Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mazliana tersenyum melihat dirinya di depan cermin. Lama juga tak kenakan si mimi ni. mesti dia terkejut beruk kali ni. kalau tak terkejut beruk dia masuk hospital sebab serangan jantung. Dia ketawa kuat. Kau cabar akukan. Kau tak tahu siapa Mazliana Nordin. Kecelaruanlah hidup kau hari ni. Selendang lusuh yang dipakai menutupi rambutnya. Dia tersenyum gigi warna hitam dan cermin mata besar membuatkan dia yakin kali ini lakonannya berjaya. Siaplah kau mimi...senyumannya semakin lebar.
Zikri dan Iskandar melangkah masuk ke lobi MM holding. Syarikat kebanggaan Tengku Mazlan. MM holding dipilih semperna nama tengku Mazlan Dan tengku Mariam. Iskandar kini dipertanggungjawabkan untuk menerajui MM Holding. Apa yang pasti disebelah kirinya akan sentiasa ada Zikri yang akan bersama-samanya ketika jatuh bangun.
"kau jangan lupa malam ni nanti bising pulak mama"
"emmm..tengoklah..biasanya kalau malam minggu kaupun mesti larikan. So jangan nak kenakan aku pulak" Iskandar tersenyum. Memeng niat untuk mengenakan zikri sudah terbit di hujung akalnya. Dia tersenyum sinis.
"hahh...tu dah keluar senyum ala-ala jahat...kau jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan aku memutar belitkan fakta Is. Jangan sampai kau makan kasut aku ni"
"ehhh...Zik aku ni profesional tahu tak" Iskandar berwajah serius. Yang pasti malam minggu ni kau kena!!bisik hatinya jahat.
"banyaklah pro kau tu.." butang Lif ditekan. Mereka beriringan masuk.
"Ya Allah!!" Iskandar terkejut. Dia mengurut dadanya. Begitu juga Zikri.
" fesyen datang dari mana pulak ni Syamin?" Tanya zikri dalam sisa terkejutnya. Wajah serius Iskandar dipandang. Wajah kecut Syamin membuatkan dia terus ketawa. Lawak pulak bila terkenangkan iskandar yang terkejut tahap beruk. Dia ketawa lagi. Mana taknya jumpa pekerja sendiri macam nampak hantu.
"selamat pagi bos"
"pagi" jawab Iskandar serius.
Syamin mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sebab terlalu lewat bersama Mazliana semalam membuatkan dia tidak sempat mencuci rambut yang di warna dengan warna merah. Wajah kedua-dua bosnya dipandang. Aduhh!! Kantoi. Ketawa Encik Zikri membuatkan hatinya senang tapi wajah serius Encik Iskandar membuatkan dia terus menunduk. Macam manalah boleh tertembung dengan bosnya ni?.
"fesyen apa ni Syamin?" tanya Zikri kembali. Cuba menahan rasa geli hatinya.menakutkan. tiba-tba ada perempuan berambut merah di dalam lif. Nyaris tak gugur jantung.
"saya tak sempat nak cucilah Encik zikri"
"tulah kalau nak jadi pelakon jangan datang kerja..jadi je pelakon" Encik Iskandar pula bersuara serius. Bukan dia tak tahu aktiviti setiausahanya. Hishh budak ni tak cukup ke aku bagi gaji sampai macam ni sekali jadinya?. Rambut merah Syamin dipandang. Macam gaya apa entah.
"maaf Encik Is..saya..." belum sempat dia menghabiskan ayat. Pintu lif terbuka luas. Iskandar keluar tanpa menunggu jawapan pekerjanya.
Syamin menunduk malu. tulah cari pasal sangat. Sempat dia melihat zikri yang mengangkat ibu jari tanda bagus padanya. Dia tersenyum. Memang dia sentiasa senang dengan Encik Zikri kerana bosnya yang sorang lagi tu lebih peramah. Tapi Encik Iskandar pun baik juga. Siapa tak sayang bosss oiii...
Jam menunjukkan pukul 1.00. lunch time!! janjinya malam ini dengan Maz bermain di minda. Dia suka perwatakan temannya itu tidak hipokrit, kalau hitam katanya maka hitamlah dia. Kalau kuning alamat jadi kuninglah. Hal itulah yang membuatkan hubungan mereka sentiasa rapat. Minat yang sama dalam pementasan teater mengikat dia dan Mazliana. Cuma sejak kebelakangan ini dia dan Maz sibuk dengan hal masing-masing. Nasib baik tuhan ketemukan mereka.
"haiii hensem Encik Zikri hari ni?" senyuman bertambah mekar. Wajah perempuan di depannya dipandang sekilas.
"hari lainpun saya hensem juga.."
"tapi hari ini lain macam sikit Encik Zikri, sebab tu" jarinya menunjuk ke arah kot hitam yang dipakai. Selama ini dia hanya melihat bosnya itu dengan kemeja dan memakai tali leher serabut. Tapi hari ini jelas menampakkan wajah kacak kegilaan ramai.
"apa awak menungkan tu..saya tengok macam tak ada dekat sini je. Dah sampai mana?"
"Encik Zikri..bos marah ke?" Zikri tersenyum. Itu rupanya yang dimenungkan.
“macamlah baru sehari awak kerja dengan dia?"
"tapi...macam biasalah bos"
"biasa tak biasa..walau watak apapun awak bawa dalam lakonan pentas awak tu jangan sampai awak bawa ke pejabat" , teguran perlu diberikan kerana itu tanggungjawabnya. Apa pulalah kata pelanggan kata nanti tengok secretary pengurus besar macam tu..hishhh...rosak reputasi MM holding. Syamin tersenyum dia mengaru kepalanya. Dia tahu sekarang dia dalam pemerhatiaan. Walaupun zikri baik orangnya tapi lelaki itu tegas dalam urusan kerja.
“lain kali saya tak buat lagi bos.."
“tak ada dah lain kali.. ini yang pertama dan yang terakhir awak ber’rambut ’ merah. Nasib baik saya dengan Encik Iskandar tak ada masalah jantung, kalau tak dah lama padam" syamin ketawa kecil. Zikri meninggalkannya syamin terus menghilangkan diri dalam bilik pengurus besar.
"hoiii syamin ada mak cik nak jumpa kau" jeritan Nisa ’penyambut tetamu’ dari membuatkan dia terkejut. Hishhh tak boleh nak layan feel sikit. Ada aja yang ganggu. Kacau betul.
"siapa?" syamin mengangkat keningnya tak puas hati. Aushhh gaya gengster habis tapi habuk pun tak ada!!. Siapa ppulak waktu-waktu rehat ni nak jumpa aku.
"tu" Nisa memanjangkan muncungnya mengarah ke arah ruang menunggu MM holding. Ehh..minah ni main tunjuk dengan mulut pulak kalau cantik tu tak apalah. Ini bibir merah merekah bak kereta wira aku je. Lagi mahu tunjuk.
Syamin melangkah perlahan merapat seseorang yang sedang membelakanginya. Siapa pula ni? Mak ke? Hishh tak akan orang tua tu datang tak bagi tahu. Dia berdiri rapat dengan wanita sebaya maknya yang bercermin mata besar. Puas dia mengamati wajah itu tapi gagal. Siapa pulak ni. Ehhh senyum pulak kat aku.
"ye mak cik cari siapa?"
"syamin...syamin tak kenal mama?" berkerut seribu dahinya. Sudah mama mana pulak ni.
"ehh mak cik silap orang ni.. mak saya ada kat kampung.. lagipun sejak bila pulak saya ada mama?" soalnya cuak.
"sampai hati Mak syamin tak cerita pasal mama.."
"maksud mak cik?"
"mama yang susukan syamin dari kecik besar semut sampai hati bila dah jadi gajah ni, syamin lupakan mama"
"hah??!!! Susu...biar betul mak cik seingat sayalah sepanjang saya kenal susu semua susu botol.. susu lembu" syamin bertambah pelik. Cuak juga dia tetiba ada manusia mengaku ibu susuannya. Mustahil. Siap samakan aku dengan semut dengan gajah. Sesuka hati je.
"sampai hati syamin samakan mama dengan lembu"
"ehhh bukan macam tu mak cik... aduhhhh mak cik salah orang ni"
"kalau mak cik salah orang tak mungkin mama salah orang tak mungkin mama bawa ke mana saja gambar kau masa kecik.. hah tengok ni comel je macam mama dia"
Wanita itu mula mengalirkan airmata. Hahhh sudah drama airmata bermula ada beberapa pasang mata sedang menjadi pemerhati. Syamin masih berdiri di tempatnya tanpa berganjak. Suasana menjadi sepi sebentar. Hampir semua kakitangan di tingkat 12 sudah keluar makan, nasib baik.
"kenapa ni?" satu suara muncul dari arah belakang. Semua memberi laluan. Alamak bos!! Kantoi.. wajah wanita tua itu selamba. Masih dengan air mata.
"syamin??" Iskandar bertanya serius. "siapa ni?" soalan bertalu-talu menimpa.
"emmm....saya..."
"saya mama syamin" wanita itu tersenyum ke arah lelaki itu. Hensem. tapi muka masam mencuka. Ehhhh!! Macam pernah tengok la mamat ni. Maz mengigit bibirnya cuba mengingati sesuatu.
"macam mak cik pernah tengok anak ni...tapi dekat mana ek?"
"hooo mungkin dalam majalah..." jawab Iskandar sopan.
Bagus. Hormat orang tua. Mazliana membetulkan tudungnya. Lakonannya hari ini memang berkesan. Wajah kantoii syamin membuatkan dia rasa nak terguling-guling gelak. Kini tumpuannya pada lelaki serius didepannya.
"mak cik buat apa dekat sini?" tanya Iskandar.
"mak cik rindukan anak mak cik ni.."
"syamin your mom?" .pertanyaan Iskandar mengejutkannya. Mengangguk lepas tu mengeleng. Ehhh tidak aku keliru!! Jerit hatinya.
Mazliana meneliti wajah iskandar sekali lagi. Tiba-tiba otaknya ligat memproses maklumat. Hah??!! Bukan mamat ni ke yang aku jumpa dekat klinik Kak Lin. Aduhhhh kantoii.. tiba-tiba matanya menangkap lagi satu wajah yang baru masuk ke ruang tersebut. Hah...sudah! sah lagi sahih memang mamat dua orang ni. Sebelum apa-apa terjadi baik cabut dulu ni.
"tak apalah nak...biarlah mak cik balik dulu lagipun mak cik banyak kerja lain"
"ehh...kenapa tiba-tiba mak cik nak balik?"
"siapa ni Is?" tanya Zikri.
"mak syamin"
"laa...sihat mak cik?" zikri menghulurkan tangannya. Tapi tidak disambut. Wanita itu hanya tersenyum. Mazliana gabra. Mana boleh bersentuhan lelaki perempuan hukumnya haram.
"tak apalah mak cik kami nak keluar ni.. minta diri dululah" minta Zikri sambil memandang ke arah iskandar yang masih memandang wajah orang tua tu. Hishh biar betul si Iskandar ni tak akan first love dengan mak si syamin ni pulak. Pantas tangan iskandar dicuit. Membuatkan lelaki itu tersedar dah terus jalan meninggalkan dua beranak itu. Mazliana menghembuskan nafas lega. Selamat!.
"tak apalah mak cik balik dulu" dia yakin mimi dapat menghidu lakonannya.
"nanti dulu" langkahnya tiba-tiba terhenti. Suara syamin dari tadi diam kedengaran jelas.
"mama tinggal dekat mana?"
"PJ ehhhh...maksud mama Pulau Jinjang"
"Pulau Jinjing? Dekat mana tu?"
"sebelah Pulau Pinang bawah sikit dari Perlis jauhlah dari Perak" syamin tersenyum. Dia dah dapat tangkap mata itu kepunyaan siapa.
"amboii!! Jauh juga mama duduk. Macamanalah boleh hantar susu dekat saya masa kecik dulu ek?" syamin merenung tajam ke arah pelakon terbaik itu. Sengaja mempamerkan riak marah.
"ok mak cik balik dulu"
"Mazliana Hj Nordin...!!!" jeritnya mematikan langkah mazliana. Dia berpaling dan tersenyum.
"kurang asam jawa punya budak... nak rasa agaknya macamana tidur dalam tanah.. ?" marahnya. Ketawa kuat sudah kedengaran. Bahu mazliana ditepuk kuat. Aduhh sakit. Kasar betul arr minah ni. Boleh retak bahu aku. Maz mengosok perlahan bahunya.
Lokonannya dapat dikesan. Hishhh baru nak intro ni semua mamat dua ekor tu punya pasal. Kalau tak mesti segalanya berjalan lancar. Jantung aku ni pun satu juga yang berdegup kencang je bila nampak mamat tu kenapa? Tulah bukan senang hidup dalam penipuan.
****
Zikri dan iskandar berpandangan. Melihat kelibat wanita tua itu yang memandu laju kereta wira merah milik syamin. Mereka kaku di tempat letak kereta.
"hishh biar betul mak cik tu...bawa kereta macam pelumba F1. Betul ke tu mak si syamin Is?"
"kau tanya aku manalah aku tahu.."
"yang kau ni apa hal dari tadi aku tengok kau tengok mak cik tu lain macam je?" tanya zikri tak puas hati. Iskandar masih memandang arah kereta yang sudah lenyap entah ke mana.
"entahlah aku rasa macam pernah tengoklah mak cik tu..tapi aku tak boleh nak tangkap dekat mana"
"ya ke?" "jangan-jangan kau jatuh cinta dengan mak cik tu tak?"
"kau ni dah lama agaknya tak makan penamparkan. Aku rasa nak bagi kau sekarang ni juga". Iskandar bersuara geram.
"ehh..tak payahlah susah-susah aku dah makan nasi tadi. Kenyang lagi rasanya"
Zikri tersengih. Bukan boleh dilayan sangat Iskandar ni kalau dibuatnya naik angin dengan aku-aku sekali kena. Tapi tak mungkin sahabatnya itu akan menamparnya. Dia tahu siapa Tengku Iskandar.
"haiiii...bos-bos saya ni tak akan berdiri dekat sini je kot?" sergah Syamin dari arah belakang. Dua mata lelaki itu terarah kepadanya.
"panjang umur awak syamin"
"kenapa?"
"ni bos kita ni dah minat dekat mak awak tu" Zikri ketawa kuat. Iskandar hanya memandangnya tajam. Cihhh mulut tak ada insurans betul.
"hah?? Encik Iskandar?"
"awak dengarlah cakap Encik Zikri ni.. bukan betul sangat otak dia ni"
"tapi kalau Encik Is nak jadi papa tiri saya boleh juga.." bisik Syamin. Tersembur ketawa Zikri yang ditahan dari tadi. Syamin hanya ketawa kecil. Tapi Iskandar buat muka blur.
"itu bukan mak sayalah bos-bos... dia kawan saya dari kecik"
"hah??macamana awak boleh berkawan baik dengan mak cik tu?" tanya zikri tak puas hati.
"dia kawan sayalah bos-bos sebaya dengan saya.. dia tu pelakon terbaik masa kitorang belajar dulu" terangnya kepada dua orang bos mudanya. Dia sering menggunakan panggian bos-bos jika berbual dengan Ziri dan Iskandar.
"maksud awak tadi tu dia berlakonlah?" tanya iskandar geram. Syamin hanya mampu mengangguk suka. Tertipu juga bos-bosnya dengan lakonan berkean Mazliana.
Iskandar dan zikri berpandangan. Tiba-tiba Ketawa zikri kedengaran kuat. Kagum dia dengan lakonan kawan syamin yang dia sendiri tak kenal. Tapi apa yang pasti dia juga tertipu. Patutlah masa aku nak salam dia tadi dia tolak. Dia kembali tersenyum.
"sukanya kau?"
"tak sangka kitapun dia berani tipu. Hebat perempuan ni"
"memang dia seorang yang hebat Encik Zikri"
"Menipu awak kata hebat??" tanya Iskandar serius mematikan senyuman yang mekar di bibir syamin.
"saya yang cabar dia Encik Is, tak sangka pulak dia seberani itu datang ke pejabat macam tu. Cuak juga saya tadi. Nasib baik Bos-bos selamatkan saya. Kalau tak mesti lagi teruk saya kena tadi" Syamin tersenyum. Cuba menerangkan keadaan sebenar. Dari nada suara bosnya dia tahu Iskandar tidak marah.
“tak apalah syamin...lagipun dia datang waktu lunch time so tak kisahlah" zikri menyelamatkan suasana.
“sudah ini bukan waktu berborak tentang sesuat yang tak membawa makna". Iskandar melangkah meninggalkan Zikri dan Syamin. Dia tak berminat untuk terus mendengar cerita tentang ‘pelakon terbaik’ itu.
***
Dari tadi duduknya tak senang. Sekejap bangun sekejap duduk. Zikri yang dari tadi duduk santai hanya tersenyum melihat aksi sahabatnya. Hasrat mamanya semalam betul-betul membuatkan dia lemas. Rimas. Entah apa yang dirancang mamanya selepas ini dia sendiri tak tahu. Terencat niatnya untuk mengenakan Zikri. Alih-alih dia yang terkena.
“macamana ni?" tanya Iskandar. Geram dia melihat senyum meleret temannya.
“kau boleh duduk tak?"
“kau nak suruh aku duduk.. kau tahu tak aku dah macam tak cukup nafas ni"
“haiii...Tengku Iskandar kenapalah kau ni gabra sangat, mana dia Iskandar yang macho, berani gagah perkasa tu?"
“banyaklah kau gagah perkasa. aku dah tak boleh berfikir sekarang ni"
"tak payah fikir.. ala.. Mak Engku baru suruh kau kawin. Tapi macam gaya nak menunggu kematian je aku tengok".
"kau cakap senanglah Zik, bukan kau yang kena Kawin masalahnya aku.. lagi satu kau ingat dalam dunia ni senang ke aku nak cari perempuan yang boleh memenuhi syarat Mama aku tu?. Kaupun fahamkan"
"so kau terima jelah pilihan dia tu, apa susah" Iskandar mengigit bibirnya. Geram dia melihat wajah selamba zikri.
"kau ajalah yang kawin dengan dia."
"ehhh kenapa aku pula yang jadi mangsa?" zikri membuka majalah di depannya.
"kaupun bukan orang lain anak dia juga... peliklah mama aku ni. macam hidup zaman dahulu kala je main kawin paksa macam ni. Aku lari baru tahu" Zikri mengekek menekan perutnya. Kelakar dia mendengar idea gila Iskandar.
"alaaa apa susah Is..kau tak payah lari. Kau pilih sajalah mana-mana girlfriend keliling pinggang kau tu buat isterikan senang"
"senang tu kata kau..tapi yang susahnya aku"
"Emm...macam ni...Mak Engku dia kalau oleh nak kau ada pilihan sendiri, so kau kena cari calon isteri kau tu buat masa ni.. bila dah kenalkan nanti kau buatlah Mak Engku tak suka calon isteri kau tu..lepas tu mesti dia tak akan paksa kau kawin sebab kau masa tu konon-kononnya dah putus cinta"
"emmm...bagus juga cadangan kau ni...tapi ni dah kes menipu mama ni Zik. Berdosa"
"Masalahnya kalau kau nak jadi anak yang soleh kau ikut jelah cadangan mama kau kawin dengan pilihan dia..siapa tu anak Tan Sri Hamid? Hamud? Apa ke nama dia"
"tapi siapa calon isteri aku tu?"
"laaa...tak akan kau tak ada calon kot?"
"kau ni kan Zik kalau aku kata kau bodoh nanti kau marah. Kalau aku dah ada calon tak payahlah aku nak tipu mak aku macam idea pening kau ni" Zikri mengaru dagunya, seakan memikirkan sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Dia olok-olok je bagi cadangan tak sangka Iskandar ambil serius dengan apa yang dikatakan. Biar betul!. Sudah masalah. Kalau Mak Engku tahu mampus aku kena.
"ex-girl kau yang ramai-ramai tak ada?" tanya Zikri.
"tak boleh pakai semuanya"
"emmm..kawan-kawan perempuan kau?"
"mana ada aku kawan perempuan" Iskandar menjawab perlahan. Memang dia tak suka menjalinkan persahabatan dengan insan bergelar perempuan. Baginya perempuan susah untuk memahami perasaannya.
"ha arr.. aku lupa pula kau ni jenis romeo must died...tak akan tak adapun perempuan yang terlintas kat kepala kau?..emmm syamin?"
"hishhh dia tu sekutu mama..mana boleh nanti tak pasal-pasal dia buat laporan lengkap hantar dekat mama" zikri ketawa kecik.
"Mak Syamin" tiba-tiba wajah tua pagi tadi terlintas di mindanya.
not bad... sambungla cepat.. agak tergantung disitu.. yang best buat org suspen .. rase2nye syamin jd calon isteri.. tapi last kalie biler da kenal maz,pasti is jatuh cinta.. betul x? :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahhhh
bes..bes...bes...
cepat la sambung, hehe
da 1st one 2 comment.........