Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saya cabut baberapa helai rumput yang baru tumbuh di kubur Allahyarham Pak Cik Malik Kemudian saya buangkan rumput itu dan saya pegang nisan batu di kepala kubur yang telah kekuniangan. Lumpur yang terpercik semasa hujan telah mengotori nisan itu. "Malik bin Abd. Razak. Kembali ke rahmatullah pada 14 Safar?.."demikian catatan pada nisan tersebut. Lama saya renung tulisan itu.Entah mengapa, hati saya terasa sebak. Pak Cik Malik tidak ada pertalian darah dengan saya. Dia hanya salah seorang penduduk di kampung kami,di Johor, tetapi pemergiannya amat menyentuh hati saya. Kerana itulah, apabila emak memberitahu kematian Pak Cik Malik, saya yang baru pulang ke kampung tidak berlengah menuju ke kuburnya.Makin direnung nisan itu,semakin kuat ingatan saya kepada Allahyarham, terutama sejarah hidupnya yang menyayat hati. Malah ia menjadi sebutan di kampung kami. Menurut emak, dahulu Pak Cik Malik mempunyai adik, Samat yang muda setahun daripadanya. Malik dan Samat tinggal bersama ibu mereka, yang kami panggil sebagai Mak Teh sahaja. Bapa mereka meninggal dunia semasa mereka masih kecil. Mak Teh cuma bekerja sebagai penoreh getah. Dengan pendapatan itulah dia menyara Malik dan Samat. Ketika meningkat remaja, dalam lingkungan usianya 18 tahun, entah bagaimana terjadi pertengkaran antara Malik dan adiknya. Ia kemudiannya beralih kepada maki hamun dan akhirnya bertumbuk. Malik sebagai abang tidak mahu mengalah, sebaliknya membedal adiknya itu. Melihat kedua-dua anaknya bergomol, Mak Teh meluru ke arah mereka."Sudah?. sudah! Kamu ni adik beradik pun nak bergaduh!" katanya. "Adik ni, dia yang mulakan dulu?"kata Malik lantas menuduh Samat. "Tapi kamu tu abang, mengalahlah sikit?" "Adik ni yang keras kepala?." Balas Malik lalu terus memukul adiknya lagi. Mereka berkelahi semula. Sekali lagi MakTeh cuba meleraikan. Dia menolak Malik serta memarahinya. Entah syaitan mana yang sudah meresap masuk ke segenap urat nadinya, Malik yang sedang berang tanpa berfikir panjang menyepak kaki emaknya itu dan mengherdik," Emak ni selalu sebelahi adik.Adik buat salah pun emak salahkan saya?" "Malik??! Sampai hati kau buat mak macam ni," kata Mak Teh sambil memegang kakinya yang disepak oleh Malik. Walaupun tidaklah sakit, tapi pedihnya menusuk ke hati. Setitik demi setitik air matanya berlinangan. Mak Teh langsung tidak menyangka tergamak Malik menyepaknya. "Kalaupun kau marah Samat, takkan kaki emak yang kau sepak?" tambah Mak Teh sambil tersedu-sedan. "Ahhhh?"dengus Malik lalu meninggalkan ibu dan adiknya. Tidak lama selepas kajadian itu, Malik membawa diri dan bekerja dengan sebuah kapal. Beberapa tahun kemudian, ibunya meninggal dunia selepas terlalu menanggung kedukaan kerana kelakuan Malik itu. Lebih mendukacitakan, tidak lama kemudian Samat pula menyusul akibat demam panas. Tinggallah rumahnya kosong tidak berpenghuni. Semak dan samun tumbuh meliar. Labah-labah bersarang di segenap ceruk penjuru rumah yang dinding serta lantainya mula lapuk satu persatu. Satu persatu lubang bercambah, di atap, di dinding mahupun lantai. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan kemudian meningkat ke tahun?? Lebih 20 tahun berlalu, suatu petang orang-orang kampung terkejut apabila mendapati Malik kembali ke kampung.Masa itu saya masih budak lagi.Namun,tambah emak, tidak seperti orang-orang lain yang merantau,Pak Cik Malik pulang dengan keadaan kusut masai, tidak berwang dan tidak berharta.Kalau orang lain yang merantau pulang membawa harta,segak,bawa anak isteri dan hidup senang, Malik tidak begitu. Malah keadaannya lebih teruk lagi. Kasihan melihat Malik yang tidak tentu arah hidupnya dan cuma bekerja kampung, jiran-jiran mengahwinkannya.Tapi perkahwinan itu tidak dapat mengubah kehidupannya. Mereka tidak bahagia lantaran kerap bertengkar.Hanya kerana perkara yang kecil, Malik akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya. Kadangkala dipukulnya isteri itu. Disebabkan tiada persefahaman,selalulah pinggan mangkuk melayang.Bagaimanapun, isteri Malik amat tabah.Dia sentiasa bersabar dengan kerenah Malik. Anak-anak yang seramai empat orang menambahkan lagi kesabarannya itu. Apabila usia meningkat, lama-kelamaan timbul kesedaran di hati Malik. Dia mula insaf dengan kehidupannya yang tidak pernah aman. Dia juga terfikir kenapa orang lain hidup mewah sedangkan taraf hidupnya tidak pernah berubah.Malik pandai bertukang rumah, tahu berkebun dan kerap ke laut membawa rezeki yang lumayan tapi ke mana pergi wangnya itu? Itulah yang memeningkannya seolah-olah rezeki yang diterima tidak mendapat berkat. Ia datang seperti angin dan hilang seperti air lalu. Kini dia mula berubah. Malik tidak lagi memarahi isterinya dan anak-anaknya sesuka hati. Dia mula belajar menahan sabar dan rajin ke masjid.Suatu hari Malik berjumpa dengan seorang ustaz. Didepan ustaz itu dia meluahkan kekesalannya selama ini. "Apa sebab saya jadi macam ni,ustaz?"tanya Malik selepas meluahkan segala yang terbuku di dada. "Saya rasa ,awak ada buat satu kesilapan besar.Cuba awak fikirkan?." Lama termenung,Malik akhirnya mengaku kesalahannya mengekuarkan kata-kata kesat dan pernah pula menendang arwah ibunya sendiri. "Kalau begitu minta ampun kepada dia?" "Emak saya dah meninggal?" Ustaz mengerutkan dahi."Macam ni, susahlah.Encik Malik, dosa kepada ibu bapa tidak dapat diampunkan. Malah Nabi sendiri tak dapat memberi syafaat kapada anak yang menderhakai ibu bapa." Balik dari pertemuan itu, Malik terus pergi ke pusara ibunya dan memohon ampun. Dibacakannya ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosanya. Sejak itu memang ketara perubahan pada dirinya.Tutur katanya lebih lembut dan semuanya kearah kebaikan dan keinsafan. Dia juga lebih menghormati orang lain, tidak macam dulu?.panas barannya saja yang dikira. Saya masih ingat lagi, pernah saya terserempak dengannya ketika hendak ke bandar sebelum bertolak ke Kelantan untuk mengaji pondok. Bila melihat saya menyandang beg besar, Pak Cik Malik mendekati saya. "Azman,belajarlah pandai-pandai. Nanti ibubapa kamu yang senang. Kalau kamu hidup senang,jangan sekali-kali kamu kecilkan hati ibubapa kamu tu. "Kau tengok Pak Cik ni, patutnya Pak Cik dah hidup senang, tapi sebab tak ada restu, buat dosa pada emak, sampai sekarang Pak Cik hidup miskin." Selalu juga saya terserempak Pak Cik Malik menasihati kanak- kanak.Pernah sekali, ada seorang bapa memanggil anaknya yang kebetulan berada dekat dengannya. Pak Cik Malik terus menasihati kanak-kanak itu dan berkata; "Nak, dengar cakap emak ayah. Jangan lawan cakap emak dan ayah,tau." Kalau kanak-kanak datang melihatnya bertukang, Pak Cik Malik berpesan lagi,"Kamu belajarlah rajin-rajin, cari kerja yang baik- baik?jangan jadi macam Pak Cik. Sampai tua bertukang, kerja kampung. "Lagi satu bila dah kaya, jangan lupa kasi duit pada emak dan ayah. Jangan jadi macam Pak Cik.Ada duit tak kasi pada emak, lawan cakap emak?"merah matanya menahan sedih. Masih belum dapat saya lupakan pesanannya ketika kali terakhir saya bertemunya. Kata Pak Cik Malik," Azman, kalau kamu hadapi hidangan, jangan kamu jamah sebelum ibu bapa kamu sentuh." Sampai sekarang, pesanannya itu masih terdengar-dengar di cuping telinga. Nyata Pak Cik Malik benar-benar sudah insaf. Tiap nasihat yang diberikannya kepada sesiapa juga, tidak kira orang muda atau kanak-kanak, pasti berkaitan dengan ketaatan terhadap ibu bapa. Tambah menyedihkan saya, menurut emak, ketika mula sakit, Pak Cik Malik selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu mereka."Ingat ,dialah yang lahirkan kamu." Kata emak lagi, saat-saat kematian Pak Cik Malik sangat menyedihkan. Dia langsung tidak mahu berpakaian kecuali seluar pendek. Itupun yang yang dipakaikan oleh isterinya bagi mengelakkan malu. Disamping itu, Pak Cik Malik lebih suka berbaring di atas simen daripada di atas katil." Panas..panas," keluhnya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, selama tiga hari tiga malam dia meraung. Tiada lain yang dia keluhkan, kecuali," Panas","Ampunkan saya emak",dan" Tolong saya emak,tolong." Selalu juga dia memegang kakinya yang bengkak dan berkata" Ya Allah,adakah kerana kaki ini pernah menyepak emak aku dulu,maka hari ini Engkau bengkakkan kakiku dan sakit semacam ini?" Setelah tiga hari tiga malam tidak menjamah makanan dan meraung meminta ampun daripada ibunya, Pak Cik Malik ditemui meninggal keesokkannya di atas simen. Yang menyedihkan, daripada mulutnya yang pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya, mengalir lendir yang amat busuk baunya. Daripada dubur pula, terpancut najis bersemburan. Bila mengenang semua inilah, hati saya menjadi sebak. Benar Pak Cik Malik telah insaf, tapi sudah terlambat. Benar juga dia memohon keampunan dari Allah, namun sama ada dosanya itu dimaafkan atau tidak, Yang Maha Esa yang menentukan. Setelah membaca surah Yasin dan Al-Fatihan, saya tinggalkan kuburan itu. Dalam hati saya berdoa semoga anak-anak Allahyarham yang sekarang ini saya lihat begitu taat kepada ibu mereka tetap ingat kepada pesanan Allahyarham.
cerita yg cukup memberi pengajaran...sesungguhnya nerka jahanam lh tempat yg selayaknya bagi anak2 yg derhaka...nauzubillah...hanya kasih Allah yg mampu merubah...
cerita ni wat sy insaf.....selamani sy slalu bangkang ckp mak sy...lepas ni sy nak tepon mak minta maaf...biarla mak sy nak ckp sy buang tabiat ke apa ke......
ibu bpa adalah sgalanya. .slepas Allah dan Nabi Muhammad. .jgnla skali skali melukakan hati mereka. .walaupun diaorang mrah mcm mana pun sygilah mreka. .segarang garang mereka htinya tetap trslit ksih yg suci yg tiada bndingannya. .hnya stu didunia ini gntilah ngan berjuta org pun tak akan sma dgn ksih mereka. .menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. .nasi sudah menjadi bubur. .sygilah mereka slagi mereka msih ada .
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yg cukup memberi pengajaran...sesungguhnya nerka jahanam lh tempat yg selayaknya bagi anak2 yg derhaka...nauzubillah...hanya kasih Allah yg mampu merubah...