Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hai awek cun. Lajunya awek cun ni jalan. Kena kejar dek anjing ker awek cun?"
Huh. Suara sumbang mana pula ni? Macam biasa dengar aje suara ni. Ni mesti budak terlebih ajar ni. Aku menolehkan kepalaku untuk melihat siapakah yang mengganggu perjalananku ke fakulti.
"Hai. Tak kenal ke dengan suara merdu abang hari ni?" suara itu berbunyi lagi.
Memang tidak syak lagi. Balik-balik jumpa dengan lelaki ni. Kan bagus kalau boleh terjumpa dengan Yutaka Takenouchi ke, Norman Hakim ke. Bahagia hidup aku kalau jumpa dengan mereka. Ini tidak.. Pagi-pagi lagi dah jumpa dengan cekodok basi ni. Kalau boleh makan tak apa juga. Hai... pagi-pagi lagi dah banyak dosa aku kat mamat ni.
"Awak kalau tak kacau saya tak boleh ke?" marahku . Aku menunjukkan muka yang sehabis-habis garang. Ni kalau harimau nampak pun terperanjat.
"Mana boleh awek cun. Awakkan bakal isteri saya," ujar mamat tu dengan bersungguh-sungguh.
"Isteri Uwekkkkk... tak ingin langsung!" balasku sambil menjelirkan lidah. Huh... kalau handsome tak apa juga. Tapi, kalau tengok dua tiga kali boleh tahan juga handsomenya mamat ni. Ah... handsome tapi perangai macam setan buat apa?
"Nazri, amacam Jerat tak mengena ke?" soal member baik Nazri, Azmi.
"Erm... Kau tengok aja lah satu hari nanti. Aku akan pastikan Noor jatuh ke tangan aku."
"Agak-agak berapa abad lagi ye?" gurau Azmi sambil melihat Noor memasuki kelasnya.
Ak en na. Kurang asam keping betullah mamat ni. Buk... Satu tumbukan padu dikenakan pada bahu Azmi. Apa lagi, berderai ketawa mereka. Kesannya semua manusia yang ada kat kawasan tu berpaling ke arah meraka. Ah, peduli apa. Janji aku dengan member aku ni bahagia. Nazri memaut bahu Azmi dan melangkah menuju ke arah fakulti. Enjoy-enjoy jugak. Tapi study aku tak tinggal.
Noor. Nama tu sentiasa terpahat di lubuk hati Nazri. Liar nak mampus. Nampak aja jinak tapi bila dekat terus terbang. Namun, Nazri tidak jemu memburu Noor. Insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Nazri tersenyum sambil mempercepatkan langkah ke fakulti.
**********
"Noor... oit Noor," panggil member sebilik aku. Isk minah ni. Kacau je orang nak buat assignment. Dahlah esok dateline. Yang aku nie pun satu. Buat awal-awal tak nak. Sekarang baru terhegeh-hegeh. Baru padan dengan muka aku. Aku memalingkan muka sambil menunjukkan mimik muka yang paling lawa. A'ah lawa. Sebijik macam tenuk. Hehehe.
"Apa??" soalku.
"Kau dengan Nazri tu ada apa-apa ke?"
Uikkk... Soalan yang sungguh mencabar minda!!
"Nazri Pleaseee... "
"Abih yang aku tengok dia selalu kacau kau tu apa? Takkan tak ada apa-apa kot?? Dia tu handsome apa. Kau tak minat ke kat dia?? Sesuai sangat dia tu dengan kau. Macam pinang dibelah lapan. Weh, takkan kau tak teringin couple dengan dia kot??"
Tu dia. Tiga soalan untuk dijawab dalam masa satu hari. Dahlah semua soalan tu tersangatlah mencabar minda. Minah ni kalau dah bercakap, tak sah kalau tak lama. Agaknya berapa gelen air liur dia habis?
"Huh... mintak simpang malaikat 44. Handsome tapi perangai macam setan buat apa?" Haa... Jawapan untuk 3 soalan . Macam syampu pulak. 3 dalam 1...
"Tak baik kau kata macam tu. Dibuatnya ada jodoh dengan dia, apa kau nak buat?? Kalau aku, sure aku tak tolak."
"Eh, eh minah ni . Over nampak. Cik Imah, kalau rasa teringin sangat kat Nazri tu, ambik ajalah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia Lagipun otak Nazri tu bukan betul sangat. Perangai macam kanak-kanak riang ribena aja,"
"Eleh. Kata kat orang konon. Macamlah dia tu matured sangat," aku cuma tersengih. Tu lah. Nak kata orang tengok-tengok diri tu dulu . Kat kolej ni siapa yang tak kenal dengan Noor yang tinggal kat dorm 2. Minah yang paling gila-gila . Sampaikan lecturer kenal dengan aku. Amboi, glamour mengalahkan Ziana Zain. Erkkk... hehehe... Tul ke
"Alah. Kalau aku tak matured pun aku tetap cun apa," ujarku sambil menggayakan diri di hadapan Imah. Sudahnya bantal busuk milikku hinggap betul-betul kat hidung aku. Isk... Kemik la hidung aku dibuatnya. Dahlah hidung ni separuh mancung. Puas aku tarik hidung ni. Bukan setakat guna tali siap guna dawai lagi. Tapi tak mancung-mancung juga. Agaknya apa petua yang Shah Rukh Khan pakai untuk mancungkan hidung dia?
***********
Huarghhh... mengantuknya dengar lecturer ni membebel. Boring yang teramat sangat aku dibuatnya. Yang aku ni pulak ntah apa sakitnya. Asyik boring memanjang. Kalaulah muka lecturer ni sebijik macam muka Noor kan best. Sure aku tak boring. Paling melampau aku punya tindakan ialah kerat meja panjang ni dan letak betul-betul sebelah lecturer tu. Tu kira okay lah tu. Dibuatnya aku bawa balik lecturer kat dorm aku sure haru dibuatnya. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak sedar gadis idamannya sedang mengaturkan langkah memasuki perut kelasnya. Azmi yang duduk di sebelah Nazri menyikunya. Apa lagi, melopong mulutnya apabila melihat sang gadis berada di depan mata.
Nazri menatap muka Noor. Kalaulah aku dapat duduk kat depan, terang pemandangan aku tengok muka Noor. Huh , nak dok depan? Jangan haraplah. Dok depan tak boleh buat taik mata. Kalau duduk di belakang, tempat paling strategik untuk melakukan aktiviti yang paling Nazri gemari. Tapi, saat macam ni, aku rasa nak halau aja manusia yang dok kat depan tu. Boleh aku tengok muka Noor puas-puas. Eh... eh, nak ke mana pula Noor ni? Siap bawa buku. Eh, macam nak menuju kat sini aja. Kebetulan pulak sebelah Nazri tiada student lain yang duduk. Sebelah kanan ni surelah mamat Azmi ni. Tapi, Noor ambik ke subject Kimia? Tak penah tau pun. Setahu aku dia ambik course Sains Hayat. Erk, memanglah course tu ambik subject Kimia. Tapi tak pernah nampak pun Noor masuk kelas ni. Agaknya aku tak nampak sebab aku selalu datang lewat. Bila masuk tu bukannya reti nak ambil note yang lecturer tu cakap. Sibuk buat taik mata aja. Sesekali kesian juga tengok lecturer tu bercakap memanjang. Tapi aku buat tak kisah je. Nasib baik yang buat perangai aku sorang je (agaknyalah). Dibuatnya satu kelas, sure menangis lecturer tu.
Bermacam-macam persoalan menyerang benak Nazri. Noor melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Nazri. Fuh, macam tengah bersanding pulak. Yang Azmi ni asyik melopong je tengok aku. Nasib baik lalat tak teringin nak masuk dalam mulut dia Kalau tak, sure lunch nanti dia kenyang. Lagipun aku tau sebab apa lalat tak sudi masuk dalam mulut dia. Bau mulut mengalahkan mulut buaya lombong. Hehehe. Nazri curi-curi pandang ke arah Noor. Memang terbukti dia ni cun. Bahagianya kalau dia milik aku. Sedang asyik melihat pemandangan' indah di sebelah, Azmi menyiku Nazri. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak dapat mengawal tubuhnya terjatuh ke atas badan Noor. Gamat satu fakulti dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu. Noor pula menahan marah. Segera dia mengangkat kaki keluar dari perut fakulti. Nazri betul-betul tergamam dengan peristiwa itu.
************
"Sakit sangat hati aku ni Imah. Nasib baik aku dapat cover pengeluaran api dari hidung aku ni . Kalau tidak, sure terbakar fakulti dengan mamat tu sekali. Kurang asam boi betul mamat tu!" marahku. Kalau boleh saat tu juga aku nak jumpa Nazri. Lepas tu aku fire dia . Biar cepat mampos. Aman hidup aku.
"Dahlah tu. Muak aku dengar cerita kau. Bukak mulut aja cerita pasal dia. Telinga aku pun nak rehat juga," ujar Imah selamba.
"Aku sakit... "
Tak sempat aku teruskan bercakap Imah menutup mulut aku dengan bantal busukku. Puihhh... masam juga bantal busuk aku ni. Hehehe.
"Malas aku layan kau. Ni pakwe kau kasi surat," Imah menghulurkan sekeping surat. Sampulnya berwarna merah jambu. Bau dia mak datuk. Sebatu boleh terbau akan kewangiannya. Aku bertanya pada Imah siapa pengirimnya sebab aku ni memang tak pernah ada special boyfriend tetapi Imah lekas-lekas keluar dari biliknya. Agaknya dia tak sanggup kena soal-siasat kot? Aku membuka sampul itu dengan berhati-hati. Bau perfume dari surat itu semakin semerbak Mak datuk. Surat jenis apa ni?
Mohd Nazri, Dorm 8 , Kolej Sri Iman, 24100 Kijal, Terengganu.
Noor Liyana, Dorm 2 , Kolej Sri Iman, 24100 Kijal, Terengganu. 10 Jun 2000
Cik,
MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN ----------------------------------------------------------
Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.
2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.
3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.
4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar-benar ikhlas, Nazri
Alamak. Betul-betul seriuslah Nazri ni. Tapi tempoh yang dia kasi 5 minit aja. Dah bersedia ke aku untuk jadi awek dia? Ah, tak boleh jadi ni. Baik aku pergi jumpa dia dan bagitahu yang aku tak bersedia menjadi awek dia. Tapi, sanggup ke aku bagitahu dia sedangkan hati aku ni dah terpaut padanya sejak kali pertama aku kenal dia. Selama ni aku saja menafikan kerana aku malu dengan diri sendiri. Lagipun aku nak dia gentleman. Kalau betul-betul berkenan kat aku, face to face lah. Ah, tinggal 2 minit lagi. Baik aku jumpa dia. Lepas tu minta dia panjangkan lagi tempoh. Aku segera berlari ke arah pintu dan membukanya.
"Hai awek cun."
Sesungguhnya aku tidak menyangka Nazri sanggup melakukan tindakan bodoh itu. Curi masuk ke kolej perempuan semata-mata kerana aku! Dan mastermindnya surelah Azmi dan Imah. Celaka betul budak dua ekor ni. Dan yang paling aku tak sangka sekali ialah Azmi dan Imah ada hubungan sulit. Isk, macam mana gosip ni tak sampai kat telinga aku? Nazri tersenyum riang melihatku.
"Sudikah awek cun menerima saya?" soal Nazri sambil menghadiahkan 11 kuntum bunga ros buat aku. Terkedu aku dibuatnya. Aku mengangguk tanpa sedar. Apa lagi, bersorak Imah dan Azmi apabila melihat aku mengangguk. Amboi, mengalahkan tuan yang bertanya. Yang si Nazri pulak tak habis-habis tenung aku. Aku cuba membalas tenungannya dan tidak aku nafikan bahawa matanya amat cantik. Ah, bercinta juga aku dengan mamat 3 suku ni. Walaubagaimanapun, aku berharap agar jodohku panjang dengannya. Sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangannya...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
arghh..
best giler