulngn ankmu ini di thn bru ini....ada hadiah tuk mak.....