Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sorry, Zulfa. Tapi saya sibuk sekarang ni. Kita berbual nanti ya?"itu adalah ayat yang selalu sahaja aku ucapkan kepada Zulfa apabila dia menelefon aku. Bukan aku mahu menjauhkan diri daripada dia tapi aku benar-benar sibuk. Langsung aku tidak berniat untuk mengabaikan dia. Aku fikir dia akan faham kerana dia selalu memahami aku. Aku hanya sedar yang dia dah berhenti memahami aku apabila dia sering sahaja mencari pasal dengan aku, membangkitkan soal masa aku yang tak pernah ada untuknya. Demi Tuhan, aku tak bermaksud untuk berbuat begitu. Apatah lagi meninggalkan dia, kerana jelas sekali aku memang amat menyayangi dia. Aku fikir dia tahu itu tapi nampaknya aku salah. Sudahlah kami berjauhan, dia pula tidak mahu menerima atau mengangkat panggilan daripada aku. Apa yang harus aku lakukan? Dan minggu lepas, dia ke sini menemui aku dengan satu cadangan yang aku rasakan paling tak masuk dek akal. Aku menolak cadangan itu dengan baik kerana aku rasakan usia aku yang sebegini muda tidak memungkinkan aku untuk menjalinkan sebarang komitmen dengan dia. Dia pulang hari itu juga tanpa mahu mendengar sebarang penjelasan daripada aku. Dia marah dengan tindakan aku yang selalu sahaja memperkenalkan dia sebagai kawan aku semata-mata dan bukan kekasih. Kalau itu dia anggap satu kesalahan, aku terima. Aku boleh memberitahu satu kolej yang dia adalah kekasih aku jika itu yang dia mahu tapi jika dia mahu kami bertunang, maafkan aku tapi aku tak boleh terima. Aku sayangkan dia, betul, tapi aku hanya nak menumpukan sepenuh perhatian aku kepada cita-cita. Aku tak bersedia untuk semua itu. Aku ingat dia akan faham tapi tidak..dia tak dengar langsung apa yang mahu aku cakapkan. Dia asyik menuduh aku makin melupakan dia, dah ada orang lain…Sesungguhnya, dia bukan lagi Zulfa yang aku kenal dulu. Apa dah jadi dengan dia? Fikiran aku makin berserabut dan tidak memungkin aku untuk menatap buku dalam keadaan sebegini. Gerun bila memikirkan yang perhubungan kami sedang menuju kehancuran. Aku tak dapat mengelakkan diri daripada memikirkan perkara tersebut. Aku tak tahu! -zulfa tlglaa…angkat telefon..kita bbincang elok2…sy mohon sgt…sy xblh belajar kalau mcm ni terus Aku terus menghantar mesej tersebut kepada dia. Entah sudah berapa juta kali aku hantarkan mesej kepada dia Namun langsung tak ada balasan. Dia tidak menghiraukan aku. Aku betul-betul tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hensetku berbunyi, tapi sayangnya bukan daripada dia. Nashriq! Aku menekan butang 'Answer'. "Hello."aku menyapa, lemah sekali. Semua tenaga seolah sudah habis diserap keluar daripada tubuh. "Hello! Farah, kau okay?"Nashriq bertanya. "Okay."balasku, mengelap air mata yang mengalir. "Jangan nak tipu aku. Aku kenal kakak aku. Kau tengah sedih sekarang. Kenapa?"gesa Nashriq. "Aku selesema. Nashriq, aku tak larat sekarang ni. Maafkan aku. Bila aku dah sihat, aku telefon kau." Senyap sebentar. "Ya, menangislaa puas-puas. Nanti, lepas aku habis SPM, aku akan ke sana. Dan kau akan ceritakan segala masalah kau tu kat aku. Aku takkan biarkan kau tanggung semua sorang-sorang. Bye." "Bye."
"Kalau awak tenung lagi air milo tu, saya rasa milo tu akan jadi lebih panas daripada sekarang."Aszahari meletakan bukunya di hadapan aku. Aku tidak mempedulikan gurauannya itu. "Having a bad day, hah?"soalnya lagi sambil mengetuk-ngetuk meja kafeteria. "Lama tak nampak amoi yang selalu dengan awak tu. Mana dia?"Aszahari masih lagi tidak mahu diam. "Aszahari, please…"aku berkata dalam nada yang hampir merayu. "Okay! Just trying to make a conversation here."dia mengangkat kedua belah tangannya. Kami berdua senyap. Tangannya mengetuk-ngetuk meja di hadapanku. Kemudian dia bersiul pula. Aku memandangnya sepintas lalu, malas melayan dia yang sengaja mahu mencari perhatian aku itu. "Kau umpama bunga yang mekar di hatiku, ku harap kau mekarlah selama-lamanya…Kau umpama bintang menyinari hidupku…"dia bernyanyi perlahan, tetapi cukup untuk merosakkan gegendang telingaku yang sememangnya sensitif terhadap lagu jiwang macam tu. Aku memandangnya tanpa berkedip. Dia ni tak reti diam ka? Tadi meja ni diketuknya, lepas tu sekarang menyanyi pulak. "Ku harap kau terus bersinar…Di ketika kau perlukan aku…" "Aszahari!"aku sedikit terjerit. Kemudian aku tersedar yang sedang berada di kafeteria, di mana ramai student melepak. Aku memandang sekeliling, berharap agar mereka tidak mendengar dan terganggu dengan jeritan ku itu tadi. "Okay, okay! Sensitif betul."dia ketawa, melihat reaksi aku itu. Kami senyap kembali sebelum sekali lagi Aszahari cari pasal. "Twinkle, twinkle little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky. Baa baa black sheep, have you any wool, yes sir, yes sir…" Mendengar lagu yang dinyanyikannya itu menukarkan marahku kepada kelucuan. Aku sedaya-upaya menahan tawa dan mempamerkan muka serius tetapi apabila dia terus menyanyi lagu sebegitu, ketawaku terburai juga akhirnya. Dia memandang aku seperti tdak percaya aku akan ketawa sebegitu di hadapannya. "Score one for me."katanya. Aku menyisir rambut yang jatuh ke dahi, berdehem dan kembali serius memandangnya. "Apa yang awak nak Encik Aszahari?"aku bertanya. "Tak. Tadi saya lalu kat sini lepas tu nampak kawasan ni gelap je. Saya pun singgahlah nak tengok kenapa. Rupa-rupanya Farah kita sedang berdukacita."dia menjelaskan, dalam nada bergurau. Aku menggelengkan kepala, bangun dan mengambil buku aku. Terus berlalu daripada situ. Dia bangun mengejar aku. "Awak ni nak kata anti-lelaki tak mungkin. Pasal awak ada pakwe, tapi kenapa awak selalu sahaja nak mengelakkan dari saya? Saya nak kawan je. Bukan nak apa pun."dia ketawa, lucu mendengar katanya sendiri. "Tapi, saya anti awak."aku membalas. "Anti saya? Apa yang saya dah buat dekat awak?"dia menyoal, seakan tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan sebentar tadi. Beg sandangnya digalas ke bahu. "Tak buat apa tapi saya tak berminat nak kawan dengan sesiapa pun kat kolej ni." Violet yang baru turun daripada library itu menggamit-gamit aku. Aku terus berjalan ke arahnya tanpa mempedulikan Aszahari yang kaku berdiri di situ. "Siapa tu?"tanya Violet. "Honda Jazz."balasku. Violet sedikit ternganga. "Itu Honda Jazz merah? Oh my God, cutenya dia Farah. Adoi, kenapa kau asyik dapat yang cute aje?"dia memegang tanganku. "Excuse me, jangan nak timbulkan skandal, okay? Aku dan dia tak ada apa-apa pun. Bukan kawan, dan jauh sekali kekasih. Kalau kau minat sangat dekat dia, go ahead."aku berkata. Violet menoleh belakang, memandang Aszahari yang masih tercegat di situ. "Jangan menyesal."kata Violet berbaur ugutan.
21
Sejak daripada hari itu, Aszahari tidak lagi menegur aku. Aku senang begitu dan biarlah ia kekal begitu selamanya. Semalam Nashriq menghantar mesej kepadaku. Katanya dia akan ke KL selepas sambutan tahun baru. Dan dia akan menyambut rayanya di Kedah bersama abah, Cik Za dan aweknya yang tercinta, Arissya. Mestilah dia kena sambut raya kat sana, kan dia nak SPM. Kah kah kah, padan muka dia! Raya kali ni tak boleh enjoy! Dan aku pulak bulan November ni ada exam yang menanti. Gelakkan orang konon! Ketika aku turun daripada bilik, aku lihat Uncle Murshid sedang berbual dengan seseorang. Aku tidak mempedulikannya dan terus menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Aku lihat Bik Eka dan Tanti sedang sibuk meneyediakan minuman petang. "Pewitt, ada kuih!"kataku sebaik saja melihat sepinggan kuih lapis diletakkan di tepi dapur. Aku menuangkan segelas air masak ke dalam cawan, mataku leka memandang Bik Eka dan Tanti melakukan kerja. "Sapa datang Bik?"soalku, sambil mencuit sedikit kuih lapis itu. Bik Eka menampar tanganku, aku ketawa. "Temannya bisnes Tuan Murshid."balas Bik Eka. "Tanti, kamu tanya sama nyonya mahu makan di taman atau di dalam."arah Bik Eka kepada Tanti. Aku menghabiskan tegukanku sebelum bersuara. "Eh, biar Farah yang tanya. Ibu kat taman kan? Biar Farah yang tanya."aku terus keluar menuju ke taman melalui pintu dapur. Selipar jepun yang ada di situ aku sarungkan. Dan kelihatan ibu sedang berbual dengan Auntie Normah, ibu Aszahari. Nadine pula sedang membuat eksperimen mengoyakkan kelopak bunga ros. "Hello, ibu."sapaku. Ibu mengangkat muka, memandangku sambil tersenyum. Ibu mengenalkan aku kepada Auntie Normah. "Bik Eka tanya, ibunya mau makan di mana? Di sini atau di dalam sama bapaknya?" aku mengajuk percakapan Bik Eka. Ibu mencubitku. Auntie Normah hanya tersenyum. "Jomlah, Normah. Kita masuk. Farah, pun. Ajak Nadine tu masuk."ibu bangun dan masuk ke dalam, diikuti oleh Auntie Normah. Aku berjalan ke arah Nadine. Leka benar dia membinasakan bunga tersebut. "Jom masuk, Einstein."bahunya aku peluk. Nadine menggeleng, langsung tidak memandang ke arahku. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai Nadine hari ni. Lalu aku terus duduk bersila di atas tanah berlapik rumput itu. "Kenapa dengan adik Kak Farah ni?"soalku. Rambutnya aku elus-elus. Dia masih menggeleng. Aku menarik nafas. "Cikgu Kak Farah cakap, tak baik buat macam ni dekat bunga. Nanti bunga tu nangis, sakit dia tau."aku berkata, dalam nada yang memujuk. "Tipu! Bunga ni mana hidup."balasnya. "Bunga pun hiduplah. Kalau tak macam mana dia jadi besar macam pokok tu?"aku menunjuk ke arah pokok kaktus ibu yang dahulunya hanya sebesar tapak tangan. "Bunga, pokok-pokok pun hidup macam manusia jugak. Sebab tu kita tak boleh suka-suka hati petik dia macam Nadine buat ni. Kesian dia."aku berkata lagi. Nadine terus membuang bunga ros yang telah lenyai dikerjakannya itu ke tanah. "Jadi, Nadine nak cerita kat Kak Farah kenapa Nadine buat macam tu dekat bunga ros ni?" "Nadine tak suka tinggal kat Malaysia. Tak best! Nadine nak tinggal dengan Mama Thuraiya."pantas Nadine berkata. Aku mengerutkan dahi. Susah betullah anak orang kaya ni. Suka-suka dia ja kata tak suka tinggal kat Malaysia. Habis tu kau nak tinggal kat mana? Afghanistan? Kosovo? Bosnia? Mama Thuraiya? Sapa tu? "Nadine tak sayangkan Kak Farahlah macam ni. Nak tinggalkan Kak Farah. Dahlaa kak Farah takdak kawan kat sini."aku berpura-pura merajuk. Nadine memandangku, dengan sepasang matanya yang bulat itu. "Tapi Kak Farah bukan sayangkan Nadine. Kak Farah sayangkan abang Nashriq je."kata-kata Nadine itu menyentuh tangkai hatiku. Aku tarik dia agar memandangku. "Kenapa Nadine cakap macam tu? Nadine kan adik Kak Farah, mestilah Kak Farah sayangkan Nadine." Hipokritkah aku? Tidak! Dia adik aku dan memang aku dah mula sayangkan dia. Kalau dulu memang aku amat mencemburui dia tetapi sekarang tidak lagi. Ibu tak pernah membezakan aku dan Nadine. Begitu juga Uncle Murshid. Kami dilayan sama rata. "Betul?"tanya Nadine. Aku mengangguk. "Dan Abang Nashriq pun sayangkan Nadine. Dia akan datang sini nanti."aku berkata, cuba menceriakan Nadine. "Yay!!"dia sedikit terjerit. "Non Farah, nyonya suruh masuk."panggil Tanti. Nadine terus bangun. Aku sengaja tidak bangun dan memintanya untuk menarik tanganku. Nadine mencuba sedayanya untuk membangunkan aku. Aku ketawa dan meringankan diri. Nadine ketawa bangga apabila dia berjaya membangunkan aku. Kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Melangkah masuk ke ruang tamu, wajah ibu, Auntie Normah, seorang lagi lelaki dan…Aszahari! Aku patut agak yang dia ada di sini. Kan Auntie Normah tu maknya, mestilah dia ada sama. Bodoh betul aku. Aku berlagak cool dan duduk di sofa paling hujung. Manakala Nadine bertempek di antara ibu dan Auntie Normah. Aku senyap tanpa suara kerana tidak tahu apa yang harus aku katakan. Aszahari seperti biasa nampak relax, kemas…he's too…too…perfect! Oh my God, perfect sangat! Penampilannya sentiasa kemas, baik, berbudi bahasa. Bajunya sentiasa kena dengan seluar…lelaki ini betul-betul mementingkan penampilan. Zulfa pula begitu simple. Asalkan berpakaian, dia sudah sedia untuk keluar. Aku senang dengan apa sahaja penampilan Zulfa. "Kenapa tak ajak kawan berbual?"tanya ibu, menjungkitkan keningnya ke arah Aszahari yang sedang meneguk air teh itu. Aku memikirkan apa yang harus aku jawab. "Kami tak jadi kawan lagipun. Hari tu je hantar dia balik. Lepas tu dah tak bercakap."Aszahari meletakkan semula cawan teh tersebut di atas piring. Tersenyum kemenangan kerana berjaya mengenakan aku, di hadapan semua orang. Aku sekadar tersenyum apabila ibu mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Auntie Normah juga memandang aku. "Hehe, tak sempat nak jumpa…hehe. Emm, Farah naik atas dulu, ya? Ada kerja nak disiapkan."aku kelihatan amat bodoh sekali. Ceh! Aku menaip mesej kepada Zulfa untuk kesekian kalinya. Entah sudah berapa kekayaan yang aku berikan kepada Hotlink sejak kebelakangan ini. -awk tau x yg dgn buat mcm ni awk makin mnjauhkn kita…pls stop acting like a 3yrs old boy…kalau awk nak sy hebohkn ttg hubungan kita dlm suratkhabar pun sy buat tau.. Aku menghantar mesej tersebut kepadanya dengan perasaan geram yang amat sangat. Susah sangat ka dia nak balas mesej aku? Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Sesuatu yang Violet katakan kepada aku hari tu. Sesuatu yang amat menggusarkan hati aku. "Kau tak Farah, lelaki bila dia dah ada orang lain, they always trying to pick a fight with us. Selalu je cari gaduh dengan kita. Kononnya nanti bila rahsia dia dah terbongkar dia boleh letakkan semua salah tu atas kita. Kerana kitalah dia cari orang lain. Sekaligus dia berjaya menghancurkan hati kita dan membuatkan kita berasa teruk sangat lepas berpisah dengan dia. Jadi, sebelum dia tinggalkan kita, lebih baik kita angkat kaki dulu." Betul kah apa yang dicakapkan Violet itu? Hensetku berbunyi dan aku lantas mencapainya dengan penuh harapan. Berbunga hatiku melihat nama pengirimnya. :newspaper?buatlah… Aku mengetap bibir. Berfikir sesuatu sebelum membalas. ¬-bc suratkhabar esok!!!! Dia mencabar atau mempersendakan aku? Tapi sekurang-kurangnya dia dah reply mesej aku. Itu bermaksud dia dah sejuk sikit, bila dah sejuk, senang sikit eden nak pujuk. Aku menocangkan rambutku dan turun kembali setelah aku agak yang Aszahari dan familynya dah balik. Uncle Murshid sedang bergurau dengan Nadine dan ibu pula membaca sesuatu. Aku terus duduk di sisi ibu. Ibu mengangkat muka dan kemudian meneruskan pembacaannya. "Macam mana kolej? Okay?"soal Uncle Murshid. "Bolehlaa. Tapi seram rasanya nak mengadap soalan bulan November ni."aku mengangkatkan bahuku dan beraksi seperti ketakutan. Uncle Murshid ketawa. "Alah, Uncle tau Farah boleh buat. Farah kan brilliant student kat sekolah."dia memujuk, memberi keyakinan kepadaku. "Uncle ni puji ka sindir?"aku membalas. "Eh, ni pujian ikhlas! Raya ni nak balik Kedah ke?"Uncle Murshid bertanya. Aku memandang ibu, meminta pendapatnya. "Apa pulak tanya ibu? Ikut Farahlah nak raya kat mana. Kalau nak raya dengan abah pun tak apa, nak raya dengan ibu lagilah boleh."kata ibu. Aku senyap. Hah? Ni yang leceh ni. Kena pilih-pilih pulak. "Tak boleh raya kat rumah abah dan ibu sekali ka? Raya pertama kat rumah ibu, raya ketiga kat rumah abah. Tak boleh macam tu ka?"aku mengutarakan pendapat. Berharap agar mendapat sokongan. Nadine diam. Rambutnya yang panjang itu dipintal-pintal. "Kenapa pulak tak boleh? Tak ada masalah punyalah."Uncle Murshid mengangkat kening kepada ibu. Aku terjerit keriangan. Kan aku kata Uncle Murshid ni sporting. Yuhuuuu… Aku meletakkan kepalaku di atas bahu ibu, sambil turut membaca kertas yang menjadi tumpuan ibu sedari tadi. "Tengok Kak Farah, rajin belajar. Bukan macam Nadine."Uncle Murshid mengusik. Nadine yang mendengar terus menarik muncung sedepa. "Haha, macam Ninja Turtles bila buat muka macam tu."aku turut mahu bergurau bersama mereka. Nadine bangun dan menggeletek aku. Jenuh aku menangkis, sampai sakit perut aku ketawa. "Sudah! Sudah! Kak Farah surrender."aku memegang kedua belah tangannya. Uncle Murshid nampak senang dengan telatah kami berdua.
"Ibu, Mama Thuraiya tu sapa?"tanya aku ketika itu ibu sedang membelek pokok bunganya. Ibu memandangku tapi seketika cuma. "Mana Farah dengar?"soalnya. "Hari tu Nadine cakap dia tak suka duduk Malaysia. Nak tinggal dengan Mama Thuraiya katanya."aku mengusik-ngusik cactus yang berada di dalam pasu kecil itu. "Mama Thuraiya tu isteri pertama Uncle Murshid."balas ibu. Opps! "Ooo, sorry."aku berkata. "Masa ibu kahwin dengan Uncle Murshid, diorang dah bercerai. Lepas tu, Thuraiya terus pindah ke States dengan anaknya. Anak Uncle Murshid kamu jugalah. Nadine rapat jugalah dengan Thuraiya tapi Thuraiya tak banyak cakap sangat dengan ibu."ibu bercerita. Aku mendengar dengan penuh minat. "Habis tu, anak Uncle Murshid tak duduk dengan Uncle Murshid langsung ke?"aku bertanya lagi. "Budak tu dah lain macam perangainya. Uncle Murshid tu dianggapnya macam musuh pulak. Asyik nak bertekak je." Aku menggangguk walaupun aku tak tahu siapa itu anak Uncle Murshid. "Dia buat apa sekarang ni?" Ibu memandangku, tanda tidak faham. "Anak Uncle Murshid tu." "Dia belajar dengan ALAM sekarang ni. Dengar katanya ditaja oleh MISC." "MISC? Dia ada kat Malaysia la sekarang ni?"aku menyoal lagi. Aku tak pernah nampak anak Uncle Murshid ni, nama pun aku tak tahu. Tapi MISC tu apa ya? "Kerja dalam kapal rasanya. Padanlah dengan jiwanya yang suka sangat merantau tu. Tapi dia tak pernah jejak kaki ke rumah ni pun. Tak suka dengan Uncle Murshid." Aku mengerut dahi, pelik mendengar al-kisah perangai anak Uncle Murshid itu. Kerja dalam kapal? Fuiyooo…kapal apa? Kapal selam ke? "Yang berminat sangat nak tahu pasal dia kenapa?"ibu bertanya. Aku tersengih. "Dah ibu cerita. Berminatlah jugak nak tahu dengan lebih lanjut. Mana boleh cerita separuh jalan."ujarku. Aku terus mematikan sesi soal jawab tentang anak Uncle Murshid dengan ibu. Merasakan dia tidak penting dalam hidup aku. Aku mungkin takkan kenal dia langsung, jadi tidak ada gunanya terus bercakap tentang dia.
Geh...da tadak plak cite ni kat blog awak...curious a..nak tau pa jadi ngn farah n zulfa ni..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
smbg ag ehh...